program adhoc/prostar

50
PKE3043E PKE3043E PENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN KESIHATAN & & KESELAMATAN KESELAMATAN

Upload: lya-ilya

Post on 18-Aug-2015

78 views

Category:

Education


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

PKE3043EPKE3043EPENDIDIKAN PENDIDIKAN KESIHATAN KESIHATAN

&&KESELAMATANKESELAMATAN

Page 2: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

ILYA ADIRA BINTI JAININILYA ADIRA BINTI JAININ NUR AMALINA BINTI MOHAMAD NUR AMALINA BINTI MOHAMAD NOORNOOR

Page 3: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

PROGRAM ADHOC & PROSTAR

KONSEP & MATLAMAT PROGRAM

(PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN AIDS)

Page 4: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

PROGRAM ADHOC

Page 5: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

PENGENALAN DAN KONSEPProgram Ad-Hoc ialah program sementara

yang dilaksanakan oleh pihak sekolah untuk tujuan sementara sahaja.

Program ini pada kebiasaannya diadakan secara tiba-tiba mengikut isu/ keadaan semasa terutamanya yang melibatkan sekolah.

Secara umumnya, program ADHOC ini boleh dilaksanakan sekali gus dengan program yang telah dirancang atau aktiviti-aktiviti yang terdapat di dalam takwim sekolah.

Page 6: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

ADHOC juga digunakan untuk menggambarkan jenis tertentu jawatankuasa yang dilantik.

Jawatankuasa yang ditubuhkan ini adalah bertujuan untuk berurusan dengan isu tertentu dan jawatankuasa ini akan dibubarkan setelah masalah atau isu telah di atasi atau diselesaikan.

Jawatankuasa bertindak ini akan memberikan tindakan sementara untuk menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan menerusi proses biasa dari organisasi milik panitia.

Page 7: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Pada kebiasaannya, jawatankuasa ini digunakan secara sementara seperti kawalan sementara isu atau perlembagaan organisasi tersebut.

Organisasi ADHOC mungkin memiliki beberapa kes, tempoh masa yang cukup panjang atau mungkin tidak terhad kewujudannya.

Dalam kes seperti ini, sebuah kumpulan kerja awal atau perbincangan dapat memberikan kedudukan yang kekal sebuah organisasi.

Page 8: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Sebagai kesimpulannya, program ADHOC merupakan satu program yang diadakan oleh pihak sekolah bagi menangani sebarang isu yang timbul secara tiba-tiba dengan menubuhkan satu pasukan jawatankuasa yang bertanggungjawab sepenuhnya mengatasi isu atau masalah yang timbul.

Page 9: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

MATLAMAT PROGRAM ADHOCMemberi kesedaran kepada semua warga

sekolah tentang bahaya wabak penyakit yang sedang menular.

Memberi pendedahan semua warga tentang

cara-cara mencegah wabak sesuatu penyakit itu daripada merebak.

Mengamalkan langkah mencegah penyakit yang merebak daripada berjangkit.

Page 10: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Memberi pengetahuan mengenai amalan kebersihan dan kesihatan persekitaran dan impak kepada diri.

Memberi pengetahuan tentang aspek kesihatan yang perlu diambil kira semasa bencana alam berlaku seperti banjir, kemarau, tsunami atau musim tengkujuh.

Page 11: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

PELAKSANAAN PROGRAM ADHOC

Menampal bahan bacaan mengenai H1N1 di setiap kelas

Memastikan setiap tandas bersih Menekankan penggunaan sabun antiseptik

semasa mencuci tangan Kempen memakai topeng mukaMengelakkan berkongsi barangan seperti

tuala, minuman.

Page 12: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

PROSTAR

Page 13: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

PENGENALANAIDS merupakan satu penyakit berbahaya yang

melanda umat manusia.

Ketiadaan vaksin dan ubat untuk menghapuskan penyakit ini menyukarkan lagi usaha mengawal wabak AIDS di negara ini.

Kes pertama HIV dilaporkan di negara ini pada tahun 1986.

Sejak itu jumlah kes HIV yang dilaporkan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertambah setiap tahun.

Sehingga Disember 2004 sebanyak 64,439 kes HIV dilaporkan di Malaysia.

Page 14: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Berdasarkan statistik Kementerian Kesihatan Malaysia, lebih 40% daripada mereka yang dijangkiti HIV terdiri daripada golongan remaja yang berumur di bawah 29 tahun.

Jangkitan HIV yang dilaporkan berkait rapat dengan tingkah laku dan cara hidup individu.

Dua cara jangkitan utama yang dikenal pasti adalah melalui hubungan seks dan perkongsian jarum suntikan dadah.

Masalah gejala sosial akibat keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja yang boleh menjurus kepada merebaknya HIV semakin ketara dan membimbangkan.

Page 15: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Perkembangan negatif di atas, sekiranya tidak dibendung dengan segera akan menjadi lebih buruk dan seterusnya akan memburukkan lagi masalah AIDS.

Oleh itu, langkah-langkah pencegahan yang khusus untuk golongan remaja perlu dijalankan.

Page 16: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

KONSEP

PROSTAR adalah singkatan kepada “Program Sihat Tanpa AIDS untuk Remaja”.

Program ini diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah HIV/AIDS di kalangan remaja.

Idea penubuhan PROSTAR telah dicetuskan pada tahun 1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 24 November 1996 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Page 17: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Ini diikuti dengan penerbitan dan penggunaan manual latihan PROSTAR pada tahun yang sama.

PROSTAR berkonsepkan “Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja”.

Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 hingga 25 tahun sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah Hidup Sihat Tanpa AIDS.

Sebagai PRS, mereka dilatih untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada remaja yang lain.

Page 18: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Sekolah perlu mengadakan kelab ini bagi membendung gejala sosial daripada berleluasa.

Hal ini kerana, murid-murid masa kini perlu dididik, dibimbing dan didorong ke arah remaja bermaklumat, berketerampilan dari segi ketahanan diri dan mental bagi menghadapi tekanan persekitaran serta prihatin dan bertanggungjawab dalam menghadapi masalah sosial yang melanda remaja.

Dengan adanya PRS yang juga merupakan rakan sebaya kepada murid-murid yang bermasalah ini mereka akan mudah didekati melalui teman.

Perkongsian masalah dengan rakan mungkin dapat membantu murid-murid tersebut meninggalkan gejala negatif tersebut.

Page 19: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

OBJEKTIF PROSTAR

DITUBUHKAN

Menyemai sikap positif dalam kalangan murid-murid agar prihatin akan masalah

penyakit AIDS yang dikaitkan dengan gejala sosial yang

melanda para pelajar pada masa ini.

Menggalakkan para pelajar mengamalkan cara hidup yang

sihat, serta menghindari tingkah laku berisiko tinggi kepada

jangkitan HIV.

Mendedahkan maklumat kepada para pelajar mengenai cara

pencegahan dan pengawalan penyakit AIDS.

Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan kepada para pelajar akan bahaya

jangkitan HIV, cara pencegahan dan pengawalannya

Menjamin PROSTAR sentiasa bergerak di atas satu landasan

dan satu matlamat untuk melahirkan satu generasi yang

sihat dan produktif

Page 20: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

PELAKSANAAN PROSTAR

Melalui promosi menggunakan media massa bagi menyebarkan maklumat secara meluas.

Melalui latihan PROSTAR iaitu remaja akan menjalani latihan secara intensif menggunakan modul latihan khas mengikut kumpulan sasar.

Latihan PROSTAR ini dijalankan di peringkat sekolah, daerah dan negeri serta diawasi oleh Pegawai AIDS Negeri dan Pegawai Pendidikan Kesihatan Negeri.

Page 21: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Kaedah penyampaian PROSTAR juga melalui kelab PROSTAR.

Kelab ini akan menguruskan pendaftaran, merancang dan melaksanakan aktiviti. Seterusnya, kelab ini merupakan satu premis yang diwujudkan sebagai tempat pertemuan ahli-ahli PROSTAR untuk merancang dan berbincang serta menggerakkan aktiviti pendidikan HIV/AIDS.

Page 22: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

AKTIVITI-AKTIVITI

CeramahPameranKempen kesedaran AIDSKem-kem motivasiSesi kaunseling remajaLatihan PRS PROSTARMembuat promosi di Laman Web PROSTAR

Page 23: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

CERAMAH

Page 24: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

PAMERAN

Page 25: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

KEMPEN KESEDARAN AIDS

Page 26: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

KEM MOTIVASI

Page 27: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

SESI KAUNSELING REMAJA

Page 28: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

LATIHAN PRS PROSTAR

Page 29: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

PROMOSI LAMAN WEB PROSTAR

Page 30: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

PROGRAM PENDIDIKAN

PENCEGAHAN AIDS

Page 31: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Penyakit AIDS merupakan singkatan perkataan Bahasa Inggeris ‘Acquired Immune Defiency Syndrome’ iaitu Sindrom Kurang Daya Melawan Penyakit.

Penyakit AIDS adalah disebabkan oleh HIV iaitu ‘Human Immuneodeficiency Virus’.

Virus tersebut akan merosakkan sistem imun badan menyebabkan kita mudah dijangkiti penyakit lain.

Kadar kematian penjangkit AIDS adalah sangat tinggi kerana belum terdapat penawar yang berupaya mengubati penyakit tersebut.

Page 32: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Meningkatkan pengetahuan, kefahaman, kemahiran PPDa kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah rokok, inhalan, alkohol dan HIV/Aids

Membangun modal insan yang memiliki ketahanan dan jati diri yang tinggi dikalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani

TUJUAN

Page 33: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Membentuk budaya sihat, tingkahlaku positif dan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan murid sekolah

Melibat dan mewujudkan permuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/Aids.

Menyediakan alternatif yang berfaedah supaya dapat menyekat murid sekolah daripada terlibat dengan dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/Aids

Page 34: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

MatlamatMatlamat Pendidikan Pencegahan dadah

di Sekolah ialah untuk memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhinya dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran “ Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012.”

Page 35: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Visi Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012 - Negara Bebas Dadah Tahun 2015

Misi Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah ( PPDa ) yang mantap dan berkesan dalam mempastikan sekolah bebas dari dadah.

Page 36: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM

Page 37: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

PROGRAM PENDIDIKAN PROGRAM PENDIDIKAN PENCEGAHAN AIDSPENCEGAHAN AIDS

Page 38: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Program Kaunseling dan Ujian Sukarela.

Sesi kaunseling dan ujian secara sukarela (VCT) yang dimulakan oleh klien membantu seseorang itu untuk mengetahui status mereka.

Ujian HIV dilaksanakan oleh pemberi khidmat (Doktor Sekolah),menjadi laluan kepada perkhidmatan pencegahan, rawatan dan penjagaan HIV.

Keadaan-keadaan di mana ujian dan kaunseling yang diberikan mestilah diperbaiki bagi mengelakkan daripada orang ramai kurang mengambilnya, disebabkan oleh takut kepada stigma dan lain-lain reaksi negatif kepada pendedahan status seseorang.http://www.unicef.org/malaysia/msl/hiv_aids_6656.html

Page 39: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Program Penggunaan Kondom Kepada Hubungan Seks

Berisiko.

Melaksanakan program pendidikan yang

berkonsepkan CERAMAH.

Page 40: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Program Pengurangan Risiko Melalui Jarum Suntikan.

Mengadakan PAMERAN mengenai risiko penggunaan

jarum suntikan.

Page 41: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Program Penyediaan Darah dan Pemindahan Darah Yang

Selamat.

Melancarkan kempen kesedaran mengenai

Program Pendermaan dan Penerimaan Darah.

Page 42: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

SURAT PEKELILING PELAKSANAAN

PROGRAM PENCEGAHAN DI SEKOLAH

Page 43: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 3/2004Memperkasakan Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah.

Page 44: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/2010Pelaksanaan Ujian Urin Murid Sekolah

Page 45: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

SURAT SIARAN PELAKSANAAN PROGRAM

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DI SEKOLAH

Page 46: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Surat Siaran 1/2015 : Pelaksanaan Program Pendidikan Pencegahan Rokok, Alkohol, Inhalan, Dadah & Hiv/Aids Peringkat Sekolah Bagi Tahun 2015.

Page 47: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Kesan Positif Program Pendidikan Pencegahan HIV-

AIDSPelajar mendapat pengetahuan asas akan

cara penularan Hiv-Aids.Sedar akan kepentingan kesihatan diri dan

menghindarkan diri dari gejala sosial yang tidak baik.

Pelajar takut dijangkiti penyakit Aids.Pelajar dapat menerima kawan yang

berpenyakit Aids. (Tak ada diskriminasi).

Page 48: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Kesan Negatif Program Pendidikan Pencegahan HIV-

AIDSPendidikan pencegahan HIV-Aids menghadapi

tantangan apabila dinilai dari sudut gama dan budaya.

Promosi tentang kondom, sebagai salah satu dari banyak cara pencegahan HIV adalah sensitif.

Ini karana terdapat masyarakat dan juga guru-guru berpendapat bahawa pendidikan pencegahan HIV seperti promosi tentang kondom secara tidak langsung mendorong golongan muda terlibat dalam gejala sosial yang bebas. (Sex bebas)

Page 49: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

Timbul kerisauan di kalangan masyarakat yang menerima bantuan dermaan darah.

Takut dijangkiti penyakit Aids melalui penerimaan darah.

Page 50: PROGRAM ADHOC/PROSTAR

RUJUKANAsiah Abu Samah. (1993). Panduan Penyeliaan

Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah. Kementerian Pendidikan Malaysia

Bucher, C. A. (1979). Foundation of physical education. Toronto: The V. Mosby Company

Colfer, G. R., Hamilton, K. E. & Magill, R. A. (1986). Contemporary physical education. Iowa: Wm. C. Brown Publisher

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. PPK: Kuala Lumpur.

Teng Boon Tong. (1989). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Kuala Lumpur: Longman Malaysia.

Wee Eng Hoe (2002). Pendidikan Jasmani & Pendidikan Kesihatan. Shah Alam: Karisma Production Sdn. Bhd.