manfaat akta persaingan 2010 kepada koperasipenasihat undang-undang, kpdnhep (1 julai 2017 – 30...

40
1 Manfaat Akta Persaingan 2010 kepada Koperasi 12 Julai 2018 (Khamis) Penceramah : Puan Pakeeza Mohammed Junus Encik Ismail Faruqi Abdulah

Upload: others

Post on 01-Jan-2020

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

1

“ Manfaat Akta Persaingan 2010 kepada Koperasi ”

12 Julai 2018 (Khamis)

Penceramah:

Puan Pakeeza Mohammed Junus

Encik Ismail Faruqi Abdulah

MENTERI: YB DATO’ SAIFUDDIN

NASUTION BIN ISMAIL

MyCC merupakan salah satu agensi di bawah

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal

Ehwal Pengguna

KEMENTERIAN PERDAGANGAN

DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL

PENGGUNA (KPDNHEP)

Suruhanjaya Persaingan

Malaysia (MyCC) ditubuhkan

(1 April 2011)

Akta Persaingan

2010 (Akta 712) & Akta Suruhanjaya Persaingan 2010

(Akta 713) diwartakan

(10 Jun 2010)

Penguatkuasaan Akta Persaingan 2010

(1 Januari 2012)

1 April 2018 – MyCC 7 Tahun

PENUBUHAN MyCC

1. Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (Pengerusi) (1 Apr 2017 - 31 Mac 2020)

2. Datin Seri Ruzaina Bt. Wan Haniff Peguambela & Peguamcara (1 April 2017 – 31 Mac 2020)

3. Dato' Jagjit Singh A/L Bant Singh Peguambela & Peguamcara (1 April 2017 – 31 Mac 2020)

4. Dato’ Basaruddin Bin Sadali Timbalan Ketua Setiausaha (Perdagangan Dalam Negeri), KPDNHEP (8 Jan 2016 – 7 Jan 2019)

5. Dato' Nik Azman Bin Nik Abdul Majid Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri (1 Julai 2017- 30 Jun 2020)

6. Datin Tay Lee Ly Penasihat Undang-undang, KPDNHEP (1 Julai 2017 – 30 Jun 2020)

7. Dr. Nasarudin Bin Abdul Rahman Penolong Profesor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1 Oktober 2017 – 30 September 2020)

8. Profesor Dr. Saadiah Mohamad Profesor Ekonomi Universiti Teknologi Mara (1 Oktober 2017 – 30 September 2020)

9. Tuan Mohd Hassan Bin Ahmad Timbalan Setiausaha Bahagian Fiskal dan Ekonomi, Kementerian Kewangan Malaysia (1 Oktober 2017 – 30 September 2020)

10. Dato' Ir. Hj. Mohd Jamal Bin Sulaiman (1 Mei 2018 – 30 April 2021)

4

ANGGOTA-ANGGOTA MyCC

SKOP AKTA PERSAINGAN

2010

8

Terpakai bagi apa-apa aktiviti komersil di dalam dan di luar

Malaysia yang mempunyai kesan terhadap persaingan

dalam apa-apa pasaran Malaysia

AMALAN ANTIPERSAINGAN

PERJANJIAN ANTIPERSAINGAN

(Seksyen 4)

PENYALAHGUNAAN KEDUDUKAN DOMINAN

(Seksyen 10)

LARANGAN UTAMA DI BAWAH AKTA 712

NOTA: Suruhanjaya Tidak Mempunyai Kuasa atas Aktiviti berkaitan Penggabungan dan Pengambilalihan

Seksyen 4 (1) Akta Persaingan 2010

Sesuatu PERJANJIAN MENDATAR atau MENEGAK antara PERUSAHAAN adalah dilarang setakat yang perjanjian itu

MEMPUNYAI MATLAMAT atau KESAN MENGHALANG, MENYEKAT atau MENGGANGGU persaingan SECARA

SIGNIFIKAN dalam apa-apa pasaran bagi barangan atau perkhidmatan.

PERJANJIAN ANTIPERSAINGAN

PERJANJIAN YANG DIANGGAP

SEBAGAI ANTIPERSAINGAN

Menetapkan

Harga

Membatas atau

mengawal (Mendatar)

Tipuan Bida

(Mendatar)

Berkongsi

Pasaran

(Mendatar)

CONTOH PERJANJIAN ANTIPERSAINGAN

Seksyen 10 (1) Akta Persaingan 2010

Suatu PERUSAHAAN adalah DILARANG UNTUK TERLIBAT, SAMA ADA SECARA SENDIRIAN ATAU

KOLEKTIF, dalam apa-apa PERLAKUAN YANG BERUPA SUATU PENYALAHGUNAAN KEDUDUKAN DOMINAN

dalam mana-mana pasaran bagi barangan atau perkhidmatan.

PENYALAHGUNAAN KEDUDUKAN DOMINAN

`

CONTOH PENYALAHGUNAAN

KEDUDUKAN DOMINAN

SYARAT YANG TIDAK ADIL

ENGGAN UNTUK MEMBEKALKAN

JUALAN TERIKAT

MEMBELI BARANGAN

ATAU SUMBER YANG TERHAD

BERKELAKUAN SEAKAN

PEMANGSA MENGENAKAN

SYARAT BERBEZA

SEKSYEN 40 - PENALTI

KEWANGAN

Jika Suruhanjaya memutuskan bahawa terdapat

suatu pelanggaran larangan Akta Persaingan 2010- •Menghendaki pelanggaran itu dihentikan serta-merta.

•Menyatakan langkah-langkah yang dikehendaki supaya perusahaan

tersebut menghentikan pelanggaran itu.

•Mengenakan apa-apa arahan lain yang sesuai.

•Boleh mengenakan penalti kewangan:

MAKSIMUM 10 % DARIPADA PUSING GANTI

(TURNOVER) SELURUH DUNIA

JIKA PERUSAHAAN TERSEBUT

DIDAPATI MELANGGAR LARANGAN

AKTA PERSAINGAN 2010, MyCC

AKAN MENGENAKAN PENALTI

KEWANGAN TERHADAP

PERUSAHAAN SASARAN TERSEBUT

MAKSIMUM 10% DARIPADA PUSINGGANTI (TURNOVER) SELURUH DUNIA

PENGUATKUASAAN AKTA PERSAINGAN 2010: PROSES PENYIASATAN & KES-KES TERKINI MyCC

POLIS / SPRM

• MENJALANKAN SIASATAN

PEGUAM NEGARA

• MENDAKWA DI MAHKAMAH

MAJISTRET/HAKIM

• KEPUTUSAN & HUKUMAN

MyCC

• MENJALANKAN SIASATAN

MyCC

• MEMBUAT KEPUTUSAN

MyCC

• PENALTI & KUATKUASAKAN

\

14

• INISIATIF MyCC [S.14(1)]

• ARAHAN

MENTERI [S.14(2)]

• ADUAN

[S.15]

PENYIASATAN

KEPUTUSAN CADANGAN

[S.36]

REPRESENTASI • BERTULIS • LISAN • PENDENGARAN

DAPATAN TIADA PELANGGARAN

[S.39]

DAPATAN PELANGGARAN

[S.40]

TRIBUNAL RAYUAN

PERSAINGAN

LANGKAH INTERIM

[S.35]

AKUJANJI [S.43]

KEPUTUSAN AKHIR

PENILAIAN/SIASATAN

AWAL

GAMBARAN PROSEDUR PENGUATKUASAAN

SIAPA MENYIASAT BAGI PIHAK MyCC?

PEGAWAI SURUHANJAYA S. 2 ASP 2010 Seseorang yang dilantik atau diberi kuasa oleh Ketua Pegawai Eksekutif secara bertulis di bawah undang-undang persaingan bagi maksud menjalankan penyiasatan ke atas apa-apa kesalahan atau pelanggaran undang-undang persaingan. S. 17 AP 2010 Pegawai Suruhanjaya hendaklah mempunyai segala kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan di bawah Akta ini. Pegawai Suruhanjaya yang menyiasat apa-apa perlakuan suatu kesalahan Akta ini hendaklah mempunyai segala atau mana-mana kuasa seorang pegawai polis berhubung dengan penyiasatan polis dalam kes boleh tangkap sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].

• Aduan (Seksyen 15, AP 2010) • Penyiasatan oleh Suruhanjaya (Seksyen

14(1) AP 2010) • Arahan Menteri (Seksyen 14(2) AP

2010)

JENIS PENYIASATAN

PROSEDUR UTAMA PENYIASATAN

Kuasa untuk menghendaki pemberian maklumat [S. 18(1)(a) AP 2010]

Pernyataan dari pihak atau mana-mana orang yang berkaitan

dengan maklumat dan dokumen yang dikehendaki [S. 18(1)(b) AP 2010]

Akses kepada rekod [S. 20 AP 2010]

Penggeledahan dan Penyitaan tanpa waran atau dengan waran termasuklah capaian kepada data berkomputer [S. 25 - 27 AP 2010]

AKUJANJI (S. 43 AP 2010)

S. 43 AP 2015 membenarkan Suruhanjaya menerima Akujanji daripada perusahaan yang sedang disiasat.

Jika Suruhanjaya menerima Akujanji di bawah subseksyen (1), Suruhanjaya hendaklah menutup penyiasatan tanpa membuat dapatan pelanggaran, dan tidak boleh mengenakan penalti kepada perusahaan.

CONTOH TERKINI: AKUJANJI OLEH PENGUSAHA-PENGUSAHA PASIR DI KELANTAN

KEPUTUSAN CADANGAN (S. 36 AP 2010)

Jika, selepas selesai penyiasatan, Suruhanjaya bercadang untuk membuat suatu keputusan bahawa salah satu larangan di bawah Bahagian II telah atau sedang dilanggar, Suruhanjaya hendaklah memberikan notis bertulis mengenai keputusan yang dicadangkannya kepada setiap perusahaan yang mungkin tersentuh secara lansung oleh keputusan itu.

Notis hendaklah mengandungi:- a) Alasan-alasan kepada keputusan cadangan; b) Penalti cadangan atau tindakan pembetulan; dan c) Perusahaan sasaran boleh memilih untuk mengemukakan

representasi bertulis atau lisan kepada Suruhanjaya dalam masa yang dibenarkan.

REPRESENTASI LISAN (S. 37 AP 2010)

Mesti mengemukakan representasi bertulis seperti yang diperuntukkan di bawah S. 36 AP 2010.

Kehadiran perusahaan berkenaan, pengadu dan mana-mana

orang lain dianggap perlu oleh Suruhanjaya dibenarkan.

PENDENGARAN (S. 38 AP 2010) Dijalankan secara terbuka atau secara sesi tertutup. Pendengaran individu dengan setiap perusahaan dan pihak

ketiga lain yang berkepentingan secara berasingan atau mengadakan suatu pendengaran tunggal yang dihadiri oleh semua perusahaan dan pihak ketiga lain yang berkepentingan

KEPUTUSAN AKHIR (S. 39 & 40 AP 2010)

Jika Suruhanjaya memutuskan bahawa terdapat pelanggaran, Suruhanjaya selaras dengan S. 40 AP 2010:

Mengkehendaki pelanggaran dihentikan serta-merta Menyatakan langkah-langkah bagi menghentikan pelanggaran Mengenakan penalti kewangan Memberikan apa-apa arahan lain yang difikirkannya S.39: Dapatan tiada pelanggaran kepada orang yang tersentuh

dengan keputusan tersebut

Suruhanjaya akan menyiarkan sebab-sebab bagi setiap keputusan yang dibuatnya

21

KEPUTUSAN MyCC TIDAK MUTLAK…

S. 51 AP 2010 menyatakan bahawa seseorang yang terkilan atau kepentingan tersentuh oleh keputusan Suruhanjaya di bawah S. 25, 39 atau 40 boleh merayu kepada Tribunal Rayuan Persaingan 22

STATISTIK SEKSYEN 14 & 15 AKTA PERSAINGAN 2010

TAHUN 2012 2013 2014 2015 2016 2017 2018 JUMLAH TERIMA

JUMLAH TUTUP

ADUAN 8 68 80 75 51 64 68 415 351

INISIATIF MyCC

2 10 13 6 9 6 0 46 42

ARAHAN MENTERI

1 2 3 1 3 0 0 10 10

PENCAPAIAN SURUHANJAYA TAHUN 2011 – 2018 (Sehingga Jun 2018)

PENILAIAN SEMASA SIASATAN

JUMLAH 51 15

PENILAIAN AWAL KE ATAS INDUSTRI BERKAITAN: PEROLEHAN KERAJAAN, PERTANIAN, MAKANAN, PENGANGKUTAN AWAM, PERKHIDMATAN KEWANGAN, PELANCONGAN

SIASATAN KE ATAS INDUSTRI BERKAITAN: PEROLEHAN KERAJAAN, UBAT-UBATAN / FARMASI, TEKNOLIGI MAKLUMAT, PRODUK KEWANGAN, PERKHIDMATAN LOGISTIK

SENARAI PENYIASATAN YANG SELESAI

PELANGGARAN (S 40) TIADA PELANGGARAN (S 39)

Cameron Highland Floriculturist Association – 6 Dec 2012

Perdana Apartment – 12 Feb 2015

Malaysia Airline System Berhad, AirAsia Berhad & AirAsia X Sdn. Bhd – 31 Mar 2014

Sarawak Restaurant Association – 16 Apr 2015

Tube Ice Manufacturers (Tube Ice) – 30 Jan 2015

1 Tube Ice Manufacturer – 30 Jan 2015

Sibu Confectionary Bakery Association (SCBA) – 12 Feb 2015

9 Sibu Confectionary and Bakery Association (SCBA) – 16 Apr 2015

Container Depot Operators (CDO Penang) – 1 Jun 2016

My Egg Consortium Sdn. Bhd. – 4 Jun 2015

*MyE.G. Services Berhad (MyEG) – 24 Jun 2016 Federation of Stationers and Book Sellers Association of Malaysia – 26 Oct 2015

*Megasteel Sdn. Bhd. – 15 Apr 2016

Dongwha Fibreboard Sdn. Bhd. And Evergreen Fibreboard Bhd. (Woodsellers) – 7 Feb 2017

Avery Dennison Materials Sdn. Bhd. And UPM Reflatac Sdn. Bhd. – 7 Feb 2017

SENARAI PENYIASATAN YANG SELESAI

PERINGKAT RAYUAN AKU JANJI (S 43)

My E.G. Services Berhad (semakan kehakiman; Mahkamah Tinggi) – 27 Ogos 2018

Persatuan Pengusaha Jurugaya Rambut India Malaysia – 30 Januari 2014

MAS & AirAsia (semakan kehakiman; Mahkamah Tinggi) – 22 Oktober 2018

Pan Malaysia Lorry Owners Association (PMLOA) – 7 Mei 2014

Giga Shipping Sdn Bhd & Nexus Mega Carriers Sdn Bhd) – 1 Oktober 2014

Persatuan Ampunya Jentera Pembinaan Berat Malaysia (MHCEOA) – 12 Oktober 2015

Containerchain Malaysia Sdn. Bhd. – 30 Jun 2016

Pengusaha-Pengusaha Pasir Jajahan Kota Bharu, Pasir Mas, Tanah Merah dan Machang, Kelantan – 25 September 2017

TINDAKAN MyCC YANG LAIN…

27

ARAHAN AMARAN 1) Malaysian Dental Association (MDA) – 7 April

2015

2) Malaysian Institute of Arbitrators (MiARB) – 7

April 2015

3) Malaysia Institute of Architects (PAM) – 7 April

2015

4) Institute of Landscape Architects Malaysia – 7

April 2015 (ILAM)

5) Malaysian Tourist Guide Council (MTGC) – 11

Oktober 2016

1) Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) – 14

Julai 2015

2) Persatuan Taska /Penjaga Bayi: Selangor; Wilayah

Persekutuan; Kedah; Pulau Pinang; Kelantan;

Pahang; Terengganu; Johor; Melaka; Sabah; Sarawak

– 14 Julai 2015

3) 2 Persatuan Penternak Ikan Tawar - 27 Ogos 2015

4) Kuching Bakery Association – 17 Ogos 2015

5) Sarawak Restaurant Association – 11 April 2015

6) Federation of Goldsmith & Jewellers Association of

Malaysia (FGJAM) - 25 Februari 2016

7) Federation of Livestock Farmers’ Associations of

Malaysia (FLFAM) – 22 Februari 2016

8) Malaysian Corrugated Carton Manufacturers

Association (MACCMA) – 10 Mac 2016

9) Avery Dennison Materials Sdn. Bhd. dan UPM

Raflatac Sdn. Bhd. (Labelstock Makers) – 7 Februari

2017

JUMLAH DENDA DIKENAKAN

KES PENALTI (RM)

Tube Ice Manufacturers RM252,250.00

Sibu Confectionary and Bakers Association

RM247,730.00

CDO Penang RM645,774.00

MyEG Services Berhad RM6,412,000.00

Mas AirAsia RM20,000,000.00

JUMLAH = RM 27,557,954.00

KALAU MENGAKU SALAH AWAL-AWAL…

Perusahaan yang datang mengaku sebelum atau semasa penyiasatan boleh diberi pengurangan sehingga 100% bagi apa-apa penalti yang akan sebaliknya dikenakan. Kuasa unik dipanggil rejim kelonggaran (Seskyen 41 AP 2010)

Syarat kelayakan: Perusahaan mengakui penglibatan pelanggaran larangan Subseksyen

4(2); dan Perusahaan memberi maklumat atau kerjasama dengan Suruhanjaya

dalam penyiasatan pelanggaran larangan oleh mana-mana perusahaan yang lain.

Peratusan Pengurangan adalah berdasarkan Sama ada perusahaan itu ialah orang yang pertama sekali membawa

pelanggaran yang disyaki kepada Suruhanjaya. Peringkat dalam penyiasatan di mana suatu penglibatan dalam

pelanggaran diakui.

KES KARTEL

30

• MyCC mendapati bahawa perjanjian kolaborasi yang

bertujuan untuk berkongsi pasaran di antara MAS, AirAsia & AirAsia X adalah sebuah Perjanjian Mendatar di bawah Seksyen 4(2) (b) AP 2010.

HASIL PENYIASATAN

• MyCC memutuskan untuk mengenakan penalti sebanyak RM10 juta masing-masing kepada MAS & AirAsia.

PENALTI

• MAS & AirAsia membuat rayuan kepada Tribunal Rayuan Persaingan (CAT).

• Pada 4 Februari 2016, CAT mengenepikan rayuan MyCC.

RAYUAN

• MyCC memfailkan permohonan semakan kehakiman kepada keputusan CAT.

• Pengurusan kes pada 22 – 23 Oktober 2018

SEMAKAN KEHAKIMAN

• MyCC mendapati bahawa perjanjian yang dimasuki oleh 26 Pengilang Ais untuk menetapkan harga jualan bagi tiub ais dan blok ais telah melanggar Seksyen 4(2) (a) AP 2010.

HASIL PENYIASATAN

• MyCC telah mengeluarkan keputusan cadangan pada 20 Februari 2014.

KEPUTUSAN

CADANGAN

• Pada 7 Oktober 2014, Pengilang Ais telah membuat Representasi Lisan untuk pengurangan dan/atau pengecualian penalti.

REPRESENTASI

• MyCC memutuskan untuk mengenakan penalti keatas 25 Pengilang Ais. Jumlah penalti yang dikenakan adalah RM252,250.00.

KEPUTUSAN AKHIR

• MyCC mendapati bahawa perjanjian yang dimasuki oleh SCBA untuk menaikkan harga produk manisan dan bakeri sebanyak 10% - 15% di Sibu bermula 1 Disember 2013 telah melanggar Seksyen 4(2) (a) AP 2010.

HASIL PENYIASATAN

• MyCC telah mengeluarkan keputusan cadangan pada 30 September 2014.

KEPUTUSAN CADANGAN

• Pada 14 Januari 2015, SCBA telah membuat Representasi Lisan untuk pengurangan dan/atau pengecualian penalti.

REPRESENTASI

• MyCC telah memutuskan bahawa terdapat pelanggaran dan mengenakan penalty sebanyak RM247,730.00 keatas 14 ahli SCBA.

KEPUTUSAN AKHIR

KES PENYALAHGUNAAN KEDUDUKAN DOMINAN

34

• MyCC mendapati bahawa My E.G. Services Sdn Bhd (MYEG) telah menyalahgunakan kedudukan dominannya dengan meletakkan syarat untuk mewajibkan pembelian insurans pilhan MYEG dengan setiap pembaharuan Permit Lawatan Kerja Sementara (PLKS) dan sekaligus melanggar Seksyen 10 AP 2010.

HASIL PENYIASATAN

• MyCC telah mengeluarkan keputusan cadangan pada 6 Oktober 2015.

KEPUTUSAN CADANGAN

• Pada 18 November 2015, MYEG telah membuat Representasi Lisan dan Representasi Bertulis untuk pengurangan dan/atau pengecualian penalti.

REPRESENTASI

• MyCC memutuskan untuk mengenakan penalti sebanyak RM2.272 juta terhadap MYEG.

KEPUTUSAN AKHIR

• MYEG membuat rayuan kepada Tribunal Rayuan Persaingan (CAT).

• Pengurusan kes semakan kehakiman pada 27 Ogos 2018

RAYUAN

28 DECEMBER 2017:

MyEG’S APPEAL DISMISSED

KES YANG DITUTUP DENGAN AKUJANJI

37

• MIHSOA telah disiasat kerana memasuki Perjanjian Mendatar yang mempunyai objek untuk meletakkan harga perkhidmatan potong rambut iaitu di bawah Seksyen 4(2)(a) AP 2010.

• MIHSOA telah memberi satu AkuJanji pada 30 Januari 2014 untuk tidak melibatkan diri dalam amalan anti-persaingan.

PERSATUAN PENGUSAHA JURUGAYA RAMBUT INDIA

MALAYSIA (MIHSOA)

• PMLOA telah disiasat kerana meletakkan kenaikan harga sebanyak 15% iaitu di bawah Seksyen 4(2)(a) AP 2010 .

• PMLOA telah memberi satu AkuJanji pada 7 Mei 2014 untuk tidak melibatkan diri dalam amalan anti-persaingan dan menerbitkan satu kenyataan mohon maaf di surat khabar.

PAN MALAYSIA LORRY OWNERS’ ASSOCIATION

(PMLOA)

• GIGA & NEXUS MEGA telah disiasat kerana memasuki satu Perjanjian yang mempunyai Exclusivity Clause iaitu di bawah Seksyen 10 AP 2010.

• GIGA & NEXUS MEGA telah memberi satu AkuJanji pada 1 Oktober 2014 untuk tidak memasukkan Exclusivity Clause dalam apa-apa perjanjiannya.

GIGA SHIPPING SDN BHD & NEXUS MEGA CARRIERS SDN

BHD

• MHCEOA telah disiasat kerana menaikkan caj sewa jentera iaitu di bawah Seksyen 4(2)(a) AP 2010.

• MHCEOA telah memberi satu Akujanji pada 12 Oktober 2015 untuk tidak melibatkan diri dalam amalan anti-persaingan.

PERSATUAN AMPUNYA JENTERA PEMBINAAN BERAT

MALAYSIA (MHCEOA)

• CONTAINERCHAIN telah memberi AkuJanji pada 30 Jun 2016 untuk tidak melibatkan diri dalam amalan anti-persaingan hasil dari kes CDO Penang.

CONTAINERCHAIN (MALAYSIA) SDN BHD

ADUAN?…

Lawat MyCC atau tulis surat atau telefon kami atau isi borang aduan kami (cetak atau atas talian)…

Malaysia Competition Commission (MyCC)

Level 15, Menara SSM@Sentral, No.7, Jalan Stesen Sentral 5,

Kuala Lumpur Sentral, 50623 Kuala Lumpur

Telefon: +603 2273 2277

Faksimili: +603 2272 1692

[email protected] (email)

http://www.mycc.gov.my/e-complaint (e-complaint form)

TERIMA KASIH