proposal ceketeng merdeka for ccube

2
 Disediakan oleh Ajak [email protected] 2015 Sinopsis Roman seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pelumba motosikal nombor satu berkecai apabila terlibat dalam kemalangan. Bagaikan jatuh ditimpa tangga satu persatu musibah menimpa bermula dengan ditinggalkan kekasih kemudiannya dihalau daripada rumah kerana gagal membayar sewa setelah mengganggur. Berasakan tiada apa lagi untuknya di kota akhirnya Roman membuat keputusan untuk kembali ke kampung halaman yang telah bertahun sengaja ditinggalkan.Demi mengejar impian Roman tidak mengendahkan kata-kata bapanya dan tetap berkeras mengikut kata hati. Akibat rasa penyesalan yang menebal Roman memutuskan untuk tinggal bersama rakan semasa sekolah, Joe daripada ke rumah orang tuanya. Semasa di kampung Roman dipertemukan kembali dengan cinta monyet zaman remaja iaitu Sarah yang juga anak kepada ketua kampung. Mendapat halangan pada mulanya tetapi cinta kian berputik antara Sarah dan Roman setelah terjadi beberapa kejadian yang merapatkan kembali hubungan mereka. Antara kejadian ini adalah perlumbaan Ceketeng, kenderaan beroda empat yang digunakan untuk mengangkut hasil pertanian. Namun kenderaan ini telah diubahsuai untuk perlumbaan gerabak ekstrem yang diadakan setiap 2 tahun sekali. Pertandingan yang turut disertai beberapa daerah menguji kepakaran, ketahanan dan kesabaran penunggang.Juara turut diukur dengan  kelajuan dan kehebatan penciptaan gerabak masing-masing.  Roman yang telah diperkenalkan dengan sukan baru berupa Ceketeng mencetuskan minatnya untuk berlumba kembali walaupun kemungkinan mengalami kecederaan. Roman bertekad kerana hasil daripada kemenangan yang

Upload: kazar-abdul

Post on 07-Jan-2016

47 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kertas kerja cadangan program tvc.

TRANSCRIPT

7/17/2019 Proposal Ceketeng Merdeka for CCube

http://slidepdf.com/reader/full/proposal-ceketeng-merdeka-for-ccube 1/2

 

Disediakan oleh Ajak [email protected] 2015

Sinopsis

Roman seorang yang bercita-cita tinggi untuk menjadi

pelumba motosikal nombor satu berkecai apabila terlibat dalam

kemalangan. Bagaikan jatuh ditimpa tangga satu persatu musibah

menimpa bermula dengan ditinggalkan kekasih kemudiannya dihalau

daripada rumah kerana gagal membayar sewa setelah mengganggur.

Berasakan tiada apa lagi untuknya di kota akhirnya Roman membuat

keputusan untuk kembali ke kampung halaman yang telah bertahun

sengaja ditinggalkan.Demi mengejar impian Roman tidak

mengendahkan kata-kata bapanya dan tetap berkeras mengikut kata

hati. Akibat rasa penyesalan yang menebal Roman memutuskan untuk

tinggal bersama rakan semasa sekolah, Joe daripada ke rumah

orang tuanya. Semasa di kampung Roman dipertemukan kembali

dengan cinta monyet zaman remaja iaitu Sarah yang juga anak

kepada ketua kampung. Mendapat halangan pada mulanya tetapi

cinta kian berputik antara Sarah dan Roman setelah terjadi

beberapa kejadian yang merapatkan kembali hubungan mereka.

Antara kejadian ini adalah perlumbaan Ceketeng, kenderaan

beroda empat yang digunakan untuk mengangkut hasil pertanian.

Namun kenderaan ini telah diubahsuai untuk perlumbaan gerabak

ekstrem yang diadakan setiap 2 tahun sekali. Pertandingan yang

turut disertai beberapa daerah menguji kepakaran, ketahanan dan

kesabaran penunggang.Juara turut diukur dengan  kelajuan dan

kehebatan penciptaan gerabak masing-masing.  Roman yang telah

diperkenalkan dengan sukan baru berupa Ceketeng mencetuskan

minatnya untuk berlumba kembali walaupun kemungkinan mengalami

kecederaan. Roman bertekad kerana hasil daripada kemenangan yang

7/17/2019 Proposal Ceketeng Merdeka for CCube

http://slidepdf.com/reader/full/proposal-ceketeng-merdeka-for-ccube 2/2

diperolehi bukan sahaja mendapat kemaafan dari bapanya malah

bakal mengangkat kembali kehormatan dan kegemilangan kampung

halamannya sebagai juara dalam perlumbaan Ceketeng.

Konsep Program

Ceketeng bergenre komedi slapstik dengan tema kenegeraan

sempena hari merdeka umumnya memaparkan kreativiti dan inovasi

penduduk melayu tempatan berselitkan drama dan peristiwa fiksyen

sambil menyuntik babak-babak komedi fizikal dan elemen humor

yang jarang sekali dipertontonkan. Bukan sahaja sarat dengan

hiburan malah turut menyelitkan moral dan isu yang berkaitan

dengan warga muda dan dilemma tersirat yang dilanda oleh

masyarakat umum kini yang menimbulkan persoalan adakah kita

benar-benar sudah merdeka. Ceketeng adalah medium penyampaian

cerita unik dalam kategorinya yang tersendiri.

Kebiasaan kita hanya mendengar perlumbaan kereta dan

motosikal, tetapi jarang sekali mendengar perlumbaan Ceketeng.

Namanya sahaja sudah membuatkan semua tertanya-tanya gambaran

pengangkutan yang digunakan untuk memungut hasil pertanian.

Ceketeng adalah merupakan gerabak sawit dan hanya boleh ditemui

di kawasan kampung. Kenderaan ini dicipta dengan menggunakan

enjin motor cub yang telah diubahsuai dipasang di rangka buatan

sendiri. Buat kali pertama dalam sejarah, dokumentasi kenderaan

ini diketengahkan ke bentuk filem pendek khas sempena merdeka

untuk tontonan umum. Ia juga sebagai medium untuk memaklumkan

kepada masyarakat wujudnya sukan sedemikian yang hanya boleh

dilihat di Kampung Sri Belahan Tampok Darat, Rengit, Johor yang

juga menjadi 80% lokasi pengambaran. Perlumbaan ini bakal

menjadi tarikan pelancongan baru rakyat Malaysia untuk

berkunjung selatan tanah air dan melihat sendiri perlumbaan

lantas menghasilkan sumber ekonomi sampingan.