program motivadsfdgsi

13
Tarikh : 16 April 2015 Hari : Khamis Masa : 10.00 pagi – 1.00 petang Tempat : Dewan SK Coronation Park Peserta : 1. Pengawas Sekolah 2. Pengawas Perpustakaan 3. Ketua Kelas Penceramah : En Khairul bin Abd Aziz Anjuran: Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling, Unit Hal Ehwal Murid, PROGRA M KEPIMP INAN DAN KESEJA HTERAA N DIRI

Upload: nanafalth

Post on 09-Sep-2015

228 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

gsfdggghgufuig

TRANSCRIPT

PROGRAM KEPIMPINAN DAN KESEJAHTERAAN DIRI

Tarikh : 16 April 2015

Hari : Khamis

Masa: 10.00 pagi 1.00 petang

Tempat : Dewan SK Coronation Park

Peserta: 1. Pengawas Sekolah 2. Pengawas Perpustakaan 3. Ketua Kelas

Penceramah : En Khairul bin Abd Aziz

Anjuran:Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling, Unit Hal Ehwal Murid, SK Coronation Park

PENDAHULUANProgram Kepimpinan dan Kesejahteraan Diri adalah program yang dirancang di bawah kelolaan Jawatankuasa Bimbingan dan Kaunseling Unit Hal Ehwal Murid SK Coronation Park. Ia juga merupakan satu program yang dirancang bagi mencapai misi dan visi sekolah yang berlandaskan pemantapan kecemerlangan dalam sahsiah. Oleh itu, program ini yang dianjurkan dengan melibatkan 35 orang peserta ini dianjurkan dengan objektif seperti berikut:i. Memberi kesedaran kepada pemimpin pelajar tentang betapa pentingnnya disiplin dalam membina sahsiah yang terpuji dan disanjungi. ii. Pendedahan tentang peranan pelajar dalam membantu pihak sekolah membanteras dan meningkatkan pencapaian prestasi disiplin pelajar. iii. Mewujudkan suasana harmoni dan sepadu dalam menjalankan tanggungjawab.iv. Memupuk semangat bekerjasama antara kumpulan serta mengikis sikap memilih kasih dalam melaksanakan tanggungjawab.Aktiviti pendaftaran

Program ini dimulakan pada pukul 10.00 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Acara dimulakan dengan aktiviti pendaftaran pada pukul 10.00 pagi. Murid-murid perlu mendaftarkan diri di meja pendaftaran. Setelah itu, murid dibekalkan dengan fail serta bekalan makanan berbentuk roti dan air mineral. Murid-murid mengambil tempat masing-masing di dalam dewan. Kata alu-aluan oleh Pengerusi Majlis, Cik Siti Nur Falthonah binti Abdullah

Pada pukul 10.30 pagi, acara program dimulakan dengan kata alu-aluan daripada pengerusi majlis ini iaitu Cik Siti Nur Falthonah. Pengerusi Majlis ini mengalu-alukan kehadiran murid-murid dan guru-guru ke program ini. Beliau juga turut menerangkan tentang tujuan program ini diadakan serta meminta murid-murid untuk duduk dalam keadaan tenang dan mendengar dengan khusyuk ceramah yang akan disampaikan. Seterusnya, beliau menjemput adik Izhar Naqis untuk menyampaikan bacaan doa.

Bacaan doa oleh Izhar Naqis

Sebelum acara seterusnya dimulakan, majlis didahului dengan bacaan doa yang dibacakan oleh adik Izhar Naqis, murid Tahun 6. Doa dipanjatkan kepada Tuhan agar perjalanan majlis ini dilancarkan serta dipermudahkan sehingga ke penghujungnya. Sesi Ceramah Motivasi oleh Cikgu Khairul bin Abd Aziz

Aktiviti pertama program motivasi ini dimulakan dengan sesi ceramah motivasi yang dikendalikan oleh Cikgu Khairul. Cikgu Khairul merupakan guru aliran perdana di SK Coronation Park. Dalam ceramah motivasi ini, beliau memberi ceramah yang memberi semangat kepada murid dalam menjadi seorang pemimpin. Antara ciri-ciri seorang pemimpin seperti yang disampaikan oleh beliau ialah berani dan berkeyakinan diri. Antara kata-kata semangat yang diajar oleh beliau ialah apabila guru menyebut SK Coronation Park, murid-murid membalas perkataan WOW. Apabila guru menyebut Aku tanya apa khabar, murid menjawab HEBAT. Ceramah yang diberikan amat memberangsangkan dan menarik minat murid untuk menjadi seorang pemimpin yang memiliki karisma.

Dalam slot ceramah ini juga, Cikgu Khairul mengajak murid untuk sama-sama menyanyikan lagu yang boleh menaikkan semangat dan motivasi mereka. Antara lagu yang dinyanyikan ialah lagu Gemuruh. Murid dilihat menyanyikan lagu tersebut dengan penuh semangat dan bersorak beramai-ramai. Nyanyian tersebut dapat memberi semangat kepada murid kerana liriknya memiliki nilai motivasi. Aktiviti LDK 1 (Pimpin Kawan, Berganding Bahu)

Setelah selesai sesi ceramah tadi, aktiviti diteruskan dengan sesi LDK 1 yang dikendalikan oleh Cikgu Khairul, guru-guru dan guru-guru pelatih. Aktiviti ini dimulakan dengan pembahagian kumpulan antara peserta. Peserta dibahagikan kepada 4 kumpulan mengikut warna. Setiap kumpulan memiliki ketua masing-masing. Ahli-ahli kumpulan akan ditutup mata menggunakan kain. Kemudian, setiap kumpulan akan diberi soalan tugasan masing-masing.

Ketua kumpulan perlu memimpin ahli kumpulan untuk berjalan dan mencari gelung di kawasan yang ditetapkan. Ketua kumpulan perlu memastikan ahli kumpulan berjalan dalam satu barisan dan memberi arahan kepada rakan-rakan tentang laluan yang perlu dilalui. Dalam aktiviti ini, ketua kumpulan perlulah bijak memimpin ahli kumpulan agar tiba di destinasi dengan betul dan selamat.

Setelah misi berjaya dicapai, peserta perlu berkumpul semula di dalam dewan dan membuka penutup mata. Aktiviti ini merupakan aktiviti yang bagus sebagai seorang pemimpin. Dalam setiap kepimpinan, terdapat seorang ketua dan ahli. Oleh itu, ketua perlu sentiasa berperanan dalam memimpin anak buahnya agar dapat melaksanakan tugas dan tidak terkandas. Aktiviti LDK 2 (Kita Bijak, Telur Selamat)

Aktiviti LDK 2 diteruskan dengan dikendalikan oleh Cik Rabiatul Adawiyah binti Wahid dan rakan-rakan. Dalam aktiviti ini, peserta perlu berkumpul dalam kumpulan masing-masing seperti dalam LDK 1. Setiap kumpulan dibekalkan dengan 2 biji telur, surat khabar dan pita pelekat. Setiap kumpulan perlu menggunakan kreativiti dan idea tersendiri untuk menyelamatkan telur tersebut daripada pecah, setelah telur tersebut dibaling dari tingkat 2. Pelbagai cara yang digunakan oleh setiap kumpulan dalam aktiviti ini.

Aktiviti ini mementingkan kerjasama oleh setiap ahli kumpulan. Ketua kumpulan perlu merangka strategi yang berkesan dalam melindungi telur daripada pecah. Sekiranya murid berganding bahu dalam menyelesaikan tugasan, pasti tugasan tersebut dalam diselesaikan dengan mudah.

Setelah setiap kumpulan membalut telur masing-masing mengikut masa yang telah ditetapkan, kemudian tibalah masanya untuk telur tersebut diuji. Guru meminta murid untuk berkumpul di dataran. Guru membaling telur tersebut daripada tingkat 2 dan dikutip oleh setiap kumpulan murid. Setelah itu, guru meminta murid untuk masuk ke dalam dewan untuk melihat keadaan telur kumpulan masing-masing.

Murid dilihat berusaha dan tidak sabar-sabar untuk melihat keadaaan telur mereka. Didapati hanya 2 kumpulan yang berjaya melindungi satu daripada dua telur mereka daripada pecah.

Setelah tamat aktiviti tersebut, guru meminta ketua kumpulan untuk berdiri di hadapan. Guru membuat sesi refleksi bersama murid-murid. Pelbagai kesimpulan diberikan oleh murid-murid daripada aktiviti tersebut. Sebagai seorang pemimpin, kita mesti memiliki sifat kerjasama, bijak, tidak tamak dan sabar. Penerangan tentang rasional dan nilai murni daripada aktiviti tersebut diharapkan dapat diterapkan kepada murid. Ucapan perasmian penutup oleh guru besar

Setelah selesai semua acara bersama peserta, pengacara majlis meneruskan majlis dengan menjemput Tuan Guru Besar untuk menyampaikan ucapan perasmian penutup.

Majlis penyampaian hadiah

Seterusnya, Tuan Guru Besar menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta yang terlibat. Terlebih dahulu, beliau menyampaikan cenderahati dan sijil kepada penceramah motivasi yang dijemput, En Khairul bin Abd Aziz.

Acara mengambil gambar beramai-ramai

Setelah selesai semua acara yang dijalankan, majlis ditutup dengan acara mengambil gambar beramai-ramai yang melibatkan semua peserta dan jawatankuasa program. Gambar ini diambil sebagai kenang-kenangan untuk program yang telah dijalankan ini. Acara selesai pada pukul 1.00 petang.

Disediakan oleh:

___________________________(SITI NUR FALTHONAH BINTI ABDULLAH)