prosedur permohonan menjalankan aktiviti di sekolah

Upload: muhammad-syazwan-ahmad-fauzi

Post on 03-Jun-2018

569 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

  • 8/12/2019 Prosedur Permohonan Menjalankan Aktiviti Di Sekolah

    1/4

    Aktiviti 1Jogathon Sekolah/Hari kantin/ Jamuan Makan Malam/Majlis Amal Kesenian dan KebudayaanKeperluan1. Minit Mesyuarat Agung PIBG2. Kertas kerja

    a. Objektif programb. Senarai Jawatankuasac. Peratus pembahagian hasil perolehand. Tarikh pelaksanaane. Anggaran Perbelanjaan / Tajaanf. Jumlah kad yang diedarkang. Kawalan edaran kad dan tempoh masa edaran kad/kutipanh. Contoh kad edaran /kupon / tiket / jualan kad mejai. Cara diedarkan dan syarat pelaksanaan edaran/kutipan

    (Tiada paksaan/murid bawah umur 16 tahun tidak di libatkan dalam edaran)

    3. Kebenaran/Permit Polisa. Akaun kewangan dan perolehan hanya dibelanjakan untuk tujuan yang dipohon sahajab. Pengesahan Pengetua/Guru Besar/YDP PIBG

    Aktiviti 2Perkemahan / Motivasi / Kelas Tambahan / Lawatan / Program Kecemerlangan Peringkat Sekolah yangmengutip wang daripada murid untuk mengikuti program tersebut.

    Keperluan1. Minit Mesyuarat Agung PIBG/MesyuaratPengurusan Sekolah

    2. Kertas kerjaa. Objektif programb. Senarai Jawatankuasa Pelaksanaanc. Tempat Pelaksanaand. Anggaran Perbelanjaan/Tajaane. Penggunaan Tenaga Pakar Luar/Penceramah luar (Perlu mengisi borang mendapat

    kelulusan menggunakan tenaga pakar)f. Jumlah amaun bayaran yang dipohon (Gunakan Keseimbangan dan kewajaran serta

    mengambil kira kemampuan murid dan tidak membebankan serta ada unsur mencarikeuntungan daripada pihak tertentu).

    g. Tidak di kategorikan sebagai kutipan yuran sekolahh. Tidak wajib dan tiada unsur paksaani. Segala perolehan dan perbelanjaan dipantau dan dilaporkan ke PPD.

    3.

    Penglibatan guru dalam kelas tambahan perlu mematuhi pekeliling menjalankan kerja luar dan kelastambahan

    PROSEDUR PERMOHONANMENJALANKAN AKTIVITI DI SEKOLAH

  • 8/12/2019 Prosedur Permohonan Menjalankan Aktiviti Di Sekolah

    2/4

    Aktivit 3Penggunaan Premis Sekolah

    Keperluan1. Jangkamasa pendek

    a. Sertakan borang gunakan permis untuk jangkamasa pendek.b. Sokongan persetujuan Pengetua / Guru Besar.c. Jika ada bayaran sewaan mematuhi pekeliling sedia ada dan sewaan masuk ke akaun kerajaan.d. Tiada sebarang unsur untuk tujuan perniagaan atau yang boleh menimbulkan implikasi kepada

    dasar kerajaan samada bagi pihak pemohon atau sekolah2. Jangkamasa panjang

    a. Sertakan borang gunakan permis jangkamasa panjang.b. Laporan ulasan dan sokongan Pengetua / Guru BEsar setelah mengambil kira kesesuaian,

    unjuran sekolah dan implikasi kepada sekolah, PPD dan JPN.c. Laporan ulasan dan sokongan PPD setelah mengambil kira kesesuaian, unjuran PPD dan

    implikasi kepada sekolah, PPD dan JPN.

    d. Jika ada bayaran sewaan perlu mematuhi pekeliling sedia ada dan sewaan masuk ke akaunkerajaan bahagian pembangunan dan perolehan.

    e. Tiada sebarang unsur untuk tujuan perniagaan atau yang boleh menimbulkan implikasi kepadadasar kerajaan samada bagi pihak pemohon atau sekolah.

    f. Permohonan KAFA hanya dipohon antara Jabatan dengan Jabatan iaitu permohonan dibuat olehJAIS kepada JPN Selangor. KAFA adalah KAFA JAIS bukan KAFA persendirian. KAFA JAISbermaksud sekolah mendapat bantuan kewangan dan Guru dari JAIS bukan menerusi sumbangandan yuran ibu bapa untuk membayar gaji dan mengusahakan sekolah KAFA tersebut

    3. Mendirikan papan iklan, menyewa tanah sekolah dan meletakkan pemancar komunikasi perlu memohonkebenaran dari Unit Pembangunan dan Perolehan Kementerian Pelajaran Malaysia.

    4. Pihak sekolah tidak boleh membenarkan agensi luar menggunakan premis sekolah bagi aktiviti yangberunsur perniagaan.

    Aktiviti 4Penggambaran di premis sekolah

    Keperluan1. Menyertakan surat kebenaran dari Unit Dasar Bahagian Sekolah KPM.2. Mematuhi syarat-syarat peraturan pengambaran di permis sekolah seperti :

    a. Permohonan dipohon 30 hari dari tarikh tempoh pengambaran beserta sinopsis jalan ceritapengambaran

    b. Persetujuan Pengetua / Guru Besar, PPD dan JPN. c. Tiada paksaan kepada Pengetua, Guru Besar, guru, kakitangan dan murid sekolah untuk

    mengikuti program tersebut.d. Penglibatan guru perlu memperolehi kebenaran Pengetua / Guru Besar atau PPD serta tidak

    menimbulkan implikasi kepada sekolah, PPD dan JPN.e. Penglibatan murid perlu mendapat kebenaran ibu bapa dan Pengetua / Guru Besar sekolah serta

    tidak menimbulkan implikasi kepada sekolah, PPD dan JPN.f. Segala penggunaan peralatan sekolah adalah dengan persetujuan Pengetua / Guru Besar. g. Segala perolehan sewaan dalam bentuk kewangan perlu dimasukkan ke akaun kerajaan. h. Semua krew dan pelakon yang terlibat dalam pengambaran mestilah berpakaian kemas, tidak

    menjolok mata, lelaki tidak berambut panjang, tidak merokok, minum arak serta tidakmenunujukkan perlakuan yang sumbang dan negatif dari segi budaya dan agama.

    i. Tidak mengambil gambar di sudut yang boleh menjatuhkan imej sekolah, PPD, JPN dan KPM.j. Pengetua / Guru Besar dan PPD hendaklah memantau sepanjang pengambaran tersebut.

    PROSEDUR PERMOHONANMENJALANKAN AKTIVITI DI SEKOLAH

  • 8/12/2019 Prosedur Permohonan Menjalankan Aktiviti Di Sekolah

    3/4

    Aktiviti 5Menggunakan tenaga pakar luar / Jurulatih Tae-Kwando dan lain-lain berkaitan kepakaran pihak luar oleh

    sekolah

    Keperluan1. Permohonan di buat oleh pihak Sekolah (Pengetua / Guru Besar), bukannya tenaga pakar atau

    Jurulatih yang hendak menjalankan program di sekolah.2. Tindakan yang perlu diambil semasa membuat permohonan :

    a. Menyertakan objektif program/ persatuan ditubuhkan dan telah didaftarkan di sekolah b. Persatuan ada penasihat dan ahli.c. Minit mesyuarat persatuan sekolah dan minit mesyuarat pengurusan sekolah yang disahkan oleh

    Pengetua / Guru Besar untuk menjemput Tenaga Pakar / Jurulatih setelah Pengetua / Guru Besarmendapati kepakaran tersebut tiada di kalangan guru sekolah.

    d. Tenaga pakar/Jurulatih di sahkan bertauliah oleh badan profesional, pesuruhjaya sukan, dankementerian yang terlibat.

    e.

    Jika ada bayaran perlu mematuhi peraturan sedia ada dan ditentukan oleh pihak sekolah sertadibayar dan di urus oleh guru penasihat di bawah pemantauan Pengetua / Guru Besarf. Semua aktiviti mesti disertai oleh guru penasihat dan hendaklah dijalankan dalam waktu dan masa

    seperti di dalam surat pekeliling pelaksanaan menjalankan aktiviti kokurikulum di sekolah3. Jurulatih yang dijemput hendaklah ;

    a. Warganegara Malaysiab. Dijemput oleh sekolah yang telah memohon kepada Pendaftarc. Membimbing 25 orang muridd. Menjaga etika sebagai jurulatihe. Membuat memorandum persefahaman (MOU)

    4. Sesi latihan jurulatiha. Tidak mengganggu pembelajaran dan pembelajaran muridb. Diawasi oleh guru

    c. Latihan untuk murid sekolah berkenaan sahajad. Dijalankan pada hari kerja -90 minit untuk sekolah rendah dan 120 minit untuk sekolah menengah

    e. Latihan ditamatkan sebelum pukul 6.00 petang5. Keperluan jurulatih bila menerima tawaran sekolah sebagai jurulatih

    a. Biodata jurulatih termasuk pencapaianb. Salinan kad pengenalanc. Salinan sijil-sijil kejurulatihan (seni bela diri)d. Surat sokongan dari badan induk / negeri

    6. Khidmat jurulatih diberhentikan dengan serta merta jika gagal patuhi peraturan 7. Murid, guru dan premis sekolah hendaklah dalam kawalan Kementerian Pelajaran Malaysia

    Aktiviti 6Menukar nama sekolah

    Keperluan1. Menggunakan borang menukarkan nama sekolahdan lengkapkan seperti dalam butiran.2. Telah di putuskan dalam MesyuaratAgung PIBG, Mesyuarat Alumni / Arahan Istana juga perlu di bawa

    ke Mesyuarat Agung PIBG / Mesyuarat Alumni untuk makluman ahli dan memutuskan nama yangsesuai untuk sekolah tersebut kecuali pihak istana sudah menentukan nama tersebut.

    3. Menggunakan nama orang tertentu mendapatpersetujuan semua waris secara bertulis kecualiarahan istanadan hendaklah disertakan dalampermohonan.

    4. Elakkan menggunakan nama yang sama dan sudah ada pada sekolah lain.5. PPD menyemak dan membuat perakuanpermohonan sekolah setelah ada persetujuan PIBG / Alumni

    untuk dipanjangkan kepada Pendaftar Negeri untuk disemak dan dipersetujui / disokong untukdihantar kepada Ketua Pendaftar di KPM untuk kelulusan. (Patuhi Pekeliling menukar nama sekolah).

    6. Setelah kelulusan diberi, PPD hendaklah memastikan sekolah memohon Sijil Pendaftaran Sekolah di

    masukkan nama sekolah yang baru kepada Pendaftar di JPN Selangor dengan mengisi borang SijilPendaftaran Sekolah.

    7. Pertukaran nama sekolah tidak perlu kecuali ada arahan daripada istana atau menteri mengikut suaimunafaat selain mengambil kira faktor sejarah sekolah tersebut.

    PROSEDUR PERMOHONANMENJALANKAN AKTIVITI DI SEKOLAH

  • 8/12/2019 Prosedur Permohonan Menjalankan Aktiviti Di Sekolah

    4/4

    Aktiviti 7Penerbitan Majalah Sekolah

    Keperluan1. Penerbitan dan Kutipan Majalah Sekolah diputuskan dalam Mesyuarat Agong PIBG.2. Kutipan Majalah mematuhi syiling pekeliling KPM :-

    2.1 Sek. Rendah - RM 10.002.2 Sek. Menengah - RM 12.00

    3. Kutipan mengikut keluarga (bukan kepala murid).4. Kutipan dimasukkan dalam Akaun Kerajaan (Suwa) bukan PIBG.5. Melantik Jawatankuasa Penerbitan.6. Tajaan iklan diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penerbitan dan Mesyuarat Pengurusan

    Kewangan Sekolah.7. Duit tajaan dimasukkan dalam akaun kerajaan/akaun Suwa.8. Sebelum mencetak/menerbitkan majalah ada semakan oleh J/Kuasa Penerbitan dan disahkan oleh

    Pengetua/Guru Besar :-8.1 Format dan isi kandungan.

    8.2 Protokol kata-kata aluan.8.3 Pengisian melibatkan keseluruhan murid.8.4 Tiada unsur negatif yang boleh menimbulkan implikasi buruk

    Aktiviti 8Lawatan murid keluar negara

    KeperluanPermohonan keluar negara perlu dikemukakan 60 hari sebelum tarikh lawatan dengan menyertakan :1. Perbelanjaan / tajaan dan tarikh lawatan2. Surat tawaran oleh pihak yang akan dilawati.3. Senarai nama pelajar, pengiring dan kebenaran ibubapa.4. Mengisi borang pelancongan sebanyak 10 salinan.

    Aktiviti 9Penggunaan lencana / logo / bendera / lagu sekolah

    Keperluan1. Nama sekolah, alamat sekolah jelas.2. Bentuk, warna, imej dan persembahan tiada menyamai dengan sekolah-sekolah lain atau badan-badan

    organisasi lain.3. Tiada implikasi kepada mana-mana pihak berkaitan bentuk , warna dan imej tersebut.

    4.

    Menyertakan contoh bentuk, warna imej beserta dengan huraian falsafah pemilihan yang akandipaparkan bagi ilustrasi bentuk, warna dan imej lencana / logo / bendera.5. Lagu sekolah disertakan senikata Lagu, not simbol muzik dan salinan minus one.6. Menyertakan minit mesyuarat Pengurusan Sekolah / Mesyuarat Agung PIBG yang setuju lencana /

    logo / bendera / lagu sekolah untuk dijadikan sebagai lambang dan identiti sekolah.7. PPD semak dan peraku untuk kelulusan Pendaftar Jabatan Pelajaran Selangor.

    Aktiviti 10Permohonan belajar murid bukan Warganegara

    KeperluanBoleh diterima daftar / belajar di sekolah jika sekiranya;

    1. Telah mendapat surat kebenaran daripada Jabatan Pelajaran Selangor / KPM

    2. Telah menjelaskan yuran (jika dikenakan) dan perlu membayar yuran setiap tahun3. Telah mendapatkan Pas Pelajar daripada pihak Imegerisen.4. Telah mendapat surat pengesahan penempatan daripada PPD.

    PROSEDUR PERMOHONANMENJALANKAN AKTIVITI DI SEKOLAH