program motivasi sk sangai 2011

3
Program Motivasi Sekolah Kebangsaan Sangai 2011 TARIKH : 31 JULAI 2011 MASA :Jam 1800 PERISTIWA : Program Motivasi Sekolah Kebangsaan Sangai 2011 BUTIRAN PENYAMPAIAN : GURU PENYAMPAI : MUHD ASHRAF MAT KASSIM Hadirin hadirat yang dimuliakan, sebentar lagi, majlis kita akan dimulakan. Diminta para hadirin mengambil tempat masing2. Kerjasama anda semua terlebih dahulu diucapkan terima kasih Majlis akan bermula sebentar lagi. Assalamu'alaikum wbt, salam sejahtera dan salam bahagia .Yang Berusaha Encik Nicholas Anyut Sidi , Guru Besar Sk Sangai, En Jeffery bin Tikok Penolong Kanan 1, En MOHAMD AMIN BUJANG Penolong Kanan HEM , En Geoffery Edward Bagat Penolong kanan kokurikulum, warga pendidik, ibubapa-ibubapa, murid-murid serta para hadirin dan hadirat sekalian. Program Motivasi Sekolah Kebangsaan Sangai 2011 diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Encik Nicholas Anyut Sidi Guru Besar Sk Sangai untuk menyampaikan ucapan beliau.. seterusnya merasmikan majlis penutup Program Motivasi Sekolah Kebangsaan Sangai 2011. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan. *Ucapan 1… Sayang laksamana mati dibunuh, Mati dibunuh datuk menteri; Tuan umpama minyak yang penuh, Sedikit tidak tertumpah lagi.

Upload: doc-dellinelidang-pai

Post on 03-Oct-2015

234 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

acara majlis

TRANSCRIPT

Program Motivasi Sekolah Kebangsaan Sangai 2011

TARIKH : 31 JULAI 2011MASA :Jam 1800

PERISTIWA : Program Motivasi Sekolah Kebangsaan Sangai 2011

BUTIRAN PENYAMPAIAN : GURU

PENYAMPAI : MUHD ASHRAF MAT KASSIMHadirin hadirat yang dimuliakan, sebentar lagi, majlis kita akan dimulakan. Diminta para hadirin mengambil tempat masing2. Kerjasama anda semua terlebih dahulu diucapkan terima kasih Majlis akan bermula sebentar lagi.

Assalamu'alaikum wbt, salam sejahtera dan salam bahagia .Yang Berusaha Encik Nicholas Anyut Sidi , Guru Besar Sk Sangai, En Jeffery bin Tikok Penolong Kanan 1, En MOHAMD AMIN BUJANG Penolong Kanan HEM , En Geoffery Edward Bagat Penolong kanan kokurikulum, warga pendidik, ibubapa-ibubapa, murid-murid serta para hadirin dan hadirat sekalian.

Program Motivasi Sekolah Kebangsaan Sangai 2011 diteruskan dengan mempersilakan Yang Berusaha Encik Nicholas Anyut Sidi Guru Besar Sk Sangai untuk menyampaikan ucapan beliau.. seterusnya merasmikan majlis penutup Program Motivasi Sekolah Kebangsaan Sangai 2011. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

*Ucapan 1Sayang laksamana mati dibunuh,Mati dibunuh datuk menteri;Tuan umpama minyak yang penuh,Sedikit tidak tertumpah lagi.Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Nicholas atas ucapan beliau itu tadi dan merasmikan majlis penutup Program Motivasi Sekolah Kebangsaan Sangai 2011.

Hadirin dan hadirat sekalian. Program Motivasi Sekolah Kebangsaan Sangai 2011 yang diadakan ini, adalah bertujuan untuk memantapkan lagi persediaan murid-murid bagi menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjelma tidak lama lagi. Semoga usaha yang kita lakukan ini adalah langkah yang terbaik untuk memastikan murid-murid mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR pada tahun ini. Ramai orang membeli jamu Di bawah pokok cuaca redupBersungguh-sungguh mencari ilmu Ilmu dicari penyuluh hidupMajlis diteruskan dengan upacara penyampaian sijil dan cenderahati. Untuk itu, majlis mempersilakan Yang Berusaha Encik Nicholas Anyut Sidi Guru Besar Sk Sangai dan diiringi En Jeffery bin Tikok Penolong Kanan 1untuk menyempurnakan upacara penyampaian sijil dan cenderahati. Dengan segala hormatnya majlis menjemput Encik Nicholas dan En Jeffery ke pentas untuk menyempurnakannya.

Berikut adalah penerima sijil Program Motivasi SK Sangai 2011diminta murid tampil ke pentas untuk menerima sijil

Dimulakan dengan adik.1..

Seterusnya penyampaian cenderahati kepada guru-guru dan staf SK Sangai yang bersama-sama menjayakan program kita pada hari ini. Tanpa usaha mereka semua tidak mungkin program ini akan berjaya dilaksanakan dengan jayanya . Majlis menjemput Cikgu .

Budak-budak berkejar-kejar Rasa gembira bermain di sanaKalau kita rajin belajar Tentu kita akan berjaya

Majlis merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Nicholas Anyut Sidi dan En. Jeffery atas kesudian menyampaikan sijil dan cenderahati itu tadi.

Bagi mengakhiri program motivasi pada hari ini, diminta hadirin sekalian berdiri tegak bagi menghormati dan menyanyikan lagu Negeri Sarawak Ibupertiwiku. Hadirin diminta berdiri.

*Muzik IbupertiwikuTuai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak,Esok jangan rindu-rinduan.

Majlis sekali lagi merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Yang Berusaha Encik Nicholas Anyut Sidi, Guru Besar SK Sangai, Ahli-ahli Jawatankuasa Program motivasi yang bertungkus lumus dari mula hingga ke akhir dan tidak lupa kepada semua yang hadir kerana telah menjayakan majlis yang penuh bermakna pada hari ini.Sekian, terima kasih