projek internship 3 | kertas kerja majlis apresiasi kot

10
KERTAS KERJA MAJLIS APRESIASI KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH, SUKAN PIBG DAN BILIK TMK SK ST. ANDREW PADA 9 NOVEMBER 2015 TEMPAT BILIK TMK SK ST. ANDREW, SARIKEI

Upload: stephanie-unsil-rakey

Post on 12-Jan-2017

344 views

Category:

Education


13 download

TRANSCRIPT

Page 1: Projek Internship 3 | Kertas kerja Majlis Apresiasi KOT

KERTAS KERJAMAJLIS APRESIASI

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH,

SUKAN PIBG DAN BILIK TMK

SK ST. ANDREW

PADA

9 NOVEMBER 2015

TEMPAT

BILIK TMK SK ST. ANDREW, SARIKEI

ANJURAN

GURU – GURU PASCA INTERNSHIP SK ST. ANDREW

Page 2: Projek Internship 3 | Kertas kerja Majlis Apresiasi KOT

1.0 NAMA PROGRAMMAJLIS APRESIASI KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SEKOLAH, SUKAN PIBG

DAN BILIK TMK SK ST. ANDREW, SARIKEI

2.0 PENGENALANMajlis Apresiasi diadakan pada setiap kali selesainya pelaksanaan suatu

program atau aktiviti di SK St. Andrew, Sarikei. Majlis Apresiasi ini diadakan bagi

meraikan kejayaan pelaksanaan tiga program utama sekolah iaitu Kejohanan

Sukan Tahunan Sekolah 2015, Sukan PIBG dan juga Perasmian Bilik TMK yang

telah diadakan pada 28 dan 29 Oktober 2015 yang lalu. Pelaksanaan setiap

program yang diadakan melibatkan semua guru dan anggota kumpulan

pelaksana Sekolah Kebangsaan St. Andrew, Sarikei. Majlis seumpama ini

dijadikan sebagai wadah penghubung antara guru – guru, staf sokongan dan

juga wakil ibu bapa untuk bersama dan berinteraksi, di samping ingin memberi

peluang latihan kepada guru – guru Pasca Internship dalam berorganisasi dan

menganjurkan sebuah program yang dapat memupuk sifat kepimpinan dan

kerjasama antara ahli.

3.0 RASIONAL Majlis ini bertujuan untuk menzahirkan rasa terima kasih dan tahniah kepada

guru, anggota kumpulan pelaksana dan juga ibu bapa yang telah bersungguh –

sungguh menyumbangkan tenaga dan buah fikiran dalam menjayakan program

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah, Sukan PIBG dan juga pembinaan Bilik TMK

SK St. Andrew. Hal ini sekaligus memberi kesedaran kepada warga sekolah

dalam mengingati jasa dan pengorbanan dalam setiap kerja yang dilakukan di

samping meningkatkan motivasi dan keyakinan warga sekolah untuk lebih

proaktif dalam pelaksanaan program sekolah pada masa akan datang. Selain itu,

majlis ini juga bertujuan untuk melahirkan semangat kekeluargaan dan memupuk

perpaduan sesama warga SK St. Andrew dan juga wakil – wakil PIBG.

Page 3: Projek Internship 3 | Kertas kerja Majlis Apresiasi KOT

4.0 OBJEKTIFObjektif yang ingin dicapai adalah

a) memberi tanda terima kasih kepada guru, staf sokongan, anggota

pelaksana dan pihak PIBG SK St. Andrew

b) menghargai jasa anggota kumpulan pelaksana, guru dan pihak PIBG

yang membantu dalam melaksanakan Kejohanan Sukan Tahunan

Sekolah, Sukan PIBG dan juga Bilik TMK

c) memberi pengiktirafan kepada guru, anggota kumpulan pelaksana dan

pihak PIBG yang membantu dalam menjayakan Kejohanan Sukan

Tahunan Sekolah, Sukan PIBG dan Bilik TMK

d) meningkatkan interaksi, keaktifan dan kolaborasi yang lebih progresif

antara warga SK St. Andrew dan pihak PIBG

5.0 PENGANJURSeorang guru pelatih PISMP Muzik IPG Kampus Kota Bharu, Kelantan –

Ambilan Januari 2012 dan dua orang guru pelatih PISMP IPG Kampus Raja

Melewar, Negeri Sembilan – Ambilan Januari 2012

6.0 TEMPAT PELAKSANAAN PROGRAMBilik TMK Sekolah Kebangsaan St. Andrew Sarikei

7.0 TARIKH, HARI DAN MASA PROGRAM Berikut adalah masa yang dicadangkan oleh pihak penganjur.

Tarikh : 9 November 2015

Hari : Isnin

Masa : 11.00 pagi

Page 4: Projek Internship 3 | Kertas kerja Majlis Apresiasi KOT

8.0 AHLI JAWATANKUASA 8.1Jawatankuasa Induk

Pengerusi Cikgu Azeman Bin Akel

(Guru Penolong Kanan Kokurikulum)

Naib Pengerusi 1 Cikgu Churchil Anak Frank Machop

(Guru Penolong Kanan Kurikulum)

Naib Pengerusi 2 Cikgu Zalani Bin Sidi

(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Setiausaha Cikgu Ainur Fathinni Ulot Abdullah

Bendahari Cikgu Juliana Adnan

Penyelaras Majlis Cikgu Dato Liang Anak Seruji

Cikgu Mohamad Azwan Bin Azahari

Cikgu Stephanie Unsil Anak Rakey

8.2Jawatankuasa Kerja

Sijil Cikgu Roziyah Binti Simion

Puan Bibie Anak Chawong

Pamplet Cikgu Dato Liang Anak Seruji

Juru Acara Majlis Cikgu Stephanie Unsil Anak Rakey

Latar Belakang Pentas Cikgu Nanssy Blali Anak Nyalu

Puan Becklyn Anak Entinggi

Puan Siti Sofiah Binti Ahmad

Hiasan Bilik Cikgu Amy Wong

Puan Jennifer

Peralatan Cikgu Richmond Lekong

Encik Mohamad Hakimi Abdullah

Siaraya / Teknikal Cikgu Zalani Bin Sidi

Cikgu Dato Liang Anak Seruji

Encik Ibrahim Bin Bolhassan

Page 5: Projek Internship 3 | Kertas kerja Majlis Apresiasi KOT

Protokol Acara Cikgu Juliana Adnan

Kebersihan Cikgu Ainur Fathinni Ulot Abdullah

Cikgu Mohamad Khairul Azman

Persembahan Cikgu Arzuna Binti Awi

Catering Cikgu Noraini Binti Reduan

Cikgu Norhayati Binti Mat Hashim

Jawatankuasa Makanan Puan Anna dan Encik Maratine

Dokumentasi / Laporan Cikgu Mohamad Azwan Bin Azahari

9.0 TENTATIF MAJLIS

Page 6: Projek Internship 3 | Kertas kerja Majlis Apresiasi KOT

11.20 pagi Kehadiran tetamu jemputan

11.30 pagi Kehadiran Guru dan AKP

Ucapan Guru Penolong Kanan Kokurikulum

Ucapan Guru Penolong Kanan Pentadbiran

Persembahan “Slide Show”

Penyampaian Sijil Penghargaan

Bacaan Doa

Jamuan Ringan

Bersurai

10.0 PERBELANJAAN Lebihan wang pembelian baju batik

11.0 PENUTUP

Sehubungan itu, kami berkeyakinan tinggi dapat merealisasikan setiap objektif

yang dinyatakan dengan adanya komitmen dan kerjasama daripada semua

pihak. Semoga segala bentuk ilmu dan strategi pengurusan dapat dipraktikkan

sepenuhnya agar majlis ini dapat dijayakan dengan sempurna, di samping

memberi suatu kenangan kepada guru, staf sokongan dan juga pihak PIBG.

Malah diharapkan majlis ini juga dapat meningkatkan interaksi dan juga

kolaborasi dalam kalangan guru, staf sokongan dan juga pihak PIBG sekolah

bagi aktiviti dan program sekolah pada masa hadapan.

Disediakan Oleh Disediakan Oleh

Page 7: Projek Internship 3 | Kertas kerja Majlis Apresiasi KOT

_____________________________ ___________________________

(STEPHANIE UNSIL ANAK RAKEY) (DATO LIANG ANAK SERUJI)Penyelaras Peyelaras

Majlis Apresiasi Kejohanan Sukan Tahunan Majlis Apresiasi Kejohanan Tahunan

Sukan PIBG dan Bilik TMK Sukan PIBG dan Bilik TMK

SK St. Andrew, Sarikei SK St. Andrew, Sarikei

Disediakan Oleh

_____________________________

(MOHAMAD AZWAN BIN AZAHARI) Peyelaras

Majlis Apresiasi Kejohanan Sukan Tahunan,

Sukan PIBG dan Bilik TMK

SK St. Andrew, Sarikei

Disemak Oleh

______________________________

(AZEMAN BIN AKEL)Guru Penolong Kanan Kokurikulum

SK St. Andrew, Sarikei

Disahkan Oleh

______________________________

(CHURCHIL ANAK FRANK MACHOP)

Page 8: Projek Internship 3 | Kertas kerja Majlis Apresiasi KOT

Guru Penolong Kanan Kurikulum

b.p Guru Besar

SK St. Andrew, Sarikei