prosedur penghasilan dan penyelenggaraan bahan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi untuk...

22
Prosedur penghasilan dan penyelenggaraan bahan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi untuk Pengajian Sosial 1.0 Pengenalan Dalam psikologi dan pendidikan, pembelajaran umumnya ditakrifkan sebagai suatu proses yang menyatukan kognitif, emosional, persekitaran pengaruh dan pengalaman untuk mendapatkan, meningkatkan atau membuat perubahan dalam pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan dunia seseorang individu (Illeris, 2000; Ormorod, 1995). Belajar sebagai suatu proses berfokus kepada apa yang terjadi ketika pembelajaran berlangsung. Penjelasan tentang apa yang terjadi merupakan teori-teori belajar. Sebuah teori belajar adalah usaha untuk menggambarkan bagaimana manusia belajar, sehingga membantu kita memahami proses dasarnya kompleks belajar. Teori pembelajaran mempunyai dua nilai utama menurut Hill (2002). Salah satunya adalah dalam menyediakan kita dengan kosa kata dan rangka kerja konseptual untuk menafsirkan contoh pembelajaran yang kita amati. Yang lain adalah dalam mencadangkan kaedah bagi mencari penyelesaian untuk masalah-masalah praktikal. Teori-teori tidak memberikan kita penyelesaian, tetapi mereka mengarahkan perhatian kita kepada mencipta pembolehubah yang sangat penting dalam mencari penyelesaian. Ada tiga kategori utama atau rangka falsafah teori-teori pembelajaran iaitu behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Behaviorisme hanya tertumpu kepada aspek

Upload: zakwan-abdul-rahim

Post on 13-Aug-2015

44 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Prosedur penghasilan dan penyelenggaraan bahan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi untuk Pengajian Sosial

TRANSCRIPT

Page 1: Prosedur Penghasilan Dan Penyelenggaraan Bahan Berasaskan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Untuk Pengajian Sosial

Prosedur penghasilan dan penyelenggaraan bahan berasaskan teknologi

maklumat dan komunikasi untuk Pengajian Sosial

1.0 Pengenalan

Dalam psikologi dan pendidikan, pembelajaran umumnya ditakrifkan sebagai suatu

proses yang menyatukan kognitif, emosional, persekitaran pengaruh dan pengalaman

untuk mendapatkan, meningkatkan atau membuat perubahan dalam pengetahuan,

kemahiran, nilai dan pandangan dunia seseorang individu (Illeris, 2000; Ormorod,

1995). Belajar sebagai suatu proses berfokus kepada apa yang terjadi ketika

pembelajaran berlangsung. Penjelasan tentang apa yang terjadi merupakan teori-teori

belajar. Sebuah teori belajar adalah usaha untuk menggambarkan bagaimana manusia

belajar, sehingga membantu kita memahami proses dasarnya kompleks belajar. Teori

pembelajaran mempunyai dua nilai utama menurut Hill (2002). Salah satunya adalah

dalam menyediakan kita dengan kosa kata dan rangka kerja konseptual untuk

menafsirkan contoh pembelajaran yang kita amati. Yang lain adalah dalam

mencadangkan kaedah bagi mencari penyelesaian untuk masalah-masalah praktikal.

Teori-teori tidak memberikan kita penyelesaian, tetapi mereka mengarahkan perhatian

kita kepada mencipta pembolehubah yang sangat penting dalam mencari penyelesaian.

Ada tiga kategori utama atau rangka falsafah teori-teori pembelajaran iaitu

behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Behaviorisme hanya tertumpu kepada

aspek peniruan, pemikiran dan perasaan dalam pembelajaran. Teori kognitif melihat

melampaui perilaku untuk menjelaskan pembelajaran berasaskan otak manakala

pandangan konstruktivisme belajar sebagai sebuah proses di mana pelajar aktif

membina atau membina idea-idea baru atau konsep.

Robert M Gagne, Jerome Seymour Bruner, Albert Bandura dan Lev Vygotsky

merupakan tokoh-tokoh penting yang telah mencetuskan pelbagai teori pembelajaran

dan memberi sumbangan yang besar dalam dunia pendidikan. Mereka juga

mengutarakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan

teori masing-masing.

Page 2: Prosedur Penghasilan Dan Penyelenggaraan Bahan Berasaskan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Untuk Pengajian Sosial

2.0 Hubungkait teori-teori pembelajaran dengan kepentingan penggunaan

sumber-sumber dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

i. Gagne: Bahan bercetak.

Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction (1975)

memperkenalkan sebuah teori mengenai bagaimana manusia memperoleh maklumat

dalam sesuatu proses pembelajaran.

Mengikut teori, semua rangsangan dari persekitaran luar akan diterima oleh

sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor

ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada

penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

Gagne memilih bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran

yang paling sesuai berdasarkan kepada teori beliau. Bahan bercetak merupakan

sumber pelajaran yang paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan

cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif. Bahan-

bahan bercetak yang terdapat di sekolah boleh diklafikasikan kepada dua jenis iaitu

bahan bergambar dan bahan tidak bergambar.

Contoh bahan bergambar ialah surat khabar, poster, majalah dan gambar.

Bahan-bahan bergambar membantu murid meluaskan pengetahuan dan pemahaman.

Hal ini sesuai dengan teori beliau di mana rangsangan luaran seperti gambar mampu

membina set-set di dalam stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk ingatan

jangka masa panjang mahupun ingatan jangka masa pendek.

Page 3: Prosedur Penghasilan Dan Penyelenggaraan Bahan Berasaskan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Untuk Pengajian Sosial

Contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf, peta dan tanda isyarat jalan

raya. Teori Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Berdasarkan

kepada penggunaan bahan-bahan tidak bergambar, murid-murid akan didedahkan

dengan cabaran kerana mereka dikehendaki mentafsir maklumat yang diterima seperti

membuat graf atau melukis dan member peluang kepada murid untuk meluaskan

penggunaan bahasa seperti membuat ramalan dan membuat huraian lanjut tentang

sesuatu laporan.

ii. Bruner: Penggunaan Peta Minda dan Bahan Eksperimen

Bruner lebih menegaskan pembelajaran secara penemuan iaitu mengolah apa yang

diketahui murid itu kepada satu corak dalam keadaan baru (lebih kepada prinsip

konstruktivisme).

Dalam mempelajari manusia, Bruner menganggap manusia sebagai pemproses,

pemikir dan pencipta informasi. Beliau juga menyatakan bahawa pembelajaran itu

meliputi tiga proses kognitif, iaitu memperoleh informasi baru, transformasi

pengetahuan, dan menguji relevansi dan ketepatan pengetahuan.

Penggunaan peta minda dan bahan eksperimen dikenalpasti sebagai sumber

utama pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kepada teori beliau. Melalui sumber-

sumber tersebut, murid akan memperoleh keberkesanan dalam proses pembelajaran

kerana aktviti seperti eksperimen melibatkan penglibatan langsung murid-murid dan

akan mendedahkan mereka kepada pengalaman-pengalaman yang baru. Murid-murid

belajar melalui pengalaman. Dengan itu guru perlu menyediakan peluang untuk murid-

murid meneroka, memegang, mencium dan merasa. Pengalaman seperti ini

mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna.

Bruner amat menekankan pembelajaran konsep atau kategori. Oleh yang

demikian, penggunaan peta minda diterapkan di dalam teori beliau. Pengetahuan perlu

disusun dan diperingkatkan agar pembentukan konsep bermula daripada peringkat

yang mudah kepada peringkat yang rumit.

iii. Bandura: Relia dan Model

Page 4: Prosedur Penghasilan Dan Penyelenggaraan Bahan Berasaskan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Untuk Pengajian Sosial

Mengikut teori peniruan dan permodelan yang diperkenalkan oleh Bandura,

pembelajaran melalui pemerhatian merupakan pembentukan asas tingkah laku

manusia.Melalui pemerhatian terhadap proses dan hasil perubahan tingkah laku orang

lain, individu secara tidak langsung, mempelajari pula perubahan tingkah laku tersebut.

Penggunaan relia dan model sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran

menepati teori yang dikemukakan oleh Bandura. Hal ini kerana, Bandura menyatakan

bahawa proses pembelajaran meliputi pemerhatian, pemikiran, peringatan, peniruan

dengan tingkah laku atau gerak balas yang sesuai dan diakhiri dengan peneguhan

positif.

Model seperti bahan tiga dimensi yang baik seperti kraftangan, replika bangunan

boleh ditunjukkan kepada murid-murid sebagai contoh dalam proses pengajaran dan

pembelajaran bagi meningkatkan pengetahuan murid-murid melalui pemerhatian dan

pemikiran.

Guru dan murid juga merupakan model semulajadi di dalam sesebuah kelas.

Implikasinya, penyampaian guru hendaklah cekap dan menarik supaya menjadi role

model yang boleh dicontohi oelh murid. Guru juga boleh menjadikan rakan sebaya yang

cemerlang menjadi role model untuk membuat demonstrasi di dalam bilik darjah.

iv. Vygotsky: Rakan Sebaya dan Penggunaan Bahan Sumber / Alat

Vygotsky menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda murid.

Kebanyakan daripada kemahiran kognitif murid terhasil daripada interaksi sosial

dengan rakan sebaya. Perkembangan mental murid terhad disebabkan oleh sistem

biologi yang belum berkembang dan matang. Walaupun begitu persekitaran dan sistem

lingkungan budaya murid membantu mereka mengadaptasi perkembangan kognitif.

Setiap budaya menerapkan cara hidup dan cara berfikir kepada murid-murid.

Vygotsky turut menekankan penggunaan bahan sumber dan alat. Bahan boleh

membantu guru menjelaskan apa yang hendak diajar, membantu murid memahami apa

yang diajar. Bahan pengajaran penting sebagai media komunikasi, rangsangan,

Page 5: Prosedur Penghasilan Dan Penyelenggaraan Bahan Berasaskan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Untuk Pengajian Sosial

penjelas makna, penggerak pelbagai deira, sumber pengalaman, unsur yang

mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran serta pendorong pengajaran

terancang.

3.0 Kepentingan dan tujuan sumber pengajaran dan pembelajaran dalam

Pengajian Sosial.

Sumber ialah segala bahan dan alat yang terdapat di alam ini. Dalam bidang

pendidikan, sumber ialah segala bahan dan alat yang dapat membantu guru mencapai

objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

Dalam program Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang baru

dilaksanakan, pembelajaran Pengajian Sosial yang berkesan dikaitkan dengan

penggunaan alat dan bahan yang sesuai, terutamanya yang boleh dilihat, didengar,

dirasa, dihidu dan disentuh oleh murid. Mereka boleh mengalami sendiri apa yang

disampaikan oleh guru. Ini membuatkan mereka lebih memahami dan apa yang

difahami itu pula akan lebih kekal dalam stor ingatan mereka.

Secara umum, bahan bermakna apa sahaja yang digunakan dalam pengajaran

termasuklah pengetahuan dan nilai-nilai. Dari segi teknologi pendidikan, apa yang

diguna untuk menyampaikan pengajaran dan menjadi rangsangan pelajaran

digolongkan sebagai media pendidikan.

Kesemua sumber, jika digunakan dalam situasi pengajaran dan pembelajaran

yang sesuai akan bertindak sebagai rangsangan untuk mewujudkan situasi

pembelajaran yang lebih bermakna. Dengan cara ini, murid akan dapat belajar dalam

situasi yang berkesan.

Penggunaan sumber penting dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian

Sosial. Hal ini kerana sumber boleh membantu guru menjelaskan isi pelajaran kepada

murid dan membantu murid memahami apa yang diajar oleh guru. Sumber pengajaran

dan pembelajaran bertindak sebagai media komunikasi, rangsangan, penjelas makna,

penggerak pelbagai deria, sumber pengalaman, unsur yang mempelbagaikan kaedah

dan teknik pengajaran serta pendorong kepada pengajaran terancang.

Page 6: Prosedur Penghasilan Dan Penyelenggaraan Bahan Berasaskan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Untuk Pengajian Sosial

i. Kepentingan sumber sebagai media komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran

Pengajian Sosial.

Komunikasi melibatkan penyampaian dan penerimaan maklumat. Proses

pengajaran dan pembelajaran juga merupakan satu aspek komunikasi kerana

pembelajaran berlaku melalui penyampaian dan penerimaan maklumat. Maklumat-

maklumat itu disalurkan melalui media tertentu seperti media cetak dan tayangan video.

Media inilah yang menjadi sumber pengajaran. Filem video ialah satu alat komunikasi

yang boleh digunakan dengan baik di dalam bilik darjah. Tayangan peristiwa dan

pemandangan yang sebenar akan membolehkan murid-murid tahu tentang peristiwa-

peristiwa tersebut dengan lebih dekat dan jelas.

Dalam pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial di sekolah, guru bertindak

sebagai pengirim atau penyampai maklumat dan penerimanya ialah murid. Sementara

mesejnya ialah maklumat, fakta, konsep, kemahiran atau nilai yang disampaikan.

Sumber ialah saluran atau media yang digunakan untuk menyampaikan maklumat

tersebut.

ii. Kepentingan sumber sebagai rangsangan dalam pengajaran dan pembelajaran

Pengajian Sosial.

Murid akan lebih berminat belajar tentang sesuatu tajuk sekiranya dia dapat melihat,

mendengar atau menyentuh objek yang menjadi ii pelajaran. Dengan adanya bahan

rangsangan ini, murid akan dapat memahami sesuatu perkara dengan lebih mendalam

lagi. Oleh itu mereka dapat mengeluarkan idea dengan lebih cepat dan bermakna.

Bahan merupakan satu faktor utama bagi mempelbagaikan rangsangan murid di

samping mengalihhalakan tumpuan mereka kepada perkara-perkara yang menarik,

bermakna dan penting dalam pembelajaran.

iii. Kepentingan sumber sebagai penjelasan makna dan konsep dalam pengajaran dan

pembelajaran Pengajian Sosial.

Dalam pengajaran sesuatu topik, terdapat perkataan dan frasa yang maknanya tidak

dapat dihurai dengan perkataan sahaja. Maknanya akan lebih jelas jika diterangkan

Page 7: Prosedur Penghasilan Dan Penyelenggaraan Bahan Berasaskan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Untuk Pengajian Sosial

dengan contoh-contoh tertentu yang memerlukan bahan audio visual atau kedua-

duanya sekali. Bahan-bahan ini boleh digunakan di dalam atau di luar bilik darjah

seperti siaran langsung atau rakaman peristiwa-peristiwa sebenar melalui radio dan

televisyen.

Penerangan guru yang diiringi dengan bahan yang dipilih dengan rapi dan sesuai

dapat memperkembangkan corak pemikiran murid serta membantu mereka memahami

sesuatu dengan lebih jelas.

iv. Kepentingan sumber sebagai penggerak penggunaan pelbagai deria dalam

pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial.

Secara semulajadi, kita belajar melalui berbagai-bagai deria iaitu rasa, dengar, lihat,

sentuh dan bau. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah juga, guru perlu

menggunakan berbagai-bagai bentuk dan jenis bahan supaya deria-deria ini boleh

digunakan.

Kajian telah menunjukkan bahawa manusia mengingati 10% daripada apa yang

mereka dengar sahaja, 20% daripada apa yang mereka lihat sahaja dan 65% daripada

apa yang mereka dengar dan lihat.

Kajian ini jelas membuktikan bahawa lebih banyak deria dilibatkan dalam aktiviti

pembelajaran, lebih teguh pula daya ingatannya. Untuk memastikan apa yang

disampaikan itu kekal lama dalam ingatan murid, guru patut mempelbagaikan bahan

pengajaran.

v. Kepentingan sumber sebagai sumber pengalaman dalam pengajaran dan

pembelajaran Pengajian Sosial.

Terdapat bahan yang memberikan pengalaman secara langsung dan tidak langsung

kepada murid. Alam sekitar boleh memberikan pengalaman langsung. Contohnya,

apabila murid membuat lawatan ke sesuatu tempat, dia akan memahami dan

mengetahui apakah bahan maujud yang ada di situ, di samping mengetahui proses

menghasilkan bahan-bahan tersebut. Misalnya semasa melawat ke ladang getah,

murid-murid dari bandar boleh melihat pokok getah, daunnya, buahnya dan bagaimana

Page 8: Prosedur Penghasilan Dan Penyelenggaraan Bahan Berasaskan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Untuk Pengajian Sosial

susu getah diperoleh dan kemudian diproses menjadi getah keping untuk dipasarkan.

Bahkan mereka juga mungkin dapat mengalami sendiri pekerjaan tersebut.

Pengalaman ini akan memberi kesan yang mendalam kepada proses

pembelajaran murid-murid tersebut. Kita lebih banyak belajar melalui pengalaman

sendiri daripada maklumat yang diberi oleh orang lain. Murid-murid juga akan lebih

memahami dan mengingati pelajaran yang diterima sekiranya mereka diberi peluang

untuk mencuba, mengkaji dan meneliti bahan-bahan yang digunakan.

Filem, video atau gambar boleh mengayakan pengalaman seseorang murid.

Misalnya, semasa menonton tayangan filem tentang kejadian dan perubahan musim di

negara beriklim sejuk dengan pemandangan yang berlainan, murid-murid akan berasa

seolah-olah mengalaminya sendiri. Ini akan meningkatkan dan mengukuhkan

pemahaman mereka tentang perubahan musim yang mereka tidak pernah mengalami

secara langsung.

vi. Kepentingan sumber mempelbagaikan kaedah dan teknik dalam pengajaran dan

pembelajaran Pengajian Sosial.

Setiap bahan mempunyai cara penggunaannya yang tersendiri. Ini memberi kesan

terhadap kaedah dan teknik pengajaran. Dengan menggunakan berbagai-bagai bahan

yang ada, kaedah dan teknik pengajaran juga boleh dipelbagaikan. Kemahiran yang

sama boleh dikuasai mengikut cara dan teknik yang berlainan berdasarkan jenis alat

dan bahan yang digunakan. Misalnya pengetahuan tentang alam sekitar boleh

disampaikan melalui tanyang video, teks bacaan atau pengalaman langsung murid.

Kepentingan sumber sebagai pendorong pengajaran terancang dalam

pengajaran dan pembelajaran Pengajian Sosial. Penggunaan sumber perlu dirancang

dari segi kesesuaian, tujuan, masa dan cara menggunakannya. Ini melibatkan

perancangan keseluruhan pengajaran dari awal hingga akhir. Dengan cara ini, guru

akan merancang sesuatu pelajaran dengan lebih sempurna.

Page 9: Prosedur Penghasilan Dan Penyelenggaraan Bahan Berasaskan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Untuk Pengajian Sosial

4.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi pendidikan yang

sesuai dan tatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan pembelajaran

Pengajian Sosial.

Dari segi teknologi pendidikan, apa yang diguna untuk menyampaikan pengajaran dan

menjadi rangsangan pelajaran digolongkan sebagai media pendidikan.

Bahan bercetak

Bahan-bahan cetak merupakan media pendidikan yang paling mudah didapati

dan disediakan. Penggunaan bahan cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad

asalkan ia menepati objektif. Contoh bahan bercetak adalah seperti buku teks, buku

kerja, buku fiksyen, buku rujukan, majalah, risalah, surat, berita, surat khabar dan nota-

nota bercetak. Bahan bercetak seperti ini mengandungi maklumat dalam bentuk

perkataan, lukisan atau gambar.

Pemilihan dan penghasilan bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan

pembelajaran dalam Pengajian Sosial perlu menitikberatkan aspek-aspek yang berikut:

a. Anggaran kos

b. Kebolehgunaan

c. Mobiliti

d. Bahan mentah

e. Saiz dan warna

f. Tatahias dan kemasan

g. Simpanan dan penyelenggaraan

a. Anggaran kos

Page 10: Prosedur Penghasilan Dan Penyelenggaraan Bahan Berasaskan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Untuk Pengajian Sosial

Bahan bercetak amat murah dan mudah untuk didapati. Pencetakan bahan yang

banyak akan mengurangkan kos jika dibandingkan dengan bahan pandang-dengar

yang lain. Bahan-bahan bercetak, cetakan tempatan atau cetakan sendiri berharga

murah dan boleh disediakan dengan cepat.

b. Kebolehgunaan

Teknologi pendidikan ini memudahkan guru untuk mengajar murid melalui bahan

bercetak yang maujud. Guru boleh menggunakan bahan bercetak sekerap mungkin

sehingga murid benar-benar dapat mengingati fakta atau perkara yang ingin diperlajari.

Murid-murid boleh menggunakannya mengikut kadar kecepatan mereka sendiri. Bahan-

bahan tercetak boleh dibaca dengan cepat dan maklumat penting boleh dipelajari tanpa

mengikut sesuatu masa pengajaran.

Bahan bercetak tidak mempunyai masalah dari segi penggunaannya kerana ia

tidak memerlukan sumber tenaga elektrik seperti komputer. Walaubagaimanapun, ia

perlu digunakan di tempat yang terang atau mempunyai cahaya kerana jika tidak bahan

yang dipaparkan tidak dapat dilihat.

c. Mobiliti

Bahan bercetak ini boleh digunakan di mana sahaja sama ada di dalam atau di luar

kelas. Jika bahan tersebut ingin digunakan di kawasan yang luas seperti dewan, bahan

tersebut hendaklah diperbanyakkan. Selain itu, murid-murid juga boleh menggunakan

pada bila bila masa bahan bercetak tersebut walaupun tanpa guru.

d. Bahan mentah

Hampir kesemua bahan bercetak menggunakan kertas sebagai bahan mentah.

Penggunaan kertas sangat popular kerana ia mudah didapati selain kos mencetak yang

rendah.

e. Saiz dan warna

Jika gambar atau poster digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran , guru

mestilah memastikan saiznya besar dan boleh dilihat oleh semua murid. Perkara ini

Page 11: Prosedur Penghasilan Dan Penyelenggaraan Bahan Berasaskan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Untuk Pengajian Sosial

penting dalam menyampaikan maklumat dan mengekalkan perhatian serta minat murid.

Pemilihan warna juga perlu diberi perhatian oleh guru. Warna yang terlalu terang dan

terlalu gelap akan menjejaskan fokus murid terhadap penyampaian guru.

f. Tatahias dan kemasan

Sekiranya guru menggunakan lukisan sebagai bahan bantu mengajar, guru perlu

memastikan lukisan tersebut mudah difahami oleh murid. Guru juga perlu mengelakkan

penggunaan lukisan yang terlalu abstrak. Hal ini akan menyukarkan murid memahami

isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Jika guru mencetak bahan-bahan yang

mengandungi tulisan tangan, pastikan tulisan tersebut kemas dan mampu dibaca oleh

murid. Bahan bercetak yang terlalu banyak gambar dan warna juga tidak digalakkan

untuk diguna sebagai bahan bantu mengajar kerana boleh mengganggu tumpuan murid

dalammencapai objektif pembelajaran yang sebenar.

g. Simpanan dan penyelenggaraan

Bahan bercetak ini perlu disimpan dengan kemas dan teliti kerana bahan ini mudah

koyak atau rosak, seperti disimpan di dalam fail, folder, plastik menyimpan kertas dan

sebagainya. Gambar-gambar seperti foto dan rajah boleh dimasukkan dalam teks untuk

penerangan lebih lanjut mengenai konsep, hujah-hujah dan juga untuk menambahkan

minat murid. Bahan-bahan cetakan tambahan boleh dimuatkan di dalam buku teks atau

buku latihan sebagai lampiran atau bahan tambahan.

Penggunaan bahan dengan cermat serta disimpan di tempat yang selamat

memudahkan pengesanan semula dan menjamin ketahanan bahan tersebut.

5.0 Prosedur penghasilan dan penggunaan bahan teknologi maklumat dan

komunikasi yang sesuai dan tatacara penyelenggaraannya dalam pengajaran dan

pembelajaran Pengajian Sosial.

Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang boleh

mengukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah serta memberi

peluang kepada setiap murid untuk menguasai ilmu pengetahuan dengan cara yang

Page 12: Prosedur Penghasilan Dan Penyelenggaraan Bahan Berasaskan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Untuk Pengajian Sosial

lebih menarik dan berkesan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk

mengembangkan potensi setiap individu secara menyeluruh dan bersepadu.

Definisi teknologi maklumat boleh diringkaskan sebagai satu proses pengaliran,

penyebaran, pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan

teknologi. Seperti yang diketahui umum, teknologi disifatkan sebagai satu bentuk

pemudah cara yang membolehkan pengaliran maklumat menjadi sangat pantas.

Sebenarnya teknologi maklumat tidak terhad kepda internet dan komputer sahaja tetapi

ia melibatkan televisyen, telefon, telefon mudah alih, fax, telegram, PDA dan sistem

satelit dalam menyampaikan maklumat kepada penerima.

Terdapat 3 asas penting dalam penggunaan teknologi maklumat. Pertama

teknologi maklumat adalah untuk mengumpul maklumat. Ia digunakan untuk suntingan

dengan menggunakan teknologi. Contoh,dengan menggunakan komputer ia boleh

merekod bunyi,imej dan sebagai pengesan gerakkan. Kedua, adalah untuk

memanipulasikan maklumat dan proses semula imej. Ketiga, digunakan untuk

berkomunikasi iaitu ia menjelaskan bagaimana teknologi maklumat digunakan untuk

berkomunikasi bagi mendapatkan maklumat daripada sumber kepada penerima.

Penghasilan bahan teknologi maklumat: Persembahan Elektronik Multimedia

Terdapat beberapa perisian yang boleh digunakan untuk menghasilkan Persembahan

Elektronik Multimedia, sesuai digunakan dalam kelas. Antara perisian yang biasa

digunakan ialah Microsoft Office Powerpoint.

Sebelum membina persembahan elektronik multimedia Powerpoint, guru perlu

memastikan elemen grafik yang digunakan menepati keperluan murid-murid. Grafik

ialah kombinasi gambar-gambar, lambang-lambang, simbol-simbol, huruf,

angka,perkataan, lukisan, lakaran yang dijadikan satu media untuk memberi konsep

dan idea dari pengirim (guru) kepada sasarannya (murid) dalam proses menyampaikan

maklumat. Grafik penting untuk menyediakan bahan-bahan pandangan (visual).

Selain aspek grafik, reka letak visual juga mempengaruhi kualiti persembahan

elektronik multimedia Powerpoint yang dihasilkan. Terdapat beberapa perkara yang

Page 13: Prosedur Penghasilan Dan Penyelenggaraan Bahan Berasaskan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Untuk Pengajian Sosial

perlu dikenalpasti oleh guru semasa menghasilkan sebuah persembahan elektronik

multimedia Powerpoint iaitu:

a. Simplisiti

b. Dominan

c. Pola

d. Seimbang

e. Warna

f. Huruf

a. Simplisiti

Visual yang ditayangkan hendaklah dihadkan kepada satu idea. Idea yang banyak

dalam satu visual akan mengelirukan dan seterusnya akan mengalih tumpuan murid

keluar daripada objektif pembelajaran.

b. Dominan

Dominan bererti pusat penumpuan atau minat. Di dalam slaid persembahan

Powerpoint, guru perlu mewujudkan sesuatu yang boleh menarik minat murid-murid.

Sebagai contoh, jika guru ingin mengajar tentang negeri Kedah, guru boleh

mempersembahkan gambar sawah padi bagi menimbulkan inkuiri murid. Dengan yang

demikian, murid dapat mengekalkan minat untuk mengikuti pembelajaran yang

seterusnya.

c. Pola

Pola merupakan susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual. Susunan item

perlulah mematuhi urutan yang rasional bagi memudahkan pemahaman murid. Sebagai

Page 14: Prosedur Penghasilan Dan Penyelenggaraan Bahan Berasaskan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Untuk Pengajian Sosial

contoh, guru menggunakan gambar anak panah bagi menunjukkan proses untuk

membuat kain batik yang menjadi warisan tradisi di negeri Terengganu.

d. Seimbang

Guru perlu bijak untuk menggunakan ruang di dalam slaid persembahan. Keadaan

kesamaan dari segi berat, tarikan dan tumpuan perhatian yang terdapat dalam suatu

susunan slaid akan menjadikan persembahan lebih kemas dan teratur.

e. Warna

Warna merupakan satu elemen reka letak visual yang penting. Pemilihan warna yang

tepat membantu keberkesanan persembahan. Warna mempunyai beberapa fungsi iaitu

pertama, warna membantu membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan. Kedua,

warna memudahkan sesuatu item dilihat. Ketiga,warna mewujudkan perasaan harmoni

dan melahirkan kesan tertentu seperti panas, sejuk, bergetar, kesan psikologi dan

sebagainya kepada murid-murid.

f. Huruf

Pemilihan huruf juga penting dalam menghasilkan persembahan elektronik multimedia.

Saiz dan jenis huruf mempengaruhi penerimaan murid-murid terhadapa apa yang

disampaikan oleh guru. Guru perlu memilih jenis huruf yang senang dibaca.

Penggunaan huruf besar hanya sesuai untuk tajuk yang pendek manakala untuk tajuk

yang panjang, huruf bersaiz kecil digunakan mengikut kesesuaian. Guru juga perlu

memastikan bahawa jarak di antara dua perkataan ialah 1atau 1 ½ lebar huruf. Biarkan

ruang di antara huruf kelihatan sama walaupun jaraknya berbeza. Hurufan terang yang

diletakkan di atas latar belakang gelap di dapati lebih jelas daripada sebaliknya.

g. Tatahias dan kemasan

Guru perlu memilih warna yang mempunyai kontras antara latar dengan imej atau teks.

Selain itu, guru juga perlu memilih warna yang lembut dan selesa dipandang oleh

penerima iaitu murid. Bagi memastikan slaid yang dihasilakn tersebut kemas dan

teratur, gunakan empat warna sahaja dalam satu skrin/slaid. Tatahias warna juga dapat

Page 15: Prosedur Penghasilan Dan Penyelenggaraan Bahan Berasaskan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Untuk Pengajian Sosial

menjelaskan konsep atau menunjukkan penegasan. Contohnya slaid

berlatarbelakangkan warna merah menunjukkan penegasan dan perhatian.

Penyelenggaraan bahan teknologi maklumat: Persembahan Elektronik Multimedia.

Setiap bahan bantu mengajar perlu diselenggara dengan baik termasuklah

persembahan elektronik multimedia. Persembahan yang telah siap dihasilkan perlu

disimpan dalam beberapa bentuk iaitu dalam bentuk dokumentasi (hard copy) dan

dalam bentuk perisian (soft copy).

Persembahan elektronik yang dicetak dan didokumenkan boleh dijadikan rujukan

pada bila-bila masa manakala persembahan yang disimpan dalam bentuk perisian

mempunyai beberapa kelebihan. Antaranya ialah, isi kandungan di dalam persembahan

elektronik tersebut boleh disunting pada bila-bila masa mengikut keperluan murid dan

keperluan semasa. Selain itu, persembahan elektronik yang disimpan dalam bentuk

perisian juga dapat disalin ke dalam alat-alat teknologi maklumat yang lain seperti

cakera padat, thumb-drive dan lain-lain.

6.0 Rumusan

Sumber pengajaran ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ murid untuk

membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas. Peralatan mengajar

bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan gambar-gambar sahaja,

tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran yang melibatkan

semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya, merangkumi apa

sahaja yang dapat dialami oleh murid-murid.

Bahan bantu mengajar adalah faktor terpenting dalam menentukan kejayaan

program pembelajaran, menimbulkan rangsangan keinginan pelajar-pelajar untuk

mengetahui sesuatu dan untuk menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik.

Bahan bantu mengajar bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih sifatnya daripada

proses pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu itu mestilah dianggap sebagai satu

bahagian yang padu dalam proses tersebut. Ia bertujuan untuk menambah kelancaran

Page 16: Prosedur Penghasilan Dan Penyelenggaraan Bahan Berasaskan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi Untuk Pengajian Sosial

perhubungan antara guru dan murid dan sebaliknya, murid sesama murid serta

membantu atau mempercepatkan proses pemahaman mereka.

Teknologi pendidikan pula merupakan satu sistem yang meliputi alat dan bahan

media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan

dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran. Kecekapan guru

menggunakan pelbagai sumber dalam pengajaran dan pembelajaran mampu

merangsang pemahaman murid ke tahap yang cemerlang.

Sumber : http://pgsrkajiansosial.blogspot.com/p/pss3109_20.html