profail usahawan berjaya

Upload: hasrul-hafiz

Post on 14-Apr-2018

239 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/30/2019 PROFAIL USAHAWAN BERJAYA

    1/13

    PROFAIL USAHAWAN BERJAYA

    Usahawan Muslim merupakan muslim yang berterusan mencari, mengembeling dan memanfaatkan

    kurnia Allah yang lain selari dengan tuntutan dan arahan yang telah ditetapkan dalam Al Quran dan

    Sunnah.

    DI ANTARA CIRI-CIRI USAHAWAN MUSLIM IALAH:

    1. Mempunyai keinginan dan kesungguhan yang tinggi untuk berjaya.

    2. Mempunyai niat yang betul dalam menjalankan keusahawanan.

    3. Mempunyai ilmu dan kemahiran yang mencukupi dalam bidang yang diceburi.

    4. Bertanggungjawab kepada semua yang berkepentingan.

    5. Sentiasa berjimat dalam menggunakan sumber.

    6. Mempunyai kemahiran membuat keputusan yang tepat.

    7. Berfikiran terkehadapan

    8. Pandai berhubung dengan manusia.

    9. Sentiasa menjaga kualiti.

    10. Sentiasa menjaga agar tidak terlibat dengan aktiviti yang diharamkan oleh Allah.

    11. Elakkan dari banyak berhutang.

    12. Sentiasa menilai tindakan dan keadaan berjaga-jaga.

    13. Bersyukur dengan kejayaan.

    14. Tidak boros dengan kekayaan dan tidak kikir.

    15. Sentiasa membayar hutang jika berhutang.

    Di bawah ini merupakan profil seorang usahawan muslim yang berjaya yang boleh dijadikan contoh.

    PUAN ROZITA BT IBRAHIM PRODUK SENDAYU TINGGI

    Pn.Rozita bt Ibrahim merupakan pemilik syarikat Sendayu Tinggi Corporation (M) Sdn Bhd. Syarikat ini

    telah mula beroperasi pada tahun 2002 dan ia merupakan perniagaan yang penuh dengan potensi

    pencapaian dan kecemerlangan.Tujuan utama penubuhan syarikat ini ialah untuk memberi pendedahan

    mengenai perubatan herba tradisional sebagai satu rawatan altenatif kepada masyarakat, bukan sahaja

  • 7/30/2019 PROFAIL USAHAWAN BERJAYA

    2/13

    mempunyai kesihatan yang terjamin malahan dapat mengecapi kemakmuran dan memperkayakan

    kehidupan.

    Ia merupakan sebuah syarikat yang memperkenalkan bahan-bahan serta ramuan-ramuan dalam

    penjagaan diri, luaran dan dalaman, kesihatan dan kecantikan. Konsep dan kaedah yang berteraskan

    tumbuh-tumbuhan semulajadi tanpa kehadiran bahan-bahan pengawet telah mendatangkan faedahkepada wanita-wanita yang baru bersalin.Walaupun pengasas Sendayu Tinggi ini adalah Bumiputera

    tetapi beliau tidak kedekut ilmu untuk dikongsi bersama bukan Bumiputera. Terciptanya Syarikat

    Sendayu Tinggi Corps.Sdn.Bhd. yang bertemakan kesenangan untuk semua, maka terciptalah slogan

    RAHSIAKU, UNTUKMUKEAYUAN ASLI ABADI.

    Dahulunya syarikat ini dikenali sebagai Sendayu Tinggi Corps. Ini disebabkan pada waktu itu jumlah /

    kuantiti barang yang dikeluarkan masih sedikit dan jumlah pekerja masih belum ramai.

    Tetapi kini setelah hampir 7 tahun menghambakan diri pada produk Sendayu Tinggi, Pn.Rozita telah

    mempunyai 9 buah anak syarikat di bawahnya. Beliau juga mempunyai 2000 cawangan di seluruh negeri

    dan mempunyai 70 orang kakitangan yang diberi kuasa untuk menguruskan syarikat-syarikat tersebut.

    Syarikat Sendayu Tinggi Corps.Sdn.Bhd. menjalankan tugas dalam menguruskan hal-hal kewangan,

    pengeluaran produk-produk yang sedia ada dan produk-produk baru. Ia juga bertanggungjawab dalam

    mengenalpasti bakal-bakal usahawan muda yang berbakat yang berani dan berkesanggupan dalam

    menceburi bidang keusahawanan terutamanya dalam pengeluaran produk seperti produk kecantikan

    dari bahan-bahan yang berasaskan tumbuh-tumbuhan dan herba-herba tradisional.

    Pn.Rozita bt Ibrahim, ibu tunggal bermula sebagai seorang penoreh getah dan kini telah berjaya

    mendirikan sebuah empayar perniagaan dan kejayaan beliau pada hari ini memberikan satu kepuasan.

    Apa yang dikecapi hari ini membezakan peribadi beliau dahulu dan sekarang.

    Beliau dilahirkan pada tahun 1968 di Sungai Besar, Selangor dan merupakan anak sulung dari enam

    beradik . Dilahirkan dalam sebuah keluarga yang sederhana dengan didikan agama yang kuat

    menjadikan beliau seorang anak yang patuh kepada Allah dan ibubapanya.

    Seawal usia 16 tahun beliau telah mendirikan rumahtangga bersama lelaki pilihan keluarganya.

    Walaupun ketika itu usianya masih remaja dan keinginan untuk meneruskan pelajaran ke peringkat

    tertinggi namun beliau akur dengan kehendak keluarga yang mahukan dirinya hidup senang. Tetapi

    setelah berkeluarga hidupnya dilanda kesusahan. Kesusahan demi kesusahan menyebabkan beliau mula

    berniaga sambilan menjual nasi lemak dan sayur-sayuran. Beliau bertekad untuk mengubah gaya hidup

    keluarga. Beliau pernah menorah getah di ladang seluas 20 ekar yang dipajak kepadanya. Hampir 2

    tahun menoreh sehingga badannya sakit. Oleh kerana tidak tahan dengan keadaan itu, beliau membuka

    sebuah kedai runcit di Felda Kechau 1, sempadan Gua Musang dengan membekalkan makanan kepada

    pendatang asing yang bekerja di situ. Sedikit sebanyak kehidupan beliau sekeluarga pada waktu itu mula

    senang. Setelah tamat kontrak, beliau tidak berniaga lagi.

  • 7/30/2019 PROFAIL USAHAWAN BERJAYA

    3/13

    Alam perkahwinan beliau berakhir dengan perceraian. Seterusnya beliau membawa anak-anaknya ke

    Kuala Lumpur. Tiada perasaan takut pada dirinya kerana beliau berfikiran inilah lubuk ilmu yang bakal

    memberikan pulangan yang besar jika kena pada tempatnya. Di Kuala Lumpur beliau mula bekerja

    sebagai operator pengeluaran untuk tempoh 2 tahun, kemudian sebagai penyambut tetamu di hotel,

    kerani di syarikat swasta sebelum bertukar ke jawatan lebih baik iaitu Pembantu di bahagian

    Pengurusan Harta di Plaza MPK, Klang selama setahun. Selepas itu beliau mula mempelajari khasiat

    herba daripada arwah nenek bekas suami dan pendatang asing dari Indonesia. Bermodalkan RM 400

    beliau memulakan perniagaan dalam menghasilkan formulasi herba. Beliau sanggup menjalankan ujikaji

    dengan menggemukkan badannya sebanyak 3 kali dan akhirnya berjaya menurunkannya semula.

    Matlamat beliau di dalam perniagaan ialah Dunia perniagaan seperti dalam pertempuran. Kemenangan

    adalah matlamat. Azam sentiasa digenggam. Dalam konteks perniagaan pasti ada keuntungan pun

    begitu beliau ingin memberikan kualiti yang terbaik kepada pengguna.

    Apa yang diperolehi disalurkan kepada masyarakat terutamanya golongan susah, ibu tunggal, orang tua

    dan anak-anak yatim. Bagi beliau itulah nilai sebuah kasih sayang yang tidak dapat dibeli dengan wang

    ringgit. Beliau sayangkan masyarakat dan beliau ingin disayangi masyarakat. Harapan utamanya beliau

    ingin mewarnai masyarakat wanita dan ibu tunggal khususnya dari pelbagai aspek.

    Beliau percaya siapa bijak dialah Raja. Beliau percaya kreativiti dan daya fikir yang tinggi perlu sebagai

    bekalan dalam kehidupan. Pada beliau ikhtiar, iktikad diri dan mengidamkan hadiah buat diri sendiri

    mengubah persepsi diri bahawa wanita perlu bangun dan bebaskan diri dari belenggu.Visi utama beliau

    ialah agar Sendayu Tinggi dapat melangkah jauh di persada Dunia antarabangsa.

    Prinsip hidup beliau tidak suka menipu diri sendiri dan orang lain, jujur pada diri,agama dijadikan

    sandaran kehidupan, berani, menghormati orang lain sebelum orang lain menghormati diri kita.

    SUMBER DORONGAN USAHAWAN

    Faktor-faktor yang mendorong individu menceburi bidang perniagaan terdiri daripada dua faktor utama

    iaitu faktor penarik dan faktor penolak.

    FAKTOR PENARIK

    Faktor penarik bermaksud faktor penyebab seseorang itu menceburi keusahawanan mungkin kerana

    sesuatu kehendak antaranya :-

    Status sosial

    Politik dan dasar kerajaan

    Sistem sokongan kerajaan

    Peluang ekonomi

  • 7/30/2019 PROFAIL USAHAWAN BERJAYA

    4/13

    STATUS SOSIAL

    Ahli korporat / mewah

    Usahawan sebagai satu kerjaya merupakan lambang status sosial pada masa kini. Seseorang yang

    menerajui dan memiliki perniagaan sendiri mempunyai pengaruh dan dihormati dalam masyarakat.

    Selain itu, golongan ini terlibat untuk membangunkan ekonomi negara dan memberi sumbangan yang

    besar dalam sektor swasta serta masyarakat dalam pembentukkan Masyarakat Perdagangan dan

    Perindustrian Bumiputera

    Taraf penghidupan yang tinggi dari segi ekonomi contohnya berpendapatan lumayan, kereta dan rumah

    mewah juga merupakan aset penarik seseorang untuk menceburi bidang perniagaan.

    Kuasa / Kebebasan

    Kebebasan untuk berfikir, bertindak dan berkuasa untuk membuat keputusan dalam melakukan sesuatu

    bagi menentukan arah tuju kejayaan tanpa melibatkan campur tangan orang lain merupakan satu lagi

    faktor asas yang mampu menarik seseorang individu untuk melibatkan diri dalam perniagaan

    berbanding semasa bekerja makan gaji, usahawan menanggung risiko ke atas apa jua tindakan yang

    dilakukan.

    Malah golongan ini juga senang dan cepat untuk mengesan peluang-peluang perniagaan yang ada.

    Nilai tambah

    Apa yang jelas dapat dilihat usahawan turut menjadi model atau ikutan kepada tatapan masyarakat.

    Nilai kepakaran tinggi, gaya yang dimiliki turut menarai seseorang menjadi usahawan.

    Agen Perubah Masyarakat

    Dari segi perkhidmatan kepada masyarakat pula, terdapat individu terdorong menceburi bidang

    keuasahawanan kerana ingin meningkatkan taraf hidup masyarakat melalui penyediaan peluang-

    peluang pekerjaan, kemudahan insfrastruktur dan juga memberi lebih banyak penawaran barang dan

    perkhidmatan untuk masyarakat.

    Usahawan juga bertindak sebagai agen perubah masyarakat yang mempunyai tanggungjawab sosial

    selaras dengan Wawasan 2020.

    POLITIK DAN DASAR KERAJAAN

    Politik

  • 7/30/2019 PROFAIL USAHAWAN BERJAYA

    5/13

    Keadaan politik yang stabil dan di tambah pula dengan wujudnya persefahaman antara kaum di negara

    ini memungkinkan perniagaan berkembang dengan pesat dan turut mendorang seseorang menceburi

    bidang perniagaan.

    Dasar Kerajaan

    Bermula dengan pembentukan Dasar Ekonomi Baru kerajaan terus menggubal dasar-dasar terutamanya

    dalam bidang ekonomi bagi memaju dan meningkatkan ekonomi negara dan taraf hidup masyarakat.

    Wujudnya dasar untuk menggalakkan lebih ramai Bumiputera agar menceburi bidang keusahawanan

    dengan sistem sokongan yang disediakan turut menjadi penarik untuk menceburi bidang ini.

    Antara dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan seperti Wawasan 2020, pembentukan

    MasyarakatPerdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB),Program Usahawan Siswazah (PUS) dan

    Program Usahawan Muda (PUM) bertujuan untuk menarik lebih ramai penyertaan dalam bidang ini.

    Selain itu pernyertaan kerajaan juga turut memberi peluang kepada kakitangan kerajaan yang bersara

    untuk mengikuti Latihan Kakitangan Bersara Kerajaan Berniaga untuk menceburi bidang keusahawanan.

    SISTEM SOKONGAN KERAJAAN

    Wujudnya sistem sokongan kerajaan yang berperanan untuk memberi sumber-sumber maklumat,

    peningkatan kemahiran dan peluang-peluang perniagaan dari agensi-agensi berikut memberi impak

    positif kepada penglibatan seseorang dalam bidang keusahawanan. Contohnya

    Penyelidikan dan kenalpasti projek melalui agensi kerajaan, institusi kewangan seperti MARA, Bank

    Pembangunan dan BBMB.

    Pembiayaan kewangan dari institusi kewangan kerajaan / swasta.

    Kemudahan pasaran dalam dan luar negeri melalui MEXPO, NUITI, FAMA dan lain-lain.

    Latihan Teknikal Keusahawanan seperti MARA, SIRIM dan MARDI

    Lokasi dan ruang perniagaan seperti MARA, UDA dan Majlis Daerah Kerajaan Tempatan, PKEN dan

    lain-lain.

    Persatuan Perniagaan berfungsi sebagai payung yang akan melindungi kebajikan para usahawan

    seperti DPMN, Persatuan Penjaja dan lain-lain.

    PELUANG EKONOMI

    Peluang ekonomi yang stabil dan ditambah pula dengan wujudnya sistem francais dan sistem vendor

    menggalakkan dan meningkatkan kemasukkan individu dalam bidang ini.

    1.7.2 FAKTOR PENOLAK

    Faktor penolak bermaksud faktor yang menolak seseorang/terpaksa menceburi bidang keusahawanan.

  • 7/30/2019 PROFAIL USAHAWAN BERJAYA

    6/13

    KEKECEWAAN akibat:

    Peluang terbatas

    Seseorang terdorong menceburi bidang keusahawanan akibat dari kekecewaan. Kekecewaan ini akibat

    dari terbatasnya peluang pekerjaan terutamanya dari kalangan pendatang. Ini jelas apabila masyarakat

    Cina di Malaysia menjadi pedagang kerana pada asalnya mereka hanya pendatang peluang

    mendapatkan rezeki adalah terbatas.

    Ekonomi meleset

    Keadaan memaksa juga berlaku apabila ekonomi meleset. Apabila ekonomi meleset kerajaan dan

    swasta akan mengurangkan perbelanjaan mereka. Akibatnya peluang pekerjaan terhad. Maka individu

    akan terdorong untuk bekerja sendiri dan memulakan perniagaan adalah satu langkah yang bijak.

    Ketidakpuasan

    Selain itu tidak kurang juga individu yang tidak mendapat kepuasan dari pekerjaan yang dilakukannya

    atau jawatan yang disandang. Ini mungkin disebabkan oleh gaji rendah, tidak sesuai dengan diri atau

    masalah dengan majikan. Lantas individu ini akan meninggalkan kerjaya dan memulakan perniagaan.

    BUDAYA KEUSAHAWANAN

    Sesetengah individu pula terutamanya golongan kaya dengan budaya keusahawanan pala menganggap

    bidang keusahawanan sebagai amalan tradisi turun temurun. Ini secara tidak lansung telah menolak

    seseorang itu menjadi usahawan.

    APAKAH ITU ETIKA PERNIAGAAN

    Etika ialah satu perkataan yang datang dari bahasa Greek Ethos yang memberi maksud Code Of

    Human Conduct atau peraturan yang membatasi gelagat manusia. Oleh itu apabila di sebut etika

    perniagaan ia memberi erti peraturan-peraturan yang membatasi gelagat atau tindakan manusia dalam

    kegiatan perniagaan.

    SUMBER ETIKA PERNIAGAAN

    Etika perniagaan adalah di perolehi daripada dua sumber utama hukum islam ia itu Al-Quran dan As-

    Sunnah.

    Dengan memahami etika perniagaan kita akan dapat memastikan perniagaan akan diredhai oleh Allah.

  • 7/30/2019 PROFAIL USAHAWAN BERJAYA

    7/13

    Prinsip tidak memudaratkan merujuk kepada peraturan yang mengerakan tindakan dan gelagat

    pimpinan serta pihak bawahan yang dalam hubungan sesama mereka.

    Hubungan yang berasaskan prinsip tidak memudaratkan ini menghalang atau mengurangkan sifat atau

    tindakan yang negatif terhadap orang lain, dengki mendengki, mementingkan diri sendiri atau tindakan

    yang boleh menyebabkan berlakunya ketidakadilan terhadap seseorang. Ia juga merujuk kepada kesanproduk atau perkhidmatan terhadap pengguna dan alam sekitar.

    Dalam menjalankan kegiatan perniagaan seseorang usahawan muslim itu seharusnya memastikan

    bahawa peraturan-peraturan berikut dipatuhi sesuai dengan prinsip tidak memudaratkan

    Niat yang betul

    Seseorang usahawan muslim harus memastikan bahawa niatnya hanyalah untuk mencapai tujuan yang

    telah disebut agar mendapat keredhaan Allah s.w.t dalam segala aspek kehidupannya (rujuk surah An-

    Nahl ayat 90)

    Dalam ayat tersebut ada beberapa etika penting yang dapat kita perolehi. Di antaranya ialah

    a) Kita disuruh melakukan keadilan

    b) Kita disuruh melakukan kebajikan

    c) Kita disuruh memberi sedekah

    d) Kita dilarang membuat perkara yang keji dan mungkar

    e) Kita dilarang membuat kezaliman

    Keadilan dalam perniagaan

    Keadilan bererti meletakkan sesuatu ditempatnya yang betul. Dalam konteks ini implikasinya ialah

    membuat tindakan atau keputusan sebagaimana yang dikehendaki oleh syariat islam.

    a) Amanah dan benar dalam perniagaan serta tidak menyorok barang

    b) Tidak menipu timbangan

    c) Gharar (mensifatkan barang yang dijual dengan sifat yang berlainan dari yang sebenar)

    Tidak terlibat dengan amalan riba

    Seorang usahawan muslim seharusnya membebaskan diri dari riba dengan segala daya yang mungkin

    samada dalam pembiayaan atau pelaburan. Perkara ini bukanlah mudah dan kita terpaksa ,membuat

  • 7/30/2019 PROFAIL USAHAWAN BERJAYA

    8/13

    pilihan dari sumber pembiayaan yang ada berdasarkan kriteria tertentu termasuklah kos yang akan di

    tanggung.

    BIMB menyediakan kebanyakan daripada pembiayaan pembiayaan berikut untuk usahawan Islam dan

    bukan Islam.

    i. P embiayaan secara Islam adalah dalam bentuk-bentuk berikut:

    a)Mudharabah

    b) Musyarakah

    ii. Pembiayaan memperolehi aset:

    a) Mudharabah

    b) Musyarakah

    c) Baibithaman ajil

    d) Ijarah

    e) Baial-tajiri

    iii. Pembiayaian perdagangan

    iv. Gadaian atau ar-Rahn

    v. Jualan Saham

    Tidak Menzalimi Pekerja

    Salah satu daripada aspek yang penting dalam keusahawanan ialah menguruskan manusia agar mereka

    dapat meningkatkan produktiviti dan kualiti pengeluaran. Untuk mendapatkan komitmen dan rasa

    bertanggungjawab serta partisipasi daripada pekerja adalah penting untuk mencapai matlamat.

    Cara-cara supaya tidak menzalimi pekerja:

    a) Memberikan gaji yang berpatutan sesuai dengan produktiviti dan keuntungan syarikat.

    b) Membuat keputusan dengan mengambil kira pandangan mereka.

    c) Mewujudkan suasana kerja yang stabil, harmoni, teratur, bersih dan selamat.

    d) Memberikan latihan dan pendidikan yang sesuai dengan usaha untuk membangunkan personaliti

    yang seimbang di tempat bekerja dan di rumah.

  • 7/30/2019 PROFAIL USAHAWAN BERJAYA

    9/13

    Menyediakan perkhidmatan yang halal dan berkualiti.

    Sebagaimana yang telah disebut, tujuan syariat ialah untuk memelihara agama, nyawa, akal, keturunan

    dan harta. Segala perkara yang boleh memelihara aspek-aspek ini disebut sebagai masalih. Kalau

    sebaliknya disebut sebagai mafasid dan merosakkan agama, nyawa, akal, keturunan dan harta.

    Kualiti

    Islam sangat menekankan kualiti atas tujuan syariat. Produk yang tidak berkualiti boleh menjejas usaha

    membangunkan masyarakat dari sudut mental, moral dan kesihatan. Generasi baru akan menghadapai

    banyak masalah berpunca daripada produk yang tidak berkualiti seperti keracunan makanan dan

    penyakit kanser.

    Tindakan undang-undang akan dikenakan kepada seseorang usahawan sekiranya ini berlaku dan akan

    merugikan pihak usahawan sendiri.

    Pengguna yang kritikal dan aktif

    Sebagai seorang usahawan, kita harus faham bahwa masyarakat pengguna kita bukanlah masyarakat

    yang pasik tapi kritikal. Dengan adanya persatuan-persatuan pengguna yang mempunyai matlamat

    menjaga hak-hak pengguna. Kita harus berhati-hati dalam mengeluarkan produk bagi mengelakkan

    daripada mengalami kerugian kerana pengguna enggan membeli produk.

    Memenuhi kontrak yang dibuat

    Adalah bertentangan dengan prinsip Islam sekiranya seseorang usahawan itu membuat sesuatu yang

    dikira sebagai melanggar kontrak yang telah dibuat dengan pihak lain.

    Tidak melupakan ibadat-ibadat lain dalam keusahawanan.

    Walaupun Islam menganggap keusahawanan merupakan ibadat dalam konteksnya yang luas dan orang

    yang terlibat akan mendapat balasan yang baik sekiranya seseorang usahawan itu mempunyai niat yang

    baik dan membuatnya berdasarkan etika Islam namun ini tidak bermakna dia boleh meninggalkan

    ibadat-ibadat khusus yang diwajibkan. Hendaklah ditunaikan ibadat-ibadat ini bila tiba waktunya

    walaupun terpaksa meninggalkan apa sahaja kegiatan yang sedang dilakukan.

    a) Sembahyang

    Sebaik-baiknya menutup pernigaan sebentar apabila waktu solat sudah tiba.

    b) Zakat perniagaan

  • 7/30/2019 PROFAIL USAHAWAN BERJAYA

    10/13

    Adalah menjadi kewajipan bagi seseorang usahawan untuk melaksanakan kewajipan zakat perniagaan.

    Pemberian zakat akan membantu meningkat taraf hidup masyarakat setempat. Ia akan menimbulkan

    suasana harmoni dan melahirkan rasa ukhuwah masayarakt setempat. Kajian menunjukkan ramai yang

    telah mengabaikan kewajipan ini. Ia merangkumi segala bentuk perniagaan dan pelaburan yang

    dihalalkan oleh syariat Islam.

    Kontrak yang jelas dan sah

    Kontrak yang tidak jelas boleh menimbulkan ketidakadilan kepada satu pihak. Ini akan mengakibatkan

    permusuhan di antara pihak yang terlibat. Oleh kerana Islam mahu melahirkan masyarakat yang stabil ia

    menekankan agar sesuatu kontrak itu dibuat dengan syarat dan rukun yang jelas.

    Sesuatu kontrak itu sah sekiranya ia memenuhi perkara-perkara berikut:

    Sempurna rukun dan syarat

    Tidak mengandungi perkara yang ditegah oleh syarak

    Syarat:

    Kedua-dua pihak sempurna akal, cukup umur, pintar. Yang tidak memenuhi syarat ini boleh diwakilkan

    bapa atau penjaga.

    Orang yang disekat dari menguruskan muamalat termasuk orang yang muflis.

    Tidak dipaksa oleh mana-mana pihak.

    Jelas isi kandungan kontrak agar tidak menimbulkan keraguan dan pertelingkahan.

    Syarat-syarat lain boleh ditambah asalkan tidak bertentangan dengan syarak.

    Segala bentuk perjudian dilarang

    Segala bentuk keusahawanan haruslah bebas daripada unsur perjudian.

    Harga yang adil

    Peniaga dan usahawan haruslah menetapkan harga yang adil dan berpatutan terhadap sesuatu

    barangan atau perkhidmatan untuk pembeli. Harga haruslah mencerminkan interaksi normal antara

    permintaan dan penawaran. Ia tidak disebabkan oleh sesuatu yang diwujudkan dengan sengaja seperti

    keadaan monopoli atau beberapa pengusaha atau pembeli yang bergabung untuk meningkatkan harga,

    atau disebabkan oleh spekulasi.

    Harga yang tidak adil akan menyebabkan golongan yang tidak berkemampuan tidak memiliki barangan

    keperluan mereka. Ia juga akan menyebabkan inflasi dan memberikan kesan terhadap daya saingan

    barangan tempatan. Menaikkan harga tanpa sebab yang munasabah semata-mata mahu menambahkan

    keuntungan akan memberi kesan negatif terhadap jualan barangan jangka panjang.

  • 7/30/2019 PROFAIL USAHAWAN BERJAYA

    11/13

    BAGAIMANA MELAKSANAKAN ETIKA PERNIAGAAN?

    Ada tiga cara untuk memastikan pelaksanaan etika perniagaan:

    a) Peniaga atau pengusaha

    Peniaga atau pengusaha harus mempunyai ilmu pengetahuan mengenai etika perniagaan Islam dan ini

    menuntut agar mereka sentiasa membaca syarat yang terangkum dalam syariat Islam.

    Mereka harus yakin bahawa mereka akan dihadapkan kepada Allah di hari akhirat nanti dan timbul

    perasaan takut untuk melanggar perintahNya

    b) Pengguna atau pembeli

    Pengguna harus memahami etika perniagaan Islam dan memastikan agar peniaga dan pengusaha

    mengamalkannya.

    c) Peranan kerajaan

    Menyediakan garis panduan yang lengkap mengenai etika perniagaan untuk diedarkan kepada

    peniaga dan pengusaha-pengusaha.

    Memastikan bahawa pengusaha dan peniaga memahami garis panduan tersebut dan

    melaksanakannya.

    1.9 MENGENALI KONSEP KENDIRI

    Kendiri merupakan anggapan atau persepsi diri kita terhadap jenis dan orang bagaimanakah diri kita

    ini. Ringkasnya ia adalah gambaran mental diri kita.

    KEPENTINGAN MENGENAL DIRI

    Di antara kepentingan mengenali diri sendiri adalah seperti berikut.

    1. Membolehkan diri sendiri memahami dan menerima diri kita sebagai individu yang unik.

    2. Apabila kita dapat menerima diri sendiri, kita lebih bersedia menerima orang lain walaupun mereka

    berbeza dari kita.

    3. Membantu kita menjalinkan perhubungan mesra dengan orang lain seperti ahli keluarga, rakan, jiran

    dan orang- orang di sekeliling kita.

    4. Mengenal diri kita juga membolehkan kita mengetahui kelebihan / kekuatan dan kekurangan /

    kelemahan diri sendiri.

    5. Mengenal diri juga membantu supaya kita sedar akan kewujudan yang lebih besar iaitu Tuhan yang

    maha esa.

  • 7/30/2019 PROFAIL USAHAWAN BERJAYA

    12/13

    KAEDAH MENGENAL DIRI

    Kaedah mengenal diri terdiri dari 2 iaitu:

    1. Pengkajian diri sendiri.

    2. Pandangan atau maklumbalas orang lain.

    Pengkajian Diri Sendiri

    Melalui kaedah ini, kita harus mengenalpasti sifat diri kita dengan mengkaji diri daripada pelbagai segi

    dari aspek- aspek diri. Dari sini kita akan dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri sendiri

    sendiri. Seterusnya kita akan menggunakan kekuatan diri untuk menjayakan tugas dan tanggungjawab

    kita. Sebaliknya dari kelemahan diri, kita mesti cuba memperbaiki atau mengatasi kelemahan tersebut.

    Kita boleh mengenalpasti sifat diri dengan mengkaji diri dari enam aspek seperti berikut:

    a) Fizikal

    Mengenal diri dari aspek fizikal bermaksud mengetahui sifat tubuh badan sendiri. Terdapat sifat fizikal

    yang boleh diperbaiki, seperti kelihatan kemas dan sifat fizikal lain yang harus kita terima, seperti

    mempunyai lengan dan kaki yang panjang.

    Kita harus menerima sifat fizikal kita secara positif dan tidak harus berasa rendah diri sekiranya

    mempunyai tubuh badan yang kurang menarik atau berbeza daripada orang lain. Sebaliknya setiap

    individu harus berbangga dengan diri mereka kerana masing- masing mempunyai keistimewaaan

    tersendiri.

    b) Mental - Emosi

    Ia merujuk kepada aspek pemikiran dan perasaan seseorang.

    c) Sosial

    Aspek ini bermaksud perhubungan individu dengan orang lain dalam kehidupan hariannya. Melalui

    pergaulan harian, kamu dapat menerima tingkah laku yang positif dan memahami perbezaan-

    perbezaan di kalangan individu.

    d) Minat

    Ia merupakan kegemaran seseorang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang dapat memberi kepuasan

    kepadanya. Orang yang berminat melakukan sesuatu tidak semestinya ia handal dalam bidang tersebut.

    e) Kebolehan

    Ia adalah keupayaan seseorang dalam melakukan sesuatu tugas atau kemahiran tertentu. Kadang-

    kadang ianya tidak mudah dikenalpasti. Ada kalanya setelah mencuba sesuatu yang baru, didapati

    bahawa kebolehan itu ada pada dirinya.

  • 7/30/2019 PROFAIL USAHAWAN BERJAYA

    13/13

    f) Nilai Peribadi

    Ianya adalah pegangan dan pertimbangan terhadap sesuatu. Nilai- nilai ini akan mempengaruhi

    keputusan yang dibuatnya dalam pelbagai situasi harian. Ia boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu

    kebendaan seperti mementingkan kekayaan, harta, wang dan kelihatan cantik dan nilai bukan

    kebendaan seperti mementingkan penetapan masa, kasih sayang, tanggungjawab dan kemesraan.

    Pandangan Atau Maklumbalas Orang Lain (Tingkap Johari)

    Kita boleh mengenalpasti sifat diri dengan mendapat maklumbalas atau meminta pendapat daripada

    orang lain. Ada kalanya orang lain tidak melihat kita sepertimana kita melihat diri sendiri.

    Pandangan orang lain terhadap sifat anda mungkin positif, negatif atau bertentangan dengan

    pandangan anda. Biasanya mudah bagi kita menerima pandangan positif atau pujian orang lain terhadap

    diri kita tetapi sukar bagi kita menerima pandangan dan kenyataan yang negatif.