prinsip undang undang antarabangsa malaysia - hazman

15
SJH1108 Hubungan Antarabangsa Tutorial ke - 6: “PRINSIP UNDANG- UNDANG ANTARABANGSA MALAYSIA” Disediakan oleh: Hazman bin Azhar

Upload: j-tune-entertainment

Post on 05-Dec-2014

2.035 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Prinsip undang undang antarabangsa malaysia - hazman

SJH1108 Hubungan Antarabangsa

Tutorial ke - 6:“PRINSIP UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA MALAYSIA”

Disediakan oleh: Hazman bin Azhar

Page 2: Prinsip undang undang antarabangsa malaysia - hazman

APA ITU UNDANG-UNDANGANTARABANGSA?

Undang-undang antarabangsa adalah badan undang-undang yang "mengawal kegiatan-kegiatan entiti yang mempunyai keperibadian antarabangsa“

Dalam konteks yang mudah, undang-undang antarabangsa adalah undang-undang yang mengawal hubungan antara negara, pertubuhan antarabangsa,perbadanan multinasional atau individu dengan negara, pertubuhan antarabangsa, perbadanan multinasional atau individu yang lainnya di peringkat antarabangsa.

Page 3: Prinsip undang undang antarabangsa malaysia - hazman

Kewujudan satu sistem undang-undang di peringkat antarabangsa secara dasarnya telah berjaya mengawal keamanan dunia terutamanya apabila wujud pelbagai perkara yang bercanggah di antara negara dengan negara lainnya di dunia.

Kewujudan PBB misalnya telah berjaya memastikan undang-undang antarabangsa digubal dan dilaksanakan terutamanya dengan kewujudan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (CIJ) di The Hague.

Antara cabang undang-undang antarabangsa termasuklah dalam hal berkaitan dengan undang-undang jenayah a/b, penggunaan kekerasan, kemanusiaan, laut, diplomatik, konsular, dan alam sekitar.

Page 4: Prinsip undang undang antarabangsa malaysia - hazman

Walaupun undang-undang antarabangsa pada prinsipnya adalah untuk mengawal undang-undang di peringkat antarabangsa, kedaulatan negara dalam menentukan undang-undang adalah mengatasi undang-undang antarabangsa tersebut.

Seperti juga Malaysia, kebanyakan negara di dunia secara dasarnya memberikan komitmen terhadap undang-undang antarabangsa atas kerelaan mereka (dalam sesetengah hal dan menolak sebahagian yang lain) dan CIJ sendiri berfungsi sekiranya negara bersetuju untuk membawa kes atau pertikaian mereka kepada badan kehakiman antarabangsa tersebut.

Misalnya dalam kes Pulau Batu Puteh.

Page 5: Prinsip undang undang antarabangsa malaysia - hazman

PRINSIP UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA DI

MALAYSIA

Page 6: Prinsip undang undang antarabangsa malaysia - hazman

Menurut Abdul Ghafur Hamid (2006), Perlembagaan Malaysia tidak seperti negara-negara tertentu yang lain, tidak mengandungi sebarang peruntukan yang menjadikan undang-undang antarabangsa perlu dianggap sebagai undang-undang negara atau diambil sebagai undang-undang negara. Walaubagaimanapun, sesetengah undang-undang yang diguna pakai di Malaysia adalah selaras dengan amalan di peringkat antarabangsa.

Secara prinsipnya, undang-undang antarabangsa di Malaysia dikawal oleh Persekutuan di bawah peruntukan Artikel 74 (1) yang menyebut, “ Parlimen boleh membuat undang-undang mengenai mana-mana perkara yang disenaraikan dalam Senarai Persekutuan dan Senarai Bersama dalam Jadual 9.

Page 7: Prinsip undang undang antarabangsa malaysia - hazman

Berdasarkan “Senarai Persekutuan”, Parlimen berkuasa untuk menggubal undang-undang yang berkait dengan hal ehwal luar termasuklah triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain. Oleh itu, kuasa eksekutif Persekutuan meliputi membuat triti, perjanjian dan konvensyen dengan negara lain. Kesimpulannya,kuasa membuat perjanjian dan termasuk untuk menggunapakai undang-undang antarabangsa di Malaysia secara prinsipnya terletak pada pihak berkuasa eksekutif Persekutuan atau Kerajaan Persekutuan.

Point utama di sini ialah Parlimen berkuasa penuh dalam menerima, menyesuai, ataupun menolak mana-mana undang-undang antarabangsa yang dimeterai oleh Malaysia atas prinsip kedaulatan undang-undang dan negara.

Page 8: Prinsip undang undang antarabangsa malaysia - hazman

Disebabkan perlembagaan Malaysia tidak menyebut bahawa undang-undang antarabangsa tergunapakai di Malaysia secara automatik, maka undang-undang a/b diterimapakai melalui statut atau Akta di Parlimen samada digubal atau meminda akta sedia ada.

Hal ini kerana, menurut Abdul Ghafur (2006), walaupun kerajaan bagi pihak negara telah menandatangani persetujuan di peringkat antarabangsa, undang-undang a/b tidak boleh mengatasi undang-undang tempatan (jika bercanggah) kecualilah diluluskan di Parlimen.

Page 9: Prinsip undang undang antarabangsa malaysia - hazman

Berikut adalah perjanjian antarabangsa yang menyebabkan undang-undang antarabangsa diterima pakai di Malaysia termasuk:

1. Akta Konvensyen Geneva (1962), sebagaimana yang disemak pada tahun 1993, untuk memberi kesan undang-undang kepada Empat Konvensyen Geneva untuk Perlindungan Mangsa Perang tahun 1949;

2. Keistimewaan Diplomatik (Konvensyen Vienna 1966), seperti yang dipinda pada tahun 1999, untuk memberi kesan undang-undang kepada Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Diplomatik 1961

Page 10: Prinsip undang undang antarabangsa malaysia - hazman

3. Pengangkutan melalui Udara 1974, untuk memberi kesan undang-undang kepada Konvensyen Warsaw 1929, sebagaimana yang dipinda oleh Protokol Hague 1955 dan Guadalajara Konvensyen tahun 1961;4. Akta Zon Ekonomi Eksklusif, 1984, untuk memberi kesan undang-undang kepada peruntukan-peruntukan tertentu Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa

Bersatu mengenai Undang-undang Laut 1982.5. Organisasi Antarabangsa (Keistimewaan dan

Kekebalan) 1992, untuk memberi kesan undang- undang kepada Konvensyen pada Keistimewaan dan Kekebalan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1946.

6. Akta Hubungan Konsular (Keistimewaan dan Kekebalan) 1999, untuk memberi kesan undang- undang kepada Konvensyen Vienna mengenai Perhubungan Konsular 1963.

Page 11: Prinsip undang undang antarabangsa malaysia - hazman

Oleh itu, jelas dalam prinsip undang-undang antarabangsa Malaysia, antara prinsip yang diamalkan termasuklah:

1. Penguatkuasaan undang-undang antarabangsa adalah di bawah kuasa Parlimen walaupun kerajaan berhak untuk mengadakan persetujuan dengan mana-mana konvensyen antarabangsa yang menyebabkan kerajaan terikat dengan mana-mana undang-undang antarabangsa.

2. Malaysia mengiktiraf sebahagian Undang-undang Antarabangsa yang selaras dengan undang-undang negara dan tidak bercanggah termasuklah dalam konvensyen Geneva, Warsaw, Vienna dll.

3. Malaysia mendukung undang-undang a/b untuk keamanan dan kestabilan dunia.

Page 12: Prinsip undang undang antarabangsa malaysia - hazman

4. Persetujuan untuk menggunakan khidmat Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk menyelesaikan beberapa pertikaian seperti dalam isu Pulau Batu Puteh dan Pulau Sipadan selepas perbincangan secara diplomasi gagal. Walau bagaimanapun, Malaysia berusaha untuk mengelakkan CIJ terlebih dahulu dalam kes-kes dengan negara jiran termasuklah dalam kes Blok L dan M dengan Brunei dan Perjanjian Joint Venture Malaysia-Thailand di Laut China Selatan untuk pendaratan petroleum dan gas di Songkhla.

5. Walaupun Malaysia berhak menerima dan menolak beberapa undang-undang a/b, Malaysia tidak terlepas dari tribunal-tribunal khas sekiranya melanggar undang-undang a/b terutamanya dalam soal keamanan dan konflik antara negara.

Page 13: Prinsip undang undang antarabangsa malaysia - hazman

6. Dalam soal hak asasi manusia, walaupun Malaysia menerima Pengisyhtiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR) oleh PBB yang mengiktiraf hak untuk bebas daripada kemahuan, bebas bersuara dan bebas berkepercayaan, di sana unsur-unsur tempatan dan agama masih dikekalkan dalam perundangan termasuklah ketegasan terhadap ajaran-ajaran sesat manakala agama minoriti adalah untuk anutan dan tidak boleh disebarkan.

7. Malaysia menerima undang-undang a/b berkaitan dengan persempadanan antarabangsa seperti undang-undang laut (UNCLOS) dan undang-undang udara yang memberikan panduan kepada pelbagai pertikaian di peringkat antarabangsa mengenai perairan a/b sebelumnya.

Page 14: Prinsip undang undang antarabangsa malaysia - hazman

8. Walaupun Undang-undang antarabangsa di bawah Chapter V turut mengiktiraf kewujudan Israel sebagai sebuah negara, Malaysia menolak pengiktirafan tersebut dan tidak menjalin sebarang hubungan diplomatik dengan Israel. (dahulunya Malaysia juga enggan mengiktiraf rejim apharteid di Afrika Selatan)

Page 15: Prinsip undang undang antarabangsa malaysia - hazman

Sumber Rujukan:Abdul Ghafur Hamid & Khin Maung Sein. (2006). Judicial

Application of International Law in Malaysia: an Analysis. Laman Rasmi Majlis Peguam

http://www.malaysianbar.org.my/international_law/judicial_application_of_international_law_in_malaysia_an_analysis.html (dipetik pada 1 Julai 2012)

Wikipedia Bahasa Melayu. Undang-undang Antarabangsa. http://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang_antarabangsa

Web Rasmi Kementerian Luar Malaysia. http://www.kln.gov.my/web/guest/home