program olahraga

13
PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH TAHUN 2004/2005/2006 NAMA SEKOLAH : ALAMAT : KOD SEKOLAH : PROGRAM PENINGKATAN SUKAN : OLAHRAGA NAMA PK KOKU NAMA GURU PENYELARAS A. RASIONAL B. MATLAMAT C. OBJEKTIF D. KUMPULAN SASARAN / LATAR BLAKANG MURID E. GURU YANG TERLIBAT F. ANALISIS SWOT STRENGTH (kekuatan ) WEAKNESSES ( kelemahan ) OPPORTUNITIES ( peluang ) THREAT ( tekanan ) G. STRATEGI PELAKSANAAN H. CARTA GANT I. PENCAPAIAN ( SASARAN ) J. PELUNJURAN ( 3 TAHUN ) DISEDIAKAN OLEH

Upload: qasehola

Post on 06-Sep-2015

19 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

olahraga

TRANSCRIPT

PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH TAHUN 2004/2005/2006

PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN SEKOLAH TAHUN 2004/2005/2006

NAMA SEKOLAH :

ALAMAT

:

KOD SEKOLAH :

PROGRAM PENINGKATAN SUKAN : OLAHRAGA

NAMA PK KOKU

NAMA GURU PENYELARAS

A. RASIONAL

B. MATLAMAT

C. OBJEKTIF

D. KUMPULAN SASARAN / LATAR BLAKANG MURID

E. GURU YANG TERLIBAT

F. ANALISIS SWOT

STRENGTH (kekuatan )

WEAKNESSES ( kelemahan )

OPPORTUNITIES ( peluang )

THREAT ( tekanan )

G. STRATEGI PELAKSANAAN

H. CARTA GANT

I. PENCAPAIAN ( SASARAN )

J. PELUNJURAN ( 3 TAHUN )

DISEDIAKAN OLEH

Cabaran Perak Gemilang menggariskan 10 tonggak yang menjadi asas dan dasar pembangunan bersepadu di setiap sekolah di negeri ini. Cabaran keempat meletakkan kegmilangan permainan dan olahraga sebagai sasaran.

Aktiviti permainan dan olahraga bukan sahaja satu aktiviti kecergasan, lebih jauh lagi ia merupakan pelengkap kepada pendidikan sesebuah institusi, mencetus semangat bersaing secara sihat, memupuk semangat kerjasama, membina ketahanan fizikal, mental dan emosi dan malah menjadi salah satu bidang profesion yang lumayan.

Peluang yang lebih luas harus diberikan kepada murid seawal sekolah rendah malah tadika lagi untuk mencetus semangat bersukan dan berolahraga dengan menguasai atau sekurang-kurangnya mengetahui kemahiran-kemahiran asas berolahraga. Pengetahuan asas ini akan membuka laluan kepada murid untuk menanam minat kepada aktiviti sukan.

Maka lahirlah nanti generasi Malaysia yang seimbang Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Aktiviti sukan dan permainan khususnya olahraga akan memupuk dan menyemai nilai-nilai positif dan murni dalam diri pelajar. Unsur peraturan dan undang-undang dalam aktiviti olahraga boleh memupuk semangat kesukanan dann kekitaan yang padu. Tidak ada rasa iri hati atau dengki.

Undang-undang serta peraturan dalam olahraga dapat membantu melahirkan satu kumpulan generasi yang cermat, teliti serta kritis dalam melakukan sebarang tindakan. Jika ia diaplikasikan dalam kehidupan maka lahirlah generasi malaysia yang terkandung dalam FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN dan RUKUN NEGARA.

1. Memberi bimbingan kepada murid dalam menguasai kemahiran olah raga

2. Memaju dan meningkatkan penguasaan kemahiran olahraga kepada murid-murid

3. Memaju dan meningkatkan penguasaan kemahiran di kalangan murid yang dikenalpasti berbakat dan berkebolehan.

4. Memberi latihan ansur maju dan latih tubi kepada murid mengikut keupayaan dan tahap penguasaan hingga mencapai matlamat yang optima.

5. Menyediakan pasukan / pemain yang boleh mewakili sekolah dalam olahraga peringkat sekolah, daerah, negeri malah hingga peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

6. Menjuarai kejohanan olahraga peringkat zon, daerah dan negeri hingga ke peringkat kebangsaan.

7. Menyediakan pasukan pra atlit yang dikenalpasti bakat mereka sejak seawal bangku sekolah rendah.

8. Sekurang-kurangnya semua murid mengetahui dan menguasai kemahiran asas olahraga.

1. Murid-murid tahun 4, 5 dan 6

2. Murid-murid tahun 3 yang berbakat

3. Murid-murid yang telah dikenalpasti mempunyai bakat dan potensi

Latihan secara spesifik akan diberikan kepada murid mengikut bakat atau kebolehan yang tertentu mengikut acara yang diambil.

Latihan-latihan asas acara lain tetap diberikan sebagai pendedahan.

Untuk melatih murid-murid beberapa orang guru telah dikenalpasti untuk memberikan latihan asas, ansur maju dan latih tubi kepada murid.

1. En S.Samprizal Bin Selamat

2. Guru Guru PJPK

1. STRENGTH

a. Semua murid sekurang-kurangnya mempunyai kemahiran asas olahraga yang diajar dalam pelajaran Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan.

b. 98% murid sekolah ini mengambil bahagian dalam sukan tahunan tanpa sebarang masalah kesihatan

c. Mendapat sokongan daripada Pentadbir, Persatuan Ibu Bapa Dan Guru, ibu bapa, guru-guru dan murid-murid.

d. Mempunyai kemudahan asas alatan olahraga.

e. Murid berminat untuk mengikuti latihan.

2. WEAKNESSES

a. Keadaan padang yang tidak sesuai untuk

menjalani latihan.

b. Kurang guru yang berpengalaman dalam

bidang olahraga

c. Jumlah murid semakin berkurangan

(berpindah ke sekolah baru ) kurang atlet.

3. OPPORTUNITIES

a. MSSPK mengadakan acara kejohanan tahunan, membolehkan murid sekolah ini mengambil bahagian dan bermain di padang yang sebenar.

b. Mendapat jemputan dari sekolah-sekolah berhampiran dalam acara balapan.

4. THREAT

a.

Masalah kekangan masa untuk membuat latihan. Masa dalam mata pelajaran PJPK tidak mencukupi untuk membuat latih tubi dan ansur maju. Murid terlalu dibebankan dengan bebadan akademik sehinggakan masa untuk berolahaga terlalu terhad. Kelas-kelas tambahan anjuran pihak sekolah, jabatan dan persendirian meminimumkan lagi masa latihan. Masa yang ada hanya pada hari Sabtu kedua dan keempat, dalam pelajaran PJPK dan antara pukul 1.00 hingga 2.00 petang.

1. Menyediakan kemudahan asas acara olahraga ( padang dan balapan )

2. Menggunakan masa PJPK untuk memberi pendedahan asas, latih tubi dan ansur maju kepada murid

3. Mengadakan acara olahraga dalam temasya sukan tahunan sekolah

4. Memberi pendedahan awal kepada murid tahun 1, 2 dan 3 kemhiran berolahraga mengiku kesesuai tahap.

5. Mengutamakan aspek keselamatan kepada murid

6. Memberi penerangan kepada ibu bapa untuk mendapatkan sokongan

7. Memohon bantuan dan sokongan daripada PIBG

8. Mengadakan pertandingan dalaman

9. Menyertai jemputan sekolah-sekolah

10. Menyertai MSSPK daerah kinta

11. Membawa murid menonton kejuaraan olahraga aras tinggi peringkat daerah, negeri dan kebangsaan

1. Mencapai tempat pertama dalam acara jemputan sekolah-sekolah.

2. Mencapai sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam semua saringan kejohanan MSSPK daerah.

2004

mensasarkan pencapaian kerurang-kurangnya tempat kedua dalam semua acara jemputan sekolah-sekolah dan sekurang-kurangnya tempat ketiga dalam semua saringan kejohanan olahraga MSSPK Daerah Kinta.

2005

mensasarkan pencapaian johan dalam semua acara jemputan sekolah-sekolah dan tempat ketiga dalam MSSPK daerah kinta.

Mulia tahun 2003 olahraga ( acara padang dan balapan) akan dipertandingkan dalam kejohanan sukan tahunan sekolah. Kebolehan murid menguasai kemahiran olahraga akan menjadi salah satu daripada kriteria olahragawan dan olahragawati sekolah.

Disediakan olehS.SAMPRIZAL B SELAMATSss.