produk perbankan islam

17
8/8/2019 Produk Perbankan Islam http://slidepdf.com/reader/full/produk-perbankan-islam 1/17 PRODUK-PRODUK DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM Pengenalan Perbankan Islam adalah perbankan yang menawarkan produk -produk kewangan yang berteraskan prinsip-prinsip syariah. Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan sumber undang -undang Islam sekunder yang lain seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah (ijma) , menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad). Di antara konsep-konsep syariah dalam perbankan Islam yang diaplikasi dalam pelbagai produk perbankan Islam ialah Wadiah (Simpanan) yang digunakan dalam produk -produk berasaskan deposit, Mudarabah(Perkongsian keuntungan) yang digunakan dalam produk - produk berasaskan pelaburan, Bai' Bithaman Ajil - BBA (Penjualan dengan harga tertangguh) yang diaplikasikan dalam pelbagai produk pembiayaan. Sejarah perkembangan perbankan Islam (Fiqh Muamalat ) y Bermula sejak 1400 tahun dahulu y Mengalami keruntuhan akibat tekanan firma -firma gergasi barat dan Kolonialisma y Era perbankan Islam kebangkitan bermula pada 1960 -an y Tertubuhnya bank Islam pertama di Mesir ± (1963) y Dubai Islamic Bank dibangunkan berlanda skan peraturan khas yang menjadi pemangkin perbankan Islam di Timur Tengah. y Islamic Development Bank (IDB) dilancarkan bagi memacu sekaligus mempromosi perkembangan ekonomi komuniti Islam dan negara yang terlibat. ± (18 December 1973) y Bank Islam pertama ditubuhkan di Malaysia pada 1983. y Bank Islam Malaysia Berhad yang dikawalselia di bawah Akta Perbankan Islam 1983. y Iran memperkenalkan sistem yang mengunakan keseluruhan sistem perbankan Islam y OIC mengiktiraf Takaful sebagai 100% mengikut Islam memudahkan p erkembangan Insuran Islam. y Perbankan Islam di Sudan menjadi menyeluruh. y Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) ditubuhkan ±( 1990) y The Islamic Financial Services Board (IFSB) dibangunkan di Malaysia bagi memastikan keseragaman disamping memperhebatkan industri perbankan Islam - (2002)

Upload: sharkscissors

Post on 10-Apr-2018

256 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Produk Perbankan Islam

8/8/2019 Produk Perbankan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/produk-perbankan-islam 1/17

PRODUK-PRODUK DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM

Pengenalan

Perbankan Islam adalah perbankan yang menawarkan produk -produk kewangan yang

berteraskan prinsip-prinsip syariah. Kesemua peraturan dan amalan di dalam fiqh muamalat

berasal dari Al-Quran dan Al-Sunnah dan sumber undang -undang Islam sekunder yang lain

seperti kesepakatan pendapat oleh ulama mujtahid tentang sesuatu hukum Syariah (ijma) ,

menyamakan perkara baru yang tiada nas secara analogi (qiyas) dan hasil usaha daripada

para mujtahid dalam merumuskan sesuatu hukum dan nilai melalui kaedah istinbat (ijtihad).

Di antara konsep-konsep syariah dalam perbankan Islam yang diaplikasi dalam pelbagai

produk perbankan Islam ialah Wadiah (Simpanan) yang digunakan dalam produk -produk

berasaskan deposit, Mudarabah(Perkongsian keuntungan) yang digunakan dalam produk -

produk berasaskan pelaburan, Bai' Bithaman Ajil - BBA (Penjualan dengan harga

tertangguh) yang diaplikasikan dalam pelbagai produk pembiayaan.

Sejarah perkembangan perbankan Islam (Fiqh Muamalat )

y Bermula sejak 1400 tahun dahulu

y Mengalami keruntuhan akibat tekanan firma -firma gergasi barat dan Kolonialisma

y Era perbankan Islam kebangkitan bermula pada 1960 -an

y Tertubuhnya bank Islam pertama di Mesir ± (1963)

y Dubai Islamic Bank dibangunkan berlanda skan peraturan khas yang menjadi

pemangkin perbankan Islam di Timur Tengah.

y Islamic Development Bank (IDB) dilancarkan bagi memacu sekaligus mempromosi

perkembangan ekonomi komuniti Islam dan negara yang terlibat. ± (18 December 

1973)

y Bank Islam pertama ditubuhkan di Malaysia pada 1983.

y Bank Islam Malaysia Berhad yang dikawalselia di bawah Akta Perbankan Islam 1983.

y Iran memperkenalkan sistem yang mengunakan keseluruhan sistem perbankan Islam

y OIC mengiktiraf Takaful sebagai 100% mengikut Islam memudahkan p erkembangan

Insuran Islam.

y Perbankan Islam di Sudan menjadi menyeluruh.

y Auditing Organisation for Islamic Financial Institutions (AAOIFI) ditubuhkan ±(1990)

y The Islamic Financial Services Board (IFSB) dibangunkan di Malaysia bagi

memastikan keseragaman disamping memperhebatkan industri perbankan Islam -

(2002)

Page 2: Produk Perbankan Islam

8/8/2019 Produk Perbankan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/produk-perbankan-islam 2/17

Page 3: Produk Perbankan Islam

8/8/2019 Produk Perbankan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/produk-perbankan-islam 3/17

KONSEP SYARIAH DALAM PERBANKAN ISLAM

Konsep asas Syariah adalah seperti yang berikut:

Wa i`ah (Simpanan)

Wadi`ah bermaksud kontrak menyimpan sesuatu barang atau harta sebagai amanah. Di

dalam kontrak ini, pelangganakan mendepositkan wang tunai atau aset lain sebagai

simpanan di bank. Bank akan menjamin keselamatan barang yang disimpan oleh

pelanggannya.

1) Anda mendeposit wang di bank dan bank menjamin wang tersebut akan dipulangkan

kepada anda.

2) Anda boleh mengeluarkan wang pada bila -bila masa.

3) Bank mungkin mengenakan fi sebagai caj menjaga deposit pelanggan danmembayar hibah (hadiah) jika perlu.

4) Konsep ini lazimnya diguna pakai di dalam aktiviti penyimpanan deposit, khidmat

pemegang amanah dan petisimpanan deposit.

Mu arabah (Perk ngsian keuntungan)

Mudarabah ialah suatu kontrak perkongsian keuntungan antara dua pihak, iaitu pemilik

modal dan pengusaha. Pemilik modal akan menyediakan dana bagi pengusaha untuk

ANDA BANK

1

2

Page 4: Produk Perbankan Islam

8/8/2019 Produk Perbankan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/produk-perbankan-islam 4/17

menjalankan usaha niaga dan mendapat pulangan hasil daripada jumlah dana yang

dilaburkan dalam usaha niaga tersebut berdasarkan nisbah perkongsian untung yang telah

dipersetujui. Prinsip Mudarabah boleh digunakan dalam operasi perbankan Islam dalam dua

cara: antara bank (sebagai pengusaha) dan pemilik modal dan antara bank (sebagai pemilik

modal) dan pengusaha. Kerugian yang dialami akan ditanggung oleh pemilik modal.

1) Anda menyediakan dana kepada bank setelah bersetuju dengan terma dalam

perjanjian Mudarabah.

2) Bank melaburkan dana ke dalam aset atau usaha niaga yang dipersetujui.

3) Perniagaan mungkin mengalami keuntungan atau kerugian.

4) Keuntungan akan dikongsi di antara anda dengan bank berdasarkan nisbahperkongsian untung yang telah dipersetujui.

) Kerugian akan ditanggung oleh pemilik modal. Ini akan mengurangkan nilai aset/

pelaburan dan seterusnya amaun dana yang telah anda laburkan di bank.

ANDA

1

BANK

2Pe

 

¡ ¢ £ ¤ ¡ ¥    

/

¡   set 

Ke£ ¥  

t £ ¥ ¦ ¡ ¥    / 

ke¤ £ ¦ § ¡ ¥    

 

3

4

5

Page 5: Produk Perbankan Islam

8/8/2019 Produk Perbankan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/produk-perbankan-islam 5/17

Bai¶ Bithaman Ajil ± BBA (Penjualan engan harga tertangguh)

Ini merujuk kepada jualan barangan di mana penjual membayar kepada pembeli harga

  jualan secara tangguh berserta dengan suatu margin keuntungan yang dipersetujui, sama

ada secara sekali gus atau secara ansuran.

1) Anda memilih suatu aset yang ingin dibeli.

2) Anda dapatkan pembiayaan BBA daripada bank dan berjanji akan membeli aset

tersebut pada harga jualan yang telah termasuk keuntungan.

3) Bank membeli aset tersebut daripada pemilik secara tunai.

4) Hak milik aset berpindah tangan kepada bank.

) Bank menjual aset itu kepada anda dan menyerah hak milik aset kepada anda pada

harga jualan tertangguh yang telah termasuk keuntungan.

6) Pembayaran boleh dibuat secara tangguh dan ansuran dalam suatu tempoh yang

telah dipersetujui.

ANDA

1

BANK2 & 6

Pe¨ © ©  

kan

Aset 

4

5

3

Page 6: Produk Perbankan Islam

8/8/2019 Produk Perbankan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/produk-perbankan-islam 6/17

Murabahah (K s tambah)

Seperti mana BBA, transaksi Murabahah melibatk an penjualan barangan di antara penjual

dan pembeli pada harga jualan yang telah termasuk margin keuntungan yang dipersetujui

oleh kedua-dua pihak. Bagaimanapun, dalam Murabahah, penjual mesti memaklumkan

kepada pembeli kos sebenar aset dan margin keuntungan semasa perjanjian jualan dibuat.

Musyarakah (Usaha sama)

Dalam konteks perniagaan dan perdagangan, Musyarakah merujuk pada perkongsian atau

usaha sama perniagaan untuk mendapat kan keuntungan. Keuntungan yang diperoleh akan

dikongsi oleh rakan kongsi berdasarkan nisbah yang dipersetujui yang mungkin tidak samanisbahnya dengan jumlah pelaburan yang dibuat oleh rakan kongsi. Bag aimanapun,

kerugian

Ijarah Thumma Bai¶ (Sewa beli)

Ijarah Thumma Bai¶ lazimnya digunakan dalam membiayai barangan pengguna terutamanya

pembiayaan kenderaan. Terdapat dua kontrak berasingan yang terlibat: kontrak Ijarah

(pajakan/ penyewaan) dan kontrak Bai¶ (jual beli). Kontrak -kontrak tersebut akan dimeterai

secara berasingan dengan turutan yang betul.

1) Anda memilih kereta yang ingin dibeli.

2) Anda memohon pembiayaan Ijarah untuk kereta tersebut, membayar deposit kereta

berkenaan dan berjanji

1) akan memajak kereta tersebut daripada bank setelah bank membeli kereta tersebut.

2) Bank menjelaskan pembayaran kereta berkenaan kepada penjual.3) Penjual kereta memberi hak milik kereta kepada bank.

4) Bank memajakkan kereta tersebut kepada anda.

) Anda membayar sewa Ijarah untuk satu tempoh yang telah ditetapkan.

6) Pada akhir tempoh pajakan, bank menjual kereta tersebut kepada anda pada harga

yang telah dipersetujui.

Page 7: Produk Perbankan Islam

8/8/2019 Produk Perbankan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/produk-perbankan-islam 7/17

 

Wakalah (Agensi)

Ini merupakan satu kontrak di mana seseorang (prinsipal) melantik pihak lain bagi bertindak

mewakili dirinya (sebagai ejen) untuk melaksanakan tugas -tugas khusus. Pihak yangmenerima tugas itu adalah ejen yang biasanya dibayar fi atas perkhidmata nnya.

Contoh:-

Seorang pelanggan meminta bank membuat pembayaran kepada pihak lain di bawah

syarat-syarat tertentu. Dalam hal ini, bank ialah ejen yang diberikan kuasa untuk

melaksanakan transaksi kewangan bagi pihak pelanggan dan bank akan dibayar fi

atas perkhidmatannya.

Qar (K ntrak hutang)

Di bawah perjanjian ini, pinjaman diberi untuk satu tempoh yang tetap atas semangat ihsan

dan peminjam hanya perlu membayar balik jumlah pinjaman yang sebenar sahaja. Walau

bagaimanapun, sekiranya peminjam memb ayar lebih berdasarkan budi bicaranya (tanpa

ikatan perjanjian), ia dianggap sebagai tanda penghargaan kepada pemberi pinjaman.

ANDA

1

BANK2 & 6

Penjual

ke  eta

4

5 & 7

3

Page 8: Produk Perbankan Islam

8/8/2019 Produk Perbankan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/produk-perbankan-islam 8/17

 

Contoh:-

Pemberi pinjaman meminjamkan sebanyak RM ,000 kepada peminjam berdasarkan

Qard akan mengharapkan peminjam memulangkan sebanyak RM ,000 kepadanya

kelak pada masa yang dipersetujui.

Hibah (Ganjaran)

Hibah merujuk kepada pemberian hadiah secara sukarela sebagai balasan kepada manfaat

yang diterima.

Contoh:-

Dalam simpanan yang beroperasi di bawah Wadi`ah, bank lazimnya me mbayar 

kepada penyimpan Wadi`ah hibah walaupun pemegang akaun hanya ingin membuatsimpanan mereka di bank.

PRODUK-PRODUK DI DALAM SISTEM PERBANKAN ISLAM

Bai¶ Urbun ( ) 

Suatu perjanjian jualan di mana wang cagaran dibayar terlebih dahulu sebagai sebahagian

daripada pembayaran harga aset jika kontrak berterusan hingga selesai. Wang cagaran ini

akan hilang jika pembeli tidak memenuhi kewajipan memuktamadkan pembelian aset. Wang

cagaran yang hilang dianggap sebagai hibah (/hadiah) kepada p enjual.

Bai¶ Bithaman 'Ajil ( ) 

Suatu kontrak jualan berdasarkan bayaran tertunda ( bai' nasiah/ ) dan ansuran(bai'  bit  taqsid / ( ) di dalam satu tempoh pembayaran yang dipersetujui.

Bai¶ Murabahah ( )

Suatu kontrak jualan berdasarkan tokok kos dengan kos pemerolehan dan margin

Page 9: Produk Perbankan Islam

8/8/2019 Produk Perbankan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/produk-perbankan-islam 9/17

keuntungan penjual didedahkan kepada pembeli semasa kontrak dimetrai. Biasanya,

penyelesaian harga dibuat mengikut terma pembayaran tertunda, iaitu bai¶  bithaman µ ajil.  

Bai¶ Inah ( ) 

Satu kemudahan pembiayaan yang melibatkan dua kontrak jual beli yang berasingan pada

aset yang sama dan ia boleh berbentuk dua pengaturan yang berikut:

1. Pembiaya menjual aset kepada pelanggan mengikut terma pembayaran tertunda.

Sebaik sahaja selepas itu, pembiaya membeli semula aset yang sama daripada

pelanggan secara tunai pada harga yang lebih rendah daripada jualan pembayaran

tertunda

2. Pembiaya membeli aset daripada pelanggan secara tunai. Sebaik sahaja selepas itu,

pembiaya menjual balik aset yang sama kepada pelanggan secara pembayaran

tertunda pada harga yang lebih tinggi daripada jualan tunai.

Bai¶ Dayn ( ) 

Ia merujuk pada pembelian dan penjualan instrumen hutang seperti sijil, saham, dokumen

perdagangan dan sekuriti dalam pasar an sekunder yang patuh pada kehendak Sy ariah.

Pada dasarnya, kesemua dokumen ini dikeluarkan oleh penghutang kepada pemiutang

sebagai bukti keberhutangan (syahadah al -dayn/ ) Bai¶ Day n terjadi apabila pemiutang

menjual dokumen hutang kepada pihak ketiga. H anya dokumen hutang yang terbukti benar 

(( /dayn thabit), iaitu hutang yang berpunca daripada transaksi perniagaan

"sebenar³ boleh diniagakan.

Bai¶ Istijrar ( ) 

Suatu kontrak antara pembekal dengan pelanggan di mana pembekal membeka lkan

barangan tertentu secara berterusan mengikut mod pembayaran yang telah dipersetujuisehingga mereka menamatkan kontrak tersebut. Ia sama digunakan untuk kontrak antara

pemborong dengan peruncit bagi membekalkan sejumlah aset yang telah dipersetujui.

Bai¶ Istisna¶ ( ) 

Suatu kontrak pesanan belian di mana pembeli mengarahkan penjual menyediakan aset

mengikut spesifikasi yang terdapat dalam kontrak pembelian untuk diserahkan pada suatu

Page 10: Produk Perbankan Islam

8/8/2019 Produk Perbankan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/produk-perbankan-islam 10/17

tarikh masa depan tertentu. Pembayaran harga pembelian adalah mengikut terma dan

syarat yang telah dipersetujui antara kedua -dua pihak.

Bai¶ Mu aya ah ( ) 

Jualan aset kepada orang ramai melalui proses pembidaan dalam kalangan bakal pembeli

dan aset dijual kepada pembida tertinggi. Biasanya, ia dike nali sebagai jualan lelong.

Bai¶ Salam ( )

Suatu kontrak di mana pembayaran harga dibuat sepenuhnya terlebih dahulu semasa

kontrak dimetrai supaya aset dapat diserahkan kemudian pada suatu tarikh masa depan.

Kualiti aset yang dirancang untuk dibel i perlu ditetapkan sepenuhnya tanpa meninggalkankesamaran yang boleh mendorong kepada pertikaian. Barangan yang dijual merupakan aset

biasa, bukannya emas, perak atau mata wang yang dianggap sebagai pertukaran nilai

kewangan yang tertakluk di bawah peratu ran Bai¶  al  S arf , iaitu pertukaran bersama dari

tangan ke tangan tanpa lengah. Mod pembiayaan ini sering digunakan dalam sektor 

pertanian, di mana bank mendahulukan wang bagi pembelian pelbagai input pengeluaran

bagi mendapatkan saham dalam tanaman tersebu t, yang kemudiannya dijual.

Bai¶ Wafa¶ ( ) 

Suatu kontrak dengan syarat bahawa apabila penjual membayar balik harga aset yang telah

terjual itu, pembeli memulangkan semula aset tersebut kepada penjual. Ia merupakan bai¶  

( pen jualan) dari segi bentuk (/ rahn) tetapi jaminan dari segi isi.

Dhamanah ( ) 

Suatu kontrak di mana seseorang menaja jamin tuntutan atau kewajipan yang perlu dipenuhi

oleh penghutang, pembekal atau kontraktor. Sekiranya penghutang, pembekal atau

kontraktor gagal memenuhi kewajipan mereka, penjamin wajib bertanggungjawab bagi

memenuhi kewajipan itu. Majoriti para fuqaha berpendapat bahawa dhamanah adalah

serupa dengan kafalah.

Page 11: Produk Perbankan Islam

8/8/2019 Produk Perbankan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/produk-perbankan-islam 11/17

Hiwalah ( )

Suatu kontrak pemindahan tanggungjawab hutang seorang penghutang kepada pihak

ketiga.

Ibra¶ ( ) 

Memberikan hak. Dalam urus niaga komersial, pemiutang memberikan sebahagian atau

semua haknya kepada penghutang, biasanya untuk penyelesaian awal hutang itu. Beberapa

cendekiawan ( fuqaha) berpendapat bahawa Ibra¶ adalah serupa denga n rebat.

Walau bagaimanapun, di bank -bank Islam, konsep ini digunakan dalam konteks yang lebih

luas seperti dalam pelaksanaan produk kadar terapung dengan harga jualan yang

ditetapkan.

Ijarah () 

Suatu kontrak di mana pemberi pajak (pemilik aset) menyewakan aset kepada

pelanggan/pemajak pada kadar sewa yang dipersetujui dan tempoh pajakan ditetapkan

terlebih dahulu sebelum µaqd (kontrak). Pemilikan harta tanah kekal dengan pemberi pajak,

sementara pemajak hanya memiliki hak penggunaan harta tanah t ersebut.

Ijarah Thumma Bai¶ ( ) 

Merujuk pada kontrak Ijarah (pajakan) yang akan diikuti oleh kontrak bai¶ (jualan). Di bawah

kontrak pertama, pemberi pajak menyewakan aset kepada pemajak pada kadar sewaan

yang telah dipersetujui sepanjang t empoh yang ditetapkan. Menjelang tiba tamat tempoh

pajakan, pemajak mengikat kontrak kedua untuk membeli harta tanah daripada pemilik pada

harga yang telah dipersetujui. Dalam bidang kuasa tertentu, I  jarah T humma Bai¶  digelar 

I  jarah M untahiah Bit-T amlik. 

Mu harabah ( ) 

Suatu perjanjian antara pemodal ( rabbul  mal ) yang memberi 100% modal untuk perniagaan

dengan usahawan (mudharib) yang menguruskan perniagaan dengan menggunakan

kepakarannya. Di bawah kontrak ini, keuntungan yang diperoleh akan dibahagik an antara

mereka mengikut nisbah yang dipersetujui sebelumnya, sementara sebarang kerugian akan

ditanggung sepenuhnya oleh pemodal.

Page 12: Produk Perbankan Islam

8/8/2019 Produk Perbankan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/produk-perbankan-islam 12/17

Muqasah ( ) 

Penyelesaian hutang mengikut urus niaga kontra atau tolak selesai.

Musaqah ( ) 

Kontrak pertanian di ma na pemilik tanah pertanian berkongsi pengeluaran dengan individu

lain sebagai pulangan atas khidmatnya mengairi kebun itu.

Musawamah ( ) 

Sejenis jualan am di mana terdapat tawar menawar dalam harga komoditi yang akan

didagangkan antara penjual denga n pembeli tanpa sebarang rujukan terhadap kos

perolehan yang ditanggung oleh penjual.

Musharakah ( ) 

Suatu kontrak ke arah perkongsian antara dua pihak atau lebih untuk menyumbang modal

dalam pelbagai perkadaran. Keuntungan yang dijana oleh perkongs ian dibahagikan

mengikut terma kontrak musyarakah, manakala kerugian dikongsi mengikut perkadaran

bahagian sumbangan masing -masing kepada modal.

Musharakah Mutanaqisah ( ) 

Musyarakah berkurangan; membenarkan penyertaan ekuiti dan perkongsian untung

mengikut nisbah yang ditetapkan sebelumnya, dan perkongsian kerugian mengikut bahagian

tertentu. Ini menyediakan kaedah, dengan melaluinya bank boleh terus mengurangkan

ekuitinya dalam aset itu, yang akhirnya memindahkan pemilikan aset tersebut kep ada

pelanggan/ rakan kongsi. Kontrak ini menyediakan pembayaran untuk membeli saham ekuiti

yang dipegang oleh bank, selain daripada keuntungan yang dibayar kepada bank. Secaraserentak, pelanggan membeli sebahagian daripada ekuiti bank, dari semasa ke sema sa

mengurangkannya sehingga bank tidak mempunyai ekuiti dan ini mengakibatkan

perkongsian berakhir.

Page 13: Produk Perbankan Islam

8/8/2019 Produk Perbankan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/produk-perbankan-islam 13/17

Mu ara¶ah ( ) 

Suatu kontrak pertanian di mana individu mengerjakan tanah milik individu lain dengan

mendapat pulangan mengikut bahagian hasil tanah itu. 

Qar h Hasan ( ) 

Merujuk pada pinjaman ihsan, iaitu satu kontrak pinjaman antara dua pihak tanpa caj

tambahan selain daripada pinjaman itu. Sebarang tambahan pembayaran yang dikenakan

oleh pemberi peminjam atau janji yang dibuat oleh peminjam adalah dilarang. Walau

bagaimanapun, peminjam dibenarkan membayar lebih atas budi bicara beliau sepenuhnya

sebagai tanda penghargaan.

Rahnu () 

Menjadikan aset sebagai jaminan atau cagaran terhadap hutang. Cagaran akan digunakan

untuk menyelesaikan hutang apabila penghutang ingkar. Cagaran juga akan digunakan

sebagai satu nama sejenis pinjaman dengan cagaran atau perniagaan pajak gadai.

Sarf ( ) 

Satu kontrak pembelian dan penjualan mata wang.

Sukuk ( ) 

Bon bersandarkan aset yang berstruktur mengik ut prinsip Sy ariah. S ukuk menandakan

pemilikan aset semasa mengikut kadar yang tak dibahagi. Kebanyak bon ini boleh

didagangkan dalam pasaran, bergantung pada bagaimana bon -bon ini distrukturkan; pada

tara, premium atau diskaun.

Ta¶wi h ( ) 

Pampasan yang dipersetujui oleh pihak -pihak yang mengikat kontrak sebagai pembayaran

yang boleh dituntut oleh pemiutang apabila penghutang ingkar dalam pembayaran hutang

mereka. Majlis Penasihat Syariah Bank Negara Malaysia membuat keputusan bahawa

ta¶widh boleh dikenakan atas penghutang ingkar yang gagal memenuhi tanggungjawabnya

membayar pembiayaan berdasarkan keadaan -keadaan yang berikut:

Page 14: Produk Perbankan Islam

8/8/2019 Produk Perbankan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/produk-perbankan-islam 14/17

i. Amaun ta¶widh tidak boleh melebihi kerugian sebenar yang ditanggung oleh

pembiaya;

ii. Penentuan pampasan dibuat oleh pih ak ketiga, iaitu Bank Negara Malaysia; dan

iii. Keingkaran atau penangguhan bayaran disebabkan oleh kelalaian di pihak

penghutang.

Ta lis al-µaib

 

Tindakan penjual yang dengan sengaja menyembunyi kecacatan (kerosakan) barangan

yang jelas dilarang oleh Syariah.

Takaful

 

Insurans patuh Sy ariah, iaitu satu pelan perlindungan berdasarkan kehendak Sy ariah 

(konsep saling berkongsi dan melindungi antara satu sama lain melalui sumbangan kepada

satu kumpulan dengan mengambil kelebihan kumpulan yang besar).Seseorang individu itu

akan menjadi peserta dengan melaksanakan kontrak tabarru dan membuat sumbangan

penyertaan ( tabarru) ke dalam dana takaful umum di mana beliau membenarkan

carumannya digunakan bagi membantu peserta -peserta lain apabila mereka ditimpa

musibah yang tertentu. Kontrak komersial mudharabah dan wakalah digabungkan ke dalam

kontrak tabarru¶  bagi meningkatkan saiz dana takaful.

Tanajush () 

Suatu konspirasi antara penjual dengan pembeli di mana penjual sanggup menjual aset

pada harga yang lebih tinggi daripada harga pasaran. Ini dilakukan supaya pihak lain akan

terburu-buru untuk membeli aset itu pada harga yang lebih tinggi, dan hasilnya pen jual

mendapat keuntungan yang besar. Kegiatan ini sememangnya jelas dilarang oleh Sy ariah.

Tawarruq () 

Ia merupakan pembelian satu komoditi (iaitu, kandungan tawarruq) berasaskan perbayaran

tertunda, sama ada secara bai' musawamah atau bai¶ murabahah. Kemudiannya, komoditi

itu dijual secara tunai kepada pihak lain selain daripada penjual asal. Dalam pembiayaan

peribadi, seseorang pelanggan membeli satu komoditi daripada bank berasaskan

pembayaran tertunda dan dengan segera menjual semula komod iti itu kepada pihak ketiga

Page 15: Produk Perbankan Islam

8/8/2019 Produk Perbankan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/produk-perbankan-islam 15/17

untuk mendapatkan wang tunai (wariq). Dengan cara ini, pelanggan boleh mendapatkan

wang tunai tanpa mengambil pinjaman berasaskan faedah.

Ujrah () 

Suatu pembayaran untuk manfa¶ah, iaitu usufruk atas penggunaan harta benda or ang lain.

Istilah lain yang berkaitan dengan ujrah ialah ajr (jamak ujur ) yang merujuk pada

pembayaran untuk sesuatu perkhidmatan. Ujrah juga berhubung kait dengan gaji, upah,

bayaran, fi, caj, pendaftaran, honorarium, ganjaran, anugerah dan lain -lain.

µUqu Ishtirak ( ) 

Kontrak penyertaan atau perkongsian.

µUqu Mua¶wa at ( )

Kontrak pertukaran.

µUqu Tabarru¶at ( ) 

Kontrak hadiah atau derma.

Wa ¶ah ( ) 

Jagaan selamat. Asalnya, jagaan selamat dirujuk sebagai wadi¶ah y ad amanah, iaitu jagaan

pemegang amanah. Menurut Sy ariah penjaga pemegang amanah mempunyai

tanggungjawab untuk menjaga harta tanah yang dipegang badan amanah. Wad¶ah y ad  

amanah berubah kepada wadi¶ah yad dhamanah (jagaan terjamin) apabila penjaga

pemegang amanah mencabuli syarat untuk melindungi harta benda itu. Kemudian, beliau

(penjaga) perlu menjamin harta benda tersebut.

Wakalah () 

Suatu kontrak pelantikan ejen di mana seseorang individu melantik seseorang yang lain

untuk bertindak bagi pihak beliau.

Page 16: Produk Perbankan Islam

8/8/2019 Produk Perbankan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/produk-perbankan-islam 16/17

Waqf ( ) 

 Amanah endowmen dan khairat yang diwujudkan untuk tujuan yang berkaitan dengan Islam

(biasanya untuk pendidikan, masjid, atau untuk orang miskin). Waqf melibatkan tambatan

harta benda untuk selama-lamanya supaya harta itu tidak boleh dijual, diwarisi, atau

didermakan kepada sesiapa.

Page 17: Produk Perbankan Islam

8/8/2019 Produk Perbankan Islam

http://slidepdf.com/reader/full/produk-perbankan-islam 17/17

Bibli grafi

 Anony mous. (2010). Bank islam¶s products and services. Sy ariah k nowledge c enter  

Pencarian pada 20 Ogos 2010 daripada laman sesawang

http://www.bankislam.com.my/bimb_pdf/Shariah_Booklet.pdf 

 Anony mous. (2009). Panduan anda mengenai konep asas dan amalan perbankan Islam.

 A pakah  perbankan I slam. Pencarian pada 20 Ogos 2010 daripada laman sesawang  

http://www.bankinginfo.com.my/_system/media/downloadables/islamic_banking.pdf 

 Anony mous. (2010). Istilah Kewangan Islam sebagai Panduan Anda. Rujukan

Pencarian pada 21 Ogos 2010 daripada laman sesawang

http://bm.bankislam.com.my/Istilah_Kewangan_Islam_sebagai_Panduan_Anda.

aspx

 Anony mous. (2008). Islamic Banking Products. Pencarian pada 23 Ogos 2010 daripada

laman sesawang

http://www.qib.com.qa/english/site/topics/static93bd.html?cu_no=1&lng=0&template

 _id=329&temp_type=42&parent_id=328

 APPLICATION OF SHARIAH CONTRACTS INWan Jemizan Wan Deraman. (2009). Perbankan islam dan prestasinya kini

Pencarian pada 21 Ogos 2010 daripada laman sesawanghttp://khairulbukhari.blogspot.com/2010/01/perbankan -islam-dan-prestasinya-

kini.html