profesor emeritus dato' dr hassan said sidang redaks · pdf fileprogram orientasi ini...

32

Upload: voxuyen

Post on 23-Feb-2018

257 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

Page 1: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani
Page 2: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

Penaung

Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said

Penasihat

Alfina Bakar

Ketua Editor

Mohammad Syazwan Mohd

Editor

Nurul Afnieza Md Zain

Pereka Grafik

Mohd Nor Firdaus Mohd IsaJunaidy Talib

Wartawan

Hanisah YacobFirdaus Abd HananNor Azlina NordinHazizi Jantan

Foto

Roslan DaudShamsul Hidayat OmarShazana ShabuddinShahida NordinNur Amira Tul-Akmar Abdul Rani

Edaran

Asura Rahman

Sid

ang

Re

da

ks

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberi kerjasama menyalurkan sumber berita dan gambar yang telah dimuatkan dalam buletin

BULETIN SALAM JAN - MAC 2017

Page 3: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani
Page 4: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

Pada 20 Januari 2017, kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V telah berangkat bercemar duli ke Majlis Sembah Santap.

Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong amat bermakna bagi UiTM kerana majlis ini merupakan majlis pertama yang dihardiri Yang di-Pertuan Agong selepas pertabalan.

Majlis telah berlangung di Dewan Sri Bestari, Intekma Resort & Convention Centre telah dihadiri oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Pro Canselor, Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Ahli Lembaga Pengarah Universiti dan barisan pengurusan tertinggi UiTM.

Yang Di-Pertuan AgongMajlis Sembah Santap

Majlis yang berlangsung bertujuan untuk memperkenalkan Tuanku dengan pengurusan UiTM dan perkembangan semasa UiTM.

Di bawah Seksyen 19A (2) Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173) memperuntukan bahawa “Canselor ialah Yang di-Pertuan Agong” serta berdasarkan kepada peruntukan Seksyen 19A (1) Akta Berkenaan, Seri Paduka Yang di-Pertuan Agong hendaklah mempengerusikan konvokesyen universiti.

4

Page 5: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

Fokus Utama 2017

18 Januari 2016, Amanat Tahun Baharu Naib Canselor 2017 berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC),

UiTM Shah Alam. Amanat 2017 yang bertemakan “Inovasi Melonjak Persaingan Global” ini telah disampaikan oleh Naib Canselor UiTM, Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan Said. Tema Inovasi yang dipilih pada tahun ini akan menjadi kunci kepada kecemerlangan dan kelestarian UiTM.

Majlis telah dihadiri oleh Pengurusan Eksekutif Universiti, Pengurusan Kanan Universiti, dekan, rektor, pengarah-pengarah, ketua-ketua jabatan dan bahagian serta seluruh warga UiTM. Majlis ini juga dapat disaksikan secara siaran langsung di setiap kampus cawangan UiTM.

Bagi merealisasikan perancangan tahun 2017, beliau berharap mendapat sokongan padu, komitmen, iltizam dan pemikiran inovatif dari semua warga UiTM. Di akhir ucapan, beliau mendoakan semoga tahun 2017, semua warga universiti tercinta sentiasa dipermudah urusan, disemat rasa hormat, semangat juang, bekerja dalam satu pasukan, tidak kira apa pun jawatan, demi memperkasa anak bangsa, demi kelangsungan UiTM yang cemerlang dan gemilang.

5

Page 6: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

23 Januari 2017 – Perutusan Pentadbiran 2017 telah berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor UiTM Shah Alam. Majlis yang dihadiri oleh staf pentadbiran UiTM di kawasan Lembah Klang ini amat bermanfaat untuk staf memahami sistem tadbir urus yang terkini dan perubahan semasa yang telah berlaku di UiTM.

Perutusan Pentadbiran 2017 ini telah disampaikan oleh:

• Puan Azida Azmi, Pendaftar• Dr. Mohd Anuar Mazuki, Bendahari• Encik Nor Hidayat Adnan, Ketua Pustakawan• Dr. Zaiton Nasir, Pengarah Pusat Kesihatan• Ir. Haji Junaidi Muslim, Pengarah Jabatan Infrastruktur• Puan Sariani Sarijo, Ketua Pegawai Teknologi Maklumat• Puan Asiah Saleh, Ketua Timbalan Pendaftar

Semoga perutusan yang telah disampaikan ini dapat difahami oleh semua staf pentadbiran dan dapat menterjemah aspirasi UiTM untuk terus menjadi sebuah universiti mencorak destini anak bangsa.

PERUTUSANPENTADBIRAN2017

6

Page 7: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

TERIMA STATUS

20 Mac 2017 telah berlangsung Majlis Penyampaian Sijil Swaakreditasi MQA di Kementerian Pendidikan Tinggi ( KPT ), Putrajaya. Penyampaian sijil tersebut telah diserahkan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Idris Jusoh kepada Naib Canselor YBhg. Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Said.

UiTM terus mengorak langkah sebagai salah sebuah institusi peneraju dalam pendidikan tinggi di negara ini apabila memperolehi penganugerahan ini. Perolehan status Swaakreditasi adalah hasil komitmen daripada seluruh warga universiti sejak 2013 dalam memastikan UiTM mampu menguruskan pengikitirafan program akademik yang ditawarkan.

Status Swaakreditasi dapat dicapai dengan kerjasama seluruh warga UiTM termasuk di kampus-kampus cawangan yang membentuk dokumen Self Review Portfolio, Self Review Report untuk diaudit oleh pihak Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). UiTM akan terus memperluaskan skop jaminan kualiti yang membabitkan keseluruhan program akademik yang ditawarkan oleh UiTM. Tanggungjawab untuk jaminan kualiti UiTM

diuruskan oleh Institut Kualiti dan Pengembangan Ilmu (InQKA).

SWAAKREDITASI MQAUiTM

7

Page 8: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

Majlis Amanat Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) dan Konforensi Akademik UiTM telah berlangsung dengan jayanya pada 9 Mac 2017 di Dewan Agung

Tuanku Canselor. Tema Konferensi Akademik tahun ini ialah “Innovate to Inspire”, konforensi

akademik anjuran Bahagian Hal Ehwal Akademik ini telah menghimpunkan warga pentadbir dan juga akademik.

Objektif penganjuran konferensi akademik ini adalah amat relevan kerana ia menyediakan platform menimba ilmu, berkongsi pengetahuan, pengalaman dan idea. Konferensi kali ini telah menjemput penceramah yang berpengalaman dan berkaliber seperti YBhg. Prof Dato’ Dr Mohamad Amin Embi, Chief Information Officer, Universiti Kebangsaan Malaysia, Ms Elle Hosek, Regional Director of PANOPTP APAC dan YBhg. Prof Dato’ Dr Mustaffa Mohamed Zain dari Accounting Research Institute (ARI).

Pada hari ini juga, merupakan hari penghargaan kepada ahli akademik UiTM dan pihak pengurusan fakulti dan cawangan, dua anugerah utama itu ialah Anugerah Akademik UiTM 2017 dan Anugerah Pengurusan Cemerlang 2017.

Semoga dengan adaya Konferensi Akademik 2017, warga UiTM dapat menghayati intipati keperluan akademik dan bergerak senada demi mencapai kecemerlangan UiTM.

8

Page 9: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

PEMENANG ANUGERAH PENGURUSAN AKADEMIK CEMERLANG UiTM

ANUGERAH PENGURUSAN AKADEMIK CEMERLANG 2016PERINGKAT FAKULTI

Emas - Fakulti Sains GunaanPerak - Fakulti Pengurusan dan Perniagaan Gangsa - Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka

ANUGERAH PENGURUSAN AKADEMIK CEMERLANG 2016PERINGKAT KAMPUS CAWANGAN

Emas - UiTM Cawangan PerakPerak - UiTM Cawangan Pulau Pinang Gangsa - UiTM Cawangan Melaka

ANUGERAH PLATINUM PENGURUSAN AKADEMIK CEMERLANG 2016PERINGKAT KAMPUS CAWANGAN

UiTM Cawangan Perak

PEMENANG ANUGERAH AKADEMIK UiTM 2016

Anugerah Tokoh AkademikProf. Dr. Ahmad Sazali Hamzah Institut Sains

Anugerah Inovasi & Pengkomersilan ProdukProf. Madya Dr. Mohd Rozi AhmadFakulti Sains Gunaan

Anugerah Pengajaran (Teknologi)Dr. Siti Salwa Salleh UiTM Cawangan Sarawak

Anugerah Penerbitan BukuProf. Dr. Norwani Md. NawawiFakulti Seni Lukis dan Seni Reka

Anugerah Seni & Kreativiti(Kelompok Seni Persembahan)Prof. Madya Dr. Tazul Izan TajuddinFakulti Muzik

Anugerah Kepimpinan AkademikProf. Madya Sr. Dr. Md Yusof HamidUiTM Cawangan Perak

Anugerah Penyelidik Terbaik(Kelompok Sains Sosial & Kemanusiaan)Prof. Madya Dr. Abd Halim Mohd NoorUiTM Cawangan Melaka

Anugerah Penceramah TerbaikHaliza HasanFakulti Sains Komputer dan Matematik

Anugerah Penyelia TerbaikProf. Dr. Rosidah MusaInstitute of Business Excellence

Anugerah Ahli Akademik Harapan Dr. Mohd Huzaimy JusohFakulti Kejuruteraan Elektrik

Anugerah Penerbitan Makalah Jurnal(Kelompok Sains Teknologi & Perubatan)Dr. Low Kim FattUiTM Cawangan Perak

Anugerah Pengajaran(Pengurusan dan Perniagaan)Norlaila Mohd Din UiTM Cawangan Pahang

Anugerah Pengajaran(Sains Sosial dan Kemanusiaan)Lee Chai ChuenUiTM Cawangan Kedah

Anugerah Seni & Kreativiti(Seni Visual)Azhari Mohd Zain Fakulti Filem, Teater dan Animasi

Anugerah Penyelidik Terbaik(Kelompok Sains Teknologi & Perubatan)Prof. Madya Dr. Hanafiah YussofFakulti Kejuruteraan Mekanikal

Anugerah Penulis TerbaikProf. Madya Dr. Anitawati Mohd LokmanFakulti Sains Komputer dan Matematik

Anugerah e-PembelajaranSiti Rozanae Ismail UiTM Cawangan Perak

9

Page 10: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

Gemilang Sedekad

2007 - 2017Bermula dengan nama “Hari Bertemu Pelanggan” pada tahun 2007, dan masih mengekalkan konsep yang sama iaitu memberi informasi yang menyeluruh kepada semua pelajar lepasan SPM, STPM dan Matrikulasi berkenaan program-program yang ditawarkan di UiTM, Ekspo Selangkah ke UiTM (ESKU) telah menjadi satu jenama yang gah dan berada dalam kelasnya yang tersendiri.

Meniti usia 10 tahun adalah satu tempoh yang cukup matang bagi warga UiTM dalam mentransformasi medium informasi kepada semua pengunjung hari ini yang lebih cenderung kepada teknologi terkini.

Bahagian Canseleri dan Komunikasi Korporat (BCKK) sebagai penganjur utama sekali lagi berganding bahu bersama rakan kerjasama iaitu Bahagian Hal Ehwal Akademik (BHEA), Bahagian Pengambilan Pelajar, Bahagian Infrastruktur dan Infostruktur dan Polis Bantuan UiTM dalam menjayakan Ekspo Selangkah Ke UiTM 2017.

Program yang telah diadakan pada 25 hingga 26 Mac di Kampus Induk di Shah Alam

serta di semua kampus cawangan di seluruh negara ini telah berjaya menarik seramai 84,161 orang pengunjung yang berminat untuk melanjutkan pelajaran di universiti ini.

Penganjuran ESKU 2017 juga buat julung kalinya membuka peluang kepada beberapa fakulti bagi memasarkan hasil produk mereka kepada pengunjung-pengunjung. Fakulti-fakulti yang terlibat pada kali ini adalah Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan, Fakulti Sains Gunaan, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka serta Fakulti Perladangan dan Agroteknologi. Ini adalah bagi menyahut saranan daripada Naib Canselor yang menggalakkan warga UiTM untuk menjana pendapatan universiti.

Penghargaan juga diberikan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan eskpo ini dengan pertandingan booth terbaik melalui beberapa kategori.

10

Page 11: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

KATEGORI BOOTH PEMENANG

Kemas dan Ceria Fakulti Pergigian

Profesional INTEC Education College

Popular Fakulti Perkaunan

Mesra Fakulti Pengurusan dan Perniagaan

Informatif dan Interaktif Fakulti Sains Komputer dan Matematik

Inovasi dan Kreatif Fakulti Filem, Teater dan Animasi

Juara Keseluruhan Fakulti Pengurusan dan Perniagaan

Tahniah kepada semua pemenang!

11

Page 12: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

Pada 1 Mac 2017, Perasmian Minggu Destini Siswa (MDS) telah diadakan bersempena kemasukan pelajar baharu dan majlis kemuncak berlansung di Dewan Seri Budiman UiTM Shah Alam. Sudah menjadi kelaziman, setiap pelajar baharu yang melangkah masuk ke universiti akan mengikuti minggu ’orientasi’ atau di UiTM dipanggil Minggu Destini Siswa (MDS).

Program orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar baharu yang berjaya melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana muda untuk lebih mengenali seluruh kampus di UiTM Shah Alam

MDS SESI MAC 2017bagi memudahkan perjalanan pembelajaran sepanjang di UiTM Shah Alam.

YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan bin Said, Naib Canselor UiTM telah menyempurnakan majlis dengan menyampaikan amanat beliau kepada mahasiswa baharu. Naib Canselor memberi pesanan kepada pelajar baharu untuk tidak menghampakan harapan terutama ibu bapa yang pastinya ingin melihat kejayaan anak mereka dan para pelajar haruslah tekadkan semangat dan fokus untuk menimba ilmu dalam bidang pengajian masing-masing

12

Page 13: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

Pada 18 Januari 2017, telah berlangsungnya Research Summit

Day (RSD) yang telah dianjurkan oleh Institute of Research Management and

Innovation (IRMI) di Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC). RSD adalah merupakan hari kemuncak penyelidikan yang dilaksanakan buat julung kalinya.

RSD 2017 juga merupakan wadah perkongsian mega tahunan mewartakan pencapaian penyelidikan dan inovasi UiTM kepada seluruh warga. Pelaksanaan RSD

juga, dapat menyuburkan ekosistem penyelidikan demi meningkatkan ketampakan, motivasi, prestasi penyelidikan dan inovasi UiTM.

Majlis ini dimulakan dengan pembentangan oleh Prof Ir Dr Hj. Abdul Rahman Omar, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi dengan membentangkan pelaporan prestasi penyelidikan UiTM pada untuk tahun 2015 dan 2016 serta strategi hala tuju penyelidikan UiTM.

Turut berlansung semasa majlis ialah pelancaran PURE(UiTM Research Profiles) dan Dasar & Garis Panduan Penyelidikan UiTM oleh Prof Emeritus Dato’ Dr. Hassan Said, Naib Canselor UiTM. Kemuncak majlis RSD 2017 ini menyaksikan penyampaian anugerah Penyelidik UiTM, iaitu penyelidik yang telah menyumbang ke arah kecemerlangan agenda penyelidikan dan inovasi universiti diberi pengiktirafan dan penghargaan.

13

Page 14: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

13 Februari 2017 telah berlangsung majlis “Breakfast Talk” yang merupakan program kerjasama antara Universiti Teknologi MARA dan Insitut Integriti Malaysia di Dewan Anjung Sri Budiman, UiTM Shah Alam.

Program ini adalah salah satu program yang dikenali sebagai “7 Buah Tangan” yang telah diperkenalkan oleh Presiden INTEGRITI, iaitu Dr Anis Yusal Yusoff. Objektif program adalah untuk memberi kesedaran staf untuk mengukuhkan pembudayaan integriti di jabatan dan memberi panduan kepada staf untuk menangani isu melibatkan arahan yang diberikan oleh Ketua Jabatan tidak selaras dengan peraturan yang berkuatkuasa. Program dijalankan secara santai dan tidak begitu formal di mana sambil menikmati sarapan pagi, perkongsian ilmu berlaku melalui kaedah forum melibatkan ahli panel dan moderator.

Bertajuk ‘Antara Arahan dan Peraturan’, pembicara utama telah disampaikan oleh YBhg. Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, Naib Canselor, pembincang pertama YBrs. Tuan Haji Shahabuddin Timbalan Ketua Pengarah, Unit Pemodenan Tadbiran & Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), pembincang kedua, YBrs. Encik Jais Abdul Karim, Timbalan Presiden, Yayasan Anti-Rasuah Malaysia (YARM) dan moderator, YBrs. Dr Ahmad Fadzili Ahmad Tajuddin, Timbalah Ketua Pegawai Eksekutif INTEGRITI. Isu ini dibincangkan kerana sering menjadi persepsi di kalangan staf berkenaan arahan yang diberikan oleh Ketua Jabatan dikatakan ada kalanya bercanggah dengan peraturan yang sedia ada.

Dengan adanya program seperti ini, staf yang menguruskan pembelian atau perkhidmatan mendapat panduan terbaik untuk menangani isu melibatkan arahan yang diberikan oleh Ketua Jabatan yang tidak selaras dengan peraturan universiti.

“BreakfastTalk”

14

Page 15: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

Menyahut seruan Naib Canselor yang menginginkan sebuah program yang berlatarbelakangkan suasana harmoni dan bermatlamatkan kesepakatan antara warga, Pejabat Pendaftar pada 18 Februari yang lalu, telah mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Ultimate Race.

Bertempat di Cahaya SPK, Shah Alam, program ini telah berjaya mengumpulkan peserta dari pelbagai jabatan dan skim perkhidmatan yang dibahagikan kepada beberapa buah kumpulan. Pelbagai acara kecerdasan dan kecergasan telah dipertandingkan sepanjang program diadakan. Program ini telah berjaya menyerlahkan semangat kekitaan antara semua peserta yang menyertainya.

Perasmian program tersebut telah disempurnakan oleh YBhg Profesor Ir Dr Haji Abdul Rahman Omar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan diiringi oleh YBrs. Pn. Azida Azmi, Pendaftar.

Berikut adalah senarai pemenang Ultimate Race.

Tempat Pertama - Fakulti Perubatan Kampus Sg. BulohTempat Kedua - Fakulti Senibina, Perancangan &UkurTempat Ketiga - Rasta RacingTempat Keempat - The Breakfast ClubTempat Kelima - Asid SynergyTempat Keenam - Young Raiders

15

Page 16: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

Pada 12 Mac 2017, bertempat di Mukim Chegar Galah, Kuala Kangsar Perak telah diadakan program anak

angkat anjuran Jabatan Pengajian Melayu, Akademi Pengajian Bahasa UiTM Shah Alam dengan kerjasama UiTM Cawangan Perak

Kampus Seri Iskandar, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu(IMPAK) dan beberapa agensi kerajaan yang lain. Program yang melibatkan seramai 137

pelajar dari UiTM dan para pelajar antarabangsa dari Universiti Walailak diadakan di 13 buah kampung sekitar Mukim Chegar Galah dengan bertemakan 1 Rumpun,

1 Budaya.

Selain menjalankan pelbagai aktiviti menarik bersama keluarga angkat masing-masing, para pelajar berkesempatan melawat ke tempat-tempat yang berpotensi tinggi sebagai

kawasan pelancongan di Kuala Kangsar seperti Air Terjun Lata Perahu, bandar Diraja Kuala Kangsar dan Jambatan Keretapi Victoria.

Pihak UiTM juga turut memberi sumbangan kepada penduduk kampung yang memerlukan menerusi aktiviti ‘Ziarah dan Jalinan Kasih’. Sumbangan telah disampaikan dari rumah ke rumah dengan diketuai oleh Dekan APB iaitu Profesor Madya Dr Haji Ahmad Mazli Muhammad bersama-sama ADUN Chenderoh YB Dato Haji Zainun bin Mat Noor .

Aktiviti dimeriahkan lagi dengan kehadiran Setiausaha Politik kepada Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YBhg Dato Jamal Nasir Rasdi, Y.Brs. Dr. Ahmad Nazri Bin Sulaiman, Setiausaha Bahagian Perancangan Penyelidikan Dan Penyelarasan Dasar Kementerian Pengajian Tinggi, Prof Madya Sr. Dr. Md. Yusof Hamid, Rektor Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Dr Norhazlina Husin, Ketua Pusat Pengajian Melayu APB UiTM (pengarah program) serta para pensyarah Jabatan Pengajian Melayu APB UiTM Shah Alam.

16

Page 17: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

22 Mac 2017, program ‘Timber Construction Pinnacle Day (TCPD2017)’ yang diadakan di Dewan Anjung Budiman (Annex), UiTM dengan tema “HARNESSING SUSTAINABLE FUTURE” anjuran bersama Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) dengan Institut Kejuruteraan Infrastruktur dan Pengurusan Mampan (IIESM), Fakulti Kejuruteraan Awam serta Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Universiti Teknologi MARA, adalah salah satu usaha untuk memartabatkan penggunaan kayu. Program ini bertujuan untuk mempamerkan kemajuan penyelidikan dan teknologi kejuruteraan perkayuan dalam pembinaan untuk masa hadapan yang hijau dan mampan melalui perkongsian ilmu serta penciptaan rekaan berinovasi yang terkini.

Prof Dr. Zakiah Pengarah IIESM merangkap pengerusi TCPD2017 menyatakan tentang perlunya kepada kesedaran ‘zero carbon homes’ bagi keperluan kesihatan dan ekologi. Ianya bertepatan dengan penggunaan kayu kerana kayu adalah bahan hijau dan mampan. Beliau juga menegaskan bahawa sudah tiba masanya untuk negara menonjolkan produk kayu sebagai tunjang bahan binaan yang mampu menangani isu persekitaran. Peserta program TCPD2017 telah diberi pendedahan dengan pelbagai topik berkaitan dengan kejuruteraan kayu, reka bentuk bangunan kayu serta isu persekitaran, lestari dan hijau dalam industri pembinaan oleh pakar-pakar dari CIDB, konsultan, arkitek dan juruukur bahan. Pameran berkaitan dengan produk kejuruteraan kayu juga telah diadakan.

Satu pertandingan mereka bentuk banglo berasaskan inovasi kayu yang dianjurkan dalam program TCPD2017. Pertandingan peringkat nasional tersebut bertujuan memacu dan memperkasa bakat siswa dari universiti serta para profesional ke arah memartabatkan penggunaan struktur kejuruteraan kayu dalam industri pembinaan di Malaysia. Program diakhiri dengan menandatangani memorandum persefahaman antara UiTM dengan syarikat Ultra Platform Sdn Bhd bagi pembangunan Produk Ultra Composite System untuk perumahan PR1MA dan dengan Syarikat ELanz Sdn Bhd bagi produk ‘light weight architectural system’.

17

Page 18: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

Fes t iva l Asasi 2017 telah diadakan

di Pusat Asasi Sains, UiTM Dengkil pada 11 dan 12 Februari yang lalu. Program ini bukan

sahaja menarik kunjungan pelajar lepasan SPM, malah berjaya menambat hati pengunjung khususnya komuniti sekitar

kampus.Penolong Naib Canselor UiTM Kampus Sg Buluh dan Selayang merangkap Pemangku Rektor UiTM Selangor, Profesor Dato’ Dr Abu Bakar

Abdul Majeed, telah merasmikan Festival tersebut. Festival yang julung kali diadakan itu bertujuan untuk memberi peluang kepada orang ramai untuk

mengenali Pusat Asasi UiTM dengan lebih dekat lagi serta mengeratkan silaturahim di antara warga kampus dengan masyarakat setempat.

Program Festival Asasi tersebut meliputi empat aktiviti utama iaitu Karnival Sukan anjuran Pusat Asasi (KASPA), Karnival Usahawan Muda anjuran Akademi Perusahaan Kecil dan

Sederhana & Pembangunan Keusahawanan Malaysia (MASMED), Festival Kolej (FESKO) dan aktiviti yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Misi Akademik.Selain gerai informasi, pameran dan ceramah akademik, sambutan Festival Asasi 2017 ini dimeriahkan lagi dengan jualan pelbagai jenis juadah makanan dari Food Truck. Dari 69 gerai jualan yang dibuka, 30 darinya diusahakan oleh pelajar yang mempamerkan serta menjual produk di bawah Program Usahawan Muda, MASMED UiTM.

Bagi memastikan orang ramai lebih memahami dunia pembelajaran sebenar di Pusat Asasi, diadakan juga sesi Taklimat Program Asasi yang dikelolakan oleh Penolong Pengarah Hal Ehwal Akademik, En. Syed Abdul Illah Alyahya Syed Abd. Kadir serta

Penolong Pengarah Hal Ehwal Pelajar, En. Zaidi Bin Yaacob. Turut menjadi tumpuan pengunjung adalah sesi perkongsian pengalaman bersama alumni yang telah

berjaya dalam bidang masing-masing. Festival ini akan dijadikan acara tahunan kampus selepas ini bagi merapatkan hubungan silaturahim

dengan masyarakat setempat.

18

Page 19: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

Hari Altruisme APB 2017 julung-julung kali dianjurkan oleh Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Shah Alam dengan kerjasama sebuah badan bukan kerajaan - Helping The Underprivileged Groups (HUGs). Program ini dijalankan pada 25 Mac 2017 di Dewan Sri Budiman dan Dewan Annex, UiTM Shah Alam. Penganjuran program pada hari tersebut amat bermanfaat khususnya dalam konteks penglibatan UiTM dengan warga luar.

Program ini memberi penekanan kepada warga APB khususnya mahasiswa UiTM agar dapat membentuk semangat kesukarelawanan yang tinggi serta memupuk sikap prihatin terhadap masyarakat sekeliling. Penglibatan mahasiswa dalam program seperti ini dapat menerap nilai-nilai altruisme yang sebenar dalam sanubari mereka.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan seperti Larian Amal Altruisme APB, Futsal Tunanetra, karnival, jualan dan pameran, sesi perkongsian, bicara professional, Alumni Altruisme APB, Pertandingan Mewarna Anak-anak OKU serta Bengkel Bahasa Isyarat.

19

Page 20: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

Pada 2 dan 3 Februari 2017 telah diadakan Mesyuarat dan Taklimat Bersama Koordinator Korporat Seluruh Sistem Universiti Teknologi MARA bagi tahun 2017. Agenda penting Bahagian Canseleri dan Komunikasi Korporat (BCKK) untuk mengadakan perjumpaan dengan semua koordinator dari kampus cawangan dan semua Pusat Tanggungjawab (PTJ) seluruh sistem UiTM, adalah sebagai salah satu cara untuk mengeratkan jalinan dan seterusnya menyampaikan maklumat terkini universiti serta berbincang mengenai hal ehwal korporat yang merangkumi pelbagai aspek.

Setiap kampus UiTM cawagan membentangkan pencapaian 2016 dan perancangan untuk 2017 agar perancangan yang disusun dapat menaikkan ketampakan universiti. Selain itu, BCKK telah menjemput YBhg. Dato, Zaini Hassan, Penolong Ketua Pengarang Utusan Malaysia dan juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah Universiti untuk berkongsi ilmu berkenaan “Bagaimana Mewujudkan Perhubungan Harmoni bersama Media”. Pada sesi seterusnya pula berkenaan Pengurusan Penjenamaan yang telah dibentangkan oleh En. Ahmad Shukri Rifaie dari RifaieChuaSethi Sdn. Bhd. yang mempunyai pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang penjenamaan.

Semoga dengan perbincangan dan perkongsian ilmu yang telah dijalankan sepangjang 2 hari ini, semua koordinator korporat UiTM lebih fokus untuk menjalankan tugas di kampus cawangan dan juga di PTJ masing-masing.

Mesyuarat dan TaklimatKOORDINATOR KORPORATSELURUH SISTEM UiTM 2017

20

Page 21: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

Pelajar Program Periklanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam telah berjaya memenangi pertandingan “Innovative Youth: Unleash The Power of Social Media Advertising Video Competition” anjuran The Kuala Lumpur and Selangor Chinese Chamber of Commerce and Industry (KLSCCCi).

Terdapat 6 Kategori yang dipertandingkan dan setiap kategori diadili oleh 6 Pengiklan yang berlainan (Focus Point, Bank of China, Nirvana, Titijaya Land Berhad, Sun Suria dan GM Klang). Pemenang utama bagi setiap kategori menerima hadiah bernilai RM6000, sijil serta trofi.

Pertandingan ini bertujuan untuk memupuk semangat keusahawanan di kalangan belia Malaysia. Peserta (pasukan) yang menyertai pertandingan ini telah diberikan

taklimat oleh pengiklan yang terlibat. Setiap pasukan dikehendaki mengemukakan idea pemasaran yang paling inovatif melalui iklan video berdasarkan taklimat yang diberikan.

Kemenangan ini adalah satu pencapaian yang amat membanggakan kerana pelajar-pelajar ini telah berjaya merangkul 3 hadiah utama daripada 6 kategori yang dipertandingkan. Pertandingan ini juga turut disertai oleh peserta dari pelbagai kolej dan universiti terkemuka seperti Universiti Malaya, Universiti Lim Kok Wing, Universiti Taylor’s, Universiti KDU dan banyak lagi.

21

Page 22: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

OPKIMKemboja 5.0

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Pulau Pinang telah menganjurkan Operasi Khidmat Masyarakat (OPKIM) Kemboja 5.0 selama seminggu ke negara Kemboja khususnya di Kampung Phum Potein, Tbong Khmum bagi membantu keluarga Islam di sana. Terletak kira-kira 150 kilometer (km) daripada pusat bandar Phnom Penh, Kampung Phum Potein terdiri daripada 405 keluarga Islam (1,960 orang) dan mereka menjadikan Masjid Al-Mubarak serta Madrasah An-Nikmah di kampung berkenaan sebagai pusat pengajian agama.

Seramai 51 sukarelawan terdiri daripada kakitangan dan pelajar UiTM Pulau Pinang telah menyertai misi tersebut. Mereka membawa 103 kotak bantuan peralatan yang mengandungi pakaian harian, kelengkapan beribadat, ubat-ubatan, alat tulis dan Al-Quran untuk diagihkan kepada penduduk.

Opkim Kemboja 5.0 yang bermula 31 Januari hingga 5 Februari itu diketuai Rektor UiTM Cawangan Pulau Pinang, Prof. Madya Dr Mohd. Fozi Ali dan turut disertai oleh Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar UiTM Pulau Pinang, Dr Baderisang Mohamed dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Dua, Muhamad Yusoff Mohd. Noor. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti pemeriksaan kesihatan, agihan pelbagai sumbangan, sukaneka, gotong-royong, belajar berkumpulan dan juga ziarah daripada rumah ke rumah penduduk. Ternyata misi

tersebut mendapat sambutan yang luar biasa daripada penduduk tempatan.

22

Page 23: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

Pada 22 Mac 2016, Pejabat Pengarah Pembangunan Pelajar HEP telah menganjurkan Majlis Anugerah Tokoh Siswa 2016. Majlis Anugerah Siswa adalah untuk mengikitiraf kecemerlangan bakat dan memberi galakan kepada pelajar yang telah banyak berusaha untuk menjadi graduan yang holistik melalui penganjuran program yang berimpak tinggi dan memberi manfaat kepada universiti dan juga masyarakat.

Majlis penyampaian Anugerah Tokoh Siswa peringkat UiTM telah disampaikan oleh Profesor Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, Naib Canselor dan diiringi oleh YBhg. Prof Dato’ Dr Abdullah Mohamad Said, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar). Pada tahun ini, anugerah yang dipertandingkan adalah 12 kategori dan 1 Anugerah Utama.

Selain itu, Anugerah Penghargaaan Khas Naib Canselor dan Bahagian Hal Ehwal Pelajar juga diberikan kepada pelajar yang mendapat pengiktirafan dan memenangi tempat pertama,

kedua atau ketiga di peringkat antarabangsa.

Anugerah Keseluruhan Tokoh Siswa dimenangi oleh Nazirah Ripin, manakala Anugerah Khas Naib Canselor dimenangi oleh Yasmin Ho Abdullah dan Mohammad Nifzal Nurshid Kieron yang telah bertanding di World Universities Debating Championship 2016. Turut mendapat Anugerah Khas Naib Canselor ialah pasukan UiTM Mooting Club yang diwakili oleh Amiza Ahmad Murad, Izuddin Zahidi, Fathan Alfian, Iffah Yahya yang telah berjaya mendapat tempat ketiga di FDI Moot (Global Round) 2016 di Argentina.

Tahniah dan syabas kepada semua finalis dan pemenang.

TOKOH SISWA

23

Page 24: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

MoUUiTM dan UNMER Malang

antaraPada 19 Januari 2017, telah termeterainya jalinan kerjasama antara Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama Universiti Merdeka (UNMER) Malang, Indonesia. Jalinan kerjasama ini adalah sebagai satu platfom untuk perkongsian maklumat dan kepakaran antara kedua-dua universiti. Melalui kerjasama ini akan mewujudkan jalinan dan jaringan yang lebih kukuh dan dapat meningkatkan jumlah penyelidikan di peringkat antarabangsa.

MoU ini juga telah membuka ruang kolaborasi antara UiTM dan Universiti Merdeka Malang bagi menjalankan aktiviti bersama seperti penyelidikan bersama dalam bidang Financial Inclusion yang telah mendapat kelulusan dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Indonesia

mulai tahun 2017. Melalui MoU ini pensyarah UiTM dan Universiti Merdeka Malang dilantik sebagai External Examiner untuk pelajar

pascasiswazah dan penulisan bersama untuk penyelidikan.

MoU tersebut telah ditandatangani oleh Prof. Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, Naib Canselor UiTM dan Universiti Merdeka Malang diwakili oleh Prof Dr Grahita Chandrarin, Pengarah Program Pascasiswazah UNMER. Diharapkan dengan adanya persefahaman yang telah dipersetujui ini akan dapat memberikan manfaat kepada kedua-dua belah pihak.

24

Page 25: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

MoU antara

IACAdanUiTM

20 Feb 2017-- Pada 20 Februari 2017 telah termeterai Memorandum Persefahaman antara pihak Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan International Anti-Corruption Academic (IACA) sebagai satu usaha bagi menangani rasuah secara global. Majlis menandatangani persefahaman ini merupakan kerjasama yang pertama antara UiTM dengan IACA.

IACA merupakan sebuah organisasi antarabangsa yang berperanan untuk mengatasi masalah kekurangan pengetahuan, kesedaran dan operasi dalam bidang anti-

rasuah dan integriti di kalangan pegawai-pegawai anti-rasuah dari negara-negara membangun. Persefahaman ini juga dibentuk berdasarkan permintaan dari negara-negara sedang membangun terutamanya yang merasakan keperluan untuk pegawai-pegawai anti-rasuahnya mempunyai diploma dalam bidang pengurusan anti-rasuah.

Majlis menandatangani persefahaman telah diwakili oleh Dekan dan Setiausaha Eksekutif IACA, Mr. Martin Kreutner bersama Naib Canselor UiTM, Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, yang UiTM. Memorandum ini akan disusuli dengan perlaksanaan beberapa aktiviti kerjasama yang akan dijalankan oleh Pusat

Governan, Integriti dan Anti-Rasuah, Fakulti Undang-Undang UiTM. Antara aktiviti kerjasama yang akan dijalankan adalah pertukaran staf antara kedua-dua institusi, pengenalan program “Executive Diploma on Anti-Corruption”, simposium, konferensi, kursus jangka pendek dan mesyuarat berkaitan kajian-kajian berkaitan.

25

Page 26: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

MoU antara UiTM dan University of Fine Art

MoU antara KOSISWA UiTM, MOFAZ dan Unistorage

MoU antara UiTM dan AKPK

26

Page 27: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

MoA antara UiTM dan Institut Kong Zi, UM

MoU antara UiTM dan SEDA

MoU antara UiTM dan MALT27

Page 28: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

3 Mac 2017 telah berlangsung majlis menandatangani Perjanjian Usahasama (MoA) Dana Wakaf Ilmu antara Universiti Teknologi

MARA dan Perbadanan Wakaf Selangor. MoA ini telah ditandatangani oleh Naib Canselor , YBhg. Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Bin Said bagi pihak UiTM dan Tuan Abu Bakar Yang Ketua Pegawai Eksekutif PWS dan disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah UiTM, YBhg. Tan Sri Dato’ Academician Ir Dr Ahmed Zaidee Bin Laidin.

Majlis MoA ini akan mencetuskan wadah bermakna kepada UiTM dan PWS dalam menguruskan harta wakaf ummah. Usaha ini memberi ruang kepada UiTM dan PWS untuk meningkat interaksi mesra dalam menguruskan kutipan dana wakaf dan seterusnya membangunkan pelbagai aset wakaf khususnya yang berkaitan dengan prasarana pendidikan yang memberi manfaat kepada pelajar dan warga UiTM.

Pelaksanaan wakaf UiTM ini akan diuruskan oleh Pusat Zakat, Sedekah dan Wakaf, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS), UiTM. Dengan perkembangan yang sangat sangat cemerlang daripada CITU ke ACIS menunjukkan ACIS telah matang dalam pengendalian dan pengurusan hal ehwal Akademik, Hal Ehwal Pelajar, Bimbingan Hal Ehwal Islam, Zakat dan juga Wakaf.

Wakaf UiTM akan menggunakan sistem e-wakaf yang dibangunkan oleh pihak UiTM sendiri. Pewakaf adalah terdiri daripada “Wakaf Ekspress” iaitu pewakaf yang tidak ingin diketahui identitinya (Hamba Allah) dan Pewakaf UiTM yang berdaftar. Jenis wakaf yang akan dilaksanakan adalah:• Wakaf Am – pembinaan infrastruktur dan keperluan dana ilmu untuk warga UiTM • Wakaf Khas – pembinaan Kompleks Islam di Kampus UiTM Puncak Alam

Jumlah sasaran yang ingin dicapai adalah sebanyak RM1 Bilion dalam tempoh 2020. Justeru itu, usaha ini diharap mendapat sambutan yang menyeluruh daripada semua warga UiTM di seluruh kampus- kampus cawangan. Ini amat perlu bagi membantu melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran di UiTM. Usaha ini juga boleh memberi impak besar dlm sistem pendidikan tinggi negara kesedaran dan kebersamaan daripada seluruh warga UiTM termasuk alumni untuk sama-sama membantu merealisasikan laksanaan Wakaf UiTM ini.

UiTM PWSMoA antara

dan

28

Page 29: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

10 Januari 2017, bertempat di Dewan Intekma Resort & Convention Center telah berlansung Majlis Memperkenalkan Pemain Liga Perdana dan Liga Piala Presiden UiTM FC untuk tahun 2017. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Nik Ali Mat Yunus, Timbalan Ketua Setiausaha Pembangunan, Kementerian Pendidikan Tinggi.

Pasukan UiTM FC diwakili seramai 25 pemain tempatan dan 4 pemain import akan dibimbing oleh jurulatih yang berpengalaman iaitu saudara Wan Mustafa Ismail. Pada musim 2017, 4 pemain import yang berasal dari Ivory Coast, Korea Selatan dan Nigeria akan memperkuatkan lagi UiTM FC.

Selain itu, pasukan UiTM FC Liga Piala Presiden diwakili oleh pemain-pemain muda yang berusia bawah 21 tahun dan dibimbing oleh jurulatih berpengalaman dan bekas pemain Selangor iaitu saudara Anuar Abu Bakar.

Semoga tahun 2017 pasukan UiTM FC dapat meningkatkan prestasi dan beroleh kejayaan yang membanggakan.

Pasukan Bola Sepak

2017UiTM FC

29

Page 30: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

26 Januari 2017 – Universiti Teknologi MARA telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records atas kejayaan menawan 60 puncak gunung secara serentak di seluruh Malaysia pada 11 November 2016 yang lalu. Majlis penyerahan sijil tersebut telah diserahkan kepada Naib Canselor, Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Said.

Program yang dikenali sebagai XPDC 111116 UiTM Pendakian 60 Puncak Gunung telah dijayakan oleh kira-kira 1,500 mahasiswa dan kakitangan UiTM dari seluruh Malaysia bersempena dengan sambutan ulangtahun penubuhan UiTM yang ke 60. Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM menerajui ekspedisi tersebut dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan

PUNCAK GUNUNGDIIKTIRAF MALAYSIA BOOK OF RECORDS

XPDC 111116 60PENDAKIANPUNCAK GUNUNGUiTM

Penyelamat Malaysia, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Pasukan RELA, Angkatan Pertahanan Awam dan Persatuan Malim Gunung Malaysia.

Pada 11 November 2011, UiTM telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records atas kejayaan menawan 30 puncak gunung secara serentak dan rekod terkini diperbaharui dengan menambah jumlah gunung yang ditawan.

Program yang bertujuan untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar di samping dapat melahirkan mahasiswa yang cergas dari segi fizikal dan emosi ini disertai oleh mahasiswa yang daripada pelbagai kursus kokurikulum pasukan badan beruniform.

30

Page 31: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani

23 Mac 2017, bertempat di Dewan

Agung Tuanku Canselor, telah berlangsung Majlis Anugerah Sukan UiTM 2016. Anugerah Sukan UiTM adalah sebuah

majlis anugerah yang dikendalikan oleh Pusat Sukan UiTM bagi menghargai jasa atlet dan pegawai yang cemerlang dalam pembangunan sukan universiti.

Majlis penyampaian anugerah telah disampaikan oleh YBhg. Prof Emeritus Dato’ Dr Hassan Said, Naib Canselor UiTM. Anugerah Olahragawan UiTM dirangkul oleh Zulfadli Zulkifli yang merupakan pemain badminton profesional negara, manakala atlet boling padang Noorazlina Zakaria dinobat sebagai pemenang Anugerah Olahragawati UiTM.

Pada majlis yang sama, UiTM telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bersama Majlis Sukan Negara (MSN) untuk berkerjasama dalam menjamin masa depan pemain bola sepak muda. MoU itu merupakan satu kesinambungan kepda usaha dalam membentuk 20,000 pemain di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) menjadi seorang pemain yang dilengkapi dengan ilmu pendidikan.

Anugerah Sukan UiTM 2016

31

Page 32: Profesor Emeritus Dato' Dr Hassan Said Sidang Redaks · PDF fileProgram orientasi ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada pelajar-pelajar ... panduan kepada staf untuk menangani