program asrama malaysia (amal) - moe.gov.my · penubuhan asrama malaysia (amal) diputuskan dalam...

23
PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Asrama Malaysia (AMal) menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama bermatlamatkan perpaduan antara kaum. Ciri-ciri Asrama Malaysia adalah merangkumi aspek fizikal, suasana dan aktiviti yang menjurus kepada pemupukan perpaduan dan memahami budaya masyarakat- masyarakat di Malaysia. Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 28 September 2009. ASRAMA MALAYSIA BERMATLAMAT : i. Untuk melihat rakyat negara ini tinggal bersama dan berasa serasi antara satu sama lain pada peringkat sekolah, sekaligus akan memupuk perpaduan nasional” (Perdana Menteri Malaysia); ii. Perpaduan antara pelbagai kaum. iii. AMal menempatkan murid pelbagai kaum dan berlainan sekolah dalam satu asrama dengan bermatlamatkan perpaduan. Modal insan yang akan dilahirkan melalui AMal kelak merupakan murid-murid yang memiliki sikap penerimaan antara kaum terhadap kepelbagaian budaya, adat resam, kepercayaan dan amalan rakyat Malaysia. PERPADUAN

Upload: others

Post on 08-Oct-2019

61 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Asrama Malaysia (AMal) menempatkan murid pelbagai kaum dalam satu asrama bermatlamatkan

perpaduan antara kaum. Ciri-ciri Asrama Malaysia adalah merangkumi aspek fizikal, suasana dan

aktiviti yang menjurus kepada pemupukan perpaduan dan memahami budaya masyarakat-

masyarakat di Malaysia.

Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 28 September 2009.

ASRAMA MALAYSIA BERMATLAMAT :

i. ” Untuk melihat rakyat negara ini tinggal bersama dan berasa serasi antara satu sama lain pada peringkat sekolah, sekaligus akan memupuk perpaduan nasional” (Perdana Menteri Malaysia);

ii. Perpaduan antara pelbagai kaum.

iii. AMal menempatkan murid pelbagai kaum dan berlainan sekolah dalam satu asrama dengan bermatlamatkan perpaduan. Modal insan yang akan dilahirkan melalui AMal kelak merupakan murid-murid yang memiliki sikap penerimaan antara kaum terhadap kepelbagaian budaya, adat resam, kepercayaan dan amalan rakyat Malaysia.

PERPADUAN

Page 2: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

A Profil Sekolah AMal

1 AMal KUALA LUMPUR (Victoria Institution, Kuala Lumpur)

1. Kod Sekolah : WEB 0226

2. Alamat : Jalan Hang Tuah, 55200 Kuala Lumpur

3. Tel. Sekolah : 03-2078 2489

4. Tel. Asrama : 03-2026 0954

5. e-Mail : [email protected] 6. Kapasiti Asrama : 350

7. Lokasi Asrama : Bangsar/Pudu

8. Status Sekolah : i. Sekolah Premier

ii. Sekolah Bestari (1999)

iii. Sekolah Kluster Kecemerlangan (2007)

Pengenalan :

a. Victoria Institution (VI) merupakan antara sekolah yang terkenal dan tertua di Kuala Lumpur. Sekolah ini pada awal penubuhannya, merupakan antara sekolah perdana untuk pelajar lelaki dan pelajar perempuan untuk Tingkatan 6. Para pelajarnya pula dikenali sebagai Victorian.

b. Sekolah yang dikenali umum dengan nama VI ini juga, mempunyai reputasi yang hebat dari segi pencapaian yang cemerlang dalam bidang akademik, penglibatan sukan dan aktiviti-aktiviti yang lain diperingkat sekolah menengah di Malaysia

Sejarah Sekolah :

a. Pada mulanya, VI dibina di High Street, Kuala Lumpur, kini di Jalan Hang Tuah dan dibuka secara rasmi pada 30 Julai 1894. VI dinamakan sempena ‘Queen Victoria’ dan ditubuhkan oleh British bagi memperingati sambutan Jubli Emas Ratu England. Sekolah ini diasaskan oleh Sir William H. Treacher (Residen British di Selangor), Loke Yew (Saudagar Bijih Timah), Yap Kwan Seng (Kapitan Cina Kuala Lumpur) dan Thanboonsamy Pillay (Ahli Perniagaan) dan dinaungi oleh D.Y.M.M. Sultan Selangor, Sultan Abdul Samad (Sultan Selangor ke-V).

b. Dari aspek sejarah telah membuktikan bahawa V.I mempunyai asas dalam percampuran masyarakat majmuk di Malaysia. Hal ini dapat dilihat dengan jelas dari segi pelajar-pelajarnya yang berlainan bangsa iaitu, Melayu, India dan Cina, serta etnik-etnik lain yang datang dari Sabah dan Sarawak

Page 3: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

Kebitaraan Sekolah :

a. Pada masa ini, V.I mempunyai kebitaraan dalam Sains (akademik) dan juga pancaragam (kokurikulum). Selain itu juga terdapat beberapa projek sukan yang bertapak di sini, iaitu Projek Kriket Melayu dan Projek Bola Sepak serta Rugbi. Dengan adanya kebitaraan dan projek sukan ini, V.I mampu menghasilkan ikon sukan, seperti Allahyarham Dato' Mohamad Mokhtar Dahari (pemain bola sepak), Datuk Dr Mani Jegathesan (Flying Doctor of Malaysia), K. Reuben (pemain bola sepak) dan sebagainya.

b. V.I juga mempunyai sejarah tradisi kerjasama dan kehebatan yang tersendiri dalam menghasilkan tokoh-tokoh kepimpinan utama di Malaysia, Asia Tenggara, Asia dan dunia, yang meliputi kepelbagaian bidang tertentu dan mewarnai situasi perkembangan politik, sosial dan ekonomi. Antaranya Raja Petra Kamarudin (aktivis politik), S. Rajaratnam (bekas Timbalan Perdana Menteri Singapura), Datuk Seri Rafidah Aziz (bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia), Zulhasnan Rafique (bekas Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia) dan ramai lagi.

Lokasi & Kemudahan :

a. Kedudukan asrama V.I terletak di tengah Bandaraya Kuala Lumpur, memberi satu kelebihan dan keistimewaan kepada para pelajar asrama di sini kerana perkhidmatan pengangkutan seperti Monorail dan LRT Jalan Hang Tuah, kedudukan Masjid Yayasan Al-Bukhari yang berhampiran dengan kawasan asrama dan lain-lain.

b. Asrama V.I telah dibina pada tahun 2001, terdiri daripada tiga blok bangunan, dua buah blok/bangunan iaitu Blok A dan Blok B untuk pelajar putera yang dipisahkan dengan sebuah lagi blok untuk dewan makan. Blok atau bangunan untuk asrama ini mengandungi 25 bilik bagi Blok A dan 24 bilik bagi Blok B. Kapasiti awalnya ialah empat ratus orang pelajar bagi asrama ini.

Penutup :

Sebagai komuniti kecil masyarakat berbilang bangsa dan etnik, V.I berjaya menyemai perasaan kekitaan dalam masyarakat Malaysia melalui

percampuran yang sihat dalam bidang akademik dan ko-kurikulum. Dengan penubuhan V.I itu sendiri melalui gabungan pengasas-

pengasasnya iaitu, Sir William H. Treacher, Tauke Loke Yew, Kapitan Yap Kwan Seng dan Thanboonsamy Pillay serta dinaungi oleh D.Y.M.M.

Sultan Abdul Samad, sudah mampu membuktikan bahawa penyatuan kaum atau etnik melalui aktiviti pembelajaran, sukan, penginapan asrama

dan aktiviti sosial, berjaya mengwujudkan persefahaman dan kekuatan perpaduan kaum.

Page 4: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

2 AMal JOHOR (SMK(P) Sultan Ibrahim, Johor Bahru, JOHOR)

1. Kod Sekolah : JEB 1005

2. Alamat : SMK(P) Sultan Ibrahim Jalan Bendahara, 80100 Johor Bahru, Johor DT

3. Tel. Sekolah : 07-2243050

4. Tel. Asrama : 07-2243050

5. e-Mail : [email protected]

6. Kapasiti Asrama : 230 Orang

7. Lokasi Asrama : Berhadapan PPD J. Bahru

8. Status Sekolah : Sekolah Kluster Kecemerlangan

Pengenalan :

SMK(P) Sultan Ibrahim Johor Bahru merupakan sekolah kluster kecemerlangan yang terletak di kawasan bandaraya Johor Bahru. Dahulunya sekolah ini dikenalai sebagai Sultan Ibrahim Girls School.

Sejarah Sekolah :

SMK(P) Sultan Ibrahim Johor Bahru (SIGS) sewaktu awal penubuhannya hanya merupakan sebuah sekolah sesi petang yang bertempat di bangunan sekolah lelaki Ngee Heng. Setahun kemudian berpindah ke tapak sekarang.

Bangunan sekolah ini telah digambarkan di dalam Laporan Tahunan JKR 1939 sebagaimana berikut, “Bangunan ini didirikan di atas tonggak dan mengandungi enam bilik darjah, bilik guru, dewan perhimpunan, bilik stor, bilik rehat, tanah lapang yang diatapi untuk meletakkan basikal dan kereta.”

Nama sekolah ini diberi sempena nama DYMM Sultan Ibrahim dan telah dibuka dengan rasminya oleh DYMM Putera Mahkota pada bulan Oktober 1939. Kos pembinaan sekolah asal ini berjumlah RM39,000.00. Peringkat awal hanya mempunyai 4 buah kelas dan menempatkan lebih kurang 100 orang pelajar, dua kelas daripadanya di ambil dari Sekolah Menengah Convent Johor Bahru.

Perang Dunia Ke 2 yang meletus pada Disember 1941, telah mengendalakan perjalanan sekolah ini. Bangunan utama sekolah ini telah digunakan oleh pihak Jepun sebagai bengkel motor. Sekolah ini digunakan semula pada Januari 1948.

Pengetua yang pertama ialah Cik C.E. Renton (Januari 1947 – April 1948).

Page 5: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

Kebitaraan Sekolah : Aktiviti Akademik (Bahasa Jepun) i. Perkongsian Pintar dan Budaya di Fukuoka Osaka Tokyo 5-10

Disember 2015. ii. Lawatan SIGS ke Sonabe High School 02 Julai 2015 dan Jin-Ai

Girls High School. iii. Lawatan Kobe Yamaha Joshi High School serta penyertaan dalam

JL Festival 5 Japanese Word Per week. iv. Lawatan sambil belajar ke Nakamura Gakuen Girls Junior High

School, Fukuoka Jepun pada 3-5 November 2016 v. Lawatan ke Jin-Ai High School, Jepun pada 22 Jun 2016 vi. JL Festival pada 6-8 Mei 2016 vii. Pembelajaran dan Pengajaran Kobe Yamaha High School, Osaka,

Jepun pada Mac 2016

Jalinan dan Jaringan i. Kedatangan Rombongan dari Kobe Yamate Joshi High School,

Osaka pada 10 Mac 2017 ii. Tetamu dari Sonabe High School Kyoto Jepun pada 5 Julai 2017 iii. Tetamu 111 orang dari Tottori Keiai Girls School pada 9 Mac 2017 iv. Penyertaan Food Summit Global World di Jepun pada 29 Ogos

hingga 3 September 2017 dan telah menjadi Johan.

Kokurikulum Pancaragam SIGS terkenal dengan pasukan pancaragamnya yang telah menyertai pelbagai pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. i. World Championship Of Marching Show Band di Kuala Lumpur dan telah menjadi Johan. ii. Penyertaan dalam bengkel pancaragam dan terlibat sebagai jemputan dalam pelbagai majlis kerajaan

dan swasta seperti Kejohanan Sukan Intitusi Pendidikan Tinggi , Majlis Sukan Johor dan lain-lain. iii. Penyertaan dalam Bengkel Ferkusi dan Drumines dan Bengkel Woodwind dan Brass iv. Penyertaan dalam Colourguard dan Formasi v. Penyertaan dalam World Association Of Marching Show Band 2018 di Touvua City, Taiwan.

Lokasi & Kemudahan :

SMK(P) Sultan ibrahim terletak di Jalan Bendahara berhadapan dengan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru. Jarak sekolah dari pusat Bandaraya Johor Bahru hanya 1.5Km, mempunyai 2 blok asrama, mempunyai 4 orang warden, seorang Penyelia Asrama

Penutup :

SMK(P) Sultan Ibrahim telah beraya melahirkan ramai tokoh pemimpin wanita negara dan tempatan

Page 6: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

3 AMal SABAH (Maktab Sabah, Kota Kinabalu, SABAH)

1. Kod Sekolah : XEE4038 2. Alamat : Maktab Sabah

Peti Surat 10548, 88806 Kota Kinabalu, Sabah

3. Tel. Sekolah : 088 – 225201

4. Website : www.maktabsabah.com.my

5. e-Mail : [email protected]

6. Kapasiti Asrama : 130 orang

7. Lokasi Asrama : Bandar Kota Kinabalu

8. Status Sekolah : 2009 – Pra Universiti 2017 – Jubli Intan

Pengenalan :

Maktab Sabah (Sabah College) merupakan sekolah menengah kerajaan yang pertama di Sabah. Ia telah dikenali sebagai Goverment Secondary School (Technical) pada masa penubuhannya pada 16 Januari 1957. Nama asal ini telah ditukarkan kepada Sabah College pada tahun 1961. Atas cadangan Ketua Menteri pada masa itu, Tun Datu Haji Mustapha bin Datu Harun , nama “Sabah College” ditukar lagi kepada Maktab Sabah kerana perubahan sistem pendidikan yang menggunakan kurikulum aliran bahasa melayu di awal 1970an. Pemangku pengetua yang mengendalikan pentadbiran sekolah pada masa itu ialah Mr. Buckley. Pada tahun yang sama, Mr. Geoffrey Clark telah dilantik menjadi pengetua sekolah ini

Sejarah Sekolah : a. Pada akhir tahun 1957, ‘Sekolah Kajang’ itu telah dipindahkan

ke tapak baru iaitu tapak bangunan Sekretariat yang ada sekarang ini. Pada tahun 1958, kelas Tingkatan Enam telah diperkenalkan dengan kemudahan-kemudahan pembelajaran yang amat terbatas.

b. Pada tahun 1960, Maktab Sabah telah berpindah ke bangunan barunya. Dengan adanya bangunan ini telah membolehkan Maktab Sabah terus berkembang dan menjadi salah sebuah sekolah menengah yang terpenting di negeri Sabah sama ada dalam bidang akademik mahupun kokurikulum. Disebabkan pembinaan Lebuhraya Sembulan – Penampang pada tahun 2000, sebahagian daripada bangunan asal telah dipindahkan ke bangunan baru iaitu bangunan yang ada sekarang iaitu di Jalan Mat Salleh, Sembulan, Kota Kinabalu.

c. Maktab Sabah kini mempunyai hampir 1,342 orang murid

dengan 96 orang guru serta 16 orang Anggota Kumpulan Sokongan (AKS).

d. Mulai Jun 2009, pengurusan Tingkatan 6 telah mengalami penstrukturan semula dan dikenali sebagai Pra Universiti Maktab Sabah selaras dengan dasar KPM untuk memperkasakan Tingkatan 6. Pada tahun 2010, telah diadakan percubaan pelaksanaan Sistem Modular menjelang pelaksanaannya secara rasmi pada tahun 2012. Struktur bangunan telah dibaiki secara menyeluruh pada tahun 2016.

Page 7: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

e. Pada tahun 2017, Maktab Sabah telah menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke 60 tahun dengan tema ‘Building on Our Legacy’.

f. Asrama Maktab Sabah seluas 5.97 ekar telah mula dipilih tapak pembinaannya pada tahun 1955. Rancangan pembinaan ini telah diluluskan di London pada tahun 1956. Mula beroperasi pada tahun 1960 dengan berdirinya sebuh blok asrama yang dikenali sebagai Blok Charter.

g. Asrama ini merupakan asrama pertama dan tertua di negeri sabah serta menempatkan penghuni lelaki dan perempuan. Asrama ini juga telah melahirkan pelbagai tokoh terbilang di negeri Sabah. Pada tahun 2012, asrama Maktab Sabah ini telah dinaiktaraf namanya dengan dikenali sebagai Asrama 1Malaysia.

h. Semenjak dinaiktaraf sebagai Asrama 1Malaysia, pelbagai infrastruktur juga telah dinaiktarafkan sehinggalah Asrama 1Malaysia Maktab Sabah ini mendapat Band 1 dalam penilaian asrama pada bulan September 2017.

Kebitaraan Sekolah : Kebudayaan, Sukan Ragbi dan Hoki

PROGRAM PENGANTARABANGSAAN:

1. International Learning Programme (ILP)

AMal Sabah juga menitikberatkan program akademik yang boleh memberi input ilmu dan pengalaman kepada pelajar khususnya. Program ini dijangka akan dapat memotivasikan pelajar dalam penguasaan bahasa Inggeris selari dengan hasrat dalam PPPM, Anjakan ke 2: Memastikan tahap murid profesion dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Pelajar AMal Sabah yang diberi peluang mengikuti program-program pengantarabangsaan kelolaan sekolah agar pelajar ini mampu bersaing diperingkat global seperti yang dihasratkan oleh KPM. Program ini juga mengharapkan pelajar AMal Sabah mempelajari bahasa ketiga supaya dapat bersaing dalam peringkat global. Antara program yang berjaya dijalankan seperit berikut: i. ILP – Singapura ke Maktab Sabah (2010) ii. ILP - Maktab Sabah ke Singapura (2011) iii. ILP – Singapura ke Maktab Sabah (2012) iv. ILP – Maktab Sabah ke Perth Australia (2012) v. ILP – Maktab Sabah ke Singapura (2013) vi. ILP – Singapura ke Maktab Sabah (2013) vii. ILP – Maktab Sabah ke Cakra Buana Indonesia (2013) viii. ILP – Bacabah: Indonesia dan MS ke Singapura (2014) ix. ILP – Hiroshima Jepun ke Maktab Sabah (2014) x. ILP – Maktab Sabah ke Korea Selatan (2014) xi. ILP – Korea Selatan ke Maktab Sabah (2015) xii. ILP – Bacabah: Singapura dan Indonesia ke MS (2015). xiii. ILP – Singapura & Maktab Sabah ke Indonesia (2016) xiv. ILP – Singapura (Westwood) ke Maktab Sabah (2017 xv. ILP – Maktab Sabah ke Osaka Hiroshima (2017).

Page 8: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

2. Program Pengantarabangsaan Program khas ini mendorong sekolah mengorak langkah untuk terlibat dengan pertandingan mahupun persembahan di peringkat antarabangsa. Selari dengan 6 ciri utama yang dinyatakan dalam PPPM yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global: Antara program pengantarabangsaan yang berjaya dilaksanakan : 1. Road To Paris (2011) – Kebudayaan 2. Road To Austria (2012) – Kebudayaan 3. Road To London (2013) – Kebudayaan 4. Road To Portugal (2014) – Kebudayaan 5. Road To Romania (2015) – Kebudayaan 6. Road To Hong Kong (2015) – Rugby 7. Road To Jersey (2016) – Kebudayaan 8. Road To Germany (2017) –Kebudayaan 9. Road To Solo Indonesia (2017) – Keroncong 10. Road To Dubai (2017) – Rugby

LOKASI DAN KEMUDAHAN :

a. Kedudukan AMal Sabah terletak di tengah bandaraya Kota Kinabalu, memberi satu kelebihan dan keistimewaan kepada pelajar AMal Sabah kerana perkhidmatan pengangkutan dan kemudahan yang lain seperti perpustakaan negeri, hospital, arkib, muzium, pusat pendidikan dan lain-lain.

b. Selain bangunan baru, Maktab Sabah juga mempunyai sebuah dewan serta dilengkapi dengan prasarana ICT termasuk Rangkaian Kawasan Setempat (LAN) yang dapat membantu Maktab Sabah untuk menjayakan program Sekolah Bestari kategori Pembestarian Diri.

c. Disamping itu, Maktab Sabah kini mempunyai 4 blok bangunan, 2 blok bangunan lama dan 1 blok bangunan bilik gurtu lama yang telah diubahsuai menjadi kelas untuk matapelajaran vokasional (MPV)

d. Sejak 2005 Maktab Sabah berpisah daripada 2 bangunan akademik yang mana blok perdana melibatkan tingkatan 1 – 5 dan blok Sabah Collage Campus (SCC) sebagai pusat tingkatan 6.

e. Manakala, AMal Sabah pula mempunyai 3 blok yang terdiri dari blok Gaya, blok Charter, blok Sabah dan blok Collony sempena mengambil nama pentadbiran British masa awal penubuhannya dan nama-nama ini telah digunakan untuk nama rumah sukan Maktab Sabah sehingga kini.

Penutup :

Amalan perpaduan yang menjadi tonggak dalam kehidupan tinggal di asrama sejak awal penubuhannya telah menjadi kesinambungan dan ‘kunci hidup’ pelajar-pelajar AMal Sabah. Perpaduan dan persefahaman antara pelajar dapat menyatukan pelbagai bangsa Malaysia yang meliputi pelbagai etnik dan bangsa dari Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Kehadiran

AMal Sabah yang mengambil pendidikan holistik akan dapat melahirkan pelajar yang seimbang, berkemahiran dan mampu bersaing di peringkat

antarabangsa.

Page 9: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

4 AMal SARAWAK (Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang, Miri, SARAWAK)

1. Kod Sekolah : YEB4101

2. Alamat : Kolej Tun Datu Tuanku Hj Bujang Jalan Bunga Tanjung 2, Tanjong Lobang, 98000 Miri, Sarawak

3. Tel. Sekolah : 085-411795

4. Tel. Asrama : 085-411805

5. e-Mail : [email protected]

6. Kapasiti Asrama : 900

7. Lokasi Asrama : Dalam Kawasan Sekolah

8. Status Sekolah : Sekolah Bestari (1999) Sekolah Kluster Kecemerlangan (2011)

Pengenalan :

Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri merupakan salah sebuah sekolah yang terkenal di negeri Sarawak. Ia dikenali bukan sahaja kerana usianya yang telah melebihi separuh abad tetapi juga kerana pernah menjadi tempat menimba ilmu sebahagian dari orang-orang yang telah mencipta nama baik dalam bidang ekonomi, sosial mahupun politik.

Sejarah Sekolah : a. Sejarah awalnya bermula pada tahun 1956 apabila kerajaan

bercadang untuk menubuhkan beberapa buah sekolah menengah kerajaan di Sarawak. Ekoran dari hasrat tersebut pada tahun 1957 kerajaan telah menubuhkan sekolah kerajaan yang pertama di Miri iaitu Sekolah Menengah Kerajaan Miri (Government Secondary School).

b. Di peringkat awal sekolah ini mempunyai 6 orang tenaga akademik

dan 87 orang murid yang terdiri dari berbilang kaum di Bahagian Keempat dan Kelima, Kelas Peralihan bagi murid-murid aliran Bahasa Cina yang tamat Darjah Enam, Tingkatan Empat dan kelas untuk guru-guru pelatih. Tapak sementara sekolah ini ialah kawasan bandar Miri, ia berpindah ke tapak barunya di Tanjong Lobang. Usaha memindahkan sekolah baru ini ke tapak yang ada sekarang adalah atas inisiatif Pegawai Pelajaran Bahagian Keempat dan Kelima waktu itu, Encik Robert Nicholl. Ekoran dari pemindahan ke Tanjong Lobang, sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Tanjong Lobang (Tanjong Lobang School).

c. Pembiayaan pembinaan sekolah di tapak barunya adalah dari

kerajaan New Zealand di bawah Skim Bantuan Rancangan Colombo selaras dengan pembangunan di Sarawak, kolej juga turut berkembang dengan pesatnya. Kalau di peringkat awalnya ia hanya menempatkan murid-murid sekolah rendah pedalaman tetapi dalam tahun 1957, ia dikhususkan untuk Tingkatan Empat sahaja.

d. Sejak 1963 kelas Tingkatan Enam telah dimulakan. Jumlah murid

Tingkatan Enam bertambah saban tahun, dan dalam tahun 1968 jumlah itu melebihi jumlah murid Tingkatan Empat. Pihak kerajaan

Page 10: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

mendapati bahawa sudah tiba masanya untuk menjadikan sekolah tersebut sebagai Tingkatan Enam sahaja. Selaras dengan cita-cita itu, pada 16hb Mei 1969, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri Sarawak, Dato Penghulu Tawi Sli merasmikan penganugerahan taraf Sekolah Menengah Tanjong Lobang kepada taraf kolej. Sejak itu, bermulalah era baru dalam sejarah kolej. Pada tahun 1971, Tuan Yang Terutama Gabenor Sarawak, Tun Datu Tuanku Haji Bujang telah membuat lawatan ke kolej. Sempena lawatan itulah, nama Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang diberi kepada institusi ini.

Kebitaraan Sekolah a. Kebitaraan Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang di bawah Sekolah

Kluster Kecemerlangan Fasa 5 Tahun 2011 ialah Bahasa Inggeris dan Pengakap.

b. Google Educator Group (GEG) Miri ditubuhkan di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang pada Julai 2015. GEG merupakan satu platform untuk guru-guru berkongsi maklumat dan pengetahuan dalam menggunakan aplikasi google dalam proses pengajaran dan pembelajaran khasnya.

c. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang juga merupakan satu daripada HUB untuk latihan FrogVLE untuk guru-guru sekitar Miri. Majlis pelancaran HUB telah disempurnakan oleh Hajah Hasimah Binti Abang Zen, Pengetua Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang pada 2 Februari 2016.

:

Lokasi & Kemudahan :

Kedudukan Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang agak istimewa iaitu di hujung sebuah tanjung (Tanjong Lobang) di atas tebingan laut kira-kira 5km dari bandar Miri. Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang telah mendapat peruntukan untuk mendapat bangunan baru dalam RMK 9 pada tahun 2010. Dua unit bangunan asrama iaitu asrama putera dan asrama puteri yang berkapasiti 450 orang murid bagi setiap unit asrama. Terdapat sebuah dewan makan dan surau .

Penutup :

Asrama Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang menerima tidak kurang daripada 20 suku kaum yang terdapat di Malaysia. Etnik daripada negeri Sarawak adalah paling ramai yang mendiami asrama ini. Perpaduan dalam kalangan murid telah wujud sekian lama seusia dengan penubuhan Koleh Tun Datu Tuanku Haji Bujang. Kehidupan di asrama telah menjuruskan kepada perpaduan sungguhpun mereka berbeza dari segi sosiobudaya dan ekonomi. Keunikan ini juga merupakan salah satu kekuatan Asrama Malaysia Sarawak yang mendapat sambutan daripada kalangan murid sekolah lain untuk bersekolah di Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang.

Page 11: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

B Permohonan & Pengambilan

i. Pemohon boleh memuat turun Borang Permohonan AMal melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia atau mendapatkan Borang Permohonan dari sekolah.

ii. Borang perlu diisi dengan lengkap berserta lampiran yang diperlukan merujuk kepada syarat-syarat kemasukan AMal. Sekiranya tidak lengkap, borang masih diproses tetapi markah yang paling minima akan diberikan.

iii. Borang yang lengkap dihantar pada/sebelum TARIKH TUTUP yang ditetapkan kepada :

a) URUSETIA PENGAMBILAN MURID AMal, Unit Pengurusan Asrama, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH), Aras 4, Blok E2, Kompleks E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Wilayah Persekutuan Putrajaya. ATAU

b) Sekolah-sekolah yang menawarkan Program AMal.

ii. Murid DIWAJIBKAN mendaftar di AMal mengikut tarikh yang ditetapkan. Kegagalan mendaftar tanpa makluman awal dianggap telah menolak tawaran.

C Pilihan Mata Pelajaran

ASRAMA MALAYSIA TINGKATAN 1 TINGKATAN 4

AMal K. LUMPUR Victoria Institution

(Lelaki Sahaja)

6 Mata Pelajaran Teras Matematik dan Sains (DLP) Reka Bentuk Teknologi Bahasa Cina Bahasa Tamil Bahasa Perancis Asas Sains Komputer Muzik

i. Mata Pelajaran Teras + Fizik + Kimia +

Biologi + Matematik Tambahan

ii. Mata Pelajaran Teras + Lukisan Kejuruteraan + Sains Komputer + Matematik Tambahan + Ekonomi Asas + Pengurusan Perniagaan + Pendidikan Seni Visual + Sains Sukan + Geografi + Prinsip Akaun

iii. Bahasa Tamil & Bahasa Cina

AMal JOHOR

SMK(P) Sultan Ibrahim (Perempuan Sahaja)

6 Mata Pelajaran Teras Matematik dan Sains (DLP) Reka Bentuk Teknologi /

PSV / Muzik Bahasa Jepun Asas Sains Komputer

i. Mata Pelajaran Teras + Fizik + Kimia +

Biologi + Matematik Tambahan + Bahasa Jepun / Sains Komputer + Bahasa Cina / Bahasa Tamil

ii. Mata Pelajaran Teras + Fizik + Kimia +

Matematik Tambahan + Prinsip Akaun + Bahasa Jepun / Sains Komputer + Bahasa Cina / Bahasa Tamil

Page 12: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

iii. Mata Pelajaran Teras + Fizik + Kimia +

Biologi + Matematik Tambahan iv. Mata Pelajaran Teras + Prinsip Akaun +

Ekonomi Asas + Matematik Tambahan v. Mata Pelajaran Teras + Asas Perniagaan +

Pendidikan Seni Visual

AMal SABAH Maktab Sabah

(Lelaki & Perempuan)

6 Mata Pelajaran Teras Matematik dan Sains (DLP) Reka Bentuk Teknologi Pendidikan Seni Visual /

Muzik Asas Sains Komputer Bahasa Arab Bahasa Jepun

i. Mata Pelajaran Teras + Fizik + Kimia + Biologi

Matematik Tambahan + Bahasa Jepun / Prinsip Akaun / Geografi / Pendidikan Seni Visual

ii. Mata Pelajaran Teras + Fizik + Kimia + Biologi + Matematik Tambahan + Sains Komputer

iii. Mata Pelajaran Teras + Fizik + Kimia + Biologi + Matematik Tambahan + Bahasa Arab

AMal SARAWAK

Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang

(Lelaki & Perempuan)

6 Mata Pelajaran Teras Matematik dan Sains (DLP) Reka Bentuk Teknologi /

Asas Sains Komputer Bahasa Jepun Bahasa Arab Bahasa Iban

i. Mata Pelajaran Teras + Fizik + Kimia + Biologi

+ Matematik Tambahan + Bahasa Jepun

ii. Mata Pelajaran Teras + Fizik + Kimia + Matematik Tambahan + Sains Komputer / Rekacipta

Penetapan Pakej Mata Pelajaran Boleh Berubah Mengikut Keperluan Sekolah Dari Semasa ke Semasa

D Program & Aktiviti Murid AMal

PENGISIAN aktiviti dan program Asrama Malaysia (AMal) dirangka khas dengan menerapkan nilai-nilai perpaduan berdasarkan objektif yang digariskan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Terdapat 5 aspek utama yang diberi penekanan iaitu:

1. AKTIVITI PERPADUAN

2. KEPIMPINAN

3. AKADEMIK

4. KOKURIKULUM

5. KEMASYARAKATAN

6. DISIPLIN DAN SAHSIAH

Page 13: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

1. AKTIVITI PERPADUAN

i. Pemahaman terhadap perbezaan budaya, agama dan kepercayaan dapat diterapkan melalui elemen-elemen seperti sambutan perayaan dan kebudayaan, pemakanan dan bahasa. Terdapat beberapa program yang dirangka untuk menerapkan kefahaman perbezaan budaya ini. Cadangan-cadangan aktiviti yang boleh dilaksanakan AMal adalah seperti berikut :

Sambutan Perayaan

Sambutan Perayaan kaum utama di Malaysia akan diadakan di AMal untuk memberikan pendedahan kepada semua murid tentang perayaan kaum-kaum utama di Malaysia seperti Perayaan Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Gawai Dayak, Tadau Kaamatan dan Krismas.

Sambutan ini tidak terhad kepada murid sahaja malah melibatkan ibu bapa.

Menu Makanan

Menu makanan AMal dirangka dengan mengambil kira sensitiviti semua kaum.

Menu terdiri daripada jenis-jenis masakan beberapa kaum utama di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan/Dusun.

Kaedah / peralatan makanan turut disediakan seperti penggunaan chopstik dan daun pisang.

Kaedah penyediaan makan turut mengambil kira kebiasaan sesuatu kaum (Pedas, Manis)

Kelas Bahasa Komunikasi

Kelas Bahasa Komunikasi kaum-kaum utama di Malaysia (Mandarin, Tamil, Iban, Kadazan) atau Bahasa Antarabangsa (Arab, Jepun, Perancis dan lain-lain) diwujudkan secara formal untuk semua murid AMal.

Pembelajaran bahasa komunikasi ini akan memudahkan lagi pemahaman antara budaya dalam kalangan murid AMal.

Majlis Permuafakatan Ibubapa Murid AMal

Satu Jawatankuasa / Biro Permufakatan Ibubapa murid-murid AMal hendaklah ditubuhkan di bawah PIBG

Fungsi utama Jawatankuasa ini ialah membantu AMal dalam melaksanakan program yang dirancang terutama yang melibatkan pihak masyarakat luar

Selain itu, melalui jawatankuasa ini turut memupuk persefahaman antara kaum dalam kalangan ibubapa.

Page 14: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

Lain – Lain Program Berkaitan

Program Patriotik Sambutan Bulan Kemerdekaan Sambutan Malam Ambang Merdeka Sambutan Hari Kemerdekaan Sambutan Hari Malaysia Program Rukun Negara Sambutan Hari Pahlawan Perjumpaan Alumni 4 AMal

2. AKTIVITI KEPIMPINAN

i. Sebagai bakal pemimpin masa depan, murid AMal diterapkan dengan nilai-nilai kepimpinan secara teori dan praktikal melalui Modul Kepimpinan yang dirangka khas dan setiap murid AMal akan mengikuti program ini mengikut tahap dari tingkatan 1 sehinggalah ke tingkatan 6. Terdapat 4 bidang utama dalam modul kepimpinan yang akan diikuti oleh murid sepanjang menduduki AMal mengikut tahap masing-masing, iaitu:

a) Psikososial & Kesejahteraan Mental b) Pembangunan Disiplin dan Sahsiah Diri Pemimpin c) Akademik d) Kerjaya

MODUL KEPIMPINAN MURID ASRAMA MALAYSIA

i. KONSEP DAN DASAR PELAKSANAAN Aktiviti dalam Modul Kepimpinan AMal adalah sebahagian daripada pembentukan dan perkembangan potensi diri pelajar di dalam AMal ataupun di luar AMal. Setiap murid di AMal wajib melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang diatur untuk mereka. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar AMal, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah atau di sekolah, maka aktiviti Modul Kepimpinan AMal dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif.

Sebagai sebahagian daripada usaha pendidikan, penglibatan semua murid dan anggota masyarakat adalah perlu, berasaskan bahawa: a. Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan

sejajar dengan kebolehan kepimpinan dalam diri mereka. b. Semua murid boleh dipimpin, dan boleh pula memimpin diri sendiri dan

rakan sebaya;

Page 15: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

c. Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik murid-murid. Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani);

ii. MATLAMAT

a. Matlamat utama gerak kerja Modul Kepimpinan AMal adalah untuk

mewujudkan pemimpin yang cemerlang yang mempunyai nilai dan semangat kesepaduan dan kekitaan tanpa mengira bangsa, agama dan asal-usul dengan berpaksikan kepada Rukunegara.

b. Memupuk potensi/bakat kepimpinan dan menjadi individu yang peka, bertimbang rasa dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.

c. Matlamat utama aktiviti-aktiviti dalam Modul Kepimpinan AMal adalah

bertujuan untuk melahirkan warga negara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga dan negara. Mereka akan keluar dari AMal sebagai pemimpin pelapis dan mampu memimpin keluarga dan masyarakat.

iii. OBJEKTIF

a. Menyeimbangkan perkembangan mental, rohani, jasmani dan emosi murid-murid supaya akhirnya berupaya menjadi pemimpin yang berkaliber.

b. Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid untuk tinggal, belajar, beraktiviti bersama dan memahami budaya antara satu sama lain;

c. Membina dan meningkatkan minat, potensi dan bakat murid-murid dalam

aktiviti yang diceburi;

d. Membina dan meningkatkan disiplin murid;

e. Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan; dan mewujudkan asrama berwatak;

f. Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat;

g. Mengukuhkan dan menerapkan nilai – nilai perpaduan dan integrasi

nasional dalam diri murid;

Page 16: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

h. Memupuk pemahaman kepada budaya, adat resam dan kepercayaan agama.

iv. BIDANG KEPIMPINAN MODUL MURID ASRAMA MALAYSIA

TINGKATAN BIDANG PENGISIAN MODUL

Tingkatan 1

Psikososial & Kesejahteraan Mental

Pembangunan Disiplin dan Sahsiah Diri Kepimpinan

Akademik

Kerjaya

Kesemua empat bidang utama ini akan membentuk kepimpinan murid-murid Asrama Malaysia

(AMal) selama lima tahun berada di Asrama Malaysia.

Modul kepimpinan sepanjang lima tahun ini merangkumi semua

bidang di atas tetapi mengikut tahap-tahap perkembangan murid.

Kemahiran sosial Kesedaran kendiri Kemahiran pengurusan diri Kemahiran asas komunikasi Asas kepimpinan Pelaksanaan projek berasaskan perpaduan

Tingkatan 2

Kemahiran sosial Kemahiran komunikasi “Peer group skills” Kemahiran membuat keputusan Kemahiran asertif Kemahiran asas berorganisasi Pelaksanaan projek berasaskan perpaduan

Tingkatan 3

Pembangunan diri Projek PMR – “Buddy System” Pembinaan wawasan diri Pengukuhan jati diri Eksplorasi stesyen Pelaksanaan projek berasaskan perpaduan

Tingkatan 4

Kesedaran dan interaksi sosial Inventori diri Khidmat masyarakat Kemahiran berfikir kreatif dan kritis (KBKK) Pelaksanaan projek berasaskan perpaduan

Tingkatan 5

Halatuju kerjaya Pengurusan kepimpinan Kemahiran menguruskan organisasi Pengurusan organisasi secara teori Aplikasi pengurusan organisasi Pelaksanaan projek berasaskan perpaduan

Tingkatan 1-5

(Semua pelajar Asrama

Malaysia )

PROJEK BERASASKAN PERPADUAN Melukis mural Memasak Melukis Membina taman dan air terjun Membina arca berasaskan perpaduan Sudut berasaskan perpaduan Tarian berasaskan perpaduan Permainan tradisional Sukaneka berasaskan perpaduan Malam gala berasaskan perpaduan

Modul menggilap permata

Kaunseling kelompok Kaunseling individu

Page 17: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

v. KERANGKA MODUL KEPIMPINAN AMal

BONGSU MUDA TENGAH SULONG ARIF

TINGKATAN 1 TINGKATAN 2 TINGKATAN 3 TINGKATAN 4 TINGKATAN 5

1.KEMAHIRAN SOSIAL i. Membina Hubungan 1Malaysia ii) Mari Berkenalan 2.KESEDARAN KENDIRI i)Konsep kendiri ii)Potensi Diri iii)Kekuatan & Kelemahan diri

1.KEMAHIRAN SOSIAL DAN KOMUNIKASI i)Yang paling hebat ii)Mengenali Pemimpin Negara ii)You and i iv)Blind fold

1.PEMBANGUNAN DIRI i.Mengenali Potensi Diri ii.Peranan dan Tanggungjawab iii)Perkembangan Individu Menengah Rendah iv)Kemahiran Pengurusan Stres

1.KESEDARAN SOSIAL i)Isu masalah sosial semasa

2.INTERAKSI SOSIAL i)Lawatan berinformasi

1.HALATUJU KERJAYA 2.PENGURUSAN KEPIMPINAN

3.KEMAHIRAN PENGURUSAN DIRI i)Pengurusan Diri ii)Asrama Ku, Rumah Ku

2.“ PEER GROUP SKILLS” i)Settle them

PROJEK PMR i)“BUDDY SYSTEM”

3.INVENTORI DIRI (INVENTORI PERSONALITI WARNA) i)Ujian Personaliti Warna

3.PENGURUSAN ORGANISASI SECARA TEORI

4.. KEMAHIRAN ASAS KOMUNIKASI i)Asas Komunikasi ii)Halangan Komunikasi ii)Komunikasi Lisan dan Tanpa Lisan

KEMAHIRAN MEMBUAT KEPUTUSAN i)Time is precious

PEMBINAAN WAWASAN DIRI i)Ujian Minat Kerjaya ii)Halatuju Selepas PT3 iii)‘Wawasanku’

4.KEMAHIRAN BERFIKIR SECARA KREATIF DAN KRITIS (KBKK) i)Telur terbang ii)Menara KLCC ii)Tren 1Malaysia

4.APLIKASI PENGURUSAN ORGANISASI

5.. ASAS KEPIMPINAN KEKELUARGAAN i)Asas Kepimpinan ii)Jenis Kepimpinan ii)Dinamika

Keluarga

4.KEMAHIRAN ASERTIF i) Binatang

cemerlang, ladang gemilang, siapa terbilang?

ii)Mengenal Diri

PENGUKUHAN JATI DIRI i)Pembentukan Jati Diri ii)Citra Remaja Malaysia

5.PELAKSANAAN PROJEK BERASASKAN PERPADUAN

5.PELAKSANAAN PROJEK BERASASKAN PERPADUAN

6.PELAKSANAAN PROJEK BERASASKAN PERPADUAN

5.KEMAHIRAN ASAS BERORGANISASI

EXPLORASI STESYEN

6.PELAKSANAAN PROJEK BERASASKAN PERPADUAN

6.PELAKSANAAN PROJEK BERASASKAN PERPADUAN

Page 18: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

3. AKTIVITI AKADEMIK

i. Murid AMal merupakan murid yang mempunyai pencapaian akademik yang baik dan tahap akademik ini seharusnya dikekalkan dan menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa. Terdapat 3 program utama dalam aspek pengurusan akademik untuk memastikan pembangunan akademik murid AMal diurus dengan berkesan.

1. Program Kelas Persediaan Berfokus

i. Masa yang diperuntukan untuk kelas persediaan hendaklah diuruskan secara berfokus dan tidak hanya membiarkan murid membuat ulang kaji secara bersendirian.

ii. Membantu murid meningkatkan prestasi akademik dengan pengukuhan pengetahuan dan mengatasi kelemahan dalam mata pelajaran atau tajuk tertentu.

iii. Aktiviti yang dicadangkan adalah seperti berikut:

a) Ulang Kaji Berfokus b) Kelas Tambahan c) Klinik Mata Pelajaran d) Pengukuhan dan Pengayaan e) Pemulihan

2. Pendekatan Headcount

i. Headcount adalah proses mengenalpasti, merasionalkan dan menjustifikasikan penentuan ciri-ciri keupayaan pembelajaran bagi setiap murid AMal supaya guru dapat menyenaraikan dan menetapkan unjuran pencapaian murid tersebut.

ii. Pendekatan Headcount akan diaplikasikan untuk membimbing murid secara berfokus berdasarkan potensi diri individu untuk mencapai sasaran yang telah ditetapkan.

iii. Melalui pendekatan Headcount, guru dapat merancang, memantau, mengawal dan melaksanakan program yang bersesuaian dengan kebolehan dan keupayaan berasaskan diagnosis yang tepat secara sistematik

Page 19: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

3. Program Sistem Keluarga Asrama (SisKA)

i. Memastikan semua murid asrama mempunyai ”IBU BAPA” semasa mereka di asrama, sama seperti rakan mereka yang tidak menduduki asrama.

ii. Memastikan terdapat ”IBU BAPA” yang mengambil berat tentang anak-anak di asrama dari segi sahsiah, akademik, kokurikulum dan keagamaan.

iii. Mengesan dan mengenalpasti murid yang lemah dari segi pencapaian akademik untuk diberi bimbingan.

4. AKTIVITI KOKURIKULUM

KEBITARAAN ROBOTIK

Sasaran :

Setiap Asrama Malaysia perlu berusaha untuk mendapatkan pengiktirafan kebitaraan

asrama dari Jabatan Pendidikan Negeri melalui Program Kebitaraan Asrama (PKA) yang

mula dilaksanakan pada tahun 2018. Sehubungan itu, usaha ke arah mendapatkan

pengiktirafan tersebut perlu dilakukan terutama dalam melibatkan lebih ramai murid dan

menyediakan dokumentasi berkaitan sebagai rujukan masa hadapan.

Sektor Pengurusan Asrama Harian telah menetapkan penganjuran program Kebitaraan

Robotik Asrama Malaysia Peringkat Kebangsaan diadakan dalam bentuk bengkel

kemahiran robotik dan juga mini pertandingan.

Penyertaan dalam pertandingan-pertandingan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa

adalah amat digalakkan.

KEBUDAYAAN

i. Pemahaman terhadap perbezaan budaya, agama dan kepercayaan dapat diterapkan melalui elemen-elemen seperti program yang dirangka untuk menerapkan kefahaman perbezaan budaya ini. Aktiviti Kesenian dan Kebudayaan:

a) Tarian Kebudayaan b) Tarian Moden c) Muzik Moden dan Tradisional d) Drama / Teater e) Aktiviti kesenian dan kebudayaan yang lain seperti dikir barat, kompang,

gamelan dan lain-lain yang sesuai.

Page 20: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

KOKURIKULUM

i. Setiap murid asrama akan mengikuti akitiviti kokurikulum yang dipilih bermula dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5 dengan matlamat murid tersebut akan mencapai tahap kemahiran (Sijil/Tauliah) setinggi yang boleh dalam masa 5 tahun menduduki AMal.

ii. Setiap murid akan mengikuti 1 aktiviti wajib dan 1 aktiviti pilihan berdasarkan pilihan yang diberikan oleh AMal mengikut kesesuaian (Kemudahan & Peralatan yang ada).

iii. Murid AMal yang telah mengikuti aktiviti kokurikulum di AMal merupakan sokongan kepada aktiviti kokurikulum di sekolah

CADANGAN OPSYEN (Contoh)

KOKURIKULUM WAJIB

Asas Renang @ Mini Orkestra

AKTIVITI PILIHAN 1 Sukan / Rekreasi / Permainan

(9 Aktiviti Cadangan)

AKTIVITI PILIHAN 2 Seni Budaya / Kreativiti / Kemahiran

(9 Aktiviti Cadangan) Sukan Air - Berkayak, Kenu, Skuba, Polo

Air Fotografi

Mendaki/ “Wall Climbing” Reka cipta Grafik Silambam / Silat / TKD Robotik

Menembak Aplikasi Media -Animasi Memanah Landskap

Snuker "Gastronomy" / Sains Sajian Makanan Kabaddi Tekstil/ Seni Kraf

Berbasikal Tarannum Golf "Penyiaran"

*Catatan: Aktiviti dijalankan dalam tempoh 5 tahun persekolahan.

5. AKTIVITI KEMASYARAKATAN

Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam khidmat masyarakat ialah:

i. Aktiviti di rumah anak yatim ii. Aktiviti rumah orang-orang tua iii. Aktiviti gotong-royong iv. Aktiviti bersama murid sekolah rendah v. Aktiviti mengedarkan makanan kepada golongan gelandangan / komuniti vi. Aktiviti Kesukarelawan vii. Aktiviti Kerjasama Bersama Komuniti, Badan Berkanun atau NGO

Page 21: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

6. AKTIVITI DISIPLIN & SAHSIAH

Contoh aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam disiplin dan sahsiah ialah:

i. Aktiviti kerohanian dan keagamaan ii. Program motivasi iii. Aktiviti pemantapan disiplin iv. Kem perdana v. Kursus kepimpinan pengawas vi. Kem kepimpinan bakal pemimpin vii. Jalinan integrasi bersama sekolah & universiti viii. Program penanda aras

E Program AMal (Keb. & Antarabangsa)

Program AMal peringkat kebangsaan melibatkan murid-murid dari 4 buah AMal :

1. PROGRAM PERPADUAN DAN PROMOSI AMal

2. PROGRAM KEPIMPINAN AMal (AMal LEADERSHIP PROGRAMME)

3. PROGRAM PERTUKARAN PELAJAR AMal

4. PROGRAM KEBITARAAN (Robotik) AMal

5. AMal INTERNATIONAL LEARNING PROGRAMME (Pengantarabangsaan)

1 PROGRAM PERPADUAN DAN PROMOSI AMal

Penganjuran Program Perpaduan Dan Promosi Asrama Malaysia dilaksanakan secara bergilir bagi keempat-empat AMal di Malaysia. Penglibatan penghuni Asrama Malaysia yang melibatkan 4 buah Asrama Malaysia amatlah digalakkan

OBJEKTIF

a. Menonjolkan kemenjadian penghuni Asrama Malaysia dalam bidang akademik, kokurikulum, kepimpinan serta kemasyarakatan.

b. Memupuk semangat perpaduan dan patriotism di kalangan penghuni Asrama Malaysia dan masyarakat melalui program kebudayaan dan khidmat masyarakat.

c. Menjana daya saing di antara Asrama Malaysia secara positif.

d. Menjadi medan bagi mempromosikan kemasukan murid Asrama Malaysia setiap tahun.

Page 22: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

2 AMal LEADERSHIP PROGRAMME

Program ini khas kepada pemimpin pelajar Asrama Malaysia yang melibatkan 4 buah Asrama Malaysia

OBJEKTIF

a. Mengamalkan sikap kepimpinan dalam kalangan pemimpin pelajar AMal mengikut dimensi pengaruh yang ideal, pertimbangan individu, ransangan intelek serta motivasi berinspirasi

b. Pembentukan sahsiah dan keperibadian unggul pemimpin pelajar AMal

c. Memperkukuhkan kesediaan pemimpin pelajar untuk memimpin

d. Memupuk perpaduan dan cintakan negara melalui semangat patriotisme dalam kalangan pelajar AMal

3 PROGRAM PERTUKARAN MURID AMal

Program pertukaran murid antara AMal diadakan bagi murid AMal mendapatkan pengalaman baru tinggal di AMal dan bersekolah di sekolah AMal lain.

OBJEKTIF

a) Pelajar dapat tinggal bersama, belajar dan menerima cara hidup pelajar lain yang berlainan budaya dan adat resam dan memupuk sikap perpaduan antara kaum dan wilayah.

b) Pelajar berpeluang merasai pengalaman bersekolah di negeri lain dan tinggal di AMal rakan-rakan AMal yang lain.

c) Pelajar dapat bertukar-tukar pengalaman dan idea baru dalam PdPC, aktiviti sekolah dan AMal.

d) Mengajar pelajar AMal untuk pandai berfikir dan lebih dinamik dalam menyesuaikan diri.

4 PROGRAM KEBITARAAN (Robotik) AMal

Pertandingan kebitaraan diadakan untuk memberi peluang kepada murid AMal merasai pengalaman melaksanakan aktiviti yang berbeza dan dapat bersaing secara sihat dengan murid AMal yang lain.

OBJEKTIF

a) Membina semangat setiakawan dan kesukanan dalam kalangan peserta

b) Memberi peluang kepada murid menceburi bidang / sukan / aktiviti yang berprestasi tinggi dan tidak terdapat di semua sekolah

c) Melatih keberanian diri, kekuatan mental, berkomunikasi dan bekerjasama dalam kumpulan

Page 23: PROGRAM ASRAMA MALAYSIA (AMal) - moe.gov.my · Penubuhan Asrama Malaysia (AMal) diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India yang dipengerusikan oleh YAB

d) Peluang untuk melaksanakan bidang / sukan / aktiviti yang berprestasi tinggi di peringkat yang lebih tinggi hingga ke peringkat antarabangsa

5 A1M INTERNATIONAL LEARNING PROGRAMME (Pengantarabangsaan)

Program Pengantarabangsaan AMal (AMal International Learning Programme) adalah jalinan yang diadakan bersama sekolah-sekolah di luar negara melalui aktiviti-aktiviti dua hala dan aktiviti pelbagai hala.

OBJEKTIF

a. Menyediakan peluang pembelajaran dan latihan kepada murid AMal

b. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ke arah pembangunan modal insan

c. Menawarkan program-program akademik dan profesional yang berdaya saing dan memenuhi keperluan semasa

d. Program pengantarabangsaan menyediakan tindakan dalam konteks dunia sebenar dan pengalaman di mana pelajar diberi peluang, galakan, mentoring supaya murid dapat merangkul pengalaman, memahami dan menghormati sejarah sesebuah negara.

e. Murid dapat memahami dunia dengan cara yang baru dan memahami bahawa kepelbagaian membawa kekuatan dan pandangan positif kepada pengalaman manusia, pengalaman dan menghormati perbezaan pendapat.

f. Membolehkan pelajar meningkatkan pengetahuan dan wawasan global, memahami bahawa matlamat pembelajaran akademik tempatan dan global adalah peningkatan pemahaman kolaboratif untuk meningkatkan peluang untuk pertukaran antarabangsa yang lebih positif dan inklusif