pro-file unit penyelarasan pelaksanaan (icu)...

5
Pro-File UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU) JABATAN PERDANA MENTERI PENGENALAN Sistem Pengurusan Fail (Pro-File) merupakan hasil inovasi ICU JPM bagi menggantikan proses manual pendaftaran, penyimpanan dan pergerakan fail dan surat (surat/faks/memo/e-mel), pengemaskinian status tindakan surat serta pelupusan fail kepada satu sistem on-line yang sistematik dan efisyen mematuhi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, Panduan Pengurusan Pejabat LAPORAN INOVASI TUJUAN Untuk mewujudkan satu sistem bagi menguruskan fail dan surat secara on-line, mesra pengguna, sistematik dan efisyen untuk kegunaan ICU JPM; Untuk memudah dan mempercepatkan proses capaian, peminjaman dan pemulangan serta pelupusan fail; Untuk memudahkan pengesanan kedudukan semasa sesuatu fail beserta kandungan fail tersebut; Untuk memudahkan pegawai mengambil tindakan ke atas surat yang diterima; Untuk mengelakkan kehilangan surat fizikal; dan Untuk merekodkan semua maklumat fail dan surat bagi memudahkan penjanaan laporan dan analisis.

Upload: vuongkien

Post on 06-Feb-2018

224 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pro-File UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU) …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2268-pro-file.pdf · SIGNIFIKAN Pro-File memberi impak kepada organisasi kerana : Pengedaran

Pro-File

UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU) JABATAN PERDANA MENTERI

PENGENALAN

Sistem Pengurusan Fail (Pro-File) merupakan hasil inovasi ICU JPM bagi menggantikan proses

manual pendaftaran, penyimpanan dan pergerakan fail dan surat (surat/faks/memo/e-mel),

pengemaskinian status tindakan surat serta pelupusan fail kepada satu sistem on-line yang

sistematik dan efisyen mematuhi Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2007, Panduan

Pengurusan Pejabat

LAPORAN INOVASI

TUJUAN

Untuk mewujudkan satu sistem bagi menguruskan fail dan surat secara on-line, mesra

pengguna, sistematik dan efisyen untuk kegunaan ICU JPM;

Untuk memudah dan mempercepatkan proses capaian, peminjaman dan pemulangan

serta pelupusan fail;

Untuk memudahkan pengesanan kedudukan semasa sesuatu fail beserta kandungan

fail tersebut;

Untuk memudahkan pegawai mengambil tindakan ke atas surat yang diterima;

Untuk mengelakkan kehilangan surat fizikal; dan

Untuk merekodkan semua maklumat fail dan surat bagi memudahkan penjanaan

laporan dan analisis.

Page 2: Pro-File UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU) …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2268-pro-file.pdf · SIGNIFIKAN Pro-File memberi impak kepada organisasi kerana : Pengedaran

PROSES – IN HOUSE

Sistem pro-File dibangunkan menggunakan kepakaran dalaman di peringkat NADI iaitu salah

satu bahagian dibawah ICU JPM. Sehingga kini sistem pro-File masih lagi diselenggara

menggukan kepakaran sendiri di peringkat ICU JPM

PROSES SEBELUM DAN SELEPAS

Sebelum Pro-File dibangunkan kaedah minit dan arahan pada surat dibuat secara manual untuk

mengetahui status serta tindakan terhadap minit dan arahan pada mesyuarat. Selepas Pro-File

dibangunkan segala proses manual telah diminimumkan untuk menjimatkan masa dan kos.

IMPAK INOVASI

INOVATIF/KREATIVITI

Pelaksanaan Pro-File yang menggunakan konsep “pop-up” membuatkan warga ICU lebih peka

terhadap surat dan memo yang masuk seterusnya mempercepat makluman dan tindakan yang

harus diambil.

KEBERKESANAN

Dengan pelaksanaan Pro-File, ia telah dapat menjimatkan masa sebanyak 86.4% bagi

pengurusan fail dan 70.8% bagi pengurusan surat. Kos dapat dijimatkan kerana tiada lagi

penggunaan buku daftar dan kad pergerakan fail. Penggunaan kertas dan toner juga dapat

dikurangkan kerana surat yang diminitkan tidak perlu dicetak. Produktiviti dapat ditingkatkan

kerana Anugerah Inovasi JPM 2015 MS 7/85 banyak surat dan fail dapat diproses dalam sehari.

Pro-File adalah mesra pengguna kerana menyediakan e-mel notifikasi, integrasi dengan SISMA

iaitu tidak perlu mendaftar sebagai pengguna dan integrasi dengan Sistem Barcode untuk

memudahkan pengurusan fail.

Page 3: Pro-File UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU) …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2268-pro-file.pdf · SIGNIFIKAN Pro-File memberi impak kepada organisasi kerana : Pengedaran

SIGNIFIKAN

Pro-File memberi impak kepada organisasi kerana :

Pengedaran surat dapat dibuat dengan segera

Semua surat masuk (kecuali surat terperingkat) perlu dimuat naik ke

dalam Pro-File. Ini membolehkan pegawai yang berkenaan memperolehi

surat tersebut dengan segera tanpa perlu menunggu surat fizikal.

Penyebaran maklumat serentak kepada semua pegawai

Surat yang sama boleh diedarkan serentak kepada beberapa orang pegawai

di bahagian yang sama atau berlainan bahagian. Ini mempercepatkan

proses mengambil tindakan ke atas sesuatu surat

Tindakan kepada surat yang diminitkan dapat dibuat dengan cepat

Ini dapat dilakukan dengan adanya fungsi e-mel notifikasi pengemaskinian

status tindakan surat kepada pegawai bagi setiap penerimaan surat masuk.

Mengelakkan kehilangan surat

Dengan adanya Pro-File, kehilangan surat fizikal dapat dielakkan kerana

setiap surat akan diimbas dan dimuat naik ke dalam Pro-File.

Menghindar daripada kerja-kerja berulang

Pentadbir surat tidak perlu lagi mendaftarkan surat yang sama kerana

proses pendaftaran surat adalah berpusat. Semua surat yang diterima akan

didaftarkan terlebih dahulu di Pejabat Ketua Pengarah sebelum diedarkan

kepada pegawai yang berkenaan untuk diambil tindakan.

Memberi perkhidmatan terbaik kepada pelanggan

Page 4: Pro-File UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU) …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2268-pro-file.pdf · SIGNIFIKAN Pro-File memberi impak kepada organisasi kerana : Pengedaran

Apabila pengurusan surat iaitu tindakan dan maklumbalas dapat dibuat

dengan efisyen, secara tidak langsung ia dapat memberi perkhidmatan

terbaik kepada kementerian dan agensi seterusnya kepada rakyat.

Menyokong kepada Green Connected Smart di bawah pelaksanaan Go

Green

ICU menyokong kepada Green Connected Smart di bawah pelaksanaan

Go Green di Bangunan Kompleks A, JPM iaitu dengan mengurangkan

penggunaan kertas

Meningkatkan kepakaran dalaman di kalangan pegawai ICU JPM

Pelaksanaan Pro-File juga telah meningkatkan kepakaran dalaman di

kalangan pegawai ICT ICU JPM dan menjimatkan kos pembangunan

sistem.

Keselamatan maklumat dan terkawal

Pro-File hanya boleh dicapai secara intranet oleh pegawai/kakitangan ICU

JPM sahaja. Oleh itu, maklumat adalah terkawal dan dijamin selamat.

Perakuan Dalam Laporan Penilaian Indeks Sistem Star Rating (SSR) 2015

Penggunaan Sistem Pro-File telah dinyatakan dalam penemuan Laporan

Penilaian Indeks Sistem Star Rating (SSR) 2015. Ini menunjukkan bahawa

ICU JPM telah menyediakan rekod daftar surat masuk/surat keluar yang

berkesan dengan pelaksanaan Pro-File di Ibu Pejabat dan cawangan

negeri.

Page 5: Pro-File UNIT PENYELARASAN PELAKSANAAN (ICU) …habinovasi.mampu.gov.my/laporan_inovasi/2268-pro-file.pdf · SIGNIFIKAN Pro-File memberi impak kepada organisasi kerana : Pengedaran

RELEVEN

Pro-file adalah relevan bagi menggantikan prosedur lama secara manual untuk mengurangkan

kesilapan serta mengurangkan masa makluman dan tindakan terhadap surat dan memo

PENGIKTIRAFAN

Setakat ini system Pro-File masih belum menerima sebarang pengiktirafan. Namun sistem yang

dibangunkan ternyata berjaya mengurangkan kos dan menjimatkan proses berkaitan.

PENUTUP

Pro-File merekodkan maklumat surat masuk dan keluar serta membantu mengesan kedudukan

semasa fail. Pro-File diintegrasikan dengan Sistem Barcode yang merupakan hasil inovasi

dengan pengimbasan barcode pada fail untuk mempercepatkan proses peminjaman, pemulangan

dan pelupusan fail. Pro-File merupakan end to end solution dari aspek Pengurusan Fail dan Surat

sehingga pelupusan Fail. Pro-File berpotensi untuk diperluaskan kepada

Bahagian/Agensi/Jabatan lain kerana ia mudah di replicate mengikut keperluan. Pada Februari

2016, Pejabat Perdana Menteri (PMO) telah menggunapakai Pro-File kerana ia memenuhi

keperluan prosedur dalaman jabatan, mematuhi aspek keselamatan maklumat, mesra pengguna

dan tiada kos tambahan diperlukan..

Disediakan oleh:

Nama Pegawai/Unit Terlibat : Bahagian Ekonomi, ICU JPM

Tel. : 03-88723877

Emel : [email protected]