laporan kot

9
PERSIAPAN PADANG Bagi kejohanan Balapan dan Padang pada kali ini kelas Mtematik telah dikehendaki untuk menjadi ahli jawatankuasa bagi persiapan padang. Jadi setiap ahli kelas telah bertungkus lumus bagi meyiapkan padang bagi acara yang melibatkan sukantara dan juga hari saringan. Setiap kerja kerja bagi meyiapkan padang akan dilaksanakan oleh ahli kelas Matematik ketika ada masa masa terluang di mana mereka sangat bijak dalam membahagikan waktu bagi menyiapkan tugas mereka. Antara persiapan yang tekah dilaksanakan oleh ahli kelas Matematik ialah bagi menyiapkan trek larian untuk acara sukantara, tapak bagi acara lontar peluru dan juga lompat jauh. Kemudian setelah selesai acara sukantara, kami telah melaksanakan pula kerja kerja bagi menyiapkan trek larian, lompat tinggi, lempar cakera dan tarik tali bagi acara saringan yang berlangsung selama 2 hari. Pada hari kejohanan pula kelas Matematik telah menyiapkan semua peralatan yang diperlukan bagi setiap acara balapan dan padang supaya perjalanan kejohanan ini akan berjalan dengan lancar.

Upload: ahmad-syazwan

Post on 29-Sep-2015

422 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

sports

TRANSCRIPT

PERSIAPAN PADANGBagi kejohanan Balapan dan Padang pada kali ini kelas Mtematik telah dikehendaki untuk menjadi ahli jawatankuasa bagi persiapan padang. Jadi setiap ahli kelas telah bertungkus lumus bagi meyiapkan padang bagi acara yang melibatkan sukantara dan juga hari saringan. Setiap kerja kerja bagi meyiapkan padang akan dilaksanakan oleh ahli kelas Matematik ketika ada masa masa terluang di mana mereka sangat bijak dalam membahagikan waktu bagi menyiapkan tugas mereka. Antara persiapan yang tekah dilaksanakan oleh ahli kelas Matematik ialah bagi menyiapkan trek larian untuk acara sukantara, tapak bagi acara lontar peluru dan juga lompat jauh. Kemudian setelah selesai acara sukantara, kami telah melaksanakan pula kerja kerja bagi menyiapkan trek larian, lompat tinggi, lempar cakera dan tarik tali bagi acara saringan yang berlangsung selama 2 hari.Pada hari kejohanan pula kelas Matematik telah menyiapkan semua peralatan yang diperlukan bagi setiap acara balapan dan padang supaya perjalanan kejohanan ini akan berjalan dengan lancar.

Sesi taklimat sebelum memulakan tugasan untuk menyiapkan padang.

TEKNIKALKejohanan yang bermula pada 23 Februari 2015 dan berakhir pada hari kemuncaknya iaitu pada 28 Februari 2015 telah menyaksikan 4 buah rumah sukan berentap antara satu sama lain. Kami selaku kumpulan Matematik turut diberi tugas di bahagian teknikal. Kekuatan seramai 30 orang ahli kumpulan Matematik dimanfaatkan semaksimum mungkin pada setiap acara dalam Kejohanan Balapan dan Padang ini. Kami berasa bersyukur semua acara dipertandingkan dapat dijalankan dengan sempurna disebabkan kecekapan ahli-ahli Kumpulan Mateamatik di bahagian teknikal yang sanggup turun awal untuk menyiapkan alatan yang diperlukan walaupun terpaksa berpanas di tengah padang.

Pegawai-pegawai di bahagian teknikal sedang menyediakan alatan untuk acara lompat tinggi.

Pegawai teknikal di bahagian acara rejam lembing sedang memeriksa keadaan alatan sebelum acara bermula.

Pegawai teknikal di bahagian balapan sedang memeriksa keadaan trek larianPegawai teknikal pada bahagian acara lompat jauh turut ditempatkan.

Walaupun cuaca agak panas namun semangat untuk berkhidmat bagi menjayakan kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang turut dijayakan dengan sempurna. Diharapkan pada tahun hadapan kejohanan seperti ini dapat dianjurkan lagi dengan semangat kesukanan yang tinggi. Akhir kata, majulah sukan untuk IPG.

MAJLIS PERASMIAN Perasmian telah dimulakan dengan perarakkan masuk kontinjen-kontinjen rumah 4 rumah sukan IPG Kampus Pulau Pinang iaitu rumah Makia, Boronia, Hosta dan Keria.Peraarakkan ini telah menampakkan sebilangan ahli rumah sukan bersama-sama dengan maskot rumah sukan yang kreatif di mana penggunaan watak animasi dan unsur alam dijadikan teras utama idea mereka Perarakan masuk ini diikuti dengan dengan perarakan masuk bendera kejohanan dan seterusnya upacara menaiikan bendera. Lintas masuk rumah sukan Keria dan Boronia

Majlis perasmian secara rasminya dimulakan dengan ucapan daripada ketua projek olahraga iaitu Muhammad Hafizuddin. Antara penekanan utama yang diberikan adalah menyentuh aspek bilangan murid yang tidak menjadi sebab mengapa acara olahraga tidak diteruskan. Kata-katanya juga di ulas dan disokong oleh Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang, Tuan Haji Khaled bin Haji Ahmad dalam ucapan perasmiannya selepas ucapan daripada ketua projek. Bagi gimik perasmian, pengarah IPG Kampus Pulau pinang melepaskan tembakan yang diserahkan oleh En Abu Zaki kepada pengarah sebagai tanda bermulanya acara kemuncak olahraga. Ucapan Pembukaan Ketua Projek Ucapan Perasmian oleh Pengarah IPGKPP

Gimik Perasmian Kejohanan Olahraga Tahunan

MAJLIS PENUTUPAN.Sebelum majlis penutupan berlangsung, upacara penyampaian hadiah dijalankan dengan seberapa segera memandangkan keadaan cuaca yang semakin panas. Namun begitu majlsi masih berjalan dengan baik dengan sambutan dan sorakkan daripada rumah sukan berjaya menghangatkan lagi suasana. Upacara Penyampaian Hadiah Sebelum majlis PenutupMajlis penutupan berlansung dengan ringkas iaitu melalui ucapan penutup daripada Pengarah IPG Kampus Pulau Pinang. Antara intisari ucapan daripada pengarah adalah ucapan tahniah kepada pengurusan projek walaupun dengan bilangan pelatih guru yang semakin berkurangan. Ucapan Perasmian Penutupan Kejohanan Olahraga Tahunan kali ke-45