proposal penubuhan tahfiz semakan 1

Upload: kawanzet

Post on 05-Oct-2015

299 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

PROPOSAL TAHFIZ

TRANSCRIPT

CADANGAN PENUBUHAN AL ISLAHIYAH MULTIMEDIA CREW1.0 MUQADDIMAH.

Al-Quran merupakan asas utama kemajuan tamadun pada hari ini. Kehebatan dunia teknologi Barat tidak lain tidak bukan adalah jasa umat Islam di era kegemilangan mereka menafsirkan Al-Quran dalam pelbagai sudut ilmiah dan kehidupan seharian. Tidak dapat dinafikan, para huffaz sehingga ke hari ini memiliki akal yang lebih tajam berbanding golongan yang tidak menghafaz Al-Quran. Di samping itu, para pelajar yang berminat untuk menghafaz tidak seharusnya dibiarkan menghafaz sendiri sehingga banyak kesalahan mereka dalam bacaan tidak ditegur, sebaliknya mereka harus dibimbing agar dapat menghafaz dan mengngati setiap kalimah dan baris dengan baik.Justeru, bersesuaian dengan status sebagai sekolah agama, kelas bimbingan hafazan bersistem perlu diterapkan pada diri pelajar. Kelebihan sekolah yang memiliki guru yang pakar dalam bidang hafazan patut digunakan dengan sebaiknya dalam melahirkan generasi pemangkin ummah.

2.0 MISI.

Membimbing pelajar dengan sistem hafazan yang teratur. Membuat persiapan untuk menghadapi pertandingan-pertandingan. Mendedahkan pelajar kepada peluang-peluang baru dalam bidang Al-Quran. Melahirkan pelajar yang berpandukan Al-Quran dalam kehidupan seharian.

3.0 VISI.

Meramaikan generasi Al-Quran. Melahirkan para huffaz dari Sekolah Agama Al-Islahiyah (MEN). Menjadikan para pelajar sekolah ini pelajar agama yang berkualiti .Membuka peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke bidang Al-Quran.

4.0 MOTO.Generasi A-Quran, pemangkin ummah gemilang

Ulasan daripada Moto; Sifat menyintai Al-Quran perlu dipupuk di umur yang masih muda. Kesusahan dalam menghafaz kalam Allah akan mematangkan para pelajar seterusnya melahirkan generasi yang berintegriti.

5.0 STRUKTU ORGANISASI PENGURUSAN KELAS HAFAZAN AL-QURAN

PENAUNGUSTAZ ROSLI BIN LONG (Pengetua)

PENASIHATUSTAZ BUSTOMI BIN MOHD NOR (PKI)USTAZ MAD ISA (PK HEM)USTAZ AFFENDI BIN SAAD (PK. Kokurikulum)

GURU PEMBIMBINGUSTAZ HADZIR BIN SIBONUSTAZ HUSINUSTAZ JAMALUDINUSTAZAH ROSMAWATIUSTAZAH SYARIFAH AISYAH

GURU PENYELARASUSTAZ MUHD MUTHI`UL HAQQ BIN FATAH YASIN

SEMUA GURU TINGKATAN

6.0 JADUAL PENGAJIAN MINGGUAN

HARIMASA

ISNIN7 MALAM - 10.30 MALAM

SELASA7 MALAM - 10.30 MALAM

RABU7MALAM - 10.30 MALAM

Kelas dijangka akan dimulakan pada 5 September 2011

7.0 TEMPAT

Kelas Tahfiz Lelaki: 2 Abu Daud Kelas Tahfiz perempuan: 4 Sumayyah

8.0 SISTEM PENGAJIAN

8.1 SISTEM TURUTAN HAFAZAN Menghafaz juz amma Menghafaz 4 surah pilihan: Yaasin, Ad-Dukhan, As-Sajdah, Al-Mulk Menghafaz 8 surah pilihan: Mula menghafaz dari juz 1

8.2 SISTEM TASMI` SABAQ= Memperdengarkan hafazan baru. PRA SABAQ/ SABQI= Mempedengarkan hafazan baru bersama 5 helai sebelumnya MUKHTAR/MANZIL= Mempedengarkan hafazan lama MUKHTAR KHATAM= Mempedengarkan bacaan 1 juz yang baru dihafal sekali baca.

9.0 PERBELANJAANKREDIT BULANANPERKARAJUMLAH

YURAN PELAJAR KELAS LELAKI (15XRM20)RM 300

YURAN PELAJAR KELAS PEREMPUAN (15XRM20)RM 300

JUMLAH KESELURUHANRM600

DEBIT BULANANPERKARAJUMLAH

SAGUHATI GURU LELAKIRM 300

SAGUHATI GURU PEREMPUANRM 300

JUMLAH KESELURUHANRM600

Saguhati kepada guru adalah bergantung kepada bilangan pelajar dalam sesebuah kelas. Setiap kelas tidak melebihi dari 15 orang.

10.0 PENUTUPKepentingan menghafaz Al-Quran tidak terhenti kepada maslahat kehidupan semata-mata, bahkan ianya merangkumi maslahat yang paling besar dalam agama iaitu menjaga Al-Quran dari diubah suai sesuka hati sekaligus menjaga hukum-hukum Allah yang terkandung di dalamnya. Mudah-mudahan segala yang dirancang dapat dilaksanakan dengan izin Allah dan ianya dapat dijadikan warisan kepada generasi pelapis warga Al-Islahiyah secara tidak langsung memartabatkan Islam di mata dunia.

Disediakan oleh,,

(MUHD MUTHI`UL HAQQ BIN FATAH YASIN)Guru Penyelaras,Kelas Hafazan Al-Quran,Sekolah Agama Al-Islahiyah (MEN).

SEKOLAH AGAMA AL-ISLAHIYAH (MENENGAH)BOHOR MALI, 02700 SIMPANG EMPAT,PERLISTELEFON : 04-9807360 FAX : 04-9808785

CADANGAN PENUBUHAN KELAS HAFAZAN AL-QURAN SEKOLAH AGAMA AL-ISLAHIYAH (MEN)

Disediakan Oleh:(MUHD MUTHI`UL HAQQ BIN FATAH YASIN)

4