profil perniagaan2

6
PERAKUAN CALON Saya memperakui bahawa Tugasan Projek yang dikemukakan untuk memenuhi syarat Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014 bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan 3756/3 adalah tulen. Tandatangan Calon : NAMA CALON : THARSHINNI A/P SHANMUGAM ANGKA GILIRAN : NO KAD PENGENALAN : 970626-01-5886 1

Upload: chandralegah-kuppusamy

Post on 24-Dec-2014

350 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Profil perniagaan2

PERAKUAN CALON

Saya memperakui bahawa Tugasan Projek yang dikemukakan untuk memenuhi syarat Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2014 bagi mata pelajaran Prinsip Perakaunan 3756/3

adalah tulen.

Tandatangan Calon :

NAMA CALON : THARSHINNI A/P SHANMUGAM

ANGKA GILIRAN :

NO KAD PENGENALAN : 970626-01-5886

1

Page 2: Profil perniagaan2

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan, tugasan kerja kursus Prinsip Perakaunan 2013 yang diberikan kepada saya dapat saya sempurnakan dengan lengkap. Sepanjang tempoh yang diberikan, saya meneliti setiap perkara yang harus terkandung dalam kerja kursus. Pelbagai pihak membantu saya menyempurnakan tugasan ini sehingga selesai.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Encik Saifuddin selaku guru matapelajaran Prinsip Perakaunan saya. Sesungguhnya, beliau banyak memberikan banyak tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Beliau sangat komited dalam membimbing saya, memberikan informasi tentang butiran dan format kerja kursus terkini serta membetulkan kesalahan yang saya lakukan. Bukan itu sahaja, beliau juga sangat sabar dan berdedikasi mengajar kami menyiapkan kerja kursus dengan betul dan sempurna. Sekali lagi, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kepada Encik saifuddin, selaku guru mata pelajaran saya kerana merupakan sumber bantuan yang dominan bagi saya.

Seterusnya, saya ingin mengucapkan ribuan terima kepada Encik Shanmugam A/L Kaliappan, bapa saya kerana beliau juga banyak membantu saya menyempurnakan kerja kursus saya. Beliau telah berusaha menyediakan komputer riba, pencetak kertas, dan kertas warna agar kerja kursus saya dapat disiapkan dengan sempurna. Selain itu, beliau banyak memberikan sokongan dan dorongan moral kepada saya agar dapat menyempurnakan kerja kursus Prinsip Perakaunan ini.

Selain itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Chandralegah A/P Kuppusamy, ibu saya kerana beliau juga memainkan peranan yang sangat penting agar saya dapat menyiapkan kerja kursus ini. Ibu saya telah menyediakan tempat yang kondusif, buku-buku yang berkaitan, dan dorongan dan sokongan moral. Sesungguhnya, dengan sokongan dan dorongan positif daripada ibu, saya lebih bersemangat untuk menyempurnakan tugasan ini.

Akhir sekali, sekalung penghargaan ditujukan kepada rakan rakan saya yang sudi membantu saya dalam menyempurnakan tugasan ini. Mereka banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya, berkongsi bahan, serta memberikan semangat dan dorongan kepada saya.

2

Page 3: Profil perniagaan2

PENGENALAN PERNIAGAAN

Puan Alya bt. Nyan telah menjalankan perniagaan yang diberi nama AN Enterprise

pada 1 Ogos 2013 dengan bermodalkan wang sebanyak RM 99 000. Beliau menggunakan

wang simpanan peribadi di tangan berjumlah RM 1500 dan di bank berjumlah RM 89 000

manakala sebuah perabot bernilai RM 8500 dibawa masuk untuk kegunaan perniagaan.

Perniagaan ini dibantu oleh dua orang pekerja yang dibayar gaji sebanyak RM 1200 setiap

seorang.

Saya memilih untuk membuka perniagaan menjual peralatan sukan kerana saya

berasa yakin dengan pengalaman saya yang pernah bekerja di sebuah kedai peralatan sukan.

Dengan berbekalkan tunjuk ajar yang diberikan oleh bekas majikan saya, saya dapat merasakan

saya mampu untuk memajukan perniagaan saya ke tahap yang gemilang. Seterusnya saya

melihat bahawa peralatan sukan semakin mendapat perhatian ramai semenjak industry sukan di

Negara ini semakin maju dan berkembang. Selain itu, saya dapat merasakan bahawa jenis

perniagaan yang saya jalankan ini berpotensi untuk menarik minat ramai pelanggan kerana di

kawasan perniagaan saya terdapat banyak infrastruktur yang membolehkan pelbagai aktiviti

sukan diamalkan seperti badminton dan bola sepak.

Terdapat juga berbagai-bagai kelebihan yang boleh saya perolehi apabila

menjalankan perniagaan ini antaranya ialah perniagaan ini amat senang ditubuhkan. Di

samping tidak memerlukan banyak modal, saya juga dapat mengeratkan hubungna saya dengan

pelanggan kerana perniagaan ini ialah jenis milikan tunggal yang menjadikan saya satu-satunya

3

Page 4: Profil perniagaan2

sebagai pemilik. Tambahan pula, Kementerian Pelajaran Malaysia secara tidak langsung

memberikan bantuan kepada perniagaan saya apabila memprakarsakan slogan 1 Murid, 1

Sukan seiring dengan transformasi Malaysia ke arah matlamat 1 Malaysia pastinya dapat

menarik minat pelajar untuk mengamalkan aktiviti sukan dan kemudiannya Berjaya

mendatangkan keuntungan yang berlipat ganda kepada perniagaan saya.

Risiko yang berkemungkinan besar perniagaan saya hadapi ialah risiko rompakan

atau kecurian ke atas barang-barang milik perniagaan ini. Persaingan dalam bidang perniagaan

ini juga merupakan lumrah alam kerana seperti yang kita ketahui umum hamper setiap hari ada

sahaja kedai yang baru dibuka.

Akhir sekali ialah kemerosotan ekonomi. Sememangnya terdapat pelbagai lagi risiko yang

bakal saya hadapi namun sebagai peniaga yang cekal saya yakin saya dapat mengatasi segala

masalah yang akan berlaku dan saya tidak akan berputus asa dengan perniagaan yang saya

tubuhkan ini.

4