jalur gemilang

30
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH. TUGASAN KUMPULAN NAMA PELAJAR NO. KAD PENGENALAN KUMPULAN/UNIT 1. LIM SHI ENN 931202-08-6056 P6A 2. CHONG YEE LING 930311-12-5312 P6B 3. SHIRLEY VOO PIT FUN 930909-12-5122 P6B 4. FAREHAH BT BAKRY 920129-09-5090 P6E 5. TAN WEI HUI 930826-07-5676 P6E KOD DAN NAMA KURSUS : SJH3163E MALAYSIA NEGARA KITA TAJUK TUGASAN : SIMBOL-SIMBOL NEGARA – JALUR GEMILANG NAMA PENSYARAH : ENCIK BASKARAN A/L SUBRAMANIAM

Upload: tan-wei-hui

Post on 16-Dec-2015

91 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

-

TRANSCRIPT

Pengenalan Sejarah Bendera Malaysia- Jalur Gemilang

INSTITUT PENDIDIKAN GURUKAMPUS SULTAN ABDUL HALIM08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.

TUGASAN KUMPULANNAMA PELAJARNO. KAD PENGENALANKUMPULAN/UNIT

1. LIM SHI ENN

931202-08-6056P6A

2. CHONG YEE LING

930311-12-5312P6B

3. SHIRLEY VOO PIT FUN

930909-12-5122P6B

4. FAREHAH BT BAKRY

920129-09-5090P6E

5. TAN WEI HUI

930826-07-5676P6E

KOD DAN NAMA KURSUS : SJH3163E MALAYSIA NEGARA KITATAJUK TUGASAN: SIMBOL-SIMBOL NEGARA JALUR GEMILANGNAMA PENSYARAH : ENCIK BASKARAN A/L SUBRAMANIAMTARIKH HANTAR : 15 OGOS 2015

ISI KANDUNGANBILPERKARAMUKA SURAT

1Pengenalan ( Sejarah Bendera Malaysia )

2Maksud Rekabentuk Bendera Malaysia

3Cara dapat Nama Jalur Gemilang

4Maksud Nama Jalur Gemilang

5Ukuran Bendera

6Asal-usul Jalur Gemilang

7Cadangan Nama-nama Bendera

8Perisytiharan Nama Jalur Gemilang

9Lirik Lagu

10Tafsiran Jalur Dan Warna Pada Jalur Gemilang

11Kepentingan Jalur Gemilang Cara-cara menghormati Jalur Gemilang Panduan mengibarkan Jalur Gemilang Susunan Keutamaan Bendera

12Aktiviti-aktiviti Kempen Mengibar Jalur Gemilang Sambutan Hari Kemerdekaan ke 57

PENGHARGAAN

Pertama sekali, kami ingin melahirkan syukur kepada Tuhan di atas segala petunjuk dalam malaksanakan Kerja Kursus Malaysia Negara Kita (SJH3163E). Kami sangat bersyukur kerana berjaya menyiapkan tugasan kumpulan ini pada masa yang ditetapkan.

Selain itu, kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Baskaran A/L Subramaniam selaku pensyarah mata pelajaran Malaysia Negara Kita (SJH3163E) dan pembimbing kerja kursus ini yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar semasa proses penghasilan kerja kursus ini. Beliau telah memberikan taklimat kepada kita sebelum memulakan tugasan ini. Di samping itu , beliau sanggup meluangkan masa untuk berbincang dengan saya tentang soalan kerja kursus walaupun beliau agak sibuk dengan hal-hal pengajaran pelajar-pelajar lain.

Pada masa yang sama , kami juga ingin mengucapkan terima kasih dengan ahli kumpulan yang sudi luangkan masa untuk berbincang dan bekerjasama antara satu dengan lain. Perbincangan dengan rakan-rakan telah memudahkan kami menghasilkan satu folio bagi tajuk Jalur Gemilang.

Sekali lagi kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi bantuan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini.

Pengenalan Sejarah Bendera Malaysia- Jalur Gemilang

Sejarah Bendera Malaysia bermula apabila Majlis Raja-Raja Persekutuan Tanah Melayu menubuhkan satu Jawatankuasa pada tahun 1949 untuk menimbang serta membuat perakuan berkenaan dengan Bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Satu pertandingan merekaciptabendera Persekutuan Tanah Melayutelah diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. 373 orang telah mengambil bahagian di dalam pertandingan ini dan tiga rekabentuk bendera telah dipilih ke peringkat akhir: Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri.

Sebelum memilih reka bentuk bendera yang menjadi juara, Majlis Perundangan Persekutuan telah menjemput orang ramai untuk memberi pendapat masing-masing tentang reka bentuk yang disukai oleh mereka. Pendapat umum ini telah disiarkan oleh The Malay Mail.

Pada 28 November 1949, keputusan telah dibuat berdasarkan suara majoriti orang ramai yang memilih reka bentuk ketiga yang dicipta oleh seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.

Pada 22 dan 23 Februari 1950, Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah bersetuju dengan Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan.

Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti berikut:

"That in the opinion of this Council, the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:-

Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet."Rekabentuk tersebut diubah dengan menukar warna putih pada bulan dan bintang kepada warna kuning untuk melambangkan warna diraja bagi raja-raja Melayu dan juga menambah bucu bintang kepada 11 untuk mengambil kira jumlah negeri yang ada dalam Persekutuan Tanah Melayu.

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950.

Pertama kaliBendera Persekutuan Tanah Melayudikibarkan ialah dalam majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh DYMM Raja-Raja Melayu dan Pegawai-Pegawai King George VI.

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Dengan percantuman itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diubahsuai untuk mengambil kira penambahan negeri-negeri tersebut.

Duli-Duli yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia.Walaupun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang berpenjuru 14 melambangkan keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan (terdiri daripada 3 Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.)

Keratan Akhbar Berita Minggu 24 Ogos 2008.

Surat Hamzah ketika menghantar rekaan bendera Malaysia. Maksud Rekabentuk Bendera Malaysia-Jalur GemilangBendera Malaysia dikenali sebagai Jalur Gemilang, mengandungi 14 jalur merah dan putih (melintang) yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah, tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri dan 1 kerajaan persekutuan - Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu dan Kerajaan Persekutuan.

Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah hingga atas jalur merah yang kelima itu maknanya perpaduan rakyat Malaysia. Bahagian biru tua itu mengandungi anak bulan tanda agama Islam- agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia seperti tertakluk di bawah Perlembagaan Negara Malaysia.

Bintang pecah 14 itu tanda perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan. Warna kuning pada anak bulan dan bintang itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.

Bagaimana Bendera Malaysia Mendapat Nama Jalur GemilangPada malam 31 Ogos 1997 sempena Hari Kemerdekaan negara yang ke-40, Perdana Menteri, Tun Mahathir bin Mohamad telah mengisytiharkan nama bendera Malaysia sebagai Jalur Gemilang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.Sebelum itu, pada tahun 1995, Datuk Hashim Mat Dris mencadangkan bendera Malaysia diberikan nama rasmi seperti bendera kebangsaan Indonesia digelar Sang Saka Merah Putih, United Kingdom Union Jack, Amerika Syarikat Star Spangled Banner dan bendera Perancis digelar Tricolor.Beliau memberi cadangan bendera Malaysia dinamakan sebagai "Si Tuah". Sempena nama Hang Tuah, pahlawan Melayu yang berani, gagah perkasa dan setia kepada raja. Cadangan beliau itu kemudiannya telah diusulkan kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.Pada 11 Julai 1995 Tun Dr. Mahathir telah bersetuju supaya diadakan satu peraduan bagi memilih nama yang sesuai untuk bendera Malaysia. Oleh itu, satu Jawatankuasa Induk Peraduan Mencipta Nama Bendera Malaysia ditubuhkan. Jawatankuasa tersebut dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan dianggotai oleh wakil daripada beberapa kementerian dan agensi yang berkenaan.Dalam mesyuarat pada 1 April 1996, jawatankuasa induk peraduan mencipta nama bendera Malaysia telah bersetuju bahawa pemilihan cadangan nama bendera Malaysia tidak perlu dibuat melalui peraduan tetapi memadai dipilih daripada senarai nama yang dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil kementerian dan agensi yang berkaitan. Tun Dr. Mahathir Mohamad bersetuju dengan cadangan tersebut. Nama Jawatankuasa itu kemudiannya ditukar menjadi Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia.Jawatankuasa itu telah menimbang 75 cadangan nama berserta huraiannya. Setelah penelitian dibuat, tiga cadangan nama dipilih iaitu Setia Perkasa, Seri Setia Perkasa dan Seri Setia Negara. Cadangan nama-nama tersebut dipilih kerana ia didapati sesuai sebagai lambang sejarah dan perjuangan negara serta mampu memupuk semangat jitu di kalangan rakyat untuk terus maju membina sebuah negara yang aman makmur.Pada 11 September 1996, usul dikemukakan kepada Jemaah Menteri mengenai tiga nama cadangan yang dipilih. Namun, kesemua nama-nama tersebut gagal memikat hati ahli-ahli mesyuarat Kabinet yang berpandangan bahawa ia tidak benar-benar melambangkan sifat dan semangat yang diwakili oleh bendera Malaysia itu sendiri.Jemaah Menteri kemudiannya meminta supaya cadangan-cadangan baru dikemukakan. Berikutan keputusan itu, Jawatankuasa Induk Menamakan Bendera Malaysia bersidang semula untuk mencari cadangan nama-nama baru untuk bendera Malaysia.Dalam mesyuarat pada 2 Jun 1997 yang dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Halim Ali, Ketua Setiausaha Negara pada waktu itu sebanyak 28 cadangan nama dipertimbangkan. Setelah membuat penelitian, mesyuarat bersetuju memilih tiga nama mengikut keutamaan seperti berikut: Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang.Apabila ketiga-tiga cadangan nama tersebut dibentangkan pada 9 Julai 1997, Jemaah Menteri telah bersetuju supaya bendera Malaysia diberi nama Jalur Gemilang.Nama Jalur Gemilang diilhamkan oleh Tuan Haji Md. Rebuan @Md. Redzuan Bin Tumin Pegawai Dari Jabatan Muzium Antikuiti.

Maksud Nama Jalur GemilangJALUR - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur merah dan putih. Oleh itu, lambang jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu haluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.GEMILANG - bermaksud bercahaya, terang dan cemerlang. Oleh yang demikian Bendera Malaysia Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekali pun sama ada di dalam atau di luar negara. Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.

Ukuran Bendera

Asal-usul Jalur GemilangJalur Gemilang adalah nama rasmi yang diberikan kepada bendera Malaysia idea untuk memberikan nama tersebut diusulkan oleh Dato' Hashim bin Mat Idris memandangkan bendera Malaysia pada waktu itu masih belum mempunyai nama.Cadangan tersebut telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan pada 11 Julai 1995, beliau telah bersetuju supaya diadakan satu peraduan bagi mencari nama sesuai untuk Bendera Malaysia. Penyertaan kali ini dihadkan kepada pihak-pihak tertentu sahaja.Ekoran dari itu, satu mesyuarat untuk menubuhkan Jawatankuasa Induk telah diadakan pada 24 Ogos 1995 dengan dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kabinet) Jabatan Perdana Menteri. Dalam mesyuaratnya pada 1 April 1996, jawatankuasa telah memutuskan bahawa pemilihan nama tidak perlu dipertandingkan sebaliknya dipilih dari senarai nama-nama yang dikemukakan oleh Ahli-ahli Jawatankuasa.Cadangan nama bendera yang dikemukakan perlu mengambilkira kriteria yang ditetapkan iaitu nama bendera hendaklah dalam Bahasa Melayu, bersifat emotif, iaitu yang boleh menggerakkan semangat dan kesetiaan kepada bangsa dan negara, serta prosa-prosa yang menarik dari zaman lampau yang melambangkan keperwiraan, kesetiaan dan lain-lain.Pada 1 Julai 1996, Urusetia telah mengemukakan sebanyak 75 cadangan nama serta ulasan-ulasan dengan mengenai nama-nama bendera yang dicadangkan oleh Ahli-ahli Jawatankuasa untuk pemilihan.Dari jumlah tersebut, tiga nama telah disenaraipendekkan -Setia Perkasa -Seri Setia Perkasa-Seri Setia Negara

Cadangan Nama-nama BenderaWalaubagaimanapun, Jemaah Menteri dalam mesyuarat pada 11 September 1996 telah menolak ketiga-tiga nama tersebut kerana nama-nama terbabit tidak mempunyai kaitan atau huraian perihal bendera itu sendiri dan bersetuju agar cadangan nama baru dikemukakan.Susulan dari itu, pihak Urusetia telah menerima sebanyak 28 cadangan nama baru daripada Ahli Jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Antara nama-nama yang dicadangkan: 1. Rukun 2. Malaysia Raya 3. Jalur Citra Nusa, 4. Jalur Padu Nusa, 5. Jogan Nasional, 6. Jalur Sateria Negara, 7. Jalur Nusa Gemilang 8. Jalur Sinar Gemilang 9. N.U.S.A, 10. Sang Perkasa Wangsa 11. Mega Sakti 12. Jalur Gemilang 13. Saga Merah14. Wirawan Jaya

Perisytiharan Nama Jalur Gemilang Dalam mesyuaratnya yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara pada 2 Jun 1997, Ahli Jawatankuasa telah memilih tiga nama mengikut keutamaan iaitu Jalur Gemilang, Jalur Nusa Gemilang dan Jalur Sinar Gemilang untuk dikemukakan kepada Jemaah Menteri.Jemaah Menteri akhirnya telah memutuskan untuk memilih Jalur Gemilang sebagai nama baru bagi Bendera Malaysia. Nama Jalur Gemilang telah dicadangkan oleh Encik Redzuan Tumin, Pegawai daripada Jabatan Muzium Negara dan Antikuiti.Perisytiharan nama Jalur Gemilang pada Bendera Malaysia telah diadakan pada 30 Ogos 1997, jam 11.58 malam oleh Perdana Menteri, Y.A.B Dato'Seri Dr Mahathir Mohamad di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Lirik LaguJalur Gemilang

Merahmu bara semangat wajaPutihmu bersih budi pekertiKuning berdaulat payung negaraBiru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawanLautan luas telah kau redahMembawa semangat jiwa merdekaSemarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnyaSemua negeri dalam MalaysiaSatu suara satu semangatItu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmuJalur gemilang... kami semua bersatuPerpaduan ketaatanAmalan murni rakyat MalaysiaJalur gemilang... megah kami terasaJalur gemilang... kibarkanlah wawasanMerah putih biru kuningJalur semangat kami semua

BerkibarlahBerkibarlahBerkibarlah

Jalur gemilang

Tafsiran Jalur Dan Warna Pada Jalur Gemilang

Gemilang bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh itu JalurGemilang melambangkan kecemerlangan negara dan rakyat Malaysia dalam mengharungi suasana kehidupan dengan penuh gigih, taat dan bersatu padu bagi menjaga nama dan menaikkan imej negara.

Lambang Jalur pada bendera : menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini. Terdapat 14 jalur merah dan putih melintang yang sama lebar bermula dengan jalur merah di sebelah atas dan berakhir dengan jalur putih di sebelah bawah. Jalur-jalur ini menandakan keanggotaan 13 buah negeri dan sebuah Wilayah Persekutuan iaitu Kedah, Pahang, Kelantan, Johor, Perak, Perlis, Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu, Sarawak, Pulau Pinang, Sabah, Melaka dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya). Gabungan tiga warna utama iaitu merah, putih dan biru melambangkan setia kawan Persekutuan Tanah Melayu dan United Kingdom dan penyatuan Tanah Melayu dengan Negara-negara Komanwel. Warna kuning yang digunakan pada bulan dan bintang adalah warna Diraja yang melambangkan Raja-Raja Melayu. Bintang pecah 14 menandakan perpaduan tiga belas buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan di Malaysia. Bulan sabit melambangkan agama rasmi Negara, iaitu agama Islam. Warna Merah pada jalur : melambangkan kesanggupan, keberanian, kegagahan dan kegigihan rakyat menghadapi segala cabaran. Warna Putih : melambangkan keluhuran dan keikhlasan, suci murni. Warna Biru : melambangkan perpaduan hidup yang rukun dan damai. Warna Kuning : melambangkan kesetiaan rakyat kepada Raja dan Negara.

Kepentingan Bendera Bendera merupakan lambang kepimpinan, simbol penghormatan, martabat dan kedaulatan bagi sesebuah negara. Setiap negara mempunyai bendera yang tersendiri untuk mewujudkan perasaan bangga terhadap tanah air. Bendera ditakrifkan sebagai sebidang kain yang diperagakan bagi menunjukkan tanda dan lambang kewujudan yang juga dikenali sebagai panji dan obor. Bendera dalam budaya Melayu biasanya dikaitkan dengan kedudukan golongan Diraja yang memerintah. Antara kepentingan bendera adalah:1. menimbulkan rasa bangga terhadap negara 1. sebagai tanda ketaatan kepada raja dan negara 1. sebagai simbol perpaduan 1. sebagai simbol kedaulatan 1. tanda adanya majlis dan adat istiadat rasmi 1. membangkitkan semangat perjuangan1. menunjukkan kesetiaan 1. membangkitkan semangat perjuangan1. menunjukkan kesanggupan untuk berkorban 10.menunjukkan kecintaan terhadap tanah air 11.supaya rakyat sentiasa bersemangat dan bersatu padu12.sanggup mempertahankan kedaulatan negara 13.menjadi lambang kemegahan rakyat

Kepentingan Jalur Gemilang 1. Sebagai bendera kebangsaan yang membezakan Malaysia daripada negara lain.2. Berfungsi untuk membangkitkan semangat perjuangan.3. Bendera kebangsaan menimbulkan rasa bangga terhadap negara kita.4. Jalur Gemilang sentiasa dikibarkan dalam majlis dan adat istiadat rasmi, misalnya, pada Hari Kebangsaan dan Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong, bendera Malaysia dikibarkan di semua bangunan kerajaan dan juga premis persendirian sebagai tanda ketaatan kita kepada raja dan negara.5. Kita berasa menjadi lebih patrotik apabila Jalur Gemilang dikibarkan.6. Kita lebih bersemangat apabila setiap rakyat Malaysia menjadikan bendera kebangsaan sebagai simbol perpaduan, kebanggaan dan kedaulatan.Sebagai wargenegara Malaysia yang baik, kita bertanggungjawabmenghargai, menghormati, memuliakan dan memahami maksud yang dilambangkan oleh bendera kebangsaan kita.

Cara-cara Menghormati Jalur Gemilang1. Jangan letak bendera di atas tanah.2. Jangan biarkan bendera meleret ke tanah ketika menurunkannya.3. Jika hendak mengibarkan bendera separuh tiang, naikkan dahulu sepenuh tiang, kemudian barulah turunkannya semula.4. Jangan guna bendera sebagai alas meja atau penutup sesuatu benda kecuali sebagai tanda penghormatan. Contohnya, untuk menutup keranda.5. Tali bendera hendaklah sentiasa diperiksa dan pastikan teguh serta tidak mudah putus.6. Tidak boleh mengelap tangan dengan bendera apabila tangan kotor.7. Menggantungkan bendera di rumah-rumah dan kedai-kedai pada hari kebangsaan.8. Jangan bercakap-cakap dengan kawan semasa bendara dinaikkan dan lagu negaraku dinyanyikan.9. Melambai-lambaikan bendera apabila pertandingan badminton kebangsaan diadakan. 10. Melipatkan bendera dengan cara yang baik dan betul selepas menggunakannya.11. Menampalkan bendera di papan kenyataan dan sudut-sudut bacaan semasa bulan kebangsaan.12. Memakai pakaian yang dibuat daripada kain Jalur Gemilang juga merupakan satu cara untuk menghormati bendera kita.

Gambar Cara Memberi Hormat Kepada Bendera

Syarat/Panduan Mengibarkan Jalur GemilangSetiap rakyat Malaysia berhak untuk mengibarkan Jalur Gemilang dengan syarat bendera itu dikibarkan mengikut arahan / panduan yang ditetapkan.Antara perkara yang perlu diambil perhatian ialah mengenai tempat, masa, kedudukan, saiz dan susunan.Etika dan tatacara memelihara bendera negara juga harus diambil perhatian. Antaranya ialah cara mengibar, melipat, menyimpan dan memusnahkan bendera.

Syarat/Aspek Lain Yang Diberi Perhatian Perkara lain yang perlu diambil perhatian adalah seperti berikut:1. Bendera yang koyak, lusuh dan berubah warna dianggap sebagai bendera yang uzur. Bendera yang uzur tidak boleh dikibarkan kerana perbuatan itu menunjukkan rasa tidak hormat kepada bendera. 1. Bendera yang uzur harus dimusnahkan dengan cara paling sopan iaitu dengan membakarnya di tempat yang tertutup.1. Tidak boleh membakar bendera sebagai tanda protes kepada sesebuah negara.1. Kedudukan Jalur Gemilang setaraf dengan Perlembagaan. Justeru, perbuatan membakar bendera bukan saja diibaratkan membakar hangus negara tetapi memijak lumat martabat dan maruah negara.

Susunan Keutamaan BenderaSusunan keutamaan Bendera Malaysia dan negeri-negeri ditentukan mengikut susunan keutamaan DYMM Raja-Raja Melayu dan TYT Yang Di-Pertuan Negeri seperti yang termaktub dalam Perkara 70, Perlembagaan Persekutuan. Sehubungan itu, susunan keutamaan bendera yang digunapakai bagi tahun 2014 adalah seperti berikut:-

1. Malaysia2. Kedah3. Pahang4. Terengganu5. Perlis6. Selangor7. Negeri Sembilan8. Johor9. Kelantan10. Perak11. Pulau Pinang12. Melaka13. Sabah14. Sarawak15. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur16. Wilayah Persekutuan Labuan17. Wilayah Persekutuan Putrajaya

Aktiviti- aktiviti Kempen Mengibar Jalur Gemilang

Kempen Kibar Jalur Gemilang dan Aktiviti Semperna Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-55 Tahun 2012 di SJK (C) Chee Mong, Paka, Terengganu

Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57