prosedur penghasilan dan penyelengaraan bahan bercetak

Upload: nash-ra-one

Post on 03-Apr-2018

229 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Prosedur Penghasilan Dan Penyelengaraan Bahan Bercetak

    1/8

    Disediakan Oleh : Thaneshwaran Alagesu, Mohamad Luqman Bin Jailani

    Prosedur Penghasilan dan Penyelengaraan Bahan Bercetak untuk

    Pengajian Sosial

    Dalam psikologi dan pendidikan, pembelajaran umumnya ditakrifkan sebagai

    suatu proses yang menyatukan kognitif, emosional, persekitaran pengaruh dan

    pengalaman untuk mendapatkan, meningkatkan atau membuat perubahan dalam

    pengetahuan, kemahiran, nilai dan pandangan dunia seseorang individu (Illeris, 2000;

    Ormorod, 1995). Belajar sebagai suatu proses berfokus kepada apa yang terjadi ketika

    pembelajaran berlangsung. Penjelasan tentang apa yang terjadi merupakan teori-teori

    belajar. Sebuah teori belajar adalah usaha untuk menggambarkan bagaimana manusia

    belajar, sehingga membantu kita memahami proses dasarnya kompleks belajar. Teori

    pembelajaran mempunyai dua nilai utama menurut Hill (2002). Salah satunya adalah

    dalam menyediakan kita dengan kosa kata dan rangka kerja konseptual untuk

    menafsirkan contoh pembelajaran yang kita amati. Yang lain adalah dalam

    mencadangkan kaedah bagi mencari penyelesaian untuk masalah-masalah praktikal.

    Teori-teori tidak memberikan kita penyelesaian, tetapi mereka mengarahkan perhatian

    kita kepada mencipta pembolehubah yang sangat penting dalam mencari penyelesaian.

    Ada tiga kategori utama atau rangka falsafah teori-teori pembelajaran iaitu

    behaviorisme, kognitivisme dan konstruktivisme. Behaviorisme hanya tertumpu kepada

    aspek peniruan, pemikiran dan perasaan dalam pembelajaran. Teori kognitif melihat

    melampaui perilaku untuk menjelaskan pembelajaran berasaskan otak manakala

    pandangan konstruktivisme belajar sebagai sebuah proses di mana pelajar aktif

    membina atau membina idea-idea baru atau konsep.

    Robert M Gagne, Jerome Seymour Bruner, Albert Bandura dan Lev Vygotsky

    merupakan tokoh-tokoh penting yang telah mencetuskan pelbagai teori pembelajaran

    dan memberi sumbangan yang besar dalam dunia pendidikan. Mereka juga

    mengutarakan pelbagai sumber pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan

    teori masing-masing.

  • 7/29/2019 Prosedur Penghasilan Dan Penyelengaraan Bahan Bercetak

    2/8

    Dengan itu berdasarkan teori-teori tersebut tokoh-tokoh ini mula

    menghubungkaitkan dengan bahan pembelajaran seperti bahan bercetak yang

    merupakan asas dalam bidang pembelajaran

    Misalnya, Robert M. Gagne dalam bukunya Essentials of Learning for Instruction

    (1975) memperkenalkan sebuah teori mengenai bagaimana manusia memperoleh

    maklumat dalam sesuatu proses pembelajaran.

    Mengikut teori, semua rangsangan dari persekitaran luar akan diterima oleh

    sistem saraf melalui deria-deria manusia. Maklumat ini akan ditafsirkan dalam stor

    ingatan, kemudian dihantar kepada stor ingatan jangka panjang dan akhirnya kepada

    penggerak tindak balas melalui sistem saraf.

    Gagne memilih bahan bercetak sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran

    yang paling sesuai berdasarkan kepada teori beliau. Bahan bercetak merupakan

    sumber pelajaran yang paling mudah didapati dan disediakan. Penggunaan bahan

    cetak sebagai bahan pengajaran tidak terhad asalkan ia menepati objektif. Bahan-

    bahan bercetak yang terdapat di sekolah boleh diklafikasikan kepada dua jenis iaitu

    bahan bergambar dan bahan tidak bergambar.

    Contoh bahan bergambar ialah surat khabar, poster, majalah dan gambar.

    Bahan-bahan bergambar membantu murid meluaskan pengetahuan dan pemahaman.

    Hal ini sesuai dengan teori beliau di mana rangsangan luaran seperti gambar mampu

    membina set-set di dalam stor ingatan seseorang individu sama ada berbentuk ingatan

    jangka masa panjang mahupun ingatan jangka masa pendek.

    Contoh bahan tidak bergambar ialah seperti graf, peta dan tanda isyarat jalan

    raya. Teori Gagne juga dikenali sebagai teori pemprosesan maklumat. Berdasarkan

    kepada penggunaan bahan-bahan tidak bergambar, murid-murid akan didedahkandengan cabaran kerana mereka dikehendaki mentafsir maklumat yang diterima seperti

    membuat graf atau melukis dan member peluang kepada murid untuk meluaskan

    penggunaan bahasa seperti membuat ramalan dan membuat huraian lanjut tentang

    sesuatu laporan.

  • 7/29/2019 Prosedur Penghasilan Dan Penyelengaraan Bahan Bercetak

    3/8

    Dengan sedemikian pemilihan bahan bercetak umumnya berdasarkan kriteria-

    kriteria tertentu :

    Komprehensif menyeluruh dalam bidang berkenaan.

    Terpilih beberapa bahan yang dipilih dari keseluruhan bidang untuk

    membolehkan penerangan menyeluruh.

    Representatif beberapa bahan untuk mewakili setiap bidang dan peringkat

    perkara berkenaan.

    Sejurus pemilihan bahan dilakukan, terdapat beberapa langkah persedian yang

    perlu diberi penekanan dalam penggunaan bahan tersebut. Antara langkah persediaan

    sebelum penggunaan bahan adalah, pertama sekali melihat kesesuaian bahan

    bercetak, seterusnya kesediaan tempat, punca sumber tenaga, kaedah pelabelan dan

    akhir sekali diuji kebolehgunaan

    Dari aspek kesesuaian bahan bercetak :

    Menggunakan perbendaharaan kata dan bahasa yang boleh difahami oleh

    penuntut.

    Tajuk, keterangan dan isi yang terdapat dalam bahan bercetak tersebut mestilah

    mempunyai kaitan dengan topik yang ingin diajar.

    Bahan bercetak tersebut mestilah mencukupi untuk penggunaan individu atau

    berkumpulan.

    Isi yang terdapat di dalam bahan bercetak sebaiknya mestilah mempunyai

    hubungan dengan pengalaman murid-murid agar mudah untuk difahami.

    Keterangan isi kandungan dalam bahan bercetak mestilah tepat dan boleh

    dipercayai.

    Kredebiliti pengarang dalam bidang perkara yang berkaitan.

    Perkembangan semasa masyarakat dan negara.

  • 7/29/2019 Prosedur Penghasilan Dan Penyelengaraan Bahan Bercetak

    4/8

    Kandungan yang bernas , bernilai pendidikan , penyelidikan dan keilmuan.

    Selain daripada itu aspek kesediaan tempat bahan bercetak termasuklah :

    Bahan bercetak ini boleh digunakan di mana-mana sahaja samada di dalam atau

    di luar kelas.

    Jika bahan tersebut ingin digunakan di kawasan yang luas seperti dewan, bahan

    tersebut hendaklah diperbanyakkan. Jika gambar atau poster digunakan , guru

    mestilah memastikan saiznya mestila besar dan boleh dilihat oleh semua murid.

    Manakala punca sumber tenaga meliputi dari aspek

    Bahan bercetak tidak mempunyai masalah dari segi penggunaannya kerana ia

    tidak memerlukan sumber tenaga seperti LCD.

    Walaubagaimanapun, ia perlu digunakan di tempat yang terang atau mempunyai

    cahaya kerana jika tidak bahan yang dipaparkan tidak dapat dilihat.

    Disamping itu jika dilihat dari aspek kaedah perlabelan, ianya termsuklah:

    a) Bahan Bercetak

    i. Lembaran Kerja

    Disusun mengikut sistem kod warna dan aras-aras iaitu dari yang mudah kepada

    yang susah

    Disusun di dalam kotak (browser boxes)

    Kotak-kotak dilabel mengikut kemahiran

    Dibalut dengan plastik (laminate) untuk ketahanan / keselamatan

    ii. Buku / majalah / surat khabar

    Disusun di sudut bacaan

    Disusun di atas rak

  • 7/29/2019 Prosedur Penghasilan Dan Penyelengaraan Bahan Bercetak

    5/8

    Bahan bercetak ini perlu disimpan dengan kemas dan teliti kerana bahan ini mudah

    koyak atau rosak, seperti disimpan di dalam fail, folder, plastik menyimpan kertas dan

    sebagainya.

    Akhir sekali dari aspek diuji kebolehgunaan pula:

    Guru hendaklah menguji tahap kejelasan bahan bercetak yang digunakan

    contohnya:

    1. Saiz gambar, poster atau teks yang ingin ditampal di hadapan kelas mampu

    dilihat oleh semua murid.

    2. Bahan bercetak yang digunakan hendaklah dipastikan senang difahami dan tidak

    terlalu tinggi arasnya.

    3. Bahan yang ingin digunakan itu mempunyai perkaitan dengan topik yang ingin

    diajar.

    4. Tidak mengandungi isu-isu sensitif atau perkara-perkara yang boleh

    mengelirukan pemikiran murid.

  • 7/29/2019 Prosedur Penghasilan Dan Penyelengaraan Bahan Bercetak

    6/8

    Setelah itu setiap bahan bercetakyang dipilih seharusnya mempunyai kekuatan

    sebagai sumber pengajaran dan pembelajaran pengajian social. Antara aspek yang

    dilihat adalah :

    Aspek masa merupakan elemen yang sangat penting. Murid-murid boleh

    menggunakannya mengikut kadar kecepatan mereka sendiri. Bahan-bahan tercetak

    boleh dibaca dengan cepat dan maklumat penting boleh dipelajari tanpa mengikut

    sesuatu masa pengajaran.

    Selain daripada aspek tersebut, kekuatan bahan bercetak dari aspek fizikal

    termasuklah tidak memerlukan alat yang kompleks dan mahal untuk menyampaikan

    maklumat. Bukan itu sahaja ianya tidak memerlukan bekalan kuasa elektrik atau

    sumber cahaya semasa menggunakannya. Bahan bercetak adalah bahan mudah alih

    mengikut keadaan atau keperluan tajuk atau subjek yang berkenaan.

    Disamping kekuatan dari aspek tersebut, aspek perancangan juga tidak

    diabaikan. Pendapat-pendapat yang berbeza serta aspek-aspek berlainan boleh dikaji

    pada satu masa yang sama dan boleh diulangkaji kembali atau dirujuk oleh murid

    beberapa kali jika perlu. Buku kerja boleh diterbitkan bersama dengan buku teks atau

    siri kuliah untuk membolehkan murid belajar dengan lebih berkesan dan maklumat dari

    teks atau siri kuliah boleh dimasukkan ke dalam buku kerja tersebut. Bahan bercetak

    memberi lebih banyak peluang kepada murid untuk mengambil peranan dan bahagian

    yang aktif sama ada dalam proses penghasilan bahan bercetak tersebut ataupun

    semasa proses penggunaan bahan-bahan bercetak tersebut di dalam bilik darjah.

    Faktor kos juga merupakan salah satu kekuatan dalam bahan bercetak ini.

    Pencetakan bahan yang banyak akan mengurangkan kos jika dibandingkan dengan

    bahan pandang-dengar yang lain. Bahan-bahan bercetak, cetakan tempatan atau

    cetakan sendiri berharga murah dan boleh disediakan dengan cepat.

    Mobiliti merupakan salah satu kekuatan bahan bercetak. Murid-murid boleh belajar

    di mana-mana tempat dan pada bila-bila masa yang sesuai. Bahan-bahan bercetak

    oleh ditanda atau digaris oleh murid sebagai panduan atau rujukan untuk dirinya sendiri

    pada satu masa nanti. Apabila bahan bercetak digunakan oleh guru, maka murid boleh

  • 7/29/2019 Prosedur Penghasilan Dan Penyelengaraan Bahan Bercetak

    7/8

    didedahkan kepada maklumat yang sama yang boleh pula diikuti dengan penerangan

    tambahan daripada guru. Maklumat daripada teks ini juga akan menambahkan atau

    mengingatkan kembali pengetahuan yang disampaikan oleh guru.

    Kekuatan yang terakhir sekali adalah penyelengaraan. Gambar-gambar seperti foto

    dan rajah boleh dimasukkan dalam teks untuk penerangan lebih lanjut mengenai

    konsep, hujah-hujah dan juga untuk menambahkan minat murid. Bahan-bahan cetakan

    tambahan boleh dimuatkan di dalam buku teks atau buku latihan sebagai lampiran atau

    bahan tambahan.

    Walau bagaimanapun bahan bercetak masih mempunyai kelemahan-kelemahan

    tertentu. Antaranya termasuklah dari aspek mobility, penyelengaraan, perancangan

    masa dan faktor fizikal.

    Dari aspek perancangan masa. Penggunaan bahan-bahan bercetak memerlukan

    kebolehan murid membaca. Bahan bercetak tidak tahan lama kerana kerana bahan

    bercetak adalah bahan yang mudah kelihatan buruk apabila sudah terlalu lama dan ada

    kemungkinan menjadi reput.

    Selain itu kelemahan dari aspek penyelengaraan pula adalah bahan-bahan bercetak

    adalah media satu hala. Bila digunakan tanpa guru murid tidak boleh mendapatkan

    sesuatu penjelasan jika diperlukannya. Bahan bercetak perlu disimpan dan digunakan

    dengan cermat dan kemas, kerana bahan bercetak adalah bahan yang mudah terkoyak

    dan rosak. (penyelenggaraan dan kos). Bahan-bahan bercetak hanya akan berkesan

    sekiranya guru berkebolehan dan terlatih mengajar dengan menggunakan bahan-bahan

    ini. Bahan-bahan bercetak yang tidak disusun dengan kemas dan tersusun, akan

    menyebabkan keadaan tempat penyimpanan bahan ini berselerak.

    Kelemahan dari faktor fizikal pula, Bahan bercetak tidak akan dapat menarikperhatian murid jika digunakan oleh guru terlalu kerap kerana bahan bercetak selalunya

    berwarna hitam putih. Manakala faktor mobiliti pula Bahan-bahan bercetak perlu

    disimpan di dalam fail atau bahan yang kalis air, keadaan ini akan menyukarkan guru

    dan murid untuk mencari bahn untuk menyimpan bahan bercetak.

  • 7/29/2019 Prosedur Penghasilan Dan Penyelengaraan Bahan Bercetak

    8/8

    Bahan bercetak dapat digunakan untuk pelbagai medium pembelajaran. Sebagai

    contoh dalam aktiviti pemulihan murid-murid yang lemah dalam penguasaan jenis-jenis

    rumah akan dapat mempelajari jenis rumah berdasarkan gambar yang telah cikgu

    sediakan berserta dengan sedikit maklumat berkaitan rumah tersebut di gambar

    tersebut. Murid-murid yang lemah dalam penguasaan peta : guru boleh menggunakan

    peta untuk memperlihatkan dengan lebih jelas kedudukan sesuatu negeri dan kemudian

    guru meminta murid memadankan nama negeri yang telah disediakan untuk

    dipadankan dengan kedudukan negeri tersebut.

    Kelebihan bahan pemulihan memudahkan guru untuk mengajar murid melalui bahan

    bercetak yang maujud. Guru boleh menggunakan sekerap mungkin sehingga murid

    benar-benar dapat mengingati fakta atau perkara yang ingin diperlajari. Murid-murid

    juga boleh menggunakan bila-bila masa bahan bercetak tersebut walaupun tanpa guru.

    Manakala dalam aktiviti pengayaan pula adalah murid yang sudah mahir dalam topik

    jenis-jenis rumah guru hanya menunjukkan gambar kepada murid-murid dan kemudian

    mereka akan mencirikannya. Peta berdasarkan peta tersebut murid-murid dapat

    membuat andaian sendiri berkaitan aspek pekerjaan penduduk di sesuatu negeri.

    Lembaran kerja secara bertulis juga dapat menguji daya kefahaman dan ingatan

    mereka.

    Kelebihan pengayaan adalah murid-murid akan lebih ingat dan memahami

    berdasarkan bahan bercetak yang ditunjukkan. Melalui lembaran kerja , tahap

    kefahaman mereka akan dapat diperhatikan.