risiko kredit dalam perbankan islam

23
PROJEK TAHUN AKHIR Risiko Kredit Dalam Perbankan Islam (Kes Di Malaysia) Bab 1: Pendahuluan Nama Pelajar: Nur Ain Nazirah Binti Md Noor Fatin Khairunnisa Binti Azhar Nama Penyelia: Dr Zakaria Bin Bahari

Upload: nur-ain-nazirah

Post on 20-Jul-2016

76 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

.

TRANSCRIPT

Page 1: risiko kredit dalam perbankan islam

PROJEK TAHUN AKHIRRisiko Kredit Dalam Perbankan Islam

(Kes Di Malaysia)Bab 1: Pendahuluan

Nama Pelajar:

Nur Ain Nazirah Binti Md Noor

Fatin Khairunnisa Binti Azhar

Nama Penyelia:

Dr Zakaria Bin Bahari

Pengenalan

Page 2: risiko kredit dalam perbankan islam

Pada lewat tahun 1970 dan awal tahun 1980 berlakunya peningkatan kadar faedah yang

mendadak di Amerika. Fokus utama pengawal selia di Amerika adalah pada risiko kadar faedah

dan lambakan peminjam yang gagal membayar dalam kalangan bank-bank dan bukan bank serta

Institusi pinjaman. Keadaan ini juga turut melanda bahagian Asia tenggara semasa krisis di Asia

yang bermula dengan kejatuhan matawang Thailand pada 7 Julai 1997 dan bersambung hampir

dua tahun berikutnya. Tindakbalas pertama yang dilakukan oleh Bank Pusat adalah dengan

menaikkan kadar faedah dan menurunkan nilai mata wang dengan mendadak. Akibatnya,

Institusi kewangan dan peminjam korporat terpaksa membayar dengan kadar faedah yang

sepadan. Dalam konteks ini, telah difahami bahawa risiko kadar faedah adalah kawal setia yang

utama dan fokus pengurusan di kebanyakkan Negara.

Secara relatifnya, walaupun jelas dari institusi kewangan bahawa sejarah keingkaran

(history default) menunjukkan risiko kredit merupakan kajian yang sangat penting seperti yang

ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Semasa penghujung perang dunia ke dua hingga pertengahan 1990-an, tiada bank di

Jepun mengalami keingkaran membayar hutang. Pada awal 1990-an hingga sekarang, kadar

faedah di Jepun berada dalam keadaan tren menurun yang agak stabil, persekitaran kadar faedah

yang sangat baik untuk bank-bank. Walaubagaimanapun tiga daripada 20 bank-bank utama di

Jepun dinasionalisasikan pada akhir tahun 1998: Hokkaido, Takushoku Bank, Long Term Credit

Bank of Japan dan Nippon Credit Bank. Ini telah disahkan dalam satu kajian pada tahun 1995

oleh Lembaga Gabenor Rizab Persekutuan, yang mana menggunakan kaedah statistik lanjutan

untuk menghasilkan indek amaran awal daripada kegagalan Bank. Sistem Pemantauan Institusi

Kewangan dibangunkan oleh badan Rizab Persekutuan untuk mendapatikan pembolehubah-

pembolehubah yang mempengaruhi risiko kredit.

Oleh itu wajarlah risiko kredit perlu diberi perhatian, dikaji dan diuruskan dengan lebih

cekap. Hal ini adalah kerana, risiko kredit adalah antara perkara yang perlu ditekankan dalam

sistem perbankan dan firma secara keseluruhannya dan mengkaji hubungan antara

pembolehubah yang menyebabkan peningkatan risiko kredit dengan menggunakan proksi yang

sesuai seperti pinjaman tak berbayar (ptb).

Page 3: risiko kredit dalam perbankan islam

Latar Belakang Kajian

Page 4: risiko kredit dalam perbankan islam

1.1: Sejarah Penubuhan Perbankan Islam Di Malaysia

Apabila membicarakan tentang sistem perbankan Islam, secara tak langsung ia akan melibatkan

prinsip transaksi yang berlandaskan Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa transaksi Islam

telah dipraktikkan di Tanah Melayu seawal abad ke-16 lagi. Prinsip ini dapat dilihat dengan jelas

dalam undang-undang Melaka.1 Apa yang jelasnya adalah, kebanyakkan negeri ketika zaman

sebelum kemerdekaan turut dipengaruhi oleh undang-undang Melaka termasuklah yang

melibatkan aspek transaksi Islam sama ada secara langsung atau tidak langsung.2 Pelaksanaan

undang-undang Islam di negeri-negeri tersebut berterusan sehinggalah campur tangan Inggeris.3

Walau bagaimanapun, undang-undang Melaka tidak banyak menyentuh perkara yang berkaitan

dengan muamalat. Ia hanya dinyatakan dalam beberapa fasal sahaja iaitu bermula dari fasal 29

hingga fasal 34.2.4 Namun apa yang menarik, ia ada memperuntukkan dalam satu fasal tentang

larangan riba’ dalam soal jual-beli atau pertukaran iaitu dalam fasal 30 yang menyentuh undang-

undang tentang penjualan dan larangan terhadap riba’ (usury) dalam urusniaga.

Satu lagi bukti pemakaian prinsip transaksi Islam adalah amalan jual janji (conditional sale).

Salleh Buang menyifatkan jual janji menyerupai prinsip transaksi Islam yang dikenali sebagai al-

bay’ al-wafa’5 iaitu jualan dengan pilihan untuk membeli balik.6 Masyarakat Melayu

terutamanya para petani di Kedah, Perlis, Utara Perak dan Kelantan sebelum zaman prapenjajah

lagi telah mengamalkannya.7 Amalan tersebut diamalkan kerana mereka tidak mahu terlibat

dengan pembiayaan pinjaman yang berasaskan bunga yang diuruskan oleh institusi ceti haram

pada waktu berkenaan.8

1 Mahmood Zuhdi Abdul Majid (1997), Undang-undang Islam di Malaysia, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, hal. 482 Antara undang-undang Kedah, Undang-undang Pahang dan Undang-undang Sembilan puluh Sembilan. Abu Hassan Mohd Adam (1973) dan Dewan Bahasa Pustaka, hal 149-150].3 Abu Bakar Abdullah (1986), Ke arah perlaksanaan Undang-undang Islam di Malaysia: Masalah dan Penyelesaiannya, Kuala Lumpur: Pustaka Damai, hal. 584 Hamid Jusoh (1992), Kedudukan Undang-Undang Islam Dalam Perlembagaan Malysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka, hlm. 525 Dari sudut bahasa al-bay’ ialah jual beli dan al-Wafa’ beerti pelunasan atau penunaian hutang. Ulama’ mentakrifkan ia sebagai jual beli yang dilakukan oleh dua pihak yang terdapat syarat bahawa barangan yang diakadkan itu boleh dibeli semula oleh penjual apabila tamat tempoh masa tertentu yang dipersetujui bersama. Dalam tempoh itu juga, pembeli boleh mengguna barang tersebut (misalnya tanah). Jika tempoh yang dijanjikan penjual gagal untuk membeli semula hartanya, ia akan berpindah milik kepada pembeli. [Joni Tamkin Borhan (2001), op. cit., hal. 138-139]6 Salleh Buang (1989), The Law of Property in Malaysia : Prospect For Islamisation, International Islamic University Malaysia Journal, Vol. 1(1), hal. 987 Norhasyimah Mohd Yassin (1996), Islamisation / Malaynisation : A Study in the Roles of Islamic Law in the Economic Development of Malaysia 1963-1993, Kuala Lumpur : A.S Noordeen, hal. 2648 Joni Tamkin Borhan (2005), Pelaksanaan Prinsip-Prinsip Syariah Dalam Amalan Perbankan Islam di Malaysia, dlm Abdullah Alwi Hj Hassan (Ed.), Teori dan Aplikasi Kontemporari Sistem Ekonomi Islam di Malaysia, Kuala Lumpur : Utusan Publication, hal. 42

Page 5: risiko kredit dalam perbankan islam

Budaya akad jual janji telah mendapat perhatian dalam perundangan oleh hakim-hakim Inggeris

dalam keputusan yang dibuat. Dalam kes Tengku Zaharah menentang Che Yusuf 9, Hakim

Briggs memutuskan bahawa tujuan transaksi jual janji ialah untuk mendapatkan kemudahan

kredit (hutang) dan memberikan kepada pemberi pinjaman (pemberi tanah) bayaran gantirugi

yang sepadan tanpa terlibat dengan amalan bunga (usury) yang mana orang Islam dilarang

terlibat dengannya.10

Dapat dirumuskan bahawa ketika zaman sebelum kedatangan penjajah sememangnya tidak

wujud satu sistem perbankan Islam yang komprehensif. Malah sebuah institusi perbankan Islam

yang khusus juga masih belum wujud. Masyarakat ketika itu hanyalah mempraktikkan transaksi-

transaksi ringkas dalam urusan harian mereka seperti jual beli, sistem tukar barang (barter), jual

janji dan lain-lain. Walau bagaimanapun, setelah kedatangan penjajah Barat pada abad ke-19,

barulah sistem perbankan mula diperkenalkan.

Institusi perbankan pertama sekali di Malaysia ialah ‘The Chatered Merchant Bank Of India,

London dan China’ yang telah ditubuhkan oleh penjajah Inggeris pada tahun 1859. Bank ini

diwujudkan untuk membiayai aktiviti perlombongan dan perindustrian serta menawarkan

beberapa kemudahan kewangan bagi perdagangan antarabangsa serta kemudahan lain pada masa

itu.11 Namun, ketika itu masih belum wujud satu institusi yang khusus mengaplikasikan konsep

sistem perbankan Islam di Malaysia.

Idea penubuhan perbankan Islam di Malaysia berlangsung secara beransur-ansur. Penubuhannya

adalah hasil daripada pengalaman yang dilalui oleh beberapa institusi kewangan Islam lain di

Malaysia.12 Institusi yang pertama sekali yang mengamalkan konsep transaksi Islam ialah

Lembaga Tabung Haji (LTH) atau sebelum ini dikenali sebagai Perbadanan Wang Simpanan

Bakal-Bakal Haji.13 Ia ditubuhkan pada tahun 1969 dan berfungsi untuk membolehkan orang-

orang Islam menyimpan wang secara beransur-ansur bagi memenuhi perbelanjaan menunaikan

9 (1951) 1 MLJ10 Norhasyimah Mohd Yasin, op. cit., hal. 26511 Maysami, R.C & Valarie Low (1998), One Country Two System : Banking in Malaysia, Journal in Business Law, hal. 23312 Zamri bin Hassan (2002), Islamic Banking : Its Legal Impediments and Reformation With Special reference to Malaysia, Law Majalla, Jil. 1, hal. 9613 Ia merupakan usaha kerajaan yang menerima kertas kerja yang bertajuk ‘Rancangan membaiki ekonomi bakal-bakal haji’ oleh Prof. Diraja Ungku Aziz. Ia mengandungi cadangan supaya menubuhkan institusi kewangan untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi bakal haji dan operasinya berdasarkan kepada konsep pelaburan dan keuntungan berlandaskan Islam. [Mohd Lokman Abdul Mutalip (2006), Islamic Banking : Growth and Institutional Framework, dlm M. Fazilah Abdul Samad (Ed.), The Malaysian Financial System An Overview, Kuala Lumpur : Universiti Malaya, hal. 6]

Page 6: risiko kredit dalam perbankan islam

fardhu haji dan melibatkan diri dalam bidang penanamann modal dalam lapangan perusahaan,

perdagangan, dan hartanah melalui cara yang halal di sisi Islam.14

Seterusnya, ekoran kejayaan penubuhan bank-bank Islam di beberapa buah Negara seperti di

Qatar, Mesir, Pakistan dan Iran maka, umat Islam di Malaysia juga telah menyuarakan hasrat

supaya bank Islam ditubuhkan di Negara ini.15 Malah penulis berpandangan perkembangan

perbankan Islam pada akhir kurun ke-19 dan awal kurun ke-20 adalah kesan dari proses

Islamisasi yang berlaku hasil daripada tokoh-tokoh reformis Islam16 ketika itu yang memberi

impak pada masyarakat Islam untuk mengamalkan ajaran Islam secara menyeluruh dalam

kehidupan mereka meliputi soal politik, sosial dan ekonomi.17 Maka kerana itulah juga wujud

gelombang pembaharuan dalam kalangan umat Islam untuk menubuhkan satu sistem perbankan

Islam.

Oleh itu di Malaysia, beberapa pihak telah menyeru kerajaan supaya menubuhkan sebuah bank

Islam dan meminta kerajaan mengambil tindakan segera bagi menggubal undang-undang bagi

membolehkan penubuhan bank dan institusi kewangan yang beroperasi berlandas prinsip

Islam.18 Maka pada 30 Julai 1981, kerajaan telah melantik Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan

Bank Islam (National Steering Committee) yang dipengerusikan oleh YM Raja Tan Sri Mohar

bin Raja Badiozaman dan Lembaga Tabung Haji (LTH) dilantik sebagai urusetia.19

Pada bulan Julai 1982, jawatankuasa tersebut telah menyerahkan laporan mereka pada kerajaan.

Di samping, mencadangkan satu kerangka asas untuk sistem perbankan Islam di Malaysia, ia

juga membuat beberapa cadangan untuk perlesenan dan penyeliaan serta pengawasan sebuah

14 Joni Tamkin Borhan (2005), op. cit., hal. 4415 Ibid.16 Antara tokoh reformis yang mengislamisasikan dunia ialah seperti Hamaluddin al-Afghani (1839-1897), Muhammad Abduh (1849-1905), Rashid Rida (1865-1935), Muhamad Iqbal (1875-1938), Hassan al-Banna (1906-1949), Sayid Qutb (1906-1966) dan Abu A’la al-Maududi (1903-1979)17 Mohd Lokman Abdul Mutalip, op. cit.18 Seruan tersebut hasil daripada resolusi yang diluluskan daripada Kongres Ekonomi Bumiputera pada 1980 dan satu seminar bertajuk ‘Seminar Kebangsaan Konsep Pembangunan Dalam Islam’ yang diadakan di Universiti Kebangsaan Malaysia pada Mac 1981 [Joni Tamkin Borhan (2001), op. cit., hal. 141; BIMB, op. cit., hal. 3 ; Sudin Haron, op. cit., hal. 20]19 BIMB, op. cit., hal. 4

Page 7: risiko kredit dalam perbankan islam

bank Islam.20 Akhirnya bagi membuka jalan untuk penubuhan bank Islam di Malaysia, kerajaan

telah meluluskan Akta Bank Islam 1983 (ABI) 21 dan mula berkuatkuasa pada 7 April 1983.22

Dengan penggubalan Akta Bank Islam 1983, maka Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) telah

ditubuhkan pada Julai 1983 sebagai bank Islam pertama di Malysia dan diperbadankan di bawah

Akta Syarikat 1965.23 Objektif utama penubuhannya ialah untuk berusaha menjalankan operasi

sebagai bank perdagangan berlandaskan hukum syarak dan menyediakan kemudahan kepada

semua rakyat Negara ini.24 Seperti bank-bank lain, Bank Negara Malaysia (BNM) diberi kuasa di

bawah Akta Bank Islam untuk mengawal selia bank Islam.

Sejajar dengan prinsip dan matlamat BNM untuk merealisasikan sistem perbankan Islam di

seluruh Malaysia, Skim Perbankan Tanpa Faedah (SPTF) telah diperkenalkan pada Mac 1993.

Melalui skim ini, institusi perbankan konvensional dibenarkan menawar produk dan prasarana

yang sedia ada termasuk kakitangan dan cawangan.25 Untuk permulaan, skim ini dianggap satu

printis yang melibatkan tiga buah bank.26

Pada tahun 1998, BNM telah menjalankan satu kajian semula terhadap perbankan Islam dan

mendapati penggunaan istilah “SPTF” dengan “Skim Perbankan Islam (SPI)” berkuatkuasa 1

Disember 1998.27 Perkembangan Sistem Perbankan Islam semakin berkembang apabila pada 1

Oktober 1999, sebuah lagi Bank Islam bernama Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB)28

ditubuhkan. Bank ini dianggap sebagai bank Islam kedua di Malaysia yang muncul bagi

20 Zamri bin Hassan, op. cit., hal. 9721 Akta 276 [Dalam bahasa Inggeris disebut Islamic Banking Act 1983 (IBA) ]22 Sudin Haron, op. cit., hal. 2123 Ibid. ; Hussin Salamon (2004), The Islamic Banking System in Malaysia : Concept, Operation, Challenges and Prospects, dlm Bala Shanmugam & Vignesen Perumal & Alfieya Hanuum Ridzwa, Islamic Banking : An Internatinal Perspective, Selangor : Universiti Putra Malaysia Press, hal. 76 ; al-Omar, Fuad & Mohamed Abdel Haq, op. cit., hal. 85 ; BNM (1984), Money and Banking in Malaysia, Kuala Lumpur : Bank Negara Malaysia, hal. 191 ; Zainal Amin Ayub, Mohammad Azam Hussain, Nurretina Ahmad Shariff & Hassan Ali, op. cit., hal. x24 BNB (1999), Bank Negara Malaysia dan Sistem Kewangan di Malaysia Perubahan Sedekad 1989-1999, Kuala Lumpur : Bank Negara Malaysia, , hal. 5 ; Sudin Haron, op. cit., hal. 2225 BNM (1999), op. cit., hal. 275 ; al-Omar, Fuad & Mohamed Abdel Haq, op. cit., hal. 86 ; Ab. Mumin Ab. Ghani, op. cit., hal. 335-34026 Bank tersebut ialah Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB), United Malayan Banking Corporation (UMBC) dan Malayan Banking (Maybank). Bagi menyertai skim ini, bank tersebut perlu mematuhi keperluan skim ini seperti menubuhkan Unit Perbankan Islam yang diketuai seorang pegawai kanan bank beragama Islam, mewujudkan Dana Perbankan Islam, membuka akaun semasa atau penyelesaian yang berasingan bagi operasi perbankan Islam di BNM, mendaftar sebagai ahli tidak langsung di dalam sistem pembayaran SPEEDS (RENTAS) dan mematuhi sistem penjelasan cek yang berasingan bagi perbankan Islam. Bank juga perlu menyediakan lejar am yang berasingan bagi perbankan Islam.27 BNM, op. cit., hal. 27628 Bank ini ditubuhkan hasil penggabungan Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) dan Bank of Commerce Malaysia Berhad yang akhirnya melahirkan Bumiputera-Commerce Bank Berhad dan Bank Muamalat Malaysia Berhad

Page 8: risiko kredit dalam perbankan islam

memperkukuhkan sektor perbankan Islam untuk memenuhi pertambahan permintaan masyarakat

terhadap perkhidmatan perbankan Islam.29

Dapat dirumuskan di sini bahawa perkembangan sistem Perbankan Islam di Malaysia adalah

berdasarkan dua bentuk utama iaitu institusi Perbankan Islam secara menyeluruh seperti BIMB

dan BMMB. Seterusnya, wujudnya institusi Perbankan Konvensional yang menyertai SPI yang

diperkenalkan kerajaan.30 Oleh itu, sistem Perbankan Islam di Malaysia semakin berkembang

dari masa ke semasa. Ini juga selaras dengan aspirasi kerajaan bagi menjadikan Malaysia sebagai

hub Perbankan dan Kewangan Islam yang terulung di dunia.

1.2: Perkembangan Perbankan Islam Di Malaysia

Sistem Muamalah Islam pada hakikatnya telah bermula sejak zaman Rasulullah s.a.w. Namun

model perbankan yang kita fahami hari ini merupakan perkara yang asing jika dibandingkan

dengan urus niaga tradisional Muamalah Islam. Apabila dibandingkan dengan perbankan yang

29 Joni Tamkin Borhan (2005), op. cit., hal. 5030 Terdapat juga beberapa penulis meletakkan bentuk yang ketiga diamalkan oleh institusi perbankan Islam di Malaysia iaitu pasaran wang antara bank Islam. [Awang Adek Husin (2000), Islamic Financial Lanscape in Malaysia, Kertas Kerja dibentangkan dalam Seminar Ekonomi Islam di Abbad ke-21, Kuala Lumpur, 9-12 Ogos 2000, hal. 1 ; Sudin Haron, op. cit., hal. 22]

Page 9: risiko kredit dalam perbankan islam

lain, bank merupakan suatu institusi perantara (financial intermediary) yang mengumpulkan

dana-dana orang awam atau dikenali sebagai deposit untuk disalurkan pada pelanggan-pelanggan

yang memerlukan pembiayaan sama ada untuk kegunaan syarikat atau kegunaan peribadi.

Sistem kewangan dan perbankan Islam di Malaysia telah menunjukkan perkembangan dan

peningkatan yang agal memberangsangkan. Sebelum tahun 1993, Malaysia mempeunyai sebuah

bank Islam diikuti 36 cawangan yang terhad. Namun, setelah kerajaan memperkenalkan dan

menyokong Skim Pinjaman Tanpa Faedah (SPTF) yang di mana menyebabkan perbankan Islam

memperoleh hampir 2,500 cawangan bank Islam, bank perdagangan, bank saudagar dan syarikat

kewangan. Industri kewangan Islam kini diperkukuhkan lagi apabila institusi perbankan

konvensional yang menawarkan SPI diberi pilihan untuk mengubah operasi SPI mereka pada

sebuah bank Islam sepenuhnya.

Pada tahun 2008, pendapatan yang dijana oleh industri perbankan Islam mencatat pencapaian

yang sangat memberangsangkan. Perbankan Islam (PI) memperoleh pendapatan kasar mlebihi

RM9 billion dan kini aset PI telah menghampiri RM300 billion. Bagi menjamin pematuhan

Syariah, semua bank Islam perlu menubuhkan Jawatankuasa Syariah bagi membimbing hal-hal

Syariah dan memastikan bahawa fungsi bank tersebut adalah mematuhi kehendak Syariah. Selain

itu, majlis penasihat Syariah iaitu badan Syariah tertinggi yang ditubuhkan di BNM diwujudkan

bagi memastikan keseragaman pendapat dan amalan.31

Justeru, kajian ini disediakan untuk menganalisis faktor-faktor yang menentukan risiko kredit

dalam Perbankan Islam. Bersandarkan objektif di atas, kajian memulakan perbincangan dengan

menelusuri sejarah perkembangan Sistem Perbankan Islam masa kini, krisis ekonomi dunia, aset

dan liability Perbankan Islam sebelum berfokus pada salah satu risiko terbesar yang dihadapi

oleh kebanyakkan perbankan termasuklah perbankan Islam iaitu “risiko kredit” yang juga

dikenali sebagai risiko pinjaman.

Krisis Ekonomi dan Kesan terhadap Perbankan Islam

Krisis kewangan yang bermula seawal pertengahan tahun 2007 yang melibatkan gergasi

ekonomi dunia iaitu Amerika Syarikat dan kebanyakan Negara-negara Barat di Eropah

sebenarnya masih memberi kesan sehingga hari ini. Krisis yang dianggap oleh para sarjana

31 http://www.takaful-ikhlas.com.my/malay/gui/pdf/perbankan_islam_dan_prestasinya_kini.pdf

Page 10: risiko kredit dalam perbankan islam

ekonomi dunia sebagai krisis terburuk selepas “The Great Depression” pada tahun 1930an itu

bukan sahaja meruntuhkan banyak institusi perbankan berkapasiti mega seperti Nothern Rock,

Bear Stearns, IndyMac Bank dan Washington Mutual bahkan memberi kesan kepada jutaan

penduduk Amerika dan Eropah. Krisis ini merebak ke Eropah hingga akhirnya bertukar menjadi

suatu malapetaka ekonomi terburuk yang turut memberi impak yang serius terhadap kestabilan

ekonomi global. Negara-negara yang membangun juga menerima tempiasnya kerana

kebergantungan pada pelaburan langsung asing, urus niaga kredit dan perdagangan antarabangsa

dengan Negara-negara yang dilanda krisis kewangan ini.

Krisis kewangan global ini telah memberikan impak besar terhadap Walaupun institusi

perbankan Islam telah bermula seawal 1970an lagi, hanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini

sahaja masyarakat dunia mulai memberi perhatian serius terhadap sistem berasaskan Syariah

yang bebas daripada riba dan unsur-unsur penyelewengan lantaran kemelut dan krisis yang

melanda sistem kewangan konvensional ketika ini. Pelbagai persoalan mulai bermain dan

melingkari benak pemikiran masyarakat kewangan dan ekonomi antarabangsa tentang apakah

keistimewaan dan kekuatan sistem perbankan Islam yang menjadikan mereka seolah-olah begitu

teguh apabila berhadapan dengan krisis kewangan yang terburuk pernah dialami oleh negara-

negara maju di dunia pada abad ini.

Krisis kewangan global yang bermula dengan krisis hutang sub-prima di Amerika Syarikat yang

diburukkan lagi dengan pelbagai inovasi instrumen-instrumen kewangan berasaskan terbitan

seperti Collateralised Mortgage Obligations (CMO), Collateralised Debt Obligations (CDO) dan

Credit Default Swap (CDS) telah mendedahkan kepincangan dan kelemahan struktur kewangan

antarabangsa. Setelah apa yang berlaku, ramai pakar-pakar ekonomi dan kewangan antarabangsa

mulai sangsi terhadap struktur kewangan dunia yang berteraskan riba ini. Pada masa yang sama

mereka mulai mengkaji bagaimanakah untuk membangunkan sistem alternatif yang lebih ampuh

dan stabil.

Yang jelas, sistem kewangan yang dipandu oleh Syariah lebih diberkati Allah. Mengikut laporan

yang dikeluarkan oleh tiga badan antarabangsa iaitu Islamic Financial Services Board (IFSB),

Islamic Research and Training Institute (IRTI) dan Bank Pembangunan Islam (IDB) pada April

2010, sektor kewangan Islam secara umumnya dilihat lebih stabil dan kental menghadapi krisis

kewangan global. Bukan itu sahaja, perbandingan yang dijalankan di antara 10 buah bank Islam

Page 11: risiko kredit dalam perbankan islam

terbesar dengan 10 buah bank konvensional terbesar, didapati bahawa peningkatan dari segi aset,

ekuiti dan keuntungan bersih jelas menyebelahi institusi perbankan Islam. Malah modal pasaran

secara gabungan antara 10 bank terbesar (combined market capitalisation) konvensional merosot

teruk sehingga 42.8% berbanding bank-bank Islam yang hanya mengalami kejatuhan sebanyak

8.5%.

Kebanyakkan pengkaji percaya bahawa prinsip Islam yang diamalkan dalam Perbankan

Islam seperti pengurusan yang beretika dan larangan menjual aset yang bukan dimiliki telah

menyelamatkan Perbankan Islam dari krisis ekonomi (Maher dan Jemma Dridi, 2010). Dakwaan

ini juga disokong oleh ramai pengkaji yang membuat kajian dengan cara membandingkan antara

prestasi dan keuntungan Perbankan Islam berbanding Bank Konvensional.

Seterusnya, kajian yang dibuat oleh Aniss Boumediene dan Jerome Caby (2009) yang

tertumpu pada aspek keuntungan dan pulangan. Mereka mendapati bahawa, pulangan Bank

Konvensional adalah tidak menentu berbanding Perbankan Islam. Ini kerana, konsep yang

digunakan Perbankan Islam lebih bersifat harmoni dan juga konsep perkongsian untung rugi

yang digunakan. Oleh itu, wajarlah pengurusan aset dan liability sangat penting dalam Perbankan

Islam untuk menghadapi cabaran dunia perbankan yang sudah sekian lama dipelopori oleh

sistem berasaskan riba.

Aset dan liabiliti

Pengurusan aset-liabiliti dalam sesebuah bank adalah amat signifikan, yang akan menentukan

survival masa hadapannya. Terutamanya, apabila berdepan dengan sebarang keadaan luar jangka

secara tiba-tiba.

Page 12: risiko kredit dalam perbankan islam

Asasnya, melibatkan dua komponen utama iaitu penjanaan dan penggunaan dana. Secara lebih

khusus lagi, melibatkan perancangan strategik, pelaksanaannya, dan proses mengawal yang

mempengaruhi jumlah, tempoh kematangan, kadar sensitiviti, keuntungan, kualiti, dan kecairan

aset dan liabiliti bank. Matlamat utama pengurusan aset-liabiliti adalah untuk menghasilkan

kualiti dan aliran stabil dana serta peningkatan pendapatan faedah bersih. Ianya dapat dicapai

melalui kombinasi aset, liabiliti, dan risiko kewangan pada tahap yang optimum.

Timbulnya risiko dalam aset-liabiliti adalah disebabkan wujudnya perbezaan dari segi

kematangan dan syarat portfolio pihak bank yang melibatkan aset dan liabilitinya. Secara

teorinya, bank-bank Islam harus terdedah secara minima kepada ketidakpadanan aset-liabiliti.

Oleh itu, risikonya lebih kepada tempoh pegangan ekuiti, berbanding perbankan konvesional.

Sebenarnya, ianya satu kelebihan perbandingan (comparative advantage) yang berakar umbi

pada struktur ‘pass-through’ yang dimiliki oleh bank Islam, yang bertindak sebagai agen bagi

pihak pelabur-pendeposit dan menyerahkan semua keuntungan dan kerugian yang diperolehi

kepada mereka. Di samping itu, ciri-ciri perkongsian risiko, di mana bank mengambil bahagian

dalam risiko perniagaan perbankan, memainkan peranan yang penting. Disiplin pasaran

langsung, salah satu daripada tiga tunggak utama baru-baru ini ditekankan oleh “Basel

Committee on Banking Supervision” dalam meningkatkan kestabilan pasaran kewangan

antarabangsa.

Pada teorinya, dalam keadaan sebarang kejutan negatif (negative shock) kepada pulangan aset

Bank Islam, ianya akan diserap oleh kedua-dua pemegang saham dan pelabur-pendeposit.

Sementara itu, pendeposit dalam sistem konvensional mempunyai satu tuntutan tetap (fixed

claim) terhadap pulangannya kepada aset.

Bagi pemegang akaun pelaburan yang berasaskan perkongsian keuntungan, pemegang sahamnya

akan terdedah kepada risiko kehilangan semua atau sebahagian daripda pelaburan awal mereka.

Dengan itu, aset dan liabiliti dapat dipadankan kesan daripada struktur 'pass-through' tersebut.

Dalam amalan, bagaimanapun, perkongsian risiko dan "pass-through" ciri-ciri yang tidak

sepenuhnya diikuti. Sebagai contoh, bukannya tegas berkongsi keuntungan dan kerugian dengan

Page 13: risiko kredit dalam perbankan islam

pendeposit, bank mengagihkan keuntungan, walaupun terdapat tiada atau rendah keuntungan,

yang mewujudkan herotan dan meletakkan tekanan ke atas ekuiti pemegang saham (penyedia

modal).

Ketidakpadanan selanjutnya timbul daripada pergantungan berat ke atas pembiayaan

perdagangan jangka pendek dan penggunaan terhad perjanjian berasaskan perkongsian. Hasilnya

adalah dominasi keuntungan jangka pendek yang rendah dan aset pendapatan tetap, iaitu, “mark-

up trade financing”. Dengan ini menghadkan jumlah dana yang boleh dilaburkan dalam jangka

masa panjang yang lebih menguntungkan dan lebih berisiko.

Pendek kata, walaupun secara teorinya tidak harus ada ketidakpadanan antara aset dan liabiliti

dalam bank Islam. Namun, atas desakan komersial, ia seolah-olah telah ‘menganggu flow’ yang

ideal yang sepatutnya, yang seterusnya mendedahkan bank kepada risiko ketakpadanan aset-

liabiliti, terutama apabila mereka tidak mempunyai instrumen kecairan aset untuk melindung

nilai risiko sedemikian seperti instrumen derivatif yang dipraktikkan oleh bank-bank

konvensional.

Risiko Kredit

Risiko kredit adalah risiko kerugian yang terjadi akibat daripada kegagalan membayar kembali

kredit/pinjaman yang diberikan oleh pihak bank kepada penghutang atau pihak ketiga lain

apabila tibanya saat tempoh matang. Dengan kata lain, risiko kredit adalah risiko kerana

Page 14: risiko kredit dalam perbankan islam

peminjam tidak membayar hutangnya. 32Jika penghutang gagal untuk memenuhi kewajipannya

maka pemiutang akan mengalami kerugian dan memberi risiko pada bank. Misalnya, bank

mengalami kerugian akibat adanya pinjaman yang sudah lama dan masih belum langsai. Bagi

kebanyakan bank, risiko kredit merupakan risiko terbesar berbanding yang lain. Risiko kredit

merupakan unsur yang mempunyai potensi paling cepat dalam melemahkan modal bank.

Kajian mendapati bahawa kegagalan untuk menguruskan risiko kredit dengan berkesan

menyumbang kepada tahap yang lebih besar kepada krisis perbankan. Sebagai contoh, 33pada

tahun 2003 hingga 2004 menyaksikan beberapa bank yang terpaksa ditutup ketika berlakunya

Krisis Perbankan Zimbabwe dan punca utama ialah pengurusan risiko kredit yang lemah. Di

Zimbabwe bilangan institusi kewangan menurun daripada empat puluh (40) pada 31 Disember

2003 kepada dua puluh sembilan (29) pada 31 Disember 2004 dan kesan daripada keberkesanan

pengurusan risiko kredit ke atas kelangsungan bank tidak boleh ditekankan secara berlebihan.

Beberapa institusi kewangan telah terpaksa ditutup. Punca utama krisis perbankan adalah amalan

pengurusan risiko kredit yang lemah disebabkan oleh tahap pinjaman yang tinggi oleh pihak

dalaman, pinjaman spekulatif, dan lain-lain. Kegagalan untuk menguruskan risiko kredit dengan

berkesan akan mewujudkan masalah yang sama di dalam negara seperti negara Mexico dan

Venezuela.

Perubahan yang pesat dan dinamik dalam landskap kewangan global menimbulkan

pelbagai risiko kepada institusi perbankan. Walaupun operasi dilakukan bersama dengan bank-

bank konvensional , namun perbankan Islam tidak terkecuali daripada terdedah dengan sebarang

risiko. Pengecualian adalah bahawa sifat risiko yang dihadapi oleh perbankan Islam adalah unik.

34Risiko yang dihadapi oleh bank dalam operasinya terdiri daripada pelbagai jenis antaranya

ialah risiko faedah, risiko kadar pertukaran, risiko perdagangan (atau risiko pasaran), risiko

politik, dan risiko yang mewakili perubahan dalam nilai aset dan barangan, dan lain-lain. Sebagai

contoh, risiko politik adalah risiko di mana pulangan pelaburan itu boleh terjejas akibat daripada

32 Rujuk Islamic Economic Studies Vol. 10, No. 2, March 2003 33 Rujuk Annals of the University of Petroşani, Economics, 9(2), 2009, 173-18434 Rujuk Islamic Economic Studies Vol. 10, No. 2, March 2003

Page 15: risiko kredit dalam perbankan islam

perubahan politik atau ketidakstabilan di sesebuah negara manakala risiko kadar faedah

bermaksud kebarangkalian bahawa kadar faedah pasaran akan meningkat dengan lebih tinggi

daripada kadar faedah yang diperolehi atas pelaburan seperti bon.

Risiko kredit merupakan salah satu risiko yang menjejaskan daya maju bank seperti yang

terbukti ketika krisis kewangan 1997. Setakat ini, Sarker (1999) mendapati bahawa jumlah

hutang lapuk dalam perbankan Islam semakin bertambah. Selanjutnya, Khan dan Ahmed ( 2001)

mendapati pihak bank berpendapat bahawa terdapat kekurangan pemahaman risiko yang terlibat

dalam perbankan Islam. Kekurangan ini dapat diatasi dengan mengenalpasti usaha-usaha baru

untuk mengkaji sebab mengapa perbankan islam mengalami kenaikan dalam pinjaman yang

tidak baik dan juga risiko kredit yang tinggi. Ini memerlukan suatu kajian ke atas faktor-faktor

yang mempengaruhi risiko kredit perbankan Islam.

1.3: Penyataan Masalah

Apabila merujuk pelbagai jurnal yang berkaitan Risiko kredit di samping, merasai impak krisis

ekonomi yang melanda dunia terdapat beberapa permasalahan Risiko yang sangat perlu dikaji.

Permasalahan ini timbul kerana peratusan Risiko Kredit sangat tinggi berbanding risiko lain.

Risiko menjadi sebahagian dari kehidupan manusia. Menurut Kountur, (2004) risiko adalah

Page 16: risiko kredit dalam perbankan islam

berkaitan dengan ketidakpastian yang dihadapi oleh syarikat yang boleh memberi kerugian dan

keuntungan pada mana-mana pihak yang terlibat.

Oleh hal yang demikian, permasalahan yang dihadapi ialah bagaimana risiko kredit dapat

mempengaruhi operasi perbankan. Seterusnya, apakah yang mempengaruhi risiko kredit dalam

perbankan Islam. Akhir sekali, apakah implikasi pada pemegang saham.