program ‘sihat gemilang”

15
01. PENDAHULUAN Program kesihatan sekolah mempergunakan model kesihatan holistik yang merangkumi aspek fizikal, mental, sosial dan persekitaran. Ini mempastikan satu persekitaran sekolah yang sihat terbentuk dan membuka peluang kepada kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat kesihatan yang baik. Seiring dengan itu, kesihatan merupakan asas di mana letaknya kebahagiaan hidup seseorang dan merupakan kekuatan sebuah Negara. Gaya hidup adalah faktor yang akan menentukan tahap kesihatan dan kecergasan kita. Walaupun baka dan alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam hal kesihatan manusia, tetapi status kesihatan dan kecerdasan kita ditentukan oleh gaya hidup sihat. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit. Definisi ini menegaskan bahawa status kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat , berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan. Kesempurnaan diri bermula dengan cara hidup yang sihat, justeru itu konsep gaya hidup sihat merupakan suatu kempen aspirasi kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, sejahtera dan bebas dari penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup sedentari. Dari sudut pandangan agama, 1

Upload: kinomulok

Post on 19-Nov-2015

30 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

KESIHATAN

TRANSCRIPT

01. PENDAHULUAN

Program kesihatan sekolah mempergunakan model kesihatan holistik yang merangkumi aspek fizikal, mental, sosial dan persekitaran. Ini mempastikan satu persekitaran sekolahyang sihat terbentuk dan membuka peluang kepada kanak-kanak untuk mengamalkan tabiat kesihatan yang baik. Seiring dengan itu, kesihatan merupakan asas di mana letaknya kebahagiaan hidup seseorang dan merupakan kekuatan sebuah Negara. Gaya hidup adalah faktor yang akan menentukan tahap kesihatan dan kecergasan kita. Walaupun baka dan alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam hal kesihatan manusia, tetapi status kesihatan dan kecerdasan kita ditentukan oleh gaya hidup sihat. Pertubuhan kesihatan Sedunia (WHO, 1948) mendefinisikan kesihatan sebagai suatu keadaan fizikal, minda dan sosial yang sihat, cerdas serta bebas dari sebarang penyakit. Definisi ini menegaskan bahawa status kesihatan ditunjangi oleh faktor fizikal, mental dan sosial yang sihat , berfungsi, cergas serta tidak diancam oleh sebarang penyakit yang boleh memudaratkan insan.

Kesempurnaan diri bermula dengan cara hidup yang sihat, justeru itu konsep gaya hidup sihat merupakan suatu kempen aspirasi kerajaan bagi melahirkan masyarakat yang sihat, cergas, sejahtera dan bebas dari penyakit yang disebabkan oleh gaya hidup sedentari. Dari sudut pandangan agama, definisi sihat ditambah lagi dengan satu unsur, Justeru gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.

02. KERTAS KERJA 02. Latar Belakang Program

Program Sihat Gemilang merupakan lanjutan daripada gabungan beberapa program terdahulu iaitu Tanpa AIDS, Kempen Cara Hidup Sihat dan Sekolah Bersih. Program `Sihat Gemilang ini bermaksud kesihatan yang seimbang dan menyeluruh dari apek social, emosi, mental dan fizikal. Gaya hidup yang sihat membentuk jiwa dan pelajar menjadi lebih mantap melalui slogan tubuh sihat, minda cerdas dengan amalan pemakanan seimbang. Aspek kesihatan yang menyeluruh ini merangkumi persekitaran pelajar. Fokus utama diberikan kepada aspek- aspek penggalakkan senaman, pengambilan makanan yang berkhasiat dan mengikut keperluan, memberhentikan tabiat seperti merokok serta aspek tekanan emosi. Penyakit kardiovaskular merupakan salah satu punca utama kematian yang dilaporkan di hospital-hospital kerajaan. Justeru itu, melalui program ini, pelajar dapat membentuk disipin diri, bukan sahaja untuk diri, tetapi juga untuk masyarakat dan juga Negara.

Bagi melestarikan program ini, penglibatan komuniti amat penting dalam membantu, membekalkan maklumat dan memberikan bantuan kesedaran kepada orang ramai. Antara program yang bakal dirancangkan dalam program ini khusunya penglibatan komuniti ialah mendapatkan kerjasama daripada kementerian kesihatan untuk mengadakan ceramah, memberi risalah tips kesihatan, menyediakan Pelan Tindakan Pemakanan menyediakan rangka kerja serta ruang untuk merebut peluang terutamanya dalam usaha penggalakan dan penyelidikan pemakanan yang lebih kreatif dan berkesan ke arah meningkatkan tahap pemakanan yang memuaskan di kalangan rakyat, selaras dengan objektif Dasar Pemakanan Negara Malaysia.

02. Tujuan Program `Sihat Gemilang

Program kesihatan ini bertujuan untuk menyampaikan ilmu dan kesedaran kepada pelajar, guru, ibubapa, masyakarat luar, dan negara amnya dalam mencapai taraf kesihatan kelas pertama di dunia. Insan yang sihat pastinya dapat memainkan peranan aktif terhadap pembangunan agama, bangsa dan negara. Oleh itu, bagi mencapai maksud ini empat aspek yang perlu ditekankan bagi mencapai misi tersebut iaitu peningkatan pengetahuan dan amalan pemakanan, peningkatan pengetahuan dan amalan menangani stress, peningkatan pengetahuan dan amalan anti-merokok dan akhir peningkatan pengetahuan dan amalan sukan dan rekreasi.

03. Rasional Program Kesihatan Sihat Gemilang

Program kesihatan ini merupakan lanjutan daripada siri-siri program kesihatan terdahulu yang bertujuan untuk memberikan maklumat pendidikan kesihatan menyeluruh bagi membentuk persekitaran yang bersih, bebas daripada penyakit, mengamalkan budaya pemakanan yang seimbang, menjalankan kegiatan fizikal sebagai aktiviti riadah, menjauhi tabiat pemakanan yang tidak baik. Seiring dengan ispirasi ini, program ini dilaksanakan untuk menggalak kesedaran tentang pentingnya amalan penjagaan kesihatan yang baik untuk menambah baik kualiti hidup. Justeru program ini dirasakan sangat penting apatah lagi ia dilaksanakan melalui permuafakatan bersama dan kerjasama pintar dengan pelbagai agensi bagi menjadikan sekolah sentiasa dalam suasana kondusif dan selesa kepada semua warganya. Ini selaras dengan saranan yang digariskan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia

04.Matlamat `Program Sihat Gemilang

Menjadikan Warga Sekolah dan Persekitaran Sentiasa Dalam Keadaan Selamat, Ceria, Sihat dan Berkualiti.

4.1 Objektif

1. Peningkatkan tahap kesedaran terhadap penjagaan kesihatan di kalangan warga sekolah melalui pelaksanaan program kesihatan seperti aktiviti-aktiviti pendidikan kesihatan dan kem-kem kesihatan yang tersusun.

2. Mempertingkatkan perkhidmatan kesihatan dikalangan semua warga sekolah dengan mementingkan alam persekitaran yang sihat dan bebas daripada penyakit.

3. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada murid, guru dan kakitangan sekolah terhadap ancaman dan bahaya rokok.

4. Menggembeling usaha dan tenaga pelbagai agensi bagi membina ketahanan dan jatidiri yang tinggi di kalangan pelajar dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial.

5. Cadangan Organisasi `Program Sihat Gemilang

Jawatankuasa PengurusanPenasihat: En. Ismail bin Usoff (Guru Besar) Pn. Foziah binti Zain (Penolong Kanan Kokurikulum)Jawatankuasa pelaksana

Pengerusi: Mohd Yasser B. JamaluddinNaib pengerusi: Muhamad Raimi B. YusufSetiausaha: Aimi Hazwani Bt. Abdul HalimBendahari: Syaza Yasmin Bt. IsmailKetua Kempen Promosi: Muhammad Aminnillah B. Mustapha

AHLI JAWATANKUASA

AJK Pameran: Huzaini B. AmirAJK Lawatan: Muhammad Muhaimin B. Mohd ZakiAJK Ceramah: Nor Izzati Bt. RohaimiAJK Teknikal: Nur Azira Bt. Azuani

6. Cadangan Program Sihat GemilangMemberi maklumat pendidikan pencegahan tabiat merokok kepada semua warga sekolah menggunakan pendekatan kokurikulum. Tumpuan di berikan kepada semua pelajar dan kakitangan sekolah.

i.Ceramah kesihatanMeningkatkan pengetahuan tentang bahaya merokok, kesan-kesan serta kaitannya dengan masalah kesihatan & sosial melalui kaedah komunikasi. Membekalkan murid dengan ceramah kesihatan amalan pemakanan yang sihat dan seimbang.

ii.Tayangan video kesihatanMeningkatkan pengetahuan tentang bahaya merokok, amalanan pemakanan yang tidak seimbang, melalui tayangan video dan memberi keyakinan kepada pelajar untuk membuat keputusan supaya belajar menjaga kesihatan mereka.

iii.Pameran posterMeningkatkan pengetahuan tentang bahaya merokok , amalan makanana yang tidak baik, penyakit-penyakit berjangkit, kesan diri pada individu masyarakat dan Negara apabila persekitaran tidak di jaga.

iv.Penglibatan KomunitiMenjayakan program kesihatan dengan menjemput Jabatan Kesihatan untuk membuat ujian kencing manis. Memastikan persekitaran sekolah sihat dengan menjemput PIBG bersama-sama bergotong royong membersihkan kawasan sekolah dan memastikan kantin sentiasa dijaga dengan baik.7. Kaedah Perlaksanaan.

Bagi melaksanakan program-program yang telah dicadangkan itu, langkah yang perlu diambil ialah memastikan semua AJK yang diberi tanggungjawab masing-masing untuk melaksanakan gerak kerja dengan komitmen yang komited. Guru-guru berperanan sama untuk berkerjsama membantu melaksanakan program tersebut. Di samping itu beberapa langkah lain yang wajar diambil iaitu;

a. Mengedarkan sekolah bahan-bahan rujukan mengenai kesihatan tranfomasi kehidupan, contoh plan tindakan dan piagam poster-poster dan risalah-risalah kesihatan;

b. Membantu sekolah menyediakan plan tindakan dan piagam kesihatan, dan khidmat nasihat pelaksanaan kesihatan dan memastikan persekitaran sekolah yang sihat, dijaga dan

c. Mengadakan tanyangan video, pameran, ceramah, anjuran komuniti luar.

d. Memantau pelaksanaan dengan membuat lawatan-lawatan ke sekolah-sekolah seluruh negara. Menggalakkan pihak sekolah untuk mendapatkan kerjasama dengan agensi-agensi kerajaan, agensi-agensu bukan kerajaan serta masyarakat setempat dalam melaksanakan program Kesihatan (ceramah kesihatan, penyalahgunaan dadah, latihan pertolongan cemas, latihan kebakaran, mencatikkan kawasan sekolah, dan lain-lain).

8. Anggaran perbelanjaan

Berikut merupakan perbelanjaan yang diperlukan untuk program ini:

BILPERKARAKUANTITIJUMLAH (RM)

1Promosi PameranRM200 x 3 600

2Risalah 1000 x 0.30135.00

3Program Luar Sekolah25075.00

6Rencam (belanja tak terduga)45 orang X RM3135.00

Jumlah1,420.00

Jumlah wang yang diperlukan mungkin tidak sama dengan anggaran bajet yang disenaraikan kerana komuniti yang akan memberi tajaan dalam melaksanakan Program kesihatan ini.

9. Penutup.Cadangan perlaksanaan program ini diharap dapat menjadi sebahagian daripada program budaya sekolah. Promosi kesihatan ini merupakan penerapan nilai-nilai kesihatan secara menyeluruh yang merangkumi aspek fizikal, mental, psiko-sosial dan kerohanian adalah di antara ciri-ciri yang diberikan penekanan dan penelitian bagi membangun dan membentuk satu model sihat dan amalan gaya hidup sihat.

03.KESIMPULAN

Matlamat utama kesihatan adalah mengelak dari kematian awal dan penyakit yang boleh dicegah. Justeru, pemikiran yang positif menjadikan seseorang itu sentiasa berfikiran terbuka dan membina. Sehubungan dengan itu individu itu mampu menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang penuh dengan cabaran terutama tekanan di pejabat atau di sekolah memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Maka, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.

Kesimpulannya, gaya hidup yang sihat yang melibatkan kecerdasan dan kesihatan ini boleh diperoleh menerusi semua amalan baik dalam aktiviti yang melibatkan komponen kecerdasan. Dengan kefahaman, kesedaran dan keazaman tinggi daya hidup sihat dapat dibudayakan dalam masyarakat. Struktur penyampaian perkhidmatan kesihatan di negara kita adalah baik dan mencukupi. Gerakan koperasi, khususnya koperator-koperator wanita boleh memainkan peranan penting dalam usaha-usaha membudayakan gaya hidup sihat dalam keluarga khususnya. Hasil kebaikannya sangat besar dan tidak ternilai dan saya yakin gerakan koperasi mampu membuat perubahan..

Bibliografi

Modul Aktiviti Kesihatan , Kementerian Kesihatan Malaysia. 2003

Makanan dan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2000

Manual Mesej Utama dan Sokongan, Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian kesihatan Malaysia, 2000

Unit Perancangan Ekonomi Negara. (1999). Kajian separuh penggal Rancangan MalaysiaKetujuh: 1996 - 2000. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional Berhad.

Unit Perancangan Ekonomi Negara. (2001). Rancangan Malaysia Kelapan: 2001 - 2005. KualaLumpur: Percetakan Nasional Berhad.

http://www.infosihat.gov.my/

10