prosedur 8 menjalankan aktiviti pengklorinan telaga

4
PROSEDUR 8 : MENJALANKAN AKTIVITI PENGKLORINAN TELAGA/TANGKI AIR Tarikh : 16/3/2012 Lokasi/Lokaliti : Kawasan Rumah Hj Zulkeplee bin Ghazali Anggota Terlibat : PPKP En Mohree bin PKAK En Azni bin Piai Muhammad Khuzaifah bin Azli (Pelatih) Muhammad Fadhli bin Zin (Pelatih) Muhammad Khairul Azizi bin Ayob (Pelatih) Muhammad Firdaus bin Mohd Safee (Pelatih) Objektif : Memastikan air yang menjadi sumber minuman dan kegunaan orang awam selamat untuk digunakan. Bagi mengelakkan dan mencegah masalah penyakit berjangkit bawaan air. Untuk membunuh bakteria dalam air dengan menggunakan sukatan dos klorin yang betul. Memastikan air perigi tidak tercemar. Data Pentadbiran: Nama pemohon : Zulkeple Bin Ghazali

Upload: muhammad-khuzaifah

Post on 25-Jul-2015

716 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prosedur 8 Menjalankan Aktiviti Pengklorinan Telaga

PROSEDUR 8 : MENJALANKAN AKTIVITI PENGKLORINAN TELAGA/TANGKI AIR

Tarikh : 16/3/2012

Lokasi/Lokaliti : Kawasan Rumah Hj Zulkeplee bin Ghazali

Anggota Terlibat :

PPKP En Mohree bin

PKAK En Azni bin Piai

Muhammad Khuzaifah bin Azli (Pelatih)

Muhammad Fadhli bin Zin (Pelatih)

Muhammad Khairul Azizi bin Ayob (Pelatih)

Muhammad Firdaus bin Mohd Safee (Pelatih)

Objektif :

Memastikan air yang menjadi sumber minuman dan kegunaan orang awam

selamat untuk digunakan.

Bagi mengelakkan dan mencegah masalah penyakit berjangkit bawaan air.

Untuk membunuh bakteria dalam air dengan menggunakan sukatan dos klorin

yang betul.

Memastikan air perigi tidak tercemar.

Data Pentadbiran:

Nama pemohon : Zulkeple Bin Ghazali

Alamat : Lot 1131 Jalan Air Beta Kg Ulu Kenderong

Umur : 62 tahun

Bil penghuni : 4 orang

Pekerjaan : Penoreh getah

Page 2: Prosedur 8 Menjalankan Aktiviti Pengklorinan Telaga

Peralatan Dan Bahan:

Baldi

Tali

Spatula

Penimbang

Alat tulis

kalkulator

Pita pengukur

Dipper

Pemberat

Pocket Colorimeter

Bikar

Klorin

Pemangkin DPD

Kaedah :

Menyediakan peralatan dan barang dengan lengkap (Mengikut senarai

semak) sebelum ke lapangan.

Tentukan kedudukan lokasi perigi yang hendak di klorin

Mengambil ukuran diameter perigi dengan menggunakan pita pengukur

Ambil tali dan pemberat kemudian ikatkan pemberat pada hujung tali

Jatuhkan tali tersebut ke dalam perigi dan ambil ukuran tinggi perigi

Kemudian ambil pita ukur dan ambil ukuran dari aras air hingga atas perigi

Mulakan pengiraan

D2 X W X 5 @ isipadu x kekeruhan x 100

380 kekuatan kapur klorida

Page 3: Prosedur 8 Menjalankan Aktiviti Pengklorinan Telaga

Menentukan dos klorin yang diperlukan dengan berpandukan pengiraan

yang dibuat

Masukkan air ke dalam sebuah bikar dengan sukatan separuh

Masukkan klorin tersebut ke dalam bikar dan kacau sehingga sebati

Ambil dan sukat klorin dengan menggunakan spatula

Ikatkan tali pada baldi dan tuangkan bancuhan klorin ke dalam baldi

tersebut

Turunkan baldi tersebut ke dalam perigi

Kocakkan baldi tersebut di dalam perigi supaya klorin larut dengan rata

dan sebati

Tunggu sehingga 30 minit untuk tindakbalas larutan tersebut berlaku

dalam telaga

Ambil bacaan baki klorin dan rekodkan

Bersihkan peralatan dan simpan semula peralatan tersebut