program prostar

Upload: hazwani-kamaludin

Post on 04-Apr-2018

278 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Program Prostar

    1/45

    TAJUK:

    PROGRAM PROSTAR

    DISEDIAKAN OLEH:

    NUR HAZIRAH BINTI ZAKARIA

    NORFAZIATIN BINTI AHMAD FADZILAH

    5 PISMP PJK

    IPGKSM

    PKE3104

    PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH

  • 7/29/2019 Program Prostar

    2/45

    PROSTAR

  • 7/29/2019 Program Prostar

    3/45

    definisi

    Singkatan bagi Program Sihat untuk RemajaMalaysia

    Sebuah program yang dibentuk khas oleh

    Kementerian Kesihatan Malaysia dengansokongan serta kerjasama agensi-agensiberkaitan

    Diwujudkan khas untuk menangani masalahHIV/AIDS & KESIHATAN dikalanganremaja Malaysia

  • 7/29/2019 Program Prostar

    4/45

    1 Dirasmikan pada 24

    November 1996 diKuala Lumpur

    2 Telah dilaksanakan dalam

    tempoh 5 tahun (1996-2001)yang telah melatih seramai 20000 fasilitator daripada rakansebaya

    3 Kelab PROSTAR

    Malaysia telahditubuhkan secararasmi pada 3o Jun1997

  • 7/29/2019 Program Prostar

    5/45

    Singkatanbagi

    ProgramSihat Untuk

    Remaja

    Dahulunya

    dikenalisebagai

    Program SihatTanpa Aids

    Untuk Remaja

    Dibentuk khasoleh

    KementerianKesihatanMalaysia

  • 7/29/2019 Program Prostar

    6/45

    KONSEP 1

    Mengerakkan remaja sebagai Pembimbing RakanSebaya (PRS) ke arah cara hidup sihat dengan

    berkonsepkan "Oleh remaja, melalui remaja danuntuk remaja ".

    usaha memperkasakan pengetahuan dantingkahlaku remaja dalam ke arah amalan carahidup sihat terutamanya dari aspek pencegahan

    dan kawalan HIV / AIDS.

    KONSEP PROSTAR

  • 7/29/2019 Program Prostar

    7/45

    OBJEKTIF PROSTAR Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan

    akan bahayanya jangkitan HIV, carapencegahan dan pengawalannya

    Menyemai sikap positif dikalangan remajaagar prihatin akan masalah HIV yang dikaitkandengan gejala sosial yang melanda remajamasa ini

  • 7/29/2019 Program Prostar

    8/45

    Menyaran remaja mengamalkan cara hidupsihat, serta menghindari tingkahlaku berisiko

    terhadap jangkitan HIV

    Membentuk segolongan PRS bagi

    mempengaruhi remaja ke Arah Cara HidupSihat dan menggerakkan remaja turut sertadalam usaha menentang ancaman AIDS

    Melahirkan segolongan PRS yang berperanansebagai sukarelawan khidmat sosial dalammemberi khidmat sokongan kepada remaja

  • 7/29/2019 Program Prostar

    9/45

    1) 2)

    3) 4)

  • 7/29/2019 Program Prostar

    10/45

    PENDIDIKAN

    PENCEGAHAN

    AIDS

  • 7/29/2019 Program Prostar

    11/45

    DEFINISI AIDS adalah singkatan dari Acquired Immune

    Deficiency Syndrome, iaitu sekumpulan gejalayang didapatkan dari penurunan kekebalan

    tubuh akibat kerosakan sistem imunisasi yang

    disebabkan oleh jangkitan HIV.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    12/45

    SEJARAH AIDS Mula dilaporkan pada tahun 1981

    Penyakit AIDS terus membimbangkan seluruh

    dunia terutamanya di negara-negara barat dan

    Afrika.

    Penyakit AIDS telah merebak dengan luasnya

    dan sehingga sekarang belum ada lagi rawatan

    khusus untuk penyakit ini. Kebanyakan pesakitAIDS berkesudahan dengan kematian.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    13/45

    APA ITU AIDS?

    AIDS ialah penyakit yang disebabkan oleh sejeniskuman virus (Human immunodeficiency virus-HIVatau virus AIDS) yang melumpuhkan keupayaansemulajadi badan di dalam melawan penyakit.

    Dengan lumpuhnya keupayaan ini, mereka yangdijangkiti virus AIDS akan terdedah kepada:-

    Semua jenis kuman termasuk yang biasanya tidakmembahayakan

    Beberapa jenis barah yang biasanya jarangberlaku

  • 7/29/2019 Program Prostar

    14/45

    AIDS merebak melalui darah, air mani dan

    cecair faraj daripada orang-orang yang telahdijangkiti virus AIDS. AIDS juga boleh

    merebak daripada seseorang ibu yang telah

    dijangkiti kepada bayi yang dikandungnya.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    15/45

    Berdasarkan kepada cara-cara virus AIDS

    berjangkit, anda mungkin terdedah kepadavirus AIDS sekiranya anda melakukan perkara-

    perkara berikut:-

    Hubungan seks sejenis (Homoseks) Hubungan seks dengan berbilang pasangan

    Hubungan seks dengan pelacur

    Berkongsi menggunakan jarum suntikan untukpenagihan dadah.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    16/45

    PERTANYAAN

    YANG SERING

    DITANYABERKAITAN

    AIDS!!!

  • 7/29/2019 Program Prostar

    17/45

    Tidak !!

    Ini adalah kerana semua alat yangdigunakan untuk pengambilan darah adalahbersih daripada kuman dan ianya hanyadigunakan sekali sahaja. Mereka yang tidakterdedah kepada AIDS adalah digalakkan

    untuk terus menderma darah.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    18/45

    BOLEHKAH ANDA DIJANGKITI

    AIDS MELALUI PEMINDAHAN

    DARAH? Ini tidak mungkin akan berlaku kerana setiap

    unit darah yang diderma di negara ini diuji

    untuk antibodi AIDS. Antibodi AIDS adalah

    bahan-bahan yang dihasilkan oleh tubuh

    badan seseorang yang dijangkiti oleh virus

    AIDS. Sekiranya terdapat Antibodi AIDS,darah itu akan dimusnah dan tidak

    digunakan.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    19/45

    BOLEHKAH AIDS BERJANGKIT

    DENGAN MENYENTUH PESAKIT

    AIDS? Tidak. AIDS tidak boleh merebak melaluisentuhan dan juga cara-cara lain seperti:-

    Sentuhan

    Bersalaman

    Bersukan

    Berhimpit-himpit di tempat yang sesak

    Bekerja dengan seorang pembawa AIDS

  • 7/29/2019 Program Prostar

    20/45

    BOLEHKAH AIDS BERJANGKIT MELALUI

    PINGGAN, MANGKUK, SUDU DAN GELAS

    YANG DIGUNAKAN OLEH PESAKIT AIDS?

    Tidak. Virus AIDS tidak dapat hidup di luar

    tubuh manusia. Membasuh pinggan,mangkuk, sudu dan gelas seperti biasa dapat

    membunuh kuman tersebut.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    21/45

    AIDS tidak boleh dijangkiti dengan menggunakankemudahan awam di atas oleh kerana ia tidakmerebak melalui:-

    air

    udara

    makanan

    menyentuh dan memegang barang-barangkepunyaan pesakit AIDS.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    22/45

    BOLEHKAH AIDS BERJANGKIT

    MELALUI GIGITAN NYAMUK?

    Tidak. Sehingga sekarang tidak ada bukti

    saintifik menunjukkan bahawa gigitan nyamukboleh merebak AIDS.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    23/45

    Mempunyai sebahagian daripada tanda-tanda dan gejala penyakitAIDS seperti berikut:-

    Susut berat badan melebihi 10% tanpa sebab-sebab tertentu.

    Cirit-birit yang berlarutan.

    Demam yang berpanjangan (sekali-sekala ataupun berterusan) Batuk-batuk yang berterusan.

    Bengkak-bengkak kelenjar di leher, ketiak, atau pangkal peha.

    Penyakit herpes zoster yang berulangan. Herpes zoster adalahsejenis jangkitan urat saraf yang kelihatan sebagai lepuh-lepuh dikulit.

    Penyakit herpes simplex yang merebak dan berulangan. Herpessimplex adalah sejenis jangkitan kulit yang biasanya kelihatansebagai lepuh-lepuh di sekitar mulut atau kemaluan.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    24/45

    Mempunyai penyakit-penyakit bersabit lumpuhnyakeupayaan badan melawan penyakit yangdisebabkan oleh kuman AIDS seperti:-

    Jangkitan paru-paru (Pneumocytis cariniipneumonia).

    Barah di kulit atau mulut (Kaposi's sarcoma)

    Jangkitan-jangkitan lain yang jarang berlaku dikalangan orang yang sihat.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    25/45

    LANGKAH PENCEGAHAN

    Jangan lakukan hubungan seks luar nikah ataudengan orang yang tidak dikenali dan andatidak mengetahui status kesihatannya.

    Bersifat setia terhadap pasangan.

    Gunakan kondom dengan cara yang betul untuksuami yang telah dijangkiti HIV.

    Jangan menggunakan jarum suntikan yang telah

    dicemari. Poster tentang langkah pencegahan HIV/AIDS

    Amalkan cara hidup yang sihat

  • 7/29/2019 Program Prostar

    26/45

    Penyakit demam denggi ialah penyakit

    berjangkit yang menjadi satu masalah

    global dan endemik di beberapa buah

    negara termasuk Malaysia. Penyakit ini

    adalah disebabkan oleh virus denggi yang

    dibawa oleh nyamuk Aedes.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    27/45

    STATISTIK KES Mengikut statistik Kementerian Kesihatan

    Malaysia, bilangan kes demam denggi di Selangorbagi tempoh 26 Disember 2010 hingga 1 Januari2011 adalah sebanyak 188 kes dengan 1 kematian

    manakala bagi tempoh 3-9 Julai telah meningkatkepada 448 kes dengan 1 kematian menjadikan

    jumlah keseluruhan kes 16,367 kes dengan 45kematian. Angka ini menjadikan Selangor negeri

    yang tertinggi mencatat kes denggi berbandingJohor pada tempat kedua dengan 4406 kesdengan 12 kematian.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    28/45

    OBJEKTIF Menjadikan amalan kebersihan sebagai budaya

    hidup sihat.

    Memupuk sikap keprihatinan dan komitmenyang tinggi di kalangan warga sekolah tentangpendidikan pencegahan denggi

    Menjadikan murid sebagai agen perubahanterhadap pencegahan pembiakan nyamukAedes.

    Mewujudkan persekitaran sekolah yang bersih,selamat kondusif dan bebas pembiakan nyamukAedes

  • 7/29/2019 Program Prostar

    29/45

    MISI:

    Tiada Aedes Tiada Denggi

    VISI:

    Melahirkan Generasi Yang

    Prihatin Terhadap Pencegahan

    Pembiakan Nyamuk Aedes

  • 7/29/2019 Program Prostar

    30/45

    Mencari dan memusnahkan tempat pembiakanaedes.

    Ceramah Pendek Denggi.

    Bercerita Denggi. Mengedarkan risalah berkaitan denggi kepada

    masyarakat setempat.

    Persediaan ke pertandingan Pameran Denggi.

    Lawatan dan Penerangan mengenai BahayaDenggi ke Tadika dan Taska berhampiran.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    31/45

    PROGRAM RUBELLA

    Rubella atau lebih dikenali sebagai German

    Measles merupakan jangkitan virus (togavirus).

    Merebak dengan cara titisan udara dari hidung

    dan tekak mereka yang mempunyai rubellaataupun, dikenali sebagai Congenital Rubella

    Syndrome.

    Rubella juga merupakan sejenis penyakit yangdisebabkan oleh sejenis virus biasanya dengan

    bintik-bintik ruam merah.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    32/45

    Walau bagaimanapun, wanita yang tidakmendapat imunisasi terdedah dengan jangkitanrubella sewaktu mengandung boleh

    menyebabkan bayi yang dilahirkan cacat. Inidikenali sebagai Congenital Rubella Syndrome.

    Ancaman virus Rubella yang paling menakutkanini ialah sekiranya ia menjangkiti wanita yanghamil dalam tempoh 12 minggu pertama atautiga bulan.

    Ini disebabkan virus rubella boleh merentasi

    sistem pertahanan uri dan masuk ke dalamtubuh janin yang sedang membentuk menjadibayi.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    33/45

    Jangkitan virus rubella pada bayi dikenalisebagai sindrom konginetal Rubella.

    Sindrom konginetal rubella memberikan risikokecacatan yang tinggi terhadap bayi dalamkandungan termasuk kecacatan seperti buta,

    katarak, hilang pendengaran, masalah jantungdan adakalanya terencat akal.

    Dianggarkan lebih 85 peratus bayi yangdijangkiti dalam tempoh tiga bulan pertama

    kehamilan terdedah dengan risiko yangberbahaya.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    34/45

    Sindrom konginetal rubella terutama pada

    peringkat awal kehamilan ini dianggap bahaya

    kerana sifat janin mula membentuk. Malah wanita hamil yang dijangkiti sindrom

    konginetal rubella pada akhir tempoh

    mengandung juga berhadapan dengan risikobayi yang dilahirkan mempunyai

    perkembangan yang lambat bagi belajar

    berjalan atau melakukan aktiviti-aktiviti yangmudah.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    35/45

    SISTEM

    PERTAHANANBADAN

  • 7/29/2019 Program Prostar

    36/45

    Sehingga kini, belum ada rawatan yang dapat

    menghindar atau membantu wanita yang mendapat

    jangkitan Rubella semasa hamil. Oleh itu kaedah suntikan vaksin vaksinasi digunakan

    dan kaedah vaksinasi dapat melindungi wanita dan

    bayi yang bakal dilahirkan daripada sindrom

    konginetal Rubella.

    Suntikan vaksin ini merangsang sistem pertahanan

    tubuh dengan menghasilkan antibodi.

    Wanita yang telah mendapatkan vaksinasi, perlumenunggu sehingga tiga bulan selepas vaksinasi

    sebelum merancang untuk hamil.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    37/45

  • 7/29/2019 Program Prostar

    38/45

    Ruam bermula di muka, dan demam menurun. Gejala

    beransur hilang apabila muncul ruam. Ruam hilang selepas

    lima hari dan meninggalkan parut. Kadangkala jangkitan ini

    tidak disedari oleh pesakit atau ibu-bapa.

    Oleh kerana ia merupakan jangkitan virus, ia tidak boleh

    dirawat menggunakan antibiotik. Kebiasaan untuk jangkitan

    virus, ia akan hilang selama seminggu sehingga 10 hari.

    Kanak-kanak yang terlibat dengan gejala ini perlu diasingkandi rumah.

    Bayi yang terkena Congenital Rubella Syndrome

    boleh mengalami masalah kecacatan mental,

    masalah jantung, pekak , katarak (menyebabkan buta),

    jantung berlubang terencat tumbesaran atau akal

    dan masalah organ yang lain seperti hati.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    39/45

    LANGKAH PENCEGAHAN

    PENYAKIT RUBELLA Untuk menghindar daripada penyakit Rubella, seseorang itu

    boleh menjalani ujian darah bagi mengenal pasti sama ada

    terdapat antibodi terhadap Rubella di dalam darah mereka.

    Wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan menjalani

    ujian imuniti terhadap Rubella sebelum mereka hamil. Vaksinasi dapat melindungi wanita dan bayi yang bakal

    dilahirkan daripada sindrom konginetal Rubella.

    Imunisasi ini tidak akan dilakukan terhadap wanita yang hamil.

    Bagaimanapun, doktor tidak akan menggugurkan kandungan

    sekiranya wanita terbabit tidak menyedari bahawa mereka hamil

    ketika mendapat suntikan imunasi.

    Rubella amat mudah berjangkit dalam tempoh satu minggu

    sehinggalah tujuh hari selepas ruam timbul.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    40/45

    Penyakit Rubella ditakuti kerana rekod serangannya

    yang menakutkan. Ketika wabak Rubella merebak di

    Amerika Syarikat pada tahun 1967-1965, lebiH

    20,000 bayi telah dilahirkan cacat.

    Wabak Rubella juga dikatakan menyebabkan

    sekurang-kurangnya 10,000 kes keguguran dan bayi

    yang lahir mati sejurus dilahirkan.

    Dianggarkan 25 peratus bayi yang mendapat

    jangkitan Rubella pada tiga bulan pertama usia

    kandungan dilahirkan dengan satu jenis atau lebih

    kecacatan.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    41/45

    Ibu-ibu yang mendapat jangkitan Rubella selepastrimester yang kedua, risiko mendapat sindromkonginetal Rubella boleh menyebabkan masalah lainseperti:

    * Berat badan yang kurang* Masalah makan

    * Lahir tidak cukup bulan* Cirit-birit* Jangkitan kuman dalam paru-paru* Anemia* Radang paru-paru* Mudah mengalami pendarahan

    * Bintik-bintik merah ungu pada muka dan tubuh* Pembengkakan hati dan limpa

  • 7/29/2019 Program Prostar

    42/45

    Di Malaysia, imunisasi untuk Rubella menggunakan

    MMR atau Measles, Mumps dan Rubella di dalam

    satu vaksin.

    Kanak-kanak diberi vaksin MMR pada umur 12bulan hingga 18 bulan dan kali kedua pada umur

    11-12 tahun. Perlindungan adalah sepanjang hayat.

    Sebanyak dua dos imunisasi MMR diberikan iaitu

    dos pertama ketika kanak-kanak berusia setahun

    manakala dos tambahan semasa mereka berada di

    tahun satu persekolahan rendah.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    43/45

    Ibu bapa yang tidak menyuntik MMR semasa

    bayi berusia 12 bulan hanya mendedahkan

    kanak-kanak itu kepada ancaman beberapa

    penyakit yang lebih besar pada masa akan

    datang,

    Suntikan imunisasi MMR diberikan sama ada

    pada bahagian paha atau lengan.

    Ia akan meninggalkan kesan sampingan yang

    ringan seperti sakit dan bengkak padabahagian yang dicucuk, mengantuk, demam,

    ruam dan bengkak kelenjar air liur di leher.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    44/45

    Untuk ibu-ibu yang ingin mengandung boleh

    menghindar penyakit ini daripada terkena

    bayi dan mengelakkan Congenital Rubella

    Syndrome.

    Walaubagaimanapun, wanita yang ingin

    mengandung dinasihatkan untuk tidak

    mengandung selepas 3 bulan menerima

    vaksin ini.

    Ini adalah kerana kesan vaksin ini terhadap

    kandungan masih lagi tidak dapat diketahui.

  • 7/29/2019 Program Prostar

    45/45

    SEKIAN

    TERIMA KASIH