profail keusahawaan

9
WUS 101 – TERAS KEUSAHAWANAN SEMESTER 1 SIDANG AKADEMIK 2010/2011 Nama : Loo Siew Shen No. Matrik : 109034 Kursus : Sains Kimia (Tulen) Pusat Pengajian : Sains Kimia Kumpulan : 46 DISEDIAKAN UNTUK : ENCIK MOHD. SHAFIE ARIFFIN PENSYARAH WUS 101 SESI 2010/2011 UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Upload: sandra-loo

Post on 28-Jun-2015

4.041 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Profail Keusahawaan

WUS 101 – TERAS KEUSAHAWANANSEMESTER 1

SIDANG AKADEMIK 2010/2011

Nama : Loo Siew Shen

No. Matrik : 109034

Kursus : Sains Kimia (Tulen)

Pusat Pengajian : Sains Kimia

Kumpulan : 46

DISEDIAKAN UNTUK :ENCIK MOHD. SHAFIE ARIFFIN

PENSYARAH WUS 101 SESI 2010/2011UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

23 SEPTEMBER 2010

Page 2: Profail Keusahawaan

Loo Siew ShenF-07-38A , MO6,Desasiswa Tekun,Kompleks RST, USM11800 Minden, Universiti Sains Malaysia,Pulau Pinang.

Encik Mohd. Shafie Ariffin,Pensyarah Teras Keusahawanan (WUS 101),Sidang Akademik 2010/2011Universiti Sains Malaysia, 11800 Minden,Pulau Pinang. 23 SEPTEMBER 2010.

Tuan,

Per : Penghantaran Laporan Profil Usahawan.

Merujuk kepada perkara di atas, saya Loo Siew Shen bernombor matrik 109034 dari kursus Sains Kimia (Tulen) menghantar laporan Profil Usahawan untuk penilaian pihak tuan. Sila hubungi saya di talian 017-4360480 jika terdapat sebarang persoalan.

Sekian, Terima Kasih.

Yang benar,

………………………………………

(Loo Siew Shen)

Page 3: Profail Keusahawaan

PROFIL USAHAWAN

Pada 5 September 2010 yang lalu, saya telah menemu ramah seorang usahawan bagi melaporkan profil usahawan tersebut untuk memenuhi salah satu tugasan Teras Keusahawan(WUS 101) pada Semester 1, Sidang Akademik 2010/2011.

Nama usahawan yang telah saya temu ramah ini ialah Puan Tan Siew Kuan, seorang usahawan yang telah berjaya membuka sebuah salon di kawasan Mergong, Alor Setar yang lebih dikenali sebagai Salon Maria. Beliau kini menetap di Taman Pelangi, Jalan Kuala Kedah, 05400 Alor Setar, Kedah bersama suami dan seorang cahaya mata. Puan Tan telah dilahirkan pada 23 April 1968 di Alor Setar, Kedah. Beliau mendapat pendidikan sekolah rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Keat Hwa H. Seterusnya, beliau melanjutkan pelajaran peringkat sekolah menengah Sekolah Jenis Kebangsaan Keat Hwa dari Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima. Berbekalkan pengalaman bekerja di salon terkemuka, beliau berjaya mendapat tempat di Eileen Beauty & Cosmestic Centre selama dua tahun dalam bidang bidang kecantikan dan komestik di Kuala Lumpur dan berjaya mendapat sijil Diploma pada 4th Jun 1993. Selepas mendapat sijil tersebut, beliau pun memulakan peniagaan salon dengan modal yang agak terhad. Beliau meneruskan pengajiannya dalam bidang kecantikan dalam rambut di J.Y.L Hair Centre di Kuala Lumpur dan telah berjaya mendapat sijil Diploma pada 27th November 2003.

Namun begitu, perjalanan yang dilalui oleh Puan Tan dalam usaha untuk menjadi seorang usahawan yang memiliki sebuah salon tidaklah semudah yang disangka. Hal ini demikian kerana, walaupun beliau telah menjalani latihan di Salon terkemuka, tetapi beliau hanya seorang kakitangan yang perlu berkhidmat demi bosnya. Selepas bekerja selama dua tahun, beliau memulakan perniagaan salon sendiri dengan modal simpanan sendiri yang agak terhad. Walaupun mula-mulanya salon yang dimilikinya bukan besar sangat, tapi beliau agak gembira kerana dapat mengusahakan salon sendiri. Semasa beliau bekerja di salon terkemuka tersebut, beliau terpaksa berhadapan dengan situasi dimana pelanggan–pelanggan tidak puas hati dengan rekaan rambut yang baru, ada yang tidak puas hati dengan harga yang dibuka oleh salon terkemuka tersebut. Melalui ketidakcekapan pengurusan salon tersebut dan segala permasalahan yang timbul, Puan Tan akhirnya menyedari bahawa beliau sebenarnya berkemampuan untuk mrnguruskan perniagaannya sendiri dengan membuka sebuah salon atas namanya sendiri. Beliau juga memiliki sijil yang telah mengishtiharkan beliau sebagai seorang ahli kecantikan yang professional serta pengalaman-pengalaman menguruskan sebuah organisasi serta stok pengurusan rambut dan produk-produk kecantikan lain. Akhirnya, pada bulan Januari 1998 tertubuhnya Salon Maria.

Menurut Puan Tan pemilihan kawasan Mergong sebagai lokasi salonnya adalah kerana pada awal tahun 1998, belum ada sebuah salon pun dibina di kawasan Mergong memandangkan kebanyakan salon ditubuhkan di Alor Setar seperti Salon Wei Wei dan Salon Max2. Jadi, sememangnya sebuah salon perlu didirikan di kawasan Mergong bukan sahaja kerana tiada sebarang persaingan tetapi juga untuk kemudahan penduduk di kawasan

Page 4: Profail Keusahawaan

Mergong. Selain itu, Mergong juga merupakan kawasan yang strategik untuk dibina sebuah salon kerana status Mergong sebagai pusat penempatan yang agak padat yang mempunyai beberapa gabuangan taman yang agak besar. Terdapat juga kemudahan seperti kemudahan bas, kemudahan runcit yang berkembang pesat pada masa itu. Perkara ini mengukuhkan lagi pendirian Puan Tan untuk mendirikan sebuah salon di kawasan Mergong yang sedang membangun pada ketika itu. Nama Salon Maria pula dicadangkan oleh beliau memandangkan nama tersebut dapat menunjukan kecantikan wanita dipentingkan dan semua wanita berhak untuk mendapat kecantikan. Setelah menjumpai lokasi yang sesuai dan nama yang sesuai untuk salon yang ingin ditubuhkan, Puan Tan telah mendaftar syarikatnya dengan nama Salon Maria pada tahun awal 1998 setelah membuat pinjaman bank sebanyak RM 25,000.00 sebagai modal perniagaan. Berkat doa dan sokongan suami dan keluarga, segala urusan pendaftaran syarikat berjalan dengan lancar.

Pada awal operasi, Salon Maria hanya menyediakan perkhidmatan gunting rambut dan perkhidmatan kecantikan yang biasa. Disebabkan pada masa kini, remaja sekarang minat sangat dengan gaya rambut yang agak hangat seperti rebonding, perming , coloring dan sebagainya, beliau telah memulakan semua perkhidmatan yang dinyatakan di atas. Atas kepercayaan para pelanggan terhadap Puan Tan, perniagaan beliau kian-kian menjadi baik sampai sekarang menguntungkannya. Lama-kelamaan, sebuah perniagaan yang dimulakan dengan niat yang betul dan harapan untuk dimajukan demi kemudahan penduduk Mergong, khususnya dalam aspek kecantikan akhirnya telah berkembang maju, memberi pulangan yang menguntungkan serta turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Mergong. Salon Maria yang dahulunya hanya menyediakan perkhidmatan gunting rambut telah berkembang maju dengan menyediakan pelbagai produk berkualiti seperti produk penjagaan rambut, produk penjagaan kulit, perkhidmatan rambut yang lain (Coloring, high-light, perming dan rebonding) kepada penduduk Mergong. Kawasan Salon juga telah dibesarkan dan diubahsuai menjadi lebih menarik dan selesa untuk para pelanggan. Tiga orang pakar gunting rambut yang ditugaskan untuk membantu Puan Tan dalam perniagaannya yang kian maju. Salon Maria juga kini dibuka setiap hari dari pukul 8.30 pagi sehingga pukul 10.00 malam.

Dengan perniagaan yang semakin berkembang ini, sudah tentu Puan Tan juga terpaksa berhadapan dengan pelbagai masalah yang memerlukan kebijaksanaan dan kewibawaan beliau untuk menyelesaikannya. Antara masalah yang dihadapi beliau ialah ketiadaan stok barangan semasa diperlukan, stok barangan tiba lewat daripada masa yang dijanjikan serta persaingan yang semakin hebat daripada Salon Beauty dan Salon Zinge yang baru dibuka pada tahun 2009 ini. Untuk mengatasi masalah-masalah tersebut, Puan Tan sentiasa menguruskan masanya dengan bijak supaya beliau mampu membahagikan masanya untuk bersama keluarga dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai usahawan di salonnya demi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul. Beliau juga sentiasa memastikan perniagaannya berjalan dengan lancar dengan menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk para pelanggan dan memastikan setiap perkhidmatan yang ada permintaan daripada pelanggan disediakan. Di samping itu, beliau juga sentiasa memastikan

Page 5: Profail Keusahawaan

perkhidmatan-perkhidmatan yang berkualiti yang disediakan dengan harga yang berpatutan serta berpotensi untuk diniagakan bagi menjamin sebuah perniagaan yang berdaya saing, maju dan berjaya. Puan Tan juga berharap perniagaannya dengan pembukaan Salon Maria ini sentiasa diberkati Tuhan dan mampu memberikan kebaikan kepada dirinya, keluarga, setiap ahli masyarakat serta negara.

Sebagai penutup sesi temuramah pada hari berkenaan, Puan Tan sempat memberikan nasihat kepada golongan belia yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan bergelar usahawan pada suatu hari nanti supaya memasang niat yang betul sebelum memulakan perniagaan, yakni tidak mensasarkan untuk mengaut keuntungan semata-mata apabila menjalankan perniagaan yang sememangnya tinggi risikonya ini. Puan Tan juga menekankan bahawa disiplin diri, semangat yang kuat serta sikap yang rajin juga adalah antara kunci kejayaan dalam sesebuah perniagaan dan untuk bergelar seorang usahawan yang berjaya dan berwawasan tinggi. Hal ini demikian kerana, tanpa disiplin diri yang tinggi, semangat yang kuat serta sikap rajin yang membawa kepada usaha yang berterusan, seseorang yang baru menceburkan diri dalam bidang ini akan mudah berputus asa apabila dia menghadapi sebarang masalah ketika mengendalikan perniagaannya di kemudian hari. Akhir kata, Puan Tan turut menasihatkan golongan muda yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan ini agar menetapkan niat dan tujuan asal mereka untuk berniaga dan tidak mensia-siakan peluang yang mereka peroleh dalam bidang keusahawanan yang mereka ceburi itu.

*(Dengan ini, saya melampirkan gambar yang ditangkap olah saya semasa temu ramah tersebut dijalankan. Terima kasih.)

Page 6: Profail Keusahawaan

Puan Tan Siew Kuan

Page 7: Profail Keusahawaan

Disediakan Oleh : Loo Siew Shen (Kumpulan 46)