profesionperguruandariperspektifislam-121205102124-phpapp01

Upload: rusni-alias

Post on 02-Mar-2016

42 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

________________________________________ ILMU PENDIDIKAN PROFESION PERGURUAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

ISI KANDUNGANBILPERKARAMUKA SURAT

1.Isi Kandungan1

2.Penghargaan2

3.Pendahuluan. Konsep Profesion Perguruan3-6

4.Sahsiah Guru Pendidikan Islam7-9

5.Peranan Guru Pendidikan Islam10-12

6.Etika Keguruan Islam18-23

7.Etika Kerja24-29

8.Perkembangan Dunia Pendidikan30-39

9.Ciri-ciri Guru Cemerlang 40-45

10.Penutup46

11Refleksi47-48

12Rujukan49-50

13.Lampiran A Borang Kolaborasi.51-52

PENGHARGAAN Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw,ahli keluarga baginda dan para sahabat yang dirahmati Allah.Saya bersyukur kehadrat Allah sekali lagi pada sesi interaksi kali ini kami mendapat peluang yang baik untuk terus menambah ilmu pengetahuan dalam Ilmu Pendidikan. Kerja kursus kali begitu menarik dan memberi kesan yang baik dalam memahami profesion perguruan sebagai guru pelatih. Tajuk yang diberikan ialah Profesion Perguruan dari Perspektif Islam.Terima kasih diucapkan kepada pensyarah pembimbing Encik Saidon Bin Mat yang begitu komited dan berdedikasi dalam menyampaikan pengetahuan, memberi peneguhan, menilai dan memberi tunjuk ajar tanpa jemu. Saya doakan semoga En.Saidon mendapat kerahmatan dan ganjaran yang baik disisi Allah swt. InsyaAllah ilmu yang saya perolehi ketika menyelesaikan tugasan ini akan saya akan aplikasikan sebagai guru pendidikan Islam. Apa yang baik datangnya daripada Allah dan segala yang buruk pasti daripada kelemahan diri saya sendiri.

PENDAHULUAN Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat.Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.Dalam usaha meningkatkan martabat profesion perguruan yang cemerlang,maka pakatan bijak semua pihak hendaklah digerakkan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Pihak-pihak tersebut ialah kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia serta institusi-institusi yang berkaitan, guru, pelajar, anggota masyarakat , pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO),kesatuan-kesatuan guru dan pihak swasta.KONSEP PROFESION KEGURUANProfesion merujuk kepada satu pekerjaan yang melaksanakan fungsi sosial yang penting. Untuk mencapai fungsi tersebut, tahap kemahiran tertentu dan suatu pengetahuan sistematik berasaskan teori yang dipegang oleh seseorang individu diperlukan. Pendek kata, suatu profesion ialah suatu bidang yang mempunyai ciri-ciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan ikhtisas yang mencukupi, khidmat yang diperlukan oleh masyarakat, menikmati autonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman, 1956 ). Mengikut Kamus Dewan ( 2005 ), profesion ialah pekerjaan terutamanya yang memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain.Cemerlang pula ialah bersinar (bercahaya) dengan terang, gilang-gemilang.Dari kedua-dua pengertian tersebut, ia memberi makna bahawa imej profesion perguruan sama ada tinggi atau rendah, jaya atau gagal dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi para guru dan hasilnya kepada generasi pelajar. Nilaitara-nilaitara suatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut. Secara umumnya, kita boleh menganggap bidang keguruan sebagai suatu profesion manakala guru-guru merupakan ahli-ahli profesional dalam profesion tersebut.Konsep profesional pula merujuk kepada ciri-ciri atau atribut yang terdapat dalam kalangan kalangan ahli dalam suatu profesion. Mengikut Ornstein dan Levine (1993), terdapat empat atribut dalam suatu profesion, iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahlinya serta kebenaran/persetujuan diberi kepada suatu profesion oleh masyarakat untuk beroperasi.Berdasarkan atribut di atas, seorang profesional perlu menguasai pengetahuan yang mendalam seperti mana guru melalui pendidikan formal hingga ke tahap sarjana muda, sarjana dan doktor fasafah. Satu standard yang ditetapkan untuk seseorang guru memperoleh latihan keguruan dalam subjek penkhususan sebelum diiktiraf sebagai profesional. Tambahan pula, profesion keguruan mempunyai kod etika untuk mengawal tingkah laku mereka dan kod etika ini merupakan pegangan dan panduan seorang guru semasa berkhidmat dalam profesion keguruan.ISLAM MEMANDANG TINGGI PROFESION PERGURUAN.Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru adalah bersandarkan tanggungjawab,kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kacamata Islam merupakan murabbi, muallim, muaddib, alim atau ulama. Mereka berfungsi bukan saja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat. Ia juga berkait rapat tentang tanggungjawab, amanah, komitmen dan hubungannya dengan Allah. Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilainilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Para pendidik juga berperanan menerapkan nilai kerjasama dan toleransi di kalangan pelajar. Jika kita lihat, orang-orang Islam telah diikat oleh satu peraturan supaya hidup berjiran dan bersahabat dengan mereka. Hak jiran tidak boleh dikurangi dan tidak boleh boleh dilanggar sebagaimana yang telah ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w dalam pembentukan negara Islam. Dengan ini, terciptalah satu masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan demi mewujudkan kebahagiaan bersama dalam satu masyarakat dan satu negara.Sikap toleransi yang diterapkan oleh guru dapat membentuk hubungan yang baik dalam masyarakat yang mampu melahirkan integrasi nasional.Guru merupakan golongan pendidik yang banyak berjasa serta menabur bakti untuk memberi pendidikan kepada anak bangsa kita. Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan para pelajar harus dan wajar memberi penghormatan serta 2pengiktirafan yang tertinggi atas pengorbanan dan sumbangan guru- yang sentiasa bertungkus lumus tanpa mengenal penat lelah mendidik anak bangsa kita. Kita juga harus meletakkan martabat guru pada kedudukan yang tinggi dan mulia kerana para guru adalah penentu masa depan generasi muda. Prestasi, imej dan kualiti perkhidmatan mereka yang cemerlang akan melahirkan pelajar yang cemerlang dan seterusnya akan membentuk sebuah masyarakat yang maju dan cemerlang juga. Golongan pendidik adalah seperti lilin, membakarkan diri demi menerangi orang lain. Oleh sebab itu, profesion guru disanjung tinggi oleh masyarakat.Kerajaan menghargai sumbangan guru dengan mengistiharkan tanggal 16 hb Mei pada setiap tahun bermula dari tahun 1975 sebagai Hari Guru. Ini salah satu usaha kerajaan untuk mengiktiraf dan mengenang segala jasa baik para guru. Saya berharap tuan-tuan dan puan-puan sebagai bakal guru akan terus berusaha untuk menyemaikan dan menyuburkan budaya ilmu dalam kalangan anak bangsa agar kita dapat mencapai sebuah negara yang maju dan unggul pada masa hadapan.Guru ialah mereka yang menyampaikan ilmu kepada anak bangsa supaya menjadi orang yang berguna kepada agama, masyarakat, bangsa dan negara. Ilmu pengetahuan merupakan salah satu alat terpenting yang amat berkesan dalam kehidupan manusia bagi mencapai kebahagian hidup, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Seseorang Muslim dinilai dari segi ilmu, iman serta amalannya bagi mengukur sejauh mana ketaqwaannya kepada Allah. Ia bukan dinilai dari segi keturunan, kedudukan, bangsa, kekayaan,rupa dan warna kulit. Allah telah meletakkan orang yang beriman dan berilmu ke tahap yang paling tinggi, seperti yang ditegaskan oleh al-Quran: Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan beberapa darjat.Mereka yang berilmu diberi kedudukan yang paling tinggi serta dijadikan sebagai saksi kepada manusia lain serta Allah dan para malaikat. Mereka juga diberi kedudukan yang teristimewa sesudah para nabi, khususnya umat Rasulullah s.a.w. Mereka diberikan tanggungjawab untuk menyampaikan seruan, memimpin umat dan mentadbirkannya selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Dengan kata lain, mereka sebagai pewaris yang mempusakai tugas Rasulullah s.a.w. selepas kewafatan baginda.Imam al-Ghazali menyatakan, tidak ada martabat yang lebih tinggi daripada martabat kenabian dan tidak ada kemulian yang lebih mulia daripada menjadi pewaris martabat kenabian. Kelebihan ilmu pengetahuan juga dapat ditanggapi daripada matlamat atau tujuan diutuskan Rasulullah s.a.w. sebagai nabi dan rasul kepada umat manusia. Di samping menjadi rasul, baginda juga berperanan sebagai seorang guru dan pendidik. Bak kata pepatah jasa guru umpama air mengalir dari anak sungai hingga ke dasar lautan. Merujuk kepada al-Quran, Allah s.w.t. berfirman dalam surah al-Mujaadalah, ayat 11 yang bermaksud :Nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.Melalui ayat ini diperjelaskan tentang martabat dan kedudukan tinggi dan mulia para guru atau pendidik. Pendidikan adalah aset penting yang menghala tuju pembangunan negara serta aset yang bernilai dalam pembinaan minda manusia serta alat untuk mewujudkan jati diri atau keperibadian yang unggul. Guru perlu memiliki sifat dan ciri-ciri unggul sebagai penyampai ilmu (yang benar), sebagai penyemai nilai luhur, pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang paling penting dan berkesan sebagai contoh dan teladan kepada setiap anak didiknya. Guru yang cemerlang bukan sahaja sihat tubuh badan dan sihat pula mental dan pemikirannya tetapi seorang yang penuh dengan sifat-sifat iltizam, dedikasi, bertanggungjawab, komited,tekun, sabar, bertimbang rasa, rajin, ceria serta amanah dalam menjalankan tugasnya.Prinsip utama seorang guru yang cemerlang adalah ia mesti faham bahawa tugas 'mengajar dan mendidik serta meneladan' adalah pekerjaan yang sangat mulia. Guru yang mengajar anak bangsanya perlu menganggap profesion ini sebagai satu jihad yakni menentang, membasmi dan mencegah kejahilan, kelemahan, kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan dan menjadikanny sebagai suatu ibadah. Oleh itu seseorang guru itu akan memainkan peranan mengikut keadaan dan situasi secara penuh tanggungjawab, jujur dan ikhlas.SAHSIAH GURU PENDIDIKAN ISLAMSahsiah menurut Kamus Dewan bermaksud keperibadian. Ia juga membawa maksud tingkah laku, tabiat atau perangai. Dalam bahasa biasa yang digunakan sekarang ialah personaliti . Ia merujuk kepada penampilan yang mencirikan peribadi orang berkenaan. Peribadi menggambarkan sifat personaliti individu yang membezakannya daripada orang lain. Sifat sahsiah merangkumi gaya hidup, kepercayaan. Harapan, nilai, motif, pemikiran, perasaan, budi pekerti, persepsi, tabiat, sikap dan watak.Mengikut G.W Allport dalam bukunya ` Pattern ang Growth in Personality , sahsiah ditakrifkan sebagai organisasi dinamik sesuatu sistem psikofizikal di dalam diri seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Sistem psikofizikal merangkumi unsur-unsur psikologi seperti tabiat, sikap, nilai, kepercayaan dan emosi, bersama dengan unsur-unsur fizikal seperti bentuk tubuh badan, urat saraf, kelenjar, wajah dan gerak geri seseorang (Mok Soon Sang,1999)Sahsiah dalam Islam lebih merujuk kepada akhlak Islamiah yang berpaksikan keperibadian dan amalan Rasullah s.a.w. sebagai contoh utama sebagaimana firman Allah s.w.t. dalam surah al-Ahzab : 21 yang beermaksud Sesungguhnya telah ada pada diri Rasullah s.a.w. contoh teladan yang baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.Maka seorang guru, khususnya Guru Pendidikan Islam yang lebih dikenali dalam masyarakat kini sebagai Guru Agama atau Ustaz perlu memperbaiki keperibadian yang boleh diteladani oleh murid-muridnya.Tidak diragukan lagi bahawa guru yang mempunyai keperibadian yang baik akan meninggalkan kesan yang positif dalam diri murid-muridnya. Meskipun kini terdapat pelbagai bentuk pembelajaran seperti pembelajaran jarak jauh dan pembelajaran secara on-line dan multimedia serta mempunyai pengaruhnya yang besar, namun ia tidak dapat menafikan status dan peranan utama guru dalam pembentukan sahsiah murid. Alat teknologi yang moden/pasca moden walau bagaimana canggih sekalipun tidak dapat mengambil peranan guru. Faktor manusia tetap diperlukan dalam proses pembentukan dan pematangan sahsiah murid. Sebab itu banyank kajian yang dibuat tentang sifat-sifat yang perlu ada pada seorang guru yang baik dan berkesan dalam pengajran mereka.Para sarjana pendidikan Islam telah mengemukakan berbagai-bagai sifat yang perlu dimiliki oleh guru pendidikan Islam khususnya dan kepada guru-guru amnya. Sifat-sifat tersebut adalah saling melengkapi. Ini menunjukkan guru perlu memiliki sifat-sifat yang terpuji sesuai dengan sifatnya yang mulia di sisi agama Islam. Ciri-ciri guru yang baik dalam konteks profesionalnya sebagai seorang guru muslim adalah tidak terlepas daripada ibadat. Di antara sarjana pendidikan Islam terkemuka ialah AsSyaibani Omar Muhamad al-Tourmy (1979). Beliau telah menggariskan sifat dan ciri seorang guru muslim ( khususnya guru Pendidikan Islam-Penulis) seperti berikut:(a) Sifat Rohaniah1. Keimanan yang kental kepada Allah yang Maha sempurna.2. Keimanan kepada hari akhirat, hari pembalasan dan seluruh para Rasul.3. Sifat-sifat keimanan asas yang lain.

(b) Sifat-sifat Akhlak1. Benar dan jujur2. Menepati janji3. Amanah4. Ikhlas dalam perkataan dan perbuatan5. Merendah diri6. Sabar, tabah dan cekal7. Hilm, pemaaf dan tolenrasi8. Menyayangi murid, mementingkan orang lain, pemurah, zuhud dan qanaah.

(c) Sifat Mental, Kejiwaan dan Jasmanii.Sifat Mental1. Cerdas (kepintaran teori, amali dan sosial)2. Menguasai mata murid dan takhasus3. Luas pengetahuan am4. Cenderung kepada pelbagai bidang akliah dan ilmiah yang sihat5. Mengenai ciri, watak, kecendungan dan keperluan murid6. Fasih, bijak dan petah dalam penyampaian

ii. Sifat Kejiwaan1. Sifat tenang dan emosi yang mantap2. Optimistik dalam hidup, penuh harap kepada Allah dan tenang jiwa bila mengingatiNya3. Kepercayaan kepada diri dan mempunyai kemahuan yang kuat4. Bersifat lemah lembut dan baik dalam pergaulan5. Berfikiran selesa dan boleh menyesuaikan diri dengan masyarakatiii. Sifat Fizikal1. Sihat tubuh badan dan terhindar dari penyakit berjangkit atau tidak berjangkit.2. Berperawakan tampan, kemas dan bersih.

PERANAN GURU PENDIDIKAN ISLAMGuru adalah agen pendidikan yang berkesan (Muhammad Uthman el-Muhammady, 1991 dlm Ahmad Mohd Salleh,1997). Walau sebaik mana pun sesuatu sistem pendidikan itu, jika guru yang mengajar bukannya guru yang berkesan bermakna apa yang disampaikan/diajar tidak akan difahami oleh murid dan tidak mencapai matlamat pengajaran. Oleh itu, guru khususnya guru-guru pendidikan Islam terbahagi kepada lima ketagori berikut :Guru sebagai MudarrisMudarris bermaksud guru yang mengajar dan menyampaikan maklumat kepada orang lain. Guru ini boleh jadi orang Islam dan bukan Islam. Kalau dia orang Islam, boleh jadi yang taat atau yang tidak taat. Perkara yang diajar boleh jadi baik atau tidak baik. Guru yang mengajar ilmu sihir pun mudarris, demikian juga yang mengajar ilmu salah atau ajaran sesat. Semua mereka ini termasuk dalam kategori mudarris. Bagaimanapun dalam konteks perbincangan kita ialah guru adalah mudarris yang menyampaikan ilmu yang benar yang sesuai dengan peranan guru seterusnya iaitu guru juga sebagai mu`allim.Guru sebagai Mu`allimMu`allim adalah kata nama yang muncul dari kata terbitan/masdar ta`lim(pengajaran yang benar). Muallim ialah guru yang mengajar ilmu yang benar. Surah Al-Baqarah ayat 31 menerangkan penggunaan kalimah mu`allim yang membawa makna mengajar perkara yang benar.Menurut Tengku Ghani Tengku Jusoh (2002),al-Ta`lim bermaksud mengajar,iaitu menjadikan seseorang individu memiliki ilmu pengetahuan dan proses tersebut berlaku secara berperingkat-peringkat. Al-Ghazali mengatakan ta`lim adalah proses menguasai ilmu yang meningkatkan manusia daripada taraf haiwan kepada taraf manusia. Manusia sememangnya memiliki sifat-sifat yang turut dimiliki oleh haiwan antaranya hawa nafsu, bermusuhan dan sukakan kebendaan dan pada masa yang sama manusia mempunyai sifat mereka sendiri seperti berakal, beriman, bijaksana dan sebagainya ( Saedah Siraj, 2001 )Di dalam sistem pendidikan sedia ada, para guru perlu memperkemaskan lagi peranan mereka dalam memberi ilmu kepada murid. Ini kerana, ilmu ini akan dijadikan panduan oleh murid dan juga perisai kehidupan untuk mengawal unsur-unsur kehaiwan yang secara semulajadi ada dalam diri manusia (termasuk murid)dan juga meningkatkan ahklak mereka.Mengenai perkara ini,Saedah Siraj (2001)mengatakan bahawa seorang individu yang tahu menggunakan dengan baik dan betul unsur-unsur kemanusiaannya akan dapat mengawal unsur-unsur kehaiwanan yang ada dalam dirinya , maka ia akan menjadi manusia sebenar dengan memiliki akhlak yang mulia. Sebaliknya,tambah beliau , jika seorang itu tunduk kepada seluruh unsur haiwan yang ada di dalam dirinya , maka perbuatan , kelakukan ,pemikiran serta rohnya juga adalah sama tarafnya dengan haiwan. Oleh itu , dalam pembangunan bangsa yang berasaskan ilmu pengetahuan dewasa ini , guru , selain berperanan membentuk akhlak murid , mereka juga berperanan sebagai mualim, perlu memberi tumpuan terhadap penguasan ilmu pengatahuan (Wan Mohd. Nor Wan Daud , 1991). Dalam hal ini , guru perlu menguasai ilmu sebagimana berikut:i) llmu Bidang : ialah ilmu yang kita dianggap pakar dalam bidang berkenaan dan itulah ilmu yang kita ajarkan kepada oranglain. Dinisbahkan kepada guru Agama, maka ilmu agamalah bidang kita. Justeru guru agama mesti dalam pengetahuannya tentang agama serta permasalahannya dan mantap kefahamannya. Sekiranya guru tidak menguasai bidangnya sendiri,ia tidak dapat menyampaikan pengajarannya dengan baik dan berkesan serta tidak dapat menjawab persoalan yang dikemukakan oleh murid kepadanya.ii) Ilmu Fardhu Ain : bukan bermaksud hukun-hukum bersuci, solat, puasa, zakat dan haji. Ini adalah Asas Fardhu Ain. Fardu Ain di sini bermaksud ilmu tentang tanggungjawab setiap orang Islam, termasuk mengetahui halal haram dan sebagainya. Sebagai seorang peniaga harus mengetahui apa yang boleh diperniagakan dan apa yang dilarang oleh Islam. Guru pun demikian juga. Adakah mengajar sahaja atau ada kerja-kerja lain yang perlu dilakukan. Jika tidak seperti yang ditetapkan apa akibatnya. Ini semua memerlukan ilmu agama khasnya yang berkaitan dengan amanah dan tanggungjawab.iii) Ilmu Alat pula ialah bermaksud ilmu yang perlu bagi menjalankan tugas dengan lebih sempurna. Ini juga berdasarkan kepada bidang masing-masing . Guru memerlukan ilmu yang berkaitan dengan pengajaran iautu psikologi, pedagogi, sosiologi, prinsip-prinsip pengajaran, perkaedahan, penilaian, kepimpinan, bahasa dan lain-lain.

Selaku mu`allim, dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru sewajarnya mempunyai niat yang ikhlas, mengetahui dasar-dasar pendidikan dan strategi mengajar yang berkesan, memberi rangsangan motivasi kepada pelajar badan memahami kaedah pengurusan bilik darjah yang berkesan unuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran. Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran , ImamAl-Ghazali menekankansupaya para guru mengajar dengan niat untuk menyelamatkanpara muridnya daripada siksaan api neraka, mengajar bukan untuk mendapatkan upah atau pun apa-apa ganjaran di dunia, sebaliknya bertujuan mendekatkan diri kepada Allah, tidak memandang remeh ke atas ilmu yang disampaikan, sebaliknya meyakininya dengan penuh bermakna, memberi perhatian kepada murid yang lemah selain mengamalkan ilmu mereka yang disampaikan kepada guru. Wan Bakar Wan Dagang(1991)menambah, guru Pendidikan Islam perlu berusaha meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan, sentiasa memberi pendekatan pengajaran yang boleh menimbulkan minat murid s dan merta menanam minat dan penghayatan terhadap agama; cintakan agama, mewujudkan ciri-ciri tamadun Islam di dalam dan di luar sekolah, sentiasa memelihara dan meningkatkan kecekapan ikhtisas dalam bidang perguruan sama ada melalui pengkajian, menghadiri kursus, mesyuarat, persidangan, seminar dan lawatan.( Ahmad Mohd Salleh, 1997 )Guru sebagai MurabbiMurabbi berasal daripada kata terbitan, tarbiyyah (pendidikan). Hasan Langgulung (1995) merujuk perkataan tarbiyyah dalam Al-Quran Surah Isra` ayat 24 yang bermaksud : Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: Wahai Tuhanku, kasihilah mereka berdua sebabagaima mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil.Tengku Ghani Tengku Jusoh (2002) mengatakan tarbiyyah adalah mencurahkan kasih sayang, memelihara, mendidik,mengembangkan, menyuburkan dan membesarkan.Peranan guru Pendidikan Islam sebagai murabbi melibatkan proses mendidik, memelihara dan membentuk murid sehingga wujud rasa kasih sayang dan saling percaya mempercayai antara mereka. Antara ciri-ciri guru murabbi menurut Al- Ghazali adalah :i. Menyayangi murid dan memperlakukan mereka seperti anak sendiri.ii. Sentiasa menasihati murid dalam segala hal termasuk pembelajaran dan perlakuan mereka.iii. Menjaga disiplin murid menggunakan Pendekatan Mencegah dan Menegur Secara Baik terhadap perlakuan maksiat dan juga menggalakkan perlakuan makruf secara kasih sayang.Bagi Ahmad Mohd Salleh (1997) pula, antara ciri-ciri guru murabbi adalah :i. Mengutamakan keselamatan dan kebajikan murid.ii. Bersikap adil terhadap murid tanpa mengira latar belakang keluarga, keupayaan akademik dan ekonomi.iii. Merahsiakan maklumat sulit murid kecuali kepada yang berhak.iv. Bersedia membimbing murid serta menunjukkan cara berpakaian, pertuturan dan tingkah laku sebagai contoh yang baik kepada murid.Guru sebagai MuaddibSalah satu peranan utama guru adalah bertindak sebagai mua`ddib (Syed Muhammad Naquib al-Attas, 1986; Zawawi Hj. Ahmad, 1992). Berhubung perkara ini, Rasullullah saw mengatakan bahawa Allah swt sendiri yang telah mendidik baginda dengan sebaik-baik pendidikan. Syed Muhammad Naquib al- Attas (1986) lebih menekankan peranan guru sebagai muaddib berbanding murabbi dan mu`allim. Beliau menggunakan perkataan ta`dib untuk menjelaskan erti pendidikan. Menurut beliau, pendidikan Islam adalah lebih tepat dan berorentasikan kepada istilah ta`dib. Ini kerana peranan guru yang paling menonjol, menurut beliau, adalah sebagai muaddib. Terdahulu, al-Ghazali dalam menghuraikan konsep ta`dib oleh guru, mengatakan bahawa ta`dib adalah : Proses mendisiplinkan kedua-dua aspek spiritual dan fizikal manusia, yang turut melibatkan perkataan, perbuatan, kepercayaan dan niat seseorang dan proses ini melibatkan penguasaan ilmu pendidikan dan perubahan sahsiah bertujuan mencapai akhlak yang mulia-proses ini melibatkan menahan nafsu dan disiplin yang tinggi (riyadah).Abdullah Nasih `Ulwan (2002) mengatakan guru-guru dalam kategori ta`dib perlu sedar dan insaf bahawa mereka sebenarnya menjadi ikutan dan teladan murid. Oleh kerana itu, menurut Abdul Raof Dalip (1985,1993), guru-guru tersebut perlu :i. Menanam dalam dirinya dan juga muridnya rasa cinta dan taat kepada Allah.ii. Menanamkan kepercayaan yang benar di dalam jiwa muridiii. Mendedahkan dan memahamkan murid mengenai jenis-jenis ibadah yang wajib dilaksanakan.iv. Menaikkan semangat murid serta menimbulkan minat mereka untuk mempraktiskan ajaran agama sehingga menjadi kebiasaan mereka.Menurut Husain Mazhahiri (1993),Ibrahim Amini (1997) dan Abdullah Nasih `Ulwan (2002), sebagai mua`ddib, guru wajib memiliki sejumlah sifat-sifat terpuji dan sifat sifat terpuji yang paling utama adalah zuhud dalam proses mendidik bukan kerana inginkan balasan kebendaan (wang,pangkat) dan penghormatan masyarakat tetapi semata-mata bertujuan untuk mendapatkan keredaan Allah.Bagaimanapun, Husain Mazhariri (1993) dan Ibrahim Amini (2001) mengatakan dalam soal menerima balasan kebendaan (ganjaran-upah-gaji) dalam proses mendidik murid, tidak bermakna guru tidak boleh menerima ganjaran daripada usaha mereka. Apa yang perlu difahami di sini ialah kemuncak matlamat kerja yang dilakukan seharusnya tidak diukur berdasarkan kepada pencapaian kebendaan (berapa ganjaran yang diterima) kerana ini akan membahayakan peningkatan diri dari aspek spiritual, kemuliaan individu yang berilmu di sisi Allah akan tercemar apabila mereka mengajar sesuatu ilmu bertujuan hendak memperoleh balasan kebendaan (ganjaran-upah-gaji). Ini kerana menyampaikan sesuatu kebenaran atau ilmu Allah merupakan tugas dan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh individu-individu yang berilmu; dan bukan hanya dengan diberi ganjaran barulah mereka mahu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Individu-individu tertentu yang dekat dengan Allah seperti nabi dan rasul tidak pernah, walaupun sekali, mengharapkan sebarang balasan kebendaan apabila menyampaikan sesuatu kebenaran ataupun ilmu Allah. Dari aspek kualiti pengajaran pula,kualiti pengajaran guru-guru (yang mengajar sesuatu ilmu bertujuan hendak memperoleh balasan kebendaan (ganjaran-upah-gaji). Ini kerana menyampaikan sesuatu kebenaran atau pun ilmu allah merupakan tugas dan tanggungjawab yang wajib dilaksanakan oleh individu-individu yang berilmu ; dan bukan hanya dengan diberi barulah mereka mahu melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka . Individu-individu tertentu yang dekat dengan allah seperti nabi dan rasul tidak pernah , walaupun sekali, mengharapkan sebarang balasan kebendaan apabila menyampaikan sesuatu kebenaran ataupun ilmu allah .Dari aspek kualiti pengajaran pula, kualiti pengajaran guru-guru (yang mengajar sesuatu ilmu bertujuan hendak memperoleh balasan kebendaan-ganjaran-upahgaji) akan menurun apabila mereka tidak menerima ganjaran tinggi yang mereka harapkan.Selain dari itu , ini juga akan membahayakan pencapaian murid kerana ; kualiti pembelajaran menurun apabila kualiti pengajaran guru menurun ;dan kualiti spiritual murid di sisi Allah terjejas apabila kemuliaan guru-guru mereka tercemar di sisi Allah. Menurut Husain Mazhahiri (1993) dan Ibrahim Amini (2001) sifat-sifat terpuji muaddib yang lain adalah : Pembersihan atau penyucian diri para pendidik perlu membersihkan jiwa mereka dari segala bentuk kekotoran (dosa) seperti riak,hasad,ujub dan pemarah , selain para guru perlu memiliki kebersihan lahiriah (antaranya makan makanan yang suci dan bersih, menjaga kebersihan diri,memakai pakaian yang bersih) dan berperibadi mulia. Dalam soal ini Muhammad Uthman El-Muhammadi (1991 dlm.Ahmad Mohd Salleh,1997) mengatakan para guru perlu menjaga kehebatan dan kehormatan diri mereka pada pandangan masyarakat. Ini boleh dilaksanakan dengan menjaga peribadi, bersikap merendah diri dan tahu mengambil hati orang lain.Guru juga tidak boleh melibatkan diri dalam suasana yang boleh menjatuhkan maruahnya samada dalam cara berpakaian, perbuatan atau percakapan lain.Guru pendidikan islam perlu menjadikan diri mereka sebagai sumber teladan utama kepada para murid kerana selain berperanan sebagai mua`llim, murabbi dan mu`addib, para guru pendidikan Islam adalah individu-individu yang sangat berpengaruh dalam pembentukan akhlak anak murid ( Abdul Raof Dalip, 1993 ).Guru sebagai Mursyid Mursyid dari perkataan ( Arsyada ), Mursyid adalah adalah kata pelaku (isim Fa`el) ini sinonim perkataan (ahda) yang bermaksud memberi petunjuk. Dengan itu, perkataan mursyid bererti orang yang memberi petunjuk. Ini juga menunjukkan peranan seorang individu yang memberi petunjuk atau seorang individu yang menunjukkan hidayah ( petunjuk ) kepada murid adalah bertepatan dengan tujuan profesion keguruan Pendidikan Islam itu sendiri. Abdul Halim Muhammad (2003) mengaitkan antara ciri-ciri mursyid dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebung dan hadith Rasululllah saw yang menyarankan supaya mendidikan anak mengerjakan solat seawal usia tujuh tahun. Nasih Ulwan (1989) memetik ayat Al-Quran yang ada kaitan dengan sifat-sifat muryid guru Pendidikan Islam antaranya yang bermaksud : Dan ( Dia berkata ) : Hai kaum Ku Aku tiada meminta harta benda kepada kamu ( sebagai upah ) bagi seruan Ku.Upah Ku hanyalah dari Allah dan Aku sekali kali tidak akan mengusir orang-orang yang beriman. Sesungguhnya mereka akan bertemu dengan Tuhannya, akan tetapi Aku memandangmu suatu kaum yang tidak mengetahui. ( Surah Hud :29 )Beradasarkan dua ayat Al-Quran di atas, ikhlas adalah sifat yang paling utama bagi seorang mursyid. Ini bermakna, guru yang muryid ialah guru yang sedia menjadi seorang penasihat yang ikhlas.Berhubung dengan peranan guru sebagai mursyid, murabbi, mua`llim dan mu`addib, Husain Mazhahiri ( 1993,1994 ) dan Ibrahim Amani (2001) mengatakan bahawa pendidik yang telah membimbing murid berjaya menghidupkan roh mereka adalah satu kejayaan yang sangat besar kerana dapat membentuk golongan murid yang berakhlak mulia khususnya dan masyarakat amnya.Guru sebagai Da ie:Da`ei: bermakna orang yang mengajak orang lain berbuat kebajikan. Ini maknanya guru bukan sahaja menyampaikan pelajaran, tetapi juga juga menagajar dan mengajar muridnya melakukan kebajikan dan meninggalkan kejahatan. Dengan itu guru haruslah terdiri daripada orang yang melakukan kebajikan dan menjauhi diri daripada segala bentuk kemungkaran dan membolehkan menjatuhkan martabatnya. Dengan erti kata lain guru perlu berusaha membentuk diri sebagai contoh terbaik kepada anak muridnya. Hal ini akan lebih memudahkan proses pembentukan sahsiah murid.Guru perlu berusaha sedaya upaya mencontohi peribadi Rasullullah saw kerana baginda telah dinobatkan oleh Allah sebagai contoh terbaik (model terbaik) untuk seluruh umat manusia sebagaimana. Firman-Nya dalam surah Al-Ahzab ayat 21 : Maksudnya Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah saw contoh teladan yang baik bagi kamu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.Sehubungan itu, Nasis `Ulwan (2002) mengatakan : Keteladanan dalam pendidikan adalah metod berkesan yang paling meyakinkan keberhasilannya dalam mempersiapkan dan membentuk anak di dalam moral, spiritual dan sosial. Hal ini kerana pendidik adalah contoh terbaik dalam pandangan anak yang akan ditirunya dalam tingkah lakunya, disedari atau tidak, bahkan tercetak dalam jiwa dan perasaan suatu gambaran pendidik tersebut, baik dalam ucapan atau perbuatan baik material atau spiritual diketahui atau tidak diketahui.Oleh kerana itu, tidak kira sama ada guru berperanan sebagai mu`allim, murabbi,mu`addib mahu pun da`i, tidak boleh tidak, sepertimana yang disepakati juga oleh pakar-pakar pendidikan, mereka perlu menyediakan diri sebagai qudwah hasanah (model terbaik) kepada murid kerana sifat tersebut adalah salah satu daripada sunnah Rasul dengan Rasullullah saw sebagai modelnya yang terbaik.

ETIKA KEGURUAN ISLAMMaksud EtikaMenurut Kamus Dewan (1995) bermaksud satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku atau kesusilaan. Menurut Kamus Oxford (1994) pula ia bermaksud prinsip moral atau set prinsip moral. Dari perspektif Islam pula, etika merujuk kepada tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan Al-Sunnah hasil dari ketaqwaan kepada Allah.Etika boleh dianggap sebagai satu disiplin yang menilai betul atau salah. Etika bergerak selari dengan akauntabiliti/tanggungjawab sebagai pekerja dan kakitangan. Akauntabiliti setiap pegawai dan kakitangan kerajaan ialah untuk mengikuti dan patuh kepada arahan dan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.Kepentingan Etika KeguruanGuru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion keguruan. Kod etika dianggap penting kerana:i. Kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion keguruan, - sesuai untuk dirujuk dan diamalakan oleh guru.ii. Kod Etika Keguruan menyatakan dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan,-Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka.iii. Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain,- guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di nagara lain.iv. Kod etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan,- kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan.v. Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi emej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi,-membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat serta menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara.vi. Etika kerja merupakan nilai-nilai yang pebting dalam sesebuah organisasi,- pengalaman etika dapat mengekal dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi(INTAN,1991)ETIKA KEGURUAN ISLAM Bermaksud satu set tingkah laku atau tanggunggjawab guru terhadap pencipta (ALLAH), terhadap diri,teradap ilmu, terhadap profesion, terhadap masyarakat dan negara, terhadap murid, terhadap rakan sejawat dan terhadap ibu bapa pelajar serta masyarakat dan negara lain.Tergolong dalam kelompok guru pendidikan islam (Guru Agama Ustaz) yang mempunyai sahsiah yang baik juga ialah guru pendidikan islam yang mengamalkan etika keguruan islam yang standard . Kod etika berkenaan memperincikan secara khusus sifat dan ciri tertentu yang menjadi garis panduan guru-guru muslim khususnya guru pendidikan islam yang baik personaliti mereka.Ustaz Abdul Ghani Shamsudin bekas pensyarah Akedemi islam Universiti Malaya,telah merumuskan Etika Kerguruan Islam sebagaimana berikut :a) Tanggungjawab Terhadap AllahEtika guru muslim terhadap Allah ialah seperti berikut :i. Seorang guru Muslim hendaklah sentiasa memantapkan keyakinan dan keimanan kepada Allah di samping mengukuhkan ke hubungannya yang berterusan denganNya.ii. Sifat istiqamah, iltizam semangat berbakti dan beramal soleh hendaklah menjadi amalan harian.iii. Guru Muslim mesti menghayati rasa khusyuk, takut dan harap kepada Allah.iv. Guru Muslim hendaklah prihatin untuk sentiasa mengagungkan syiar agama Islam dan berusaha ke arah mendaulatkan syariat Islam.v. Guru Muslim mesti melaksanakan kewajipan agama, menghindari laranganNya dan menyempurnakan segala hak dan tanggungjawabyang berkaitan dengannya.vi. Guru Muslim hendaklah bersyukur kepada Allah di samping selalu berdoa kepadaNya dengan membaca ayat-ayat Allahdan merendahkan diri ke hadratNya.

b) Tanggungjawab Terhadap Diri

i. Guru Muslim hendaklah memastikan keselamatan diri sendiri, sama ada dari aspek fizikal, emosional, mental mahupun moral.ii. Prihatin terhadap kebersihan diri, pakaian, perawakan dan tempat tinggal.iii. Memahami kekuatan dan kelemahan diri untuk boleh dimanfaatkan serta ditingkatkan dari segenap aspek.iv. Meningkatkan kesejahteraan diri agar dapat berkhidmat selama dan sebanyak mungkin kepada Allah, masyarakat dan negara.v. Melibatkan diri dengan program dan agenda yang boleh meningkatkan kualiti profesion sebagai seorang guru.

c) Tanggungjawab Terhadap Ilmu

i. Memastikan penguasaan ilmu takhassus secara mantap dan mendalam.ii. Beriltizam dengan amanah ilmiah.iii. Prihatin untuk mengamalkan dan mengembangkan ilmu yang dipelajari.iv. Sentiasa mengikuti perkembangan teknologi terbaru dalam pengajaran ilmu yang berkaitan.v. Dari semasa ke semasa guru Muslim hendaklah menelurusi sudut atau dimensi spirituality islam dalam pelbagai lapangan ilmu pengetahuan.vi. Sentiasa memanfaatkan ilmu untuk tujuan kemanusiaan, kesejahteraan dan keamanan umat manusia sejagat.d) Tanggungjawab Terhadap Profesioni) Seorang guru tidaklah harus bertinkah laku begitu rupa sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang mana menyebabkan kurang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan.ii) Dia tidaklah harus bertingkah laku yang boleh kepada jatuhnya maruah diri dan kehilangan amanah berhubung dengan kewangan.iii) Dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalakannnya dengan jujur.iv) Tanggungjawab utama seorang guru ialah terha dap pelajarnya. Kepentingan para pelajarnya haruslah mengatasi semua kepentingan lain seperti kepentingan masyarakat, persatuan atau persendirian.v) Dia haruslah menumpukan perhatian dan pengajaran untuk semua pelajar tidak kira bangsa, agama atau kepercayaan.vi) Dia haruslah bertugas sebagai pengganti ibu bapa dalam usaha membentuk tingkah laku para pelajar ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat.vii) Dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan terhadap setiap pelajarnya.viii) Dia harus mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semua pelajar tidak kira bangsa, warna, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik, tempat asal keluarga, intelek, akademik dan status-status lain. ix) Dia harus mengesan dan menerima perbezaan individu di kalangan pelajar dan memandu mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani, intelik daya cipta dan rohani.x) Dia harus mengormati hak setiap pelajar supaya maklumat-maklumat sulit mengenai diri para pelajar tidak diberitahu kepada orang atau agensi lain yang tidak berkenaan.xi) Dia tidaklah harus bertingkah laku terhadap para pelajarnya begitu rupa yang boleh membawa jatuhnya darjat perfesion perguruan.xii) Dia tidaklah harus mengajar sesuatu yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat awam atau negara.xiii) Dia haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap para pelajarnya supaya mereka dapat berkembang menjadi warga negara yang taat setia dan beragama.xiv) Dia tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang boleh mengurangkan keyakinan diri para pelajarnya dan ibu bapanya.xv) Dia haruslah bertingkah laku begitu rupa supaya menjadi contoh yang baik terhadap pelajar.xvi) Dia tidaklah harus menerima apa-apa bayaran daripada para pelajarnya untuk pelajaran atau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cuti sekolah melainkan bayaran yang disahkan.xvii) Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja-kerja tuisyen atau pengajaran persendirian.xviii) Dia tidaklah harus memaksa kepercayaan keagamaan, politik persendirian terhadap para pelajarnya.xix) Dia tidaklah harus meminta atau menerima hadiah daripada ibu bapa para pelajar atau ahli-ahli masyarakat dalam menjalankan tugas-tugas profesionnya.xx) Dia tidaklah harus menjatuhkan nama baik guru-guru lain.xxi) Untuk mendapatkan pekerjaan atau kenaikan pangkat dia haruslah menggunakan cara-cara yang sah sahaja ( iaitu berdasarkan kecekapan ).xxii) Dia tidaklah harus mengiklankan dirinya dengan cara membesar-besarkan namanya untuk mendapatkan sesuatu pangkat dalam profesion perguruan.e) Tanggungjawab Terhadap Pelajar/Muridi) Guru muslim hendaklah mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar dari hal-hal lain.ii) Bersikap adil terhadap setiap seorang tanpa mengira faktor-faktor jasmani, mental, emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan dan agama.iii) Menampilkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat memberikan contoh yang baik kepada pelajar.iv) Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam kelas sendiri atau dalam mata-mata pelajaran yang diajar dalam kelas tanpa sebarang bayaran.v) Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran mencapai mutu yang setinggi-tingginya. f) Tanggungjawab Terhadap Rakan Sejawati) Guru muslim hendaklah mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa, atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.ii) Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai guru.iii) Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab dengan rajin dan bersungguh-sungguh serta mengekalkan kemajuan ikhtisas dan sosial.iv) Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan.v) Sentiasa mengawasi diri supaya tidak mencemarkan nama baik profesion perguruan.

g) Tanggungjawab Terhadap Masyarakat dan Negarai. Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara atau pun yang boleh bertentangan dengan Rukun Negara.ii. Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu membimbing mereka untuk menjadi warga negara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang lebih tua dan menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.iii. Menghormati masyarakat tempat mereka berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.iv. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidkan dengan masyarakat.v. Memberi sumbangan cergas untuk meninggikan tahap kehidupan morality, kebudayaan dan kecendikiawanan masyarakat.vi. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang boleh diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan seharian dengan baik.

h) Tanggungjawab Terhadap Ibu Bapai) Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka.ii) Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di antara institusi pendidikan dengan rumahtangga.iii) Mengganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai rumahtangga atau anak mereka sebagai sulit dan tidak akan dibocorkan kepada sesiapa kecuali mereka yang berhak mengetahuinya.iv) Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.v) Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.vi) Mengelakkan diri daripada penggunaan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

ETIKA KERJADi samping itu Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan ETIKA KERJA yang diamalkan oleh setiap pendidik. Etika kerja ini merupakan panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap pendidik yang berlandaskan kepada nilai-nilai akhlak mulia profesion perguruan. Di bawah ini diperturunkan beberapa perbincangan mengenai etika tersebut.

1. Objektif Etika Kerjai. Menanamkan sikap yang positif dan menghapuskan sikap negatif dalam melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan tugas-tugas yang diamanahkan bagi mempertingkatkan kualiti kerja.ii. Meningkatkan disiplin diri bagi menghasilkan perkhidmatan yang cemerlang kepada pelanggan dan organisasi.iii. Memberi sumbangan positif yang berterusan kepada negara.

2. Prinsip Etika KerjaDalam melaksanakan dan menghayati etika kerja ini, maka perlu berdasarkan beberapa prinsip iaitu:i. Niat yang betul:Melaksanakan pekerjaan dengan niat yang betul adalah penting dan dituntut oleh agama Islam yang selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), misi, matlamat dan objektif Kementerian Pendidikan Malaysia. Pendidik perlu ikhlas dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab terhadap agama dan negara, memberi sumbangan yang maksimum dan bermutu disamping memperbaharui niat untuk melakukan kebaikan setiap masa.ii. Perlakuan yang baik:Pendidik perlu melakukan tugas dengan sempurna merupakan tanggungjawab ke arah mencapai hasil yang berkualiti di samping memperbaiki imej organisasi. Pendidik perlu menunjukkan penampilan diri, pertuturan dan perbuatan yang terbaik, menghasilkan kerja yang berkualiti secara berterusan di samping memberikan kepuasan kepada pelanggan, menghargai dan bertanggungjawab terhadap asil usaha organisasi.iii. Penggerak ke arah kebaikan:Bagi setiap pendidik yang bertugas dengan Kementerian Pendidikan Malaysia hendaklah menjadi penggerak ke arah kebaikan. Mereka perlu menampilkan diri sebagai seorang dinamik, maju, berdaya saing dan mendorong seseorang melakukan kebaikan. Begitu juga harus berusaha agar hasil kerja dan amalan dapat menonjolkan ciri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti yang boleh menjadi sumber inspirasi kepada rakan sejawat dan berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi pekerja yang terbaik. iv. Memperkata apa yang dikatakan:Para pendidik hendaklah sentiasa berusaha melaksanakan apa yang dikatakan, dengan menunjukkan ketekalan dalam tanggapan, pengucapan dan tindakan sama ada terhadap diri sendiri atau orang lain. Setiap perbuatan yang dilakukan mesti sesuai dengan apa yang diucapkan dengan menepati apa yang dinyatakan dalam piagam pelanggan.v. Berdisiplin dan Beradab:Aktiviti yang berperaturan, mulia, berdisiplin dan beradab adalah penting ke arah melahirkan warga Kementerian yang cemerlang. Pendidik perlu menjaga adab sopan seperti ajaran Islam, mematuhi peraturan dan arahan perkhidmatan yang berpandukan prosedur dan kaedah yang sesuai dan betul.

3. Nilai Utama dalam Etika KerjaWalaupun terdapat banyak nilai murni yang terdapat dalam Islam, tetapi tujuh nilai utama sahaja yang menjadi fokus Etika kerja Kementerian Pendidikan Malaysia, nilai-nilai itu adalah seperti berikut,

i. Amanah:Sifat amanah merupakan sifat yang penting dalam Islam, sifat bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas tanpa menyalahguna kuasa dan kedudukan. Pegawai kerajaan hendaklah sentiasa menjalakan tugas yang diberikan dengan penuh tanggungjawab tanpa penyelewangan dan kecuaian. Disamping itu perlu bersikap jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahkan kuasa dan kedudukan.

Menggunakan masa dengan sebaik-baiknya dan menyiapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa kerja untuk urusan peribadi. Semasa bertugas sentiasa berdisiplin dan mengawal diri serta tidak melakukan sesuatu yang boleh menghilangkan kepercayaan orang lain terhadap diri sendiri. Pegawai juga bertanggungjawab melaporkan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa kepada ketua jabatan.

ii. Benar:Pegawai kerajaan perlu mempunyai niat yang baik dan jujur dalam melakukan sesuatu pekerjaan, tanpa niat yang tersembunyi atau mengharapkan balasan. Bercakap benar dan menepati janji dengan tidak bercakap bohong dan mungkir janji. Semasa menjalankan tugas pegawai perlu memberi atau menerima arahan yang jelas dan tepat serta tidak mengelirukan. Rela berkongsi pengalaman, ilmu dan kepakaran untuk kejayaan bersama.

iii. Bijaksana:Dalam menjalankan tugas, seseorang pegawai menggunakan pemikiran dengan bijaksana dalam memberi keputusan dan tindakan yang sesuai dengan masa dan keadaan. Keseluruhan potensi, keupayaan dan kepakaran untuk menjayakan sesuatu tugas dengan cemerlang dan tidak mengambil jalan mudah. Kerja yang dijalankan itu, hendaklah kerja yang bermutu tinggi dan berkualiti.

Disamping itu, pegawai perlu mempunyai fikiran yang rasional dan pertimbangan yang saksama dalam menyelesaikan sesuatu masalah tanpa mengikut perasaan dan emosi, sifat bijaksana ini dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan, kepakaran dan profesionalisme perguruan.iv. Bersyukur:Perasaan dan perlakuan yang menghargai anugerah dan nikmat yang diterima dalam masa menjalankan tugas. Menghargai anugerah dan nikmat yang diterima tanpa mengaggap kejayaan sebagai hak, begitu juga bersedia memberi pengiktirafan kepada mereka yang berjaya tanpa sebarang prasangka, dendam dan menabur fitnah.

Pegawai perlu dalam keadaan tenang dalam menghadapi sebrang masalah dan reda menerima ketetapan, kegagalan dan ujian serta tidak putus asa. Perkara yang penting adalah berpuas hati dengan nikmat yang diperolehi seperti ganjaran yang diterima dan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan.

v. Dedikasi:Bekerja dengan penuh minat dan rela mengorbankan masa dan tenaga secara berterusan dalam menghasilkan kerja yang berkualiti. Bekerja tanpa rasa jemu dan bosan serta bersedia untuk menerima tugas dengan tidak mencari sebarang helah.

Sanggup bekerja dengan berkorban masa dan tenaga demi kepentingan perkhidmatan, begitu juga bekerja dengan penuh yakin dan tekun serta bersikap positif dalam melaksanakan tugas, pegawai bekerja dengan menghasilkan kerja yang berkualiti. Dalam melaksanakan tugas, pegawai perlu bertanggungjawab dengan penuh sabar, teliti dan ceria, tidak cuai dan merungut sebarang kerja yang diberikan kepadanya. Seorang pegawai perlu bersikap cergas dan pantas bekerja dan hasilnya menepati kehendak organisasi sendiri.

vi. Ikhlas:Berhati suci dalam menunaikan tanggungjawab untuk menghasilkan kerja yang terbaik tanpa mengharapkan ganjaran, menerima tugas dan tanggungjawab dengan rela dan hati yang suci, tidak berpura-pura atau mengelak daripada menerima sebarang tanggungjawab.

Pegaeai menjalankan tugas semata-mata untuk mencapai matlamat organisasi, bukan kerana pangkat, kedudukan atau mendapat perhatian orang lain. Dalam menjalankan tugas, seorang pegawai perlu memberi layanan yang baik tanpa mengira pangkat, status atau kedudukan dan bersikap tidak pilih kasih, begitu juga bersedia menerima teguran dan kritikan dengan hati dan fikiran yang terbuka. Setiap pegawai bekerja dalam semangat saling hormat menghormati antara satu sama lain tanpa sebarang kepentingan.

vii. Penyayang:Pegawai mempunyai perasaan dan perlakuan yang menunjukkan sikap memahami, menghargai dan mengambil berat dalam menjalankan tugas. Bersikap pemaaf dan penyayang, tidak berdendam, sombong dan suka meninggi diri. Pegawai perlu menganggap setiap orang mempunyai harga yang perlu dihormati, tanpa sebarang prasangka buruk dengan bersifat bertimbang rasa dan suka mengambil berat dalam melaksanakan tugasnya.

Bekerja dengan menjadikan organisasi sebagai sebuah keluarga besar yang penuh kemesraan, dan bersifat simpati.empati dalam menjalankan tugas seharian.

PERKEMBANGAN DUNIA PENDIDIKANBidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman pelbagai teknologi maklumat dan komunikasi seperti internet serta mendepani arus globalisasi,dunia telah membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya ICT merubah dunia pembelajaran, umpamanya muncul pembelajaran melalui 'online'. Para guru pada hari ini perlu bersikap produktif, proaktif dan responsif terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu 5bangsa yang maju. Ilmu dan kemahiran dalam teknologi maklumat dan komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemangkin ke arah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.Sebagai pemangkin, guru perlu menggunakan kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia semata-mata, tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut. Penguasaan ilmu yang seimbang antara duniawi dan ukhrawi, insya-Allah akan dapat melahirkan generasi yang berilmu,bertakwa, berkualiti, mampu bersaing dan bersesuaian dengan kehendak pasaran dunia pada alaf baru ini.Sesungguhnya Allah s.w.t. telah mengangkat darjat orang yang beriman dan berilmu dalam kalangan kita semua. Oleh yang demikian, profesion perguruanadalah merupakan satu profesion yang tinggi nilainya di sisi Allah s.w.t. Ini telah ditegaskan oleh Allah s.w.t. di dalam firman-Nya dalam surah az-Zumar,ayat 9 yang bermaksud:Katakanlah: Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orangorang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. PENDIDIKAN DI MALAYSIA.Pendidikan adalah penting di dalam pembangunan sesebuah negara kerana ia mempunyai pelbagai nilai bagi menjamin kemajuan sosial sesebuah negara.a.Pendidikan sebelum merdekaSemasa penjajahan British, sistem persekolahan yang diamalkan adalah dasar pecah dan perintah. Kerajaan British mengamalkan dasar laissez-faire dengan membiarkan tiap-tiap sistem persekolahan itu berkembang mengikut haluan masing-masing. Kesannya, telah wujud empat sistem persekolahan yang berbeza di negara kita pada masa itu. Hal ini menyebabkan jurang ekonomi dan sosial yang semakin ketara dalam kalangan rakyat yang berbilang kaum. Kaum Melayu dengan sekolah pondok yang bersifat tradisional memperlihatkan mutu pendidikan yang amat terbatas dan sekolah-sekolah Melayu ini didirikan atas daya usaha orang perseorangan. Manakala kaum Cina dengan sekolah Cina yang diusahakan oleh sukarelawan Cina, sedangkan sekolah Tamil pula diuruskan oleh kaum India, menakala Sekolah Inggeris pula diambil alih oleh mubaligh-mubaligh Kristian.b. Perwujudan sistem pendidikan kebangsaan.Sistem persekolahan yang berbeza mempunyai haluan masing-masing dan tidak dapat melahirkan satu identiti bangsa. Atas rasa kesedaran kebangsaan menerusi pendidikan sebagai alat untuk mencapai perpaduan bangsa, maka satu jawatankuasa ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan yang sedia ada. Cadangan itu dikenali sebagai Penyata Razak 1956. Laporan Penyata Razak 1956 mengemukakan dua cadangan utama yang menjadi teras pembangunan pendidikan negara. Pertama, laporan ini mencadangkan setiap kanak-kanak diberi peluang mendapat pelajaran apabila mencapai umur persekolahan. Kedua, mengesyorkan perwujudan satu sistem pendidikan bagi semua kanak-kanak agar dapat melahirkan rakyat yang bersatu padu dan berdisiplin.Bagi mencapai matlamat ini, Penyata Razak mengutamakan sistem pelajaran kebangsaan yang pertama di Tanah Melayu. Penyata Razak ini kemudian dijadikan Ordinan Pelajaran 1957 yang mengasaskan satu sistem bercirikan nasional dan menjamin tempat di sekolah-sekolah rendah bagi setiap kanak-kanak di negara ini.Penyata Razak ini telah diperakui dan diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran tahun 1957. Ordinan ini juga mewajibkan semua jenis sekolah menggunakan sukatan pelajaran yang sama. Laporan ini turut mengakui tujuan kerajaan untuk menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar secara langsung berkait rapat dengan usaha pembinaan negara. Bahasa Melayu digunakan dalam konteks untuk membantu perpaduan kebangsaan dan menjadi wahana yang berkesan untuk komunikasi pelbagai kumpulan etnik dan masyarakat pelbagai dialek.Selain itu, Bahasa Melayu juga dapat membantu pembentukan jati diri bangsa Malaysia yang menggunakan bahasa komunikasi yang mudah difahami.c.Dasar Mewujudkan Perpaduan dan Pembangunan Negara.Sejarah pendidikan di negara ini, terutamanya selepas merdeka telah dirangka bagi pembinaan semula bangsa Malaysia yang bersatu padu dan mempunyai wawasan hidup bersama berprinsipkan kepada keadilan sosial. Penekanan kepada konsep Malayanization ialah membina satu bangsa Malaysia yang mempunyai taat setia dan cintakan negara serta dapat menyumbang ke arah masa depan pembangunan bangsa.d.Dasar Pendidikan Kebangsaan.Selepas peristiwa 13 Mei 1969, berlakunya rusuhan kaum yang mengancam keselamatan negara. Kerajaan menyedari bahawa pendidikan menjadi alat perpaduan untuk membina rakyat yang bersatu padu dan merapatkan jurang kemiskinan. Pembangunan pendidikan mestilah selaras dengan ideologi dan hasrat negara untuk mencapai perpaduan kaum supaya menjadi satu kesatuan nilai untuk menyatupadukan rakyat dan mewujudkan integrasi nasional.Dasar Pendidikan Kebangsaan telah menggariskan 14 sasaran Kerja Utama bagi mencapai matlamat wawasan pendidikan. Sasara kerja yang berkait rapat dengan dengan aspek perpaduan dan pendidikan ialah Perpaduan Negara dan Kurikulum. Dasar Pendidikan Kebangsaan memberi penekanan terhadap:a. Penguasaan dalam kemahiran membaca, menulis dan mengira (3 M);b. Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah pada tahun 1982;c. Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) yang diperkenalkanpada tahun 1989.Kurikulum baru ini juga menekankan perkembangan diri pelajar dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Bertitik tolak dari sinilah hasrat untuk melahirkan pelajar seperti yang disarankan telah diterjemahkan dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN):Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arahmemperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.Rakyat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai murni seperti percaya kepada Tuhan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, setia kepada negara dapat direalisasikan ke arah:a. Perpaduan kaum dan polarisasi kaum;b. Meneguhkan pembentukan sikap kenegaraan;c. Penerapan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia;d. Penerapan nilai-nilai Islam; dane. Pembentukan insan yang harmonis dan seimbang.Kesemua penyataan ini menjadi asas kepada pembentukan Rukun Negara yang mengamalkan prinsip-prinsip mulia untuk menjadi warganegara yang bersatu padu, demokratik, adil, toleransi, progresif dan hidup dalam suasana aman dan makmur. Penerapan prinsip-prinsip Rukun Negara dalam rancangan kurikulum adalah atas kesedaran bahawa:a. Sekolah merupakan agen yang menjalankan tugas penyebaran ilmu pengetahuan dan pembentukan akhlak yang murni bagi kanak-kanak .b. Melalui sistem pendidikan, kanak-kanak akan dilatih atau diasuh mengikut nilai-nilai dan norma-norma masyarakat yang dicita-citakan.

Peranan Kementerian Pelajaran Malaysia.Peranan kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam memartabatkan profesion ini merupakan kekuatan utama kerana kerajaan yang bertanggungjawab dalam penggubalan dasar-dasar pendidikan negara. Jika dilihat dalam misi nasional yang telah dilancarkan semasa pembentangan Rancangan Malaysia Ke-9, Perdana Menteri Y.A.B. Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggariskan lima teras utama iaitu:Teras 1 : Meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi.Teras 2 : Meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama.Teras 3 : Menangani masalah ketidak-samaan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif.Teras 4 : Meningkatkan tahap dan kemampuan kualiti hidupTeras 5 : Mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.Di antara kelima-lima teras ini, teras yang kedua merupakan teras yang berkait rapat dengan tindakan kerajaan untuk meningkatkan martabat profesion perguruan. Dalam tempoh rancangan tersebut, usaha dipergiatkan bagi membangunkan modal insan demi memacu transformasi negara ke arah keupayaan ilmu pengetahuan. Antara kandungan program besar akan dilaksanakan untuk meningkatkan martabat profesion perguruan berdasarkan Laporan Rancangan Malaysia Ke-9, ialah:a. Menambah baik sistem pendidikan.Meningkatkan akses dan kualiti sistem pendidikan di semua peringkat kurikulum dan pengajaran, pelaksanaan Kurikulum Pra-sekolah Kebangsaan yang seragam dan berkualiti, mengkaji aktiviti kurikulum dan kokurikulum peringkat sekolah, kajian terhadap kurikulum latihan perguruan, menambah baik kandungan mata pelajaran, meningkatkan kemahiran pedagogi dan penggunaan ICT yang lebih meluas.b. Kerjasama antara industri dengan institusi pengajian tinggi Bertujuan untuk responsif kepada keperluan pasaran buruh, meningkatkan keupayaan siswazah tempatan untuk kerjaya, program latihan praktikal danpenempatan industri. Sistem Latihan Dual Kebangsaan akan diperbaiki lagi melalui rundingan dengan pihak terbabit, menubuhkan Majlis Penasihat Kebangsaan bagi pendidikan dan latihan bagi memberi panduan mengenai dasar dan strategi berkaitan pendidikan dan industri.c. Infrastruktur dan kemudahan.Akses kepada pendidikan pra-sekolah akan diperluaskan dengan penyediaan lebih banyak kelas pra-persekolahan, terutama kawasan luar bandar serta Sabah dan Sarawak.d. Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai sekolah pilihan.Kualiti pengajaran di sekolah kebangsaan akan dipertingkatkan dengan 100 % guru di sekolah menengah dan 25 % guru di sekolah rendah akan mempunyai kelayakan ijazah pertama menjelang 2010. Peluang pendidikan untuk kanak-kanak istimewa, pembestarian sekolah dan penggunaan teknologi dan ICT.e. Melahirkan Institusi Tertiari bertaraf antarabangsa.IPT akan ditanda aras mengikut piawai antarabangsa dan satu sistem penarafan akan diperkenalkan.Lima teras Misi Nasional tersebut diperjelaskan lagi secara terperinci dalam Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan (PTPP) 2006-2010 yang telah dilancarkan oleh Y.A.B. Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Januari 2007, yang asas pembangunannya merangkumi Misi Nasional, Dasar-dasar Pembangunan Negara, Dasar Pendidikan Kebangsaan, Islam Hadhari serta Pelan Intergriti Nasional. Matlamat pendidikan berkualiti untuk semua teras strategik PTPP adalah untuk:a. Membina Negara Bangsa.b. Membangun Modal Insan.c. Memperkasakan Sekolah Kebangsaan.d. Merapatkan Jurang Pendidikan.e. Memartabatkan Profesion Perguruan.f. Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan.Bertitik tolak dari Misi Nasional dan Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan maka untuk mengangkat martabat profesion perguruan berbagai langkah dapat dilaksanakan oleh kementerian seperti:a. Membuka peluang peningkatan kerjaya.Kerajaan mewujudkan gred baru guru berasaskan merit dan prestasi tahunan serta menggariskan langkah-langkah bagi menambah perjawatan dan peluasan naik pangkat guru-guru. Menerusi beberapa strategi pelaksanaan, penambahbaikan perjawatan guru dengan menambah kuota bagi gred kenaikan pangkat guru besar dan pengetua cemerlang akan dilaksanakan.b. Pengambilan calon guru.Syarat pengambilan calon guru telah diperketatkan sejak 2005 lagi dalam usaha melahirkankan tenaga pengajar yang mahir dan berwibawa. Tiga pelan tindakan telah dirangka mencakupi Program Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Calon bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) perlu memiliki ijazah yang menepati bidang yang dipohon,menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru Malaysia (MteST), aktif dalam kokurikulum, melepasi tapisan keselamatan, bebas dari penyalahgunaan bahan dadah dan lulus temuduga.Begitu juga dengan program kursus perguruan lepasan SPM pula calon perlu melepasi syarat-syarat akademik yang ditetapkan, menduduki Ujian Sahsiah Guru, ujian bertulis Bahasa Inggeris dan lulus temu duga. Kementerian juga telah mengambilkira kelayakan dalam memenuhi Petunjuk Prestasi Utama untuk diberi insentif kepada para guru. Melalui proses seperti ini dapat meyakinkan bahawa guru yang diambil mampu menyumbang dan merealisasikan wawasan negara. Pemilihan guru bukan sekadar akademik semata-mata malah mereka yang aktif dalam kegiatan kokurikulum bagi membentuk modal insan yang cemerlang.c. Menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru.Dalam usaha melahir dan melestarikan guru yang berkualiti, kementerian telah menaikkan taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG). Pengiktirafan ini telah diluluskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri pada 13 Julai 2005. Dengan menaik taraf Maktab Perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG), kementerian dapat memantapkan pemilihan bakal guru dan memberi latihan serta menambah baik karier perguruan dan persekitaran kerjanya. Proses seperti ini dapat meyakinkan bahawa guru yang diambil merupakan guru yang mampu menyempurnakan misi pendidikan negara. Pada ketika ini terdapat 27 Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara dan melibatkan seramai 3,129 pensyarah dengan Malaysian Quality Framework diguna sebagai garis panduan dalam usaha mempertingkatkan kelayakan guru ke tahap siswazah dan memastikan tenaga kerja yang berkualiti dapat dihasilkan. Kementerian juga telah menjenama dan merangkaikan Institut Pendidikan Guru dengan universiti serta kolej terkenal di luar negara dan dalam negara. Mewujudkan Program Khas Pensiswazahan guru, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Program berkembar Praperkhidmatan (Sarjana Muda Pendidikan Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua) dan Program Bahasa-Bahasa Antarabangsa. Langkah kementerian menaik taraf IPG juga mampu melahirkan guru siswazah yang memahami keperluan dan cabaran sekolah ke arah mencapai 9 sasaran kementerian untuk mengisi 100% guru siswazah di sekolah menengah dan 50% di sekolah rendah menjelang tahun 2010.Semasa membentangkan bajet 2006, Perdana Menteri telah menyatakan bahawa, kerajaan akan meningkatkan tahap latihan dan kurikulum termasuk menarik kerjasama dan kepakaran asing dalam bidang perguruan sebagai usaha memartabatkan profesion perguruan.d. Guru Pendidikan Islam.Kementerian juga akan melahirkan guru Pendidikan Islam yang berkualiti dan berkesan dengan menubuhkan Institut Pembangunan Pendidikan Islam (IPPI). Pendidikan Islam merupakan suatu usaha untuk memberi ilmu dan pendidikan berteraskan wahyu kepada penganutnya supaya dapat memahami dan dapat menghayatinya dalam kehidupan demi untuk kebahagiaan diri, keluarga, masyarakat dan negara. Pendidikan Islam juga perlu didedahkan kepada orang yang bukan Islam supaya mereka memahami agama tersebut dan seterusnya dapat mengikis prasangka buruk terhadap Islam dan penganutnya serta tidak mengeluarkan tuduhan yang tidak benar tentang Islam. Pelaksanaan Program j-QAF (Jawi, Khatam al-Quran, Bahasa Arab dan pengukuhan Fardhu Ain) sekolah rendah juga merupakan langkah untuk 14meningkatkan martabat profesion perguruan dan memperkasakan Pendidikan Islam. Kementerian telah merangka strategi pelaksanaan program tersebut yang melibatkan bahan, modul, prasarana, tenaga guru, penilaian dan pemantauan. Tujuannya untuk membentuk dan melahirkan masyarakat Malaysia yang mempunyai nilai-nilai rohani,bermoral tinggi dan mempunyai perasaan bertanggungjawab yang berteraskan Falsafah Pendidikan Negara.e. Kemudahan kediaman guru dan persekitaran kerja yang kondusif.Kemudahan kediaman disediakan supaya guru lebih selesa menjalankan tugas tanpa menghadapi masalah tempat tinggal, terutama untuk guru di luar bandar, pedalaman dan bandar-bandar besar melalui pembinaan kuarters baru serta membaik pulih kuarters yang sedia ada. Bagi keselesaan para guru, peruntukan sebanyak RM690 juta disediakan untuk membina rumah guru dan dan hampir separuh dari peruntukan tersebut untuk projek rumah guru di luar bandar.Selain itu kemudahan bilik guru dan bilik darjah yang kondusif juga akan disediakan melalui projek naik taraf, membina bangunan tambahan dan pembinaan bangunan-bangunan baru. Setakat ini telah dikenalpasti sekolah usang sejumlah 5,951 buah sekolah rendah dan 870 buah sekolah menengah yang berusia lebih 30 tahun dan membangunkan infrastruktur yang membabitkan 767 buah sekolah rendah dan 28 buah sekolah menengah yang belum mempunyai bekalan elektrik selama 24 jam.

Langkah-langkah lain kementerian dalam mengangkat martabat profesion perguruan ialah:a. Memperkasakan sekolah kebangsaan.Pendidikan awal kanak-kanak merupakan masa yang amat penting dalam melahirkan generasi yang berwawasan. Dalam memperkasakan sekolah kebangsaan, kementerian perlu menambahkan bilangan kelas pra-sekolah terutama di kawasan luar bandar dan menggunakan Kokurikulum Pra-sekolah Kebangsaan. Selain itu, kementerian menyediakan infrastruktur dan kemudahan asas yang mencukupi serta berkualiti termasuk melengkapkan prasarana, mengubahsuai dan menaik taraf sekolah-sekolah yang usang dan menambah bilangan bilik darjah.b. Sistem pengawasan dan pemantauan.Kementerian Pelajaran disaran memperkukuhkan dan memperkemaskan sistem pengawasan dan pemantauan ke atas guruguru untuk memastikan mereka sentiasa bertugas dengan betul, berdedikasi dan telus. Pemantauan yang sistematik merupakan ciri penting bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran berjalan seperti yang dirancangkan. Untuk mengetahui keberkesanan pengajaran guru berkesan atau sebaliknya serta mengesan masalah dan membuat pemulihan. Proses pemantauan harus dilakukan oleh pentadbir sekolah dan jemaah nazir. Laporan pemantauan boleh digunakan untuk pengesahan dan kenaikan pangkat guru.c. Penguatkuasaan Akta Pendidikan.Semasa menjadi Menteri Pendidikan, Dato Sri Najib Tun Razak pernah mengatakan - Dengan terlaksananya kesemua akta berkenaan membolehkan kita menjalankan transformasi yang menyeluruh kepada sistem pendidikan negara selaras dengan wawasan negara dan tuntutan globalisasi dan zaman maklumat. Dua akta baru telah dikuatkuasakan iaitu Akta Pendidikan 1996 dan Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996. Beliau menjelaskan, Akta Pendidikan 1996 bagi membolehkan matlamat pendidikan diperluaskan dan disesuaikan dengan keperluan wawasan dan tuntutan-tuntutan tersebut.Sementara pelaksanaan Akta Institusi Pendidikan Swasta 1996 pula selaras dengan hasrat hendak menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan akademik. Dengan iltizam serta usaha kementerian ini seterusnya akan diimplikasikan ke peringkat Jabatan Pelajaran Negeri (JPN), Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) seterusnya ke peringkat sekolah mengikut rangkaian bagi memastikan kejayaan wawasan negara 2020 menjadi suatu kenyataan. CIRI-CIRI GURU CEMERLANG.Para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara. Guru merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kedudukan perguruan sebagai suatu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut menghadapi cabaran-cabaran masa kini dan akan datang. Di tangan guru sendiri martabat profesion perguruan dapat ditingkatkan dengan memainkan peranan dan melaksanakan tanggungjawab terhadap pelajar, ibu bapa, masyarakat, negara, rakan sejawat dan tanggungjawab terhadap profesion perguruan.1. Mempertingkatkan Profesionalisme.Guru harus sedar tentang tugas dan amanah yang dipikul untuk mendidik generasi yang akan mencapai wawasan negara. Kemahiran dan pengetahuan dalam aspek pendidikan perlu dikemaskini. Berusaha mengaplikasi kaedah- kaedah pengajaran dan pendidikan terkini. Guru perlu menyambut baik dengan mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak-pihak berwajib agar dapat mempertingkatkan keupayaan, ketahanan dan prestasi bagi mendepani cabaran yang semakin kompleks ini. Dengan ini suatu anjakan paradigma dapat dilakukan oleh para pendidik.2. Kemahiran Dalam Penggunaan ICT.Bidang perguruan sentiasa berkembang dan berubah sejajar dengan perubahan zaman. Perkembangan global dengan teknologi telekomunikasi dan internet menuntut banyak cabaran kepada pendidik untuk mencapai Misi Nasional. Para guru mesti bersikap proaktif dan terangsang dengan perkembangan teknologi yang semakin canggih ini.Ilmu ICT mesti terlebih dahulu dapat dikuasai oleh para pendidik sebagai golongan yang akan menyebar-luaskan kepada para pelajar. Guru juga perlu melengkapkan diri dengan kemahiran terkini bagi menyempurnakan penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer sebagai satu bentuk kurikulum wawasan negara Malaysia untuk menjadikan negara maju menjelang 2020. Guru juga harus memperlengkapkan diri secara global kerana dalam era teknologi maklumat masa kini masyarakat terpaksa berdepan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian sebagai cara hidup moden. Pembestarian sekolah seperti projek Sekolah Bestari dan SchoolNet, hendaklah dihargai oleh guru dengan menggunakan segala kemudahan semaksima mungkin.3. Berpengetahuan, Berdaya Fikir dan Berakhlak.Guru yang berpengetahuan perlu serba tahu dengan menambah pembacaan untuk peningkatan ilmu serta dapat membawa isu-isu semasa untuk dibincang dan mencari penyelesaian. Isu-isu semasa berkaitan dengan kekeluargaan dan komuniti, ekonomi dan sebagainya. Guru yang berpengetahuan dapat melahirkan generasi anak didik yang cemerlang di kemudian hari. Dalam perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion perguruan perlu menyediakan diri dengan amalan nilai murni dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan ditegaskan nilai-nilai murni yang perlu diserapkan kepada pelajar dalam pengajaran. Penerapan nilai murni ini penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada bangsa dan negara.4. Berupaya Membuat Keputusan, Menyelesai Masalah serta Berfikiran Kritis dan Kreatif.Para pendidik juga mesti sedar bahawa profesion mereka bukan sahaja mengajar tetapi terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang,pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.5. Menyedari Tanggungjawab.Menyedari betapa besarnya tanggungjawab membimbing pelajar untuk mencapai kemajuan dan wawasan, para guru perlu melaksanakan tanggungjawab terhadap:a. Tanggungjawab terhadap pelajar seperti mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar, bersikap adil, memupuk nilai murni.b. Tanggungjawab terhadap ibu bapa seperti mewujudkan hubungan mesra, menghormati mereka, tidak dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi mereka dan memberi maklumat kepada mereka untuk kepentingan anak-anak mereka.c. Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara seperti mengelak dari menyebar perkara negatif, menghormati masyarakat setempat serta menggalakkan kerjasama dan persefahaman.d. Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion seperti mengelak dari membuat kenyataan negatif, tidak melibat diri dalam kegiatan yang menjejaskan kepercayaan masyarakat serta membantu rakan sejawat.6. Menjadi Guru Berkualiti.Bagi mempertingkatkan profesion perguruan, seseorang guru mempunyai ciri-ciri guru yang berkualiti seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara jika mahu dipandang tinggi oleh masyarakat. Kualiti guru dapat diperkemaskan dari masa ke semasa dengan latihan, seminar dan lain-lain kursus dalam perkhidmatan.Penubuhan Institut Aminudin Baki (IAB) adalah untuk meneruskan pelbagai latihan dalam perkhidmatan untuk melahirkan para guru yang lebih efisien.Guru yang Berkesan.Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ia merangkumi sebagaimana yang berikut:1. Bersikap profesional.2. Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.3. Kaya ilmu pengetahuan.4. Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.5. Berakhlak terpuji dan mempunyai moral yang teguh.6. Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.7. Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.8. Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.9. Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.10. Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa.11. Mempastikan situasi 'guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.12. Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.13. Berupaya membina minda pelajar yang cemerlang akademik.14. Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu).15. Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat profesionnya.16. Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah bahagi.17. Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.PERANAN PELAJAR.Pelajar merupakan modal insan yang akan dibentuk oleh guru.Kecemerlangan pelajar menjadi ukuran keberkesanan pengajaran dan pendidikan para guru serta dilihat oleh berbagai pihak. Kecekapan dan martabat profesion ini dilihat baik jika ramai pelajar mendapat kecemerlangan dalam peperiksaan awam dan sebaliknya. Analisa peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dibuat setiap kali keputusan diumumkan dan analisa serta komen berbagai pihak akan dapat dilihat. Pandangan umum juga melihat tahap disiplin pelajar di semua peringkat pelajar sebagai angka tunjuk kecekapan profesion perguruan. Sejak akhirakhir ini, masalah pelanggaran disiplin hebat diperbincangkan. Kes-kes jenayah pelajar seperti peras ugut, pembunuhan, rogol, pelacuran, ponteng,vandalisme dan banyak lagi salah laku pelajar semakin kerap diperbincangkan .Oleh itu, peranan para pelajar sendiri merupakan faktor penting dalam meningkatkan profesion ini. Pelajar mesti menyambut baik program dan dasar yang telah ditetapkan demi untuk kesejahteraan mereka. Pelajar yang bermotivasi mempunyai matlamat hidup masa depan. Satu model telah dirangka bagi menunjukkan kepentingan hubungan antara pencapaian akademik dengan motivasi. Motivasi dan matlamat ini mendorong pelajar yang cemerlang disiplin dan cemerlang akademik.PERANAN IBU BAPA DAN ANGGOTA MASYARAKAT.Peranan ibu bapa dan anggota komuniti juga faktor yang boleh mengangkatkan martabat guru. Ibu bapa sebagai anggota masyarakat mesti memainkan peranan yang serius terhadap pendidikan anak-anak mereka.Pendidikan formal di sekolah hanya lebih kurang 6 jam sehari sahaja dan selebihnya pelajar berada di tangan keluarga dan masyarakat. Anggota masyarakat harus memberi maklumat dan maklum balas kepada sekolah serta memberi kerjasama di dalam pelbagai aktiviti pembinaan ilmu yang dijalankan oleh guru dan sekolah. Penglibatan anggota masyarakat dalam proses pendidikan juga tidak kurang pentingnya, khususnya institusi seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), jawatankuasa masjid dan surau, RELA serta pihak Polis harus sentiasa berdamping dengan sekolah-sekolah dan guruguru serta mengambil tahu proses pendidikan di sekolah-sekolah di kawasan masing-masing. Mereka perlu dilibatkan bersama untuk memainkan peranan dalam menentukan persekitaran selamat kepada pelajar dan penduduk setempat. Konsep School-Home-Community Partnership perlu diterapkan dengan mengadakan program-program permuafakatan dan perkongsian yang melibatkan pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang ditubuhkan di semua sekolah kerajaan adalah bertujuan untuk mewujudkan pemuafakatan antara ibu bapa dan guru di sekolah. Pemuafakatan ini dapat membina kesefahaman tentang tanggungjawab bersama dalam usaha meningkatkan mutu pengajaran guru dan pembelajaran murid di sekolah. PIBG juga sebagai pelengkap terhadap fungsi Kementerian Pelajaran dalam menyediakan prasarana, kemudahan dan suasana sekolah yang selesa. PIBG juga berperanan ke arah menjaga kestabilan sistem persekolahan dan perpaduan masyarakat setempat.PERANAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO).Penglibatan badan bukan kerajaan (NGO) dan pertubuhan-pertubuhan belia seperti Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, Majlis Belia Malaysia dan lain lain juga penyumbang kepada peningkatan martabat profesion perguruan melalui aktiviti-aktiviti penerangan kepada ahli. Sebahagian besar ahli NGO 22terdiri dari kalangan guru-guru muda dan pelajar yang masih aktif dan bertenaga. Aktiviti-aktiviti kepimpinan, pembinaan semangat, motivasi, gotong royong adalah antara aktiviti positif ke arah mencapai matlamat tersebut.Selain itu, antara pihak yang menyumbang kepada memartabatkan profesion perguruan ialah seperti badan swasta dan kesatuan-kesatuan guru. Pihak swasta juga harus menjalankan aktiviti-aktiviti membantu kegiatan sekolah dan guru- guru di dalam proses pembinaan ilmu ini. Pihak swasta boleh mengambil sekolah-sekolah berdekatan sebagai sekolah angkat mereka dan menyediakan peruntukan untuk membantu program-program kecemerlangan di sekolah-sekolah angkat tersebut. Dengan cara ini profesion perguruan akan lebih kukuh dan meyakinkan. Kesatuan-kesatuan guru juga memainkan peranan dalam memperjuangkan kebajikan guru demi meningkatkan martabat guru.

PENUTUP.Wawasan 2020 merupakan satu wawasan yang amat mencabar bagi rakyat Malaysia, khasnya golongan pendidik. Wawasan 2020 ini dikemukakan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 28 hb Februari 1991. Wawasan 2020 meletakkan matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai negara yang maju dalam semua aspek dan dimensi, ekonomi, politik, sosial, kerohanian,psikologi dan budaya. Hal ini bermakna menjelang tahun 2020, Malaysia adalah sebuah negara maju, mampu berdikari, progresif dan makmur. Objektif ini hanya dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan mengatasi pelbagai halangan atau rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Peranan pendidikan dalam proses pembinaan bangsa Malaysia perlu diasaskan kepada Wawasan 2020, iaitu satu gagasan pembinaan masa depan masyarakat Malaysia yang bertunjangkan kepada Sembilan Cabaran utama. Perkara ini bertujuan mewujudkan masyarakat adil, demokratik, penyayang, progresif dan dinamik, masyarakat sains dan teknologi. Wawasan 2020 ini 23juga bermatlamat perubahan futuristik Malaysia untuk membangun dan maju di masa hadapan.Sebagai kesimpulannya, peningkatan martabat profesion perguruan sebagaimana yang dihasratkan oleh kerajaan dapat dilakukan dengan gandingan mantap berbagai pihak khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia, institusi-institusi yang berkaitan serta individu terlibat dalam proses pendidikan. Usaha-usaha yang berterusan dan kemaskini, insya-Allah akan dapat menyempurnakan wawasan negara Malaysia bukan saja setakat 2020 bahkan melangkaui masa-masa selepasnya.

Refleksi

Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sabaginda yang dirahmati Allah SWT. Saya bersyukur akhirnya kerja kursus ini dapat diselesaikan mengikut waktu yang ditetapkan walaupun saya dihimpit kesempitan masa sebagai guru praktikal fasa ke 2.Semasa menjalankan tugasan ini, sayai membuat pemerhatian kepada kehendak soalan. Apa yang dikehendaki ialah berkisar tentang profesion perguruan pendidikan Islam. Jawapan mestilah tepat memandangkan pensyarah Ilmu Pendidikan iaitu Encik Saidon Bin Mat merupakan orang yang begitu teliti dalam menilai jawapan dan membuatkan saya khuatir akan jawapan yang saya berikan. Oleh yang demikian,saya telah berusaha mengumpulkan bahan untuk dijadikan rujukan. Untuk pertama kalinya kami telah meminjam buku di perpustakaan Pusat Sumber Al-Farabi di Sek Agama Men. Tengku Ampuan Jemaah .Sungguh mudah segala urusan peminjaman kerana pinjaman tidak memerlukan kad seperti di zaman persekolahan saya. Teknologi membuatkan manusia pantas melakukan sesuatu pekerjaan.Setelah segala rujukan terkumpul, penelitian dijalankan dan proses memilih rujukan terbaik, saya mendapat beberapa ilmu yang berguna dalam profesion perguruan ini. Betapa ceteknya ilmu saya, melalui kerja kursus ini saya banyak mengetahui tengtang sikap yang harus pada seorang guru, etika guru pendidikan Islam dan etika kerja serta lain-lain lagi. Ini memberi kesedaran kepada saya agar menjadi guru pendidikan Islam yang mampu mendidik diri lantas dapat membentuk pelajar segabaimana yang dikehendaki oleh Islam dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Selain daripada itu, melalui kerja kursus ini juga penggunaan dan kecekapan kami menggunakan sumber teknologi maklumat semakin baik. Selain itu, banyak pengalaman dan teguran yang diberikan untuk saya perbaiki ketika sesi praktikum inii. Harapan kami semoga kerja kursus ini menepati kehendak soalan dan mencapai markah yang cemerlang. Pengorbanan semua yang terlibat begitu saya hargai.Ketika menyelesaikan kerja kursus ini terdapat pelbagai rintangan pada saya terutamanya daripada segi pengurusan masa. Tugasan di awal tahun begitu banyak dan sesi persekolah pula tamat selewat jam 5 petang daripada hari Isnin hingga Khamis. Tetapi saya cuba menggunakan waktu terluang dan berbincang dengan rakan-rakan agar memberikan saya sedikit ruang untuk menyiapkan segala kerja kursus saya.Selain itu, ketiadaan rakan sekursus juga agak menyulitkan untuk saya membuat perbincangan atau bertukar-tukar pendapat. Alhamdulillah teknologi komunikasi masa kini begitu pantas, kami berhubung melalui email, facebook dan juga telefon. Akhirnya segala masalah dapat dirungkaikan. Sebagai kesimpulan, tugasan ini menyedarkan saya bahawa sebagai seorang guru kita perlu sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni, sahsiah yang unggul, mematuhi peraturan kerja dan mempunyai daya intelektual yang tinggi agar berjaya menjadi guru yang diharapkan oleh agama, bangsa dan negara.

RUJUKAN

Abdul Halim Muhammad (2003). Keberkesanan Pendidikan Islam di peringkat rendah dan pembentukan peribadi Muslim. Dlm. Suzalie Muhammad (Ed). Memahami isu-isu Pendidikan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur. Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

Abdul Raof Dalip (1985 ), November 17- Disember 13 ). Peranan guru agama dalam pendidikan. Bahagian Pendidikan Islam, kementerian Pendidikan Malaysia, Kuala Lumpur.

Abdul Raof Dalip (1993). Teknik pengajaran dan pembelajarn Pengetahuan Agama Islam di Sekolah Menengah. Dlm. Ismail Abd. Rahman (Ed). Pendidikan Islam Malaysia. Bangi, Selangor. Penerbit UKM

Abdullah Nasih Ulwan (2002). Pendidikan Anak-anak Dalam Islam. Terjemahan Ahmad Semait. Syed. Pustaka Nasional Singapura.

Ahmad Mohd. Salleh (1997) Pendidikan Islam: Falsafah, Pedagogi dan Metodologi Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ahmad Mohd Salleh, 1997 Kuala Lumpur: Pendidikan Islam, Asas Dinamika Guru. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti .

Hassan Langgulung (1991) . Pendidikan Islam menghadapi abad ke 21. Shah Alam: Hizbi.

Hassan Langgulung. Prof Dr. (1995) Pendidikan Islam dan Peralihan Paradigma. Kuala Lumpur. Pustaka Aman.

Kamus Dewan (1995), Kuala Lumpur: DBP.

Mook Soon Sang (1999). Ilmu pendidikan KPLI. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd. kuala Lumpur.

Saedah Siraj (2001). Perkembangan kurikulum: Teori dan amalan, Selangor. Alam Pintar.

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1986). Konsep Pendidikan Islam (Terjemahan : Haidar Baqir ) Bandung, Indonesia: Mizan.

Tengku Ghani Tengku Jusoh (2002). Kalimah al-ta`lim dan al-tarbiyyah menurut al-Quran. Kertas kerja Seminar Pendidikan dan Pembangunan Manusia, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Wan Bakar Wan Dagang (1991). Reformasi Pendidikan Islam di sekolah: Matlamat dan harapan, kuala Lumpur: KPM BPI.

Zawawi Hj. Ahmad (1984). Pendidikan Islam. Kaedah dan Teknik Pengajaran. Petaling Jaya. Internasional.

Zawawi Hj. Ahmad (1992). Strategi pengajaran Pendidikan Islam. Kuala Lumpur: Fajar Bakti.

.http://www.muftiselangor.gov.my/E-book/Download/KertasKerja/T5%20Kepimpinan.pdf

Lampiran A

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

BORANG KOLABORASIKULIAH : KDPM KDC SABK (SM) PA 5.01 Nov 2008MATA PELAJARAN : ILMU PENDIDIKANTARIKHPERKARA YANG DIBINCANGKANCATATANT/TANGAN NAMA AHLI PERBINCANGAN

Desember 2011 Menerima soalan tugasan Tugasan perlu dihantar pada Mac 2012 Tugasan perlu dihantar pada 5.03.2012

En. Saidon Bin Mat

4Jan 2012 Memahami kehendak soalan, Selesaikan tugas secara individu Membuat jadual kerja Kerja diselesaikan secara individuNoor Aini Samsusah

17 Feb 2012 Mencari maklumat dari sumber internet/pusat sumber Catatkan maklumat internet Nota ringkas Catatan bibliografi

22 Feb 2012 Menyediakan draf Menyusun maklumat

Individu

24 Feb 2012 Menghantar hasil sub-tugasan-semakan dan perbincangan dengan pensyarah pembimbing Menganalisis maklumat Menghubungkait maklumat yang releven Membuat huraian terperinci Menaip darf

Individu

27 Feb 2012 Mengemaskini kerja individu Menganalisis maklumat Menghubungkait maklumat yang releven Membuat h uraian terperinci Menaip darf

Individu

28 Feb 2012 Menghantar hasil sub- tugasan draf selanjutnya kepada pensyarah pembimbing Pembetulan telah dilakukan Segala maklumat telah lengkap Lampiran yang perlu telah dimasukkan Tugasan telah dijid dengan kemas

En. Saidon Bin Mat

1.03.2012 Menghantar Tugasan kepada ketua Menghantar tugasan lengkap kepada pensyarah pembimbing

Diterima dan direkodkan.Faizal Bin Zainal

En.Saidon Bin Mat

KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

________________________________________ ILMU PENDIDIKAN PROFESION PERGURUAN DARI PERSPEKTIF ISLAM ________________________________________

4