program need analysis report for dka program

Upload: azman-bin-talib

Post on 08-Feb-2018

294 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    1/89

    Page 1 of89

    KAJIANKEPERLUAN PROGRAM

    (PNA)

    (DIP L O M A K E J URUTE RA A N A W A M )

    BIRO PENYELIDIK N INOV SIPOLITEKNIK KOTA KINABALU

    MA C 2 0 12

    POLITEKNIK KOT KIN LU

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    2/89

    Page 2 of89

    JAWATANKUASA PENYELIDIKAN

    Ahli Jawatankuasa Penasihat

    BIL NAMA JAWATAN

    1 Wan Mohamad Nasir bin Wan Abdul Rahman Pengarah

    2 Norehan bt Md Shariff TPA

    3 Subir Bin Musta Ketua Jabatan

    Ahli Penyelidik (Politeknik)

    BIL NAMA

    1 Hasnim bin Harun (Ketua)

    2 Suzan binti Impak

    3 Ernie bt Kulian @ Abd Karim

    4 Radat bin Tasim

    5 Grace Jennifer Philip

    6 Nur Suriya binti Mohamad

    7 Nurhanum binti Omar

    8 Farah Asyikin Abd Rahman

    9 Norzila Salim

    10 Alester G. Jakuil

    11 Bahril bin Balli

    Ahli Penyelidik

    BIL NAMA

    1 Subir Bin Musta

    (Ketua Program Diploma Kejuruteraan Awam)

    2 Sulie Ak Slat

    3 Rukinah @ Nanang Samuing4 Saiting Ahip

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    3/89

    Page 3 of89

    RINGKASAN EKSEKUTIF

    Kajian keperluan program yang dijalankan adalah Program DiplomaKejuruteraan Awam. Kajian ini dikemukakan oleh Biro Penyelidikan & Inovasi

    Politeknik Kota Kinabalu (PKK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

    Dapatan kajian merupakan hasil soal selidik yang diperolehi daripada pihak

    industri, pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam di Politeknik Kota Kinabalu,

    pelajar sekolah menengah atas, pelajar sedia ada di Politeknik Kota Kinabalu

    dan alumni bidang Kejuruteraan Awam politeknik Kementerian Pengajian Tinggi

    dengan menggunakan instrumen kaedah soal selidik (survey research) berserta

    dengan kajian rintis (exploratory research) .

    Tumpuan utama kajian ini adalah untuk mendapatkan maklumbalas daripada

    responden yang berkaitan dengan keperluan, permintaan dan kebolehpasaran

    graduan daripada program sediada ini. Hasil dapatan maklumbalas tersebut,

    didapati lebih 80% pihak industri, alumni, pelajar dan pensyarah bersetuju

    program ini terus dilaksanakan. Dapatan daripada pensyarah juga menunjukkan

    bahawa pensyarah bersetuju program diploma ini ditawarkan di Politeknik Kota

    Kinabalu. Justifikasi membangunkan program tersebut adalah berdasarkan

    daripada hasil dapatan kajian data primer dan data sekunder yang positif, potensi

    untuk mengadakan kolaborasi dengan pihak swasta, kemudahan program SIP

    Pensyarah, rekabentuk kurikulum yang mengikut keperluan industri,

    menggunakan kaedah P & P selari dengan perkembangan teknologi masa kini

    dan pemilihan lokasi yang bersesuaian dengan kawasan industri.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    4/89

    Page 4 of89

    ISI KANDUNGAN

    RINGKASAN EKSEKUTIF 3

    1.0 TUJUAN 6

    2.0 DIKEMUKAKAN 6

    3.0 LATAR BELAKANG 6-7

    4.0 METODOLOGI 8-10

    5.0 ANALISIS, DAPATAN DAN PERBINCANGAN 11

    5.1 Berasaskan Data Primer

    5.1.1 Kehendak dan Kesediaan Pelajar Melanjutkan

    Pelajaran 11-13

    5.1.2 Kehendak dan Kesediaan Pelajar Sedia ada 13-19

    5.1.3 Kehendak dan Kesediaan Alumni/Feeder

    Melanjutkan Pelajaran 20-26

    5.1.4 Kehendak Industri 26-41

    5.1.5 Kesediaan Pensyarah 41-52

    5.2 Berasaskan Data Sekunder 52

    5.2.1 Program Transformasi Ekonomi Menyokong 52-55

    Perkembangan Industri Pembinaan

    5.2.2 Inisiatif Kerajaan Memperkukuhkan Industri 55

    Pembinaan

    5.2.3 Amanat YB Menteri Pengajian Tinggi 2011 55-56

    Ke arah Memperkasakan Bidang Pendidikan

    Kejuruteraan Awam.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    5/89

    Page 5 of89

    5.2.4 KajianEconomic Planning Unit(EPU) 56-58

    Terhadap Keperluan Bidang Kejuruteraan Awam

    Pada Masa Akan Datang.

    5.2.5 Guna Tenaga Mengikut Kumpulan 58-59

    Pekerjaan Utama, 2000-2010

    6.0 JUSTIFIKASI 60

    6.1 Kesediaan Pensyarah 60-61

    6.2 Kesediaan Industri 61-62

    6.3 Kesediaan Pelajar dan Alumni 62-63

    7.0 IMPLIKASI PELAKSANAAN 63

    7.1 Ruang dan Peralatan 63

    7.2 Kurikulum 63-66

    7.3 Tenaga Pengajar dan Pensyarah 66

    7.4 Kebolehpasaran Pelajar 66-67

    8.0 KESIMPULAN 67

    9.0 KELULUSAN YANG DIPOHON 67

    10.0 SENARAI RUJUKAN/BIBLIOGRAFI 67-68

    LAMPIRAN 1 Contoh Borang Soal Selidik 69-74

    LAMPIRAN 2 Senarai Responden Industri 75

    LAMPIRAN 3(a) Senarai Ringkas Kelayakan & Kepakaran Pensyarah 76-78

    LAMPIRAN 3(b) Senarai Terperinci Kelayakan Akademik Pensyarah 79-83

    LAMPIRAN 4 Kemudahan Fizikal 84-89

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    6/89

    Page 6 of89

    1.0 TUJUAN

    Kertas Kajian ini bertujuan menimbangkan untuk mengekalkan kelangsungan

    Program Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Kota Kinabalu, Sabah.

    2.0 DIKEMUKAKAN

    Dikemukakan oleh Politeknik Kota Kinabalu (PKK) Kementerian Pengajian Tinggi

    Malaysia.

    3.0 LATAR BELAKANG

    Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN) menggariskan pelbagai

    cabaran masa kini dan masa depan untuk menyatukan perkembangan nasional

    dan berbentuk suatu bangsa yang berintegriti dan kukuh. Salah satu teras dalam

    kerangka PSPTN telah menetapkan bahawa langkah-Iangkah perluasan akses

    ke pengajian tinggi berdasarkan prinsip meritokrasi di samping itu penyertaan

    dalam pengajian tinggi ditingkatkan melalui pelbagai bakat dan keupayaan,

    memperluaskan akses melalui kepelbagaian program, kriteria kemasukan

    terbuka, penambahbaikan prasarana, keluasan penggunaan ICT dan kerjasama

    dengan agensi lain dapat memastikan setiap individu ditawarkan tempat belajar

    di IPT.

    Pelan Induk Jangka Panjang Politeknik 2001-2010 (PIJPP) menetapkan

    matlamat nasional iaitu mengekalkan pertumbuhan ekonomi dengan

    mengenalpasti dan memperkukuhkan sumber-sumber pertumbuhan, institusi-

    institusi kewangan dan koperat termasuklah pengurusah makro ekonomik;

    meningkatkan daya saing bagi mencapai cabaran-cabaran globalisasi dan

    liberalisasi; membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan (knowledge

    based economy) sebagai langkah strategik bagi meningkatkan nilai tambah

    semua sektor ekonomi dan mengoptimumkan daya pemikiran Negara;

    memperkukuhkan pembangunan sumber manusia bagi menghasilkan kumpulan

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    7/89

    Page 7 of89

    kerja yang kompeten, produktif dan berpengetahuan; dan meneruskan

    pembangunan persekitaran berterusan bagi memastikan pertumbuhan jangka

    panjang.

    Berasaskan pembaikan dalam teknologi termasuk ICT dan dalam produktiviti,

    kadar purata pertumbuhan ekonomi semasa Rangka Rancangan Jangkamasa

    Panjang (RRJP3) telah disasarkan pada 7.5% setahun. Oleh itu, suatu tenaga

    pekerja yang kompeten, berdaya saing dan tersusun adalah diperlukan. Dalam

    konteks ini pendidikan politeknik adalah salah satu institusi yang utama bagi

    mencapai hasrat tersebut. Untuk membina dan mengekalkan guna tenaga yang

    berpengetahuan dalam suasana yang efisien dan berorentasikan sasaran

    merupakan satu faktor yang paling penting. Pada masa yang sama corak

    permintaan bagi guna tenaga manusia akan berubah kearah teknologi tinggi dan

    industri berasaskan sains, bioteknologi, ICT, farmasi dan aktiviti-aktiviti R&D,

    memerlukan kadar peningkatan graduan-graduan pengajian tinggi.

    Dalam mencapai Model Ekonomi Baru (MEB) ke arah menjana pendapatan tinggi

    Negara, industri pembinaan memainkan peranan penting dan mencabar bagi

    mencapai keperluan tersebut. Di peringkat nasional, sektor pembinaan telah

    berkembang dengan pesat dan dapat dilihat melalui adanya pelabur dari luar

    negara yang telah mengadakan MoU melibatkan nilai pelaburan yang tinggi.

    Demikian juga dengan peningkatan dan sumbangan industri tersebut dalam

    ekonomi Malaysia.

    Untuk memenuhi keperluan sumber tenaga manusia yang berkemahiran dengan

    mengambilkira perkembangan semasa dalam sektor binaan di peringkat global,

    adalah wajar program Diploma Kejuruteraan Awam dilaksanakan di Politeknik

    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    8/89

    Page 8 of89

    4.0 METODOLOGI

    Laporan kajian ini adalah dapatan daripada soal selidik terhadap responden yang

    terdiri daripada industri, pensyarah dan pelajar. Dapatan yang diperolehi telah

    dianalisa dengan menggunakan perisian SPSS 19 dan disokong dengan data

    sekunder daripada kementerian atau agensi yang berkaitan. Dapatan ini

    dibentangkan bagi menyokong kelangsungan Diploma Kejuruteraan Awam yang

    ditawarkan di Politeknik Kota Kinabalu.

    Kajian kelangsungan program untuk Diploma Kejuruteraan Awam merangkumi

    maklumbalas daripada responden yang terdiri daripada pelajar sekolah

    menengah, pihak industri, pelajar semasa dan pensyarah serta alumni politeknik

    untuk mendapatkan input secara telus dan komprehensif mengenai gambaran

    sebenar sejauh mana keperluan program ini perlu dilaksanakan di Politeknik

    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

    Taburan responden terdiri 5 buah syarikat daripada pihak Industri yang dipilih

    kerana mereka akan mengambil pelajar lepasan politeknik sebagai tenaga kerja

    mereka pada masa akan datang, 29 orang pensyarah yang melaksanakan

    proses pengajaran dan pembelajaran, 280 orang pelajar Diploma Kejuruteraan

    Awam, 19 orang Alumni dan 501 orang pelajar-pelajar Sekolah Menengah yang

    merupakan punca kemasukan pelajar kepada kehendak program ini. Hampir 100

    % responden industri dan pensyarah politeknik adalah yang berpengalaman dan

    terlibat secara langsung dalam bidang Kejuruteraan Awam, manakala Alumni

    Pelajar lepasan Politeknik dan pelajar SMT adalah merupakan pelajar aliran

    Teknikal. Ini bertujuan supaya maklumat yang diberikan adalah menepati

    kehendak sebenar tujuan kajian ini dijalankan.

    Sebelum menjalankan sesuatu kajian, langkah perlaksanaan telah dirancang

    untuk memastikan kajian yang dijalankan dapat berjalan dengan lancar dan

    dapat disiapkan dalam jangkamasa yang telah ditetapkan.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    9/89

    Page 9 of89

    4.1 Carta Gantt

    4.2 Instrumen Kajian

    i. Kajian Rintis temuduga dan pemerhatian

    ii.Kajian Soal Selidik golongan sasaran adalah:

    Kehendak dan Kesediaan Pelajar Melanjutkan Pelajaran

    Kehendak dan Kesediaan Alumni/FeederMelanjutkan Pelajaran

    Kehendak dan Kesediaan Pelajar Sedia ada

    Kehendak Industri Pembinaan

    Kesediaan Pensyarah

    Kaedah metadologi kajian penyelidikan jenis survey research ini telah melalui 6

    peringkat iaitu:

    1. Peringkat 1 : Mesyuarat perancangan dan perlantikan AJK oleh Pusat

    Penyelidikan dan Pembangunan Politeknik.

    2. Peringkat 2 : Rekabentuk instrumen soalan bagi soal selidik dengan

    tumpuan responden kepada pihak industri berkaitan, alumni,

    pensyarah bidang berkaitan dan pelajar sekolah menengah dan pelajar

    DKA sedia ada.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    10/89

    Page 10 of89

    3. Peringkat 3 : Ujikaji bagi menentukan keberkesanan soalan. Pilot

    Test telah dijalankan di sekitar Kota Kinabalu dengan mengedarkan

    soalan soal selidik dan sesi temuduga.

    4. Peringkat 4 : Pengumpulan maklumat melalui edaran soalan soal

    selidik dengan cara edaran melalui pos, e-mail dan edaran terus

    kepada responden.

    5. Peringkat 5: Analisa maklumat dengan kaedah mixed methodiaitu

    a. Quantitative Method( statistical analysis ) perisian SPSS 19

    b. Qualitative Method temuduga danobservation

    6. Peringkat 6: Rumusan dan laporan kajian

    Kaedah yang dijalankan

    Data Primer

    Soal selidik dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the

    Social Sciences (SPSS ver. 19). Perisian lain yang digunakan ialah MS

    ACCESS 2007 dan MS Excel 2007.

    Data ini merangkumi;

    a. Kajian Keperluan Industri

    b. Kajian Keperluan Alumni

    c. Kajian Keperluan Pensyarah

    d. Kajian Keperluan Pelajar Sekolah Menengah

    e. Kajian Keperluan Pelajar DKA sedia ada

    Data Sekunder

    Kaedah perbandingan dengan mendapatkan maklumat daripada

    kementerian, agensi atau jabatan-jabatan yang telah menjalankan kajian

    keperluan dalam sektor binaan.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    11/89

    Page 11 of89

    5.0 ANALISIS, DAPATAN DAN PERBINCANGAN

    Kajian keperluan program Diploma Kejuruteraan Awam adalah hasil

    dapatan daripada maklumbalas beberapa responden. Bilangan sampel yang

    digunakan adalah berdasarkan kepada Jadual Penentuan Saiz Sampel

    Krejcie dan Morgan (1970).

    5.1 Berasaskan Data Primer

    5.1.1 Kehendak dan Kesediaan Pelajar Melanjutkan Pelajaran

    Kajian dijalankan melibatkan pelajar sekolah menengah. Seramai 501

    responden mengambil bahagian. Jadual 5.1.1.1 dan Rajah 5.1.1.1

    menunjukkan bilangan responden mengikut jantina.

    Kekerapan Peratus

    Lelaki 190 38%

    Perempuan 311 62%

    umlah 501 100%

    Jadual 5.1.1.1:Jantina Responden Sekolah Menengah

    Rajah 5.1.1.1:Jantina Responden Sekolah Menengah

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    12/89

    Page 12 of89

    Kekerapan Peratus

    Ya 182 36.3

    Tida 195 38.9

    Tidak Pasti 124 24.8

    umlah 501 100

    Jadual 5.1.1.2:Minat Kejuruteraan Awam

    Rajah 5.1.1.2:Minat Kejuruteraan Awam

    Kekerapan Peratus

    Kejuruteraan Awam 146 80.3

    Ukur Bahan 11 6.0

    Teknologi Berasaskan Kayu 19 10.3

    Lain-lain 6 3.4

    umlah 182 100

    Jadual 5.1.1.3:Bidang Kejuruteraan Awam

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    13/89

    Page 13 of89

    Rajah 5.1.1.3:Bidang Kejuruteraan Awam

    Berdasarkan Jadual 5.1.1.2 dan Jadual 5.1.1.3, boleh disimpulkan

    bahawa responden yang terdiri daripada pelajar sekolah seramai 36.3%

    menunjukkan minat terhadap Jabatan Kejuruteraan Awam dan 80.3%

    daripada jumlah responden tersebut memilih bidang Kejuruteraan Awam

    bagi melanjutkan pengajian di peringkat diploma.

    5.1.2 Kehendak dan Kesediaan Pelajar Sedia ada

    Jadual 5.1.2.1dan Rajah 5.1.2.1menunjukkan bidang pengajian yang

    menjadi pilihan pelajar selepas menamatkan pengajian diploma. Seramai

    88% responden memilih bidang Kejuruteraan Awam.

    Kekerapan Peratus

    Kejuruteraan Awam 247 88

    Ukur Bahan 3 1

    Teknologi Berasaskan Kayu 6 2

    Lain-lain 24 9

    umlah 280 100

    Jadual 5.1.2.1:Bidang Pengajian Pelajar Selepas Diploma

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    14/89

    Page 14 of89

    Rajah 5.1.2.1:Bidang Pengajian Pelajar Selepas Diploma

    Jadual 5.1.2.2dan Rajah 5.1.2.2menunjukkan wajaran isi kandungan

    kursus yang diminati. Didapati 52% responden memilih wajaran 40% teori

    dan 60% amali, diikuti 38% responden memilih 50% teori dan 50% amali

    serta 10% memilih wajaran 60% teori dan 40% amali.

    Kekerapan Peratus

    60% teori, 40% amali 28 10

    50% teori, 50% amali 106 38

    40% teori, 60% amali 146 52

    umlah 280 100

    Jadual 5.1.2.2: Wajaran Isi Kandungan Kursus yang Diminati

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    15/89

    Page 15 of89

    Rajah 5.1.2.2:Wajaran Isi Kandungan Kursus yang Diminati

    Jadual 5.1.2.3dan Rajah 5.1.2.3menunjukkan responden meminati bidang

    pengajian yang sedang diikuti. Hasil menunjukkan 95% responden meminati

    bidang Kejuruteraan Awam yang sedang diikuti.

    Kekerapan Peratus

    Ya 265 95Tida 15 5

    umlah 280 100

    Jadual 5.1.2.3: Meminati Bidang Pengajian yang Sedang Diikuti

    Rajah 5.1.2.3: Meminati Bidang Pengajian yang Sedang Diikuti

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    16/89

    Page 16 of89

    Jadual 5.1.2.4dan Rajah 5.1.2.4menunjukkan 92% responden ingin

    melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Awam setelah tamat

    pengajian.

    Kekerapan Peratus

    Ya 257 92

    Tida 23 8

    umlah 280 100

    Jadual 5.1.2.4:Pelajar Ingin Melanjutkan Pengajian dalam Bidang

    Kejuruteraan Awam

    Rajah 5.1.2.4:Pelajar Ingin Melanjutkan Pengajian dalam Bidang

    Kejuruteraan Awam

    Jadual 5.1.2.5dan Rajah 5.1.2.5menunjukkan pelajar mengetahui peluang

    pekerjaan yang boleh dipohon dalam bidang Kejuruteraan Awam setelah

    menamatkan pengajian. Seramai 77% responden bersetuju berbanding

    hanya 23% responden tidak bersetuju.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    17/89

    Page 17 of89

    Kekerapan Peratus

    Ya 215 77

    Tida 65 23

    umlah 280 100Jadual 5.1.2.5:Pelajar Tahu Peluang Pekerjaan yang Boleh Dipohon

    Rajah 5.1.2.5:Pelajar Tahu Peluang Pekerjaan yang Boleh Dipohon

    Jadual 5.1.2.6dan Rajah 5.1.2.6menunjukkan 94% responden berminat

    dengan prospek kerjaya dalam bidang Kejuruteraan Awam.

    Kekerapan Peratus

    Ya 262 94

    Tida 18 6

    umlah 280 100

    Jadual 5.1.2.6:Pelajar Berminat dengan Prospek Kerjaya Kejuruteraan

    Awam

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    18/89

    Page 18 of89

    Rajah 5.1.2.6:Pelajar Berminat dengan Prospek Kerjaya Kej. Awam

    Jadual 5.1.2.7dan Rajah 5.1.2.7menunjukkan 91% responden berminat

    untuk menyambung pengajian dalam bidang Kejuruteraan Awam.

    Kekerapan Peratus

    Ya 255 91

    Tida 25 9

    umlah 280 100

    Jadual 5.1.2.7:Pelajar Berminat Menyambung Pengajian Dalam bidang

    Kejuruteraan Awam

    Rajah 5.1.2.7:Pelajar Berminat Menyambung Pengajian Dalam bidang

    Kejuruteraan Awam

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    19/89

    Page 19 of89

    Jadual 5.1.2.8dan Rajah 5.1.2.8menunjukkan hanya 45% responden

    pernah mendapat maklumat berkaitan Diploma Kejuruteraan Awam

    sebelum melanjutkan pengajian di Politeknik Kota Kinabalu. Ini

    menunjukkan bilangan responden tidak pernah mendapat maklumat lebih

    ramai lagi iaitu sebanyak 55%.

    Kekerapan Peratus

    Ya 127 45

    Tida 153 55

    umlah 280 100

    Jadual 5.1.2.8:Pelajar Pernah Mendapat Maklumat Berkenaan

    Kejuruteraan Awam

    Rajah 5.1.2.8:Pelajar Pernah Mendapat Maklumat Berkenaan Kejuruteraan

    Awam

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    20/89

    Page 20 of89

    5.1.3 Kehendak dan Kesediaan Alumni/Feeder MelanjutkanPelajaran

    5.1.3.1 Program Pengajian yang diikuti semasa di Politeknik Kota

    Kinabalu.

    Seramai 19 orang responden alumni telah terlibat dalam soal selidik ini.

    Rajah 5.1.3.1 menunjukkan pecahan program yang pernah diikuti oleh

    responden di Politeknik Kota Kinabalu. Seramai 84% alumni adalah yang

    pernah mengikuti program Diploma Kejuruteraan Awam (DKA) manakala

    16% lagi adalah lepasan kedua-dua program iaitu Sijil Kejuruteraan Awam

    (SKA) dan DKA.

    Rajah 5.1.3.1:Pecahan Program pengajian yang pernah diikuti

    di Politeknik Kota Kinabalu.

    5.1.3.2 Status Semasa Responden

    Kajian terhadap status semasa responden mendapati bahawa seramai 68%

    telah bekerja, 21% tidak bekerja dan 11% lagi sedang menyambung

    pengajian seperti yang yang ditunjukkan dalamRajah 5.1.3.2.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    21/89

    Page 21 of89

    Rajah 5.1.3.2: Status semasa Responden

    5.1.3.3 Tempoh Menganggur Selepas Belajar

    Daripada Rajah 5.1.3.3, didapati bahawa 59% responden telah mendapat

    pekerjaan kurang daripada 1 tahun selepas menamatkan pengajian di PKK.

    Seramai 29% menjawab tidak berkaitan, 6% pula hanya mendapat

    pekerjaan selepas menunggu selama lebih 4 tahun dan 6% lagi tidak

    bekerja.

    Rajah 5.1.3.3:Tempoh menganggur Lepas Belajar

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    22/89

    Page 22 of89

    5.1.3.4 Pekerjaan Berkaitan Dengan Bidang

    Rajah 5.1.3.4 adalah kaitan pekerjaan responden dengan bidang atau

    program yang diambil semasa di PKK. Hasil dapatan daripda soal selidik

    menunjukkan seramai 72% responden menyatakan bahawa pekerjaan

    mereka sekarang adalah berkaitan dengan bidang Kejuruteraan Awam.

    Manakala 28% lagi menyatakan kerjaya mereka tidak berkaitan dengan

    bidang kejuruteraan awam.

    Rajah 5.1.3.4:Pekerjaan Berkaitan dengan Bidang

    5.1.3.5 Berhasrat Menyambung Pengajian

    Rajah 5.1.3.5 menunjukkan maklumbalas responden tentang hasrat untuk

    menyambung pengajian. Seramai 89% responden mempunyai hasrat untuk

    menyambung pengajian sama ada di peringkat Diploma Lanjutan ataupun

    Ijazah Sarjana Muda. Sementara 5% lagi tidak berhasrat untuk

    menyambung pengajian dan yang selebihnya 5% lagi tidak berkaitan.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    23/89

    Page 23 of89

    Rajah 5.1.3.5:Berhasrat untuk Menyambung Pengajian

    5.1.3.6 Institut Yang Ingin Dipilih

    Rajah 5.1.3.6 adalah taburan maklumbalas responden berkaitan dengan

    institut yang menjadi pilihan untuk menyambung pengajian. Hasil daripada

    analisa data, didapati bahawa 32% responden memilih untuk melanjutkan

    pengajian di Politeknik yang menawarkan Diploma Lanjutan ataupun Ijazah

    Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Sementara 32% lagi telah memilih untuk

    melanjutkan pengajian di IPTA selain di Politeknik. Terdapat juga responden

    yang memilih lebih daripada satu institusi iaitu seramai 21% telah memilih

    Politeknik dan IPTA selain Politeknik. Manakala 5% lagi memilih IPTA selain

    Politeknik dan juga IPTS. Selebihnya 5% lagi menjawab tidak berkaitan.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    24/89

    Page 24 of89

    Rajah 5.1.3.6:Institut yang ingin dipilih

    Hasil daripada maklumbalas responden terhadap bidang yang dipilih

    sekiranya hendak melanjutkan pengajian adalah seperti yang ditunjukkan

    pada Rajah 5.1.3.7. Seramai 89% mengatakan akan memilih bidang yang

    sama iaitu Kejuruteraan Awam. Sementara itu responden yang memilih

    bidang yang berlainan serta tidak berkaitan, masing-masing seramai 5%

    Rajah 5.1.3.7:Bidang yang dipilih untuk melanjutkan pengajian

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    25/89

    Page 25 of89

    5.1.3.8 Bidang Kejuruteraan Awam Menyumbang Kepada Kerjaya

    Hasil kajian terhadap pendapat responden sama ada bidang kejuruteraan

    awam menyumbang kepada kerjaya adalah seperti yang ditunjukkan pada

    Rajah 5.1.3.8di mana 100% bersetuju.

    Rajah 5.1.3.8:Bidang Kejuruteraan Awam Menyumbang Kepada

    Kerjaya.

    5.1.3.9 Program Mampu Menghasilkan Graduan Yang Memenuhi

    Keperluan Industri.

    Rajah 5.1.3.9adalah hasil analisa data yang menunjukkan 100% responden

    bersetuju bahawa program yang ditawarkan ini mampu menghasilkan

    graduan yang dapat memenuhi keperluan industri.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    26/89

    Page 26 of89

    Rajah 5.1.3.9: Program yang ditawarkan ini mampu menghasilkan

    graduan yang dapat memenuhi keperluan industri

    5.1.4 Kajian Keperluan Industri

    Kajian keperluan industri disasarkan kepada indsutri yang berkaitan dengan

    bidang Kejuruteraan Awam. Objektif utama pelaksanaan kajian ini adalah

    untuk mengetahui kebolehpasaran graduan bagi Program Diploma

    Kejuruteraan Awam dan sekaligus mendapatkan maklumbalas samaada

    industri bersetuju untuk kelangsungan Program Kejuruteraan Awam.

    Borang Soal selidik telah diedarkan kepada 5 buah syarikat yang telah

    dikenalpasti di sekitar Kota Kinabalu, Sabah. Maklumat dan latarbelakang

    perniagaan syarikat ini dikenalpasti melalui maklumat daripada Unit

    Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI), Politeknik Kota Kinabalu.

    Soal selidik dibahagikan kepada empat bahagian iaitu bahagian A mengenai

    kandungan program dan kesesuaiannya dengan keperluan organisasi,

    bahagian B peluang pekerjaan, bahagian C mengenai kerelevanan objektif

    pembelajaran program dan hasil pembelajaran program dan bahagian D

    untuk mendapatkan pandangan dan komen industri mengenai program

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    27/89

    Page 27 of89

    selaras dengan trend semasa industri. Hasil dapatan kajian

    dipersembahkan dalam bentuk carta pai.

    Rajah 5.1.4.1 : Program memenuhi keperluan asas pengetahuan teoriyang diperlukan dalam disiplin Kejuruteraan Awam.

    Rajah 5.1.4.1. menunjukkan program memenuhi keperluan pengetahuan asas

    teori dalam disiplin Kejuruteraan Awam. Hasil dapatan menunjukkan 60% industri

    bersetuju menyatakan bahawa pegetahuan asas teori memenuhi keperluan dan

    kehendak industri Kejuruteraan Awam dan 40% selebihnya adalah sebahagian.

    Keadaan ini berlaku kerana skop Kejuruteraan Awam adalah amat luas dan

    maklumbalas dari syarikat berkenaan adalah fokus dan berdasarkan bidang

    masing-masing.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    28/89

    Page 28 of89

    Rajah 5.1.4.2 : Program memenuhi keperluan kemahiran asas praktikalyang diperlukan dalam disiplin Kejuruteraan Awam.

    Hasil dapatan berkenaan Program memenuhi keperluan kemahiran asas

    praktikal dalam bidang Kejuruteraan Awam ditunjukkan dalam Rajah 5.1.4.2.

    Dapatan menunjukkan 60% industri menyatakan bahawa kemahiran asas

    praktikal dipenuhi oleh program. Ini adalah kerana program menitikberatkan asas

    kemahiran dalam penawaran kursus iaitu dari segi kursus yang mempunyai

    amali. Walau bagaimanapun terdapat 40% industri menyatakan bahawa hanya

    sebahagian keperluan kemahiran asas praktikal dapat dipenuhi oleh program.

    Rajah 5.1.4.3 : Pengetahuan teori adalah relevan dengan situasi semasa

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    29/89

    Page 29 of89

    Rajah 5.1.4.3 menunjukkan pendapat industri mengenai kerelevanan

    pengetahuan teori dalam bidang Kejuruteraan Awam. Hasil dapatan

    menunjukkan bahawa 100% industri berpendapat bahawa pengetahuan teori

    yang ditawarkan oleh program adalah relevan dengan situasi semasa yang

    dipraktikkan dalam industri. Ini kerana kurikulum program dibangunkan dengan

    mengambilkira keperluan semasa industri.

    Rajah 5.1.4.4 : Kemahiran praktikal adalah relevan dengan situasi semasa

    Hasil dapatan yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1.4.4menunjukkan bahawa 100%

    industri bersetuju bahawa kemahiran praktikal yang ditawarkan oleh program

    adalah relevan dengan situasi semasa yang diguna pakai dalam industri. Ini jelas

    menunjukkan bahawa kemahiran praktikal yang diterapkan dalam program

    adalah sejajar dengan keperluan dan perkembangan terkini industri.

    Rajah 5.1.4.5 : Kursus menyumbang kepada kekuatan program

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    30/89

    Page 30 of89

    Rajah 5.1.4.5 menunjukkan kursus menyumbang kepada kekuatan program.

    Dapatan menunjukkan 100% industri berpendapat kursus yang ditawarkan

    menyumbang kepada kekuatan program. Kursus yang ditawarkan dalam

    Kejuruteraan Awam menitikberatkan aspek teknologi, kejuruteraan dan sains.

    Ketiga-tiga aspek ini merupakan kekuatan program Kejuruteraan Awam.

    Rajah 5.1.4.6: Program yang ditawarkan meliputi semua kursus yang

    relevan.

    Rajah 5.1.4.6menunjukkan kursus yang ditawarkan oleh program adalah relevan

    dalam bidang Kejuruteraan Awam. Dapatan menunjukkan 80% industri

    berpendapat bahawa program yang ditawarkan meliputi semua kursus yang

    relevan dengan disiplin bidang Kejuruteraan Awam, manakala 20% berpendapat

    bahawa tidak semua kursus yang ditawarkan program adalah relevan. Dapatan

    menunjukkan bahawa program yang ditawarkan sentiasa menitikberatkan

    keperluan industri dengan mengambilkira semua kursus yang berkaitan.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    31/89

    Page 31 of89

    Rajah 5.1.4.7 :Kursus tidak berkaitan dengan program

    Rajah 5.1.4.7 menunjukkan pendapat industri mengenai kursus tidak berkaitan

    dengan program. 60% industri bersetuju bahawa tidak ada kursus yang

    ditawarkan yang tidak berkaitan dengan program. Hanya Sebanyak 20% industri

    berpendapat program menawarkan kursus yang tidak berkaitan. Setiap kursus

    yang ditawarkan dalam Kejuruteraan Awam sentiasa mengambilkira keperluan

    sebenar dalam industri dan sekurang-kurangnya menerapkan pengetahuan dan

    kemahiran diperingkat asas.

    Rajah 5.1.4.8 : Kriteria bidang pengkhususan

    Rajah 5.1.4.8menunjukkan kriteria keperluan yang ditawarkan oleh program iaitu

    berkenaan dengan bidang pengkhususan. Hasil dapatan bagi kriteria ini

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    32/89

    Page 32 of89

    menunjukkan bahawa 40% industri menyatakan kriteria bidang pengkhususan

    meliputi secara menyeluruh keperluan program manakala 40% industri

    menyatakan hanya sebahagian bidang pengkhususan diliputi oleh program. Ini

    kerana kurikulum program secara asasnya menekankan bidang-bidang utama

    dalam Kejuruteraan Awam manakala 20% industri menyatakan program tidak

    meliputi bidang pengkhususan. Ini adalah kerana teknologi dalam Kejuruteraan

    Awam sentiasa berkembang dan terlalu luas.

    Rajah 5.1.4.9 :Kriteria bidang pengkhususan

    Rajah 5.1.4.9 menunjukkan program memenuhi kriteria kedua iaitu berkenaan

    dengan teknologi terkini. Hasil dapatan menunjukkan industri bersetuju bahawa

    program memenuhi kriteria teknologi terkini secara menyeluruh iaitu 60% dan

    40% menyatakan pendirian sebahagian. Program sentiasa menerapkan

    kepentingan kewujudan teknologi. Oleh yang demikian struktur program Diploma

    Kejuruteraan Awam dibuat dengan mengambilkira aspek-apek yang berkaitan

    dengan teknologi terkini.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    33/89

    Page 33 of89

    Rajah 5.1.4.10 :Kriteria kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi

    Hasil dapatan yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1.4.10 adalah tentang program

    memenuhi kriteria kemahiran Tekonolgi Maklumat dan Komunikasi (ICT),

    daripada rajah tersebut dapat dilihat bahawa sebanyak 20% industri menyatakan

    kemahiran ICT diterapkan secara menyeluruh dan 60% industri menyatakan

    hanya sebahagian kemahiran ICT diterapkan dalam program. Diperingkat

    program Diploma Kejuruteraan Awam, kemahiran-kemahiran asas ICT

    diterapkan dalam kurikulum. 20% selebihnya menyatakan program tiada

    memenuhi kriteria ICT. Ini mungkin disebabkan penerapan ICT oleh program

    hanyalah diperingkat asas.

    Rajah 5.1.4.11 :Kriteria pasaran/industri

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    34/89

    Page 34 of89

    Merujuk kepada Rajah 5.1.4.11 kerelevanan program terhadap pasaran dan

    industri, sebanyak 60% industri berpendapat bahawa secara keseluruhan

    program adalah relevan dan 40% industri berpendapat sebaliknya. Hasil dapatan

    menunjukkan bahawa program yang dibangunkan adalah relevan dan memenuhi

    keperluan industri.

    Rajah 5.1.4.12 :Tempoh pengajian program yang bersesuaian

    Rajah 5.1.4.12 menunjukkan kesesuaian tempoh pengajian program. Dapatan

    menunjukkan bahawa 100% industri berpendapat bahawa tempoh pengajian

    bagi program Diploma Kejuruteraan Awam adalah bersesuaian iaitu tiga tahun

    yang merangkumi enam semester.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    35/89

    Page 35 of89

    Rajah 5.1.4.13 :Tempoh latihan industri program yang bersesuaian

    Rajah 5.1.4.13 menunjukkan kesesuaian tempoh latihan industri bagi program.

    Wajib lulus latihan industri merupakan prasyarat pengaunegarahan dalam

    Program Diploma Kejuruteraan Awam. Pelajar bagi program ini diwajibkan

    menjalani latihan industri selama 6 bulan iaitu selama satu semester pada akhir

    semester. Objektif utama kursus latihan industri adalah untuk mendedahkan

    pelajar kepada alam pekerjaan yang sebenar dan mengaplikasikan pengetahuan

    teori yang diperolehi pada semester sebelumnya. Hasil dapatan menunjukkan

    bahawa 100% industri berpendapat bahawa tempoh latihan industri bagi program

    Diploma Kejuruteraan Awam adalah bersesuaian. Selain daripada memenuhi

    pra-syarat penganugerahan, kursus latihan industri secara tidak langsung turut

    dapat meningkatkan kebolehpasaran pelajar.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    36/89

    Page 36 of89

    Rajah 5.1.4.14:Keperluan syarikat

    Hasil dapatan yang ditujukkan dalam Rajah 5.1.4.14 adalah keperluan tenaga

    kerja bagi syarikat. Dipaparkan bahawa 80% Syarikat memerlukan 50% pekerja

    yang berpengetahuan teori dan 50% berkemahiran dalam bidang. Manakala

    keperluan 40% pekerja berpengetahuan teori dan 60% pekerja mahir dipaparkanhanya 20% syarikat yang menyatakan pendirian. Keperluan industri adalah

    berbeza bergantung kepada visi dan misi industri. Oleh yang demikian, industri

    lebih memerlukan pekerja yang mempunyai kemahiran tinggi berbanding dengan

    pengetahuan teori. Secara tidak langsung, ianya selari dengan keperluan pekerja

    mahir dalam bidang industri.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    37/89

    Page 37 of89

    Rajah 5.1.4.15 :Graduat pilihan

    Rajah 5.1.4.15 menunjukkan hasil dapatan tentang graduat pilihan syarikat.

    Sebanyak 80% syarikat memilih graduat berkelulusan diploma, diploma lanjutan

    dan ijazah, berbanding hanya 20% syarikat memilih graduat berkelulusan ijazah.

    Hasil dapatan ini dipengaruhi oleh kewujudan jawatan yang ditawarkan oleh

    syarikat.

    Rajah 5.1.4.16 :Pengkhususan graduat pilihan

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    38/89

    Page 38 of89

    Rajah 5.1.4.16 menunjukkan keperluan pengkhususan graduat pilihan syarikat.

    Dapatan menunjukkan 60% syarikat memerlukan graduat dengan pengkhususan

    hanya dalam bidang kejuruteraan dan 40% memilih graduat pelbagai

    pengkhususan iaitu perniagaan, perdagangan dan kejuruteraan. Hasil dapatan

    ini dipengaruhi oleh kepelbagaian bidang utama syarikat/industri yang terlibat.

    Graduat dengan pengkhususan kejuruteraan menjadi pilihan kerana kemahiran

    dan disiplin kejuruteraan bertepatan dengan kehendak dan keperluan industri.

    Rajah 5.1.4.17 :Kesesuaian PEO (Objektif Pembelajaran Program)

    Rajah 5.1.4.17 menunjukkan kesesuaian objektif pembelajaran program (PEO).

    Hasil dapatan menunjukkan bahawa 100% industri berpendapat bahawa PEO

    program secara keseluruhannya adalah relevan iaitu 40% syarikat menyatakanpendirian sangat relevan dan amat relevan. Sementara 20% lagi adalah relevan.

    Ini kerana program dibangunkan bertujuan untuk memenuhi keperluan dan

    disiplin dalam bidang Kejuruteraan Awam yang selari dengan keperluan industri.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    39/89

    Page 39 of89

    Carta 5.1.4.18 :Kesesuaian PLO (Hasil Pembelajaran Program)

    Rajah 5.1.4.18 menunjukkan kesesuaian hasil pembelajaran program (PLO).

    Secara keseluruhannya hasil dapatan menunjukkan 60% industri berpendapat

    bahawa PLO program adalah sangat relevan manakala selebihnya 40%

    berpendapat bahawa PLO program adalah amat relevan. Dapatan ini

    menggambarkan bahawa PLO bagi program adalah selaras dengan kehendak

    industri.

    Carta 5.1.4.19 : Program dapat melahirkan Tenaga Kerja

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    40/89

    Page 40 of89

    Rajah 5.1.4.19 menunjukkan bahawa 80% syarikat/ industri menyatakan

    pendirian YA dalam menyokong kenyataaan bahawa program dapat

    menghasilkan graduat untuk memenuhi keperluan tenaga kerja pada masa akan

    datang. Selebihnya iaitu 20% menyatakan pendirian TIDAK. Berlakunya

    perbezaan pendapat ini adalah kerana dipengaruhi oleh pilihan graduat oleh

    syarikat yang terlibat. Selain daripada itu kemungkinan juga dipengarahi oleh

    skop atau batasan bidang syarikat itu sendiri.

    Pandangan dan komen industri mengenai program selaras dengan trend semasa

    industri meliputi empat kategori iaitu pengetahuan, kemahiran, teknologi dan

    perspektif keseluruhan program. Berikut adalah komen dan pandangan industri :

    i. Pengetahuan

    a. Daripada pengalaman tanpa sedar kepada pengetahuan yang disedari.

    Apa yang berlaku di sekeliling akan dipelajari dan difahami.

    b. Latihan dimana berkaitan dengan kaedah & bahan-bahan pembinaan

    c. Apabila teknologi baru digunapakai, individu/syarikat memerlukan

    pengetahuan tambahan untuk mengendalikan pelbagai tugasan dan

    lebih berdaya saing.

    ii. Kemahiran

    a. Semakin banyak pembinaan/pembangunan dilaksanakan maka

    kemahiran pekerja akan meningkat dari masa ke semasa.

    b. Penekanan peningkatan kemahiran ICT yang berterusan.

    c. Individu menjadi lebih berkemahiran dalam

    mengendalikan/melaksanakan tugas yang diberikan sekaligus

    meningkatkan kecekapan dan pengeluaran.

    d. Boleh mengendalikan mana-mana mesin.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    41/89

    Page 41 of89

    iii. Teknologi

    a. Pembangunan bukan sahaja memberi kesan kepada sesuatu kawasan

    tetapi juga terhad sosial seperti rekabentuk kediaman, kemudahan dan

    sebagainya.

    b. Penaiktarafan yang berterusan.

    c. Penggunaan system IBS dan EVG dalam pembinaan khasnya untuk

    perumahan kos rendah.

    d. Beralih ke arah automasi.

    Rajah 5.1.4.20 : Perspektif Industri

    Hasil dapatan yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1.4.20 adalah menunjukkan

    bahawa syarikat/industri bersetuju menyatakan bahawa Program Diploma

    Kejuruteraan Awam memenuhi kehendak industri dan boleh menyumbang

    kepada perkembangan industri secara amnya dan pembinaan khususnya.

    Dipaparkan dalam rajah bahawa bahawa 100% secara keseluruhannya

    menyatakan pendirian bersetuju. Ini mengambarkan bahawa program sediaada

    adalah relevan dengan keperluan industri semasa dan dimasa hadapan.

    Oleh yang demikian tidak ada sebab munasabah yang tidak membolehkan atau

    tidak meneruskan kelangsungan Program Kejuruteraan Awam

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    42/89

    Page 42 of89

    5.1.5 Kesediaan Pensyarah

    Borang Soal selidik ini telah diedarkan kepada 29 orang pensyarah Program

    Diploma Kejuruteraan Awam dan pensyarah yang mengajar kursus dibawah

    Program Diploma Kejuruteraan Awam. Objektif utama soal selidik ini adalah

    untuk mendapatkan maklumbalas pensyarah tentang kesediaan pensyarah untuk

    meneruskan kelangsungan Program Diploma Kejuruteraan Awam.

    Dari segi latar belakang secara umumnya kebanyakkan pensyarah dibawah

    Program Diploma Kejuruteraan Awam mempunyai kelulusan akademik yang

    berteraskan pendidikan teknikal daripada pelbagai institusi pengajian awam

    (IPTA). Selain itu pensyarah-pensyarah juga mempunyai latihan ikhtisas

    pendidikan serta pengkhususan dalam teknikal amnya, menghadiri kursus-

    kursus Ilmiah dan Ikhtisas yang memadai untuk mengendalikan proses

    pengajaran dan pembelajaran bagi Program Diploma Kejuruteraan Awam

    Lampiran 3(b) menunjukkan perincian senarai, bidang pengkhususan dan

    pengalaman pengajaran kursus pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam

    Politeknik Kota Kinabalu sehingga Januari 2012 mengikut kategori.

    Rajah 5.1.5.1:Pemahaman PLO oleh pensyarah

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    43/89

    Page 43 of89

    Rajah 5.1.5.1 menunjukkan hasil dapatan pemahaman PLO dikalangan

    pensyarah Program Diploma Kejuruteraan. Sebanyak 75% pensyarah

    menyatakan setuju dan 11% menyatakan sangat bersetuju, telah memahami

    PLO program yang diajar. Manakala yang selebihnya tidak pasti dan tidak

    bersetuju iaitu masing-masing. Hasil dapatan ini mungkin dipengaruhi oleh

    tempoh pengalaman mengajar dikalangan pensyarah.

    Rajah 5.1.5.2:Pemahaman PEO oleh pensyarah

    Merujuk kepada dapatan yang ditunjukkan dalam Rajah 5.1.5.2 pemahaman

    PEO oleh pensyarah. Hasil dapatan menunjukkan 64% pensyarah setuju telah

    memahami PEO program yang diajar, 11% sangat bersetuju, 18% tidak pasti,

    dan 8% selebihnya tidak setuju dan sangat tidak setuju iaitu masing-masing

    sebanyak 4%. Hasil dapatan ini adalah kesinambungan daripada pemahaman

    pensyarah tentang PLO program. Kedua-dua item ini saling berkait antara satu

    sama lain. Oleh yang demikian sekiranya seorang pensyarah tidak memahami

    PLO maka secara tidak langsung tidak atau kurang memahami PEO program.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    44/89

    Page 44 of89

    Rajah 5.1.5.3:Bilangan Pensyarah

    Untuk mengendalikan sesuatu proses perlu ada jentera pelaksana. Bagi Program

    Diploma Kejuruteraan Awam jentera pelaksananya adalah terdiri daripada

    pensyarah. Bilangan Pensyarah yang mencukupi atau memadai bilangannya

    menggambarkan bahawa sesuatu program itu boleh dilaksanakan dengan

    jayanya.

    Rajah 5.1.5.3 menunjukkan Program Diploma Kejuruteraan Awam mempunyai

    bilangan pensyarah yang mencukupi. Dalam rajah tersebut dapat dilihat hasil

    dapatan 71% pensyarah bersetuju, 7% sangat setuju, 11% tidak setuju, 4%

    sangat tidak setuju dan selebihnya 11% tidak pasti. Perbezaan pendirian

    dikalangan pensyarah mungkin disebabkan bilangan pensyarah yang mengajar

    setiap kursus adalah tidak sama dan kadangkala terdapat pensyarah yang

    mengajar lebih daripada satu kelas untuk kursus yang sama. Walau

    bagaimanapun sekiranya mengikut norma tempoh masa mengajar seorang

    pensyarah sebanyak 16 jam, pada dasarnya bilangan pensyarah bagi Program

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    45/89

    Page 45 of89

    Diploma Kejuruteraan Awam jauh lebih mencukupi dan memadai untuk proses

    P&P dijalankan.

    Rajah 5.1.5.4: Kesediaan Pensyarah mengajar bukan bidang kelayakan

    Rajah 5.1.5.4 menunjukan kesediaan pensyarah mengajar kursus bukan bidang

    kelayakan. Hasil dapatan menunjukkan 39% pensyarah bersetuju, 11% sangat

    setuju, 21% tidak setuju, 4% sangat tidak setuju dan 25% tidak pasti. Hasil

    dapatan ini mungkin dipengaruhi oleh kandungan kursus yang diambil oleh

    pensyarah di institusi pengajian berbeza dengan kursus yang ditawarkan oleh

    program. Kadangkala terdapat nama kursus yang sama tetapi berbeza dari isi

    kandungannya. Walau bagaimanapun masalah ini dapat diatasi dengan

    menghadiri kursus-kursus dalaman yang bertujuan untuk meningkatkan proses

    P&P yang dianjurkan oleh pihak Politeknik Kota Kinabalu ataupun pihak luar.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    46/89

    Page 46 of89

    Rajah 5.1.5.5:Latihan Tambahan

    Kesinambungan daripada hasil dapatan pada rajah terdahulu, Rajah 5.1.5.5pula

    menunjukkan kesediaan pensyarah untuk menghadiri sebarang latihan tambahan

    sekiranya diberikan tugas mengajar tidak mengikut kelayakan. Paparan

    menunjukkan sebanyak 54% sangat setuju, 43% setuju dan 4% selebihnya tidak

    pasti. Peratusan pensyarah bersetuju dan sangat bersetuju ini turut

    menyelesaikan masalah sekiranya kekurangan tenaga pengajar bagi setiap

    program yang ditawarkan di Politeknik Kota Kinabalu.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    47/89

    Page 47 of89

    Rajah 5.1.5.6:ABBM yang bersesuaian adalah mencukupi

    Selain daripada bilangan pensyarah, alat dan bahan bantu mengajar (ABBM)

    juga menyumbang kepada kelancaran perjalanan proses setiap program. Rajah

    5.1.5.6adalah merujuk kepada persetujuan pensyarah tentang kedudukan ABBM

    yang terdapat dan disediakan oleh Program Diploma Kejuruteraan Awam.

    Sebanyak 18% setuju, 14% tidak pasti, 57 % tidak bersetuju dan 11% sangat

    tidak setuju. Hasil dapatan ini dipengaruhi teknologi terkini yang diaplikasikan

    dalam Program Diploma Kejuruteraan Awam. Selain itu ianya juga dipengaruhi

    oleh pertambahan bilangan kelas dan pelajar. Masalah ketidakcukupan ABBM

    ini boleh diselesaikan dengan kepelbagaian teknik P&P dan kreativiti pensyarah.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    48/89

    Page 48 of89

    Rajah 5.1.5.7:Program Diploma Kejuruteraan Awam

    Rajah 5.1.5.7 menunjukkan Program Diploma Kejuruteraan Awam mendapat

    permintaan tinggi dikalangan pemohon. Hasil dapatan menunjukkan 100%

    pensyarah bersetuju menyatakan bahawa Program Diploma Kejuruteraan

    mendapat sambutan yang tinggi dikalangan pemohon. Ini mungkin disebabkan

    peluang pekerjaan dalam bidang kejuruteraan semakin meluas sejajar dengan

    perkembangan terkini industry. Oleh yang demikian program ini amat munasabah

    untuk diteruskan.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    49/89

    Page 49 of89

    Rajah 5.1.5.8:Graduan Program Diploma Kejuruteraan Awam masih di perlukan

    oleh industri

    Rajah 5.1.5.8 merujuk kepada pendirian pensyarah yang menyatakan bahawa

    graduan Program Diploma Kejuruteraan Awam masih diperlukan oleh industri.

    Selaras dengan Misi dan Visi Politeknik Kota Kinabalu, rajah tersebut

    menunjukkan 100% pensyarah setuju dan sangat setuju menyokong kenyataan

    graduan bagi Program Diploma Kejuruteraan awam. Ini menunjukkan Program

    Diploma Kejuruteraan Awam adalah relevan dengan keperluan pihak industri.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    50/89

    Page 50 of89

    Rajah 5.1.5.9:Program masih relevan

    BerdasarkanRajah 5.1.5.9 Program masih relevan. Hasil dapatan menunjukkan

    100% pensyarah menyatakan pendirian setuju dan sangat setuju iaitu 29% dan

    71% bahawa Program Diploma Kejuruteraan Awam masih releven dan tidak ada

    sebab kelangsungan program ini dihentikan.

    Pada keseluruhan dapatlah dirumuskan bahawa Program Diploma Kejuruteraan

    Awam adalah releven dengan keperluan industri. Dengan adanya pensyarah-

    pensyarah yang berkemahiran dalam bidang dan kesediaan menjalani latihan

    tambahan bagi mereka yang diberi tugasan mengajar bukan bidang dapat

    menjamin segala pengurusan berkaitan dengan Program Diploma Kejuruteraan

    Awam dapat dijalankan dengan lancar. Oleh yang demikian dapat dinyatakan

    pensyarah tidak mempunyai halangan untuk meneruskan kelangsungan Program

    Diploma Kejuruteraan Awam.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    51/89

    Page 51 of89

    Antara pendapat yang dikemukakan oleh pensyarah adalah seperti berikut:-

    1. Pembangunan industri binaan masih menggunakan teknologi yang

    terdapat dalam sukatan kursus/matapelajaran.

    2. Program Diploma Kejuruteraan Awam mendapat permintaan yang ramai.

    3. Bidang ini sangat luas dan tidak tertakluk pada bidang pembinaan

    infrastruktur sahaja. Malaysia pada masa kini masih pesat membangun

    dari segi pembangunan infrastruktur dan rekabentuk.

    4. Keperluan industri binaan yang masih berkembang pesat.

    5. Masih diperlukan oleh industri

    6. Mendapat respon yang positif dari segi permintaan daripada pihak industri

    tertentu.

    7. Permintaan yang tinggi dari pihak industri.

    8. Negara yang masih proses pembangunan memerlukan pakar-pakar dalam

    bidang kejuruteraan.

    9. Sektor pembinaan banyak memerlukan tenaga pekerja Diploma

    Kejuruteraan Awam.

    10.Bidang kejuruteraan awam untuk tenaga kerja yang masih diperlukan.

    11.Prospek kerja di pasaran amat memerlukan tenaga kerja dalam bidang

    kejuruteraan awam.

    12. Lepasan graduan Diploma Kejuruteraan Awam sangat diperlukan di

    industri tetapi kokurikulum perlu sesuai dengan kehendak industry.

    13.Melahirkan tenaga mahir tempatan memasuki pasaran sebenar mengikut

    bidang kemahiran yang dimiliki membantu mencapai pertumbuhan

    ekonomi melalui pendidikan yang tinggi melalui pembangunan sumber

    mausia di politeknik.

    14.Diperlukan oleh pelajar untuk bekerja di bidang kejuruteraan awam.

    15.Sebagai satu syarat bagi pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat

    ijazah.

    16. Industri dalam bidang pembangunan jalan raya serta bidang yang

    berkaitan sentiasa berkembang mengikut arus kemodenan. Oleh itu

    tenaga kerja dalam bidang ini sentiasa diperlukan.

    17.Keperluan untuk sektor pembinaan.

    18.Kandungan kursus sangat bermanfaat.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    52/89

    Page 52 of89

    19. Silibus masih relevan dengan keperluan industri.

    20. Permintaan tinggi bagi tenaga kerja dari industri daripada graduan

    Program Diploma Kejuruteraan Awam.

    5.2 Berasaskan Data Sekunder

    5.2.1 Program Transformasi Ekonomi Menyokong PerkembanganIndustri Binaan

    Industri pembinaan memainkan peranan yang sangat penting dalam

    menjayakan dasar dan strategi utama negara pada hari ini di samping

    memberikan sumbangan yang sangat signifikan kepada pertumbuhan

    ekonomi negara kerana ia mempunyai pengganda pantas untuk

    menggerakkan sektor ekonomi lain. Dalam Rancangan Malaysia ke-10

    (RMKe10) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP), nilai projek yang

    telah dikenal pasti adalah bernilai hampir RM90 bilion (Pelan Strategik

    2011-2012 Kementerian Kerja Raya Malaysia, KKR).

    Menjelang tahun 2020, industri binaan global akan bernilai USD 12.7 trilion pertumbuhan sebanyak 70% berbanding tahun 2009 sebanyak USD 7.5

    trilion. Selain itu, pembinaan infrastruktur menjadi pemangkin utama industri

    binaan negara yang sedang pesat membangun dengan pertumbuhan

    sebanyak 128%. (Sumber: Global Construction Perspectives and Oxford

    Economics(2009), dipeti dalamPelan Strategik 2011-2012 KKR Malaysia).

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    53/89

    Page 53 of89

    Rajah 5.2.1.1:Pelan Strategik KKR dan agenda nasional

    Jadual 5.2.1.1:Jawatan dan pengisian di KKR dan Agensi terlibat

    Kementerian Kerja Raya telah melancarkan Pelan Strategik KKR, di mana

    Jadual 5.2.1.1 menunjukkan kekosongan jawatan di Jabatan Kerja Raya

    lebih banyak berbanding dengan kementerian atau agensi lain.

    Merujuk Jadual 5.2.1.2: Tenaga Buruh, Guna Tenaga mengikut sektor,

    2001-2007 (Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia), sektor pembinaan

    mengalami peningkatan guna tenaga yang positif selepas tahun 2004.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    54/89

    Page 54 of89

    Jadual 5.2.1.2:Tenaga Buruh, Guna Tenaga mengikut sektor, 2001-2007(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia)

    ('000)

    Guna Tenaga Mengikut Sektor/Employment by Sector

    Tahun S1 S2 S3 S4 S5 S6 S7 S8 S9

    Year

    2001 1,416 27 2,184 830 57 468 2,043 574 1,758

    2002 1,425 28 2,069 905 51 497 2,113 638 1,819

    2003 1,408 30 2,131 943 58 482 2,236 628 1,955

    2004 1,453 35 2,023 891 58 533 2,305 695 1,988

    2005 1,470 36 1,989 904 57 545 2,292 706 2,045

    2006 1,504 42 2,083 909 75 540 2,372 751 2,000

    2007 1,558 39 1,977 923 61 538 2,473 840 2,129

    Nota/Note:

    S1: Pertanian, Pemburuan, Perhutanan & Perikanan/Agriculture, Hunting, Forestry & Fishing

    S2: Perlombongan & Kuari/Mining & Quarrying

    S3: Pembuatan/Manufacturing

    S4: Pembinaan/Construction

    S5: Elektrik, Gas dan Air/Electricity, Gas & Water

    S6: Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi/Transport, Storage & CommunicationsS7: Perdagangan Jual Borong dan Jual Runcit, Pembaikan Kenderaan Bermotor, Motosikal, Barangan Persendirian & Isi Rumahdan Hotel & Restoran

    Wholesale & Retail Trade, Repair of Motor Vehicles, Motorcycles, Personal & Household Goods and Hotels & RestaurantsS8: Pengantaraan Kewangan, Aktiviti hartanah, Penyewaan dan Perniagaan/Financial Intermediation, Real Estate, Renting andBusiness Activities

    S9: Perkhidmatan-perkhidmatan lain/Other Services

    Dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP), 45% atau 1.5 juta daripada

    3.3 juta peluang pekerjaan yang akan diwujudkan menjelang 2020 adalah

    dalam bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional. Daripada 1.5 juta

    tersebut, politeknik mensasarkan sebahagian besar graduat yang dihasilkan

    adalah untuk menampung keperluan tenaga kerja dalam 11 Bidang

    Ekonomi Utama Negara (NKEA). Menurut Laporan Program Transformasi

    Ekonomi (ETP), bagi memperkasakan sektor pembinaan tumpuan terhadap

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    55/89

    Page 55 of89

    empat kawasan serantau - Koridor Utara, Lembah Klang, Johor serta

    Sabah dan Sarawak akan dipertingkatkan pada masa akan datang. .

    5.2.2 Inisiatif kerajaan untuk memperkukuhkan Industri Pembinaan

    Kerajaan sejak beberapa dekad yang lalu, sememangnya menumpukan

    kepada pembangunan fizikal yang dapat menjana pertumbuhan ekonomi

    dan memastikan kesejahteraan rakyat didahulukan. Kerajaan hari ini juga

    akan terus memastikan penglibatan berterusan dari penggiat industri

    pembinaan serta membuka peluang-peluang untuk mereka dalam agenda

    pembangunan Negara. Oleh yang demikian, pada masa ini terdapat banyaksyarikat-syarikat pembinaan yang berkemampuan serta berkapasiti untuk

    melaksanakan projek-projek bukan sahaja di dalam, mahu pun di luar

    negara. Oleh yang demikian, bagi merebut peluang yang diberikan, industri

    pembinaan perlu meningkatkan prestasi dan kecekapan guna tenaga dalam

    sektor pembinaan. Ke arah ini, kerajaan melalui agensi-agensi seperti CIDB

    akan terus melaksanakan program-program peningkatan kapasiti dan

    kapabiliti seperti latihan industri, meluaskan jaringan bisnes binaan,

    menambahbaik proses pembinaan serta mempromosi teknologi pembinaan

    yang terkini. (http://www.pmo.gov.my/tpm/?frontpage/speech/detail/1909, 24

    April 2012)

    5.2.3 Amanat YB Menteri Pengajian Tinggi 2011 Ke arah

    Memperkasakan Bidang Kejuruteraan Awam.

    Merujuk kepada Amanat YB Menteri Pengajian Tinggi 2011 pada 17

    Januari 2011, Politeknik diberi perhatian khusus untuk menangani

    perubahan ekosistem pengajian tinggi negara yang bukan sahaja

    memerlukan modal insan berilmu tinggi tetapi juga berkemahiran tinggi.

    Negara kita perlu meningkatkan peratusan tenaga kerja berkemahiran

    tinggi daripada 23% kepada 37% menjelang tahun 2015. Justeru,

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    56/89

    Page 56 of89

    Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET) perlu

    diarusperdanakan sebagai langkah merealisasi sasaran negara. Ini

    termasuk membetulkan pandangan masyarakat terhadap imej TVET.

    Selain itu, laluan pendidikan dan latihan bidang TVET dibangunkan

    daripada peringkat menengah tinggi sehingga peringkat pengajian tinggi.

    Seperti yang diumumkan oleh YB Menteri, KPT telah memutuskan untuk

    mengembalikan peranan asal keempat-empat universiti teknikal sedia ada

    iaitu Universiti Tun Hussein Onn (UTHM), Universiti Teknikal Malaysia

    Melaka (UTeM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Universiti

    Malaysia Pahang (UMP). Ini akan meluaskan peluang pelajar politeknik

    bagi melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana Muda di samping

    menjadifeederkepada empat IPTA di bawah jaringan Malaysia Technical

    University Network(MTUN).

    Institusi politeknik negara juga akan terus melalui fasa pemantapan dan

    pembaharuan sesuai dengan kedudukannya sebagai peneraju dalam

    pengajian TVET. Dengan menyasarkan pengeluaran seramai 680,000

    orang pekerja separa mahir di peringkat diploma dengan mengambil kira

    sumbangan institusi lain termasuk dari swasta, negara memerlukan 11

    buah lagi politeknik baharu iaitu penambahan tiga (3) buah politeknik

    konvensional, lapan (8) politeknik metro selain enam (6) buah politeknik

    yang dinaik taraf supaya dengan itu, kita boleh menampung enrolmen

    seramai 150,000 orang setahun.

    5.2.4 Kajian Ec o n o m i c P la n n in g U n i t (EPU) Terhadap Keperluan

    Bidang Kejuruteraan Awam Pada Masa Akan Datang.

    Menurut Kajian yang dibuat oleh pihak EPU menunjukkan Malaysia masih

    lagi ketinggalan daripada aspek bilangan tenaga kerja mahir berbanding

    dengan beberapa buah negara maju. Pada tahun 2008, peratusan tenaga

    kerja mahir adalah 25.9 peratus iaitu lebih rendah daripada negara-negara

    lain seperti Ireland (38.9%), Australia (42.9%), Finland (44.5%) dan

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    57/89

    Page 57 of89

    Singapura (52.8%). Kajian yang sama juga menunjukkan bidang-bidang

    yang menyumbang kepada pekerjaan berpendapatan tinggi menjelang

    tahun 2020 seiring dengan Model Baru Ekonomi ialah kewangan (31%),

    pelancongan (25%), perniagaan (13.8%), elektrik dan elektronik (8.8%),

    penjagaan kesihatan (6.4%), pemborongan dan peruncitan (5.6%),

    telekomunikasi (3.9%), pertanian (2.9%), kelapa sawit (1.9%) dan Oil and

    Gas Technology(0.9%). Buat masa ini, nisbah graduat yang dihasilkan di

    politeknik mengikut bidang ialah, kejuruteraan (40%), elektrik dan

    elektronik (25%), perdagangan (20%), hospitaliti (5%) dan teknologi

    maklumat (7%) dan lain-lain (3%) yang merangkumi industri makanan,

    perkapalan, reka bentuk dan penyelenggaraan pesawat. Jika

    dibandingkan nisbah tersebut, jelas menunjukkan, politeknik perlu

    melakukan penjajaran semula penawaran program pengajian baharu bagi

    memenuhi keperluan Model Baharu Ekonomi dalam masa terdekat dan

    mempakej semula program sedia ada seiring dengan keperluan industri

    masa kini dan masa hadapan.

    Berdasarkan perancangan Unit Perancang Ekonomi (Jadual 5.2.4) yang

    menunjukkan unjuran jumlah pekerja dan tahun bagi tempoh 2005-2020,

    tenaga kerja berpendidikan tertiari di Malaysia merangkumi 33% daripada

    34.75 penduduk Malaysia menjelang 2020.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    58/89

    Jad

    5.2.5 Guna Te

    Jadual 5.2.5.1 m

    2000 hingga 201

    Ekonomi (EPU). D

    bidang kejuruter

    peratusannya me

    hingga 28.2%.

    ual 5.2.4: Jumlah Tenaga Kerja 2005-20

    aga Mengikut Kumpulan Pekerjaan U

    enunjukkan keperluan kumpulan peke

    0 yang diperolehi sumber daripada U

    idapati bahawa guna tenaga pekerjaan

    an iaitu hampir 3.4 juta pada t

    ingkat bermula tahun 2000 hingga

    Page 58 of89

    20

    ama, 2000-2010

    rjaan bagi tahun

    nit Perancangan

    khususnya dalam

    hun 2010 dan

    010 iaitu 24.7%

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    59/89

    Page 59 of89

    KUMPULANPEKERJAAN

    (' 000 ORANG) % DARIPADA JUMLAH

    2000 2005 2010 2000 2005 2010

    PEGAWAI KANAN &PENGURUS

    639.9 871.6 1018 6.9 8 8.5

    PROFESIONAL 537.9 680.9 778.4 5.8 6.2 6.5

    JURUTEKNIK&PROFESIONALBERSEKUTU

    1112.9 1430.5 1580.8 12 13.1 13.2

    JUMLAH 2290.7 2983 3377.2 24.7 27.3 28.2

    Jadual 5.2.5.1: Guna Tenaga Mengikut Kumpulan Pekerjaan Utama, 2000 - 2010

    Jadual 5.2.5.2 menunjukkan bahawa enrolmen yang diperolehi daripada

    KPTM dalam keperluan pendidikan peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana

    Muda semakin meningkat iaitu antara 200 ribu hingga 480 ribu bagi program

    Diploma. Manakala bagi program Ijazah Sarjana Muda enrolmennya adalah

    antara 200 ribu hingga 430 ribu. Ini menunjukkan pendidikan peringkat

    Diploma dan Ijazah Pertama semakin meningkat.

    Menurut Jabatan Perangkaan bahawa 77 peratus tenaga kerja dalam

    kalangan rakyat Malaysia atau 60 peratus daripada penduduk negara ini,

    memulakan pekerjaan mereka dengan kelulusan SPM atau setaraf pada

    2007.

    Jadual 5.2.5.2: Pembangunan Sumber Manusia Berdasarkan Enrolmen di

    Institusi Pendidikan, 2000-2010

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    60/89

    Page 60 of89

    6.0 JUSTIFIKASI PENAWARAN PROGRAM

    Cadangan untuk mengekalkan kelangsungan Program Diploma

    Kejuruteraan Awam adalah berdasarkan kedudukan Politeknik Kota

    Kinabalu yang terletak di kawasan perindustrian dan satu-satunya

    politeknik di negeri Sabah yang menawarkan Program Diploma

    Kejuruteraan Awam. Selain daripada itu, dengan mengekalkan

    kelangsungan Program Diploma Kejuruteraan Awam akan memberi

    peluang kepada penduduk negeri Sabah khususnya untuk melanjutkan

    pelajaran dalam bidang kejuruteraan awam di negeri sendiri terutama bagi

    mereka yang tidak mempunyai kemampuan kewangan untuk melanjutkan

    pelajaran di Semenanjung. Industri berdekatan juga akan mendapat

    manfaat kerana boleh mengambil pelajar menjalani latihan industri dan

    sekaligus menawarkan pekerjaan setelah pelajar ini tamat penggajian.

    Keadaan ini akan menjimatkan tempoh masa industri melatih pekerja.

    Selain daripada itu, cadangan untuk mengekalkan kelangsungan

    Program Diploma Kejuruteraan Awam adalah berdasarkan kedudukan

    PKK yang terletak berdekatan dengan Kota Kinabalu Industrial Park

    (KKIP) seiring dengan permintaan sektor pembinaan di kawasan sekitar

    bagi menampung pembinaan kilang-kilang baru, projek-projek perumahan,

    pembinaan pusat membeli belah serta menyediakan mahu pun

    memperbaiki sistem pengangkutan jalan, sistem pengairan dan saliran

    bagi kemudahan infrastuktur dan prasarana di Sabah.

    6.1 Kesediaan Pensyarah

    Pada masa ini terdapat seramai 29 orang pensyarah yang mempunyai

    latar belakang dan pengalaman mengajar dalam bidang kejuruteraan

    awam. Merujuk kepada Lampiran 3(a) seramai 24 orang pensyarah

    mempunyai latihan ikhtisas pendidikan. Pensyarah yang tidak mempunyai

    latihan ikhtisas pendidikan akan diberikan Kursus Kepimpinan

    Instruksional dan Pembangunan Andragogi (KIPA) selama 2 dua minggu.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    61/89

    Page 61 of89

    Dengan bilangan yang sediaada dan penganjuran kursus-kursus Ilmiah

    sudah cukup memadai untuk mengendalikan Program Diploma

    Kejuruteraan Awam.

    Lampiran 3(b)menunjukkan perincian senarai, bidang pengkhususan dan

    pengalaman pengajaran kursus pensyarah yang mengajar Program

    Diploma Kejuruteraan Awam sehingga Januari 2012 mengikut kategori.

    6.2 Kesediaan Industri

    Rajah 6.2.1 : Perspektif Industri

    Berdasarkan Rajah 6.2.1 majoriti responden bersetuju bahawa Program

    Diploma Kejuruteraan Awam adalah relevan dan memenuhi kehendak

    serta keperluan industri dari semasa ke semasa dari segi tenaga buruh

    separuh mahir.

    Pada dasarnya Diploma Kejuruteraan Awam membekalkan pekerja

    separuh mahir dalam industri pembinaan khususnya. Dari sudut prospek

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    62/89

    Page 62 of89

    pekerjaan graduan Diploma kejuruteraan boleh berkhidmat dalam sektor

    awam dan juga swasta sebagai:

    Juruteknik

    Penyelia Tapak Kerani Kerja Binaan

    Kontraktor

    Pembantu Penyelidik

    Pembantu Jurutera Kawalan Kualiti

    Perkembangan Industri Binaan yang semakin pesat dan keadaan ekonomi

    Negara yang semakin meningkat boleh mewujudkan perjawatan-perjawatan baru dan peluang-peluang baru bagi graduan Program

    Diploma Kejuruteraan Awam.

    6.3 Kesediaan Pelajar dan Alumni

    Kewujudan sesebuah institusi pendidikan itu amat berkait rapat dengan

    adanya permintaan daripada pelanggan itu sendiri iaitu pelajar. Seperti

    mana dengan program-program lain, bidang kejuruteraan awam juga

    adalah antara program yang mendapat permintaan yang tinggi pada

    setiap semester di Politeknik-Politeknik yang ada menawarkan program

    ini.

    Permintaan dalam bidang ini bukan sahaja di peringkat diploma malah di

    peringkat ijazah serta peringkat sarjana. Ini boleh dilihat daripada hasil

    kajian soal selidik terhadap kesediaan pelajar kejuruteraan awam yang

    berada di semester akhir untuk melanjutkan pengajian dalam bidang yang

    sama. Seramai 92% pelajar berminat untuk melanjutkan pengajian di

    peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam.

    Selain daripada itu, kajian soal selidik juga dilakukan ke atas pelajar

    alumni yang telah menamatkan pengajian sebelum tahun 2008 sehingga

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    63/89

    Page 63 of89

    2011. Seramai 19 orang alumni telah terlibat dalam kajian soalselidik ini.

    Hasil daripada maklum balas yang diterima 100% berminat untuk

    melanjutkan pengajian sama ada di peringkat Diploma Lanjutan maupun

    di peringkat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam. Institusi yang

    menjadi pilihan adalah sama ada di Politeknik yang menawarkan Diploma

    Lanjutan maupun di Universiti.

    7.0 IMPLIKASI PELAKSANAAN

    7.1 Ruang Dan Peralatan

    Kemudahan bilik kuliah sediada sebanyak 20 buah yang boleh

    memuatkan 55 pelajar. Sebuah dewan kuliah berhawa dingin juga

    disediakan yang boleh memuatkan100 pelajar.

    Kemudahan prasarana makmal-makmal dan bengkel-bengkel yang

    dilengkapi dengan peralatan turut disediakan. Peralatan dan kemudahan

    fizikal ini di sediakan berdasarkan kepada bilangan normal pelajar

    semasa. Penambahan peralatan dan kemudahan fizikal walau bagaimana

    pun sentiasa di cadangkan secara berterusan oleh jabatan melalui

    Anggaran Mengurus Tahunan dan Projek Rancangan Malaysia.

    RujukLampiran 4untuk melihat senarai kemudahan ruang dan senarai

    peralatan yang ada dalam Program Diploma Kejuruteraan Awam,

    Politeknik Kota Kinabalu.

    7.2 Kurikulum

    Kurikulum yang mantap telah dibangunkan berdasarkan kepada teknologi

    dan kehendak semasa. Pihak yang terlibat secara langsung dalam

    membangunkan bidang Kejuruteraan Awam sama ada dari sektor

    kerajaan dan swasta dijemput bersama untuk memberi input dan

    membangunkan kurikulum nanti. Standard Kemahiran Pekerjaan

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    64/89

    Page 64 of89

    Kebangsaan (SKPK) perlu dirujuk disamping piawaian antarabangsa NOS

    (UK), National Occupational Classification (NOC) Canada dan lain-lain

    standard pekerjaan antarabangsa. Perbandingan jumlah unit duti

    pekerjaan diantara SKPK (NOSS) dengan NOS (UK).

    Manakala rekabentuk struktur program pengajian di peringkat diploma

    (tahap 4) perlulah merujuk kepada standard MQA (MAL), NQF (UK), NVQ

    (UK), AQF (AUS), NZQA (New Zealand) dan lain-lain standard

    antarabangsa. Dengan merujuk kepada standard pekerjaan yang

    dibangunkan oleh LANTRA (UK).

    UNESCO melalui International Standard Classification of Education

    (ISCED 1997) telah mengklasifikasikan program pengajian diperingkat

    tertiari ialah seperti berikut :

    i. Akademik kurang dari 25% kandungan vokasional/teknikal

    ii. TVET lebih dari 25% kandungan vokasional /teknikal

    Rekabentuk program pengajian diperingkat diploma perlu merujuk kepada

    ISCED97 dengan tahap pengajian sepertiJadual 7.2:

    Bil

    Sistem

    Pendidikan

    ISCED97

    Post Secondary

    [Non-Tertiary]

    [4A]

    Academic

    Post

    Secondary

    [Non-Tertiary]

    [4B]

    Skill

    1s

    Stage Tertiary 2nd Stage

    Tertiary

    Diploma

    Adv. Diploma

    [5B]

    Hibrid Sys.

    Degree

    Master

    [5A]

    Academic

    Hybrid Sys.

    PhD

    [6]

    Fully

    Academic

    1

    Malaysia Matrikulasi

    ILP, ADTEC

    IKBN,IKTBN,IKM

    GIAT MARA

    Politeknik

    U-College

    University

    U-College

    University

    Research U

    2 Singapore Junior College ITE Polytechnic University University

    Jadual 7.2 :Benchmark Sistem Pendidikan Politeknik dengan Sistem

    Pendidikan Singapura & ISCED97

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    65/89

    Page 65 of89

    Sistem pendidikan di politeknik mengikut standard ISCED97 adalah

    didalam kategori 1st stage tertiary-(5B) dan boleh menawarkan program

    sehingga peringkat Master. Bagaimanapun dengan Akta Pendidikan 96

    dan Akta MQA 2007, Politeknik hanya boleh menawarkan program hingga

    ke tahap MQA-5 iaitu Diploma Lanjutan sahaja.

    Program diploma politeknik perlu mengandungi minima subjek/kursus

    yang bercirikan pekerjaan (world of work) sebanyak 25% dari keseluruhan

    kandungan silibus. Latihan industri adalah ciri utama yang perlu ada bagi

    semua sistem pendidikan politeknik di Malaysia. Ciri-ciri lain kurikulum

    bagi program ini ialah komponen kursus-kusus wajib, kursus berbentuk

    akademik, teknologi dan soft-skill. Projek tahun akhir adalah untuk

    menguji kreativiti dan daya kritis pelajar (creative and critical thinking).

    Perbezaan ketara diantara program pengajian politeknik dengan sistem

    pengajian diploma TVET di institusi lain ialah seperti berikut

    1. Bercirikan pendidikan vokasional & teknikal yang broad-based

    (TVE).

    2. Komponen akademik bagi laluan ke peringkat lebih tinggi

    3. hands-on dengan nisbah teori : praktikal [40 : 60]

    4. Latihan industri (Industrial Training) ( 5 bulan)

    5. Projek pelajar tahun akhir (Creative & Critical Thinking)

    6. GSA, Key Skill (SVQ), Core Skill (NQF)

    7. 8 domain MQF dan badan profesional seperti EAC

    8. Benchmark kepada framework antarabangsa seperti NQF, EQF,

    AQF, NZQF dan Standard pekerjaan seperti NOS (UK), NOC

    (Canada) dan lain-lain.

    Rujukan juga perlu dilakukan keatas program sedia ada IPTA/IPTS yang

    diktiraf JPA/MQA bagi memudahkan artikulasi dan laluan pelajar (mobility)

    bagi membuka laluan kerjaya mereka. Walaupun peranan politeknik

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    66/89

    Page 66 of89

    adalah untuk memenuhi keperluan segera tenaga kerja diperingkat

    eksekutif pertengahan atau separa profesional, tetapi ruang untuk

    meneruskan pengajian diperingkat lebih tinggi perlu diberikan sekurang-

    kurangnya kepada 10% graduan yang cemerlang. Program berkembar

    dengan universiti luar negara juga perlu diberi keutamaan bagi

    memantapkan lagi proses transformasi sistem pendidikan politeknik di

    Malaysia.

    7.3 Tenaga Pengajar/Pensyarah

    Pada masa ini terdapat seramai 29 orang pensyarah yang mempunyai

    latar belakang dan pengalaman mengajar dalam bidang Kejuruteraan

    Awam. Pensyarah-pensyarah ini mempunyai latihan Ikhtisas pendidikan

    serta pengkhususan dan jumlah tersebut mencukupi untuk mengendalikan

    serta melaksanakan kursus-kursus Ilmiah dan Ikhtisas bagi Program

    Diploma Kejuruteraan Awam

    Lampiran 3(b)menunjukkan perincian senarai, bidang pengkhususan dan

    pengalaman pengajaran kursus pensyarah bagi Program Diploma

    Kejuruteraan Awam sehingga januari 2010 mengikut kategori.

    7.4 Kebolehpasaran Pelajar

    Timbalan Perdana Menteri juga telah menyatakan bahawa transformasi

    mengenai latihan vokasional perlu dibuat berdasarkan keperluan industri

    bagi memenuhi permintaan dalam pasaran kerja. Disebabkan itu di

    peringkat kementerian, kerajaan telah mula mengorak langkah untuk

    memasuki bidang vokasional secara besar-besaran. Sasarannya ialah

    daripada 10 peratus pelajar mengikuti pendidikan teknik dan vokasional

    sedia ada sekarang akan dapat ditingkatkan kepada 20 peratus menjelang

    2015. Selain itu, politeknik dan pihak industri akan terus memeterai MoU

    dengan tujuan bagi meningkatkan kebolehpasaran pelajar serta

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    67/89

    Page 67 of89

    memastikan graduan politeknik menjadi pilihan utama pihak majikan

    antara institusi di Malaysia.

    8.0 KESIMPULAN

    Berdasarkan kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa program

    D ip lo m a K ej ur ut er aan A w am mendapat sokongan penuh untuk

    dilaksanakan di Politeknik dan program ini dijangka akan mampu

    menampung keperluan tenaga kerja yang berkemahiran serta diperlukan

    oleh sektor binaan dan kejuruteraan awam.

    9.0 KELULUSAN YANG DIPOHON

    Ahli mesyuarat Pengurusan JPP dipohon menimbang untuk mengekalkan

    kelangsungan Program Diploma Kejuruteraan Awam di Politeknik Kota

    Kinabalu, Sabah.

    10. SENARAI RUJUKAN/BIBLIOGRAFI

    Amanat YB Menteri Pengajian Tinggi 2011 pada 17 Januari 2011

    Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pengajian Tinggi

    Malaysia; Perangkaan Pengajian Tinggi Malaysia 2008 from

    http://www.mohe.gov.my

    Jabatan Pengajian Politeknik, Laporan Kajian Pengesanan Graduan

    Politeknik 2007 dan 2008

    Jabatan Pengajian Politeknik. (2009). Hala Tuju Transformasi Politeknik.

    Putrajaya: Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

    Majlis Penasihat Ekonomi Negara. (2010). Model Baru Ekonomi Untuk

    Malaysia Bahagian Akhir. Kuala Lumpur: Percetakan Nasional

    Malaysia Berhad.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    68/89

    Page 68 of89

    Ministry of International Trade and Industry. Third Industrial Master Plan

    (IMP3) 2006 - 2010 from http://www.dof.gov.my/55

    National Economic Advisory Council (NEAC), New Economic Model for

    Malaysia (NEM) from http://www.epu.gov.my

    Program Transformasi Ekonomi. (2010). Putrajaya: Performance

    Management And Delivery Unit (PEMANDU). Jabatan Perdana

    Menteri.

    Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011-2015). (2010). Putrajaya: Unit

    Rancangan Ekonomi. Jabatan Perdana Menteri.

    Unit Perancang Ekomomi (UPE), Kajian Separuh Penggal RMK-9 2006

    2010from http://www.epu.gov.my

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    69/89

    LAMPIRAN

    LAMPIR

    The purpose of this qu

    Dear Sir / Madam;

    As part of the requirement

    have to seek invaluable in

    attributes. We are indeed ho

    players in Malaysia in giving

    This short questionnaire co

    i) Contents of program

    ii) Career opportunities

    iii) Relevancy of the prog

    iv) Overall comments

    v) Appendix

    By that, with all due respec

    Thereby, you are asked to

    questions with SINCERE a

    correct or wrong answer) an

    Politeknik Kota Kinabalu

    responding to this question

    programme, please do not h

    Pengarah

    Politeknik Kota Kinabalu

    Jalan Politeknik, 88450 Kota

    Tel: 088 499980, Fax: 088

    u/p : Tn. Hj. Hasnim Bin Har

    hp: 012-5298155, e-mail : h

    N 1 - BORANG SOAL SELIDIK

    POLITEKNIKJALAN POLITEKN

    88450 KOTA KI

    Tel: 088-499980,

    SURVEY FORMPROGRAMME M

    estionnaire is to survey on the job dema

    marketability of: DIPLOMA OF CIVIPolitekMINSTRY OF HIGHER EDUCA

    for development of new programmes, Politekni

    dustry views on the content, career opportu

    noured to have your esteemed company and on

    such an input.

    prised of;

    e and its relevance to needs of organisations

    ramme educational objectives (PEO) and learnin

    , you have been chosen as one the responden

    fulfill this questionnaire and hopefully you a

    d HONEST. All the answers given are NEUTR

    d all the information given are CONFIDENTIAL.

    ould like to extend our sincere thanks for

    aire / interview, and should you need further inf

    esitate to contact:

    Kinabalu, Sabah.

    499960

    un

    [email protected]

    Page 69 of89

    KOTA KINABALUIK, MENGGATAL

    NABALU, SABAH

    Fax: 088-499960

    SURVEY FORMRKET SURVEY

    d and graduates

    L ENGINEERINGik Kota Kinabalu,TION MALAYSIA

    ik Kota Kinabalu will

    ities and graduates

    e of the key industry

    g outcomes (PLO)

    t in this survey.

    swered all the

    AL (there is no

    our support in

    ormation of our

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    70/89

    Page 70 of89

    PLEASE TICK ( / ) WHERE APPLICABLE AND GIVE YOUR SUGGESTION ON THE SPACEPREPARED.

    PART A: CONTENTS OF PROGRAMME AND ITS RELEVANCE TO

    NEEDSOF ORGANISATIONS(Please refer to Appendix 2.Curriculum Programme Structureto answer questions Part I).

    Leave blankfor researcher State the type of organization / industry:

    1A. Locally owned organisation / industry

    2A. Foreign owned organisation / industry

    Fulfilment of Theory and Concept:

    3A. Does the programme fulfil the basic theory knowledge required in therelated discipline?

    Fully

    Partially

    None

    4A. Does the programme fulfil the basic practical skills required in therelated discipline?

    Fully

    Partially

    None

    5A. Are the theory knowledge used relevant to the current situation?

    Yes

    No

    6A. Are the practical skills used relevant to the current situation?

    Yes

    No

    7A. Do the courses contribute to the strength of the programme?Yes

    No

    8A. Does the proposed programme cover all relevant courses?

    Yes

    No

    If no, please indicate other additional areas that need to becovered by the programme?

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    71/89

    Page 71 of89

    9A. Are there any courses that are not relevant in the programme?

    Yes

    No

    If yes, what are the courses that need to be omitted /deleted?

    10A. State whether the programme fulfils these criteria:

    Fully Partially None Remark

    (if any)

    a. Specialization Area

    b.

    Currency

    Technology

    c. ICT Skills

    d. Market / Industry

    Relevant

    11A. Is this programme sufficient in term of length of study (3 years for

    Diploma):

    Yes

    NoNot sure

    If no, please suggest the appropriate length of study duration andexplain your suggestion.

    12A. Is this programme sufficient in term of Duration of Industrial Training(5 months or 1 semester for Diploma):

    Yes

    NoNot sure

    If no, please suggest the appropriate duration of Industrial Trainingand explain your suggestion.

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    72/89

    Page 72 of89

    PART B: CAREER OPPORTUNITIES

    1B. What are the main areas of business of your company?

    Design & Manufacturing Servicing

    Retail and Management Consultancy

    Others: PleaseSpecify

    2B. How long has your company been in operation?

    Under construction

    Less than 1 year

    More than 1 year but less than 5 years

    More than 5 years

    3B. Number of employees:

    Less than 10

    10 100

    101 1000

    More than 1000

    4B. My company need:

    60% theory knowledge & 40% skilled workers

    50% theory knowledge & 50% skilled workers

    40% theory knowledge & 60% skilled workers

    5B. My company prefers graduates:

    Diploma Advance Diploma Degree

    Others: PleaseSpecify

    6B. My company prefers graduates with specialization in:Engineering

    Business and Commerce

    Hospitality and Tourism

    Others: PleaseSpecify

    PART C: RELEVANCY OF THE PROGRAMMES EDUCATIONALOBJECTIVES (PEOs) AND PROGRAMME LEARNINGOUTCOMES (PLOs)

    The objective of this programme is to produce diploma graduates with theattributes described in the PEOs and PLOs of the programme below. It is

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    73/89

    Page 73 of89

    important that these attribute matches with the competency and jobrequirements.

    1C. Programme Educational Objectives (PEOs) or Programme Aims(PAI).

    PEOs/PAI can be defined as the specific goals consistent with themission and vision and are responsive to the expressed interest ofprogramme stakeholders describing expected achievements ofgraduates in their career and professional life after graduation.By referring toAppendix 1: Programme Overview, PEO and PLO.In your opinion, are the PEOs suitable to produce the right graduatesfor the market? [Please circle where applicable]

    Highly Not Relevant Highly Relevant

    1 2 3 4 5

    2C. Programme Learning Outcomes (PLOs).PLOs can be defined as statements that describe what students areexpected to know and be able to perform or attain by the time ofgraduation. These relate to the skills, knowledge, and behaviours thatstudent acquire through the programme.By referring toAppendix 1: Programme Overview, PEO and PLO.

    In your opinion, are the listed PLOs suitable to produce the rightgraduates for the market? [Please circle where applicable]

    Highly Not Relevant Highly Relevant

    1 2 3 4 5

    Outcome of the Programme

    3C. In your opinion, will this programme be able to produce the rightgraduates for the labour market?

    Yes

    No

    If YES, please elaborate:

    If NO, pleaseelaborate:

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    74/89

    Page 74 of89

    PART D: THE COMPANYS FUTURE TREND / EXPECTATION ANDOVERALL COMMENTS

    Please give your opinion about your expectation of the newtechnology development will be made in your industries area in thenext 5 to 10 years. Elaborate your future expectation on:

    1D. Knowledge :

    2D. Skills :

    3D. Technology :

    4D. We would like to seek your overall perspective on the programme.Please indicate whether you agree or disagree.

    Agree

    Disagree

    Name :

    Designation :

    Companys Stamp :

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    75/89

    Page 75 of89

    LAMPIRAN 2 SENARAI RESPONDEN PIHAK INDUSTRI

    BIL

    RESPONDEN ALAMAT BILRESPOND

    EN

    1 BINAPURI CONSTRUCTION SDN BHD ALAMESRA, KOTA KINABALU 1

    2 SESUAI CONSTRUCTION SDN BHD KINGFISHER, KOTA KINABALU 1

    3 SESB WISMA SESB, KOTA KINABALU 1

    4 KKIP POWER SDN BHD SEPANGAR, KOTA KINABALU 1

    5 HUME CONCRETE SDN BHD KOLOMBONG, KOTA KINABALU 1

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    76/89

    Page 76 of89

    Lampiran 3(a): Senarai kelayakan dan kepakaran staf akademik (Kursus Teras)

    Bil Nama staf Kursus kemahiran

    mengajar Bidang Kelulusan

    1. Anuar Bin AbdulWahab

    CC102

    CC501

    Construction Materialand Application

    Hydraulics 2

    KejuruteraanAwam

    Ijazah Sarjana MudaKejuruteraan Awam

    KUiTTHO

    Ijazah Sarjana PendidikanTeknik & Vokasional (UTHM)

    2. Betsy Vine CC301 Quantity Measurement

    KejuruteraanAwam

    Ijazah Sarjana MudaKejuruteraan Awam(KUiTTHO)

    Sarjana Pendidikan TeknikDan Vokasional (UTHM)

    3. Eric Yeo ChengAun

    CC304 Geotechnic

    KejuruteraanAwam

    Diploma Kejuruteraan Awam(PPD)

    Ijazah Sarjana Muda

    Teknologi Serta Pendidikan(Kejuruteraan Awam) UTM

    4. Jamal Bin Subur CC302

    CC206

    HighwayEngineering

    IBS Kejuruteraan

    Awam

    Diploma PendidikanPengajian Sains MaktabPerguruan Sultan MizanBesut Terengganu

    Sarjana Muda KejuruteraanAwam KUITTHO

    5. Kristy Wong CC202 ContractProcedure

    KejuruteraanAwam

    Ijazah Sarjana MudaKejuruteraan Dgn Kepujian(Kej. Sivil) UNIMAS

    6. Norini Bt.Shamsudin

    CC505 Structural Analysis 1Kejuruteraan

    Awam

    Diploma Pendidikan MPT

    Sarjana Muda Kej. AwamDgn Kepujian UNIMAS

    7. Rukinah @Nanang Bt.Samuing

    CC301:

    QuantityMeasurement

    Ukur Bahan

    Diploma Pendidikan (MPTKL)

    Ijazah Sarjana MudaSains(Perumahan,Bangunandan Perancangan) USM

    8. Rusdi Bin Rusli CC302 HighwayEngineering

    KejuruteraanAwam

    Ijazah Sarjana Muda Kej.Awam USM

    Sarjana Pendidikan Teknik &Vokasional KUiTTHO

    9. Saiful HazmanBin Mokhtar

    CC502 Geotechnics 2

    KejuruteraanAwam

    Ijazah Sarjana Muda Kej.Awam Dgn KepujianKUiTTHO

    Sarjana Pend. Teknik &Vokasional KUiTTHO

    10. Saiting Bt. Ahip CC301

    CC501

    CC505

    Quantity Measurement

    Hydraulics 1

    Structural Analysis 1 Kejuruteraan

    Awam

    Sijil Kejuruteraan(Perkhidmatan Bangunan)PKS

    Sarjana Muda Sains Kej.Awam. UTM

    Sarjana Pendidikan Teknik &Vokasional (KUiTTHO)

    11. MohamadShahrizal Bin

    Alias

    CC302 HighwayEngineering

    Kejuruteraan

    Awam

    Diploma Pendidikan (MPTKL)

    Ijazah Sarjana Muda

  • 7/22/2019 Program Need Analysis Report for DKA Program

    77/89

    Page 77 of89

    Bil Nama staf Kursus kemahiran

    mengajar Bidang Kelulusan

    Kejuruteraan Awam(KUiTTHO)

    12. Sulie Anak Slat CC201

    CN303

    Engineering Survey 2

    StatisticsKejuruteraan

    Geomatik

    Diploma Ukur Tanah UTM

    Ijazah Sarjana MudaKejuruteraan GeomatikDengan Kepujian UTM

    Sarjana Pend. Teknik &Vokasional KUiTTHO

    13. Jim J. Jinsin CC103

    CC201

    Engineering Survey 1

    Engineering Survey 2

    KejuruteraanGeomatik

    Sarjana Muda SainsGeoinformatik ( UTM )

    14. Ahmad MujahidBin Hamzah

    CC205 Mechanics Of Structures

    KejuruteraanAwam

    Ijazah Sarjana Muda Kej.Awam Dgn KepujianKUiTTHO

    Sarjana Pend. Teknik &

    Vokasional KUiTTHO15. Khairunnisa

    Islami BintiAmbotola

    CC101

    CC202

    CC203

    CC206

    CN303

    Engineering Drawing

    Contract Procedure

    Concrete Technology

    IBS

    Statistics

    KejuruteraanAwam

    Diploma Kejuruteraan Awam(PKK)

    Ijazah Sarjana MudaKejuruteraan Awam (UTHM)

    16. Norliza Bt Sazalli CC103

    CC201

    AW101

    Engineering Survey 1

    Engineering Survey 2

    Occupational Safety &Health 1

    Kejuruteraan

    Geomatik

    Dip. Sains Geomatik UTM

    Ijazah Sarjana Muda SainsUkur dan Geomatik Dgn.

    Kepujian UTM

    Sarjana Pend. Teknik &Vokasional KUiTTHO

    17. Nurunnajahatunbt. Zamzam

    CC302 Highway Engineering

    KejuruteraanAwam

    Diploma Kejuruteraan AwamSerta Pendidikan KUiTTHO

    Ijazah Sarjana MudaKejuruteraan Awam UTHM

    18. Renny Joseph CC101

    CC304

    AS101

    Engineering Drawing

    Geotechnics 1

    Softskills

    KejuruteraanAwam

    Diploma Kejuruteraan AwamSerta Pendidikan KUiTTHO

    Ijazah Sarjana MudaPendidikan (Kejuruteraan

    Awam) Dgn Kepujian OUM19. Abdul Rodzan

    Bin Abdul KarimAW201

    CC