proposals e jar ah

Upload: nas

Post on 02-Mar-2016

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PROPOSAL KERJA KURSUS SEJARAH 20151.TAJUKSejarah Penubuhan dan Perkembangan Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI) , Serdang dari tahun 2004 hingga 2014

2.PENGENALANInstitut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah ditubuhkan pada 28 Oktober 1969 mengikut Akta MARDI (Akta 11) dan mula beroperasi pada Mac 1971. Penubuhan MARDI adalah bagi tujuan pembangunan teknologi untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani tempatan. Pendekatan dalam pembangunan teknologi MARDI adalah melalui inovasi terancang dalam memastikan teknologi yang dibangunkan mempunyai daya saing yang tinggi.MARDI ditubuhkan dengan objektif utama untuk menjana dan mempromosi teknologi baru, wajar dan efisyen untuk kemajuan industri makanan, pertanian dan industri asas tani.Usaha penyelidikan MARDI selama hampir 40 tahun telah menghasilkan pelbagaivarietidanklon tanamanbaru, baka ternakan baru dan kaedah pengurusannya. Teknologi terkini telah juga dihasilkan dalam bidang pemprosesan makanan dan pengendalian lepas tuai bagi produkhortikulturdan ternakan. Teknologi ICT dimanfaatkan dalam pengurusan dan pengendalian ladang seperti teknologipertanian tepatbagi tanamanpadiserta penganggaran hasil tanaman menerusi teknik pengimejan. Teknik-teknik baru juga dimajukan untuk pengurusan alam sekitar dan sumber pertanian terutamanya air, tanah dan sumber genetik dengan lebih cekap.Selain melaksanakan projek Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) secara kontrak, Institut juga menyediakan khidmat teknikal dan pembangunan usahawan dalam bidang makanan, pertanian dan khidmat lain dalam industri berkenaan. Khidmat teknikal adalah dalam bentuk khidmat nasihat, perundingan, latihan teknikal, khidmat makmal dan pengesahan mutu, pembangunan produk dan proses serta peningkatan teknologi.

3.OBJEKTIFi Mengenal pasti sejarah penubuhan dan perkembangan MARDI dari tahun 2004 hingga tahun 2014ii Mengenalpasti cabaran yang dihadapi dalam proses perkembangan selama 10 tahuniii Mengkaji pembaharuan yang terdapat dalam institusi tersebut4.PERMASALAHAN KAJIANi Kajian ini juga untuk mengetahui cabaran yang ditempuhi sehingga berjaya mengembangkannya dari tahun 2004 hingga 2014ii Kajian ini untuk mengetahui kejayaan-kejayaan yang dicapai sehingga muncul sebagai institusi yang berjaya dalam bidang sains dan teknologiiii Kajian ini untuk menjelaskan latar belakang MARDI sepanjang penubuhannya5.SKOP KAJIANi Kajian ini tertumpu kepada bidang sains dan teknologi yang diurus dan dipandu mengikut dasar dan peraturan yang diputuskan Lembaga Pengelola MARDI dengan persetujuan Menteri Pertanian dan Indusri Asas Tani pada tahun 2004 hingga 2014ii Kajian ini akan memfokuskan kepada latar belakang penubuhan, perkembangan, cabaran dan kejayaan yang dicapai6.KAJIAN TERDAHULUi Hasil daripada penyelidikan yang saya lakukan sehingga kini terdapat beberapa artikel daripada internet misalnya blogger oleh Muhd Nur Hafiz Mat Azmin yang merupakan pegawai penyelidik unit pembangunan perniagaan yang ditulis di dalam blog agribdc.blogspotii Selain itu, terdapat juga dokumentari yang disiarkan di televisyen tentang kejayaan yang dicapai MARDI

7.KAEDAH KAJIANi Kaedah perpustakaanii Kaedah pemerhatian ; saya juga akan melawat Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian untuk menjalankan kajianiii Kaedah laman sesawang

8. PEMBAHAGIAN STRUKTUR ESEI1) Pengenalan Dalam bahagian ini akan menjelaskan sejarah penubuhannya dari tahun 2004 hingga tahun 2014

2) Isi-isi 2.1 Bahagian ini akan menjelaskan sejarah penubuhan dan perkembangan MARDI dari tahun 2004 hingga 2014

2.2 Bahagian ini akan menjelaskan cabaran-cabaran yang dihadapi selama 10 tahun perkembangannya

2.3 Bahagian ini akan menerangkan segala pembaharuan yang dilakukan di dalam MARDI berdasarkan sains dan teknologinya

2.4 Bahagian ini akan menyatakan kejayaan yang dicapai oleh MARDI

3) Kesimpulan Bahagian ini akan menyatakan harapan pihak yang bertanggungjawab di dalam MARDI untuk terus membangunkan sains dan teknologi masyarakat tempatan

9 . PENUTUPPada keseluruhannya, kajian saya terhadap Institusi Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) menumpukan kepada sejarah penubuhan dan perkembangannya dalam meningkatkan taraf sains dan teknologi masyarakat tempatan selama 10 tahun dari tahun 2004 hingga 201410.BIBLIOGRAFIi Laman sesawang MARDIhttp://www.mardi.gov.my/penubuhan-dan-latar-belakang;jsessionid=03EACB530F17785F4F223804CB29134B

ii Laman sesawang Wikipediahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Institut_Penyelidikan_dan_Kemajuan_Pertanian_Malaysia