profil ksl
DESCRIPTION
ProfileTRANSCRIPT
PROFILE KELAB SUKAN LASAK UPNM 1.0SEJARAH PENUBUHAN
Kelab ini ditubuhkan pada tahun 2006.
2.0OBJEKTIF PENUBUHAN KELAB
2.1Menjadikan sukan lasak sebagai sukan teras di UPNM
2.2Meningkatkan kemahiran dalam tiga sukan iaitu larian, berbasikal dan
berenang.
2.3Menanam sikap yakin pada kemampuan diri dan semangat tidak putus asa.
2.4Sebagai satu alternatif kepada warga UPNM untuk merehatkan minda
dengan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.
2.5Mencungkil bakat baru dengan membuka keahlian kepada sesiapa yang
berminat.
3.0VISI KELAB
3.1Menyertai dan mengungguli setiap pertandingan antarabangsa yang
dianjurkan.
4.0MISI KELAB
4.1Membangunkan potensi individu melalui sukan lasak.
4.2Menjuarai setiap pertandingan yang disertai.
5.0MOTO KELAB
No Pain No Gain
6.0LOGO KELAB7.0ORGANISASI
7.1Penasihat :
7.2Jurulatih :
7.3Pengerusi :
7.4Setiausaha :
7.5Bendahari :
7.6Ajk :8.0PERLEMBAGAAN
Seperti dilampiran A
9.0PENCAPAIAN
9.1CYBERJAYA TWIN CITY MARATHON 2014
1. Muhammad Amsyarul Amin
Tempat ke-4 (42km)
2. Teoh Jian Sheng
Tempat ke-6 (42km)
3. Muhd Farris Syaza bin Zamri
Tempat ke-2 (12km)
9.2BROOKS HALF-MARATHON 2014
1. Muhd. Farris Syaza bin Zamri
Tempat ke-3 (10km)
2. Muhd. Faiq bin Hashim
Tempat ke-5 (10km)
3. Luqman Hanis bin Ishak
Tempat ke-9 (10km)
4. Muhd. Tarmizizulfika bin Ismail
Tempat ke -8 (21km)
9.3KENYIR LAKE INTERNATIONAL TRIATHLON 2015
1. Teoh Jian Sheng
Tempat ke-7
2. Muhd Azmi bin Makhtar
Tempat ke-10
3. Ruth Ting Xianxian
Tempat ke-2
4. Nur Aqila Farah binti Zainuddin
Tempat ke-3
5. Norfazzreen bin Sanusi
Tempat ke-4 (Relay)
Muhd. Anas bin Azmi
Muhd. Zaim Haziq
6. Nick Ali bin Norizan
Tempat ke-5 (Relay)
Muhd. Firdaus bin Hasnan
Muhd. Syafiq bin Sofian
9.4PORT DICKSON INTERNATIONAL DUATHLON 2015
1.Muhd Azmi bin Makhtar
Tempat ke-3
2.Muhd Syafiq bin Rusli
Tempat ke-89.5PORT DICKSON INTERNATIONAL TRIATHLON
1. Muhd. Azmi bin Makhtar
Tempat ke-12
2. Norfazzreen bin Sanusi
Tempat ke-21
3. Ruth Ting Xianxian
Tempat ke-10
4. Sarah NurAin binti Omar
Tempat ke-3 (Relay)
Mubin Mustaza bin Iskandar
Azwan bin Azman
9.6KERIAN INTERNATIONAL DUATHLON 2015
1.Muhd Anas bin Azmi
Tempat ke-3
2.Ahmad Hanif bin Nazri
Tempat ke-4
3.Muhd. Syafiq bin Rosli
Tempat ke-5
4.Muhd Syafiq bin Sofian
Tempat ke-6
9.7ECO CHALLENGE INTER-IPT
1. Muhd. Tarmizizulfika bin Ismail
Tempat ke-3(TEAM)
Norfazzreen bin Sanusi
Sarah NurAinLAMPIRAN A
PERLEMBANGAAN KELAB SUKAN LASAK UPNM__________________________________________________________________UNIVERSITY PERTAHANAN NASIONAL MALAYSIA(Diubahsuai Dari Akta Pertubuhan 1966)BAB 1
NAMA DAN ALAMAT BERDAFTAR1.1NAMANama Kelab ini ialah Kelab Sukan Lasak 1.2ALAMAT DAN TEMPAT BERDAFTARKelab Sukan Lasak UPNMBahagian Hal Ehwal Pelajar & AlumniUniversity Pertahanan Nasional Malaysia,Kem Sg Besi, 57000 Kuala LumpurBAB 2
TUJUAN DAN OBJEKTIF DITUBUHKAN
2.1TUJUAN PENUBUHANSebagai satu pertubuhan yang memainkan peranan dalam 3 sukandi UPNM iaitu larian, berbasikal dan berenang, Menyediakan medium perhubungan antara komuniti persatuan dengan warga UPNM dalam menganjurkan aktiviti bagi melaksanakan objekti penubuhanSetiap warga UPNM adalah layak menjadi ahli Kelab ini sekiranya mampu memenuhi syarat-syarat berikut:a)Seluruh warga UPNM termasuk pelajar awam dan pelajar kadetb)Membayar yuran kemasukkan ahli dan yuran tahunanc)Mampu member komitmen kepada aktiviti kelab
2.2OBJEKTIF PENUBUHANa)Menjadikan sukan lasak sebagai sukan teras di UPNMb)Meningkatkan kemahiran dalam tiga sukan iaitu larian, berbasikal dan berenang.c)Menanam sikap yakin pada kemampuan diri dan semangat tidak putus asad)Sebagai satu alternatif kepada warga UPNM untuk merehatkan minda dengan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.BAB 3
KEAHLIAN
3.1Ahli Biasa
Setiap warga UPNM adalah layak menjadi ahli Kelab ini sekiranya mampu memenuhi syarat-syarat berikut:d)Seluruh warga UPNM termasuk pelajar awam dan pelajar kadete)Membayar yuran kemasukkan ahli dan yuran tahunanf)Mampu member komitmen kepada aktiviti kelab3.2Ahli Kehormat
Ahli kehormat mestilah:
a)Warganegara dari mana-mana Negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysiab)Dijemput oleh Jawatankuasa Kelabc)Tidak dikenakan sebarang yuran oleh pihak Kelab Sukan Lasak UPNMd)Mempertimbangksan setiap permintann atau cadangan Jawantankuasa Kelabe)Waris staff UPNM seperti isteri dan anak-anak3.3Permohonan Menjadi Ahli
3.3.1Syarat permohonan
Tiap-tiap permohonan untuk mejadi ahli hendaklah
dicadangkan dan disokong oleh dua orang ahli dengan
menggunakan boring khas dan dihantar kepada Setiausaha
Kelab. Jawantankuasa Kelab atau Persatuan boleh menolak sebarang permintann atau cadangan Jawatankuasa Kelab atau Persatuan boleh menolak sebarang permohonan tanpa
member sebab mengikut budi bicaranya.3.3.2Syarat Penerimaan
Tiap-tiap permohonan yang telah diluluskan hendaklah
membayar yuran kemasukkan ahli setelah memdaftar sebagai ahli Kelab.
a)Semua pelajar yang hendak menjadi ahli Kelab Sukan
Lasak UPNM dikenakan bayaran keahlian sebanyak RM
10.00 bagi setiap semester.
b)Yuran bulanan akan ditetapkan semasa Mesyuarat
Agung
c)Sebarang perubahan yuran hendaklah diputuskan
semasa Mesyuarat Agung Kelab.3.4Bayaran Masuk Keahlian dan Yuran tahunan
Bayaran keahlian adalah sebanyak RM 10, bayaran akan dikutip
setiap tahun.
3.5 Berhenti Menjadi Ahli
Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli Kelab ini
hendaklah menberi kenyataan bertulis dua minggu terlebih dahalu kepada Setiausaha Kelab dan membayar segala yuran-yuran yang tertunggak tau belum dijelaskan.
3.6 Lucut Menjadi Ahli
a)Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang Kelab
atau bertindak dalam cara yang akan mencemarkan nama baik
Kelab bolehlah dipecat atau digantungkan keahliannya dalam
sesuatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh
Jawatankuasa. Sebelum Jawatankuasa memecat atau
menggantung ahli tersebut, ahli hendaklah diberitahu akan
sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungan itu secara
bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang
menerangkan dan membela dirinya. Pemecatan atau
penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan
Mesyuarat Agung menunda atau membatalkan keputusan itu
hendaklah dilaksanakan melainkan Mesyuarat Agung menunda
atau membatalkan keputusan itu atas rayuan ahli tersebut.
b)Keahlian akan terlucut dengan sendirinya jika seseorang ahli
tersebut bukan lagi diiktiraf sebagai warga UPNM, kecuali ahli
kehormat.
c)Mana-mana ahli yang tidak siuman atau disabitkan di mana-mana
Mahkamah di bawah Undang-undang Jenayah akan
terlucut keahliannya.
3.7 Tempoh keahlian Ahli Kehormat
Tempoh keahlian Ahli Kehormat adalah seumur hidup tetapi
bergantung kepada perubahan yang diputuskan oleh
Jawatankuasa Kelab. BAB 4
JAWATANKUASA4.1Satu jawatankuasa yang dinamai Ahli-ahli jawatankuasa Kelab Rekreasi UPNM @ EXCO hendaklah terdiri daripada :
(a)Seorang Penaung
(b)Seorang Pegawai Penasihat
(c)Seorang Pengerusi
(d)Seorang Naib Pengerusi
(e)Seorang Setiausaha(f)Seorang Bendahari(g)Seorang Naib Bendahari(h)5 orang Ahli-ahli Jawatankuasa Biasa4.2Semua ahli-ahli Jawatankuasa @ EXCO hendaklah dipilih pada tiap-tiap tahun di dalam Mesyuarat Agung atau di dalam Mesyuarat Agung Khas.4.3Jawatankuasa mempunyai kuasa dan akan menjalankan tugas-tugas dalam jangkamasa setahun sehingga tarikh diadakan Mesyuarat Agung berikutnya.4.4Jika berlakunya kekosongan dalam Jawatankuasa, Ahli Jawatankuasa@ EXCO boleh melantik dalam Mesyuarat Jawatankuasa salah seorang untuk memenuhi @memangku kekosongan itu sehingga Mesyurat Agung diadakan.4.5
Jawatankuasa mempunyai kuasa :(a)Untuk merancang dan melaksanakan kegiatan-kegiatan Kelab serta membuat keputusan atas perkara-perkara mengenai perjalanan Kelab dengan tidak terkeluar dari dasar umum yang ditetapkan oelh Mesyuarat Agung.(b)Disyaratkan kepada peruntukan-peruntukan yang berikut bagi undang-undang ini, wang Kelab ini boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi semua ahli.(c)Untuk menubuhkan sesyatu Jawatankuasa Tetap, JAwatankuasa Khas, Jawatankuasa Kecil atau apa-apa badan jika difikirkan perlu, dan bagi melaksanakan tujuan-tujuan ini, menentukan kuasa dan tugas Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut.(d)Untuk menggugurkan atau melucutkan keahlian ahli-ahli sesuai dengan undang-undang Bab 3 fasal (q), (b), dan (c). BAB 5
PERANAN JAWATANKUASA
5.1Pegawai Penasihat
a)Memaklumkan kepada ahli kelab mengenai sebarang
perubahan dalam undang-undang sukan untuk
disebarluaskan kepada semua daerah dan pihak-pihak
yang terlibat dalam sukan berkenaan.
b)Memberi nasihat teknikal berkaitan dengan sukannya kepada
ahli kelab pada bila-bila masa.
5.2Pengerusi
a)Merancang, memantau serta menyelaras semua aktiviti
kelab.
c)Mengadakan mesyuarat kelab secara berkala dan
mempengerusikan mesyuaratserta bertanggungjawab
atas kelancaran mesyuarat.
d)Meneliti catatan minit mesyuarat serta memastikan segala
keputusan yang diputuskan diambil tindakan yang
sewajarnya.
e)Mendapatkan pandangan Penasihat dalam menggerakkan
aktiviti kelab.
5.3Naib Pengerusi
a)Membantu pengerusi menyelaraskan semua aktiviti kelab.
b)Membantu tugas Presiden/Pengerusi dalam menjalankan
tugas dan tanggung jawab yang diberi semasa
ketiadaannya.
c)Membantu Presiden dalam perancangan dan pelaksanaan
program dan mempengerusikan mesyuarat semasa
ketiadaan pengerusi.
d)Menerima arahan Pengerusi dari semasa ke
semasa.
5.4Setiausaha
Setiausaha hendaklah :
a)Membuat minit-minit mesyuarat Jawatankuasa dan
mengedarkan notis dan agenda mesyuarat kepada
semua ahli dua minggu sebelum mesyuarat.
b)Menguruskan semua surat-surat, minit-minit
mesyuarat, daftar ahli-ahli dan kertas kerja kecuali
kira-kira dan buku-buku kewangan.
c)Menyediakan dan menyampaikan Laporan Tahunan
Kelab dalam Mesyuarat Agung.
5.5Bendahari
Bendahari bertanggungjawab ke atas semua kewangan dan harta
kepunyaan Kelab hendaklah :
a)Menerima bayaran yuran keahlian serta semua wang
masuk keahlian kelab.
b)Memasukkan semua pungutan wang ke dalam bank
dengan secepat mungkin (iaitu dalam keadaan tidak lewat
dari 48jam) dan tidak boleh digunakan untuk menunaikan
perbelanjaan.
c)Mengeluarkan cek untuk bayaran-bayaran perbelanjaan
Kelab atau
Perbelanjaan yang melebihi RM
100.00. Semua bayaran kecil lain akan
dibuat
melalui tabung runcit dan akan diganti semula dari masa
ke semasa dengan kelulusan Jawatankuasa.
d)Menandatangani semua cek dan baucer bersama-sama
dengan Pengerusi.
e)Mengemuakakan penyata Penerimaan dan Pembayaran,
Penyata Pendapatan dan Perbelanjaan serta kunci kira-
kira kepada Juruaudit dua bulan sebelum Mesyuarat
Agung Tahunan diadakan dan telah diaudit oleh dua orang
Juruaudit.
5.6Naib Bendahari
a)Penolong BEndahari hendaklah memangku dan
menjalankan tugas-tugas Bendahari semasa
ketiadaannya.
b)Membantu Bendahari dalam soal kewangan Kelab.
5.7Ahli Jawatankuasa Biasa
a)Ahli Jawatankuasa Biasa akan menentukan jawatan-
jawatan dan tugas-tugas Bendahari semasa ketiadaannya.
b)Ahli Jawatankuasa Biasa hendaklah menjalankan tugas
mereka sepertimana yang ditetapkan oleh Jawatankuasa.Bab 6
MESYUARAT-MESYUARAT6.1Mesyuarat Jawatankuasa
6.1.1Mesyuarat Jawatankuasa hendaklah diadakan
sekurang-kurangnya dua bulan sekali.6.1.2Mesyuarat sah dijalankan dengan dihadiri oleh seramai dua per tiga (2/3) daripada jumlah Ahli Jawatankuasa sebagai koram mesyuarat. Ketetapan-ketetapan adalah diambil dari undian majority ahli-ahli yang hadir.6.2Mesyuarat Agung Tahunan
6.2.1Mesyuarat Agung Tahunan akan diadakan setahun sekali6.2.2Mesyuarat Agung Tahunan hendaklah diadakan secepat mungkin sebelum akhir bulan Ogos, tiap-tiap tahun. Tarikh, masa dan tempat mesyuarat akan ditetapkan oleh
Jawatankuasa.6.2.3Pemberitahuan mengenai Mesyuarat Agung Tahunan yang menyatakan tarikh, masa dan tempat mesyuarat termasuk Penyata Kira-kira tahunan yang sempurna diaudit,
hendaklah dihantar Setiausaha Kelab atau Persatuan ahli-ahli tidak lewat dari 14 hari sebelum tarikh Mesyuarat
Agung diadakan.6.2.4Koram Masyarakat Agung ialah satu per dua (1/2) daripada jumlah ahli-ahli biasa atau dua kali ganda (11x2=22)
daripada jumlah bilangan Ahli Jawatankuasa @ EXCO. Mengikut mana yang kurang.6.2.5Jika koram tidak mencukupi setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh tidak lebih daripada tiga puluh hari. Jika koram tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk
mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak
berkuasa meminda perlembagaan dan membuat
keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli-ahli.6.2.6Agenda Mesyuarat Agung tahunan hendaklah termasuk hal-hal berikut :
a)Menerima dan mengesahkan minit Mesyuarat
Agung yang lepas.
b)Menerima dan mengesahkan Laporan dan Penyata
Tahunan yang diaudit.
c)Memilih Ahli-Ahli Jawatankuasa yang baru.
d)Memilih dua orang Juruaudit yang bukan dari
kalanan Ahli Jawatankuasa.
e)Menimbang dan memutuskan hal-hal lain atau
aktiviti-aktiviti yang akan atau hendak dijalankan
pada sepanjang tahun akan datang.Bab 7
Kewangan
7.1Sumber-Sumber Kewangan
7.1.1Sumber-Sumber kewangan Kelab ialah daripada :
a)Yuran-yuran ahli
b)Derma-derma, hadiah-hadiah dan wakaf.
c)Hasil dari harta dan kegiatan-kegiatan Kelan atau
Persatuan.7.1.2Semua sumber kewangan hendaklah dimasukkan ke
dalam akaunKelab melalui Bendahari Kelab7.2Pengeluaran Wang
a)Segala cek atau penyata pengeluaran wang dan kira-kira
Kelab (atas ketiadaan oleh Naib Pengerusi), maka
bolehlah Jawatankuasa melantik sesiapa di Antara
mereka sebagai pengganti.
b)Pengeluaran wang boleh digunakan untuk tujuan Kelab
yang berfaedah, tetapi tidak boleh digunakan untuk
membayar denda ahli yang telah dijatuhkan hukuman oleh
Mahkamah.
c)Perbelanjaan yang lebih daripada RM 5 000.00 bagi
sesuatu masa tidak boleh dibayar dengan tidak diluluskan
terlebih dahulu oleh Jawatankuasa dan perbelanjaan yang
tidak lebih daripada RM 10 000.00 bagu sebulan tidak
boleh dilalukan tanpa mendapat kebenaran Mesyuarat
Agung terlebih dahulu. Perbelanjaan yang kurang
daripada RM 25.00 bagi sesuatu masa boleh diluluskan
oleh Pengerusi bersama Setiausaha dan Bendahari Kelab.