profil infitah training & consultancy

Upload: mohd-noor-mohd-tahir

Post on 15-Jul-2015

215 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

m/s |1

INDEKS :

1. Maklumat profil 2. Pengenalan syarikat 3. Visi dan Wawasan 4. Struktur organisasi 5. Profil pengurusan 6. Perkhidmatan 7. Senarai pelanggan

2 4 6 9 10 17 20

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m/s |2

Maklumat Profil Syarikat INFITAH TRAINING & CONSULTANCYNAMA SYARIKAT NOMBOR PENDAFTARAN SSM ALAMAT SYARIKAT Infitah Training & Consultancy (ITC). NS 0059148-W Training Centre : No. 41B, Jalan 3/69, Seksyen 3 Tambahan, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Akademi Infitah : No 28A, Jalan 4/11, Seksyen 4 Tambahan, 43650, Bandar Baru Bangi, Selangor. JENIS PERNIAGAAN Latihan Dan Pembangunan, Pengurusan

Seminar Dan Motivasi, Perkhidmatan Tuisyen, Kelas Al-Quran, KAFA Sekolah Menengah, Pengurusan Acara, Konsultansi Program, Alatulis Dan Cenderamata serta Pembekal Pakaian. BANK AKAUN SYARIKAT LAMAN WEB CIMB Islamic Bank 0507 0000 3581 04 (CIMB) www.infitahtraining.com www.akademi-infitah.com.my Facebook: Infitah Training & Consultancy JUMLAH KAKITANGAN 5 orang kakitangan tetap pengurusan 10 orang perunding & konsultan - Ahli Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN) - Ahli bersekutu dalam Akademi Sinergi (www.akademisinergi.com)

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m/s |3 1. Mohd Arif Asaad Bin Johari 016-3733607 2. Mohd Noor Bin Mohd Tahir 013-2006840 3. Badrulhisyam Bin Razali 019-3812580 4. Mior Khairul Anwar 019-6370661

PEGAWAI UNTUK DIHUBUNGI

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m/s |4

PENGENALANInfitah Training & Consultancy atau ITC merupakan syarikat pemilikan penuh Bumiputera yang telah mula beroperasi pada 2009. Dengan memfokuskan pada Pembangunan Modal Insan sebagai teras aktiviti syarikat, antara perkhidmatan yang ditawarkan termasuk Muslim Home Tuition, Quranic home Based, pengurusan kem motivasi, latihan kepimpinan, teambuilding, hari keluarga, sukaneka, explorace, perkhemahan dan banyak lagi. Mulai awal tahun 2011, pihak ITC melalui proses perkembangan dalam bidang yang diceburi di mana syarikat kini berkemampuan menyediakan perkhidmatan pembekalan pakaian uniform dan t-shirt, serta penyediaan perkhidmatan percetakan dan pengiklanan di samping pembekalan alat tulis.

Khidmat pengendalian kursus dan latihan yang disediakan oleh ITC tidak hanya terhad dalam lingkungan peserta dan bidang akademik semata-mata tetapi dengan latar belakang pengurusan dan sokongan pengalaman konsultan yang ada, ITC juga berkeupayaan mengelolakan program untuk pihak korporat dan jabatan sama ada bersifat teambuilding, outdoor mahu pun soft-skill. ITC didukungi oleh pasukan pengurusan yang terdiri dari graduan universiti pelbagai latar pengalaman dan bidang seperti Bio-Perubatan. Pengajian Syariah, Pentadbiran Perniagaan, Sukan dan Rekreasi serta Komunikasi dan Pengajian Media.

Walaupun dilihat baru dari segi usia, namun kekuatan azam dan motivasi untuk bergerak serta keyakinan untuk berjaya, menjadi pemangkin untuk memastikan ITC terus maju dan mencapai visi korporat yang ditetapkan selain memacu pembangunan sosial dalam konteks modul insan.

Dewasa ini kita seringkali dihidangkan dengan pelbagai kisah dan berita yang berkaitan dengan kejatuhan akhlak golongan peserta, tekanan dalam mengejar kecemerlangan sehingga ada yang sanggup membunuh diri apabila matlamat tidak

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m/s |5 tercapai. Persepsi ini perlu diperbetulkan oleh semua pihak yang terlibat demi mendapat faedah yang optimum.

Oleh yang demikian pihak ITC merasa terpanggil untuk turut serta dalam mengembalikan keyakinan, jatidiri dalaman dan juga membantu mengembangkan potensi yang dimiliki oleh peserta agar mereka dapat mengemblengkan kebolehan yang ada ke arah kecemerlangan yang berterusan . Hasrat dan iltizam ini menjadi asas kepada Visi dan Misi syarikat dalam menerajui aktiviti pembangunan insan dan perkhidmatan yang diberikan .

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m/s |6

VISIITC mempunyai iltizam untuk mencapai status sebagai sebuah syarikat Bumiputera yang berkembang maju dan diyakini dalam bidang perundingan dan pengurusan acara, mampu berdaya saing dan mendapat kepercayaan di peringkat nasional dan global serta mempunyai reputasi gemilang berteraskan prinsip integriti dan ketelusan.

WAWASANITC mempunyai perancangan strategik untuk mencapai visi syarikat menerusi wawasan syarikat yang berteraskan TIGA aspek utama :

1)

Kepuasan Pelanggan. Perkhidmatan ITC akan dipastikan sentiasa memenuhi kepuasan pelanggan

yang mana ia akan menjadi kriteria utama piawaian yang ditetapkan oleh kami sendiri. Setiap perkhidmatan yang diberikan akan dipastikan mampu memenuhi spesifikasi dan tahap kepuasan maksimum pelanggan. Ini juga menjurus kepada falsafah kami untuk mewujudkan aliran persefahaman yang baik dengan pelanggan, sekaligus bersama-sama memacu kecemerlangan dengan pelanggan dalam hasil kerja dilaksanakan. Untuk itu, falsafah berkongsi diterapkan oleh ITC untuk pelanggan bersama-sama merasai hasil keberkesanan aktiviti dan program dijalankan secara total .

2)

Keberkesanan dan Kepercayaan. ITC berpegang teguh kepada faktor ketelusan dan integriti dalam

melaksanakan apa jua program dan perundingan dengan pelanggan. Ini bertujuan untuk memelihara kepentingan kedua-dua belah pihak dan paling utama mendapatkan keberkesanan maklum balas dan kepercayaan dari pelanggan untuk jangka masa panjang.

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m/s |7

3)

Kecekapan dan Kualiti Tinggi. Pengurusan ITC akan sentiasa memastikan kualiti kerja dan kecekapan

pengurusan dalam perlaksanaan kerja bagi memenuhi standard yang tinggi.

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m/s |8

MENGAPA KAMI?1. Kongsi Di ITC kami mengamalkan konsep perkongsian agar semua pihak beroleh manfaat yang ingin dicapai. Pihak ITC sedia menerima sebarang teguran dan pandangan demi untuk meningkatkan lagi prestasi kursus yang dianjurkan dan juga berkongsi segala kemahiran, ilmu dan pengalaman yang ada.

2. Kini Pihak ITC akan sentiasa memastikan bahawa semua modul dan aktiviti yang dijalankan adalah yang terkini serta bersesuaian dengan keperluan para peserta bagi memberikan impak yang maksimum. Kemahiran dan pengetahuan pihak ITC juga akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

3. Komited Pihak ITC akan berusaha sedaya upaya untuk memenuhi setiap permintaan para pelanggan ITC demi kebaikan dan manfaat bersama. Selain daripada itu di setiap kursus yang dianjurkan kelak ITC akan cuba sedaya upaya memastikan bahawa hanya yang terbaik akan diperolehi oleh pelanggan.

4. Kebolehpercayaan Pihak ITC akan memastikan kursus - kursus yang dianjurkan akan dapat memberikan impak yang terbaik demi manfaat bersama. Melalui tenaga muda yang punya semangat, kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dalam pengendalian kursus maka matlamat yang disasarkan akan lebih mudah dicapai.

5. Kos dan Kualiti Pihak ITC mengenakan kos konsultansi yang berpatutan dan tidak membebankan kepada para pelanggan . Namun demikian perkhidmatan berkualiti tetap menjadi keutamaan kami agar matlamat yang ingin dicapai akan dinikmati oleh semua pihak yang terlibat.

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m/s |9

STRUKTUR ORGANISASIPENGARAH URUSANMOHD ARIF ASAAD BIN JOHARI

PENGURUSMOHD NOOR BIN MOHD TAHIR BADRULHISYAM BIN RAZALI MIOR KHAIRUL ANWAR BIN ISMAIL

RAKAN PERUNDING ITC1. TUAN ZUHAIRI BIN MOHD NOPIAH 2.TUAN FAZRUL ISMAIL 3.USTAZ HASRIZAL ABDUL JAMIL 4.MOHD RADZI BIN ABDUL SAMAD 5.MOHD NAZRY BIN ABDULLAH SANI

KELAB FASILITATOR ITC1.Guru Sekolah 2.Pelajar Institut Pengajian Tinggi 3.Bekas Peserta Program Yang Berkebolehan 4.Individu Yang Berkerjaya 5. Sesiapa Sahaja Yang Berminat *Latihan Akan Diberikan Oleh Pihak ITC Kepada Semua Fasilitator.

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m / s | 10

PROFIL PENGURUSANPERUNDING INFITAH TRAINING AND CONSULTANCY Mohd Arif Asaad Bin Johari Pengasas kepada Infitah Training & Consultancy. Ahli Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN). Menyertai PALAPES (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) UM sehingga ditauliahkan sebagai Leftenan Muda. Exco Sukan & Rekreasi Akademi Pengajian Islam, UM, Nilam Puri, Kelantan 2004/2005. (Aktif sukan bola tampar & futsal). Fasilitator bagi One Step Management Consultant & Akademi Insan Moreclass Hidayah. Pengajar Tahsinul Qiraah al-Quran bagi Amanah Ikhtiar Malaysia (Cawangan Seremban). Mempunyai pengalaman mengajar di SRI Assaidiyah dan telah ditugaskan sebagai Guru Panitia Subjek Pendidikan Islam. Mula melibatkan diri secara aktif dalam bidang home tuition sejak tahun 2007. Berpengalaman mengendalikan program-program bagi para pelajar sekolah, IPT, surau, masjid & korporat termasuk bersama JAWI (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), NSSDC (Negeri Sembilan Skills & Development Centre), Pusat Zakat Selangor, JASA (Unit Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan Malaysia), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS), Akademi Insan Moreclass Hidayah, Victor Buyck (M) Sdn. Bhd, Amanah Ikhtiar Malaysia & lain-lain.

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m / s | 11 Mohd Noor Bin Mohd Tahir Beliau merupakan pelajar separuh masa Master in Business Administration (MBA), Management & Science University (MSU) Global Marketing. Memiliki Bachelor in Biomedicine (Hons), daripada Management & Science University (MSU). Selain itu, beliau juga berkelulusan dalam Sijil Pengajian Usuluddin, Universiti Malaya (UM). Terlibat dengan bidang motivasi dan pembangunan insan secara aktif sejak tahun 2004 bersama konsultan, badan bukan kerajaan (NGO), masjid, JAKIM dan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS). Berpengalaman mengendalikan program bersama pelajar IPT, sekolah berasrama penuh (SBP) dan sekolah harian. Disamping itu, beliau juga merupakan Ahli Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia (TAMRIN). Selain itu, beliau berpengalaman sebagai pensyarah di Kolej PTPL Seremban bagi School of Health Science dan merupakan Mantan Penasihat Medical Laboratory Technology Club (MLTC). Mempunyai pengalaman sebagai urusetia dan fasilitator bagi program motivasi, teknik belajar, ceramah kerjaya anjuran Kolej PTPL di sekolah-sekolah menengah di Negeri Sembilan di samping mengajar di sekolah rendah, sekolah menengah, IPTS, pusat tuisyen dan home tuition. Merupakan Senior Consultant bagi Futuwwah Enterprise (Training & Consultancy) serta urusetia & fasilitator bagi Akademi Insan Moreclass Hidayah & Ilham Iktizam (Training & Consultancy). Badrulhisyam Bin Razali Mula melibatkan diri secara aktif dalam bidang home tuition sejak tahun 2006 bersama Era Motiva Learning. Mempunyai pengalaman menjadi guru tuisyen jemputan Sek. Agama Men. Tinggi Tengku Ampuan Jamaah (SAMTTAJ), Pusat Tuisyen Mawar & rumah anak yatim. Selain itu, beliau juga merupakan fasilitator Program Team Building FELCRA Training & Consultancy Sdn. Bhd. serta pengerak bagi program-program anjuran Tenaga Insan Sdn Bhd.

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m / s | 12 Mior Khairul Anwar Bin Ismail Berpengalaman sebagai fasilitator lebih dari 6 tahun dan berpengetahuan luas dalam mengendalikan bengkel bengkel yang berbentuk kerohanian, seorang graduan dari Kolej Universiti Teknologi Pengurusan Malaysia (KUTPM-kini MSU) dalam bidang Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan berkelulusan Sijil Usuluddin dari Universiti Malaya. Kini sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Bio-Perubatan di Management And Science University. Berkebolehan menyampaikan kuliah, mengendalikan modul jatidiri, motivasi dan kerohanian. Pernah terlibat secara langsung dalam mengendalikan program bersama Lembaga Zakat Selangor, Tenaga Nasional Berhad dan lebih 30 buah sekolah di seluruh Malaysia.

RAKAN PERUNDING INFITAH TRAINING AND CONSULTANCY Tuan Zuhairi Bin Mohd Nopiah Memperolehi ijazah Sarjana Muda di Drexel University, Philadelphia, Amerika Syarikat pada tahun 1998 dalam bidang Ekonomi dan Kewangan. Beliau juga memiliki Sijil Pengajian Syariah Universiti Malaya (UM), Sijil Pengajian Usuluddin (UM) dan Sijil Pengajian Al-Quran (UM). Mempunyai pengalaman sebagai Pegawai Eksekutif Latihan di Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan yang berperanan penting dalam merancang dan melaksanakan program-program pembangunan modal insan seperti program motivasi, kaunseling, pemantapan personaliti, team building, bengkel pengurusan strategik dan kursus-kursus kemahiran yang lain. Bergiat aktif dalam mengendalikan latihan semenjak 1995 sewaktu masih menuntut di universiti lagi. Pernah mengendalikan pelbagai aspek latihan dan motivasi yang melibatkan pelbagai institusi seperti masjid, sekolah, jabatan kerajaan, syarikat korporat, penjara, pusat pemulihan dadah dan universiti di dalam negara mahupun luar Negara seperti Amerika Syarikat dan Mesir.

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m / s | 13 Beliau adalah jurulatih utama (Master trainer) Majlis Agama Islam Negeri Sembilan dalam Program Tujuh Anjakan Manusia Rabbani (TAMAR), Kem Bina Pasukan (Team Building), Program Jalinan Kasih Rabbani (PJK Rabbani), Seminar Pengurusan Kasih Sayang dan Bengkel Pembelajaran Rabbani (BPR). Selain itu, beliau juga merupakan NLP Practitioner yang diiktiraf oleh National Federation of Neuro Linguistic Programming (NFNLP, USA). Beliau juga merupakan pemegang sijil green belt of ESQ (Emotional Spiritual Quotient) Leadership Training dan telah dilatih secara intensif tentang konsep dan kaedah untuk membangunkan potensi dalaman modal insan. Dalam masa yang sama, beliau juga merupakan jurulatih utama bagi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri Sembilan (NSSDC), Salam Perdana Training & Management Consultancy dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM). Beliau juga merupakan jurulatih Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) dalam Kursus Bina Sahsiah Pekerja Cemerlang dan Bengkel Keluarga Harmoni. Pernah mengendalikan program pembangunan modal insan untuk ketua-ketua jabatan Kerajaan Negeri Sembilan. Sehingga hari ini, beliau telah mengendalikan lebih dari 7000 sesi latihan, ceramah dan motivasi untuk pelbagai lapisan masyarakat. Merupakan peneraju Modul LAW of UNIVERSAL ATTRACTION: Rahsia Kejayaan & Kebahagiaan yang telah banyak membantu pelbagai golongan peserta mencapai impian masing-masing menggunakan teknik Kuasa Minda dan Spiritual. Merupakan tetamu jemputan bagi Rancangan Anak-Anak Kita terbitan Radio Malaysia Negeri Sembilan pada tahun 2004. Mendirikan rumah tangga dengan Puan Hazida Hassan dan dipinjamkan Allah dengan 4 orang cahayamata.

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m / s | 14 Tuan Fazrul Ismail Advisor/Consultant Pendidikan: - Bahasa Arab di Alim International Arabic Learning Center Kaherah, Mesir (2003) - Kejuruteraan Kimian di Purdue University, West Lafayette, IN (1999-2003) - Peserta kursus dan seminar anjuran Al-Maghrib Institute, Bayyinah Institute, ISNA, MSA dan ICNA. - Pusat Pendidikan Persediaan, UiTM, Shah Alam, Malaysia (1998-1999) - Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Ipoh, Malaysia (1993-1997) Karier Profesional: - CEO, Coach dan Trainer Total Success Training & Consultancy (2007-sekarang) - Pengarah Eksekutif, al-Furqaan Foundation California Chapter , Chicago (20082009) - Trainer Online MasterPIES.COM & Halfdate.COM dan E-Business (2008-2009) - Trainer & Konsultan, Quality Expert Sdn. Bhd. (2006) - Eksekutif R&D, KERSANI Training Center, Segamat (2003-2006) - Pereka Laman Web Pendidikan Jarak Jauh Jabatan Veterinar Purdue University (2002) - Pengkaji usia karbon, Jabatan fizik, Purdue University (2001) - Pengalaman Dalam Pembentangan Pemikiran Sistematik: - Membentangkan kertas kerja dan kajian dalam pemikiran sistematik di organisasi organisasi pendidikan (2003-2007) - Membentangkan kertas kerja Systems Thinking: Our Future in Inter-College Undergraduate Research at Butler University, Indianapolis, Indiana (2003) - Presented paperwork for Kolokium Fikir on Systems Thinking in Al-Azhar University, Cairo, Egypt (2003) - Presented paperwork for Johor Student Association in Egypt titled: Antara Bumi Mesir dan US: Satu Analisis (2003)

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m / s | 15 Buku dan Artikel - Penulis buku Pemikiran Sistemik (2003) - Menulis buku Hidup Zero Alasan terbitan PTS (2006) - Segelas Air a book in simpler language about Systems Thinking - The 7 Habits of Highly Effective People Melalui Pemikiran Sistemik a gamebook-like analysis on the monumental book of Stephen R Covey through Systems Thinking approach - Kolumnis Majalah i oleh Karangkraf. - Penulis di www.casic.masterpies.com Ustaz Hasrizal Abdul Jamil Advisor/Consultant Biodata Ringkas : Ustaz Hasrizal Abdul Jamil merupakan penulis kepada buku-buku motivasi keagamaan negara. Sehingga kini, telah menghasilkan buku-buku best sellers. Ustaz Hasrizal juga telah berjaya menghasilkan buku pertama beliau, AKU TERIMA NIKAHNYA, yang menjadi National Best Sellers, dengan 40 ribu naskhah terjual pada dua tahun pertama penerbitan. Beliau juga telah menulis enam buah buku iaitu, BERCINTA SAMPAI KE SYURGA, MURABBI CINTA, RINDU BAU POHON TIN, SECANGKIR TEH PENGUBAT LETIH, TRANSFORMASI RAMADAN dan EDISI ISTIMEWA AKU TERIMA NIKAHNYA. Ustaz Hasrizal memegang ijazah sarjana muda (Hons.) in Sharia & Islamic Studies dari Mutah University, Jordan. Sebelum itu, Hasrizal menuntut di Sekolah Izzuddin Shah di Ipoh 88-92. Berpengalaman sebagai Minister of Religion di Belfast Islamic Centre Northern Ireland, dan beberapa masjid sekitar Republic of Ireland,kemudiannya bertugas sebagai Penolong Pengarah di Fitrah Perkasa Sdn Bhd, Ustaz Hasrizal dilantik sebagai Kaunselor Pelawat dan Muslim Chaplain pertama di Institut Jantung Negara (IJN) pada Februari 2007. Kini, beliau bertugas sebagai Pengarah Urusan Synergy Training & Consulting (STC), sebuah syarikat perundingan dan latihan yang menjalankan

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m / s | 16 program-program pembangunan diri, terutamanya di kalangan remaja dan belia negara. Berumahtangga dengan Dr. Nazhatul Muna Ahmad Nasarudin, seorang pegawai perubatan dan pensyarah pelatih di Jabatan Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan UKM, mereka telah dikurniakan empat cahaya mata iaitu, Muhammad Saiful Islam, Naurah Sabihah, Muhammad Imaduddin dan Ahmad Muizzuddin. Fasilitator Fasilitator ITC telah diberi latihan khusus dalam mengendalikan sesuatu program. Para fasilitator ini terdiri daripada para peserta Institut Pengajian Tinggi, para peserta terpilih lepasan sekolah, para guru yang komited, ahli ahli professional dan ramai lagi.

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m / s | 17

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN.Perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan oleh Infitah Training & Consultancy (ITC) dapat disenaraikan seperti berikut :

1. Pengurusan program & latihan 2. Pengurusan Kem Latihan 3. Perunding Pemasaran & Logistik 4. Perkhidmatan tuisyen, kelas Al-Quran dan KAFA Sekolah Menegah

1. Pengurusan Program & Latihan ITC mempunyai kemampuan melaksanakan pelbagai program dan juga menjadi konsultan perunding untuk organisasi atau kumpulan merancang aktiviti dan program yang bersesuaian.Program-program yang dijalankan antara lain ialah: a) Motivasi dan Latihan Kepimpinan b) Kecemerlangan dan Motivasi Akademik c) Motivasi Pengurusan Organisasi d) Pemantapan Diri dan Penampilan ( Grooming ) e) Program Keusahawanan & Soft Skill f) Membina Kerja Berpasukan (TeamBuilding) g) Khemah Ibadah ( Pemantapan Rohani ) h) Kem Smart Solat i) Hari Keluarga ( Family Day) j) Kursus & Program Outdoor Abseiling & Flying Fox Sukan / Larian Berhalangan ( Obstacle ) War Games & Explorace Water-base activity Pengembaraan hutan ( Jungle Tracking ) & Survival (Ikhtiar Hidup)

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m / s | 18 2. Pengurusan Kem Latihan Infitah Training & Consultancy (ITC) menjalankan program latihan, motivasi dan outdoor serta teambuilding di kem-kem atau pusat latihan yang menyediakan kemudahan kem dan perkhemahan lengkap :

Kelengkapan dan kemudahan asas yang tersedia: Penginapan Chalet dan Penginapan Dormitori Tapak Perkhemahan Dewan Terbuka Pelbagai Guna Dewan makan Surau Kemudahan tandas & bilik mandi Kafetaria dan Lapangan BBQ Menara Flying-Fox Khidmat Pertolongan Cemas & Kawalan Keselamatan Di samping itu, pihak kami bersedia untuk memenuhi permintaan pelanggan untuk menjalankan dan melaksanakan program dimana-mana lokasi atas permintaan pelanggan sendiri.

ITC juga bersedia untuk melaksanakan program di kawasan peranginan seperti di Pulau Langkawi, Bukit Fraser, Cameron Highland, Pulau Pangkor dan lain - lain mengikut kesesuaian objektif dan peruntukan oleh pelanggan .

3. Perunding Pemasaran & Logistik ITC juga memberikan perkhidmatan perundingan pemasaran dan pembekalan, khususnya yang berkaitan dengan pengurusan acara. Kemampuan ITC memberikan tawaran dan perkhidmatan pembekalan yang menarik adalah berasaskan hubungan baik dan kerjasama erat bersama beberapa rakan sekutu.

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m / s | 19 Antara bidang perkhidmatan pemasaran dan pembekalan yang turut ditawarkan ialah : 1. Perunding pemasaran produk dan jaringan perniagaan 2. Pembekal pakaian uniform dan jersi ( sukan ) 3. Pembekal T-Shirt dan Kemeja Rasmi Korporat ( F1) ( bercetak atau jahit sulam ) 4. Pembekal barangan cenderahati 5. Pembekal sewaan kelengkapan khemah & kanopi 6. Pembekal sewaan kelengkapan sistem P.A dan audio visual 7. Percetakan dan media pengiklanan 8. Penyediaan pengangkutan bas,van dan kemudahan logistik

5. Perkhidmatan Tuisyen, Kelas Al-Quran & KAFA Sekolah Menengah

Pihak ITC juga menyediakan perkhidmatan tuisyen, kelas Al-Quran & KAFA Sekolah Menengah di Pusat Tuisyen Akademi Infitah di Seksyen 4, Bandar Baru Bangi. Selain itu, kami turut menawarkan perkhidmatan Home Tuition & Quranic Home Based dengan cara membekalkan tutor ke rumah pelanggan yang berminat untuk mengadakan sesi pembelajaran di rumah mereka.

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m / s | 20

SENARAI PELANGGAN ITCBerikut adalah senarai pelanggan Infitah Training & Consultncy (ITC) :

1. Kelas Asas Fardu Ain (KAFA) Masjid Al-Falah USJ 9 2. Sekolah Kebangsaan Bukit Jelutong, Shah Alam 3. Sekolah Kebangsaan Seri Saujana, Seri Petaling, Kuala Lumpur. 4. Sekolah Kebangsaan Desa Jasmin, Bandar Baru Nilai. 5. Sekolah Kebangsaan Presint 9 (1), Putrajaya 6. Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh. 7. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Kuala Lumpur 8. Masjid Kuarters KLIA, Nilai 9. Masjid Sultan Abdul Samad, KLIA 10. Masjid Al-Muttaqin, Wangsa Melawati 11. Madrasah Nahdatul Islamiah, Shah Alam 12. Masjid Tengku Kelana Jaya Petra, Kelana Jaya 13. Masjid At-Taqwa, Paroi, Seremban 14. Masjid Kariah Panchor Jaya, Seremban 15. Pusat Islam UKM, Bangi 16. Surau Ar-Rahman, Bukit Rahman Putra, Sg. Buloh 17. Bank Negara Malaysia 18. Jabatan Kerja Raya, Hulu Langat 19. Sekolah Menengah Kebangsaan Mambau, Seremban 20. Sekolah Menengah Kebangsaan, Felda Chini Timur 2 21. Sekolah Kebangsaan Subang Bestari, Subang 22. Sekolah Menengah Teknik Tuanku Jaafar, Seremban 23. Sekolah Menengah Kebangsaan Precint 12 (2), Putrajaya 24. Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2 25. Sekolah Menengah Kebangsaan Senawang 3 26. Pusat Tuisyen Nisa, Shah Alam 27. Maahad Abbasiyah, Sungkai, Perak 28. Surau Pantai Permai, Pantai Dalam

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m / s | 21 29. Surau al-Ikhlas, Garden Home (Fasa F) 30. Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Taha, Gemencheh 31. Rumah Anak-anak Yatim Darul Izzah, Bangi 32. Sekolah Menengah Sains Selangor 33. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras 34. Sekolah Menengah Alam Shah, Putrajaya 35. Sekolah Menengah Sains Seremban 36. Sekolah Agama Menengah Bandar Baru Salak Tinggi 37. Sekolah Kebangsaan Felda Chini Timur 2, Pahang 38. Sekolah Kebangsaan Senawang 39. Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir Panjang, Port Dickson

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m / s | 22

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy

m / s | 23

www.infitahtraining.com

Infitah Training & Consultancy