program ikim 2013 ikim’s programme · pdf fileirrelevant and can no longer be relied on...

27
1 PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME 2013 1. Dialog Antara Agama: Bioetika Dan Agama Siri 1 Penyelaras : Pn. Azrina Sobian Tarikh : 6 Februari 2013 Bidang bioetika menjadi semakin penting masa kini selari dengan perkembangan pesat dunia sains dan teknologi. Perbincangan dalam bidang tersebut meliputi pelbagai sudut termasuklah dari sudut keagamaan. Dengan itu, penglibatan pelbagai kumpulan agama dalam perbincangan isu ini dianggap penting. Oleh itu, dialog ini diadakan secara umumnya untuk membincangkan isu bioetika terpilih dari sudut pelbagai agama utama di negara ini. Matlamat dialog ini ialah: (i) Mengenalpasti beberapa isu bioetika yang melibatkan penganut-penganut agama di Malaysia; (ii) Membincangkan isu-isu berkaitan bioetika dari perspektif pelbagai agama; dan (iii) Mencadangkan penyelesaian kepada isu bioetika dari perspektif agama Interfaith Dialogue: Bioethics and Religion (Series No. I) The bioethics field is gaining importance these days in tandem with the rapid development of science and technology. Discussions on the topic encompass various aspects that include religion. Thus, the involvement of various religious groups in such discussions is paramount. Therefore, this dialogue is convened to discuss selected bioethical issues from the aspect of various religions in this country. The dialogue aims to: (i) Identify bioethical issues related to religious adherents in Malaysia; (ii) Discuss issues related to bioethics from the perspective of various religions; and (iii) Propose solutions to bioethical issues from a religious perspective. 2. Muzakarah Pakar “Malaysia: Kemelut Negara Islam Negara Sekular” Penyelaras : Dr. Wan Azhar Wan Ahmad Tarikh : 19 Februari 2013 Ramai masih keliru dengan tafsiran dan implikasi Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa “Islam adalah agama Persekutuan”, baik di kalangan pengamal undang dan para ahli akademik apatah lagi di peringkat orang awam. Isu ini menjadi semakin kompleks apabila ahli-ahli politik dan beberapa NGO tertentu mempergunakannya untuk agenda dan kepentingan kumpulan masing-masing. Penghakiman Mahkamah Agung dalam kes Che Omar Che Soh (1988) menjadi salah satu sandaran terkuat mereka yang berhujah bahawa Malaysia adalah negara sekular walaupun istilah itu sendiri tidak sekalipun disebut dalam Perlembagaan. Sebahagian besar masyarakat juga tidak sedar bahawa penghakiman kes Che Omar Che Soh sebenarnya telah ditolak (overruled) atau dikesampingkan (set aside) oleh penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes yang lebih terkini seperti kes

Upload: lamthu

Post on 04-Mar-2018

234 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

1

PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME 2013

1. Dialog Antara Agama: Bioetika Dan Agama – Siri 1 Penyelaras : Pn. Azrina Sobian Tarikh : 6 Februari 2013 Bidang bioetika menjadi semakin penting masa kini selari dengan perkembangan pesat dunia sains dan teknologi. Perbincangan dalam bidang tersebut meliputi pelbagai sudut termasuklah dari sudut keagamaan. Dengan itu, penglibatan pelbagai kumpulan agama dalam perbincangan isu ini dianggap penting. Oleh itu, dialog ini diadakan secara umumnya untuk membincangkan isu bioetika terpilih dari sudut pelbagai agama utama di negara ini. Matlamat dialog ini ialah:

(i) Mengenalpasti beberapa isu bioetika yang melibatkan penganut-penganut agama di Malaysia; (ii) Membincangkan isu-isu berkaitan bioetika dari perspektif pelbagai agama; dan (iii) Mencadangkan penyelesaian kepada isu bioetika dari perspektif agama

Interfaith Dialogue: Bioethics and Religion (Series No. I) The bioethics field is gaining importance these days in tandem with the rapid development of science and technology. Discussions on the topic encompass various aspects that include religion. Thus, the involvement of various religious groups in such discussions is paramount. Therefore, this dialogue is convened to discuss selected bioethical issues from the aspect of various religions in this country. The dialogue aims to:

(i) Identify bioethical issues related to religious adherents in Malaysia; (ii) Discuss issues related to bioethics from the perspective of various religions; and (iii) Propose solutions to bioethical issues from a religious perspective.

2. Muzakarah Pakar “Malaysia: Kemelut Negara Islam Negara Sekular” Penyelaras : Dr. Wan Azhar Wan Ahmad Tarikh : 19 Februari 2013 Ramai masih keliru dengan tafsiran dan implikasi Perkara 3 dalam Perlembagaan Persekutuan bahawa “Islam adalah agama Persekutuan”, baik di kalangan pengamal undang dan para ahli akademik apatah lagi di peringkat orang awam. Isu ini menjadi semakin kompleks apabila ahli-ahli politik dan beberapa NGO tertentu mempergunakannya untuk agenda dan kepentingan kumpulan masing-masing. Penghakiman Mahkamah Agung dalam kes Che Omar Che Soh (1988) menjadi salah satu sandaran terkuat mereka yang berhujah bahawa Malaysia adalah negara sekular walaupun istilah itu sendiri tidak sekalipun disebut dalam Perlembagaan. Sebahagian besar masyarakat juga tidak sedar bahawa penghakiman kes Che Omar Che Soh sebenarnya telah ditolak (overruled) atau dikesampingkan (set aside) oleh penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes-kes yang lebih terkini seperti kes

Page 2: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

2

Meor Atiqurrahman v Fatimah Sihi dankes Lina Joy v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (2007). Objektif:

(i) Menjelaskan kedudukan, tafsiran dan implikasi sebenar Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan; (ii) Membetulkan salah tanggapan dan salah tafsiran ke atas penghakiman kes Che Omar Che Soh; (iii) Menegaskan bahawa penghakiman kes Che Omar Che Soh itu telah lapuk (absolete),tidak relevan dan tidak lagi boleh dijadikan hujah; dan (iv) Mengemukakan resolusi Muzakarah kepada pihak-pihak berwajib, parti-parti politik, badan- badan bukan kerajaan (NGO) dan lain-lain pihak berkepentingan.

Expert Group Discussion on “Malaysia: Islamic or Secular State Controversy” Many, from among the legal practitioners and academicians, let alone the general public, are still in confusion about the true interpretation and implications of Article 3 of the Federal Constitution that “Islam is the religion of the Federation.” The subject matter becomes more complicated when politicians and certain non-governmental organizations (NGOs) exploit it for seemingly their own respective agenda and interests. The decision of the Supreme Court case in Che Omar Che Soh v PP (1988) turn out to be one of their strongest references supporting their argument that Malaysia is a secular state, despite the fact that the term itself is never mentioned in the Constitution even once. Majority of the masses do not realize that the judgement of Che Omar Che Soh’s case has already been overruled or set aside by the later Federal Court’s decisions in cases like Meor Atiqurrahman v Fatimah Sihi (2006) and Lina Joy v Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (2007). Objectives:

(i) To explain the right position, interpretation and implications of Article 3 of the Federal Constitution; (ii) To rectify the misunderstanding and misinterpretation of the decision of Che Omar Che Soh’s case; (iii) To establish that the judgement in the case of Che Omar Che Soh is obsolete, irrelevant and can no longer be relied on as a point of reference/evidence; and (iv) To put forth the resolutions of the Discussion to the authorities, political parties, NGOs and other interested individuals or groups.

3. Dialog Antara Agama: Isu Alam Sekitar (Siri 1)

Penyelaras : Rosmidzatul Azila Binti Mat Yamin

Tarikh : 5 Mac 2013

Islam telah menggariskan panduan-panduan tertentu dalam aspek penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar. Namun demikian, didapati isu dan permasalahan alam sekitar masih lagi berleluasa dan sukar dibendung. Adakah situasi ini berpunca daripada komitmen dan penghayatan agama yang kurang dalam kalangan masyarakat kita pada hari ini? Apabila menyentuh mengenai komitmen beragama, timbul persoalan bagaimanakah pula pandangan-pandangan agama lain di Malaysia berhubung isu dan permasalahan ini? Adakah agama-agama lain juga mempunyai panduan-panduan tertentu berhubung aspek penjagaan alam sekitar? Justeru, bagi menjawab persoalan ini, maka dialog ini diadakan dengan tujuan:

Page 3: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

3

(i) Membincangkan isu-isu berkaitan alam sekitar dari perspektif pelbagai agama di Malaysia; (ii) Mengenalpasti saranan-saranan yang sesuai dalam menyelesaikan isu dan permasalahan berkaitan alam sekitar; dan (iii) Mengenalpasti saranan-saranan bagi meningkatkan komitmen beragama dalam kalangan rakyat Malaysia agar hubung kait antara agama dan alam sekitar dapat difahami dengan lebih mendalam dan disepadukan bagi menangani permasalahan alam sekitar dengan lebih berkesan.

Interfaith Dialogue: Environmental Issues (Series No. 1)

Islam has outlined specific guidelines in terms of environmental protection and conservation. However, the available environmental issues and problems are still widespread and difficult to contain. Is this situation due to the commitment and religious practice that is lacking in our society today? When talking on religious commitment, the question arises how can the views of other religions on the environmental issues and problems in Malaysia. Do other religions also have certain guidelines on environmental aspects? In order to answer these questions, then this dialogue will be held to: (i) Discuss issues related to the environment from the perspective of various religions in Malaysia;

(ii) Identify appropriate recommendations to resolve issues and problems related to the environment; and (iii) Identify recommendations for improving religious commitment among Malaysians that the relationship between religion and the environment can be understood in-depth and integrated to address environmental problems more effectively.

4. Seminar Memposisi Islam Dalam Kerangka Demokrasi Moden Penyelaras : Pn. Enizahura Adbul Aziz Tarikh : 19-20 Mac 2013

Demokrasi merupakan satu bentuk sistem politik yang meletakkan suara majoriti rakyat sebagai penentu kepada pembentukan sebuah kerajaan atau badan pemerintah di dalam sesebuah negara. Ianya menekankan kepada ciri-ciri seperti kebebasan dan hak asasi individu sebagai asas kepada kuasa yang ada pada rakyat untuk membuat pilihan dalam memilih pemimpin melalui proses pilihanraya. Sistem politik dalam Islam pula dilihat berbeza kepada pengamal demokrasi kerana prinsip kebebasan individu yang menjadi asas demokrasi ciptaan Barat seolah-olah dilihat terbatas oleh hukum-hukum yang ditetapkan oleh agama. Hakikatnya, Islam meletakkan keadilan dan tanggungjawab hakiki manusia kepada Penciptanya sebagai asas kepada segala bentuk urusan dalam kehidupan. Seminar ini diadakan dengan tujuan untuk membincangkan bagaimana Islam dapat diposisikan menjadi suatu kuasa penentu di arus perdana dalam kerangka demokrasi moden yang wujud hari ini. Perbincangan akan menjurus kepada memahami bagaimana Islam dapat

Page 4: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

4

dilihat sebagai penyelesai kepada kelemahan dan masalah yang wujud dalam institusi demokrasi dalam negara akibat dari kesan sistem demokrasi Barat yang bersifat sekular dan tidak seimbang. Objektif: (i) Menjelaskan tentang asas serta ciri-ciri sistem demokrasi moden dan sistem politik dalam Islam; (ii) Membincangkan pertembungan matlamat dalam spektrum ideologi dan pemikiran antara Islam dan demokrasi barat;

(iii) Membuat analisis bagaimana Islam dapat menyelesaikan masalah yang wujud dalam sistem demokrasi barat; dan

(iv) Membincangkan bagaimana Islam dapat diletakkan di kedudukan arus perdana dalam kerangka demokrasi moden yang wujud di Malaysia hari ini. Seminar on “Positioning Islam in a Modern Democratic Framework” Democracy is a form of political system that centres upon the power of the people to choose their leaders and form the government. In democracy, individual freedom and rights are the fundamentals that must be respected and uphold. In choosing leaders and forming the government, this rights and freedom are exercised through the election process. Political system in Islam is viewed because of the limits surrounding the individual rights and freedoms. In reality, Islam is being just to the very nature of individual freedom and rights as it puts justice and responsibilities of human beings to the Creator as the foundation to every action. This seminar is proposed with the aim to provide a forum for discussion on how Islam can be positioned to become a forceful determinant in the modern democracy framework. Discussions will focus on Islam as the answer to the malaise befalling the ummah and also as the solution to the weakening of the democratic institutions today. Objectives:

(i) To explain the characteristics and fundamentals of both the modern democratic and Islamic political systems; (ii) To discuss the clash of objectives and aims in the ideological spectrum and understanding of Islam and western democracy; (iii) To analyse how Islam can solve problems of western democracy; and (iv) To discuss on how to position Islam to become the mainstream of modern democracy that exist in Malaysia today.

5. Perbincangan Meja Bulat : Air : Anugerah Allah Yang DiBimbangi Penyelaras : En. Nor Azaruddin Husni Hj. Nuruddin Tarikh : 9 April 2013

Masalah bekalan air yang bersih akan menjadi satu isu besar di masa akan datang. Penggunaan air yang banyak dan bekalan air bersih yang semakin berkurangan akan menyebabkan fenomena ini. Tahukah kita air merupakan asas kepada kehidupan? Badan kita mengandungi 85 peratus air. Tanpa air kita tidak mungkin hidup. Namun, kita kurang kesedaran menjaga punca-punca bekalan air bersih. Sungai-sungai di negara kita hanya dijadikan tempat pembuangan sampah atau kilang-kilang mengalirkan bahan buangan. Di

Page 5: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

5

negara lain seperti Switzerland, New Zealand dan Jepun, sungai mereka terpelihara sehingga ke hari ini. Mengapa? Matlamat seminar ini adalah bagi mencapai beberapa objektif seperti berikut:

(i) Mencadangkan garis panduan penjagaan sumber-sumber air; (ii) Memberi kesedaran pada masyarakat kepentingan menjaga sumber air; dan (iii) Memberi kefahaman Islam berkaitan kepentingan menjaga sumber air anugerah Allah.

Roundtable Discussion: Water: The Troubled Gift of God?

The problem of clean water supply will reach a dire level in the near future. Less fresh water supply with high domestic usage will contribute to this phenomenon. Do we know that water is very fundamental in our daily life? The human body alone consists 85 per cent of water. We cannot live without water in our daily life. However, we lack the awareness to keep our water sources clean. The rivers in our country are being made as dumping grounds for garbage and toxic wastes by factories. In countries such as Switzerland, New Zealand and Japan, their rivers are well kept. Why? The purpose of this seminar is to achieve several objectives as follows:

(i) To provide guidelines in looking after water resources; (i) To provide guidance and awareness of the importance of looking after water resources; and, (iii) To provide Islamic understanding on the importance of maintaining well the water resources bestowed by Allah.

6. Seminar “Pendekatan Membangun Ekonomi Ummah: Pengalaman Malaysia“ Penyelaras : Pn. Nur Syahidah Abdul Jalil Tarikh : 23-24 Apr 2013 Dasar pembangunan negara telah berevolusi dengan lebih ketara sejak bermulanya Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada 1971. Rangkuman pembangunan menyeluruh direncana antara lain bagi menggalak pembangunan seimbang dan mampan agar dapat mencapai matlamat negara maju dan berpendapatan tinggi. Namun sehingga hari ini, pencapaian umat Islam khususnya Melayu masih lagi belum mencapai tahap yang membanggakan. Pemilikan ekuiti bumiputera pada 2008 misalnya hanya mencapai 21.9% berbanding sasaran 30% DEB terdahulu. Pendekatan-pendekatan yang baharu wajar dilaksanakan demi meningkatkan ekonomi ummah dan menjadi bangsa yang lebih berdaya saing seterusnya mencapai matlamat negara maju menjelang 2020. Objektif seminar adalah:

(i) Membincangkan pendekatan yang diguna pakai dalam membangun ekonomi negara dan ummah khususnya; (ii) memahami pendekatan pembangunan melalui penswastaan individu dan institusi serta kesannya terhadap ummah; dan (ii) Meninjau prospek pembangunan ekonomi ummah dan negara melalui wakaf korporat.

Page 6: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

6

Seminar On “The Approaches in Developing the Economy of the Ummah: The Malaysian Experience” The national development policy has evolved significantly since the implementation of the New Economic Policy (NEP) in 1971. A scope of comprehensive development has been planned to promote, amongst others, a balanced and sustainable development to achieve a developed and high income nation. To date, however, the achievements of Muslims, especially the Malays, still lag in vital areas such as the economy. For example, equity ownership of the Bumiputeras at only 21.9% in 2008 has yet to fulfil the NEP target of 30%. New approaches must be implemented to encourage the spirit of competitiveness among Muslims and enhance the economy of the ummah towards achieving the goal of a developed nation by 2020. The objectives of the seminar are: (i) To discuss the approaches in developing the economy of the nation and, in particular, the ummah;

(ii) To understand development through individual and institutional privatisation as well as the impact on the ummah; and (iii) To explore the prospects of economic development of the nation and ummah through corporate waqf.

7. Muzakarah “Harga Rumah Melambung: Isu Dan Penyelesaian” Penyelaras : Pn. Mastura Mohd Zain Tarikh : 7 Mei 2013

Ramai mengeluh kenaikan harga rumah yang disifatkan tidak munasabah sehingga menyukarkan rakyat memiliki kediaman sendiri. Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) telah tampil dengan kajian yang mendapati 60 peratus kakitangan awam yang berpendapatan bawah RM3000 sebulan tidak mampu memiliki rumah sendiri. Ditambah dengan beban hutang lain seperti pembelian kereta, ansuran pembayaran hutang pengajian dan kad kredit, harga rumah yang tinggi akan menyebabkan tekanan hidup kepada sesebuah keluarga. Objektif:

(i) Menganalisa punca yang menyebabkan harga rumah melambung;

(ii) Menilai keberkesanan mekanisme kawalan sedia ada; dan

(iii) Cadangan penyelesaian bagi mengatasi isu ini.

Page 7: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

7

Expert Consultation On ‘Escalating House Price: Issues And Solutions’

The escalating price of houses has become somewhat unreasonable to the extent that more

people are unable to have their own houses. CUEPACS has come out with a research finding

that sixty percent of civil servants with monthly income below RM3000 could not afford to

buy own houses. In addition to the monthly instalments for the car loan, study loan and

credit cards, the hike in property prices would cause additional burden to any given family.

Objectives:

(i) To analyse the reasons for the escalating price of houses; (ii) To evaluate the effectiveness of the present control mechanism; and (iii) To offer solutions to the problem.

8. Simposium Serantau: “Islam dan Era Baru Negara-Negara Asean: Kesatuan Pemikiran, Kemakmuran Bersama” Penyelaras : Dr. Mohd Sani Badron Tarikh : 21-22 Mei 2013 Dengan gabungan penduduk berjumlah 500 juta orang, negara-negara ASEAN memiliki potensi yang besar dalam membentuk kerjasama ke arah keamanan dan kemakmuran. Ia mensyaratkan penolakan terhadap sebarang bentuk keganasan, jenayah, ekstremisme dan terrorisme. Kejayaan masyarakat ASEAN menuntut sikap menghormati kedaulatan undang-undang, urus-tadbir yang baik, prinsip demokrasi dan kerajaan berperlembagaan. Perbezaan agama, budaya dan bahasa, perlu dihargai sambil menekankan nilai-nilai bersama berasaskan semangat kesatuan dalam kepelbagaian (unity in diversity). Kekuatan Agama juga harus digembling dalam konteks menjamin kebebasan asasi, pemeliharaan hak dan kemuliaan manusia, dan meningkatkan keadilan taraf sosio-ekonomi rakyat. Objektif seminar adalah: (i) Mengenalpasti dasar-dasar kerjasama umat Islam melalui kesatuan pandangan alamnya;

(ii) Meninjau daya usaha yang sewajarnya dalam mendepani kemelut peradaban dan sosio-ekonomi dunia semasa; dan (iii) Menyorot pendekatan Islam dalam menguruskan kepelbagaian agama warga ASEAN.

Regional Symposium on “Islam and the New Era of Asean Countries: Unity of Worldview towards a Shared Prosperity” With a combined total population of 500 million, ASEAN countries have huge potentialities to achieve prosperity through cooperation and peaceful co-existence. This requires a rejection against any form of criminal violence, extremism and terrorism. To be succesful, the ASEAN community must respect the rule of law, good governance, democratic principles and constitutional government. Differences in terms of religious traditions, cultures and languages must be duly aprreciated while underlining common values which hinge upon the spirit of unity in diversity. The strength of spirituality and religions must be harnessed in the context of

Page 8: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

8

safeguarding moral freedom, basic human rights and dignity, and enhancing justice in socio-economic lives.The objectives of the symposium are:

(i) To identify bases of Muslim cooperation through the worldview of Islam;

(ii) To search for appropriate initiatives in the face of present-day crisis of civilisation and the socio-economy; and

(iii) To highlight the Islamic approach in managing the multi-religious citizens of ASEAN. 9. Muzakarah Pakar “Peranan Media Islami Dalam Mempromosikan Keharmonian Antara Penganut Agama Di Malaysia” Penyelaras : Pn. Enizahura Abdul Aziz Tarikh : 18 Jun 2013

Media merupakan satu entiti penting dalam usaha penyebaran pandangan dan idea kepada masyarakat. Media islami yang semakin berkembang maju dalam negara hari ini adalah berperanan sebagai sumber maklumat, berita dan membentuk pandangan awam. Sebagai contoh, di Malaysia, media cetak ataupun elektronik, semuanya mempunyai tanggungjawab dan merupakan saluran penting yang boleh meninggalkan impak yang besar kepada hasil sebuah proses politik . Dari perspektif sebuah negara bermasyarakat majmuk dan yang terdiri daripada pelbagai agama, media islami juga bertanggungjawab mengekalkan satu bentuk hubungan yang harmoni di kalangan penganut pelbagai agama. Keperluan media untuk menjaga sensitiviti antara agama merupakan satu aspek penting dalam memahami peranan media di Malaysia. Laporan media terutamanya media islami haruslah lebih bersifat membina konsensus daripada menggalakkan jurang perbezaan yang berterusan dalam masyarakat. Peranan media islami adalah lebih besar dalam menjadikan Malaysia terus kekal sebagai sebuah negara yang aman dan bersatu padu. Seminar ini bermatlamat untuk menyediakan ruang bagi pihak yang terlibat untuk membincangkan peranan dan tanggungjawab media islami secara lebih terbuka. Dari perbincangan ini nanti diharapkan cadangan dan pandangan dapat dikemukakan tentang bagaimana media islam boleh mengambil pendekatan yang lebih proaktif dalam menjamin keharmonian antara penganut agama dan mengekalkan kesejahteraan sosial dengan mengambil kira keunikan fabrik sosial di Malaysia. Objektif:

(i) Menerangkan perspektif hubungkait media islami dan isu-isu yang menyentuh sensitviti agama di Malaysia; (ii) Membincangkan peranan dan tanggungjawab media islami dalam mengekalkan kesejahteraan sosial dan keharmonian di Malaysia; (iii) Memberi pendedahan tentang bagaimana media islami mampu bertindak sebagai agen pembina konsensus dalam isu-isu berbentuk konflik antara agama; dan (iv) Membuat analisis dan mengemukakan cadangan tentang peranan media islami yang lebih proaktif dalam isu-isu yang melibatkan hubungan antara penganut agama.

Page 9: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

9

Seminar on ‘The Role of Islamic Media in Promoting Harmony among Religious Adherents in Malaysia’ Media has become a predominant tool for mass spreading of views and ideas. The role of islamic media in particular, either as source of information and news or as creator of public opinion is vital and influential. From the perspective of a multi-racial and multi-religious nation, Islamic media has an important responsibility to preserve harmony and social order in Malaysia. The need for Islamic media to safeguard inter-religious harmony is considered a pertinent aspect in understanding the role of media in Malaysia. To avoid a bigger conflict in society and preserve public order, media reporting must be done with the aim to form consensus and avoidance of broadening the existing divide among religions. The role of media is paramount in making Malaysia remain as a country that is stable and prosperous. This seminar is organized with the aim to provide a room and platform for the parties involved to openly discuss the responsibilities and roles of Islamic media in dealing with religious sensitivity issues. In addition, it is also hoped that the outcome of the seminar would provide suggestions and views on how the growing Islamic media can take a more proactive approach in promoting social harmony among religious adherents in Malaysia while considering Malaysia’s unique social fabric. Objectives:

(i) To explain the perspective on the link between media particularly Islamic media and inter- religious relations in Malaysia; (ii) To discuss the roles and responsibilities of Islamic media in preserving social order in Malaysia; (iii) To clarify on how Islamic media can become an agent for consensus building in issues related to religious conflict; and (iv) To analyse and provide suggestions on how Islamic media can be play a more proactive role when dealing with religious sensitive issues.

10. Perbincangan Meja Bulat: “Penipuan Kewangan, Perdagangan dan Kepenggunaan di Malaysia: Kesedaran dan Pencegahan” Penyelaras : En. Mohd Azhar Hashim Tarikh : 25 Jun 2013 Skim penipuan kewangan dan perdagangan merupakan satu gejala yang membimbangkan di Malaysia, dan menyebabkan kerugian yang besar. Skim-skim penipuan kewangan sentiasa wujud dalam pelbagai bentuk di negara. Meskipun terdapat usaha yang berterusan oleh pihak berkuasa untuk membanteras gejala ini, pengendali skim sebegini akan sentiasa memperbaiki skim penipuan mereka untuk mengelakkan daripada dikesan dan ditangkap oleh pihak berkuasa. Hakikatnya, kejadian penipuan kewangan bukan sahaja merugikan individu yang menjadi mangsa, bahkan juga memberi impak yang besar terhadap ekonomi negara. Objektif persidangan adalah:

Page 10: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

10

(i) Untuk memberi pemahaman dan kesedaran kepada para pengguna di Malaysia tentang kaedah yang diguna pakai oleh pengendali skim penipuan kewangan, perdagangan dan kepenggunaan; (ii) Untuk berkongsi pengalaman daripada pelbagai agensi pengawalseliaan di Malaysia berkenaan penipuan kewangan; (iii) Untuk membincangkan langkah-langkah pencegahan yang boleh diguna pakai oleh pengguna Muslim untuk mengelak daripada menjadi mangsa; dan (iv) Untuk memberi maklumat mengenai fungsi dan peranan persatuan dan tribunal pengguna di Malaysia.

Roundtable Talks on “Financial, Trade and Consumerism Scams in Malaysia: Awareness and Prevention”

Incidences of trade and financial scams in Malaysia have become a widespread concern of late and have caused huge financial losses to Malaysians. Despite ongoing efforts by the authorities to curb this problem, financial scams continue to exist in the country. The scammers are constantly devising ways to avoid detection and arrest by the authorities. Indeed, trade and financial scams have become one of the pressing issues in this country as they are not only detrimental to the individual victim, but also adversely affect the entire economy. The objectives of the talks are:

(i) To provide understanding and awareness to consumers on the modus operandi used by financial, trade and consumerism scammers in Malaysia;

(ii) To share experiences from various regulatory agencies in Malaysia on incidences of financial scams;

(iii) To discuss preventive measures that can be adopted by Muslim consumers to avoid from becoming victims; and, (iv) To provide information on the functions and roles of consumer associations and tribunals in Malaysia.

11. Seminar “Biodiversiti Negara: Kemapanan Dan Masa Hadapan” Penyelaras : Pn. Azrina Sobian Tarikh : 2-3 Julai 2013 Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal dengan kekayaan biodiversitinya sehingga dikenali sebagai negara megadiversity. Dianggarkan bahawa 20 peratus spesis haiwan dunia terdapat di negara ini. Oleh itu, aspek pengurusan, pemuliharaan dan pemeliharaan biodiversiti ini amat perlu diberi perhatian. Ini penting bagi menjamin kemapanan dan masa hadapan negara. Usaha ini pasti memerlukan kerjasama semua pihak. Oleh itu, seminar ini diadakan bagi meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan isu biodiversiti, kemapanan dan masa hadapan negara. Seminar ini akan membincangkan:

(i) Hubungan kekayaan biodiversiti dan kemapanan sesebuah negara; (ii) Realiti kekayaan biodiversiti negara dan prospek masa hadapan; dan (iii) Kerjasama pihak berkepentingan dalam pemuliharaan biodiversiti negara

Page 11: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

11

Seminar on National Biodiversity: Sustainability and The Future As a country renowned for its rich biodiversity, Malaysia is recognised as a megadiversity state. It is estimated that 20 per cent of the world’s animal species can be found in this country. Hence, the management, conservation and preservation of its biodiversity should be given the utmost attention to ensure the sustainability and future of the nation. Such efforts require the cooperation of various stakeholders. This seminar is convened to enhance the awareness and understanding of issues related to the biodiversity, sustainability and future of the nation. The seminar aims to: (i) Discuss the relationship between the wealth and sustainability of biodiversity of a country;

(ii) Discuss the realities of the wealth of biodiversity of a country and its future prospects; and (iii) Discuss the cooperation of stakeholders in conserving the national biodiversity.

12. Perbincangan Meja Bulat “Pemakanan Sunnah” Dan Gaya Hidup Sihat: Mendepani Cabaran Penyelaras : Pn. Norkumala Awang Tarikh : 20 Ogos 2013

Mutakhir kini, lambakan produk “pemakanan sunnah” yang berada di pasaran dikatakan mempunyai pelbagai fungsi untuk kesihatan. Ia menimbulkan kekeliruan banyak pihak terutamanya pengguna. Sejauhmana keberkesanan produk-produk tersebut perlu dibuktikan melalui kajian dan penyelidikan? Dalam rangka mempromosikan gaya hidup sihat, usaha pembangunan dan penyelidikan perlu dirintiskan agar “pemakanan sunnah” dapat dimartabatkan bukan sekadar berdasarkan testimoni semata-mata. Justeru, persidangan meja bulat ini bertujuan untuk:

(i) Meninjau “pemakanan sunnah” daripada sudut definisi semasa; (ii) Meninjau peranan “pemakanan sunnah” dalam usaha mengurangkan masalah kesihatan; (iii) Meningkatkan usaha pembangunan dan penyelidikan pemakanan sunnah berasaskan kajian pembuktian; (iv) Menggalakkan “pemakanan sunnah” untuk mencapai gaya hidup sihat; (v) Memperkasakan kempen kesedaran gaya hidup sihat ke semua peringkat umur; dan (vi) Melihat peranan yang wajar diambil oleh semua pihak termasuk profesional kesihatan, pembuat polisi, ahli farmakologi, pengeluar ubatan, pengusaha makanan, guru-guru, para ibu bapa dalam membuat perancangan, pendidikan kesihatan dan latihan.

Page 12: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

12

Roundtable Discussion: The “Prophetic Diet” and Healthy Lifestyle: Meeting the Challenges To date, the plethora of the “Prophetic Diet” available in the market is alleged to provide various health effects. Such allegations give rise to confusion to many especially those of consumers. To what extent has the effectiveness of such products been subjected to studies and research? In promoting a healthy lifestyle, research and development efforts have to be piloted to elevate the “Prophetic Diet” rather than base their effectiveness solely on testimonies. Thus, this roundtable discussion aims to:

(i) Review the terms of “prophetic diet” from the perspective of the current definition; (ii) Review the role of “prophetic diet” in reducing problems related to health complications; (iii) Increase research and development efforts on the “prophetic diet” through evidence-based studies; (iv) Promote the “prophetic diet” as a means to achieve a healthy lifestyle; (v) Empower healthy lifestyle awareness campaign to all age groups; and (vi) Look at the roles that should be taken by all parties, including health professionals, policy makers, pharmacologists, drug manufacturers, food producers, teachers and parents in planning, educating and training on achieving a healthy lifestyle.

13. Muzakarah Pakar: “Pembangunan Indeks Kesejahteraan dan Kesihatan Mental Ummah Penyelaras : En. Khairul Azhar Idris Tarikh : 10 September 2013 Memandangkan kesihatan mental merupakan aspek penting dalam kehidupan individu, satu mekanisme perlu diwujudkan bagi menilai dan mengukur tahap kesihatan mental mereka. Keperluan ini dirasakan amat penting, lebih-lebih lagi apabila melihat kepada realiti situasi semasa di mana masalah dan gangguan berkaitan kesihatan mental semakin meningkat di dalam masyarakat. Pengukur tahap dan status kesihatan mental ini bukan sahaja akan dapat melihat sejauh mana masyarakat itu dapat menjauhkan gangguan kesihatan mental, tetapi juga dapat mempastikan bahawa mereka itu berada dalam tahap kesihatan mental yang baik. Objektif Muzakarah adalah: (i) Menggubal dan membangunkan indeks yang mengukur tahap kesejahteraan dan kesihatan mental umat Islam; (ii) Mempertingkatkan keupayaan indeks kesejahteraan dan kesihatan mental ummah bagi tujuan perancangan dan pembangunan kesejahteraan kehidupan ummah; dan

(iii) Menjadikan indeks kesejahteraan dan kesihatan mental ummah sebagai satu sumber rujukan dalam mengukur kesejahteraan kehidupan dan tahap kesihatan mental ummah.

Page 13: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

13

Expert Consultation on“The Well-being and Mental Health Development Index of the Ummah” Given the paramount importance of mental health in life, a mechanism that measures and determines mental health should be developed. Such a need is imperative as demanded by the realities of the current situation with mental health-related problems and illnesses on the rise. In addition, such a measure is timely as not only will it be able to assess the extent a society is able to prevent and avoid factors that contribute to mental health disorders but also ensures that society is in a state of good health. The objectives of the consultation are: (i) To construct and develop specific measures that determine the well-being and mental health status of the ummah;

(ii) To enhance applications of the measures for the future planning of the well-being and mental health development of the ummah; and, (iii) To employ the well-being and mental health index as the main target resource in determining the level and status of the well-being and mental health development of the ummah.

14. Perbincangan Meja Bulat: “Perbicaraan Secara Adversarial: Suatu Semakan Semula” Penyelaras : Pn. Siti Shamsiah Md Dupi Tarikh : 24 September 2013

Apabila undang-undang tatacara jenayah Syariah, Undang-undang keterangan Syariah dan Undang-undang Tatacara Mal Mahkamah Syariah Negeri-negeri mula dikuatkuasakan pada awal tahun 90-an, secara tidak langsung ia telah memperkenalkan sistem perbicaraan secara adversarial yang berasaskan Common Law dan diamalkan secara meluas di mahkamah Syariah. Sedangkan pada hakikatnya, bukan semua kes perlu dibicarakan secara adversarial. Rentetan daripada itu, proses perbicaraan di mahkamah Syariah telah menjadi rumit dan mengambil masa yang lama akibat tatacara yang kompleks seperti keperluan memfailkan kes, saman dan pernyataan tuntutan. Oleh yang demikian, cadangan agar perbicaraan dilaksanakan menurut sistem inquisitorial dilihat boleh membantu pihak mahkamah membuat keputusan dengan lebih cepat, berkesan dan adil. Cadangan ini amat baik untuk diketengahkan dan dibincangkan dengan lebih terperinci dalam suatu platform wacana undang-undang secara profesional. Objektif:

(i) Mengenal pasti sejauh mana ketidakadilan sistem perbicaraan secara adversarial;

(ii) Mengenal pasti ruang bagi penambahbaikan bagi sistem sedia ada; dan (iii) Memperkenalkan kaedah-kaedah yang digunakan dalam sistem

perbicaraan secara inquisitorial ke dalam sistem adversarial sedia ada.

Page 14: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

14

Expert Discussion On ‘Adverserial Legal Proceedings: A Review When the Shariah criminal procedure law, the Shariah evidence law and the Shariah Mal procedure law were enforced in the early 90s, it indirectly introduced the English Common Law based adversarial trial system that has been widely practiced by the Shariah court. As a result, the Shariah court processes become more complicated and take longer time to complete due to the complex procedures. In reality, however, not all cases need to be tried by the adversarial system. One of the available alternatives is the inquisitorial trial system. Objectives:

(i) To identify the extent of injustices in the adversarial trial system; (ii) To identify rooms of improvements in the existing system; and (iii) To introduce the mechanisms applied in the inquisitorial based trial to the existing adversarial system.

15. Seminar “Isu-Isu Gender Dalam Kerangka Maqasid Al-Shari’ah” Penyelaras : Cik Wan Roslili Abd. Majid Tarikh : 8-9 Oktober 2013 Isu-isu berkaitan dengan kesaksamaan gender hangat dibahaskan pada peringkat antarabangsa dan juga pada peringkat tempatan atau dalam negara. Antara isu yang mendapat perhatian pada peringkat tempatan termasuklah peluang pekerjaan secara saksama antara lelaki dengan wanita, pelantikan wanita ke jawatan yang lazimnya dihadkan atau dikhususkan pada lelaki seperti mufti dan imam, selain isu-isu yang berkaitan dengan hubungan antara lelaki dengan wanita terutama dalam hal-hal kekeluargaan seperti nafkah, talak, kemudahsampaian kepada mahkamah, dan sebagainya. Objektif:

(i) Membahaskan undang-undang berkaitan gender, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa, adalah selaras dengan Maqasid al-Shari`ah atau sebaliknya;

(ii) Membincangkan sama ada undang-undang berkenaan memelihara hak dan kebajikan gender, menyokong kemudahsampaian kepada prasarana asas yang menjamin kehidupan yang sejahtera, dan menekankan layanan yang sewajarnya dalam bidang-bidang utama, iaitu sosial, politik, dan ekonomi; dan (iii) Mengusulkan saranan pengukuhan serta penambahbaikan terhadap undang- undang berkaitan gender sedia ada, sesuai dengan fitrah masing-masing demi memelihara maslahah masyarakat dan negara secara umumnya.

Page 15: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

15

Seminar On “Gender Issues In the Framework of Maqasid Al-Shari`Ah’

Issues pertaining to gender equality have been heatedly debated at both national and

international levels. Among the questions raised include equal job opportunities between

male and female aspirants, appointment of women to positions which are traditionally

reserved for men such as imams and muftis, relationship between men and women

particularly in familial matters such as maintenance, talaq, accessibility to court, etc.

Objectives:

(i) To discuss whether the laws pertaining to gender, either at the national or

international levels, are in line with Maqasid al-Shari`ah or vice versa.

(ii) To discuss whether those laws do protect the rights and welfare of both genders,

and support the accessibility to basic facilities which guarantees a prosperous life,

and give emphasis on proper treatment in primary key areas, i.e. social, politics,

and economy; and

(iii) To propose improvements and refinements on the existing laws in relation to

gender, which are compatible with their nature in order to preserve the people’s

and nation’s interests in general.

16. Perbincangan Meja Bulat: Kesedaran dan Pendidikan Alam Sekitar

Penyelaras : Rosmidzatul Azila Binti Mat Yamin

Tarikh : 12 Nov 2013 Dewasa ini didapati tahap kesedaran masyarakat berhubung aspek penjagaan alam sekitar masih berada pada tahap yang rendah. Buktinya, isu dan permasalahan alam sekitar masih lagi berleluasa dan kian meruncing dari semasa ke semasa. Begitu juga dengan aspek pendidikan alam sekitar yang kurang diberi perhatian dalam kalangan masyarakat sehingga menyukarkan usaha memupuk kesedaran berhubung perkara ini. Justeru, menyedari hakikat ini maka persidangan meja bulat ini diadakan bertujuan:

(i) Membincangkan sejauh mana tahap kesedaran masyarakat berhubung isu dan permasalahan semasa alam sekitar; (ii) Meneliti dan membahaskan keperluan menerapkan pendidikan alam sekitar dalam kurikulum pembelajaran di sekolah; (iii) Mengetengahkan pendekatan Islam dalam memastikan pendidikan alam sekitar lebih berkesan kepada masyarakat; dan (iv) Mengenalpasti saranan-saranan yang sesuai untuk memantapkan lagi mutu pendidikan alam sekitar agar tahap kesedaran dalam kalangan masyarakat dapat dipertingkatkan.

Page 16: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

16

Round Table Discussion: Awareness and Environmental Education

Nowadays, the level of public awareness on environmental aspects is still found to be low. This is evidenced by the prevailing and rapidly deteriorating environmental issues and problems from time to time. Similarly, the lack of environmental education in the community has made it difficult to foster awareness in this regard. Thus, this roundtable is convened to:

(i) Discuss the extent of public awareness on the issue and current environmental problems; (ii) Examine and debate the need to implement environmental education in the learning curriculum of the school; (iii) Highlighting the Islamic approach to ensure a more effective environmental education to the community; and (iv) Identify the appropriate recommendations to improve the quality of environmental education to ensure the level of awareness among the community is enhanced.

17. Perbincangan Meja Bulat: “Islam Dan Neuroscience: Tinjauan Terhadap Pendekatan Pendidikan dan Latihan Di Malaysia” Siri 1 Penyelaras : Dr. Mohd Zaidi Ismail Tarikh : 20 November 2013

Dalam siri-siri kursus dan latihan mutakhir di Malaysia yang turut dianjurkan dan disertai oleh orang-orang Islam, penggunaan istilah dan pendekatan seperti neurolinguistic programming, God-spot, kuasa minda, gelombang otak, penyakit mental, dan yang seumpamanya semakin meluas dan mengakar. Baik secara langsung atau tidak, semua itu berkait dengan neuroscience, suatu cabang sains semasa yang sedang pesat berkembang di Dunia Barat. Persidangan Siri 1 ini bertujuan:

(i) Memahami semula makna istilah-istilah utama dalam Islam berkaitan diri insan seperti akal, ruh, nafs dan yang seumpamanya; (ii) Memperhalusi maksud yang terkandung dalam perkataan-perkataan yang berhubung dengan hakikat manusia dalam Pemikiran dan Sains Barat amnya dan dalam neuroscience khasnya, seperti reason, intellect (intelek), mind (minda),soul dan yang sebagainya; (iii) Mengamati secara perbandingan lapangan makna yang terbit dari rangkaian istilah dan perkataan di atas; dan (iv) Meninjau kesan lapangan makna di atas terhadap pendirian orang-orang Islam bukan sahaja berkenaan neuroscience tetapi juga berhubung dengan sebarang kaedah dan pendekatan pendidikan dan latihan yang diasaskan padanya.

Page 17: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

17

Roundtable Discussion: Islam and Neuroscience: A Survey of Educational and Training Approaches in Malaysia (Series No. 1) Of late, the use of words and methods such as neurolinguistic programming, God-spot, mind power, brain waves, mental illness, and their likes has been prevalent in the many training courses in Malaysia organised and attended by Muslims. Directly or indirectly, they all relate to neuroscience, a branch of contemporary science which is fast developing in the Western world. This first series of discourse is aimed at:

(i) Grasping again the meanings of key terms in Islam pertaining to the human self such as aql, ruh, nafs and their likes; (ii) Analysing the ideas conveyed by words relating to the nature of human beings as conceived of by Western Thought and Science in general and in neuroscience in specific, such as reason, intellect, mind, soul and their ilk; (iii) Comparatively scrutinising the semantic fields that arise out of the inter-relation of such terms and words; and (iv) Surveying the implications of the aforementioned semantic fields on the position Muslims should adopt not only in relation to neuroscience but also in regard to the various educational and training methods and approaches which are neuroscience-based.

18. Seminar “Pemerkasaan Sistem Pengajaran Agama di Malaysia: Cabaran Semasa Guru Pendidikan Islam”

Penyelaras : Dr. Mohd Farid Mohd Shahran dan Cik Nor Hartini Saari Tarikh : 26-27 November 2013 Di samping menjalankan tugas penting untuk mendidik generasi anak bangsa mengenai ilmu-ilmu teras agama, guru pendidikan Islam juga berdepan dengan cabaran-cabaran baru terutama dalam konteks menjadikan teras Islam tersebut kekal mantap dan sesuai dalam menawarkan penyelesaian kepada isu-isu semasa yang mendatang. Bagi mancapai misi ini, satu perencanaan teliti harus dilakukan dalam mempersiapkan para guru pendidikan Islam sama ada dari segi kedalaman ilmu, kekuatan psikologi, kemantapan pedagogi dan juga kekemasan kurikulum. Objektif seminar adalah:

(i) Menilai kembali keberkesanan pengajaran pendidikan Islam di Malaysia; (ii) Mengenalpasti cabaran semasa dalam pengajaran mata pelajaran pendidikan Islam; (iii) Memperkukuh pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dari sudut kurikulum dan persediaan guru; dan (iv) Memberikan input kepada pihak Kementerian Pelajaran dalam kerangka Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

Page 18: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

18

Seminar on “Empowering the Malaysian Religious Educational System: Contemporary Challenges to Islamic Education Teachers” With the paramount duty of educating the future generations of the country, teachers in the field of Islamic education face new challenges particularly in the Islamic fundamental knowledge in ensuring that it remains intact and relevant in offering solutions to contemporary issues. To achieve this mission, proper planning has to be worked out to prepare such teachers in terms of their depth of knowledge, psychological ability and pedagogical strength as well as proper curriculum. The objectives of the seminar are:

(i) To re-evaluate the effectiveness of the teaching of Islamic Education in Malaysia; (ii) To identify contemporary challenges in the teaching of Islamic Education; (iii) To strengthen the teaching and learning of Islamic Education in terms of curriculum and training of teachers; and (iv) To provide input to the Ministry of Education within the framework of the 2013- 2025 Malaysian Education Plan.

Page 19: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

19

PUSAT PERUNDINGAN DAN LATIHAN IKIM CENTRE FOR CONSULTANCY AND TRAINING IKIM

1. Bengkel Kuasa Minda: Ubah Sikap Melalui Solat Penyelaras : Pn. Zarita Kasim Tarikh : 23 Februari 2013 Solat yang khusyuk sangat berkait rapat dengan pengawalan minda seseorang dan ia mampu memimpin serta membimbing individu tersebut dalam menentukan sikap dan tindakan yang bakal diambil. Bengkel ini diharapkan dapat memberi pendedahan dan pencerahan kepada peserta dalam menggunakan kuasa minda melalui ibadah solat yang mampu mencorakkan sikap seseorang. Bengkel ini akan:

(i) Memberi pendedahan tentang potensi minda yang sungguh hebat dan bagaimana menggunakan potensi tersebut dalam perubahan sikap melalui ibadah solat; (ii) Memberi kemahiran melaksanakan ibadah solat yang sebenar agar ia mampu membawa kepada perubahan sikap seseorang; dan (iii) Mengajak peserta untuk mengaplikasikan kuasa minda melalui ibadah agar semua amanah yang dipikul dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Workshop on Mind Power: Transforming Attitude through Solat A focussed solat is inextricably related to mind control and it is able to lead and guide an individual in determining the attitude he adopts and actions undertaken. This workshop will provide exposure and understanding to participants in optimising their mind power through solat which is capable of shaping one’s attitude. This workshop will:

(i) Give exposure on the extraordinary potentials of the mind and ways of optimising those potentials in transforming attitude through solat; (ii) Provide skills on how best to perform the solat so as to bring transformation to one’s attitude; and (iii) Engage participants to apply mind power through solat so that all the responsibilities shouldered can be effectively carried out.

2. Bengkel Pengurusan Kewangan Peribadi Penyelaras : Pn. Siti Fatimah Abdul Rahman Tarikh : 2 Mac 2013 Kemahiran pengurusan kewangan peribadi merupakan satu kemahiran hidup yang penting. Ia membolehkan kita menguruskan sumber kewangan yang ada bagi memenuhi keperluan seharian. Dalam suasana ekonomi yang tidak menentu dan kos hidup yang sentiasa meningkat, kemahiran ini perlu dikuasai oleh semua bagi memastikan kedudukan kewangan yang selesa. Bengkel ini akan menyentuh tentang:

Page 20: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

20

(i) Suasana ekonomi semasa; (ii) Pengurusan kewangan peribadi; dan (iii) Pengurusan hutang.

Workshop on Personal Financial Management

Personal financial management skill is an important life skill. It enables us to manage our available financial resources to fulfil the daily requirements. In an uncertain economic climate and escalating cost of living, such a skill should be mastered by all to ensure financial stability. This workshop will cover the following:

(i) The current economic climate; (ii) Personal financial management; and (iii) Loan management.

3. Bengkel Makna Diri Untuk Remaja Penyelaras : Pn. Siti Fatimah Abdul Rahman Tarikh : 9 Mac 2013

Zaman remaja merupakan zaman yang amat mencabar bagi setiap individu. Pada masa ini, remaja mahukan kebebasan bertindak sebagai orang dewasa, di masa yang sama ilmu dan pengalaman yang terhad memungkinkan mereka membuat keputusan-keputusan yang kurang bijak dan memudaratkan. Oleh itu, mereka perlu dibimbing dan dan diperkasakan agar dapat melalui zaman remaja ini dengan tenang dan bijaksana. Bengkel ini akan:

(i) Memberi kesedaran kepada remaja mengenai cabaran-cabaran yang mereka hadapi; (ii) Memberi kefahaman mengenai makna diri dari sudut rohani, jasmani dan sosial; dan, (iii) Memberi kefahaman mengenai peraturan, undang-undang/ hukum serta persoalan taklif (pertanggungjawaban) serta kemahiran untuk melaksanakan tanggungjawab agama serta berkata “Tidak” kepada apa yang bercanggah dengan ajaran agama Islam.

Workshop on the Meaning of Self for Adolescents Adolescence is an extremely challenging period for every individual. Nowadays, adolescents want freedom to act as adults when at the same time, their limited knowledge and experience cause them to make decisions that are unwise and detrimental. Thus, they have to be guided and empowered to go through this phase peacefully and sensibly. This workshop will:

(i) Give awareness to adolescents on the challenges they face; (ii) Give understanding on the meaning of self from the spiritual, physical and social perspective; and, (iii) Give understanding on rules, regulations and laws as well as taklif issues (accountability) and skills to perform religious responsibilities as well as to be assertive in saying ‘No’ to things that are against the Islamic teachings.

Page 21: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

21

4. Program Bersempena Minggu Setiausaha: “Pengembaraan Rohani: Inspirasi Diri” Penyelaras : Puan Zarita Kasim Tarikh : 13-14 April 2013 Bersempena dengan Minggu Setiausaha yang sering diraikan pada bulan April saban tahun, PPLI merasakan adanya keperluan untuk memberikan pendedahan dan ilmu-ilmu berkaitan peranan yang harus dimainkan oleh seorang setiausaha berlandaskan Syariah dan memimpin mereka dalam melaksanakan tugas harian dengan membina keyakinan, kredibiliti dan kemampuan diri, tanpa mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.Program ini akan:

(i) Memberi panduan berkaitan etika setiausaha Muslim; (ii) Melatih para setiausaha sebagai duta kecil yang berketrampilan Islamik; dan (iii) Meningkatkan kemahiran peserta dalam teknik berkomunikasi.

Programme On “Spiritual Journey: Self Inspiration” In Conjunction with the Secretaries Week In conjunction with the secretaries week celebrated annually in April, PPLI pre-empts the need to provide exposure and knowledge related to the roles played by a secretary based on the shariah and provide them guidance in performing their daily routine by instilling confidence, credibility and capabilities, without disregarding their responsibilities as a Muslim. This programme will:

(i) Give guidance related to the ethics of a Muslim secretary; (ii) Provide training to secretaries as little ambassadresses with an Islamic image; and, (iii) Enhance skills of participants in communication techniques.

5. Bengkel Guru Professional Penyelaras : Encik Mohd. Noor Omar Tarikh : 11-12 Mei 2013 Peranan guru dalam mencorak masyarakat tidak dapat dinafikan malah amat besar pengaruhnya dalam menentukan masa depan negara. Walau bagaimana hebat sekalipun sistem pendidikan, tetapi sekiranya guru tiada kemahiran dan kewibawaan, sistem itu akan tidak akan memberi kesan baik malah mampu memusnahkan keseluruhan masyarakat. Bengkel ini memberi fokus utama kepada pembangunan kemahiran personal, interpersonal & professional seorang guru. Ia meliputi:

(i) Keperluan-keperluan untuk menjadi seorang guru professional; (ii) Kemahiran untuk mendekati pelajar dan menggunakan teknik pengajaran yang sesuai dengan personaliti pelajar; dan (iii) Cabaran-cabaran semasa yang dihadapi oleh para pendidik serta cara-cara untuk menghadapinya.

Page 22: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

22

Workshop on Professional Teachers The incontrovertible role of teachers in moulding society, in fact, wields an immense influence in determining the future of the country. Regardless of how remarkable the education system is, if teachers are neither equipped with skills nor authority, such a system will not be able to produce desired effects but rather, it would be capable of debilitating the fabric of good society. This workshop gives focus mainly on the development of personal, interpersonal & professional skills among teachers. It encompasses;

(i) The requirements of becoming a professional teacher; (ii) The skills to reach out to students and teaching techniques that suit students’ personality; and, (iii) Current challenges faced by educators and means of overcoming them.

6. “7 Langkah Penyelidikan Berkesan” (Bengkel Teknik Penyelidikan) Penyelaras : Encik Mohd. Noor Omar Tarikh : 11-12 Jun 2013 Penyelidikan merupakan nadi kepada penemuan baru dalam semua bidang ilmu. Kemahiran menguasai teknik penyelidikan memudahkan penerokaan khazanah ilmu dan menjadikan bidang kajian ilmiah sebagai asas kepada perkembangan semasa. Bengkel ini bertujuan untuk berkongsi tips dan teknik yang meliputi perkara seperti berikut:

(i) Memupuk semangat untuk menjalankan penyelidikan (ilmiah/industri); (ii) Mengetahui teknik dan panduan dalam penyelidikan; (iii) Membincangkan tentang cabaran penyelidikan dan cara mengatasinya; (iv) Mengenal pasti dan memilih strategi yang bersesuaian untuk penyelidikan; dan (v) Berkongsi pengalaman dan pengajaran dalam bidang penyelidikan.

“The 7-Step to Effective Research” Research is the lifeline to new discoveries in all fields of knowledge. Mastering research techniques skills would facilitate the exploration of knowledge and make the field of scientific research as a basis for current developments. This workshop aims at:

(i) Fostering enthusiasm for conducting research (scientific /industrial); (ii) Sharing the techniques and tips in doing research; (iii) Discussing the challenges of doing research and means to overcoming them; (iv) Identifying and selecting suitable strategies for research; and (v) Sharing experiences in the field of research.

Page 23: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

23

7. Bengkel Keibubapaan Anak Remaja: Anakku Kawanku Penyelaras : Puan Siti Fatimah Abdul Rahman Tarikh : 6-7 Julai 2013 Dalam Islam, tanggungjawab keibubapaan bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Tiada masa yang lebih mencabar bagi ibu dan bapa dalam menjalankan peranan ini melainkan ketika anak-anak mereka di usia remaja. Konflik antara ibu bapa dan anak remaja sering berlaku akibat jurang generasi antara mereka. Para ibu bapa memerlukan bantuan dan bimbingan bagaimana untuk menjalankan tugas keibubapaan anak remaja ini dengan jayanya. Bengkel ini akan menyentuh mengenai:

(i) Keibubapaan anak remaja menurut Islam; (ii) Bagaimana untuk menjadi ibubapa yang mendapat tempat di hati anak remaja; dan (iii) Cabaran-cabaran semasa memiliki anak remaja dan cara menanganinya.

Workshop on Parenting Adolescent Children: My Child My Friend In Islam, parental responsibilities are not to be taken lightly. There is no time more challenging for parents in carrying out their parental roles than the time when their childrens reach adolescence. Conflicts between parents and adolescents often break out due to the generation gap between them. Parents need help and guidance in carrying out their parental roles during this challenging time. This workshop will cover:

(i) Islamic guide in parenting adolescent children; (ii) Tips on how to win the adolescents’ heart; and (iii) Current challenges of bringing up adolescents and means of overcoming them.

8. Kursus Pengurusan Sumber Manusia Dari Lensa Islam Penyelaras : Encik Mohd. Noor Omar Tarikh : 24-25 Ogos 2013 Organisasi atau tempat kerja adalah tempat manusia melaksanakan peranannya sebagai hamba Allah untuk beribadah. Dimensi pengurusan sumber manusia perlu dicorakkan mengikut ketetapan Islam agar selari di antara matlamat individu dan syarikat. Agama telah membawa pendekatan pembangunan sumber manusia agar seimbang dari sudut duniawi dan ukhrawi. Program ini akan mengenengahkan:

(i) Pengenalan tentang pengurusan sumber manusia dalam Islam; (ii) Pandangan alam Islam terhadap pekerja dan dunia pekerjaan; (iii) Membincangkan fungsi & peranan bidang sumber manusia (pengambilan, perhubungan perindustrian, penggajian, latihan & pembangunan) berpandukan prinsip Islam; dan

Page 24: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

24

(iv) Mengetahui asas dan kaedah perancangan warga organisasi yang harmoni dan produktif.

Course on Human Resource Management from the Islamic Lens An organisation or workplace can be a place where man performs his duties as a slave to Allah. The human resource management dimension has to be designed according to the Islamic teachings so that it will harmonize the the individual and the organisational objectives. With religious inputs, the human resource development approach will be balanced with both the worldly and the hereafter pursuits. This programme will highlight:

(i) The introduction of human resource management from the Islamic perspective; (ii) The Islamic world view on employees and the occupational world; (iii) Discussions on the function and roles of the human resource sector (procurement, industrial relations, emolument, training & development) based on the Islamic principles; and, (iv) Understanding the basics and methods of planning organisational members to bring about harmony and productivity.

9. “Bengkel Pengurusan Stress: Teknik Ketarasedar” Penyelaras : Puan Zarita Kasim Tarikh : 7-8 September 2013 Bengkel ini diadakan sebagai salah satu usaha dalam membantu masyarakat menangani, mengelak dan mengurangkan gejala-gejala stress atau tekanan yang mampu mengubah kualiti hidup seseorang. Dengan mengamalkan teknik ketarasedar, setiap individu akan lebih berhati-hati dalam setiap tindak tanduknya dan akan melakukan yang terbaik untuk kehidupannya dan sekaligus mengurangkan tekanan yang dihadapi. Bengkel ini akan:

(i) Memberi penekanan tentang mengurus tekanan menggunakan teknik ketarasedar; (ii) Memberi kemahiran dalam mengolah tindakan atau respon terhadap sesuatu tekanan; dan (iii) Memberi panduan dalam teknik mengimbangi tekanan secara Islami.

Workshop On “Stress Management: The Mindfulness Techniques” This workshop is an effort to help the society to tackle, prevent and reduce symptoms of stress which can be detrimental to their quality of life. By practising the mindfulness techniques, every individual will be more careful before taking any action and will do his best in his life, hence reduces stress. This workshop will:

(i) Emphasis on managing stress by employing the mindfulness techniques; (ii) Provide skills in processing action or response to a particular stress; and (iii) Share the Islamic techniques in handling stress.

Page 25: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

25

10. Bengkel Muamalah: Pengurusan Risiko Maliah (Pengurusan Harta & Kewangan Islam) Penyelaras : Encik Mohd. Noor Omar Tarikh : 5-6 Oktober 2013 Pengurusan risiko adalah prinsip dasar dalam pengurusan harta yang menjadi salah satu peruntukan dalam maqasid syariah. Kegagalan memahami dan mengurus risiko akan menjejaskan perlaksanaan maqasid syariah. Program ini membincangkan tentang muamalah harta dan kewangan holistik mencakupi:

(i) Pengenalan tentang teknik pengurusan risiko; (ii) Pendekatan fiqh dalam menangani risiko; dan (iii) Mengetahui asas dan kaedah pengurusan terkini selaras dengan maqasid syariah dan amalan dan industri.

Workshop on Muamalah: Maliah Risk Management

Risk management is a basic principle in management property which is one of the provisions in maqasid shariah. Failure in understanding and managing risks will affect the implementation of maqasid shariah. This programme will discuss holistic muamalah property and finance that comprise:

(i) An introduction on techniques of risk management; (ii) The fiqh approach in tackling risks; and, (iii) Understanding the basics and methods of the latest management consistent with maqasid shariah and industrial practices.

11. Bengkel Keibubapaan Anak Dewasa Penyelaras : Puan Siti Fatimah Abdul Rahman Tarikh : 26-27 Oktober 2013 Tugas keibubapaan dalam Islam tidak berakhir apabila anak-anak telah dewasa dan hidup sendiri. Selagi ada nyawa di badan, ibu dan bapa Muslim masih berperanan besar dalam kehidupan anak-anak mereka yang telah dewasa. Bagi anak dewasa, ibu dan bapa bukan sahaja perlu dijaga dengan baik dan dihormati, tetapi mereka juga perlu dijadikan sumber rujukan untuk menjalani kehidupan seharian. Segala ilmu serta pengalaman ibu dan bapa perlu dimanfaatkan untuk kebaikan bersama. Bengkel ini akan fokus kepada keluarga yang telah memiliki anak dewasa. Sasaran peserta adalah ibu bapa dan anak-anak dewasa yang telah berkeluarga. Ia akan menyentuh tentang:

(i) Tanggungjawab ibu dan bapa terhadap anak dewasa; (ii) Tanggungjawab anak dewasa kepada ibu dan bapa; dan (iii) Hubungan mertua-menantu dan ipar-duai

Page 26: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

26

Workshop on Parenting Adult Children

The task of parenting in Islam does not end when the children have grown up and live independently. As long as one lives, Muslim parents continue to play a major role in the lives of their adult children. For such children, their parents should not only be well cared for and shown filial piety, but also be made as a source of reference in going through daily life. Knowledge and experience gained by parents should be benefited for the good of all.the workshop will focus on families with adult children. Target participants comprise parents and adult children with families. It will include:

(i) Parental responsibilities towards their adult children; (ii) Responsibilities of adult children towards their parents; and (iii) Relationships among in-laws.

12. Bengkel Kemahiran Pengucapan Awam Penyelaras : Puan Zarita Kasim Tarikh : 30 Nov- 1 Disember 2013 ‘Glossophobia’ atau ‘Stage Anxiety’, adalah antara ketakutan yang dialami oleh sesetangah orang dan ini dapat diatasi dengan mengamalkan beberapa teknik dan kemahiran dalam pengucapan awam. Sebagi umat Islam khususnya, dengan tanggungjawab sebagai seorang dai’e, kemahiran ini akan dapat membantu dalam menyebarkan dakwah dan berkomunikasi secara berkesan dan berkeyakinan. Bengkel ini akan :

(i) Memberikan kemahiran dalam teknik pengucapan awam; (ii) Melatih peserta kemahiran berkomunikasi dengan berkesan; dan (iii) Memberikan panduan dalam teknik mengenali ‘audiens’.

Workshop on Public Speaking Skills

Glossophobia’ or ‘stage anxiety’, is one of the fears encountered by some people. This fear may be overcome by practising several techniques and skills of public speaking. As Muslims particularly with responsibilities as da’ie, public speaking skills will help in propagating da’wah and communicating effectively and confidently.The workshop will include:

(i) Giving skills in the techniques of public speaking; (ii) Training participants in the skills of effective communication; and, (iii) Providing the techniques and tips of understanding the audience.

Page 27: PROGRAM IKIM 2013 IKIM’S PROGRAMME · PDF fileirrelevant and can no longer be relied on as a point of ... pemuliharaan alam ... Democracy is a form of political system that centres

27

Untuk maklumat lanjut, sila faks atau poskan kepada: For further information, kindly fax or mail to: Ketua Pengurus Program / Head of Programme Manager Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) Institute of Islamic Understanding Malaysia 2, Langgak Tunku Off Jalan Duta 50480 Kuala Lumpur, Malaysia Tel : 03-6204 6200 / 6320 / 6321 / 6322 / 6323 Fax : 03-6201 4189 / 6204 6201 Email : [email protected] URL : www.ikim.gov.my