program turun padang ketua pengarah · masing-masingnya di bawah kategori best of e-inclusion &...

32
PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah ISSN 1985-0220 | Bil. 3/2012 | April - Julai 2012 | www.icu.gov.my V olume | A ccuracy | S peed Kebanggaan Negara MS 05 BENGKEL PENGURUSAN SUMBER MANUSIA MS 27 Rangkuman Bergambar MS 18 Usaha Membangun USAHAWAN BUMIPUTERA MS 10

Upload: others

Post on 20-Feb-2020

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

PROGRAMTURUN PADANGKetua Pengarah

ISSN 1985-0220 | Bil. 3/2012 | April - Julai 2012 | www.icu.gov.myVolume | Accuracy | Speed

Kebanggaan Negara MS 05

BENGKELPENGURUSANSUMBERMANUSIA MS 27

Rangkuman Bergambar

MS 18

Usaha MembangunUSAHAWANBUMIPUTERA MS 10

Page 2: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

05 UNPSA eKasihKebanggan Negara

07Ketua PengarahTurun Padang

09Lawatan KerjaICU JPM Ke KPKK

10Usaha MembangunUsahawanBumiputera

12Understanding theCoordination andMonitoring Mechanism

13Rampaian Peristiwa

18Rangkuman Bergambar Karnival Sukan ICU JPM 2012

20Taklimat GarisPanduan Pelaksanaan Program SDSI

21ICU JPM Pekadengan Pengurusan Berkualiti

22Dokumentari :Program LatihanKemahiran Belia India Tahap I

23WorkcampKesejahteraan Rakyat Bil.5/2012

24Kriteria & Pemantauan Berfokus Menerusi Workcamp

25Bengkel Diari Seorang Setiausaha ICU JPM

26Kursus Pengukuhan Pasukan ICU JPMDi INTAN WilayahTimur

27Bengkel Pengurusan Sumber Manusia

28BengkelPemantapan AKRAB

29Ehwal Perkhidmatan

KANDUNGANKANDUNGAN

Acara Sukan VIP Terebey Tin (Lastik Tin) di Karnival Sukan ICU JPM 2012

APRIL - JULAI 2012

Page 3: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

KETUA PENGARAHYBhg. Datuk Hj. Shukry Hj. Mohd Salleh

TIMBALAN KETUA PENGARAH (PEMBANGUNAN STRATEGIK)YBhg. Dato’ Seri Ab. Ghani Ariffi n

TIMBALAN KETUA PENGARAH (TRANSFORMASI PENYAMPAIAN)YBhg. Dato’ Mohammed Ismail

TIMBALAN KETUA PENGARAH (PENYELARASAN PROJEK KHAS)YBhg. Dato’ Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusoff

PENGURUS BPR PROJEK BLESS Musalmiah Hj. Asli

TUGAS KHAS Hj. Mohd Yazid Ramli

PUSAT BANK DATA NEGARA & INOVASI YBhg. Dato' Rosni Abdul Malek

BAHAGIAN INFRASTRUKTUR Hj. Mohd Hatta Nordin

BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN Hj. Nordin Buyau

BAHAGIAN SOSIAL Hjh. Norsini Hussin

BAHAGIAN KESEJAHTERAAN RAKYAT Hjh. Normi Nordin

BAHAGIAN BADAN BERKANUN & PEMBANGUNAN INSTITUSI Mahd Ishak Abd. Aziz

BAHAGIAN KESELAMATAN YM Engku Hamzah Tuan Mat

BAHAGIAN PENILAIAN OUTCOME Dr. Shahrazat Hj. Ahmad

BAHAGIAN SUSUN SEMULA MASYARAKAT Zamry @ Fazillah Salleh

BAHAGIAN KONSULTATIF & REFERAL TEKNIKAL Ir. Umi Kalthom Ahmad

BAHAGIAN PROJEK KHAS Ismail Haron

BAHAGIAN EKONOMI Mohamad Azhar Saleh

PENAUNG YBhg. Datuk Hj. Shukry Hj. Mohd Salleh

PENASIHATYBhg. Dato’ Seri Ab. Ghani Ariffi nYBhg. Dato’ Mohammed IsmailYBhg. Dato' Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusoff

KETUA EDITORTn. Hj. Nordin Buyau

EDITORHasniah Rashid

URUS SETIA PENERBITANNaim Saleh

REKALETAK & GRAFIKMohd Yaziz Sulaiman

SIDANG PENULIS Hasniah RashidAimi Nazirah Abdul RazakAnis Marhani Abd RashidAinnul Dzhamira Mohd Soffi Naim SalehNazzatul Shima Ahmad SabriNoor Liyana HasanNursyazwani Tajul UrusFadzlin HasyimahNor Asiah Abd. Halim

JURUFOTOAizat Asyraf Abdul GhafarMohd Syah Erwan Che Mit @ Abd Hamid

BANTUAN/SOKONGANRazilah RadziNorhakim Abd Wahab

Sidang Redaksi mengalu-alukan pandangan bagi maksud penambahbaikan dan sumbangan penulisan/artikel/gambar dan lain-lain yang bersesuaian untuk keluaran akan datang.

Hubungi Sekretariat Penerbitan:Naim SalehEmail: [email protected]: 03 8872 6413

Diterbit dan dicetak:Seksyen Perhubungan Awam,Bahagian Khidmat Pengurusan,Unit Penyelarasan Pelaksanaan,Jabatan Perdana Menteri,Bangunan Perdana Putra, 62502 Putrajaya.

Telefon : 03 8872 6407Faksimili : 03 8888 3528 (Am), 03 8888 3217 (SPA)

Bil. 3/2012 | April - Julai 2012 | www.icu.gov.my SIDANG REDAKSI

PENGURUSAN ICU JPM | IBU PEJABAT PENGURUSAN ICU JPM | NEGERIPPPN PULAU PINANG YBhg. Datuk Nik Ali Mat Yunus

PPPN SELANGOR YBhg. Datuk Hj. Abd. Ghani Salleh

PPPN SARAWAK YBhg. Dato Kamal Husin

PPPN PAHANG YBhg. Dato’ Dzul-Kifl y Osman

JPP KELANTAN YBhg. Dato' Makhtar Mustapha

PPPN JOHOR Hj. Nor Rizan Mohd Thani

PPPN TERENGGANU Hj. Ahmad Shahrom Hj. Yasin

PPPN MELAKA Ismail Hamad

PPPN NEGERI SEMBILAN YBhg. Dato’ Mohd Bahrudin Mahfuz

PPPN SABAH YBhg. Datuk Hj. Matusin Sunsang

PPPN KEDAH YBhg. Datuk Azmi Lateh

PPPN PERAK YBhg. Dato’ Hasim Hasan

PPPN WILAYAH PERSEKUTUAN Ariffi n Imat

PERDA Hj. Saringat Hassan

BPPB PULAU PINANG Azman Ibrahim

PPPN PERLIS Juwairiah Lebai Din

Page 4: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

Salam 1ICU JPM

Kita semua tahu, Perdana Menteri YAB

Dato’ Sri Najib adalah peminat tegar

sukan bolasepak. Kita juga sedar bahawa

dalam kancah EPL, pasukan/kelab Manchester

United paling disokong Dato’ Sri. Namun tidak

semua kita terfikir dan ada yang kehairanan

apabila Dato’ Sri menyatakan beliau sebenarnya

ketika menonton permainan bolasepak tidak

hanya bersorak tetapi fikirannya ikut bermain

di padang.

Keperibadiaan dan kebolehan berfikir secara

kritis sambil menonton permainan yang

mendebarkan seperti pertandingan akhir EURO

2012 diserlahkan Dato’ Sri untuk kita semua

anggota perkhidmatan awam contohi. Di antara

kita yang hadir di Perhimpunan JPM pada

2 Julai lalu begitu teruja apabila YAB Perdana

Menteri merumuskan strategi pasukan Sepanyol

tatkala menentang Itali adalah satu perubahan

yang inovatif.

Perubahan inovatif yang dimaksudkan YAB

Perdana Menteri ialah pada pemikiran yang

mementingkan keberhasilan. Format pemain

yang diturunkan pasukan Sepanyol didapati

tidak lagi terikat dengan gaya konvensyenal dan

belum pun pernah dibuat cubaan. Sepanyol

tidak meletakkan pemain penyerang tetapi

sebaliknya menggunakan enam orang pemain

tengah yang masing-masingnya berkeupayaan

menjaringkan gol.

Seperti mana kejayaan pasukan Sepanyol,

mesej utama YAB Perdana Menteri kepada

kita semua ialah perlunya sentiasa mencari ide

baru, menyelami di luar kotak pemikiran biasa,

mewujud nilai baru yang lebih bernas, dan

berani mencuba cara/format/kaedah kerja yang

tidak konvensyenal. Manakala mesej tersirat

ialah gesaan majikan supaya perubahan dibuat

dalam penyampaian perkhidmatan demi

kepuasan rakyat.

Kesimpulannya, keperibadian kita semasa

menonton permainan apa acara sukan

sekalipun, baik di stadium atau pun menerusi

kaca TV bukan lagi sekadar untuk bersorak dan

bersuka-ria. Kegemaran kita terhadap sukan

perlulah dimanfaatkan dengan membawa

bersama akal dan fikiran untuk ikut bermain

sebagai satu alternatif mencari perubahan yang

inovatif. Semoga saranan tersurat dan tersirat

YAB Perdana Menteri dapat kita bersama

amalkan demi perubahan seperti yang ditagih

dek majikan.

Salam Tahniah 1ICU JPM di atas kejayaan

projek eKasih di persada antarabangsa. Selamat

Menjalani Ibadah Ramadan Al-Mubarak.

Semoga kita menerima kedatangan Syawal

dengan keBerkatan Illahi. Amin.

HASNIAH RASHIDEditor

Jom Ikut YAB Perdana MenteriBersorak dan Berfikir Sambil Menonton

MINDA EDITOR

VisiAgensi Pusat yang unggul dan

berwibawa dalam memantau

pelaksanan rancangan pembangunan

negara.

MisiAgensi Pusat yang menggerakkan

pembangunan negara melalui

penyelarasan, pengesanan dan

penilaian dasar, program dan projek

dengan mengamalkan budaya kerja

cemerlang dan tadbir urus yang baik.

Perkhidmatan Teras Utama• Menyelaras, memantau dan menilai

pelaksanaan dan outcome Program/

Projek Pembangunan Rancangan

Malaysia Lima Tahun (RMLT)

• Mengurus Peruntukan serta

melaksana dan memantau Program/

Projek Khas YAB Perdana Menteri

• Menyelaras, memantau dan menilai

Program/Projek Kesejahteraan

Rakyat.

Moto

Page 5: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

5Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 2012

PENGIKTIRAFAN & PENGANUGERAHAN

UNPSA eKasih Kebanggaan Negara

Putrajaya -- Sebaik menyebut

kejayaan Kerajaan Malaysia

memenangi anugerah daripada

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UN)

terserlah wajah yang ceria dan riang YAB

Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Tun Razak

ketika di pentas Perhimpunan Bulanan

JPM. Selain itu wajah puas dan bangga

turut dikesan hadirin melalui ungkapan

bahawa "ianya bukan calang-calang anugerah yang diberi oleh UN" semasa

YAB Perdana Menteri menyampaikan

amanat kepada wargakerja Jabatan

Perdana Menteri yang berlangsung pada

2 Julai 2012.

Keserlahan wajah dan perasaan

tersebut adalah ekoran Sistem Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) diumum sebagai Pemenang Tempat Pertama di bawah Kategori Advancing Knowledge Management in Government di majlis2012 UN Public Service Award Ceremony and Forum pada 25 Jun 2012. Secara terbuka, YAB Perdana

Menteri mengucapkan tahniah kepada

ICU JPM atas inisiatif membangunkan

satu pangkalan data kemiskinan nasional

dan kemudiannya mempertandingkan di

peringkat antarabangsa.

UNPSA merupakan anugerah perkhidmatan awam yang diwujudkan untuk mengiktiraf kecemerlangan kerana penghasilan kreativiti serta inovasi yang berimpak tinggi di peringkat antarabangsa. Selari

dengan martabat anugerah, keceriaan

yang terpancar pada wajah YAB

Perdana Menteri adalah manifestasi

akan keyakinan stakeholder terhadap

keupayaan Perkhidmatan Awam Malaysia

khususnya dalam melahirkan inovasi

yang terbukti telah berjaya membantu

usaha kerajaan meningkatkan tahap

kesejahteraan kehidupan rakyat negara

ini.

Oleh Hasniah Rashid [email protected]

Page 6: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 20126

Selain itu walaupun tidak dizahirkan

dengan kata-kata ia sebenarnya juga

adalah pengiktirafan oleh UN terhadap

usaha kerajaan Malaysia. Pertamanya

dalam pencapaian misi RMK-9 dengan menyifarkan miskin tegar di penghujung 2010; dan keduanya dalam usaha mewujud dan menambahbaik sistem penyampaian yang berkesan kepada rakyat seiring dengan program

transformasi kerajaan. Di samping itu,

pengumuman ke seluruh dunia oleh

pihak penganjur telah mengharumkan lagi

nama Malaysia di persada antarabangsa.

Berkaitan itu Ketua Pengarah ICU JPM, YBhg. Datuk Hj. Shukry Hj Mohd Salleh menyifatkan … kunci

kemenangan adalah pada gabungan elemen kreativiti dan kesungguhan pasukan petugas serta komitmen di pihak pengurusan b e r s e r t a

dorongan pelbagai nilai murni seperti Bersemangat, Tekun dan Rajin, Positif dan Optimistik yang telah dibudayakan sebagai etika kerja ICU JPM… Katanya

lagi, keupayaan ICU JPM memenuhi

hasrat kerajaan mewujudkan satu

pangkalan data kemiskinan yang tunggal

sebagai pusat rujukan nasional telah

menyelesaikan banyak permasalahan di

kalangan Kementerian/Agensi pemberi

bantuan seperti difinisi kemiskinan serta

berlakunya pertindihan dalam pemberian

bantuan kepada kumpulan sasar.

Menurut YBhg. Datuk Hj. Shukry

antara kekuatan pangkalan data eKasih

ialah pada ciri data yang bersepadu

meliputi profil golongan miskin di seluruh

negara, manakala sifat dinamik data

hasil daripada aktiviti-aktiviti berterusan

seperti bancian, verifikasi dan kemaskini

merupakan keistemewaan eKasih.Sebagai

langkah kehadapan, ICU JPM telah pun

memulakan usaha bagi meningkatkan

keupayaan eKasih melalui perluasan data

bagi meliputi golongan berpendapatan

rendah (bawah 40%) melalui inisiatif

Greater eKasih, Inisiatif terbaharu ini

adalah selaras dengan aspirasi RMK-

10 untuk menjadikan Malaysia sebagai

sebuah negara berpendapatan tinggi

menjelang tahun 2015 dan diterokai

bersama Kementerian Pembangunan

Wanita, Keluarga dan Masyarakat, dan

PEMANDU serta beberapa agensi kerajaan

yang lain.

Untuk rekod, eKasih sebelum ini

pada tahun 2010 telah memenangi dua

anugerah Asia Pacific ICT Alliance (APICTA)

iaitu peringkat nasional dan antarabangsa

masing-masingnya di bawah kategori

Best of e-Inclusion & e-Community

dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

ICU JPM telah membuka minda umum

akan keberkesanan budaya kerja yang

merentasi kokun masing-masing;

serta membuka luas mata dunia akan

komitmen tinggi kerajaan Malaysia dalam

misi membasmi kemiskinan. •

Buletin Bergambar IC6

Mohd Salleh me

kep

Page 7: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

7Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 2012

KETUA PENGARAHKETUA PENGARAHTURUN PADANGTURUN PADANGP

ulau Pinang -- Ketua Pengarah,

YBhg. Datuk Hj. Shukry Mohd Salleh

pada 15 April 2012 mengadakan

lawatan kerja ke Pulau Pinang. Agenda

lawatan sehari ialah membuat tinjauan

sambil mendapat reaksi para penduduk/

penerima manfaat di enam tapak projek

pembangunan Kerajaan Persekutuan.

Program turun padang disertai bersama

TKP(H) YBhg. Dato’ Ahmad Zaki Ansore

beserta pegawai/petugas PPPN Pulau

Pinang diketuai pegawai Kemajuan

Negeri, YBhg. Datuk Nik Ali Yunus.

Destinasi pertama ialah ke tapak projek

Menaiktaraf Gerai Makan di Kawasan

Perumahan Awam Kampung Melayu,

di Air Itam. Projek dilaksanakan pada

3 Oktober 2011 susulan kelulusan khas

YAB Perdana Menteri semasa program

Walkabout. Kecekapan pengurusan

peruntukan khas dan keberkesanan

penyelarasan pemantauan oleh PPPN

Pulau Pinang membolehkan projek bernilai

RM269,430.00 disiapkan mengikut jadual

pada 22 Januari 2012.

Pakej projek melibatkan kerja-kerja

bumbung, awning, kemasan siling,

membina lantai jenis concrete imprint,

pendawaian elektrik, mengecat serta

bekalan set meja makan. Kesan baik projek

ialah keselesaan kepada para penggerai/

pelanggan di samping menambahbaik

kualiti kebersihan persekitaran melalui

prasarana gerai yang lebih kemas dan

pengendalian yang higenik.

Jalan Kelawai di Daerah Timur Laut

ialah destinasi kedua. Projek ialah

Meroboh dan Membina Semula Masjid

Jalan Kelawai yang baru sahaja disiapkan

pada 31 Mac 2012. Projek dilaksanakan

oleh JKR bermula pada Februari 2010

dengan kos sebanyak RM3.566 juta.

Masjid baru berkapasiti 1,200 orang

jemaah memberi kemudahan kepada

anak kariah terutamanya golongan muda

Oleh Hasniah Rashid [email protected] & Noor Liyana Hasan [email protected]

PEMANTAUAN PENILAIAN

Page 8: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 20128

mendalami ilmu keagamaan di samping

fungsi asas masjid untuk masyarakat

setempat solat berjemaah. Berkaitan itu

adalah menjadi harapan ICU JPM yang

disampaikan oleh YBhg. Datuk Ketua

Pengarah kepada Ahli Jawatankuasa

Kariah yang hadir agar pengisian aktiviti

dapat diperbanyak dan dipelbagaikan

kaedahnya dalam usaha mengimarahkan

masjid sebagai tempat beribadah dan

juga menuntut ilmu.

Destinasi ketiga ialah Pejabat Tapak

Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) di Batu

Maung dan kemudiannya melawat ke

pier 26 yang merupakan mainspan projek

mega Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Lawatan dengan menaiki bot bermula

dari Batu Maung hingga ke Batu Kawan

yang panjangnya mencecah 23 km. Kos

projek adalah sebanyak RM4.5 bilion dan

dijangka siap pada 8 September 2013.

Status sebenar fizikal projek adalah

73.42% iaitu 2.53% mendahului jadual.

Projek ini apabila siap bakal

mengurangkan kesesakan lalulintas

sebanyak 20% di laluan sedia ada

terutamanya di atas Jambatan Pulau

Pinang.

Destinasi keempat ialah ke Pulau

Aman untuk melawat Projek Khas Majlis

Tindakan Persekutuan Negeri Pulau

Pinang (MTPNg) iaitu Projek Menaiktaraf

Bangunan Jeti Point Pulau Aman. Skop

projek melibatkan kerja menaiktaraf dan

mengubahsuai Bangunan Jeti menjadi

sebuah chalet terapung dilengkapi

dengan sebuah dewan, kafeteria, 4 bilik

VIP serta 2 asrama. Pelaksanaan projek

bermula pada bulan Februari 2011 diselia

Persatuan Nelayan Kawasan Pulau Aman

dan siap pada 15 Februari 2012.

Tujuan projek adalah untuk menarik

kehadiran lebih ramai pelancong dan

penggemar aktiviti memancing ke Pulau

Aman yang terkenal dengan udang lipan.

Penyediaan kemudahan penginapan @

Chalet terapung dapat memuatkan 32

tetamu pada satu-satu masa dan apabila

beroperasi sepenuhnya memberi manfaat

kepada masyarakat setempat khususnya

dalam menjana pendapatan sampingan.

Tapak destinasi kelima ialah projek

pembinaan Masjid Abdullah Fahim

dengan kos sebanyak RM25 juta. Masjid

baru ini mula dibina pada bulan Jun 2009

dan apabila siap kelak dapat menampung

seramai 6,000 jemaah beserta prasarana

moden seperti bilik mesyuarat, bilik

seminar, taman dalam masjid, taman

permainan kanak-kanak dan lanskap

yang menarik.

Kemajuan pelaksanaan projek adalah

96% iaitu 4% lewat jadual kerana

sepatutnya disiapkan pada 27 Februari

2012. Kelewatan menyebabkan kontraktor

dikenakan LAD dan seterusnya memberi

komitmen bakal menyiapkannya pada 5

Mei 2012. Sehubungan itu YBhg. Datuk

Ketua Pengarah menekankan akan

pentingnya peranan dan tanggungjawab

kontraktor dalam memastikan projek

Kerajaan dapat dilaksanakan dengan

cekap dan mencapai objektif yang

disasarkan.

Program lawatan kerja sehari diakhiri

dengan lawatan ke Projek Meroboh

dan Membina Semula Masjid Kota Aur,

di Seberang Perai Utara. Projek di

bawah seliaan Seksyen Teknikal PPPN

Pulau Pinang mula dilaksanakan pada

bulan Mac 2011 dan dijangka dapat

disiapkan pada bulan September 2012.

Kos projek bernilai RM2.46juta

merangkumi pembinaan masjid dua

tingkat untuk menampung seramai 800

jemaah pada satu-satu masa dan sebuah

sekolah agama.

Kesimpulannya, lawatan kerja

sehari YBhg. Datuk Ketua Pengarah

ke Pulau Pinang mencakupi kategori

projek siap, dalam pembinaan dan juga

yang terlewat jadual. Impak kepada

lawatan tersebut adalah penghormatan

di kalangan lain pihak yang terlibat di atas

kesungguhan ICU JPM memastikan projek

pembangunan kerajaan menepati sasaran

yang ditetapkan. Lawatan ke tapak turut

memperlihatkan keprihatinan Kerajaan

Persekutuan terhadap pembangunan di

Negeri Pulau Pinang dalam memastikan

kesejahteraan dan kehidupan rakyat

Malaysia yang berkualiti. •

Page 9: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

9Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 2012

PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Lawatan KerjaLawatan KerjaICU JPMICU JPMKe KPKKKe KPKK

Putrajaya -- Delegasi ICU JPM yang

diketuai oleh Ketua Pengarah,

Datuk Hj. Shukry Mohd Salleh

mengadakan lawatan kerja dan sesi

taklimat yang juga telah dihadiri oleh

Ketua Pengarah Penyiaran, Ketua Pengarah

Penerangan, Ketua Pengarah JASA dan

Ketua Pengarah BERNAMA yang dikenali

sebagai SEPILIN di samping pegawai

kanan di bawah ICU JPM dan KPKK

(Kementerian Penerangan Komunikasi &

Kebudayaan).

Pada sesi taklimat tersebut, Ketua

Setiausaha KPKK Dato' Seri Kamaruddin

Siaraf menasihatkan kesemua agensi

yang terlibat supaya mengembeling

tenaga mengenalpasti, serta sedaya

upaya mengatasi isu isu yang boleh

menjejaskan sokongan rakyat kepada

pihak kerajaan. Setiap agensi perlu

memainkan peranan masing masing

kearah memenangi hati rakyat. Beliau

juga menyarankan supaya setiap pegawai

terlibat mengaktifkan diri dalam aktiviti

KPKK untuk menanggani persepsi negatif

terhadap kerajaan. Tegasnya lagi KPKK

telah mengenalpasti beberapa isu yang

perlu di atasi bersama bagi memenangi

hati rakyat.

KPKK juga telah memohon bantuan

peruntukan khas untuk program program

touch point dengan kumpulan sasar

dan penyampaian info pembangunan.

Sementara itu Ketua Pengarah ICU JPM,

menyarankan supaya kerjasama erat

antara ICU JPM dan KPKK adalah

perlu supaya pembangunan kearah

keharmonian negara dapat dicapai serta

dinikmati bersama.

Sesi taklimat tersebut yang

berlangsung selama 2 jam itu berjalan

dalam suasana harmoni, dengan kedua

pihak ICU JPM serta KPKK masing-masing

memberi pandangan konstruktif serta

membina untuk mengatasi masalah

rakyat di negara ini. •

Oleh Naim Saleh [email protected]

Page 10: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 201210

PEMBANGUNAN NEGARA

Usaha Membangun USAHAWAN

BUMIPUTERA

Seberang Perai Utara -- ICU JPM

menerusi Bahagian Penyelarasan

Penyertaan Bumiputra Pulau Pinang

(BPPBPP) dan PERDA pada 13 Mei 2012

menyelaraskan pelaksanaan Program

Gemilang Road Show. Acara pelancaran

peringkat Negeri Pulau Pinang juga

adalah merupakan destinasi permulaan

siri jelajah keUsahawanan Melayu yang

disempurnakan oleh YB Tan Sri Nor

Mohamed Yakcop, Menteri di Jabatan

Perdana Menteri bertempat di Dewan

Besar Sungai Dua, Tasek Gelugor.

Program Gemilang merupakan

usahasama Majlis Tindakan Ekonomi

Melayu (MTEM) dan Dewan Perniagaan

Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP)

dengan kerjasama BPPBPP serta PERDA.

Tujuan program kata YB Tan Sri Nor ialah

untuk mencungkil bakat usahawan muda

dan memupuk budaya keusahawanan

khususnya di kalangan masyarakat

Melayu luar bandar; waima membangun

kualiti hidup dan penyertaan kaum

tersebut dalam hal-hal berkaitan ekonomi.

Selain Sungai Dua, Pulau Pinang

sebanyak tujuh lagi destinasi jelajah

diatur ke arah menjadikan usahawan

Melayu sebagai kuasa ekonomi negara

yang ketiga; dan Tanah Merah, Kelantan

dikenalpasti sebagai destinasi finale

program. Kata YB Tan Sri Nor, "Misi jangka

panjang ialah meningkatkan lagi usaha

pembangunan keusahawan, membuat

anjakan paradigma dan mengubah

lanskap ekologi keusahawan Melayu" …

"Ianya walaupun sukar tetapi bukanlah

sesuatu yang mustahil."

Program Gemilang diibarat sebagai

landasan bagi memula dan juga peluang

mengembangkan lagi perniagaan.

Ini kerana program ala bengkel

keusahawanan telah menemukan bakal

Oleh Hasniah Rashid [email protected]

Page 11: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

11Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 2012

usahawan dengan para usahawan IKS

Melayu bagi berkongsi tips selok-belok

pengurusan perniagaan melalui sesi

inspirasi bersama usahawan muda, dan

juga testimonial di kalangan usahawan

berjaya. Pakej program turut mendedahkan

situasi sebenar perniagaan melalui aktiviti

pameran, promosi dan jualan produk.

YB Tan Sri Nor turut mengumumkan

pewujudan Yayasan Peneraju Pendidikan

Bumiputera (YPPB) dengan peruntukan

sebanyak RM158 juta sumbangan

para dermawan meliputi individu dan

syarikat. YPPB adalah inisiatif NGO Melayu

sebagai menampung usaha kerajaan

meningkatkan prasarana kehidupan

berkualiti melalui program pendidikan

di luar bandar. Dana YPPB bakal diagihkan

dalam bentuk biasiswa kepada lepasan

STPM/SPM yang sederhana cemerlang

dari keluarga berpendapatan rendah

untuk membiayai kos pengajian dan juga

bantuan sara hidup.

Semangat keusahawanan dibarakan

YB Tan Sri Nor melalui imbauan titik

permulaan agenda pembangunan

ekonomi melayu di era Kesultanan

Melaka tahun 1400an. Sejarah

menunjukkan kegemilangan tersebut

lenyap selepas Melaka dijajah

Portugis pada 1511; dan kemudiannya

dikembalikan selepas negara mencapai

kemerdekaan pada 1957 walau pun

agenda era pasca-kemerdekaan adalah

tanpa mengenepikan kerjasama dan

perkongsian bersama masyarakat

Malaysia yang lain.

Keseluruhannya Program Gemilang

walaupun diterajui oleh NGO, namun

penglibatan ICU JPM melalui BPPBPP dan

juga PERDA amatlah relevan dalam usaha

memastikan masyarakat bumiputera tidak

ketinggalan dalam agenda pembangunan

ekonomi negara. Adalah menjadi

harapan ICU JPM agar Program Gemilang

membuahkan impak baik dari aspek

jumlah yang berdaya-tahan, pembinaan

kapasiti dan dana serta peluasan

rangkaian perniagaan di kalangan

usahawan Melayu dan Bumiputera. •

Page 12: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 201212

PEMBANGUNAN PERHUBUNGAN

Putrajaya -- On July 4, 2012 ICU JPM

has received a study visit from the

Senior Officials of the Office of Prime

Minister and Council of Minister of Nepal.

The entourage of five was led by the Joint

Secretary of Nepal, Mr. Jagadish Regmi.

The welcoming remarks were given by

YBhg. Dato’ Seri Ab. Ghani Ariffin, the

Deputy Director General Office of Strategic

Development Sector while Madam

Nuramalina Ibrahim, the Deputy Director

at Economic Division was responsible to

give the briefing on the topic ‘Role of the

Prime Minister’s Department in Monitoring

Projects’.

The two hours briefing and discussion

touched the scope of Monitoring and

Evaluation in Malaysia, the Implementation

Coordination Machinery, the Project

Monitoring System and the 10th Malaysia

Plan, before the session ended with the

Q&A. Among others, the questions raised

by the delegation pertaining to project

monitoring in Malaysia are :

1. Which are the most important stage

of the.....development aspect ?

Whether planning, implementation

or evaluation ?

2. What are the reasons behind the

success or overall performance of

9th Malaysia Plan and way forward

for the 10th Malaysia Plan?

3. What are the roles of the line

ministry in monitoring the projects?

4. What are the methods introduced

by ICU JPM to improve the process

of monitoring and evaluation?

5. Explanation on the concept and

various monitoring approaches in

Malaysia.

As a conclusion, the delegation

was very much impressed with efforts

and initiatives in discharging its duties

in fulfilling the government aspiration

in creating Malaysia as a developed

nation by 2020. From the questionnaire

answered by the delegation, they were

satisfied with overall presentation and

explanation given by the ICU JPM and

found our hospitality as a delight. •

UnderstandingUnderstandingThe Coordination And The Coordination And Monitoring MechanismMonitoring Mechanism

By Ainnul Dzhamira Mohd Soffi ainnul.soffi @icu.gov.my

Page 13: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

11-13 April 2012 : Lawatan Pemantauan Projek RMK-10 & Pondok SRS Damak Zon1

24 April 2012 : Kursus Sehari Berskala Besar Bil.4/2012

RAMPAIAN PERISTIWA

Page 14: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

4-5 Mei 2012 : Pelancaran RTC Kelantan

6 Mei 2012 : Program Wacana Tokoh Negarawan Tun Mahathir Mohamed bersama Penjawat Awam

RAMPAIAN PERISTIWA

Page 15: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

6 Mei 2012 : Perhimpunan Bulanan ICU JPM Bulan Jun 2012

6 Jun 2012 : Konvensyen Knowledge Sharing-Best Practise In Project Management di PICC

Page 16: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

19 Julai 2012 : Sesi Perjumpaan Khas Ketua Setiausaha Negara bersama Pegawai Kanan ICU JPM

7 Julai 2012 : ICU JPM Di Media - YBhg. Dato' Seri Ghani Arifi n, Timbalan Ketua Pengarah (PS) di Selamat Pagi Malaysia, RTM1RAMPAIAN PERISTIWA

Page 17: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

2 Julai 2012 : Perhimpunan Bulanan JPM Julai 2012

23 Julai 2012 : Program Ihiya Ramadan 2012

Page 18: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

29 Jun - 1 Julai 2012PERDA-TECH

Nibong Tebal,Pulau Pinang

Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 201218

Page 19: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

Sukan Pemenang

Kategori Zon

Badminton PERDA

Futsal Padang Zon Utara

Ping Pong HQ ICU JPM

Bola Jaring HQ ICU JPM

Karom PERDA

Dart Zon Timur

Kategori Agensi

Tenpin Bowling PPN Kelantan

Batu Seremban PPN Kedah

Congkak PPN Pahang

Sepak Raga Bulatan PERDA

JOHAN KESELURUHAN ZON - PERDA

Keputusan KeseluruhanKarnival Sukan ICU JPM 2012

Sukan Pemenang

Pertandingan Sukan VIP

Punggai Nyiok Zon Timur

Terebey Tin Zon Utara

Kapai Terbang Ghetaih Zon Utara

Heret Nyiok Zon Timur

Pertandingan Golf

Johan - Abdul Rahim Abdullah (PPN Sabah)

Pertandingan Raja Lawak

Johan - Tak Tau Apaa (PERDA)

Page 20: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 201220

PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN

Putrajaya -- Dari segi evolusinya,

Program Satu Daerah Satu Industri

atau SDSI telah melalui perubahan

ke arah pemantapannya sebelum ia

dikenali sebagai SDSI. Pada peringkat

awal pengenalannya, ia dikenali sebagai

Program Satu Kampung Satu Produk

(SKSP) dan Satu Kampung Satu Industri

(SKSI).

Prinsip asas Program SDSI ini adalah

mewujudkan industri yang menggunakan

bahan mentah tempatan yang diproses

menjadi satu produk atau perkhidmatan

yang mampu untuk menjana pendapatan

penduduk di sesebuah daerah. Produk

atau perkhidmatan ini haruslah

beridentitikan masyarakat setempat

sebagai contoh ikan pekasam yang cukup

sinonim dengan Kedah, batik dan songket

dengan Terengganu dan Kelantan, labu

sayung dengan Perak dan cencaluk

dengan Melaka.

Melalui Mesyuarat Jawatankuasa SDSI

Peringkat Kebangsaan Bil. 1/2011 pada

16 Mac 2011 yang dipengerusikan oleh

YAB Timbalan Perdana Menteri telah

bersetuju supaya kaedah pelaksanaan

Program SDSI diteliti semula dan

diselarikan dengan dasar semasa

kerajaan. Bertitik tolak daripada itu, ICU

JPM melalui kerjasama Kementerian dan

agensi yang berkaitan telah merangka dan

seterusnya menyediakan Garis Panduan

Pelaksanaan Program SDSI yang baru

yang akhirnya telah dipersetujui untuk

digunakan semua pihak yang terlibat

dalam pembangunan Program SDSI.

Justeru itu, Bahagian Kesejahteraan

Rakyat (BSR) ICU JPM telah mengadakan

satu Taklimat Berhubung Garis Panduan

Pelaksanaan Program Satu Daerah Satu

Industri (SDSI) bertempat di Dewan

Teater, Bangunan Perdana Putra dihadiri

oleh 40 orang pegawai dari Pejabat

Pembangunan Persekutuan Negeri,

Jabatan Pembangunan Persekutuan,

Kementerian Peneraju Program SDSI dan

juga wakil daripada Kerajaan Negeri.

Taklimat ini diadakan bagi memberi

pemahaman yang selaras kepada semua

pegawai berkaitan agar maklumat yang

disebarkan adalah tepat dan terkini.

Melalui taklimat ini, setiap hadirin

diterangkan mengenai pelaksanaan

dan hala tuju baru Program SDSI seperti

yang terkandung di dalam Garis Panduan

Pelaksanaan Program SDSI yang baru

di mana tujuan utamanya adalah bagi

meningkatkan taraf usahawan dan

produk SDSI itu sendiri.

SME Corp. dalam pembentangannya

berhubung penarafan usahawan melalui

SCORE (SME Competitiveness Rating

For Enhancement) dan MCORE (Micro

Enterprise Competitiveness Rating For

Enhancement) menerangkan kepentingan

penarafan ini kepada usahwan SDSI.

Antara kelebihan yang diperolehi

adalah peluang yang lebih cerah untuk

mendapatkan khidmat sokongan

daripada Kerajaan seperti khidmat nasihat

dalam perniagaan, kemudahan pinjaman

dan sebagainya. Peluang yang ditawarkan

oleh SME Corp. ini adalah penting dan

dapat membantu usahawan SDSI dalam

memperluaskan perniagaan mereka.

Sesi taklimat ini ditamatkan dengan

ucapan penutup oleh YBhg. Dato’ Seri Ab.

Ghani Ariffin, Timbalan Ketua Pengarah

(Pembangunan Strategik) ICU JPM pada

jam 5.00 petang. •

TAKLIMAT GARIS PANDUAN PELAKSANAANPROGRAM SDSI Oleh Nursyazwani Tajul Urus [email protected]

Page 21: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

21Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 2012

ICU JPM Peka Dengan Pengurusan Berkualiti

Kuantan -- Selaras dengan matlamat

ICU JPM untuk menaik taraf kualiti

pengurusannya serta mengekalkan

standard yang sedia ada, Kursus Apresiasi

& Analisis Data Sistem Pengurusan Kualiti

(SPK) MS ISO 9001 : 2008 ICU JPM Tahun

2012 telah diadakan di Hotel Vistana,

Kuantan, Pahang pada 25 – 27 Mei 2012.

Objektif kursus tersebut adalah untuk

menyeragamkan pemahaman mengenai

pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti

(SPK) MS ISO 9001:2008 ICU JPM di Ibu

Pejabat/PPPN/JPP/BPPB serta mengukur

dan menilai pencapaian SPK organisasi

dan mengenal pasti data untuk Kajian

Semula Pengurusan (KSP). ICU JPM

telah dipersijilkan MS 9001:2000 pada

14 Disember 2007 dan kemudiannya

pensijilan dinaik taraf kepada versi

MS ISO 9001:2008. Tahun ini merupakan

tahun ke-5 pelaksanaan MS ISO di ICU JPM

melalui persijilan dan auditan tahunan

oleh SIRIM Berhad.

Skop pensijilan adalah meliputi ketiga-

tiga perkhidmatan teras utama ICU JPM

iaitu Penyelarasan Rancangan Malaysia

Lima Tahun (RMLT), Pengurusan Projek

Khas dan Peningkatan Kesejahteraan

Rakyat serta Aduan Rakyat.

Kursus selama 3 hari ini telah dihadiri

oleh seramai 26 orang yang terdiri

daripada pegawai gred M41–54 dari

semua bahagian di Ibu Pejabat/PPPN/JPP/

BPPB dengan bimbingan sepenuhnya oleh

Mohamed Shariff Abu Bakar, Perunding

Utama Paisley Consulting Sdn. Bhd. dan

Mohd Bakri Jali. Perunding Bersekutu

Paisley Consulting daripada SIRIM Berhad.

Pada keseluruhannya kursus tersebut

telah dapat mempertingkatkan lagi

kefahaman, kemahiran serta pengetahuan

peserta kursus kearah mengendalikan

organisasi secara berkualiti dan berkesan,

bagi memenuhi keperluan tuntutan

semasa. •

Oleh Naim Saleh [email protected] & Anis Marhani Abd. Rashid [email protected]

Page 22: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 201222

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRANBELIA INDIA TAHAP I

Di bawah Rancangan Malaysia

Kesembilan (RMK-9), Kerajaan

telah mengambil inisiatif

untuk membangunkan sosio-ekonomi

masyarakat India dengan mewujudkan

Program Latihan Kemahiran Belia India

(PLKBI) dengan peruntukan berjumlah

RM5.9 juta. Tujuan program ini diadakan

adalah bagi meningkatkan kemahiran

dan kebolehpasaran di kalangan

masyarakat India dalam persaingan

untuk mendapatkan pekerjaan. Ia juga

dilaksanakan bagi menyambut gagasan

Kerajaan untuk melahirkan tenaga

mahir berpendapatan tinggi menjelang

tahun 2020. PLKBI diletakkan di bawah

pemantauan ICU JPM dan dilaksanakan

dengan kerjasama Yayasan Strategik

Sosial (YSS).

Seramai 993 orang peserta daripada

seluruh negara menyertai PLKBI Tahap I

dimana ianya dilaksanakan di 19 institusi

terpilih dengan tempoh kursus di antara

6 hingga 12 bulan. Kursus-kursus yang

ditawarkan adalah dalam bidang-bidang

berkeperluan tinggi (high demand) seperti

bidang pengurusan, kimpalan, kenderaan

motor, elektrikal, pengkomputeran,

makanan dan perhotelan, jahitan,

kecantikan, perkhidmatan dan

keselamatan.

Pada bulan April dan Mei 2012,

ICU dengan kerjasama YSS telah

menjalankan penggambaran Dokumentari

PLKBI Tahap I. Dokumentari ini bertujuan

untuk memaklumkan kepada orang

ramai akan kejayaan dan impak PLKBI

Tahap I terhadap masyarakat belia India.

Seramai tiga orang peserta dari bidang

jahitan, elekrikal dan perkhidmatan

(gunting rambut) telah dikenal pasti

untuk ditemuramah dan dijadikan role

model kepada masyarakat Belia India

lain. Peserta-peserta tersebut dilihat

telah memperolehi kemahiran daripada

PLKBI yang sekaligus membantu

mereka meningkatkan pendapatan dan

mengubah nasib diri serta keluarga

mereka. Ini terbukti apabila peserta-

peserta ini telah berjaya membuka

kedai perniagaan sendiri dan berupaya

menjana pendapatan di antara RM1,500

hingga RM3,000 sebulan.

ICU JPM dan YSS bercadang untuk

memuatnaik Dokumentari kejayaan PLKBI

Tahap I ini dilaman web YSS dan juga

UCMe Tube, ICU JPM. •

DOKUMENTARI

Oleh Nazzatul Shima Ahmad Sabri [email protected]

EHWAL PERKHIDMATANPEMBANGUNAN MODAL INSAN

Page 23: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

23Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 2012

Bangi, Selangor -- Pada 8 hingga

10 Julai 2012 yang lalu, Bahagian

Kesejahteraan Rakyat (BSR), Ibu

Pejabat telah menganjurkan Workcamp

Kesejahteraan Rakyat Bil.5/2012 dengan

tajuk perbincangan dan pembentangan

adalah kepada proses pelaksanaan

aktiviti pemutihan eKasih di peringkat

negeri. Aktiviti Pemutihan Data eKasih

ini melibatkan senarai OKU Berdaftar

bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat

(JKM), senarai warga emas bersama

Jabatan Pendaftaran Negeri dan senarai

pelajar sekolah bersama Jabatan

Pelajaran Negeri. Peserta workcamp terdiri

daripada Perangkawan/Penolong Pegawai

Perangkaan Kanan daripada JPP/PPPN

manakala barisan panel terdiri daripada

beberapa Timbalan SDO dan pegawai

daripada agensi luar seperti Jabatan

Kebajikan Masyarakat dan PEMANDU.

Komposisi pemilihan panel ini sebagai

tindakan berterusan BSR dalam usaha

berkongsi pendapat, pengalaman dan

proses kerja sedia ada berhubung tajuk

yang dibincangkan.

Pemilihan tajuk yang menekankan

kepada aktiviti pemutihan adalah

bertujuan meningkatkan intergriti dan

kredibiliti data eKasih bagi membolehkan

setiap perancangan yang akan

dilaksanakan agensi pemberi bantuan

berasaskan kepada data eKasih yang

tepat. Selaras dengan pengiktirafan yang

diterima eKasih melalui United Nation

Public Service Award (UNPSA) di bawah

Category 4 : Advancing Knowledge

Management in Government, tindakan

pemutihan yang konsisten perlu

dilaksanakan dengan kerjasama

agensi dan jabatan tertentu seperti

Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan

Pendaftaran Negeri dan Jabatan Pelajaran

Negeri. Ia juga bagi memastikan data

eKasih sentiasa relevan sebagai rujukan

utama oleh semua kementerian/agensi

dalam melaksanakan program/projek

Pembasmian Kemiskinan.

Melalui penganjuran workcamp

kali ini juga, sesi perbincangan khusus

bersama semua peserta telah diadakan

ke arah tindakan menambahbaik eKasih

sedia ada. Beberapa idea dan cadangan

telah dikemukakan dan akan diberi

penelitian sewajarnya bagi memastikan

penggunaan eKasih yang lebih mesra

pengguna dan tepat dapat dilaksanakan.

Selain itu, beberapa proses juga telah

diseragamkan hasil perbincangan yang

diadakan.

Secara keseluruhannya, workcamp

kali ini berjaya mencapai objektif

penganjurannya di mana setiap isu dan

masalah yang diutarakan berjaya

mencapai jalan penyelesaiannya.

Secara tidak langsung, fungsi workcamp

sebagai platform berkongsi isu dan

masalah berjaya mencari jalan/tindakan

penyelesaian. Workcamp ini juga dijadikan

sebagai salah satu tool pemantauan agar

segala tugasan dan tanggungjawab yang

diamanahkan dapat dilaksanakan dengan

cara yang sewajarnya. •

WorkcampWorkcamp Kesejahteraan RakyatKesejahteraan Rakyat Bil. 5/2012Bil. 5/2012Oleh Fadzlin Hasyimah [email protected]

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

Page 24: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 201224

Putrajaya -- Kerjasama serta

jalinan erat antara pegawai

pemantau di Ibu Pejabat dengan

pegawai pemantau di Jabatan/Pejabat

Pembangunan Persekutuan di negeri-

negeri diberi perhatian oleh Pengurusan

Tertinggi ICU JPM. Ini kerana ianya

mampu memberi impak yang cukup

signifikan kepada perkhidmatan teras

ICU JPM khususnya dalam memantau

pelaksanaan projek pembangunan dalam

usaha mencapai hasrat pembangunan

negara. Selaras dengan ini, kaedah

perkongsian tindakan dan pengalaman

melalui sesi workcamp sekali lagi

dipraktikkan.

Terbaru pada 30 Mei 2012, ICU JPM

menganjurkan Workcamp Pengukuhan

Aktiviti Pemantauan Program/Projek

Pembangunan RMK-10. Workcamp

siri ketiga dalam tahun 2012 ini telah

dihadiri oleh Timbalan Pengarah

Jabatan Pembangunan Persekutuan/

Pejabat Pembangunan Negeri. Komposisi

workcamp melibatkan pembentangan

isu-isu pelaksanaan projek di negeri

masing-masing. melalui 4 kertas/tajuk

perbincangan :

Dalam melihat keberkesanan

pemantauan, workcamp siri ketiga ini

memfokuskan kepada pemantauan projek

mengikut Kementerian yang dibahagikan

mengikut 4 kriteria yang diwujudkan iaitu:

Kriteria ini digunakan untuk

mengenalpasti agensi mana yang

perlu diberikan fokus supaya prestasi

perbelanjaan nasional dapat ditingkatkan

dan bilangan projek lewat jadual dapat

dikurangkan. Selain itu, pemantauan

terperinci oleh PPPN/JPP seperti ini dapat

membantu Kementerian/Agensi untuk

membuat pemantauan mikro meliputi

4 aspek penting yang menyumbang

kepada prestasi Kementerian/agensi

secara keseluruhan.

Secara umumnya, workcamp ini

berjaya dalam membantu ICU JPM dalam

memperkasakan pemantauan projek

pembangunan, membuka ruang untuk

penambahbaikan data SPPII dan

mendapatkan input serta penemuan

masalah baru yang boleh diberi

perhatian.•

KRITERIA & PEMANTAUAN BERFOKUS Menerusi WORKCAMP

❏ Per tama

Pelan Tindakan Pemantauan Ke Atas

Projek Dengan Masalah Belum Selesai

❏ Kedua

Laporan Intervensi/Troubleshooting

❏ Ketiga

Verifikasi SPPII vs On-site

❏ Keempat

Pemantauan Berkesan Berasaskan

Kriteria yang diwujudkan

1 Kementerian dengan peruntukan terbesar

2 Kementerian di mana prestasi perbelanjaan terendah

3 Kementerian dengan bilangan projek terbanyak

4 Kementerian dengan bilangan projek lewat jadual yang terbanyak

Oleh Aimi Nazirah Abdul Razak [email protected]

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

Page 25: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

25Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 2012

Melaka -- Bengkel Diari Seorang

Setiausaha ICU JPM telah

diadakan pada 27 hingga 29

April 2012 bertempat di Avillion Legancy

Hotel, Melaka. Seramai 47 orang peserta

yang terdiri daripada Pembantu Tadbir

Kesetiausahaan Gred 17 hingga 36 telah

menghadiri bengkel anjuran Bahagian

Khidmat Pengurusan ICU JPM. Bengkel

ini mendapat kerjasama daripada

Pejabat Pembangunan Persekutuan

Negeri Melaka. Keseluruhan ceramah

dikendalikan oleh Suraya Daud daripada

SD Image Consultant. Sempena bengkel

tersebut, peserta bengkel telah bermurah

hati untuk menyumbang cenderahati

kepada seorang bakal pesara iaitu

Hasnah Abdul daripada PPPN Johor. Sesi

protokol di meja makan serta rundingan

imej turut diadakan. Kursus ini turut

didedahkan dengan :

� Peranan dan tanggungjawab sebagai

seorang Setiausaha Cemerlang dan

orang yang paling rapat dengan ketua.

� Mengenalpasti peranan dan

tanggungjawab serta ciri-ciri

Setiausaha yang Cemerlang :

� Merancang setiap pekerjaan

� Fahami sasaran yang ditetapkan

� Tahu mengapa...perlu dilaksanakan

� Tahu bagaimana untuk

melaksanakan

� Menepati masa yang ditetapkan

� Bertindak jika ada

ketidaksempurnaan

� Jadikan sasaran organisasi

sebagai asas dalam setiap

peringkat pelaksanaan.

Majlis perasmian penutup bengkel serta

penyampaian sijil penyertaan kepada

peserta bengkel telah disempurnakan

oleh Ismail Hamad, Pegawai Kemajuan

Negeri Melaka. •

BengkelDiari Seorang Setiausaha ICU JPMOleh Nor Asiah Abdul Halim [email protected]

Page 26: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 201226

Kemaman, Terengganu -- Kursus

Pengukuhan Pasukan ICU JPM

telah diadakan di INTAN Wilayah

Timur (INTIM) dengan kerjasama Institut

Tadbiran Awam Negara (INTAN) Wilayah

Timur, Kemaman, Terengganu pada

5-8 April 2012. Seramai 47 orang peserta

terdiri daripada 4 orang pegawai daripada

Kumpulan Pengurusan dan Profesional,

41 orang pegawai kumpulan sokongan I

& II dan 2 orang Urusetia telah menghadiri

kursus tersebut. Dua orang pegawai

INTIM yang terlibat secara langsung

bagi mengendalikan keseluruhan kursus

Pengukuhan Pasukan ICU JPM tersebut

ialah Mazuri Mamat dan Zabidi Ahmad.

Kursus Pengukuhan Pasukan ICU JPM ini

diadakan bertujuan :

● Meningkatkan kefahaman dan kesedaran tentang tugas dan tanggungjawab;

● Meningkatkan kemahiran bekerja secara berkumpulan;

● Meningkatkan keupayaan berfikir secara kreatif dan inovatif; dan

● Meningkatkan nilai murni serta jatidiri.

Peserta telah dibahagikan kepada

4 kumpulan, setiap kumpulan mempunyai

Identitinya tersendiri. Permainan

berkumpulan seperti Kepimpinan, Bersatu

Teguh, Permainan Si Buta dan permainan

Paintball Ala INTIM begitu diminati oleh

peserta kursus. Kesimpulan daripada

permainan yang diadakan peserta

telah mendapat menafaatnya dimana

kemahiran bekerja secara berkumpulan

telah ditingkatkan, pekerja lebih kreatif

serta sebagai pekerja kita perlu mengikut

@ mendengar arahan dengan betul.

Tuan Haji Abdul Rahman Che Hamad,

Pengarah INTAN Wilayah Timur (INTIM)

telah sudi untuk menyempurnakan

perasmian penutup kursus Pengukuhan

Pasukan ICU JPM dan menyampaikan sijil

kepada setiap kumpulan tersebut. Pauziah

Abdullah daripada PPPN Terengganu

merupakan wakil daripada ICU JPM. •

Kursus Pengukuhan Pasukan ICU JPMDi Intan Wilayah TimurOleh Nor Asiah Abdul Halim [email protected]

PEMBANGUNAN KOMPETENSI

Page 27: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

27Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 2012

BENGKELBENGKELPENGURUSAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIASUMBER MANUSIA

Port Dickson, Negeri Sembilan --Bengkel Pengurusan Sumber Manusia ICU JPM telah diadakan

pada 18 hingga 20 Mei 2012 bertempatdi Corus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 52 orang peserta terdiri daripada Pengurus Sumber/Penyelia serta Pembantu Tadbir di peringkat Ibu Pejabat/Negeri telah menghadiri bengkel Sumber Manusia anjuran BKP ICU JPM. Bengkel Pengurusan Sumber Manusia dimulai dengan mengadakan mesyurat bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit disamping pembentangan maklumat berkaitan Sumber Manusia seperti GCR, Perkhidmatan pegawai serta peratus (%) kehadiran berkursus pegawai bagi setiap Bahagian/Negeri melalui HRMIS dan SISMA. Tiga orang penceramah terdiri daripada Satminder Kaur a/pKawan Singh (Bahagian Saraan),Mohamad Marwan Ahmad (Sektor Pembangunan Dasar Tatatertib dan Keutuhan) dan Ramli Musa (Bahagian Pasca Perkhidmatan), Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA).

Objektif utama bengkel ini diadakan ialah untuk meningkatkan kefahaman berkaitan peranan serta tugas sebagai pengurus sumber manusia disamping mengeratkan perhubungan pengurusan sumber manusia di peringkat Ibu Pejabat dan di peringkat negeri. Sesi Pengukuhan Pasukan turut diadakan dengan kerjasama Ziqzul Corporation Sdn.Bhd. Majlis penutup serta majlis penyampaian sijil penyertaan kepada peserta telah disempurnakan oleh Syaiful Patolga, Timbalan Pengarah Seksyen Sumber Manusia ICU JPM. •

Oleh Nor Asiah Abdul Halim [email protected]

Page 28: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 201228

BengkelPemantapan AKRAB

Port Dickson, Negeri Sembilan --

Bengkel Pemantapan AKRAB ICU JPM

telah diadakan pada 14 hingga 16 Jun

2012 bertempat di Corus Paradise Resort,

Port Dickson, Negeri Sembilan. Seramai 17

orang peserta terdiri daripada pegawai

Kumpulan Pengurusan Profesional Gred

41 hingga 52 serta; pegawai Kumpulan

Sokongan I Gred 22 hingga 27 ICU JPM;

telah menghadiri bengkel yang diadakan.

Dua orang penceramah yang diundang

ialah Fauzi Saad dan Sadli Osman

daripada Bahagian Pengurusan Psikologi,

Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia

(JPA).

Bengkel Pemantapan AKRAB ICU JPM

diadakan untuk membincangkan peranan

ahli AKRAB yang dilantik di peringkat Ibu

Pejabat dan PPPN/JPP Negeri disamping

menubuhkan Jawatankuasanya untuk

mengerakan aktiviti-aktiviti yang akan

dilaksanakan nanti. Program Pembimbing

Rakan Sekerja ini berkonsepkan rakan

membantu rakan dengan memupuk

semangat berpasukan, keakraban,

keharmonian dan saling menghormati

potensi masing-masing. Ia juga

merupakan pembentukan kelompok

sokongan kepada pegawai yang

dikenalpasti dibawah Program Penilaian

Pekerja dan dketuai fasilitator yang telah

dilatih untuk mengendalikan program ini.

Majlis penyampaian sijil kepada para

peserta telah disampaikan oleh Sadli

Osman, Pegawai Psikologi Kanan, Jabatan

Perkhidmatan Awam Malaysia. •

Oleh Nor Asiah Abdul Halim [email protected]

EHWAL PERKHIDMATANPEMBANGUNAN MODAL INSAN

Page 29: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

29Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 2012

PERTUKARAN MASUK

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Wan Ahmad Shukiman Bin

Wan Jaafar

Jurutera Awam

Gred J54

Jabatan Kerja Raya

Negeri Perak

Bahagian Konsultatif &

Referal Teknikal

1 Mei 2012

Norali @ Ag. Norali Bin Ag.

Damit

Pegawai Tadbir Diplomatik

Gred M52

Jabatan

Perkhidmatan Awam

Bahagian

Susun Semula

Masyarakat

25 Jun 2012

Md. Azhan Bin Samat @

Limat

Pegawai Tadbir Diplomatik

Gred M52

Jabatan

Perkhidmatan Awam

Bahagian Sosial 25 Jun 2012

Suzana Binti Punari Jurutera Awam

Gred J52

Jabatan Kerja Raya Bahagian Konsultatif &

Referal Teknikal

16 April 2012

Ir. Hj. Wan Mohamad Hilmi

Bin Wan Mahmud

Jurutera Awam

Gred J52

Jabatan Kerja Raya

Negeri Kedah

PPPN Kedah 16 April 2012

Nor Azmi Bin

Ahmad@Mohamad

Pegawai Tadbir Diplomatik

Gred M48

Jabatan Perkhidmatan Awam Bahagian

Khidmat Pengurusan

6 Julai 2012

Noorhisham Bin Ali Pegawai Tadbir Diplomatik

Gred M48

Unit Perancang Ekonomi Bahagian

Khidmat Pengurusan

16 Julai 2012

Mahani Binti Shafiee Penerbit Rancangan

Gred B42

Jabatan Penyiaran

Malaysia

Bahagian

Khidmat Pengurusan

2 Julai 2012

Norbaini Binti Mohamad

Zainudin

Pegawai Tadbir Diplomatik

Gred M41

Kementerian Pertahanan PPPN Selangor 2 Julai 2012

Mohd Hafizul Bin Mat Rahim Pegawai Tadbir Diplomatik

Gred M41

Lantikan Baru PPPN Sarawak 13 Jun 2012

Muhamad Hafizuddin Bin

Mohd Ridowan

Pegawai Tadbir Diplomatik

Gred M41

Lantikan Baru PPPN Pulau Pinang 13 Jun 2012

Muhamad Fariz Bin Osman Pegawai Tadbir Diplomatik

Gred M41

Majlis Keselamatan Negara BPPBPP 23 April 2012

Syahrom Bin Zakaria Jurutera Awam

Gred J41

Jabatan Kerja Raya

Wilayah Persekutuan

Bahagian Konsultatif &

Referal Teknikal

16 Jun 2012

Mohd Khairul Bin Norani Perangkawan

Gred E41

Jabatan Perangkaan

Negeri Perak

PPPN Perak 1 Mei 2012

Wan Nor Marha Binti

Wan Haron

Perangkawan

Gred E41

Jabatan Perangkaan

Negeri Pahang

PPPN Pahang 2 Mei 2012

Ainnul Dzhamira Binti

Mohd Soffi

Pegawai Penerangan

Gred S41

Jabatan Penerangan

Malaysia

Bahagian

Khidmat Pengurusan

2 Mei 2012

PERTUKARAN MASUK

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Mohd Taib Bin Osman Penolong Pegawai

Teknologi Maklumat

Gred F32

Kementerian

Belia dan Sukan

Pusat Bank Data Negara &

Inovasi

2 Mei 2012

Haslina Binti Zakaria Penolong Pegawai

Teknologi Maklumat

Gred F32

Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia

Pusat Bank Data Negara &

Inovasi

7 Mei 2012

Zainab Binti Safar Penolong Akauntan

Gred W32

Bahagian Pengurusan

Audit Dalam

PPPN Selangor 1 April 2012

Lumin Bin Ahmad Penolong Akauntan

Gred W32

Bahagian Pengurusan

Audit Dalam

PPPN Sabah 1 April 2012

Danial Bin Mohd Yaman Penolong Akauntan

Gred W32

Jabatan Pengangkutan Jalan

Negeri Perak

PPPN Perak 1 April 2012

Kumpulan Pengurusan dan Profesional

Kumpulan Sokongan

EHWAL PERKHIDMATAN

Page 30: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 201230

EHWAL PERKHIDMATAN

PERTUKARAN MASUK

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Jamilah Binti Adenan Penolong Akauntan

Gred W32

Pejabat Pelajaran Daerah

Kuching, Sarawak

PPPN Sarawak 1 April 2012

Nor Amly Binti Ibrahim Penerbit Rancangan

Gred B27

Jabatan Penyiaran

Malaysia

Bahagian

Khidmat Pengurusan

2 April 2012

Siti Normalia Binti Sahadan Penolong Pegawai Tadbir

Gred N27

Jabatan Kastam

DiRaja Malaysia

Bahagian

Khidmat Pengurusan

27 Mei 2012

Dayang Suhanah Binti

Zanudin

Penolong Pegawai Tadbir

Gred N27

Perbendaharaan Malaysia

Sabah

PPPN Sabah 27 Mei 2012

Normazua Binti

Mohd Torman

Setiausaha Pejabat

Gred N27

Kementerian

Sumber Manusia

Bahagian Konsultatif &

Referal Teknikal

15 Jun 2012

Azura Binti Osman Setiausaha Pejabat

Gred N27

Suruhanjaya Pilihan Raya

Malaysia

PPPN Pulau Pinang 16 April 2012

Sharifah Binti Md Anuar Pembantu Tadbir (P/O)

Gred N22

Depoh Simpanan Pertahanan,

Sungai Buloh, Selangor

PPPN Kedah 9 April 2012

Norhasimah Binti Yusof Pembantu Tadbir (P/O)

Gred N22

Pejabat Pilihan Raya

Negeri Sabah

PPPN Sabah 1 April 2012

Noor Zalina Binti Razali Pembantu Tadbir (P/O)

Gred N17

Jabatan Insolvensi Malaysia Bahagian Projek Khas 16 Julai 2012

Noorfarahin Binti Razali Pembantu Tadbir (P/O)

Gred N17

Jabatan Insolvensi Malaysia PPPN Selangor 16 Julai 2012

Aslinda Binti Hashim Pembantu Tadbir (P/O)

Gred N17

Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia

BPPBPP 28 Mei 2012

Norhayati Binti Zolkepali Pembantu Tadbir (P/O)

Gred N17

Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia

BPPBPP 28 Mei 2012

Zuraidah Binti Nordin Pembantu Tadbir (P/O)

Gred N17

Jabatan Perhilitan

Negeri Perak

PPPN Perak 14 Mei 2012

Noraini Binti Aluwi Pembantu Tadbir (P/O)

Gred N17

Jabatan Bantuan Guaman PPPN Melaka 9 April 2012

Noorfauziah Binti Rashid Pembantu Tadbir (P/O)

Gred N17

Bahagian Hal Ehwal

Undang-Undang,

Jabatan Perdana Menteri

PPPN Perlis 2 April 2012

Zaihanim Binti Ismail Pembantu Tadbir (Kew)

Gred W17

Kementerian

Sumber Manusia

Bahagian

Khidmat Pengurusan

15 Mei 2012

Fazura Binti Yahya Penerbit Rancangan

Gred B17

Jabatan Penyiaran

Malaysia

Bahagian

Khidmat Pengurusan

2 April 2012

Khatijah Binti Noordin Juruteknik Awam

Gred J17

Jabatan Kerja Raya PPPN Selangor 14 Mei 2012

Muhammad Aiman Binti

Wahid

Juruteknik Awam

Gred J17

Jabatan Kerja Raya PPPN Sarawak 14 Mei 2012

Mohd Fadhil Bin

Mohammad Ali

Juruteknik Awam

Gred J17

Jabatan Kerja Raya PPPN

Pulau Pinang

14 Mei 2012

Muhamad Bin Hashim Pelukis Pelan

Gred J17

Jabatan Kerja Raya BPPBPP 14 Mei 2012

Abu Bakar Bin Manis Pemandu Kenderaan

Gred R3

Lantikan Kontrak BPPBPP 4 Jun 2012

Mohd Khairudin Bin

Mohd Yunus

Pembantu Am Pejabat

Gred N1

Lantikan Kontrak PPPN Selangor 4 Jun 2012

Mastura Binti Mat Yusof Pembantu Am Pejabat

Gred N1

Biro Bantuan Guaman

Pulau Pinang

PPPN Kedah 23 April 2012

Kumpulan Sokongan

Page 31: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

31Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 2012

PERTUKARAN KELUAR

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Ir. Umi Kalthom Binti

Hj. Ahmad

Jurutera Awam

Gred J54

Bahagian Konsultatif &

Referal Teknikal

Jabatan Kerja Raya 1 Mei 2012

Ab. Ghapar Bin Daud Jurutera Awam

Gred J52

PPPN Kedah Jabatan Kerja Raya 16 April 2012

Fakhurazzi Bin Ibnu Omar Pegawai Tadbir Diplomatik

Gred M48

PPPN Selangor Setiausaha Kerajaan

Pulau Pinang

25 Jun 2012

Shafinaz Hanum Binti

Ahmad Anuar

Pegawai Tadbir Diplomatik

Gred M41

PPPN Selangor Kementerian Pertahanan 2 Julai 2012

Naim Bin Saleh Penerbit Rancangan

Gred B41

Bahagian

Khidmat Pengurusan

Jabatan Penyiaran

Malaysia

2 Julai 2012

Khairiyah Binti Mokhtar Perangkawan

Gred E41

PPPN Pahang Jabatan Perangkaan Negeri

Pahang

1 Mei 2012

Norul Anisa Ninti Abu Safran Perangkawan

Gred E41

PPPN Perak Jabatan Perangkaan Negeri

Perak

2 Mei 2012

Eliana Binti Mahat@Mazlan Pegawai Penerangan

Gred S41

Bahagian

Khidmat Pengurusan

Kementerian Penerangan,

Komunikasi dan

Kebudayaan

2 Mei 2012

PERTUKARAN KELUAR

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Awang Azli Bin

Ampuan Yusof

Penolong Akauntan

Gred W32

PPPN Sabah Jabatan Akauntan Negara

Cawangan Negeri Sabah

1 April 2012

Norliah Binti Abdul Samad Penolong Akauntan

Gred W32

PPPN Selangor Jabatan Insolvensi

Negeri Selangor

1 April 2012

Siti Rahamah Penolong Akauntan

Gred W32

PPPN Perak Jabatan Pengangkutan Jalan

Negeri Perak

1 April 2012

Fatimah Binti Awang Bini Penolong Akauntan

Gred W32

PPPN Sarawak Jabatan Pelajaran

Negeri Sarawak

1 April 2012

Norhabibah Binti Abd Hamid Penolong Pegawai

Teknologi Maklumat

Gred F32

Pusat Bank Data Negara &

Inovasi

Kementerian Belia dan

Sukan

2 Mei 2012

Fairul Rafiq Bin Hamirudin Penolong Pegawai

Teknologi Maklumat

Gred F32

Pusat Bank Data Negara &

Inovasi

Suruhanjaya Pencegahan

Rasuah Malaysia

7 Mei 2012

Rosni Bin Nawawi Penolong Pegawai Tadbir

Gred N27

PPPN Sabah Jabatan Pendaftaran

Pertubuhan Negeri Sabah

27 Mei 2012

Nurul Sazlin Binti

Mohd Shah

Setiausaha Pejabat

Gred N27

Bahagian Konsultatif &

Referal Teknikal

Kementerian Kewangan 15 Jun 2012

Mareaty Binti Johari Penerbit Rancangan

Gred B27

Bahagian

Khidmat Pengurusan

Jabatan Penyiaran

Malaysia

2 April 2012

Mariah Binti Manap Pembantu Tadbir (P/O)

Gred N22

PPPN Sabah Kementerian Perumahan

dan Kerajaan Tempatan

9 April 2012

Khairul Nizam Bin Hamzah Pembantu Tadbir (P/O)

Gred N17

PPPN Perak Jabatan Pengangkutan Jalan

Negeri Perak

14 Mei 2012

Maziyana Binti Abdul Aziz Pembantu Tadbir (P/O)

Gred N17

Bahagian Projek Khas Jabatan Insolvensi

Malaysia

16 Julai 2012

Khinam Binti Misni Pembantu Tadbir (P/O)

Gred N17

PPPN Selangor Jabatan Insolvensi

Malaysia

16 Julai 2012

Kumpulan Pengurusan dan Profesional

Kumpulan Sokongan

Page 32: PROGRAM TURUN PADANG Ketua Pengarah · masing-masingnya di bawah kategori Best of e-Inclusion & e-Community dan kategori Best of e-Government. Kesimpulannya inisiatif dan inovasi

Buletin Bergambar ICU JPM April - Julai 201232

PERTUKARAN KELUAR

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Norhaswani Binti Mahamad Pembantu Tadbir (Kew)

Gred W17

Bahagian

Khidmat Pengurusan

Kementerian Pelancongan 15 Mei 2012

Norazura Binti Abdul Ghani Penerbit Rancangan

Gred B17

Bahagian

Khidmat Pengurusan

Jabatan Penyiaran

Malaysia

2 April 2012

Muadzam Bin Mohamad Pembantu Am Pejabat

Gred N1

PPPN Kedah Biro Bantuan Guaman

Pulau Pinang

23 April 2012

Kumpulan Sokongan

PERTUKARAN DALAMAN

Nama Jawatan Dari Penempatan Tarikh Kuatkuasa

Mohd Syaiful Bin Patolga Pegawai Tadbir Diplomatik

Gred M48

Bahagian

Khidmat Pengurusan

PPPN Kedah 16 Julai 2012

Ahmad Azwan Bin Meor

Hashim

Pegawai Tadbir Diplomatik

Gred M48

Bahagian

Khidmat Pengurusan

PPPN Selangor 9 Julai 2012

Siti Farahida Binti Baharudin Pegawai Tadbir Diplomatik

Gred M41

PPPN Melaka PPPN Johor 2 Mei 2012

Najwani Binti Noor Hassan Pegawai Tadbir Diplomatik

Gred M41

PPPN Terengganu Bahagian

Penilaian Outcome

23 April 2012

Kumpulan Pengurusan dan Profesional

Khusus untuk yang bertukar keluar dan tamat perkhidmatan, ucapan penghargaan terima kasih atas sumbangan dan perkhidmatan semasa

berkhidmat di ICU JPM. Selamat Maju Jaya.

PERSARAAN

Nama Jawatan Dari Tarikh Kuatkuasa

Ahmad Bin Hussin Pegawai Teknologi Maklumat Gred F54 Pusat Bank Data Negara & Inovasi 16 Mei 2012

Norliyah Binti Abu Nordin Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 Pusat Bank Data Negara & Inovasi 21 Jun 2012

Jamilah Binti Tambi Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 Bahagian Khidmat Pengurusan 8 April 2012

Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Sokongan

EHWAL PERKHIDMATAN