perbandingan dua program latihan terhadap · pdf filekebangsaan mutiara impian, pusat olahraga...

31

Upload: trinhkhue

Post on 02-Feb-2018

243 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan
Page 2: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP PENCAPAIAN

ATLIT PEREMPUAN BAGI ACARA LARI 1500M

GAYADRI A/P KRISHANAN

Tesis ini Dikemukakan

Sebagai Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Serta Pendidikan (Sains Sukan)

Fakulti Pendidikan

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

MAC, 2004

Page 3: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan
Page 4: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan
Page 5: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

DEDICATION

This Project Papers is Specially Dedicated To

My Loving Parents,

My Beloved Brothers,

Respected Coaches,

Encouraging Friends, Bala, Thiru Kaali Thevi

&

My Dearest Devarajan

Page 6: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

PENGHARGAAN

Dengan rasa rendah diri, penulis merakamkan setinggi penghargaan dan terima

kasih kepada pembimbing kertas projek ini, Dr. Mohad. Anizu di atas segala bimbingan

dan teguran serta kerjasama yang telah beliau berikan sepanjang tempoh dalam

menyempurnakan laporan projek ini.

Saya juga ingin mngucapkan terima kasih kepada En. Sanmuganathan A/L

K.Jeganathan ( Jurulatih), En. Chandragasan T. (Jurulatih) dan En. Norhizan Zainol yang

telah sudi memberi tunjuk ajar yang tidak ternilai dalam menyediakan tesis ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada pengetua serta semua atlit Sekolah Menengah

Kebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat

disamping itu saya juga ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan saya Thiru

Kaali Thevi dan jiran rumah saya keluarga Selvi dan Rengga.

Akhir sekali ucapan setinggi-tinggi terima kasih kepada kawan karib saya

Devarajan A/L Ramasamy atas sokongan dan bantuan yang diberikan sepanjang kajian

ini, tanpa sokongan dan dan bantuan ini kajian ini tidak mungkin berjaya dijalankan.

Ucapan terima kasih juga dipanjangkan kepada semua pihak yang telah membantu saya

secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan penyelidikan ini.

Page 7: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

ABSTRAK

Pencapaian masa yang tidak menggalakkan dalam acara 1500m baru-baru ini

disebabkan kurangnya program latihan yang berkesan. Kajian berbentuk eksperimental

ini bertujuan untuk mencari program latihan 1500m yang paling berkesan melalui

perbandingan antara dua program latihan terhadap pencapaian atlit perempuan bagi acara

lari 1500m. Seramai 30 orang atlit perempuan yang berbakat terpilih dari Sekolah

Menengah Kebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang.

Atlit yang terpilih terdiri daripada 16-18 umur sahaja. Sampel kajian dikehendaki

mengikuti program latihan selama enam minggu. Kajian ini menggunakan dua bentuk

program latihan yang yang berbeza intervensi latihan. Program latihan yang pertama

dikenali Program Latihan Sanmuga yang dibina berdasarkan komponen dan bentuk

latihan yang dicadangkan oleh Sanmuga(2002). Program ini diikuti oleh subjek dari

kumpulan A. Program kedua dibina berdasarkan program latihan yang telah digunakan

oleh seorang jurulatih sekolah biasa dengan kaedah tradisional dikenali sebagai Program

Latihan Chandragasan. Program ini pula diikuti oleh subjek dari kumpulan B. Ujian Pra

diadakan sebelum subjek mengikuti program latihan dan ujian pos pula diadakan selepas

subjek mengikuti Program Latihan Sanmuga dan Program Latihan Chandragasan selama

enam minggu. Data yang diperolehi dianalisis dengan menggunakan perisian Statistik

Package for Social Science (SPSS 11.5). Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa

terdapat peningkatan yang signifikan dalam kedua-dua bentuk program latihan selepas

menjalani program latihan masing-masing. Selain itu dapatan kajian telah mengenalpasti

program yang paling berkesan ialah Program Latihan Sanmuga kerana pencapaian

prestasi min masa atlit Program Latihan Sanmuga meningkat lebih tinggi berbanding

Program Latihan Chandragasan. Kesimpulannya dapatan kajian mencadangkan bahawa

sekolah-sekolah menengah boleh menggunakan program latihan yang dinyatakan diatas

bagi melatih atlit-atlit perempuan dalam acara 1500m.

Page 8: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

ABSTRACT

Time achievement in the event 1500m nowadays is quite discouraging because

the lack of effective training programs. This experimental study, has been made to

identify the effectiveness of athletic training program in the1500m event that caters for

16-18 years old secondary school girls. 30 talented women athletes from Sek. Men

Kebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang were chosen as

the sample. The sample age is between 16-18 years only. They are required to follow the

training program for 6 weeks. The research was done using two types of training

programs with different training interventions. The first program is known as Sanmuga

Training Program based on the components and training instructions from Sanmuga,

2002. This program is followed by Group A of the study. The second training program is

based on a traditional training program by a secondary school coach, called

Chandragasan Training Program. This is followed by Group B. The data obtained is

analyzed using Statistics Package for Social Science (SPSS 11.5) computer. The data

were analyzed by using paired sample t-test. The result of the research shows that there is

a significant increase in both forms of the training programs that was done for the

duration of six weeks. . The Sanmuga training program is found to be the best training

program for women athletes aged between 16-18 years. It can be concluded that

secondary schools can use the training program to train women athletes for the 1500m

running event.

Page 9: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT

Judul i

Pengakuan ii

Dedikasi iii

Penghargaan iv

Abstrak v

Abstract vi

Isi Kandungan vii

Senarai Jadual xi

Senarai Rajah xiii

Senarai Lampiran xiv

BAB I PENGENALAN

1.1 Pendahuluan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 6

1.3 Pernyataan Masalah 8

1.4 Objektif Kajian 9

1.5 Hipothesis Kajian 9

1.6 Persoalaan Kajian 10

1.7 Skop Kajian 11

1.8 Kepentingan Kajian 11

Page 10: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

1.9 Batasan Kajian 12

1.10 Definisi Operasional 13

BAB II SOROTON LITERATUR

2.1 Pengenalan 15

2.2 Perkaitan Program Latihan 1500m 16

2.3 Teori Faktor-Faktor Asas Latihan 20

2.3.1 Persediaan Fizikal 21

2.3.2 Persediaan Teknik 25

2.3.3 Persediaan Taktikal 26

2.3.4 Persediaan Psikologikal 26

2.4 Perkembangan Tumbesar Dan Acara 1500m 26

2.5 Teori Perbezaan Psikofisiologikal 27

BAB III METODOLOGI KAJIAN

3.1 Rekabentuk Kajian 30

3.2 Tempat Kajian 32

3.3 Subjek Kajian 32

3.4 Instrumen Kajian 33

3.5 Prosedur Kajian 33

3.5.1 Organisasi 33

3.6 Program Latihan Sanmuga 34

3.6.1 Perancangan Harian Program Latihan

Sanmuga (Kumpulan A) 35

3.7 Program Latihan Chandragasan 35

3.7.1 Perancangan Harian Program Latihan

Chandragasan (Kumpulan B) 36

3.8 Pentadbiran Dan Pengendalian Ujian Larian 1500m 37

3.81 Pengendalian Ujian Pra 37

Page 11: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

3.8.2 Pengendalian Ujian Pos 38

3.9 Pengumpulan Data 39

3.10 Analisis Data 39

BAB IV PENGANALISAAN DATA

4.1 Pengenalan 40

4.2 Analisi Diskriptif 40

4.2.1 Analisi Biodata Subjek 41

4.2.2 Pencapaian Min Masa 1500m Ujian Pra 42

4.2.3 Pencapaian Min Masa 1500m Ujian Pos 43

4.2.4 Perbandingan Min Masa Bagi Ujian Pra dan

Ujian Pos ( Program Latihan Sanmuga

dan Program Latihan Chandragasan ) 44

4.3 Analisis Inferensi

4.3.1 Analisis Ujian-t bagi Ujian Pra 47

4.3.2 Analisis Ujian-t bagi Ujian Pos 48

4.3.3 Analisi Ujian-t Bagi Program Latihan

Sanmuga Terhadap Ujian Pra dan Ujian Pos 49

4.3.4 Analisi Ujian-t Bagi Program Latihan

Chandragasan Terhadap Ujian Pra dan Ujian Pos 50

4.3.5 Keberkesanan Program 51

BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 53

5.2 Analisis Diskriptif 54

5.2.1 Analisis Biodata Subjek 54

5.2.2 Pencapaian Min Masa 1500m Ujian Pra 54

5.2.3 Pencapaian Min Masa 1500m Ujian Pos 54

5.2.4 Perbandingan Min Masa Bagi Ujian Pra dan

Ujian Pos Terhadap Program Latihan Sanmuga 55

Page 12: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

5.2.5 Perbandingan Min Masa Bagi Ujian Pra

dan Ujian Pos Terhadap Program

Latihan Chandragasan 56

5.2.6 Keberkesanan Program 56

5.3 Kesimpulan Kajian 53

5.4 Masalah yang dihadapi 58

5.5 Cadangan 59

5.5.1 Bilangan Sampel 59

5.5.2 Jangkamasa latihan 59

5.5.3 Pemantauan 59

5.5.4 Jantina 59

5.6 Penutup 60

BIBLIOGRAFI 61

LAMPIRAN 64

Page 13: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.2 Pencapaian Masa Atlit Remaja Malaysia Dalam Acara 1500m 8

2.1 Perimbangan Latihan Aerobik dan Anaerobik bagi Acara 800m-

1500m 24

2.2 Pembangunan Kapasiti Kekuatan Mengikut Peringkat Umur 25

3.2 Jadual Ujian Pra 36

3.3 Jadual Ujian Pos 36

3.4 Program Latihan Sanmuga 37

3.5 Program Latihan Chandragasan 38

3.6 Senarai Ujian Larian 1500m 41

4.1 Taburan Subjek Program Latihan Sanmuga Mengikut Umur 44

4.2 Taburan Subjek Program Latihan Chandragasan Mengikut Umur 45

4.3 Perbandingan Min Masa dan Sisihan Piawai bagi Ujian Pra diantara

Program Latihan Sanmuga (Kump A) dan Program Latihan

Chandragasan (Kump B) 46

4.4 Perbandingan Min Masa Sampel Atlit Dalam Ujian Pos diantara

Program Latihan Sanmuga dan Program Latihan Chandragasan 47

4.5 Perbandingan Min Masa Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Program

Latihan Sanmuga dan Program Latihan Chandragasan 48

4.6 Analisis Ujian- t bagi Ujian Pra terhadap Program Latihan Sanmuga

dan Program Latihan Chandragasan 50

4.7 Analisis ujian-t bagi Ujian Pos Terhadap Program Latihan Sanmuga 51

Page 14: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

dan Program Latihan Chandragasan

4.8 Analisis Ujian- t bagi Program Latihan Sanmuga 52

4.9 Analisis Ujian- t bagi Program Latihan Chandragasan 53

4.10 Analisis Pencapaian Min Masa Ujian Pra dan Ujian Pos Terhadap

Program Latihan Sanmuga dan Program Latihan Chandragasan 54

Page 15: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

1.1 Peringkat-Peringkat Latihan 3

2.1 Beban Latihan untuk atlit perempuan dalam seminggu 17

2.2 Perhubungan antara Komponen kecergasan asas dengan

komponen Acara Khusus. 18

2.3 Periodidasi Latihan 20

2.4 Piramid faktor-faktor latihan 21

3.1 Reka bentuk kajian 31

4.1 Perbandingan Min Umur Diantara Subjek Yang Akan Mengikuti

Program Latihan Sanmuga dan Program Latihan Chandragasan 42

4.2 Perbandingan Pencapaian Masa 1500m bagi Ujian Pra diantara

Program Latihan Sanmuga dan Program Latihan Chandran 43

4.3 Perbandingan Pencapaian Masa 1500m bagi Ujian Pos diantara

Program Latihan Sanmuga dan Program Latihan Chandragasan 44

4.4 Perbandingan min masa bagi ujian pra dan ujian pos

Program Latihan Sanmuga 45

4.5 Perbandingan min masa bagi ujian pra dan pos

Program Latihan Chandragasan 46

4.6 Kedudukan nilai-t 1.243 dalam Pengujian hipotesis 48

4.7: Kedudukan nilai-t -9.72 dalam Pengujian hipotesis 49

4.8 Kedudukan nilai-t 53.783 dalam Pengujian hipotesis 50

4.9 Kedudukan nilai-t 37.258 dalam Pengujian hipotesis 51

Page 16: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Program Latihan Sanmuga 64

B Program Latihan Chandragasan 65

C Borang Ujian Individu Lari 1500m 66

D Skor Mentah Ujian Pra 67

E Skor Mentah Ujian Pos 69

F Analisis SPSS 71

Page 17: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

BAB I

PENGENALAN

1.1 Pendahuluan

Di Malaysia, olahraga merupakan antara aspek yang penting dalam sukatan

pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJK) dan bagi kegiatan kokurikulum

sekolah. Malah Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) menganjurkan

beberapa aktiviti olahraga dan permainan sebagai satu usaha terancang untuk membuka

peluang dengan seluas-luasnya supaya pelajar turut serta secara aktif, disamping dapat

memupuk dan menggarap bakat pelajar ke tahap setinggi mungkin dalam bidang sukan

yang diminati.

Sekolah merupakan pusat yang sesuai bagi menggarap dan melatih atlit-atlit muda

mengikut pendekatan piawai dan seragam. Tambahan pula guru merupakan jurulatih

yang paling sesuai dalam pengajaran program latihan olahraga di peringkat sekolah.

Perkara ini berdasarkan kepakaran guru dalam pedagogi pengajaran dan guru lebih rapat

dengan pelajar (Khoo Kay Kim,1985).

Page 18: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

Pelbagai kejohanan olahraga dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia

bagi pelajar-pelajar di sekolah, antaranya ialah Kejohanan Olahraga Majlis Sukan

Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) pada peringkat kebangsaan. Pada peringkat negeri

dianjurkan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah peringkat negeri

(MSSN), Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah peringkat daerah (MSSD)

serta temasya sukan tahunan sekolah. Kejohanan-kejohanan ini merupakan medan untuk

atlit muda yang berpotensi untuk menujukkan bakat.

Majlis Sukan Negara (MSN) menjalankan usaha bersama dengan Kementerian

Pendidikan Malaysia untuk membangunkan dan mengasah atlit muda sekolah. MSN telah

menubuhkan beberapa pusat latihan olahraga Tunas Cemerlang di seluruh Negara untuk

mengasuh atlit-atlit muda dari sekolah-sekolah. Jurulatih-jurulatih dari luar negara seperti

Edwin Ozoline, Oleg Dimitrenko, Sergei Sidorenko dilantik untuk membangunkan atlit-

atlit muda Negara dengan latihan bersistematik dalam acara teknikal seperti acara

lompatan, acara balingan dan acara pecut.

Bagi acara jarak sederhana khususnya bagi acara 1500m sebilangan besar atlit-

atlit muda sekolah masih lagi dilatih oleh jurulatih-jurulatih tempatan dan guru sekolah

dengan menggunakan pendekatan tradisional. Pendekatan latihan berbentuk tradisional

adalah tidak bersistematik kerana kurang mengambil kira perkembangan dari segi fizikal,

taktik, teknik dan psikologi. Ia boleh menimbulkan banyak masalah berhubung dengan

pencapaian masa, ketinggian dan kepupusan bakat pada peringkat awal, prestasi atlit

tidak menggalakan dan sebagainya. Latihan yang berbentuk tradisional merupakan

latihan yang steorotaip dan jurulatih bergantung kepada pengalamannya untuk

mengendalikan latihan (Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan, 1993)

Pendekatan latihan moden memerlukan jurulatih (guru) memahami prinsip-

prinsip perkembangan tumbesar. Mengikut Bompa (1999), sesuatu program latihan perlu

merangkumi faktor-faktor asas latihan iaitu persediaan fizikal, taktikal, teknikal dan

persediaan psikologi. Perkara yang amat penting dalam menghasilkan program latihan

1500m yang berkesan memerlukan kefahaman jurulatih tentang persediaan fizikal iaitu

Page 19: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

penggunaan ciri-ciri komponen latihan dan bentuk-bentuk (kaedah) latihan khusus bagi

acara jarak pertengahan dan dimanipulasikan dalam latihan berdasarkan teori dan prinsip

latihan mengikut peringkat-peringkat latihan. Rajah 1.1 menunjukkan peringkat-

peringkat latihan yang dicadangkan oleh Bompa.

(Sumber: Bompa, Periodisasi latihan,1999)

Rajah 1.1: Peringkat-Peringkat Latihan

Menurut Lam Fei Eng (1998), atlit muda boleh dikumpulkan dalam tiga kategori

latihan mengikut peringkat umur iaitu Kumpulan Pembentukan (13-15 tahun), Kumpulan

Susulan (16-18 tahun) dan Kumpulan Prestasi Tinggi (19 tahun ke atas). Berdasarkan ini

pengkhususan latihan bagi acara 1500m adalah sesuai dengan menggunakan Kumpulan

Susulan di sekolah iaitu kumpulan yang berumur 16 - 18 tahun iaitu peringkat umur yang

sesuai dengan kehendak acara 1500m. Acara 1500m memerlukan elemen-elemen daya

tahan kardiovaskular, kekuatan, koordinasi, fleksibiliti dan kelajuan (Ballesteros, 1992).

Maka peringkat inilah sesuai dilakukan latihan yang berbentuk seragam dan piawai bagi

acara 1500m mengikut perkembangan umur dan boleh diharapkan peningkatan dalam

prestasi pencapaian masa bagi acara 1500m. Mengikut Hoe (1998) dan Dick (1980), atlit

haruslah mempunyai kecergasan asas atau kecergasan umum sebelum mengkhususkan

diri dalam kecergasan khusus untuk acara spesifik seperti 1500m.

Peringkat Pertandingan

Peringkat Pra Pertandingan

Peringkat Persediaan Umum Dan Spesifik

Page 20: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

Pendekatan teori dan metodologi latihan masa kini menekankan bahawa latihan

berbentuk piawai dan seragam hendaklah dilakukan mengikut tahap-tahap perkembangan

tumbesar atlit (peringkat umur) (Lam Fei Eng, 1998). Latihan komprehensif hendaklah

diawalkan bagi menyediakan aas-asas biomotor (kecergasan) yang kukuh sebelum

dijalankan latihan seragam dan piawai mengikut acara yang spesifik. Kejayaan dalam

acara trek dan padang memerlukan latihan bersistematik. Latihan merupakan satu aktiviti

sukan yang memerlukan masa yang lama, berprogresif dan digred satu persatu dengan

tujuan untuk mempertingkatkan fungsi fisiologi, anatomi, psikologi untuk menghadapi

tugas yang lebih berat dan mencabar (MSN, 1993).

Dari segi kecergasan fizikal dan pergerakan fizikal, acara olahraga menyediakan

asas-asas yang penting dalam semua jenis pergerakkan dan kemahiran. Walaupun berlari

nampaknya mudah dan semulajadi tetapi pecutan dan kepantasan berlari dan berlari jarak

1500m dengan berkesan memerlukan tenik yang perlu dilatih (Zamerchili,1997). Sukan

olahraga merupakan sukan yang meyediakan asas- asas seperti berlari, melontar dan

melompat. Sistem latihan menyeluruh adalah penting untuk membangunkan dan

menyuburkan asas-asas biomotor sebelum dilakukan pengkhususan dalam sesuatu acara.

Bompa (1999), mengatakan penyelidikan yang dilakukan oleh pakar sukan dan

saintis telah memperkayakan teori dan metodologi latihan olahraga. Pengetahuan

berhubung dengan anatomi, fisiologi, biomekanik, psikologi, statistik, pedagogi,

pembelajaran motor, sains sukan dan sebagainya telah menjadikan latihan lebih

sistematik dan prestasi atlit meningkat. Hal ini membuktikan bahawa latihan-latihan

olahraga yang dijalankan di sekolah-sekolah terutamanya bagi acara 1500m, memerlukan

latihan yang sistematik dengan menggunakan pendekatan yang terbaik bagi mencapai

prestasi masa yang menggalakkan.

Menurut Bompa (1999), prestasi dan kapasiti daya tahan latihan adalah berbeza

mengikut jantina. Atlit remaja perempuan adalah lemah berbanding dengan atlit lelaki

dari segi daya tahan kardiovaskular dan kekuatan otot ‘abdominal’. Tambahan pula,

Page 21: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

pertukaran hormon dan haid memberi gangguan terhadap kelancaran fizikal dan psikologi

atlit perempuan. Oleh itu jurulatih hendaklah merancang program latihan dengan teliti

mengikut jantina dengan mengambil kira perbezaan struktur anatomi, perbezaan

biologikal dan psikologikal.

Dari segi biologikal, mengikut Wells (1991), aspek kekuatan bergantung pada

jumlah saiz otot yang ditentukan oleh gentian fiber. Maka dari segi kekuatan atlit

perempuan yang berumur 16 tahun hanya mempunyai kekuatan ¾ daripada kekuatan

lelaki dalam kumpulan umur yang sebaya. Tegasnya atlit perempuan mempunyai

kelemahan terutamanya pada bahagian pinggang ke atas (upper body) iaitu hanya 40% -

60% kelemahan berbanding dengan kekuatan atlit lelaki. Sementara dari pinggang

bawah, atlit perempuan mempunyai kelemahan sebanyak 25% berbanding dengan atlit

lelaki.

Dari segi perbezaan psikologi Ogive (1970) menyatakan peserta perempuan lebih

konsisten dari segi pencapaian berbanding dengan peserta lelaki. Atlit perempuan dari

segi mental lebih kental, stabil, ‘neuroticsm’ yang rendah, lebih berdikari, boleh menahan

tekanan dan lebih yakin kerana pengalaman atlit perempuan dalam menempuhi proses

penghaidan (Miller, 1974).Mengikut Thompson (1991), rekod-rekod baru dunia dalam

acara olahraga termasuk acara 1500m diperbaiki dari masa ke masa kerana peningkatan

dari segi prestasi atlit. Prestasi atlit dalam acara 1500m meningkat kerana atlit

memperolehi peningkatan kecergasan yang tinggi akibat program yang sistematik.

Latihan yang bersistematik dijalankan oleh jurulatih berdasarkan kefahaman tentang

pengetahuan teori dan prinsip latihan.

Menurut Bompa (1999), bidang teori dan prinsip latihan merangkumi

pengetahuan tentang penggunaan prinsip latihan, penggunaan komponen dan bentuk

latihan, pelaksanaan latihan mengikut perkembangan umur serta input latihan mengikut

perbezaan jantina. Begitu juga halnya, program latihan bagi acara jarak sederhana

(1500m) di peringkat antarabangsa disediakan secara sistematik dan berkesan

berdasarkan kefahaman tentang teori dan prinsip latihan.

Page 22: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

Dalam kajian ini, program-program latihan dirancang dan dibina berdasarkan

kesesuaian dengan tumbesar dan perkembangan (peringkat umur), program latihan yang

diuji, disusun dan dibina berdasarkan pengetahuan perkembangn dan perbezaan fisiologi,

anatomi dan psikologi antara jantina. Pengajaran dan pelaksanaan program latihan

dijalankan menggunakan pendekatan ansur maju terutamanya mekanik larian. Pemilihan

atlit sampel kajian ini dan pelaksanaan program latihan dari segi sejarah, atlit perlu

mempunyai latarbelakang pengalaman bersukan. Program latihan untuk kajian ini

dijalankan mengambil kira kebajikan dan keselamatan para atlit.

Kajian ini adalah perbandingan pencapaian masa diantara dua buah program

latihan 1500m yang sistematik dan tradisional terhadap atlit perempuan dimana

disediakan oleh penyelidik dalam fasa latihan peringkat pertandingan (kemuncak) , ini

kerana untuk mengenalpasti program latihan yang memberi peningkatan prestasi masa

yang lebih berkesan. Program latihan diberi selama enam minggu, kepada atlit-atlit

perempuan berumur antara16-18 tahun Diharap daripada kajian ini nanti, satu keputusan

akan dapat diperolehi bagi menggambarkan satu program latihan 1500m yang berkesan.

1.2 Latar Belakang Masalah

Acara 1500m merupakan antara acara yang dipertandingkan dalam pelbagai

peringkat kejohanan olahraga. Acara ini bukan sahaja dipertandingkan pada peringkat

akar umbi iaitu di sekolah di Malaysia bahkan dipertandingkan pada peringkat

antarabangsa iaitu sekolah-sekolah ASEAN, remaja Asia hinggalah ke peringkat

Olimpik. Acara 1500m, pada peringkat antarabangsa biasanya berjaya dikuasai oleh

atlit-atlit dari negara-negara bukan Eropah seperti China dan Kenya. Pada peringkat

antarabangsa, peserta-peserta muda China telah menguasai acara 1500m, 3000m bagi

bahagian perempuan. Manakala atlit-atlit Kenya telah menguasai acara 1500m, 3000m

berhalangan dan 5000m bagi bahagian lelaki.

Page 23: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

Kejayaan atlit-atlit China dan Kenya bukan sahaja berdasarkan latihan yang

sistematik tetapi penekanan latihan "stride length" yang diberi keutamaan (Reiss,

Ernest & Gonlitz, 1993). Menurut Connell (1996), kejayaan atlit-atlit Kenya dalam

acara iaitu 1500m, 3000m berhalangan, 5000m adalah berdasarkan latihan dan

pemilihan atlit-atlit yang berpotensi bagi jarak ini melalui ujian-ujian acara merentas

desa. Atlit negara China, Qu Yun Xia telah membuktikan hakikat ini apabila beliau

mencipta rekod remaja dunia dalam acara 1500m pada tahun 1990 dengan catatan

masa 4:13.67 (KOAM, 1997). Pada tahun 1993 beliau juga telah mencipta rekod dunia

dengan catatan masa 3:50.47 dalam satu kejohanan dunia. Kejayaan Qu Yun Xia

dalam pencapaian masa yang menggalakkan dalam acara 1500m bermula sejak beliau

di bangku sekolah lagi (Gambetta, 1993).

Pada bahagian perempuan pula catatan rekod MSSM dalam acara 1500m ini

dipegang oleh H. Hemalatha (Pahang) dengan catatan masa 4:55.6 saat jauh di

belakang berbanding dengan rekod Kejohanan Olahraga Sekolah-Sekolah ASEAN

yang disandang oleh Triaish Handayani (Indonesia) dengan masa 4:29.9 saat, dan

rekod remaja Asia yang dicatat oleh Qu Yun Xia (China) dengan masa 4:11.89 saat.

Catatan masa atlit Malaysia ini membuktikan pencapaian atlit muda negara dalam

acara 1500m ketinggalan di belakang pencapian masa atlit muda negara lain (Majalah

ASEAN Track & Field, 1997).Untuk perbandingan selanjutnya, Jadual 1.2

menunjukkan pencapaian masa lima orang atlit remaja perempuan terbaik Malaysia

dalam acara 1500m.

Jadual 1.2 : Pencapaian masa Atlit Remaja Malaysia dalam acara 1500m

Perempuan

Nama Negeri Tahun Masa 1 Teo Aii Khim Sarawak 1994 5:05.8 2 Paun Ak Ulli Sarawak 1994 5:06.64 3 M.Hemalatha Pahang 1997 4:55.6 4 K.Surya Dewi Kedah 1997 4:59.2 5 K. Komathi Pahang 1997 4:59.8

(Sumber : Alexander, Majlis Sukan Negara,1997)

Page 24: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

Berdasarkan Jadual 1.2, pencapaian prestasi atlit remaja perempuan negara tidak

menggalakkan langsung. Pencapaian prestasi atlit-atlit remaja perempuan negara dalam

acara 1500m bukan sahaja tidak menghampiri rekod remaja Asia malah pencapaian

atlit-atlit remaja perempuan negara begitu jauh di belakang pencapaian rekod sekolah-

sekolah ASEAN iaitu 4:29.9 saat. Pencapaian yang tidak menggalakkan ini sama ada di

peringkat antarabangsa atau kebangsaan dalam acara olahraga seperti 1500m adalah

disebabkan kurangnya program latihan yang sistematik (KOAM, 1997).

Program latihan untuk acara 1500m yang ada sekarang bagi atlit-atlit remaja

adalah berdasarkan program latihan berbentuk pendekatan tradisional. Tegasnya,

kebanyakan negeri-negeri di Malaysia memerlukan latihan pendekatan moden yang

bersistematik di peringkat sekolah supaya dapat melahirkan ramai atlit yang

berkebolehan seterusnya dapat memperbaiki masa bagi acara 1500m.

1.3 Pernyataan Masalah

Program latihan olahraga khususnya bagi acara 1500m yang dijalankan di sekolah

di Malaysia sama ada dalam kelas pendidikan jasmani, latihan rumah sukan, latihan

pasukan sekolah, pasukan sekolah-sekolah peringkat daerah ataupun di peringkat Majlis

Sukan Sekolah-Sekolah peringkat negeri bertujuan menyediakan atlit-atlit untuk sesuatu

kejohanan tertentu dan ingin mencapai kejayaaan secepat mungkin. Di peringkat sekolah

atau di kelab-kelab olahraga, atlit-atlit muda menjalani latihan intensif bagi acara 1500m

melalui pengalaman jurulatih kearah mencapai kecemerlangan dalam masa yang singkat

tanpa memikirkan pembinaan kekuatan dan kecergasan asas biomotor.

Mengikut Kesatuan Olahraga Amateur Malaysia (KOAM) pada tahun 1977

pencapaian yang tidak menggalakkan dalam sesuatu kejohanan sama ada peringkat

kebangsaan dan negeri dalam acara olahraga seperti 1500m adalah disebabkan kurangnya

program latihan yang sistematik. Program latihan untuk acara 1500m yang ada sekarang

adalah berdasarkan pendekatan tradisional. Tegasnya, negeri-negeri di Malaysia haruslah

menggunakan latihan pendekatan moden yang bersistematik di peringkat sekolah supaya

Page 25: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

dapat melahirkan atlit yang berkebolehan serta dapat mencapai masa yang baik dalam

acara 1500m.

Dengan itu timbullah minat penyelidik untuk membuat kajian mengenai

perbandingan pencapaian masa antara dua bentuk program latihan 1500m dimana

program latihan yang sistematik dan lagi satu pula program latihan berdasarkan

pendekatan tradisional yang dibina oleh jurulatih sekolah Kajian ini dijalankan untuk

mengenalpasti yang mana satu program latihan 1500m (program latihan Sanmuga atau

program latihan Chandragasan) yang akan memberi pencapaian prestasi masa yang lebih

berkesan. Sampel diambil dari Sekolah Menengah Mutiara Impian, Pusat Sukan Negeri

Olahraga, Pulau Pinang. Atlit-atlit akan mengikuti program latihan ini selama enam

minggu. Butiran lanjut mengenai Program Latihan Sanmuga dan Program Latihan

Chandragasan diperincikan dalam bab 3.

1.4 Objektif Kajian

Secara umumnya kajian ini cuba mengenalpasti program latihan 1500m yang

sistematik dan berkesan dalam pencapaian prestasi masa acara 1500m terhadap atlit

perempuan, Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian, Pusat Sukan Negeri

Olahraga, Pulau Pinang. Objektif bagi kajian ini adalah untuk:

1.4.1 Membandingkan pencapaian masa antara dua program latihan 1500m (Program

Latihan Sanmuga dan Program Latihan Chandragasan) yang sistematik terhadap

atlit perempuan.

1.4.2 Mengenalpasti program yang memberi pencapaian prestasi masa yang baik bagi

acara 1500m atlit perempuan.

1.4.3 Menyediakan sumber rujukan kepada jurulatih untuk melahirkan atlit yang

berpotensi dan cemerlang

Page 26: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

1.5. Hipotesis Kajian

Dalam konteks kajian ini, adalah dihipotesiskan bahawa:-

H0 1: Tidak ada perbezaan yang signifikan dalam pencapaian prestasi masa bagi

acara 1500m dalam Ujian Pra bagi sampel kajian yang akan mengikuti

Program Latihan Sanmuga dan Program Latihan Chandragasan.

Ha1: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian prestasi masa bagi

acara 1500m dalam Ujian Pra bagi sampel kajian yang akan mengikuti

Program Latihan Sanmuga dan Program Latihan Chandragasan.

H0 2: Tidak ada perbezaan yang signifikan dalam pencapaian prestasi masa bagi

acara 1500m dalam ujian pra dengan ujian pos selepas mengikuti Program

Latihan. Sanmuga.

Ha2: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian prestasi masa bagi

acara 1500m dalam ujian pra dengan ujian pos selepas mengikuti Program

Latihan Sanmuga.

H0 3: Tidak ada perbezaan yang signifikan dalam pencapaian prestasi masa bagi

acara 1500m dalam ujian pra dengan ujian pos selepas mengikuti Program

Latihan Chandragasan.

Ha3: Terdapat perbezaan yang signifikan dalam pencapaian prestasi masa bagi

acara 1500m dalam ujian pra dengan ujian pos selepas mengikuti Program

Latihan Chandragasan.

.

Page 27: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

H04: Tidak ada perbezaan signifikan dalam pencapaian prestasi masa bagi acara

1500m dalam ujian pos terhadap Program Latihan Sanmuga dan Program

Latihan Chandragasan.

Ha4: Terdapat perbezaan signifikan dalam pencapaian prestasi masa bagi acara

1500m dalam ujian pos Program Latihan Sanmuga dan Program Latihan

Chandragasan.

.

1.6. Persoalan Kajian

Beberapa persoalan telah dikenalpasti oleh penyelidik bagi kajian ini. Diantaranya:

1.6.2 Adakah latihan Program Latihan Sanmuga selama enam minggu memberi atlit

memperolehi masa yang lebih baik daripada Program Latihan Chandragasan?

1.6.3 Adakah latihan Program Latihan Chandragasan selama enam minggu memberi

atlit memperolehi masa yang lebih baik daripada Program Latihan Sanmuga?

1.6.4 Adakah terdapat perbezaan dari segi pencapaian prestasi masa bagi acara 1500m

dalam Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Program Latihan Sanmuga?

1.6.5 Adakah terdapat perbezaan dari segi pencapaian prestasi masa bagi acara 1500m

dalam Ujian Pra dan Ujian Pos bagi Program Latihan Chandragasan?

1.7. Skop Kajian

Skop kajian ini hanya terbatas kepada murid-murid perempuan Sekolah

Menengah Kebangsaan Mutiara Impian, Pusat Sukan Negeri (olahraga) Pulau Pinang.

Seramai 30 orang subjek iaitu atlit-atlit sekolah yang pernah mewakili sekolah dalam

Page 28: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

pelbagai jenis sukan telah dipilih dalam kajian. Atlit-atlit ini tinggal di sekitar kawasan

sekolah dan sentiasa menjalani latihan di sekolah. Atlit-atlit yang dipilih adalah berumur

antara 16 - 18 tahun sahaja.

1.8. Kepentingan Kajian

Hasil daripada kajian kelak diharap dapat memberi faedah dan manfaat kepada pihak-

pihak tertentu berikut:

1.8.2 Ia dapat memberi gambaran dan maklumat yang jelas dan berguna kepada guru-

guru sukan atau pihak yang berkenaan bagi memilih program 1500m yang

berkesan.

1.8.3 Kajian ini boleh membantu kajian-kajian lain yang akan dijalankan berkaitan

dengan program latihan 1500m.

1.8.4 Keputusan kajian ini juga boleh menjadi garis panduan kepada guru-guru sukan,

penyelidik dan pihak lain-lain yang berminat terhadap bidang yang berkaitan

tentang sukan olahraga 1500m.

1.8.5 Dapat merancang dan mengelola program latihan 1500m yang berkesan dan

sistematik bagi meningkatkan kualiti atlit-atlit sekolah.

1.9 Batasan Kajian

Dapatan dan rumusan daripada kajian ini adalah dibataskan kepada:

Page 29: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

1.9.1 Atlit-atlit murid perempuan yang mengikuti program latihan selama enam minggu

di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian,Pusat Sukan Negeri

(Olahraga),Pulau Pinang

1.9.2 Saiz sampel adalah seramai 30 orang sahaja iaitu atlit-atlit yang pernah mewakili

sekolah dalam peibagai jenis sukan .

1.9.3 Atlit-atlit yang dipilih adalah antara yang tinggal di sekitar kawasan sekolah dan

sentiasa menjalani latihan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Impian,

Pusat Sukan Negeri (Olahraga), Pulau Pinang.

1.9.4 Atlit-atlit yang dipilih adalah berumur antara 16 - 18 tahun sahaja.

1.9.5 Atlit-atlit terdiri daripada murid perempuan sahaja, dimana atlit dikehendaki

mengikuti program latihan selama enam minggu.

1.10 Definisi Operasional

1.9.1 Program Latihan Olahraga 1500m

- Latihan yang berdasarkan teori dan prinsip latihan

yang dapat memanipulasikan komponen-komponen

dan faktor-faktor latihan yang dapat menghasilkan

kecergasan spesifik bagi acara larian 1500m.

1.9.2 Perbandingan - Perbuatan membandingi atau membandingkan.

1.9.3 Pencapaian masa - Mewakili masa

1.9.4 Sistematik - Yang teratur; rapi; padat.

Page 30: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan

1.9.5 Atlit perempuan - murid perempuan yang aktif dalam sukan.

1.9.6 Aerobik - Seseorang individu yang bersenam dalam

tempoh yang panjang, oksigen digunakan untuk

menghasilkan (ATP) ‘Adenosine Triphosphate’

1.9.7 Anaerobik - Seseorang individu yang bersenam dalam

tempoh masa yang pendek, pengunaan tenaga

(ATP) datangnya daripad otot, bukannya dengan

pennggunaan oksigen.

1.9.8 Fartlek - Merupakan perkataan Swedish yang bererti

permainan dengan kelajuan. Pengasasnya ialah

Gosta Holmer.Latihan ini berdasarkan kepada

perubahan kelajuan, dalam sesi latihan variasi fasa

lambat, sederhana dan cepat.

1.9.9 Latihan Litar - Sejenis latihan fizikal yang melibatkan suatu

bilangan kegiatan tertentu yang disusun dalam suatu

turutan dan dilakukan secara berturutan mengikut

aturan bernombor.

20.0 Prestasi kemuncak - Peringkat pencapaian yang terbaik bagi atlit

apabila atlit itu berada dalam tahap kecergasan yang

tinggi. Prestasi kemuncak akan dicapai pada

peringkat pertandingan.

Page 31: PERBANDINGAN DUA PROGRAM LATIHAN TERHADAP · PDF fileKebangsaan Mutiara Impian, Pusat Olahraga Sukan Negeri Pulau Pinang yang terlibat ... beberapa aktiviti olahraga dan permainan