program tanggungjawab sosial lhdnm membersih … · kawasan pantai tanjung lipat, sabah 17 januari...

4
Muka surat 1 daripada 4 Kenyataan Media LHDNM, 17 Januari 2018 KENYATAAN MEDIA PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL LHDNM MEMBERSIH KAWASAN PANTAI TANJUNG LIPAT, SABAH 17 Januari 2018 - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan kerjasama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada hari ini melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial (Social Responsibility - SR) membersihkan kawasan Pantai Tanjung Lipat di Kota Kinabalu, Sabah. Pelaksanaan program ini telah disempurnakan secara bersama oleh YBhg. Dato’ Sri Sabin bin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dan Puan Noor Liza Awang Alip, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK yang mewakili Datuk Bandar DBKK serta hampir 200 orang warga kerja LHDNM. Program yang bertemakan “Creating Awareness, Preserving Nature” ini merupakan salah satu aktiviti SR LHDNM yang dirancang pada tahun ini dan bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada warga kerja LHDNM serta komuniti mengenai kepentingan penjagaan alam sekitar yang merupakan sebahagian daripada ekosistem kehidupan. Ia juga merupakan program SR LHDNM berskala besar yang kedua di Negeri Sabah, di mana program pertama telah dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Pemegang Taman-Taman Sabah dengan menurunkan Peranti Biodiversiti Marin di Pulau Manukan pada tahun 2014. Menurut Dato’ Sri Sabin, program SR yang dilaksanakan oleh LHDNM seperti ini adalah sebagai menyahut seruan pihak kerajaan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan pendekatan serampang dua mata, iaitu melaksanakan satu bentuk khidmat kepada masyarakat serta pada masa yang sama turut menjalinkan kerjasama Untuk siaran segera

Upload: dangthu

Post on 11-Mar-2019

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Muka surat 1 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 17 Januari 2018

KENYATAAN MEDIA

PROGRAM TANGGUNGJAWAB SOSIAL LHDNM MEMBERSIH

KAWASAN PANTAI TANJUNG LIPAT, SABAH

17 Januari 2018 - Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) dengan kerjasama

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) pada hari ini melaksanakan Program

Tanggungjawab Sosial (Social Responsibility - SR) membersihkan kawasan Pantai

Tanjung Lipat di Kota Kinabalu, Sabah.

Pelaksanaan program ini telah disempurnakan secara bersama oleh YBhg. Dato’ Sri

Sabin bin Samitah, Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM dan Puan Noor Liza Awang Alip,

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK yang mewakili Datuk Bandar DBKK serta

hampir 200 orang warga kerja LHDNM.

Program yang bertemakan “Creating Awareness, Preserving Nature” ini merupakan

salah satu aktiviti SR LHDNM yang dirancang pada tahun ini dan bertujuan untuk

memberikan kesedaran kepada warga kerja LHDNM serta komuniti mengenai

kepentingan penjagaan alam sekitar yang merupakan sebahagian daripada ekosistem

kehidupan. Ia juga merupakan program SR LHDNM berskala besar yang kedua di

Negeri Sabah, di mana program pertama telah dilaksanakan dengan kerjasama

Lembaga Pemegang Taman-Taman Sabah dengan menurunkan Peranti Biodiversiti

Marin di Pulau Manukan pada tahun 2014.

Menurut Dato’ Sri Sabin, program SR yang dilaksanakan oleh LHDNM seperti ini adalah

sebagai menyahut seruan pihak kerajaan menerusi Strategi Lautan Biru Kebangsaan

(NBOS) dengan pendekatan serampang dua mata, iaitu melaksanakan satu bentuk

khidmat kepada masyarakat serta pada masa yang sama turut menjalinkan kerjasama

Untuk siaran segera

Muka surat 2 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 17 Januari 2018

strategik dengan agensi-agensi kerajaan, swasta mahupun NGO. Tambah beliau lagi,

sama seperti sistem percukaian yang mesti dipelihara demi kelestarian kemakmuran

negara, alam sekitar juga merupakan aset komuniti yang perlu dipelihara untuk

kelangsungan generasi masa hadapan.

Sementara itu, Datuk Bandar DBKK memuji pendekatan yang diambil oleh LHDNM

dalam usaha secara bersama memelihara alam sekitar. Menurut beliau penglibatan

agensi-agensi kerajaan dan badan korporat amat digalakkan dalam usaha sebegini

kerana ia bukan sahaja dapat menjadikan tempat rekreasi awam bersih, malah ia turut

mampu membantu meningkatkan ekonomi negeri apabila semakin ramai pelancong

berminat mengunjungi lokasi-lokasi menarik ini. Selain itu, usaha sebegini juga diyakini

mampu mendidik masyarakat untuk mengamalkan kebersihan serta aktiviti kitar

semula.

Turut hadir sama dalam program ini adalah Timbalan-Timbalan Ketua Pegawai

Eksekutif LHDNM, Pengarah LHDNM Cawangan Kota Kinabalu dan Pengarah-

Pengarah Jabatan LHDNM.

# # #

SEKIAN, TERIMA KASIH

Dikeluarkan oleh: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

: 03-8313 8888 samb. 21658 / 21674 / 21676 | : 03-8313 7801 Hasil Care Line : 1-800-88-5436 (LHDN) Portal Rasmi : www.hasil.gov.my Tarikh: 17 Januari 2018

Muka surat 3 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 17 Januari 2018

Gambar 1 : Majlis Perasmian Program SR, dari kiri gambar (En. Mahmood Daud), dua dari kiri (Puan Noor Liza Awang Alip), tiga dari kiri (Dato’ Sri Sabin Samitah), dua dari kanan

gambar (Datuk Mohd Nizom Sairi), satu dari kanan (En. Abdul Manap Dim)

Gambar 2 : Antara aktiviti pembersihan kawasan pantai.

Muka surat 4 daripada 4

Kenyataan Media LHDNM, 17 Januari 2018

Gambar 3 : Antara aktiviti pembersihan kawasan pantai.

Gambar 4 : Antara aktiviti pembersihan kawasan pantai.