prosedur dan teknik mengecas bateri

16
PROSEDUR DAN TEKNIK MENGECAS BATERI MENGGUNAKAN KAEDAH ‘SASTAB’ (SAMBUNGAN SIMBOL TAMATAN BATERI) OLEH AMAR HEZRI BIN MD ZIN SEK. MEN. KEB. DATO’ HAJI TALIB KARIM 78000 ALOR GAJAH, MELAKA ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh murid Tingkatan 5PV aliran kemahiran vokasional di dalam submodul Mengecas Bateri Kenderaan Jenis Selenggara melalui Jumping Bateri. Seramai 20 orang murid Tingkatan 5PV, SMK Dato’ Haji Talib Karim dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah dilaksanakan melalui latihan kemahiran hand on, penilaian melalui pentaksiran berasaskan sekolah dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mengingati prosedur mengecas bateri (jumping bateri) dengan teknik yang betul. Perancangan tindakan difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman dan daya ingatan melalui Kaedah ‘SASTAB’ (Sambungan Simbol Tamatan Bateri). Murid telah didedahkan kepada kaedah ‘Sambungan Simbol Tamatan Bateri’ selama 60 minit dan kajian ini telah diselesaikan dalam tempoh 2 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan soal selidik dan pemerhatian menunjukkan murid lebih mengingati, memahami dan seronok belajar Mengecas Bateri Kenderaan (jumping bateri) melalui kaedah ‘SASTAB’ (Sambungan Simbol Tamatan Bateri).

Upload: amar-hezri

Post on 26-Jul-2015

846 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Kaedah Mengecas Bateri / Jumper Bateri Melalui SASTAB

TRANSCRIPT

Page 1: Prosedur Dan Teknik Mengecas Bateri

PROSEDUR DAN TEKNIK MENGECAS BATERI MENGGUNAKAN

KAEDAH ‘SASTAB’ (SAMBUNGAN SIMBOL TAMATAN BATERI)

OLEH

AMAR HEZRI BIN MD ZIN SEK. MEN. KEB. DATO’ HAJI TALIB KARIM

78000 ALOR GAJAH, MELAKA

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk menentukan dan mengatasi masalah-masalah yang dihadapi

oleh murid Tingkatan 5PV aliran kemahiran vokasional di dalam submodul Mengecas Bateri

Kenderaan Jenis Selenggara melalui Jumping Bateri. Seramai 20 orang murid Tingkatan

5PV, SMK Dato’ Haji Talib Karim dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal

telah dilaksanakan melalui latihan kemahiran hand on, penilaian melalui pentaksiran

berasaskan sekolah dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid tidak mengingati

prosedur mengecas bateri (jumping bateri) dengan teknik yang betul. Perancangan tindakan

difokuskan kepada teknik untuk meningkatkan kefahaman dan daya ingatan melalui –

Kaedah ‘SASTAB’ (Sambungan Simbol Tamatan Bateri). Murid telah didedahkan kepada

kaedah ‘Sambungan Simbol Tamatan Bateri’ selama 60 minit dan kajian ini telah

diselesaikan dalam tempoh 2 minggu. Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan

prestasi murid. Dapatan soal selidik dan pemerhatian menunjukkan murid lebih mengingati,

memahami dan seronok belajar Mengecas Bateri Kenderaan (jumping bateri) melalui

kaedah ‘SASTAB’ (Sambungan Simbol Tamatan Bateri).

Page 2: Prosedur Dan Teknik Mengecas Bateri

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU

Pertama sekali saya ingin menyatakan perasaan yang begitu kecewa dan tidak

berpuashati terhadap diri sendiri kerana tidak memberikan tunjuk ajar yang betul

kepada anak murid saya. Semuanya bermula dengan permasalahan yang dihadapi

oleh rakan sejawat saya yang mengalami masalah menghidupkan keratanya kerana

kehilangan punca kuasa bateri. Beliau meminta saya dan anak murid saya untuk

membantunya dalam melakukan ‘jumping bateri’ pada keretanya. Lalu saya meminta

anak murid saya melakukan kerja tersebut kerana ia telah dipelajari pada awal sesi

persekolahan dalam Modul Sistem Elektrik di Tingakatan 5. Semasa anak murid

saya ingin melakukan kerja tersebut, terdengar pula perkataan... macam mana nak

buat cikgu… sambung wayar yang mana dulu.. lupalah.. begitu sinonim setiap kali

berhadapan dengan situasi melakukan kerja di luar bengkel. Bagi saya mereka

terlalu bergantung kepada guru untuk memberi tunjuk ajar, mereka tidak ingin

membuat keputusan sendiri.

Rakan sejawat saya mula merasa cemas kerana berasa kurang yakin dengan kerja

yang dilakukan oleh anak murid saya. Saya pula menjawab, “ Apalah awak ini, yang

itu kan dah dipelajari..” untuk mententeramkan & memberi keyakinan kepada rakan

sejawat saya. Saya rasa tidak puas hati dan rasa terpanggil untuk mengubah

keadaaan ini. Jadi kali ini saya membuat keputusan untuk melaksanakan kajian

tindakan dengan bersungguh-sungguh bagi memperbaiki teknik pengajaran serta

mempertingkatkan pembelajaran anak murid saya. Saya telah memulakan kajian

dengan beberapa langkah iaitu membuat ujian, memeriksa buku latihan dan soal

selidik. Kemudian saya merancang aktiviti serta kaedah yang memudahkan anak

murid saya untuk mengingati teknik mengecas bateri (jumping bateri) yang betul

dengan menggunakan kaedah ‘SASTAB’ (Sambungan Simbol Tamatan Bateri).

Page 3: Prosedur Dan Teknik Mengecas Bateri

2.0 ISU KEPERIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Kajian yang dijalankan ini adalah berfokuskan kepada kemahiran mengingati

prosedur melakukan kerja. Setiap prosedur kerja mestilah mematuhi garis panduan

yang telah ditetapkan. Kajian ini adalah penting bagi murid melakukan sesuatu kerja

dengan mengutamakan aspek keselamatan disamping melakukan kerja dengan

selamat dan menggunakan kemahiran yang betul serta memiliki keyakinan diri.

Masalah utama yang dihadapi oleh murid dalam kerja mengecas bateri (jumping

bateri) ialah kegagalan mengingati langkah kerja mengecas bateri (jumping bateri)

iaitu dengan memasang wayar jumper positif dari bateri lemah kepada bateri baik

terlebih dahulu barulah diikuti dengan wayar jumper negatif dari bateri baik kepada

body enjin kenderaan dan langkah kerja menanggalkan wayar jumper negatif dahulu

dari body enjin kepada bateri baru dan diikuti dengan wayar jumper positif dari bateri

baik kepada bateri lemah selepas kerja mengecas bateri (jumping bateri) dilakukan.

Saya yakin, jika saya dapat praktikkan kaedah ‘SASTAB’ (Sambungan Simbol

Tamatan Bateri) kepada anak murid, ia dapat mengatasi daya ingatan anak murid

saya disamping meningkatkan kaedah pengajaran dan pembelajaran saya.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN

3.1 OBJEKTIF AM

Kajian ini bertujuan meningkatkan kefahaman dan ingatan murid terhadap

prosedur Jumping Bateri.

3.2 OBJEKTIF KHUSUS

a. Meningkatkan kemahiran murid dalam mengenal pasti bahagian binaan bateri

jenis selenggara.

b. Meningkatkan kemahiran murid dalam kerja jumping bateri mengikut

prosedur yang betul dan selamat.

c. Meningkatkan daya ingatan murid melalui kaedah ‘SASTAB’ (Sambungan

Simbol Tamatan Bateri)

d. Mengubah cara pengajaran guru supaya murid merasakan proses

pembelajaran adalah menyeronokkan.

Page 4: Prosedur Dan Teknik Mengecas Bateri

4.0 KUMPULAN SASARAN

Kumpulan sasaran terdiri daripada 20 orang murid Tingkatan 5PV.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Tinjauan Masalah

Jadual 1 : Kaedah Mengutip Data

Langkah Cara Penilaian Kumpulan

Sasaran Tujuan

Langkah 1

Soal selidik 20 orang

murid T5PV

Kertas soal selidik diedarkan kepada 20 orang

murid untuk mendapat kepastian masalah

yang dihadapi. (Lampiran 1)

Langkah 2 Pemerhatian 20 orang

murid T5PV

Pemerhatian dijalankan kepada 20 orang

murid dengan melihat kelakuan mereka dalam

melakukan kerja mengecas bateri (jumping

bateri) secara amali. Tujuan adalah untuk

mengenal pasti masalah yang mereka hadapi.

(Lampiran 2)

Page 5: Prosedur Dan Teknik Mengecas Bateri

5.2 Analisis Tinjauan Masalah

5.2.1 Analisis Soal Selidik

Murid telah memberikan respons positif manakala guru telah memberikan komen

yang membina. Berikut adalah analisis soal selidik yang telah dijawab oleh 20 orang

murid.

Jadual 2 : Analisis Peratus Soal Selidik

Bil Pernyataan Ya Tidak %

1 Bateri kenderaan menghasilkan voltan

sebanyak 12V 15 5 75%

2 Bateri mempunyai dua jenis tamatan 18 2 90%

3 Multimeter boleh digunakan untuk mengukur

bacaan voltan bateri 16 4 80%

4 Wayar jumper positif berwarna hitam 11 9 45%

5 Bateri tanpa selenggara perlu diisi air bateri sebelum ia dicas

10 10 50%

6

Wayar jumper negatif perlu dipasang dahulu

diikuti wayar jumper positif sebelum melakukan

kerja mengecas

13 7 35%

7 Wayar jumper positif perlu dibuka dahulu

selepas melakukan kerja mengecas 15 5 25%

8 Wayar jumper berwarna hitam perlu dipasang

pada tamatan negatif bateri lemah 12 8 40%

Daripada soal selidik yang dijalankan, didapati kebanyakkan murid memahami dan

dapat mengenal pasti ciri-ciri bateri seperti dalam penyataan Bil 1, 2 dan 3 (melebihi

70% menjawab dengan betul). Manakala murid agak lemah (kurang 50% menjawab

dengan betul) dalam menentukan warna wayar jumper dan kedudukan wayar

dengan tamatan bateri seperti dalam pernyataan Bil 4, 6, 7 dan 8. Bagi pernyataan

Bil 5, hanya sebahagian murid (10 orang murid sahaja) yang mengetahui dan dapat

membezakan jenis bateri kenderaan iaitu bateri jenis selenggara daan bateri jenis

tanpa selenggara. Daripada soal selidik yang dijalankan, dapat dirumuskan

kebanyakkan murid agak lemah dalam menentukan kedudukan wayar jumper pada

dua jenis tamatan bateri dan kaedah memasang dan membuka wayar jumper

semasa melakukan kerja mengecas bateri (jumping bateri).

Page 6: Prosedur Dan Teknik Mengecas Bateri

5.2.2 Analisis Pemerhatian

Saya menggunakan Jadual Pemerhati untuk merekodkan aktiviti yang dilakukan oleh

murid semasa melakukan kerja amali mengecas bateri di bengkel menservis

motosikal. Jadual 3 menunjukkan jadual pemerhati penggunaan gundal (tallies)

dalam merekod aktiviti amali memasang wayar jumper yang dijalankan oleh 20 orang

murid.

Jadual 3 : Analisis Peratus Aktiviti Memasang Wayar Jumper

Aktiviti Gundal (tallies) Peratus

Sering bertanya pada guru semasa amali //// / 6 30%

Bertanya pada rakan sekelas semasa amali //// //// 9 45%

Memasang wayar positif bateri lemah kepada tamatan positif bateri baik. //// /// 8 40%

Memasang wayar positif bateri baik kepada tamatan positif bateri lemah.

//// //// /

11 55%

Memasang wayar negatif bateri baik kepada body enjin. // 2 10%

Memasang wayar negatif bateri baik kepada tamatan negatif bateri lemah. //// // 7 35%

Memasang wayar negatif bateri lemah kepada tamatan negatif bateri baik. //// //// 10 50%

Memasang wayar positif dahulu diikuti wayar negatif //// // 7 35%

Memasang wayar negatif dahulu diikuti wayar positif

//// //// //

12 60%

Memasang wayar pada tamatan yang salah / 1 5%

Page 7: Prosedur Dan Teknik Mengecas Bateri

Jadual 4 menunjukkan jadual pemerhati penggunaan gundal (tallies) dalam merekod

aktiviti amali menanggalkan wayar jumper yang dijalankan oleh 20 orang murid.

Jadual 4 : Analisis Peratus Aktiviti Menanggalkan Wayar Jumper

Aktiviti Gundal (tallies) Peratus

Menanggalkan wayar negatif pada body enjin dahulu diikuti pada bateri baik. / 1 5%

Menanggalkan wayar negatif pada bateri baik dahulu diikuti pada body enjin. / 1 5%

Menanggalkan wayar negatif pada bateri lemah dahulu diikuti pada bateri baik.

//// //// //

12 60%

Menanggalkan wayar negatif pada bateri baik dahulu diikuti pada bateri lemah. //// 5 25%

Menanggalkan wayar positif dari bateri baik dahulu diikuti pada bateri lemah. //// 5 25%

Menanggalkan wayar positif dari bateri lemah dahulu diikuti pada bateri baik.

//// //// ////

14 70%

Menanggalkan wayar negatif dahulu diikuti wayar positif //// /// 9 45%

Menanggalkan wayar positif dahulu diikuti wayar negatif //// //// 10 50%

Menanggalkan wayar pada tamatan yang salah / 1 5%

Page 8: Prosedur Dan Teknik Mengecas Bateri

Jadual 5 : Analisis Tinjauan Masalah

Cara

Penilaian

Kumpulan

Sasaran Masalah telah dikenal pasti

Pemerhatian 20 orang

murid

T5PV

6 orang murid sering menanyakan soalan kepada

guru semasa melakukan kerja amali bagi tujuan

mendapatkan kepastian terhadap kerja yang

dilakukan sama ada betul atau salah.

9 orang murid pula sering meminta rakannya

memberitahu kerja amali yang dilakukan sama

ada betul atau salah.

Sebanyak 12 orang murid (60%) yang tidak

mengikut prosedur dengan melakukan kerja

memasang wayar jumper negatif dahulu diikuti

wayar positif. Manakala 7 orang murid (35%)

mengikut prosedur yang betul dan hanya 1 orang

murid yang tidak mengenal pasti tamatan pada

bateri.

Dalam kerja memasang wayar jumper positif,

sebanyak 11 orang murid (55%) tidak mengikut

prosedur yang betul.

Dalam kerja memasang wayar jumper negatif

pula, sebanyak 17 orang murid (85%) tidak

mengikut prosedur yang betul.

Sebanyak 10 orang murid (50%) yang tidak

mengikut prosedur dengan melakukan kerja

menanggalkan wayar jumper positif dahulu diikuti

wayar jumper negatif. Manakala 9 orang murid

(45%) mengikut prosedur yang betul.

Dalam kerja menanggalkan wayar jumper

negatif, sebanyak 18 orang murid (90%) tidak

mengikut prosedur yang betul.

Dalam kerja menanggalkan wayar jumper positif

pula, sebanyak 14 orang murid (70%) tidak

mengikut prosedur yang betul.

Page 9: Prosedur Dan Teknik Mengecas Bateri

5.3 Tindakan Yang Dijalankan

Berdasarkan tinjauan awal didapati murid memang lemah dalam mengingati

prosedur jumping bateri dengan betul. Disamping itu juga, murid juga lemah dalam

mengenal pasti warna wayar jumper bagi tamatan positif dan tamatan negatif bateri.

Untuk mengatasi masalah ini, kaedah ‘SASTAB’ (Sambungan Simbol Tamatan

Bateri) diperkenalkan dalam melaksanakan kajian ini.

a. Beberapa langkah mudah perlu diikuti seperti Jadual 5 di bawah :

Jadual 5 : Langkah-langkah untuk membina kaedah ‘SASTAB’

Langkah 1 Murid-murid dikehendaki melipat kertas A4 kepada empat bahagian.

Langkah 2 Murid-murid dibekalkan dengan marker pen berwarna merah dan hitam. Pada setiap bahagian kertas A4 (set A, set B, set C dan set D), murid dikehendaki melakar simbol tamatan positif dengan menggunakan marker pen merah dan simbol tamatan negatif dengan menggunakan marker pen hitam. Lakaran adalah seperti berikut : Set A

Set A

Set B

Set C

Set D

+ - + -

Page 10: Prosedur Dan Teknik Mengecas Bateri

Set B Set C Set D

- + - +

- + + -

+ - - +

Page 11: Prosedur Dan Teknik Mengecas Bateri

Langkah 3 Menyambungkan simbol tamatan positif dan tamatan negatif supaya dapat membentuk lakaran berbentuk segiempat tepat atau berbentuk bateri. Lakaran adalah seperti berikut : Set A Hasil sambungan simbol tamatan tidak menunjukkan bentuk segiempat tepat. Set B Hasil sambungan simbol tamatan tidak menunjukkan bentuk segiempat tepat.

+ - + -

- + - +

Page 12: Prosedur Dan Teknik Mengecas Bateri

Set C Hasil sambungan simbol tamatan tidak menunjukkan bentuk segiempat tepat. Set D Hasil sambungan simbol tamatan menunjukkan bentuk segiempat tepat.

- + + -

+ - - +

Page 13: Prosedur Dan Teknik Mengecas Bateri

Langkah 4 Memilih set D sebagai panduan prosedur mengecas bateri. Melabelkan nombor dan pernyataan seperti pada rajah di bawah : Tanda bermaksud kerja-kerja yang perlu dibuat dahulu. Tanda bermaksud kerja-kerja yang perlu dibuat kemudian. Warna simbol merah bermaksud wayar merah untuk tamatan positif. Warna simbol hitam bermaaksud wayar hitam untuk tamatan negatif.

Langkah 5 Membuat kesimpulan. Prosedur Mengecas Bateri (Jumping Bateri) Langkah 1 : Memasang wayar jumper positif (merah) pada bateri lemah. Langkah 2 : Memasang wayar jumper positif (merah) pada bateri baik. Langkah 3 : Memasang wayar jumper negatif (hitam) pada bateri baik. Langkah 4 : Memasang wayar jumper negatif (hitam) pada body enjin. Langkah 5 : Hidupkan kenderaan Langkah 6 : Memasang wayar pengecas warna merah pada tamatan positif bateri. Langkah 7 : Hidupkan suis alat pengecas. Langkah 8 : Menanggalkan wayar pengecas pada tamatan positif. Langkah 9 : Menanggalkan wayar pengecas pada tamanan negatif. Langkah 10 : Memasang penutup bateri pada bateri dan letakkan kembali pada kenderaan. Langkah 11 : Memasang wayar negatif pada tamatan negatif bateri Langkah 12 : Memasang wayar positif pada tamatan positif bateri.

Langkah 6 Melakukan kerja mengecas bateri jenis selenggara mengikut prosedur yang betul dan menggunakan kaedah ‘Sambungan Simbol Tamatan Bateri’

+ - - + 1 2 1 2

MENYAMBUNG

WAYAR

MENANGGALKAN

WAYAR

1

2

Page 14: Prosedur Dan Teknik Mengecas Bateri

b. Bahan-bahan yang digunakan pada Jadual 6 di bawah :

Bil Bahan-bahan berkaitan Kuantiti

1 Kertas A4 40 helai

2 Marker pen merah 20 batang

3 Marker pen hitam 20 batang

4 Bateri kereta 1 buah

5 Bateri motosikal 5 buah

6 Alat pengecas bateri 1 buah

7 Wayar pengecas (merah) 1 gulung

8 Wayar pengecas (hitam) 1 gulung

9 Wayar jumper bateri 1 set

10 Flat screw driver 5 set

11 Philips screw driver 5 set

12 Ring spannar 5 set

5.4 Perlaksanaan Tindakan Dan Pemerhatian / Penilaian

Kajian tindakan ini telah dilaksanakan dalam tempoh 2 minggu. Semasa saya

menjalankan kajian ini, saya telah menyempurnakan sukatan pelajaran yang

berkaitan dengan sistem elektrik motosikal. Saya telah memperuntukkan dua waktu

pengajaran dan pembelajaran untuk membimbing murid membina kaedah

‘Sambungan Simbol Tamatan Bateri’. Murid telah menjalani ujian pos yang bertujuan

menilai kefahaman murid terhadap kaedah yang digunakan. Berikut adalah

perlaksanaan aktiviti yang saya lakukan.

5.4.1 Perlaksanaan Aktiviti 1

Sebelum saya memperkenalkan kaedah ‘SASTAB’, murid-murid akan mengenal

pasti dahulu binaan dan jenis-jenis bateri kenderaan. Saya menggunakan bahan

bantu mengajar berbentuk katalog yang mengandungi gambar rajah jenis-jenis bateri

kenderaan seperti dalam rajah 1 :

Rajah 1 : Jenis-jenis bateri kenderaan

Bateri Tanpa Selenggara Bateri Selenggara

Page 15: Prosedur Dan Teknik Mengecas Bateri

5.4.2 Pelaksanaan Aktiviti 2

Seterusnya murid-murid akan membina lakaran SASTAB pada kertas A4. Murid-

murid dibekalkan dengan marker pen berwarna merah dan hitam. Pada setiap

bahagian kertas A4 (set A, set B, set C dan set D), murid dikehendaki melakar

simbol tamatan positif dengan menggunakan marker pen merah dan simbol tamatan

negatif dengan menggunakan marker pen hitam.

Lakaran set adalah seperti dalam langkah 2 dan langkah 3 (Tindakan yang

dijalankan).

5.4.3 Pelaksanaan Aktiviti 3

Murid dikehendaki mentafsir lakaran SASTAB yang telah dihasilkan dengan membandingkan antara Set A, Set B, Set C dan Set D seperti dalam langkah 4. Murid akan membuat kesimpulan dan melakukan kerja mengecas bateri mengikut prosedur yang betul dengan mengamalkan langkah keselamatan seperti dalam langkah 5.

Rajah 2 : Kaedah menyambung wayar jumper

Page 16: Prosedur Dan Teknik Mengecas Bateri

Rajah 3 : Kaedah menanggalkan wayar jumper.

5.5 Refleksi

Setelah mempelajari teknik lakaran SASTAB, murid-murid saya tidak lagi mengalami

masalah dalam mengingati prosedur melakukan jumper bateri dengan betul. Mereka

bertambah yakin melakukan kerja dengan mematuhi prosedur yang betul dan

mengamalkan langkah keselamatan semasa melakukan kerja mengecas bateri.

Harapan saya agar teknik kaedah SASTAB ini dapat diaplikasi kepada pengguna-

pengguna kenderaan umumnya dalam melakukan jumper bateri supaya kerja yang

dilakukan dapat mengutamakan aspek keselamatan.