projek besar

11
KERTAS KERJA PROGRAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013/1434 H SK METHODIST (ACS) KAMPAR KERTAS KERJA PROGRAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA BULAN RAMADAN 1434 HIJRAH TARIKH: 24 JULAI 2013 (RABU) TEMPAT: DEWAN SK METHODIST (ACS) KAMPAR. PENGANJUR: GURU PELATIH IPG KAMPUS IPOH PISMP-AMBILAN JAN 2010 DENGAN KERJASAMA: PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SK METHODIST (ACS) KAMPAR

Upload: aiqa90

Post on 20-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

dfdgdg

TRANSCRIPT

Page 1: Projek Besar

KERTAS KERJA PROGRAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013/1434 H

SK METHODIST (ACS) KAMPAR

KERTAS KERJA PROGRAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA BULAN

RAMADAN 1434 HIJRAH

TARIKH:24 JULAI 2013 (RABU)

TEMPAT: DEWAN SK METHODIST (ACS) KAMPAR.

PENGANJUR:GURU PELATIH IPG KAMPUS IPOH

PISMP-AMBILAN JAN 2010

DENGAN KERJASAMA:PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

SK METHODIST (ACS) KAMPAR

Page 2: Projek Besar

KERTAS KERJA PROGRAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013/1434 H

1.0 TAJUK

Program Majlis Khatam Al-Quran Sempena Bulan Ramadan 1434 Hijrah

2.0 DIKEMUKAKAN OLEH

Panitia Pendidikan Islam,SK Methodist (ACS) Kampar,No 1, Jalan Kuala Dipang,31900 Kampar, Perak.

3.0 PENGENALAN

Saban tahun menjelangnya bulan Ramadan yang penuh barakah, pelbagai aktiviti dirancang

untuk memupuk nilai-nilai murni dan keislaman dalam diri murid-murid dan sanubari mereka.

Penghayatan Ihya’ Ramadan dijalankan untuk meningkatkan amalan dan memperbaiki ibadah

dan akhlak bukan sahaja dalam diri murid-murid malahan juga kepada guru-guru. Salah satu

program penghayatan Ihya’ ini ialah Majlis Khatam Al-Quran yang dijalankan bagi meraikan

murid-murid yang telah khatam 30 Juzuk Al-Quran. Secara tidak langsung, program yang

dijalankan ini dapat mengisi dan mentarbiah rohani murid-murid serta membentuk sahsiah

keislaman yang terpuji dalam diri mereka.

4.0 RASIONAL

Program ini dijalankan bagi memupuk kecintaan terhadap al-Quran dan merupakan salah

satu agenda untuk menghidupkan syiar Islam. Di samping itu, rasional program ini adalah untuk

memahirkan dan meningkatkan penguasaan murid-murid dalam bacaan al-Quran dengan

bimbingan guru.

Page 3: Projek Besar

KERTAS KERJA PROGRAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013/1434 H

5.0 OBJEKTIF

5.1 Meningkatkan jati diri murid-murid Islam dengan semangat yang kukuh

5.2 Membimbing murid-murid untuk memperbaiki ibadah dan amalan yakni membaca al-Quran dengan baik dan sesempurna yang mungkin

5.3 Membudayakan al-Quran sebagai bacaan rutin dan harian melalui program Tadarus dan Khatam al-Quran

5.4 Memupuk kecintaan dan minat terhadap al-Quran sebagai salah satu ibadah yang dituntut dalam Islam .

5.5 Menghargai dan mengiktiraf serta memberi pendedahan kepada murid-murid

5.6 Yakin dengan bacaan dan penguasaan al-Quran serta melaziminya dalam kehidupan.

5.7 Mengeratkan hubungan silaturahim antara guru sekolah dan murid-murid dalam membudayakan al-Quran

6.0 TARIKH

6.1 24 Julai 2013 (Rabu)

7.0 TEMPAT PROJEK7.1 Dewan Sk Methodist (ACS) Kampar

8.0 KUMPULAN SASARAN

8.1 Semua murid Islam tahap 2 SK Methodist (ACS) Kampar

Page 4: Projek Besar

KERTAS KERJA PROGRAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013/1434 H

9.0 ALAMAT SURAT-MENYURAT

Nur Atiqah binti Mahmood,

Sk Methodist (ACS) Kampar,

No 1 Jalan Kuala Dipang,

31900 Kampar, Perak.

10.0 JAWATANKUASA PROGRAM

10.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK :

PENAUNG : Tn Syed Sheikh b. Syed Ibrahim

(Guru Besar SK Methodist ACS, Kampar, Perak)

PENGERUSI : Pn Azni bt Abdul Rahman

(PK Pentadbiran SK Methodist ACS, Kampar, Perak)

NAIB PENGERUSI 1 : En Chan Tuck Kheong

(PK HEM SK Methodist ACS, Kampar, Perak)

NAIB PENGERUSI 2 : Pn Raudah bt Napiah

(PK KOKO SK Methodist ACS, Kampar, Perak)

Page 5: Projek Besar

KERTAS KERJA PROGRAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013/1434 H

10.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

PARA PELAKSANA TERDIRI DARIPADA:

1.Ustaz Mohd Nawi b. Che Mat (K.Panitia Pend. Islam/GPI)

2.Ustazah Roslina bt Mohamad Isa (Bendahari/GPI )

3.Ustaz Md Rodzi b. Yusof (Setiausaha Panitia Pend.Islam)

4. Nur Atiqah binti Mahmood (Setiausaha Program)

5. Nur Fateha bt Ab. Jalil (Naib Setiausaha 1 )

6 Farah Liana bt Poudzi (Naib Setiausaha 2 )

1. PENGISIAN PROGRAM

SEMUA GURU GPI

Pn Zalijah bt Abdul Jalil

Pn Arfah bt Daud

2. KESELAMATAN & DISIPLIN

En Rosli b. Aris

En Mohd Fuad b. Said@Ibrahim

3. KEBERSIHAN

Pn Shakinah bt Taib

Pn Anita bt Mahat

En Ahmad Fairul Naim b. Othman

Page 6: Projek Besar

KERTAS KERJA PROGRAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013/1434 H

4. JAMUAN

Pn Maziah bt Mohd Yusof

Pn Ruzita bt Othman

Pn Rosnah bt Amir

5. SIARAYA & JURUFOTO

En Sabri b. Razali

En Mirza b. Mohamad

En Amiruddin b. Ab Sukor

6. PERSIAPAN DEWAN & LOGISTIK

Pn Maizura bt Zahari

En Saiful Azhar b. Shaari

Para Pekerja & Staf Sekolah

7. BUKU PROGRAM

Pn Noor Afiza bt Abdullah

Pn Rohani bt Hussein

8. CENDERAMATA

Pn Azni Bt Abd Rahman

Pn Farida Begum Bt Pakeer Mohamed.

9. PENGACARA MAJLIS & BACAAN DOA

En Md Rodzi B. Yusof

Page 7: Projek Besar

KERTAS KERJA PROGRAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013/1434 H

En Mohd Nawi B. Che Mat

11.0 TENTATIF PROGRAM

4.00 pm :Ketibaan jemputan, para guru dan murid-murid dan guru-guru

4.30 pm :Sembahyang Asar secara berjemaah

5.00 pm : Majlis dimulakan

- Ucapan alu-aluan (pengerusi majlis)

- Bacaan doa

- Persembahan murid-murid

6.00 : Khatam al-Quran beramai-ramai

6.30 : Perasmian penutup

-Pengagihan cerderamata murid-murid khatam Al-Quran

- Pengagihan bunga telur

7.00 : Tazkirah Ramadhan

7.30 : Majlis berbuka puasa

- Solat Maghrib berjemaah

8.00 : Bersurai

Page 8: Projek Besar

KERTAS KERJA PROGRAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013/1434 H

12.0 ANGGARAN KOS PERBELANJAAN

Cenderamata perasmi (RM30 x 1 )

Cenderamata murid (RM 4 x )

Bunga telur (RM 2 x )

Fotostat buku program (RM 0.20 x 30)

Rencam (RM50)

JUMLAH KESELURUHAN

Perolehan Dana :

Bantuan Program Tambahan Kerajaan RM1534.00

Peruntukan j-QAF RM 150.00

15.0 SENARAI NAMA MURID YANG TERLIBAT

Rujuk Lampiran 1

Page 9: Projek Besar

KERTAS KERJA PROGRAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013/1434 H

16.0 PENUTUP

Harapan kami agar program dan rancangan yang akan dilaksanakan ini dapat diluluskan dan dilaksanakan sebagaimana yang dirangka, seterusnya dapat meneruskan agenda pengisian rohani secara berpanjangan. Ia juga dapat membantu pihak sekolah berhubung hal ehwal kemaslahatan umat Islam masa kini dapat memberi kesedaran dan peringatan dalam membentuk serta meningkatkan tahap keperibadian muslim yang sejati. Di samping itu juga, ia dapat menaik taraf kecekapan dan mutu sistem pengajaran dan pembelajaran terhadap guru dan murid-murid muslim di sekolah ini.

Page 10: Projek Besar

KERTAS KERJA PROGRAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013/1434 H

Disediakan oleh :

…………………………………( )Setiausaha ProgramSK Methodist (ACS) Kampar

Disemak oleh :

.................................................... (Ustaz Mohd Nawi b. Che Mat) Ketua Panitia Pend. Islam/GPI SK Methodist (ACS) Kampar

Disokong oleh :

..................................................(Pn Raudah bt Napiah , P.J.K ) PK KOKO SK Methodist (ACS) Kampar

Diluluskan/ tidak diluluskan Oleh :

……………………………………Tn Syed Sheikh b. Syed Ibrahim(Guru Besar SK Methodist( ACS) Kampar )Tarikh :

Page 11: Projek Besar

KERTAS KERJA PROGRAM MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2013/1434 H