proceeding of 2 i h c (ishec 2017)writing from acis, uitm cawangan melaka. diterbitkan di malaysia...

38
1

Upload: others

Post on 23-Oct-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 1

  • 2

    PROCEEDING OF 2ND INTERNATIONAL ISLAMIC HERITAGE CONFERENCE

    (ISHEC 2017)

  • 3

  • 4

    PROCEEDING OF 2ND INTERNATIONAL ISLAMIC HERITAGE CONFERENCE

    (ISHEC 2017)

    Editors

    MOHD FAIZAL P. RAMELI

    ABDUL QAYUUM ABDUL RAZAK

    MUHAMAD TAUFIK MD SHARIPP

    MOHD ZAID MUSTAFAR

    MOHD KHAIRUL NIZAM MOHD AZIZ

    RAWI NORDIN

    S. SALAHUDIN SUYURNO

    DZIAUDDIN SHARIF

    Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS),

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka

    Alor Gajah ● 2017

  • 5

    Cetakan Pertama / First Printing, 2017

    Hak Cipta / Copyright Penerbit ACIS, UiTM Cawangan Melaka

    Hak cipta terpelihara. Tiada bahagian daripada terbitan ini boleh diterbitkan

    semula, disimpan untuk pengeluaran atau ditukarkan ke dalam sebarang bentuk

    atau dengan sebarang alat juga pun, sama ada dengan cara elektronik, gambar

    serta rakaman dan sebagainya tanpa kebenaran bertulis daripada ACIS, UiTM

    Cawangan Melaka terlebih dahulu.

    All rights reserved. No part of this publication may be reproduced or transmitted

    in any form or by any means, electronic or mechanical, including photocopy,

    recording, or any information storage and retrieval system, without permission in

    writing from ACIS, UiTM Cawangan Melaka.

    Diterbitkan di Malaysia oleh / Published in Malaysia by

    AKADEMI PENGAJIAN ISLAM KONTEMPORARI (ACIS),

    UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA CAWANGAN MELAKA,

    JALAN LENDU, 78000 ALOR GAJAH,

    MELAKA, MALAYSIA

    Tel: +606 558 2303, 2305

    Atur huruf oleh / Typeset by

    ABDUL QAYUUM ABDUL RAZAK, MUHAMAD TAUFIK MD SHARIPP, MOHD ZAID MUSTAFAR & MOHD KHAIRUL NIZAM MOHD AZIZ

    Mel-e: [email protected]

    Reka bentuk kulit oleh

    Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz

    Mel-e: [email protected]

    ISBN:

  • 6

    Table of Contents ________________________________________________________________________

    Foreword 7

    Preface 9

    HISTORIOGRAPHY AND ISLAMIC THOUGHT

    Genre Historiografi Ibn al-Athir

    Norsaeidah Jamaludin, Abdul Qayuum Abdul Razak, Nor Adina Abdul Kadir &

    Mariam Farhana Md Nasir ... 3

    Kajian Literatur Istilah ‗Umran Ibn Khaldun

    Abdul Qayuum Abdul Razak & S.Salahudin Suyurno ... 13

    Metodologi Penulisan Isu Kenabian menurut Badiuzzzaman Said Nursi dalam

    Kitab Rasail al-Nur

    Muaz Mohd Noor, S.Salahudin Suyurno, Nor Adina Abdul Kadir, Abdul Qayuum

    Abdul Razak & Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz ... 21

    Metodologi Penulisan Syed Qutb dalam Kitab Fi Zilal al-Quran

    Halipah Hamzah & Noormala Rabu ... 35

    Sejarah Pengajian Pondok dan Tokoh Ulama: Kajian di Daerah Besut,

    Terengganu Darul Iman

    Mohd Zainodin Mustaffa, Emie Sylviana Mohd Zahid, Nur Farhana Mohd Daud,

    Mahasin Saja@Mearaj, Mohd Asyadi Redzuan &

    Mohamad Zaki Razaly ... 47

    Mekah Pusat Dunia: Hubungan dengan Brunei

    Muhammad Hadi Muhammad Melayong ... 55

    Peranan Sufi dalam Penyebaran Islam di Nusantara

    H Sumanta MA & Hajam M.Ag ... 63

    Ngaji Kitab bersama Para Kiai Cirebon ‗Memaknai Jihad Islam‘ untuk Meraih

    Sukma Pancasila

    Siti Fatimah M.Hum ... 75

    Jender dalam Perspektif Nasaruddin Umar

    H Jamali Sahrodi MA & Amin Maulana ... 101

  • 7

    Madrasah Menggapai Mutu

    H Maksum MA ... 117

    Pendekatan Kajian Orientalis terhadap Islam: Satu Sorotan Awal

    Mohd Farhan Abd Rahman & Muhamad Azrul Azwan ... 125

    ZA‘BA, Melayu dan Kolonialisme Inggeris

    Noor Aziera Mohamad Rohana, Nurul Asma Mazlan, Noraini Abd Muaziz &

    Ermy Azziaty Rozali ...137

    Budaya Berfikir Kritis Islam sebagai Pendekatan dalam Mengukuhkan Jatidiri

    Masyarakat Melayu Kini

    Norafifah Ab Hamid, Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man &

    Siti Nurul Izza Hashim ... 151

    Kepentingan Kepercayaan Konsep Ilmu dalam Pembentukan Pandangan Alam

    Mahfuzah Mohammed Zabidi & Rohaya Sulaiman… 167

    HISTORIOGRAPHY AND ISLAMIC HERITAGE

    Penentuan Tarikh Perkahwinan Rasulullah SAW berdasarkan Pengiraan

    Takwim Hijri terkini

    Nur Jannah Ballazi, Hamidah Jalani, Norsaeidah Jamaludin, Sarah Dina Mohd

    Adnan & Nang Naemah Nik Dahalan ... 180

    Konsep Kepimpinan Melayu Islam di Nusantara Menurut Teks Bustan al-Salatin

    Shah Rul Anuar Nordin ... 188

    Prasasti Terengganu: Kepentingannya dalam Sejarah Tamadun Islam

    Alam Melayu

    Nor Adina Abdul Kadir, Nang Naemah Nik Dahalan, Norsaeidah Jamaludin,

    Abdul Qayuum Abdul Razak & Khairul Nizam Abdul Aziz ... 199

    Kelangsungan Budaya Masyarakat Chetti Melaka Era Globalisasi

    Siti Nurul Izza Hashim, Norafifah Ab Hamid, Rawi Nordin, Nor Rafedah Mohsan

    & Muhammad Faidz Mohd Fadzil ... 209

    Sejarah dan Implementasi Dekorasi Cina dalam Pembinaan Masjid Terawal

    di Malaysia

    Nor Adina Abdul Kadir, S.Salahudin Suyurno, Sarah Dina Mohd Adnan,

    Noorfazreen Mohd Aris & Muaz Mohd Noor ... 223

  • 8

    ISLAMIC LITERATURE AND ART

    Keindahan Konsep Tauhid dalam Rekabentuk Motif-motif Seni Tradisi Melayu

    Shaliza Dasuki, Azahar Harun, Liza Marziana Mohammad Noh, Nur Hasliza

    Abdullah, Nurkhazilah Idris & Fazlina Mohd Radzi ... 239

    Identifying A Lotus Motif Transformation on The Melaka Traditional Mosque‘s

    Roof Crown in 1720-1950

    Raziq Abdul Samat, Sharifah Shaari, Dona Lowii Madon, Meor Hasmadi Meor

    Hamzah & Nor Fariza Baharuddin ... 255

    Potensi Seni Iluminasi al-Qur‘an Mushaf Malaysia

    Nik Narimah Nik Abdullah, Mohd Hisham Johari, Ayob Wahid, Zahara Ramli,

    Muhamad Fauzi Harun, Anith Liyana Amin Nudin &

    Mohd Amin Mohd Noh… 263

    ث العريب اإلسبلمي يف الرسم االكركيب اغبديثاأثر الًت 281 ... شكيبا مصطفى الشريفية & ؿبمود حسُت عبد الرضبن

    Notes on the Ibadi Religious Architecture: A Comparative Study of the Mosques

    in Mzab, Djerba and Oman

    Naima Benkari ... 301

    Contemporary Telekung in Malaysia it's Challenges and Realities

    Norzaleha Zainun, Jamiaah Abdul Holed & Zolina Mohamad ... 317

    The Development of Character Category in Jawi Typography-An Implementation

    in Typography Course in UiTM

    Intan Nur Firdaus Muhammad fuad, Sharifah Raudzah S. Mahadi & Ahmad

    Khairul Azizi Ahmad ... 333

    Art Photography: Ideation and Influences of Islamic Geometric Patterns

    Azmil Aswad Che Mat, Aidah Alias & Farihan Zahari ... 345

    The Reading of Tajwid in Surah Yaasin for Red-Green Colour Vision

    Deficiencies

    Siti Sarah Adam Wan, Azahar Harun, Nur Hasliza Abdulah &

    Shaliza Dasuki ... 357

    POLITICS AND GOVERNANCE

    Peranan Sultan Abu al-Hasan ‗Ali al-Marini dalam Kerajaan Banu Marin di Fas,

    al-Maghrib (1331-1351M)

  • 9

    Mariam Farhana Md Nasir, Sarah Dina Mohd Adnan, Noorfazreen Mohd Aris,

    Hamidah Jalani & Muhammad Taufik Md Sharipp ... 365

    Sejarah Institusi Ketenteraan di Malaysia dan Sumbangan kepada

    Kelangsungan Ketamadunan

    Burhanuddin Jalal, Sayuti Ab Ghani, Amnah Saayah & Redwan Yasin ... 380

    Perspektif Kitab Quran terhadap Bidang Pengurusan Rekod

    Ahmad Azman Mohamad Ramli, Azmi Ab Rahman, Kasmarini Baharuddin,

    Mohd Naim Mohd Nasfi, Mohd Ridzuan Ibrahim &

    Abd Rashid Abd Rahman ... 397

    ISLAMIC ECONOMICS AND BUSSINES MANAGEMENT

    Etika Pengurusan Sumber Manusia bagi Muslimpreneurs dalam Perniagaan

    Berskala Kecil

    Mohd Faizal P.Rameli, Suhaida Mohd. Amin, Dziauddin Sharif, Norajila Che

    Man & Noorfazreen Mohd Aris ... 413

    Paradigma Tauhid dalam Pelaksanaan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)

    Norajila Che Man, Muhammad Rahimi Osman & Mohd Faizal P.Rameli ... 427

    Wasatiyyah sebagai Asas Pembuatan Keputusan Pelabur Muslim

    Noor Hasyimah Sulaiman, Wan Noor Hazlina Wan Jusoh, Che Zuina Ismail,

    Azarudin Awang & Rubiah Abu Bakar ... 445

    Penilaian Pakar dalam Model Konseptual Penggunaan Berhierarki Islam

    Basri Abd. Ghani & Ahmad Azrin Adnan ... 453

    The Need to Work by Educated Muslim Women in Malaysia

    Suhaida Mohd. Amin & Mohd Faizal P.Rameli ... 461

    The Impact of Macroeconomic Variables on FTSE Bursa Malaysia

    Emas Shariah Index

    Siti Nurulhuda Ibrahim, Zuraini Abdul Hamid, Amirudin Mohd Nor,

    Fahmi Abdul Rahim & Noraznira Abd Razak ... 469

    Multimodal Analysis on Muslimah Cosmetic Billboards

    Nor Atifah Mohamad, S. Salahudin Suyurno, Sumarni Maulan &

    Nazarul Azali Razali ... 489

    Determinants of Electronic Commerce Adoption: Case Study Among Small and

    Medium Enterprise (SME) in Klang Valley

  • 10

    Nur Atiqah Zainuddin, Maymunah Ismail, Nurul Zamratul Asyikin Ahmad,

    Sharina Sharif, Maz Izuan Mazalan & Mohd Sufian Ab Kadir … 501

    Halal vs Non-Halal Cosmetic: Positioning in Malaysian Market

    Azahar Harun, Roszi Naszariah Nasni Naseri, Nur Hazwani, Zolkifly &

    Mastura Ayob ... 513

    Total Quality Management and Halal Certification of Food Product in Malaysia

    Rizuwan Abu Karim, Nurazree Mahmud, Helmy Fadlisham Abu Hasan &

    Juan Rizal Sa‘ari ... 519

    Pemantauan dan Penguatkuasaan Halal terhadap Produk Makanan Import

    oleh JAKIM

    Mohd Zaid Daud, Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim, Nurzahidah Jaafar &

    Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah ... 527

    WAQF DEVELOPMENT IN MALAYSIA

    Elemen Kekal Harta Wakaf: Analisis menurut Fuqaha dan Undang-undang

    di Malaysia

    Che Zuina Ismail, Azarudin Awang, Rubiah Abu Bakar, Noor Hasyimah

    Sulaiman & Wan Noor Hazlina Wan Jusoh ... 549

    Sejarah Universiti al-Azhar sebagai Model Institusi Pendidikan Wakaf Terulung

    Mohd. Ali Muhamad Don ... 565

    Pembangunan Tanah Wakaf Melalui Inovasi Istibdal

    Che Zuina Ismail, Rubiah Abu Bakar, Azarudin Awang, Noor Hasyimah

    Sulaiman & Wan Noor Hazlina Wan Jusoh ... 575

    Pembangunan Wakaf Kesihatan: Model Operasi dan Pengurusan Hospital Waqaf

    An-Nur (HWAN)

    Norizah Mohamed @ Daud, Noorfazreen Mohd Aris, Sharipah Amirah Abas &

    Noraini Abd Muaziz ... 587

    Urus Tadbir Hartanah Wakaf Melaka: Strategi Penambahbaikan oleh Majlis

    Agama Islam Melaka (MAIM)

    Norajila Che Man, Rawi Nordin, Norafifah Ab Hamid &

    Nor Azlina Abd Wahab ... 601

    Aktiviti Pembangunan Saham Wakaf di Johor

    Nurfarhana Mohd Daud, Emie Sylviana Mohd Zahid, Mohd Zainodin Mustaffa,

    Munirah Zakaria & Aflah Isa ... 613

  • 11

    CONTEMPORARY ISSUE OF ZAKAT IN MALAYSIA

    Penetapan Had Kifayah Zakat Pelajar di UiTM: Satu Keperluan

    Baharuddin Sayin, Azri Bhari, Mohd Afandi Mat Rani &

    Muhammad Nor Aman Jamaluddin ... 625

    Profil Asnaf Zakat di Kalangan Pelajar UiTM Melaka Kampus Bandaraya

    Nor Rafedah Mohsan, Dziauddin Sharif, Norafifah Ab Hamid, Siti Nurul Izza,

    Hashim & Rizuwan Abu Karim ... 635

    Pengambilan Hukum Uruf dalam Zakat Emas Perhiasan Negeri-negeri di

    Utara Malaysia

    Noraini Saro & Rawi Nordin ... 643

    Aktiviti Pembangunan Spiritual Bagi Asnaf Zakat Fakir dan Miskin di Selangor

    Emie Sylviana Mohd Zahid, Mohd Zainodin Mustaffa, Nurfarhana Mohd Daud &

    Mahasin Saja@Mearaj ... 651

    ISLAMIC PHILANTHROPY AND HOSPITALITY

    Crowdfunding: A New Phenomenon of Philantropic Method

    Nurzahidah Jaafar, Siti Noorbiah Md Rejab, Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah,

    Mohd Zaid Daud & Mazni Natasha Mohd Nasir ... 675

    Corporate Philanthropy as A Corporate Social Responsibility Component: An

    Islamic Perspective

    Wan Noor Hazlina Wan Jusoh, Che Zuina Ismail, Noor Hasyimah Sulaiman &

    Azarudin Awang ... 687

    Travel Patterns of People with Physical Disabilities in Attractions Sector of

    Selangor‘s Tourism Industry

    Nurul Fatin Nabila Md Nafiah, Intan Farhana Abd.Karim,

    Nurul Zamratul Asyikin Ahmad, Sharina Shariff, Mohd Sufian Ab Kadir &

    Maz Izuan Mazalan ... 695

    MANAGEMENT IN ISLAMIC PERSPECTIVE

    Siapakah yang Sayang: Pengurusan Gerontologi Kajian di Rumah Amal Baitul

    Rahmah, Rawang

  • 12

    Nurzahidah Jaafar, Suliah Mohd Aris, Fadhilah Adibah Ismail, Rafeah Saidon &

    Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah.... 711

    An Insight into The Islamic Manufacturing Practices (IMP)

    Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah, Mohd Zaid Daud, Nurzahidah Jaapar &

    Thuraya Ahmad ... 723

    Shariah Risk Profiling Through Shariah Based Business Modelling: A

    Rectification Plan for Shariah Audit Finding (SNCR-01) for Company XYZ

    Mohd Helmi Ahmad & Najahuddin Lateh ... 737

    Qualitative Characteristics Accounting Information of Kariah Mosque:

    A Concept Paper

    Masita Hassan, Salina Abdullah, Rahayu Mohd Sihat & Norlinda Tendot Abu

    Bakar ... 749

    Sulh Approach in The Education Loan‘s Repayment: The Study on Education

    Loan of The National Higher Education Fund Corporation (PTPTN)

    Dziauddin Sharif, Norajila Che Man, Zainab Mohd Zain, Nasif Sidquee Pauzi &

    Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah ... 757

    Assessing Managers‘ Perception towards Fitness: Examining A Few

    Procedures and Steps

    Saidin Wan Ismail & Norzaidi Mohd. Daud... 765

    CONTEMPORARY ISSUES IN ISLAMIC JURISPRUDENCE

    Ta'liq Talak: Antara Peruntukan Perundangan dan Amalan di Melaka

    Noormala Rabu, Halipah Hamzah, Mohd Fauzi Md Isa &

    Zainal Fikri Zamzuri ... 791

    Dilema Hak Suami Pasca Penceraian: Suatu Penelitian Awal di Malaysia

    Mohd Ab Malek Md Shah, Zunaidah Ab Hasan, Sulaiman Mahzan, Marziana Abd

    Malib, Akmal Adanan & Mohamad Daim Darson ... 799

    Penjagaan Akal Menurut Perspektif Islam dalam Konteks Maqasid Syariah

    Fadhilah Adibah Ismail, Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah, Kamariah Yusoff,

    Azizah Zakaria & Norsalwati Sabtu ... 809

    Maqasid Syariah dalam Pelancongan

    Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man, Rawi Nordin, Mohamad Shafiei Ayub

    & Mohd Zaid Mustafar ... 817

  • 13

    Pengurusan Harta Menurut Islam: Analisa Menurut Perspektif Maqasid Syariah

    Nor Azlina Abd Wahab, Norajila Che Man, Norafifah Ab Hamid &

    Rawi Nordin ... 835

    ؽ األصولية: منهجية ذبديدية يف تأليف علم األصوؿعلم الفرك (The Science of Usuli Nuances: a Renewal Method of Writing in Usul al-Fiqh) 847… مصطفى بن ؿبمد جربم مشس الدين

    The Wisdom of Polygamy in Islam: The Law and Customary Practice in

    Afghanistan

    Nasir Ahmad Yousefi... 865

    Pendekatan Fuqaha dalam Memahami Illah Riba bagi Emas dan Perak

    Mohd Asyadi Redzuan, Mohamad Zaki Razaly, Mohd Zainodin Mustaffa &

    Siti Noor Ain Aziz ... 879

    CONTEMPORARY ISSUES OF DAKWAH IN MALAYSIA

    Konsep Amar Makruf Nahi Mungkar dalam Kerangka Dakwah Islam

    Razali Musa, Wan Hishamudin Wan Jusoh, Mohd Shahril Othman, Syed

    Hadzrullathfi Syed Omar & Mohd Safri Ali ... 889

    Pengurusan Akidah di Malaysia Secara Berorganisasi: Satu Tinjauan Awal

    Tentang Jalinan antara Institusi Islam Kerajaan Pusat dan Negeri di Malaysia

    Sophian Rambli & Engku Ahmad Zaki Engku Alwi ... 895

    Toleransi Agama dalam Kehidupan Komuniti Muslim Baharu: Tinjauan dari

    Aspek Cabaran

    Azarudin Awang, Che Zuina Ismail, Azman Che Mat & Rubiah Abu Bakar ... 901

    Kartun Bertemakan Dakwah Islamiyah Atas Talian: Interpretasi Dakwah

    Sarkastik Dan Satira

    Fazlina Mohd Radzi & Azahar Harun ... 909

    The Correlation Between Salah (Prayers) and Students‘ Academic Performance

    Che Haslina Abdullah, Mahanim Omar, Raja Rosila Raja Berahim, Nur Afiqah

    Ab Latif & Che Nooryohana Zulkifli... 921

    Peranan Laman Facebook dalam Penyampaian Maklumat Pengurusan Pusaka

    Mohd Khairy Kamarudin, Mohd Hafizie Suhaimi &

    Nasrul Hisyam Nor Muhamad... 931

  • 14

    Muslims in South Korea: The Way of Life

    Mahsuri Khalid, Ashirah Fatihah Mohd, Nurauni Aqilah Mohd Khir,

    Nur Nabila Mazlan, Nur Farhanah Mahamad Halid & Noraini Jamal... 943

    Kajian Awal Tahap Kesukarelawan di Kalangan Rakyat Johor, Malaysia

    Nik Rozilaini Wan Mohamed, Abdul Rasid Abdul Razzaq, Rohayu Roddin & Nor

    Asikin Shaharuddin... 963

    Perubahan Akhlak Saudara Kita Selepas Memeluk Islam di Johor

    Nur Najwa Hanani Abd Rahman, Mohd Farhan Ahmad, Noraishah P Othman,

    Siti Fairuz Sujak & Luqmanulhakim Ab Rahman... 969

    Dakwah Melalui Media Sosial: Penerimaan dalam Kalangan

    Warga IPD Setiu, Terengganu

    Azman Che Mat, Khairul Azhar Abd. Karim, Azarudin Awang,

    Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar, Nor Shaifura Musilehat &

    Ahmad Zulfadhli Nukman... 987

    ISLAM AND COMMUNICATION

    Akhlak Terbina Komunikasi Sempurna

    S.Salahudin Suyurno, Mohammad Taufik Md Sharipp, Mohd Shafie Ayub,

    Mohd Zaid Mustafar & Mohd Zin Junoh ... 997

    Aplikasi Syarat Kesahihan Hadith terhadap Model Komunikasi Berkesan

    Muhammad Taufik Md Sharipp, Muhammad Faidz Mohd Fadzil, Mohd Zaid

    Mustafar, Mohd Khairul Nizam Mohd Aziz & S Salahudin Suyurno ... 1005

    Komunikasi IntraPersonal dalam Dialog antara Agama:

    Pengalaman Saudara Baru

    Azarudin Awang, Che Zuina Ismail, Azman Che Mat, Noor, Hasyimah Sulaiman

    & Wan Noor Hazlina Wan Jusoh ... 1015

    Pembangunan dan Pengesahsahihan Instrumen Manhaj Rabbãniyyah sebagai

    Indikator Komunikator Islam

    Muhammad Taufik Md Sharipp, S Salahudin Suyurno, Mohamad Shafiei Ayub,

    Abdul Raf Ridzuan & Mariam Farhana Md Nasir ... 1023

    Media Baharu dan Budaya Popular Islam: Peranan dan Realiti

    Aini Faezah Ramlan, S Salahudin Suyurno, Muhamad Shafie Ayub, Rosilawati

    Sultan Mohideen & Abdul Qayyum Abd Razak ... 1031

  • 15

    Unsur-unsur Takmilah dalam Filem Islam

    Mohamad Shafiei Ayub, Muhammad Taufik Md Sharipp, Aini Faezah Ramlan,

    Abdul Qayuum Abdul Razak, S Salahudin Suyurno &

    Ahmad Faiz Ahmad Ubaidah ... 1037

    ISLAMIC EDUCATION DEVELOPMENT

    Gagasan Madrasah Al-Zahra‘: Penubuhan Universiti Islam di Akhir Kerajaan

    Turki Uthmani

    Mohd Nasir Ayub, Surita Hartini Mat Hassan, Muaz Mohd Noor,

    Noor Hidayah Kasim & Rafidah Amat ... 1055

    Kaedah Hafazan: Suatu Tinjauan Ringkas

    Siti Suriyani Sulaiman ... 1071

    Pembelajaran Berpusatkan Pelajar dan Pencapaian Pelajar Bahasa Arab

    Azman Che Mat, Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Azarudin Awang,

    Ahmad Fakrulazizi Abu Bakar, Nor Shaifura Musilehat &

    Ahmad Zulfadhli Nukman ... 1087

    Perlaksanaan Pendekatan Pembelajaran Berasaskan Permainan Digital bagi

    Kursus CTU 281: Kesan terhadap Prestasi Akademik dan Motivasi Diri

    Pelajar Grafik di UiTM Alor Gajah

    Ilinadia Jamil, Azahar Harun, Fatrisha Mohamed Yussof, Nor Yus Shahirah

    Hassan & Fazlina Mohd Radzi ... 1095

    Analisis Kerelevanan Kurikulum Kursus Pemikiran dan Tamadun Islam

    (CTU151) terhadap Pelajar di UiTM

    Rubiah Abu Bakar, Che Zuina Ismail, Azarudin Awang & Noor Hasyimah

    Sulaiman ... 1107

    Hadith's Source of Reference Finder Browser Extension

    Mohamad Hafiz Khairuddin, Nur Azalizana Ahmad Saru, Mohd Hafifi Mohd

    Supir, Anwar Farhan Zolkeplay & Mohd Taufik Mishan... 1117

    Peranan IPTA dan IPTS dalam Menerapkan Pendidikan al-Quran di dalam

    Kurikulum sebagai Kursus Teras bagi Semua Pelajar Islam di Malaysia:

    Kajian Awal di Beberapa Buah IPT di Malaysia

    Nor Ashiqeen Jamaluddin, Raihana Farahiyah Abdul Rahman,

    Sulaiman Shakib Mohd Noor & Mohd Nazir Kadir… 1127

  • 16

    Hukum Kanun Brunei dan Hukum Kanun Melaka: Suatu Ristaan Sejarah

    Haji Dzulkiflee Haji Abdul Latif... 1143

    جهود علماء اؼبسلمُت يف ؾباؿ الطب كأثره على اغبضارة اإلنسانية 1155 ... د. ؿبمد مرسلُت ؿبمد إظباعيل

  • 6

  • 7

    Foreword _________________________________________________________________

    Bismillahirrahmanirrahim. All praise to Allah SWT. Blessing and Prayers be

    upon Prophet Muhammad SAW, and also to his family members, kindred‘s,

    companions and his followers who adhere faithfully to his teaching.

    I would like to express my gratitude for this invitation to write a few words

    in conjunction of this proceeding. Heartiest congratulations go to the organizers

    of the 2nd

    International Islamic Heritage Conference 2017 (2nd

    IsHeC2017) that

    was held on 14th – 15

    th November 2017. Congratulations also to the editors for

    their efforts in publishing the articles presented at the 2nd

    IsHeC2017.

    Proceeding of 2nd International Islamic Heritage Conference 2017 is a very

    noble effort as it adds to the corpus of literature on Islamic based research in

    various disciplines of knowledge. I hope that this proceeding can be a catalyst for

    the germination and strengthening of Islamic knowledge.

    Finally, I wish to extend my sincere appreciation to all parties involved in

    the publication of this proceeding especially Academy of Contemporary Islamic

    Studies (ACIS) UiTM Melaka, Center for Islamic Philanthropy and Social

    Finance (CIPSF), Pusat Jaringan Industri, Komuniti dan Alumni (PJI & A) UiTM

    Melaka and the authors for their contribution.

    DATUK PROF. MADYA SABARIAH MAHAT

    Rektor,

    Universiti Teknologi MARA Cawangan Melaka,

    Alor Gajah, Melaka.

  • 8

  • 9

    Preface _________________________________________________________________

    In the name of Allah, the Most Beneficent, the Most Merciful. All praise is

    due to Allah SWT, the Almighty. We all praise Him, seek His Help, and ask for

    His Forgiveness. We seek refuge with Him from the evil of our souls, and from

    our sinful deeds. He whom Allah SWT guides, no one can misguide him, and

    whoever Allah SWT misguides, no one can guide him. Blessings and prayers

    upon His Messenger Prophet Muhammad SAW. We would like to express our

    thorough and sincere gratefulness to Allah the Almighty, who has given us the

    opportunity to write, edit and complete the Proceeding of 2nd International

    Islamic Heritage Conference 2017.

    We wish to extend our appreciation to YBhg. Datuk Associate Professor

    Sabariah Hj. Mahat, Rector of Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan

    Melaka for her full encouragement in ensuring the success of the 2nd

    IsHeC2017

    and also the publication of this proceeding. Special thanks to YBrs. Associate

    Professor Dr. Shafinar Ismail, Deputy Rector of Research and Industrial Linkage

    UiTM Cawangan Melaka for her continuous support in 2nd

    IsHeC2017.

    A great deal of appreciation also goes to the Center for Islamic

    Philanthropy and Islamic Finance (CIPSF), Uni-Charity Society, ACIS UiTM

    Cawangan Melaka and UiTM Press for their tremendous effort in making the 2nd

    IsHeC2017 a success.

    This proceeding comprises the articles that were presented in 2nd

    IsHeC2017

    which held on 14 hingga 15 November 2017 at Avillion Hotel Melaka.

    Hopefully, the Proceeding of 2nd International Islamic Heritage Conference

    2017 will give a clearer view of various contemporary issues in Islamic-based

    research in this country and the Muslim world as a whole. Finally, we hope that

    this proceeding may inspire and motivate its readers in initiating attempts and

    contributions for the sake of Muslim ummah.

    MOHD FAIZAL P. RAMELI

    ABDUL QAYUUM ABDUL RAZAK

    MUHAMAD TAUFIK MD SHARIPP

    MOHD ZAID MUSTAFAR

    MOHD KHAIRUL NIZAM MOHD AZIZ

    RAWI NORDIN

    S. SALAHUDIN SUYURNO

    DZIAUDDIN SHARIF

    Editor

    Proceeding of 2nd

    Islamic Heritage Conference (ISHEC 2017)

  • 10

  • 381

    SEJARAH INSTITUSI KETENTERAAN DI MALAYSIA DAN

    SUMBANGAN KEPADA KELANGSUNGAN KETAMADUNAN

    Burhanuddin Jalal

    1, Sayuti Ab Ghani

    2, Amnah Saayah Ismail

    3 &

    Redwan Yasin4

    ABSTRAK

    Pembangunan institusi ketenteraan juga merupakan sebahagian dari sebahagian

    tamadun kemanusian. Bagi memastikan keamanan dan kemakmuran alam bagi

    kelangsungan kehidupan manusia melalui nilai-nilai keamanan dan kesejahteraan,

    institusi ketenteraan ternyata mempunyai peranan. Selain dari itu pertahanan dan

    keamanan merupakan satu keperluan yang penting (maslahat dharuriyyat) bagi

    setiap manusia, masyarakat serta negara pada sebilang masa. Dengan adanya

    pertahanan, keamanan dan keselamatan manusia, masyarakat dan negara dapat

    melaksanakan tugas, peranan dan tanggungjawab dengan sempurna. Institusi

    Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditubuhkan pada tahun 1933 dan telah

    berperanan dalam proses pembangunan negara sekaligus menyumbang kepada

    kemajuan dan ketamadunan negara. Kertas ini akan menyorot sejarah

    perkembangan institusi ketenteraan di Malaysia serta persediaan untuk

    menghadapi cabaran globalisasi yang turut mempengaruhi tamadun manusia dan

    dunia.

    Kata kunci: Tamadun, tentera, keselamatan, negara.

    PENDAHULUAN

    Pembangunan institusi ketenteraan juga merupakan sebahagian dari sebahagian

    tamadun kemanusian. Bagi memastikan keamanan dan kemakmuran alam bagi

    kelangsungan kehidupan manusia melalui nilai-nilai keamanan dan kesejahteraan,

    institusi ketenteraan ternyata mempunyai peranan. Selain dari itu pertahanan dan

    keamanan merupakan satu keperluan yang penting (maslahat dharuriyyat) bagi

    setiap manusia, masyarakat serta negara pada sebilang masa. Dengan adanya

    pertahanan, keamanan dan keselamatan manusia, masyarakat dan negara dapat

    melaksanakan tugas, peranan dan tanggungjawab dengan sempurna. Institusi

    Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah ditubuhkan pada tahun 1933 dan telah

    1 Prof Madya di Jabatan Kenegaraan, Kepemimpinan dan Ketamadunan Fakulti Pengajian

    Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Kuala Lumpur,

    [email protected]. 2 Prof Madya di Jabatan Kenegaraan, Kepemimpinan dan Ketamadunan Fakulti Pengajian

    Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Kuala Lumpur,

    [email protected]. 3 Pensyarah Kanan di Jabatan Kenegaraan, Kepemimpinan dan Ketamadunan Fakulti

    Pengajian Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Kuala Lumpur,

    [email protected]. 4 Pensyarah Kanan di Jabatan Kenegaraan, Kepemimpinan dan Ketamadunan Fakulti

    Pengajian Pengurusan Pertahanan, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia Kuala Lumpur,

    [email protected].

  • 382

    berperanan dalam proses pembangunan negara sekaligus menyumbang kepada

    kemajuan dan ketamadunan negara. Kertas ini akan menyorot sejarah

    perkembangan institusi ketenteraan di Malaysia serta persediaan untuk

    menghadapi cabaran globalisasi yang turut mempengaruhi tamadun manusia dan

    dunia.

    KEPENTINGAN TENTERA DALAM SESEBUAH NEGARA

    Pertahanan dan keamanan merupakan keperluan yang penting (maslahat

    dharuriyyat) bagi setiap manusia, masyarakat serta negara pada setiap masa dan

    tempat. Dengan adanya pertahanan, keamanan dan keselamatan manusia,

    masyarakat dan negara akan dapat melaksanakan tugas, peranan dan

    tanggungjawab yang dimiliki ke tahap yang maksimum (Syahrin, 1997). Para

    ulama menyebut kepentingan dan kebajikan manusia sebagai maslahat dan ia

    terbahagi kepada tiga iaitu:

    a. Maslahat dharuriyyat. Sesuatu yang diperlukan oleh manusia dalam kehidupan

    ini bagi memastikan kehidupan mereka berjalan dalam keadaan yang normal dan

    tidak terancam. Sekiranya perkara ini tidak dijaga maka kehidupan manusia akan

    pincang dan tidak sempurna.

    b. Maslahat hajaiyyat. Perkara yang diperlukan manusia untuk memudahkan

    hidup mereka. Sekiranya perkara ini tidak wujud maka kehidupan mereka tidak

    pincang tetapi mereka berhadapan dengan sedikit kesukaran.

    c. Maslahat tahsiniyyat. Perkara yang dinilai menepati kebiasaan manusia dan

    menjauhkan diri daripada perkara-perkara tersebut yang boleh mencacatkan dari

    segi penilaian dan adat kebiasaan (al-Qaradawi, 1995).

    Selain daripada itu, al-Quran menyebut bahawa antara keperluan asasi

    manusia itu antara lain diistilahkan sebagai ‗al-amn‘ iaitu kata bahasa Arab, yang

    bererti aman dan tenteram. Keamanan berkait rapat dengan keimanan kerana iman

    sebagai benteng kekuatan dalam hati untuk mencipta dan membina rasa keamanan

    dan ketenteraman, khususnya aman dan tenteram dari segala gangguan dan

    kegelisahan sama ada di dunia atau pun di akhirat. Al-Quran telah mengungkap

    adanya kaitan antara aspek iman dengan rasa aman dalam kehidupan manusia.

    Aspek ini telah difirmankan oleh Allah SWT melalui firmannya dalam surah al-

    An‗am (6:82) yang bermaksud, ―Orang yang beriman dan tidak

    mencampuradukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik), mereka itulah orang

    yang mendapat keamanan dan merekalah orang yang mendapat hidayah

    petunjuk‖.

    Dalam al-Qur‘an perkataan al-amn (keamanan) disebut sebanyak 45 kali

    dan istilah iman sebanyak 800 kali (Al-dalil al-mufahras al-fazi al-Quran al-

    karim). Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai hubungan yang rapat berkaitan

    dengan keamanan dan pertahanan yang pada asasnya mempunyai makna atau

    pengertian yang cukup luas iaitu, pertama: Saling percaya mempercayai serta

    tidak saling mencurigai dan kedua: Makna ketenangan serta perdamaian dan

    bukan permusuhan atau pertentangan.

  • 383

    Oleh yang demikian, menjadi tugas dan tanggungjawab semua pihak

    untuk mewujudkan keamanan dan keselamatan atas nama kepentingan agama,

    bangsa dan negara. Oleh kerana betapa pentingnya kesatuan dan saling

    bekerjasama dalam usaha membina dan mewujudkan keamanan serta

    keselamatan, Imam al-Bukhari dalam kitab sahihnya telah menjelaskan

    keterangan yang cukup menarik tentang apa yang telah disabdakan oleh

    Rasulullah SAW berkaitan dengan keamanan dengan sabda Nabi yang

    bermaksud, ―Kehidupan sosial dan kemasyarakatan memerlukan pertahanan dan

    keamanan dan aspek tersebut adalah umpama penumpang kapal (ka rukkab al-

    safinah). Sebahagian penumpang berada di tingkat atas, sebahagian berada di

    tengah dan sebahagian lagi di tingkat bawah. Apabila penumpang yang berada di

    tingkat bawah ingin mengambil air, mereka perlu naik ke atas dan melalui

    bahagian yang berada di atas mereka. Lalu terdapat fikiran dalam kalangan

    mereka yang ingin mengambil jalan pintas untuk mengambil air dengan cara

    menebuk dinding kapal, agar mudah untuk mendapatkan air. Jika idea atau fikiran

    tersebut dibiarkan sudah tentu kapal tersebut akan karam, sebaliknya jika ada

    dalam kalangan mereka yang menyedari dan mencegah perbuatan tersebut, maka

    sudah tentu mereka akan selamat dan kapal tidak akan karam‖.

    Dalam konteks negara Malaysia, tugas menjaga keamanan dan

    keselamatan negara, sebahagiannya telah ditugaskan kepada organisasi Angkatan

    Tentera Malaysia (Malaysia Kita, 2004). Oleh yang demikian tugas tersebut

    merupakan satu amanah yang tentunya berkait rapat dengan aspek keagamaan.

    Amanah tersebut telah dipikul dengan jayanya oleh Angkatan Tentera Malaysia

    sejak tahun 1933 hingga kini dan telah menjangkau 83 tahun. Selain dari itu juga

    amanah memikul tanggungjawab keamanan dan keselamatan ini juga secara

    horizontalnya berasaskan kepada kepercayaan rakyat dan secara vertikalnya ia

    merupakan amanah dari Allah SWT. Namun demikian sesuai dengan sifatnya

    bahawa tugas atau amanah menjaga keamanan dan keselamatan ini tidak hanya

    merupakan tanggungjawab Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tetapi juga semua

    pihak dalam organisasi kerajaan dan juga setiap rakyat dan warganegara (Utusan

    Malaysia, 2008).

    Berdasarkan premis tersebut ternyata bidang ketenteraan merupakan satu

    aspek yang penting dalam Islam. Bidang ini sebenarnya berkait rapat dengan

    aspek pertahanan negara dan ketahanan ummah. Sesebuah negara yang dikatakan

    kukuh dan disegani ialah negara yang antara lain mempunyai angkatan tentera

    yang kuat dan mantap serta canggih pula dari segi persenjataan. Sebab itu antara

    perkara utama yang dilakukan oleh Rasulullah SAW semasa menegakkan

    kerajaan Islam pertama di Madinah ialah membentuk jentera pertahanan atau

    dengan kata lain mengasaskan angkatan tentera yang mampu menjadi benteng

    kepada negara dan umat Islam (Burhanuddin Jalal, 2011).

    Proses menyediakan angkatan tentera yang kuat, profesional dan

    berwibawa bukanlah sesuatu yang bersifat tabii semata-mata. Ertinya bukanlah

    disebabkan adanya musuh atau terdapatnya ancaman ke atas sesebuah negara

    menyebabkan sesebuah negara itu membentuk angkatan tentera yang mungkin

    dapat menangani persoalan keselamatan dan pertahanan. Sebenarnya

  • 384

    pembentukan angkatan tentera di sesebuah negara khususnya negara yang

    dikuasai oleh umat Islam, adalah sesuatu yang diperintahkan oleh Allah SWT. Ini

    jelas seperti yang telah difirmankan oleh Allah dalam surah al-Anfal (8:60) yang

    bermaksud: ―Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang

    menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-

    pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu

    musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang

    kamu tidak mengetahuinya, sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang

    kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu,

    dan kamu tidak akan dianiaya‖.

    Berdasarkan maksud, ayat di atas, musuh Islam tetap ada sama ada musuh

    itu dalam pengetahuan atau di luar pengetahuan. Sebab itu Allah mengarahkan

    agar umat Islam sentiasa bersiap sedia dan berwaspada bagi menghadapi sebarang

    kemungkinan agar mereka tidak akan dikejutkan oleh musuh yang mereka tidak

    menduga akan menyerang.

    Profesion ketenteraan merupakan kerjaya yang dipandang mulia oleh

    Islam bahkan satu penghormatan yang tinggi terhadap orang-orang yang terlibat

    secara langsung dengan tugas-tugas ketenteraan. Orang-orang yang gugur di

    medan peperangan atau tugas yang telah diamanahkan demi kepentingan agama,

    bangsa dan untuk negara layak untuk digelar sebagai ‗syuhada‘ jauh lebih bernilai

    daripada penghargaan yang diberikan di dunia ini. Rasulullah bersabda yang

    bermaksud‖ Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya digelar sebagai

    syahid. Sesiapa yang mati kerana mempertahankan keluarga dan jiwa rakannya ia

    digelar sebagi syahid dan sesiapa yang mati kerana mempertahankan agamanya

    maka akan digelar sebagai syahid‖- Riwayat Abu Daud (Sahih al-Bukhari).

    Sehubungan dengan itu orang-orang yang berjuang pada jalan Allah Taala

    dengan penuh keikhlasan dan hanya mengharapkan keredaan Allah tetap akan

    mendapat ganjaran besar seperti mana yang Allah telah janjikan melalui

    firmanNya yang bermaksud,―Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang

    yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa

    mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah

    maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga

    yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di

    dalam (Kitab- 3 kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang

    lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan

    jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli

    (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar‖ (Surah al-Taubah, 9: 111).

    PENGERTIAN KETENTERAAN

    Menurut Kamus Dewan (2005), tentera bermaksud, ―pasukan yang terdiri

    daripada askar dan lain-lain yang dilatih untuk berperang bagi menjaga

    keselamatan‖. Bagi Ammus Permuter (1984) mentakrifkan tentera sebagai

    ―sekelompok profesional yang dipercayai oleh sesebuah negara. Tentera

    umumnya yang terdiri dari kalangan orang-orang yang terorganisasikan dengan

  • 385

    disiplin untuk melakukan pertempuran yang tentunya berbeza dengan kelompok

    orang awam‖.

    Menurut Fine S. E (1962), tentera bermaksud, ―mereka adalah orang-

    orang yang terpilih dan digaji oleh pihak kerajaan dan dipersiapkan untuk

    peperangan serta mempertahankan agama dan juga kedaulatan negara‖. Oleh yang

    demikian tentera adalah sekumpulan orang-orang yang mempunyai kemahiran

    dan juga kepakaran tertentu yang dipersiapkan oleh pihak kerajaan untuk

    menentang musuh dan mempertahankan negara. Bagi Khalid Ahmad Syantut

    dalam bukunya al-Muslimun wa Tarbiyah al-askariah (1993), menjelaskan

    bahawa tentera merupakan sebahagian dalam masyarakat dan tentera mempunyai

    dua kategori iaitu:

    a. Memasuki perkhidmatan Tentera secara sukarela iaitu individu yang memasuki

    perkhidmatan tentera secara sukarela dan memilih tentera sebagai satu bidang

    kerja dalam hidup. Mereka mendapat gaji bulanan dan dalam keadaan aman

    mereka berlatih dalam ilmu ketenteraan. Ini seperti mana yang dapat dilihat di

    pusat-pusat latihan ketenteraan ataupun akademi ketenteraan di mana anggota

    belajar atau berlatih dalam tempoh yang tertentu dalam usaha menjadi tentera

    yang berketerampilan dan berwibawa sekali gus dapat membina sebuah angkatan

    tentera yang mantap.

    b. Memasuki tentera secara kerahan wajib. Dalam bentuk ini setiap warga negara

    lelaki yang telah mencukupi umur 18 tahun, mereka diwajibkan memasuki

    akademi tentera untuk berlatih dan berkhidmat sebagai anggota tentera untuk

    tempoh yang ditetapkan. Biasanya dalam tempoh satu tahun hingga tiga tahun.

    Setelah tempoh tersebut mereka kembali menjadi orang awam, namun demikian

    dalam tempoh-tempoh tertentu mereka akan dipanggil untuk menjalani latihan

    ketenteraan.

    Pada zaman sebelum Islam, khususnya di Semenanjung Tanah Arab pada

    waktu itu masih belum wujud istilah ‗tentera‘, walaupun pada zaman itu sering

    berlaku peperangan antara kabilah atau puak-puak bangsa Arab. Namun begitu

    sejarah menjelaskan bahawa terdapat sekumpulan yang telah ditugaskan oleh puak

    atau kabilah tertentu yang diberi peranan untuk berperang atau bersiap sedia

    dengan kekuatan dan senjata bagi memerangi kaum lain atau mempertahankan

    diri jika diserang oleh kaum lain (Imam Yahya, 2004: 43).

    Bernard Lewis (1983), dalam Encyclopedia of Islam menjelaskan bahawa

    pembentukan tentera dalam Islam telah dimulakan sejak zaman Nabi Muhammad

    SAW khususnya dipelopori oleh golongan Ansar yang berpindah dari Makkah ke

    Madinah.Bagi menjelaskan lagi pembentukan tentera pada zaman awal Islam ini,

    Hasbi Shiddiqy (1954) dalam bukunya, ― Ilmu pertahanan negara dan kemiliteran

    dalam Islam‖ menjelaskan, dalam Islam tentera itu dibahagikan kepada dua

    kategori iaitu tentera Murtaziqah dan tentera Mutathowwiah.

  • 386

    a. Tentera Murtaziqah. Kumpulan tentera yang dibentuk oleh kerajaan dan diberi

    gaji tetap oleh pihak kerajaan. Golongan ini memang diwujudkan khusus untuk

    berperanan sebagai kumpulan yang digunakan untuk mempertahankan negara.

    Mereka di gaji secara rasmi oleh pihak kerajaan dan sebagai balasannya mereka

    perlu bersedia untuk berperang. Dalam satu hadis Nabi pernah bersabda yang

    bermaksud, ―Diriwayatkan daripada Ibnu Umar RA katanya: nabi telah

    menghantar satu pasukan tentera ke satu daerah yang bernama Najd. Aku adalah

    salah seorang di antara mereka, di mana mereka telah berjaya mendapatkan harta

    rampasan yang banyak seperti unta. Mereka semua mendapat bahagian sebanyak

    sebelas ekor unta atau dua belas ekor unta dan ditambahkan kepada mereka sekor

    unta lagi‖. Hadis ini menjelaskan bahawa pasukan tentera pada zaman nabi

    mendapat ganjaran sekiranya menang dalam peperangan.

    b. Tentera Mutataowwiah. Kumpulan tentera yang diwujudkan secara sukarela

    dan ditubuhkan di atas kesedaran dan kemahuan untuk sama-sama

    mempertahankan negara. Kumpulan ini tidak hanya terdiri dari kaum lelaki tetapi

    juga dari kalangan wanita dan kanak-kanak. Pembahagian ketenteraan

    menunjukkan bahawa peperangan memang dilakukan pada zaman Nabi

    Muhammad SAW. Ternyata peperangan tidak sekadar menegakkan agama Islam

    tetapi ia juga kewajipan setiap umatnya untuk mempertahankan Islam sekali gus

    mencintai bangsa dan negaranya.

    Allah SWT telah memerintahkan umat Islam supaya membuat persiapan dan

    membentuk kekuatan bagi mempertahankan agama, bangsa dan negara. Ini

    seperti mana yang telah difirmankan oleh Allah Taala yag bermaksud, ―Dan

    sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis

    kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang

    lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan 4 persediaan itu musuh Allah dan

    musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak

    mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. dan apa sahaja yang kamu

    belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan

    kamu tidak akan dianiaya‖ (Surah al-Anfal, 8: 60).

    Berdasarkan ayat tersebut, bagi menghadapi semua keadaan, sama ada

    aman atau perang masyarakat Islam perlu kepada kekuatan tentera agar tidak

    dipandang remeh atau rendah oleh pihak musuh. Sumbangan ketenteraan amat

    besar ertinya kepada agama, bangsa dan tanah air. Kekuatan Islam 14 abad yang

    lampau telah membawa masyarakat Malaysia kepada Islam. Apa yang penting

    tentera hari ini perlu mendekatkan diri kepada Allah, melaksanakan kewajipan

    agama, menunaikan solat pada waktunya serta makan dan minum sesuatu yang

    dihalalkan oleh Ini menepati firman Allah yang bermaksud, ―Mereka menukarkan

    ayat-ayat Allah dengan harga yang sedikit (dari faedah-faedah dunia), lalu mereka

    menghalangi (dirinya dan orang-orang lain) dari agama Allah; sesungguhnya

    amatlah buruknya apa yang mereka telah kerjakan‖ (Surah al-Taubah, 9: 105).

  • 387

    KAJIAN KETENTERAAN

    Kajian tentang ketenteraan dalam Islam masih kurang jika hendak dibandingkan

    dengan kajian-kajian Islam dalam bidang-bidang lain. Kajian dalam bidang

    ketenteraan Islam banyak dikaitkan dengan kekhalifahan, imamah dan juga isu-isu

    yang berkaitan dengan politik dan juga pemerintahan dalam Islam. Sejarah telah

    membuktikan bahawa konsep tentera dalam Islam pada mulanya hanyalah untuk

    mempertahankan agama (jihad) yang mempunyai kaitan dengan pemerintahan

    nilai-nilai keadilan, kemerdekaan dan juga kedamaian. Abu Hassan Ali Al-

    Mawardi (1960), dalam al-Ahkam al Sultaniyyah, telah menyentuh aspek

    ketenteraan dan dihubungkan dengan aspek kepimpinan. Al-Mawardi menyebut

    bahawa apabila sesebuah negara dalam keadaan darurat atau perang pemimpin

    yang perlu dilantik dalam kalangan tentera, tetapi jika negara menghadapi

    masalah berkaitan dengan penggunaan sumber tenaga manusia, pemimpin yang

    perlu dilantik adalah dari kalangan ilmuwan.

    Dalam buku-buku fiqh siasah yang lain, tentera di bahas dalam konteks

    jihad atau peperangan. Umumnya tentera dianggap sebagai satu profesion yang

    menjaga negara dan berperanan sebagai satu agensi terpenting dalam negara. Bagi

    membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan ketenteraan dalam Islam,

    pemahaman pengertian dan takrif tentera dalam Islam seperti yang telah

    dijelaskan sebelum ini adalah penting dan ia adalah sebagai landasan bagi

    membincangkan secara jelas dan dinamik berhubung dengan tentera Islam pada

    zaman Rasulullah dan seterusnya zaman khulafak ar-Rasyidin.

    Tanggungjawab ketenteraan dalam Islam merupakan kewajipan akidah

    dan jihad yang berlandaskan syariat serta akhlak Islam yang dilaksanakan melalui

    tanggungjawab kepimpinan negara Islam yang sah. Pelaksanaan dan tindakan

    ketenteraan hendaklah berlaku dengan kaedah-kaedah dan peraturan seperti yang

    dinyatakan dalam al-Quran, sunnah dan perincian hukum oleh ijmak sahabat

    Rasulullah SAW. Dengan ini tanggungjawab ketenteraan adalah juga tuntutan

    iman, Islam dan ihsan sebagai ibadat yang tertinggi untuk meninggikan kalimah

    Allah. Operasi ketenteraan Islam adalah operasi merealisasikan dakwah Islamiah

    kepada seluruh umat manusia. Dengan sebab itu setiap anggota tentera dalam

    Islam adalah pendakwah di jalan Allah. Tentera menyebarkan dakwah Islamiah

    jika tentera itu benar-benar melaksanakan tugas jihad perang pada jalan Allah

    seperti mana yang dilaksanakan pada zaman Rasulullah apabila negara Islam

    Madinah ditubuhkan). Ideris Endot (1987) menjelaskan tanggungjawab

    ketenteraan Islam merangkumi perkara berikut:

    Pemeliharaan akidah Islam meletakkan akidah atau arkanul iman sebagai asas dalam kehidupan. Asas

    akidah atau kepercayaan kepada seseorang yang menghayati akidah akan merasa

    dirinya bebas dan merdeka dari mana-mana ikatan makhluk di alam ini.

    Sebaliknya, orang-orang yang tidak beriman kepada Allah mempunyai pandangan

    dan nilai hidup yang akan diukur dari segi kepentingan dan hubungannya dengan

    duniawi. Itulah kesempitan dunia yang pernah disebut oleh Ruba‘i bin Amir

    ketika dihantar untuk menemui panglima perang Farsi yang bernama Rustam.

  • 388

    Ruba‘i menyatakan kepada Rustam bahawa kedatangan tentera Islam adalah

    untuk membebaskan manusia dan mengajak manusia kepada mengabdikan diri

    kepada Allah serta untuk mengeluarkan manusia dari kesempitan dunia kepada

    keluasan dunia dan keluasan akhirat. Begitu juga apa yang berlaku kepada Khalid

    al-Walid yang hanya memimpin 10,000 orang tentera tetapi mampu mengalahkan

    100,000 tentera Farsi. Seorang ketua tentera Farsi bertanya, ―Bagaimana tentera

    yang sedikit dapat mengalahkan tentera yang ramai?‘. Khalid menjawab, ―Kami

    mencintai mati sedangkan kamu mencintai hidup, kamu berjuang untuk hidup

    tetapi kami berjuang untuk mati‖, begitulah kata-kata Khalid al-Walid yang

    melambangkan keimanan dan ketakwaan. Ternyata keimanan dengan akidah yang

    mantap memberi kekuatan sekali gus memastikan Islam dapat dipertahankan.

    Pelaksanaan dakwah Islamiah Tentera bertanggungjawab terhadap dakwah Islamiah apabila ia dapat

    memperluaskan kuasa dan penubuhan kerajaan atau perluasan jajahan takluk.

    Tentera berperanan sebagai pendakwah dan menyampaikan dakwah kepada

    manusia, membebaskan manusia syirik dan kufur kepada nur Islam. Mereka

    membawa pedang membuka negeri bukan tujuan untuk menjajah, tetapi

    membebaskan manusia dari syirik dan penyembahan berhala. Tujuan mereka

    adalah melaksanakan penyebaran agama Allah dan Syariat Islam.

    Melaksanakan jihad Sesungguhnya pedang atau peperangan dalam Islam bukanlah pemusnah,

    penghancur atau kezaliman tetapi pedang dalam Islam merupakan senjata untuk

    melurus, memberi dan mengawal. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW pada suatu

    ketika memegang al-Quran di tangan kanannya dan memegang pedang di tangan

    kirinya dan menyatakan, ―aku diutus kepada manusia dengan ini (merujuk kepada

    al-Quran) dan juga dengan ini (merujuk kepada pedang). Aku akan betulkan

    manusia supaya berjalan di atas jalan yang lurus. Pedang berguna untuk menjaga

    mereka kembali ke jalan Allah sekiranya mereka telah menyeleweng‖.

    Pemimpin tentera Islam yang terkenal, Uqbah bin Nafi‘ pernah

    menjelaskan matlamat jihad dan matlamat pembukaan negara Islam. Setelah

    beliau berjaya (dengan izin Allah) membuka Afrika Utara dan berjaya sampai ke

    lautan Atlantik, beliau bersama-sama sahabatnya menunggang kuda dan terus

    meredah laut dan apabila air sampai ke paras dada kuda, beliau berhenti lalu

    berkata, ―wahai tuhanku, aku keluar bukan untuk bongkak dan bukan untuk jahat.

    Aku keluar semata-mata untuk jihad di jalan engkau, untuk meninggikan kalimah

    dan hukuman engkau dan untuk mendapatkan keredaan engkau, wahai tuhanku,

    kalaulah aku ketahui ada manusia yang di seberang lautan ini yang mengkufuri

    engkau sehingga dia beriman kepada engkau...‖. Demikian antara matlamat

    peperangan dan jihad dalam Islam, dan mereka berani untuk terus berjuang demi

    menegakkan kalimah tauhid atas nama jihad dan sentiasa menghayati firman

    Allah SWT yang bermaksud, ―Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-

    orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan)

    bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan

  • 389

    Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan

    Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah

    di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang

    lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan

    jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli

    (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar‖ (Surah at-Taubah, 9: 111).

    Allah SWT telah menetapkan kepentingan mempertahankan dunia dan

    prinsip Islam di atas muka bumi ini. Ini adalah seperti yang telah difirmankan oleh

    Allah SWT yang bermaksud, ―Oleh sebab itu, mereka dapat mengalahkan tentera

    Jalut dengan izin Allah, dan Nabi Daud (yang turut serta dalam tentera Talut)

    membunuh Jalut. Dan (sesudah itu) Allah memberikan kepadanya (Nabi Daud)

    kuasa pemerintahan, dan hikmat (pangkat kenabian) serta diajarkannya apa yang

    dikehendakiNya. Dan kalaulah Allah tidak menolak setengah manusia (yang

    ingkar dan derhaka) dengan setengahnya yang lain (yang beriman dan setia)

    nescaya rosak binasalah bumi ini; akan tetapi Allah sentiasa melimpah kurniaNya

    kepada sekalian alam‖ (Surah al-Baqarah, 2: 251).

    Al-Quran telah menjelaskan kepentingan jihad dan mengarahkan umat

    Islam supaya sentiasa berjihad di jalan Allah. Firman Allah yang bermaksud,

    ―Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada

    dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat

    (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda

    dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam) yang demikian amatlah

    baik bagi kamu, jika kamu mengetahui‖ (Surah at-Taubah, 9: 41).

    Dalam surah ini juga khususnya dalam ayat 39, Allah telah

    memperingatkan kepada umat Islam tentang balasan di kalangan umat Islam yang

    tidak bersedia untuk berjihad di jalan Allah atau tidak sanggup untuk berjihad

    demi mempertahankan agama Allah. Firman Allah yang bermaksud, ―Jika kamu

    tidak pergi beramairamai (untuk berperang pada jalan Allah - membela

    agamaNya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi

    sakitnya dan Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain, dan kamu tidak

    akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepadaNya. Dan (ingatlah) Allah

    Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu‖ (Al-Taubah, 9: 39.).

    Ibn Kathir dalam kitab tafsirnya, Mukhtasar Ibn Kathir (1988), dalam

    aspek jihad telah menjelaskan bahawa ―Allah SWT telah memerintahkan seluruh

    kaum Muslimin bergerak bersama Rasulullah SAW dalam perang Thabuk untuk

    memerangi musuh-musuh Allah, iaitu bangsa Romawi, sama ada yang senang

    atau susah atau yang muda atau yang tua kerana kaum Muslimin telah mendengar

    berita bahawa bangsa Romawi telah bersiap sedia untuk menyerang Madinah.

    Dari pengalaman sirah Islam, telah membuktikan bahawa kaum Muslim

    khususnya pada zaman Rasulullah, zaman sahabat, zaman khulafak ar-Rasyidin

    ataupun pada zaman Daulah Umaiyyah dan Daulah Abbasiyah mempunyai

    ketinggian semangat jihad. Keadaan sebaliknya pula berlaku apabila umat Islam

    telah mula mengabaikan semangat jihad ini, kaum Muslimin telah berubah

    umpama apa yang telah disebutkan oleh Rasulullah SAW, dalam sabdanya yang

    bermaksud, ―Kamu (umat Islam) hampir ditelan atau dikuasai oleh bangsa-bangsa

  • 390

    seperti gelojohnya mereka menelan makanan, kelak Allah mencabut

    (menghapuskan) perasaan gerun dari hati-hati musuh kamu ketika itu juga Allah

    menimbulkan perasaan lemah dalam hati-hati kamu‖. Seorang sahabat bertanya:

    ―apakah bilangan kami (umat Islam sedikit pada ketika itu ya Rasulullah?‘.

    Baginda menjawab: ―Tidak. Malahan lebih ramai bilangan kamu, tetapi ramainya

    kamu ibarat buih-buih di permukaan air yang mengalir‖. Seorang sahabat lagi

    bertanya: ―Apakah kelemahan itu ya Rasulullah?‖. Baginda menjelaskan: ―Cinta

    kepada dunia dan benci takut) kepada mati‖.

    SEJARAH KETENTERAAN DI MALAYSIA

    Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu

    sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini

    terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion

    Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion kedua ditubuhkan

    pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di

    Malaya. Kedua-dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam

    peperangan menentang tentera Jepun. Selepas perang, negara dilanda pula oleh

    ancaman komunis dan keadaan darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948.

    Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang tahun 1950

    kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. Pada

    zaman darurat juga, angkatan tentera telah menubuhkan pasukan berbilang bangsa

    iaitu Rejimen Persekutuan dan Skuadron Kereta Perisai Persekutuan pada tahun

    1952. Setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Tentera Darat

    telah berkembang maju dan lengkap untuk melawan insurgensi. Pada masa kini

    pasukan Tentera Darat sedang pesat dimodenkan sebagai satu pasukan tentera

    konvensional yang mampu menghadapi cabaran masa depan

    (www.mod.tdm.gov.my).

    Manakala Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pula bermula dari

    pasukan Simpanan Sukarela Tentera Laut Negeri-negeri Selat pada 27 April 1934

    di Singapura. Pasukan ini diperbesarkan pada tahun 1938 dengan penubuhan

    cawangan Pulau Pinang dan ditukarkan nama kepada Pasukan Sukarela Tentera

    Laut Diraja Malaya. Menjelang Perang Dunia Kedua, seksyen Melayu dalam

    Royal Navy telah ditubuhkan dan kekuatan pasukan ini mencapai jumlah 1,430

    anggota pada tahun 1941. Selepas kejatuhan Singapura pada tahun 1942, seramai

    150 orang Tentera Laut Malaya telah berundur ke Ceylon, India dan Afrika

    Timur. Anggota-anggota ini kembali ke Malaya apabila perang tamat. Malangnya

    disebabkan kekurangan kewangan selepas perang, Tentera Laut Malaya telah

    dibubarkan pada bulan April 1947. Apabila darurat tercetus pada tahun 1948,

    Tentera Laut Malaya telah ditubuhkan semula dan diwartakan pada 4 Mac 1949.

    Tentera Laut Malaya telah dianugerahkan gelaran Diraja oleh Baginda Queen

    Elizabeth II pada tahun 1952. Tentera Laut Diraja Malaya yang selama ini

    menjadi sebahagian dari Royal Navy telah dipindahkan dari Singapura ke

    Persekutuan Tanah Melayu pada 12 Julai 1958. Serentak dengan itu, panji-panji

    Royal Navy telah ditukar dengan panji-panji Persekutuan Tentera Laut Diraja 7

  • 391

    Malaya. Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963 ia dikenali sebagai Tentera

    Laut Diraja Malaysia (www.mod.gov.my/tdm).

    Bagi Tentera Udara Diraja Malaysia pula bermula dengan penubuhan

    Pasukan Sukarela Tentera Udara Negeri-Negeri Selat (SSVAF) oleh British pada

    tahun 1936. Pasukan ini ditukar nama kepada Pasukan Simpanan Tentera Udara

    Malaya pada tahun 1940 tetapi telah dibubarkan selepas Perang Dunia Kedua.

    Pada tahun 1950 pasukan ini telah dihidupkan semula sebagai Royal Air Force

    Malaya (RAF Malaya). Tentera Udara Malaya menjadi kenyataan pada tahun

    1958 apabila pesawat Twin Pioneer pertama mendarat di pangkalan RAF Kuala

    Lumpur. Tentera Udara Diraja Malaya ditubuhkan dengan ditubuhkan dengan

    rasminya pada 2 Jun 1958 (www.mod.gov.my).

    Selain dari itu, seperti yang telah dinyatakan sebelum ini, kerajaan telah

    menunjukkan kesungguhan dalam meningkatkan kekuatan pertahanan negara dari

    tahun ke tahun, namun demikian pembangunan dan pemodenan ATM pada

    hakikatnya adalah tertakluk kepada kemampuan kewangan dan perkembangan

    kestabilan serantau. Sekiranya dibuat perbandingan dengan negara jiran

    Singapura, seperti di Jadual 3.2 menunjukkan perbelanjaan negara jiran lebih satu

    kali ganda berbanding dengan perbelanjaan Malaysia dalam aspek perbelanjaan

    pertahanan. Di sini menunjukkan Malaysia tidak memperuntukkan perbelanjaan

    pertahanan yang besar dan bersifat luar biasa. Pembangunan dan pemodenan

    ketenteraan Malaysia lebih dilihat sebagai proses normal dan keperluan kepada

    sesebuah negara dalam memenuhi keperluan keselamatan khususnya bagi

    menjamin keselamatan dan kedaulatan negara.

    Namun demikian, perlu juga dijelaskan bahawa pemodenan Angkatan

    Tentera Malaysia sedang di jana ke arah pembangunan dimensi keempat iaitu

    dimensi elektro magnetik yang memerlukan penguasaan sepenuhnya elemen-

    elemen peperangan iaitu bawah dan permukaan bumi, ruang udara dan siber.

    Proses pengukuhan pertahanan dan keselamatan negara sememangnya telah

    bermula sejak tahun 1957 lagi sama ada dari aspek pembangunan fizikal atau

    bukan fizikal. Secara umumnya menjelang dekad 1990-an, ia telah menjadi titik

    tolak kepada Malaysia untuk memesatkan dan memperkukuhkan kekuatan sistem

    pertahan dan negara dengan prinsip ‗Pertahanan ke hadapan‖ atau ‗forward

    defence‘. Ia juga telah merintis penumpuan kerajaan terhadap peningkatan

    kekuatan dan pemodenan angkatan pertahanan dan sistem keselamatan negara.

    Usaha kerajaan ini dapat dilihat bermula pada tahun 1992 apabila

    Malaysia mula memperkukuhkan dan memperkemaskan sistem pertahanan laut

  • 392

    melalui penyediaan dua buah kapal perang termoden di Asia Tenggara pada waktu

    itu iaitu KD Jebat dan KD Kasturi yang dilengkapi dengan teknologi tinggi.

    Perolehan persenjataan bersifat defence offensive juga menjadi matlamat, apabila

    TLDM kini memiliki 120 buah kapal perang iaitu empat buah kapal dalam kelas

    frigate dan enam buah kapal dalam kelas korvet di samping 17 buah kapal

    peronda yang dilengkapi dengan kelengkapan peluru berpandu seperti Sea Wolf,

    Aspide, Exocet dan Otomat. Sistem cegah rintang Malaysia juga makin kukuh

    apabila Malaysia bakal memiliki dua buah kapal selam menjelang 2012 dan kini

    sebuah Kapal Selam telah pun di miliki Malaysia iaitu KD Tuanku Abdul

    Rahman. Dalam aspek pertahanan darat, Tentera Darat turut bergerak seiring

    dengan kemajuan teknologi dan perubahan dimensi ancaman keselamatan semasa.

    TDM kini telah dilengkapi dengan pelbagai persenjataan moden seperti kereta

    kebal tempur PT-91M, kereta kebal ringan Scorpion dan APC Adnan, Stormer,

    Panhard dan Commando. Selain itu, kor artileri telah dilengkapi dengan meriam

    105mm dan 155mm sebanyak 414 buah serta diperkukuh dengan pembelian

    sistem roket berganda ASTROS II dan turut dilengkapi dengan peluru berpandu.

    Proses ini telah meningkatkan keupayaan TDM bagi memastikan keselamatan dan

    kedaulatan Malaysia dipertahankan (Majalah Tempur, 2009).

    Selain itu, pertahanan angkatan udara Malaysia juga turut diberi perhatian

    oleh kerajaan yang mana ia telah memberikan penekanan terhadap pemilikan

    pesawat-pesawat yang berteknologi tinggi seperti pesawat MIG 29, F/A-18

    Hornet dan terbaru kerajaan Malaysia akan membeli 18 unit pesawat pejuang

    pelbagai guna RusiaSukhoi SU-30MKM berharga kira-kira AS$900 juta (RM 3.4

    Bilion). Pembelian pesawat tempur berteknologi tinggi ini juga adalah bagi

    memperkukuhkan kekuatan pertahanan udara yang telah sedia ada seperti pesawat

    Hawk dan pesawat pejuang F5E. Pesawat-pesawat tempur ini turut dilengkapi

    dengan sistem pengkomputeran dan peluru berpandu seperti mana di negara-

    negara Barat. Bagi memastikan angkatan udara dapat bergerak seiring dengan

    kemajuan semasa teknologi pertahan udara dunia, kerajaan Malaysia telah

    mengaplikasikan sistem pertahanan udara negara dengan pemilikan pesawat UAV

    jenis Eagle 150. Dalam pada itu juga untuk memastikan ATM tidak ketinggalan

    dalam arus perubahan teknologi pertahanan semasa dunia, kerajaan telah mula

    memberi tumpuan dalam pembangunan dan pemodenan ATM yang menerapkan

    pengaplikasian peperangan elektronik atau electronic warfare. Sistem elektronik

    dan pengkomputeran mula diterapkan ke dalam ketiga-tiga perkhidmatan ATM

    seiring dengan pemodenan angkatan tentera negara-negara jiran dan Barat

    (Majalah Tempur, 2009). Faktor kemanusiaan yang menjadi tulang belakang

    kepada sistem pertahanan negara semakin dipertingkatkan setiap tahun. Ia bukan

    sahaja hanya memastikan peningkatan dari segi kuantiti yang kini telah memiliki

    lebih daripada 100,000 tentera tetap, 51,600 simpanan dan 244,700 separa tentera

    tetapi juga peningkatan dari segi pendidikan, moral, patriotisme dan yang paling

    penting adalah penghayatan dari aspek agama iaitu penghayatan Islam. Seperti

    yang telah dijelaskan sebelum ini dalam Jadual 3.1, pihak kerajaan telah

    memperuntukkan belanjawan untuk pertahanan negara bagi memenuhi salah satu

    keperluan rakyat iaitu jaminan keselamatan.

  • 393

    Sehubungan dengan itu ATM pada masa kini sedang giat memperkasa

    strategi dan pelan tindakan pembangun ke arah keupayaan bagi menuju ke arah

    revolusi dimensi keempat atau yang dikenali sebagai Fourth Dimension of

    Malaysian Armed Forces (4D MAF). 4D MAF ini adalah pelan induk

    pembangunan keupayaan ATM yang digubal bagi menjadikan ATM sebagai

    sebuah angkatan tentera yang seimbang dan mempunyai kredibiliti. Berdasarkan

    persiapan dari aspek fizikal tersebut, penyediaan anggota tentera yang cekap,

    wibawa dan mempunyai daya juang yang tinggi dan rohani yang mantap adalah

    amat diperlukan.

    Jadual 2: Statistik Kekuatan Anggota Angkatan Tentera Malaysia

    Berdasarkan satu kajian yang telah dilakukan oleh Merdeka Center dan

    juga Markas ATM (2011) untuk membuat penilaian terhadap peranan yang telah

    dilakukan oleh Angkatan Tentera Malaysia berdasarkan perspektif rakyat. Antara

    penemuan kajian tersebut adalah seperti berikut:

    (a). Penilaian terhadap piagam Pelanggan serta Pencapaian objektif ATM. Sejajar

    dengan tahap puas hati yang tinggi, tahap keyakinan responden kepada ATM

    dalam menjayakan piagam pelanggannya amat tinggi. Tahap keyakinan terhadap

    lima perkara yang termaktub dalam piagam pelanggan mempunyai keyakinan

    purata 70.5%. Tahap keyakinan keseluruhan Piagam Pelanggan ATM seperti di

    Jadual 3.

  • 394

    Selain dari itu rakyat menunjukkan keyakinan memuaskan terhadap

    kemampuan ATM dalam pencapaian objektif ATM, namun responden memahami

    batasan dari segi kelengkapan dan teknologi yang dimiliki oleh ARTM

    memandangkan Malaysia masih sebuah negara membangun dan ATM dalam

    proses pemodenan. Jadual 4 menunjukkan pandangan responden terhadap

    pencapaian objektif ATM

    PERANAN KETENTERAAN

    Dalam konteks negara Malaysia, Instusi Angkatan Tentera Malaysia telah

    ditubuhkan pada tahun 1933 dan kini telah menjangkau usia 83 tahun. Angkatan

    tentera Malaysia adalah sebahagian dari organisasi perkhidmatan awam di

    Malaysia yang berperanan sebagai benteng pertahanan negara. Misi utama ATM

    ialah untuk mewujud dan merealisasikan angkatan tentera yang sentiasa siaga

    untuk melindungi kedaulatan dan integriti negara. Ini dapat dicapai melalui teras

    seperti berikut:

    a. Aspek kesiagaan (Preparedness) yang merangkumi perkara berikut:

    Memenuhi kesemua keperluan keselamatan negara.

    Berkemampuan untuk melancar satu ketumbukan melewati garisan sempadan

    darat dan maritim negara.

    Mempertingkatkan Kesiagaan dan Ketahanan.

    Menentukan satu angkatan bersenjata yang seimbang.

    Menentukan keberkesanan C4ISR (Command, control, communication,

    computerization, intelligence, surveillance and reconnaissance).

    b. Keupayaan Berperang (War Fighting Capability)

    Menggabungkan keupayaan peperangan darat, laut dan udara dengan berfokus

    kepada operasi bersama.

    Menggabungkan semua sistem pengurusan sumber darat, laut, udara dan awam.

    Mengguna pakai teknologi ketenteraan yang canggih.

  • 395

    Sentiasa membangun dan mempertingkatkan tahap operasi, sistem logistik dan

    sumber manusia melalui falsafah Pengurusan Kualiti Menyeluruh.

    Menggunakan kewangan dan sumber dengan optimum.

    c. Anggota Tentera Berkualiti (Quality Personnel)

    Membangunkan kemahiran pengurusan dan kepimpinan yang kompeten serta

    efektif.

    Membangunkan anggota tentera yang versatil, berpengetahuan dan kompeten.

    Meningkatkan kualiti dan kesejahteraan komuniti ATM.

    Membangunkan keteguhan jasmani, rohani dan keberanian moral.

    Memelihara dan menerima nilai dan etika kerja ATM.

    PENUTUP

    Berdasarkan kepada maklumat yang berkaitan dengan organisasi ketenteraan,

    ternyata organisasi kenteraan memerlukan individu atau anggota yang komitmen,

    berdisiplin tinggi, berwibawa dan mempunyai penghayatan Islam yang kuat bagi

    memastikan amanah untuk menjaga benteng pertahanan negara dapat

    dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Ciri-ciri pembinaan tentera profesional

    berteraskan Islam khususnya organisasi ketenteraan di Malaysia, menjadi harapan

    ia mampu untuk mencapai matlamat dan menepati dasar Maqasid as-syariyyah

    seperti mana yang disebutkan oleh Yusuf al-Qaradawi (1984), seperti berikut:

    a. Menjaga ad-din. Matlamat menjaga dan menegakkan ad-din adalah dasar utama

    dalam pengurusan Islam yang berfungsi untuk melaksanakan segala suruhan dan

    menjauhi larangan Allah Taala mengikut keadaan suasana yang diizinkan oleh

    syariat Islam.

    b. Menjaga akal. Menjaga akal menjadi tanggungjawab pemerintah atau kerajaan

    Islam supaya kesejahteraan akal dapat dijaga daripada sebab akibat yang boleh

    mencacat sama ada dari segi akal lahiriah (fizikal) atau akal rohani (maknawi).

    c. Menjaga jiwa. Menjaga jiwa atau diri adalah satu matlamat pengurusan yang

    penting. Setiap diri dan jiwa insan terjamin dalam syariat Islam mengikut hukum-

    hukum qisas, hudud, takzir dan sebagainya.

    d. Menjaga Kehormatan. Matlamat menjaga kehormatan dan kemuliaan insan ini

    dilaksanakan dengan tujuan untuk menjamin dan menjaga supaya seseorang

    individu itu sentiasa berada dalam akhlak dan tingkah laku yang baik dan terpuji

    (mahmudah), serta menjauhi daripada sifat perangai yang buruk (mazmumah) dan

    merosakkan fungsi kemuliaan status insan.

    e. Menjaga harta. Harta benda dan kekayaan umat dan negara (kepentingan

    strategik negara) adalah matlamat pengurusan Islam dalam bentuk pengurusan

    harta kekayaan (sumber ekonomi). Harta kekayaan milik awam hendaklah diurus

    dengan baik, adil dan sempurna serta menjauhi daripada sebarang pengurusan

    harta yang haram dan terlarang di sisi Islam. Pengurusan harta kerajaan juga

    melibatkan tata urus tadbir dan harta benda diuruskan dengan perkhidmatan

    harmonis sesama manusia dengan matlamat yang diakui oleh Islam.

  • 396

    Berdasarkan matlamat untuk menjaga kepentingan Islam atas dasar

    Maqasid as-syariyyah seperti yang disebutkan di atas, ternyata instutusi

    ketenteraan merupakan sesuatu yang amat penting kerana menjaga lima perkara

    yang dipertahankan itu adalah selari dengan kehendak Islam seluruhnya.

    RUJUKAN

    Al-Fasi, ‗Ilal. (1991). Maqasid al-Syari‘ah al-Islamiyah wa Makarimuha. Rabat:

    Dar al-Gharb al-Islami.

    Al-Hamim, Abdul Latif. (t.th). Al-Dharuri fi ‗Ilmi Usul al-Fiqh. Beirut: Dar al-

    Ma‘rifah

    Al-Izz Abdul Salam. (2002). Qawa‘id al-Ahkam fi Masalih al-Anam. Beirut: Dar

    al-Ma‘rifah.

    Al-Mawardi, Abu Hassan ‗Ali Muhammad Habib al-Basri. (1960). Kitab al-

    Ahkam al-Sultaniyyah. Bayrut: Dar alfikr.

    Al-Qaradawi, Yusuf. (1984). al-Sahwah al-Islamiyyah bayna al-juhud wa al-

    tatarruf. Mesir: al-al-Qahirah, Dar al-Shuruq.

    Al-Raisuni, Ahmad. (1992). Nazariyyat al-Maqasid‘Inda al-Imam al-Syatibi.

    Beirut: Al-Maahad al-‗Alami li alFikr al-Islami.

    Al-Syatibi. (2000). Al-Muwafaqat. Giza: Dar Ibnu ‗Affan. Amus Permutter.

    (1984). Militer dan politik. Cet. Ke-2. Jakarta: PT Rajawali Press.

    Burhanuddin Jalal. (2011). Penghayatan Islam dalam Kalangan anggota Angkatan

    Tentera Malaysia. Tesis Doktor Falsafah Fakulti Pengajian Islam (Bahan

    tidak diterbitkan). Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Finer, S. E. (1962). The men on the horseback: the rule of the military in the

    politics. New York: Ny Frederivck A. Preager.

    Ibn Kathir. (1988). Mukhtasar tafsir Ibn Kathir (Terjemahan). Kuala Lumour:

    Victory Agency.

    Ibnu ‗Asyur, Muhammad Thahir. (2001). Maqasid al-Syari‘ah al-Islamiyah.

    Jordan: Dar al-Nafais.

    Ideris Endot. (1987). Ketenteraan Islam. Bangi: Fakulti Pengajian Islam,

    Universiti Kebangsaan Malaysia.

    Imam Yahya. (2004). Tradisi Militer dalam Islam. Yogyakarta: Logung Pustaka.

    Indonesia: Citra Islami Press.

    Lewis, Bernard. (1983). The Encyclopedia of Islam. Leiden: E. J Rill.

    Muhammad Hasbi as-Siddiqqi. (1954). Ilmu pertahanan negara dan kemiliteran

    dalam Islam. Jakarta: Bulan Bintang.

    Qutb, Sayyid Muhammad. (1982). Fizilal al-Quran. Terjemahan. Kuala Lumpur:

    Pustaka Dian.

    Shantut, Khalid Ahmad. (1989). al-Muslimun wa al-Tarbiyyah al-‗Askariyyah. al-

    Qahirah: Dar al-Wafa‘.

    Shantut, Khalid Ahmad. (2003). Tarbiyah Asykariah: Membina Generasi Tentera

    Islam. Terj. Shadiq Khalid. Jakarta: Era Intermedia.

    Teuku Iskandar dan et al. (2005). Kamus Dewan. Edisi ke-4. Kuala Lumpur:

    Dewan Bahasa dan Pustaka.