prinsip-prinsip asas e-construction, k-constructions dan groupware technology

11
BAB III PRINSIP-PRINSIP ASAS E-CONSTRUCTION , K-CONSTRUCTIONS DAN GROUPWARE TECHNOLOGY 3.1 Pengenalan Pembinaan berelektronik (Electronic Construction) atau lebih dikenali sebagai E-Construction merupakan satu idea membentuk teknologi maklumat dan jaringan elektronik di industri pembinaan untuk tujuan komunikasi dan pertukaran informasi. Knowledge based Construction atau lebih dikenali sebagai K-Constructions merupakan salah satu konsep yang agak baru dalam industri pembinaan. K-Constructions adalah berdasarkan konsep K-Economy yang telah diaplikasikan di negara kita. Sebenarnya, konsep K-Constructions adalah lebih kurang sama dengan E-Construction, iaitu membawa impak dan revolusi kepada industri pembinaan dari segi pertukaran maklumat dan komunikasi. Namun, K-Constructions yang diaplikasikan dalam kajian ini lebih kepada pertukaran data dan informasi antara pihak-pihak yang terlibat dalam industri pembinaan. Konsep ini masih dalam peringkat awalan dan dikaji untuk pelaksanaannya. Perisian berkumpulan (GroupWare Technology) merupakan perisian atau teknologi yang digunakan untuk menyokong segala aktiviti kerjasama berkumpulan

Upload: materi-kuliah-online

Post on 13-Jan-2015

853 views

Category:

Education


5 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Prinsip-prinsip Asas E-Construction, K-Constructions dan Groupware Technology

BAB III

PRINSIP-PRINSIP ASAS E-CONSTRUCTION , K-CONSTRUCTIONS DAN

GROUPWARE TECHNOLOGY

3.1 Pengenalan

Pembinaan berelektronik (Electronic Construction) atau lebih dikenali

sebagai E-Construction merupakan satu idea membentuk teknologi maklumat dan

jaringan elektronik di industri pembinaan untuk tujuan komunikasi dan pertukaran

informasi. Knowledge based Construction atau lebih dikenali sebagai

K-Constructions merupakan salah satu konsep yang agak baru dalam industri

pembinaan. K-Constructions adalah berdasarkan konsep K-Economy yang telah

diaplikasikan di negara kita. Sebenarnya, konsep K-Constructions adalah lebih

kurang sama dengan E-Construction, iaitu membawa impak dan revolusi kepada

industri pembinaan dari segi pertukaran maklumat dan komunikasi. Namun,

K-Constructions yang diaplikasikan dalam kajian ini lebih kepada pertukaran data

dan informasi antara pihak-pihak yang terlibat dalam industri pembinaan. Konsep

ini masih dalam peringkat awalan dan dikaji untuk pelaksanaannya.

Perisian berkumpulan (GroupWare Technology) merupakan perisian atau

teknologi yang digunakan untuk menyokong segala aktiviti kerjasama berkumpulan

Page 2: Prinsip-prinsip Asas E-Construction, K-Constructions dan Groupware Technology

41

antara satu sama lain. GroupWare Technology merupakan satu sistem yang

memudahkan aktiviti-aktiviti kerjasama supaya lebih effisyen dan tinggi produktiviti.

Dalam bidang kejuruteraan awam dan industri pembinaan, kerja berkumpulan dan

kerjasama antara pihak-pihak yang terlibat adalah penting dalam sesuatu projek.

Untuk membentuk portal K-Constructions, GroupWare Technology harus dikaji

secara mendalam.

Dalam kajian ini, satu portal K-Constructions digunakan untuk

mengaplikasikan proses penghantaran dokumen dan pelan antara pihak-pihak dalam

industri pembinaan. Pembentukkan penghantaran dokumen secara berelektronik

dalam industri pembinaan negara kita adalah amat penting untuk membolehkan

komuniti pembinaan membangun selaras dengan tahap teknologi yang dicapai hari

ini.

3.2 Konsep K-Constructions

K-Constructions merupakan satu konsep dalam mempertingkatkan industri

pembinaan yang terdiri daripada penghasilan, pengagihan dan penggunaan

pengetahuan dan maklumat. Pengetahuan dan maklumat adalah asas dalam aplikasi

K-Constructions. Prinsip yang ada pada aplikasi K-Constructions adalah

pengetahuan dan maklumat dalam industri pembinaan dapat meningkatkan pulangan

dalam bidang ini. K-Constructions mempunyai ciri-ciri yang melibatkan penerokaan

ilmu pengetahuan yang berterusan dan sistem pembelajaran secara berlanjutan.

Pembelajaran adalah penting tetapi aplikasi pengetahuan baru juga harus

dititikberatkan. Pembangunan teknologi dan inovasi memainkan peranan yang

penting dalam mengaplikasikan K-Constructions. Ia melibatkan konsep bagaimana

pihak-pihak yang terlibat dalam industri pembinaan menguruskan perkara-perkara

dan melaksanakan sesuatu projek pembinaan.

Page 3: Prinsip-prinsip Asas E-Construction, K-Constructions dan Groupware Technology

42

Komunikasi dan pertukaran informasi berkedudukan paling tinggi dalam

factor-faktor menjayakan sesuatu projek pembinaan. Lantaran itu, K-Constructions

yang diaplikasi dalam industri pembinaan sanggup mengubah corak dan struktur

aktiviti-aktiviti pembinaan terutamanya corak kerjasama di dalam komuniti industri

pembinaan. Satu persekitaran kerjasama dan struktur aliran informasi antara pihak

arkitek, pengurus pembinaan, jurutera perunding, pembekal bahan binaan,

kontraktor, sub-kontraktor, pemaju projek dan majlis tempatan dapat

dipertingkatkan.

3.3 Aplikasi E-Construction

Konsep E-Construction merupakan satu idea untuk membentuk rangkaian

dan teknologi komunikasi berelektronik yang lengkap dalam industri pembinaan.

Teknologi maklumat dan pelbagai alat telekomunikasi yang canggih sudah

mengubah cara pertukaran informasi dan berkomunikasi di kalangan masyarakat

kita. Teknologi elektronik digunakan untuk meningkatkan corak komunikasi kita

yang wujud dan sanggup mengubah proses komunikasi kita untuk menempuh

cabaran baru dalam aktiviti-aktiviti tertentu. Dalam era globalisasi ini, perusahaan

pembinaan harus bergerak serentak dengan arus pembangunaan teknologi maklumat

dan merompak semula struktur lama industri ini. Pendekatan baru ini dijangka dapat

meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kesilapan manusia dengan bantuan

komputer. Selain itu, hubungan antara komuniti industri pembinaan dieratkan,

proses dagangan di kalangan komuniti industri ini dapat dipermudahkan, daya

saingan dipertingkatkan dan masa dan aliran modal dapat dijimatkan. Ini seterusnya

membawa peningkatan yang mendadak kepada produktiviti dan kualiti produk

pembinaan.

E-Construction merupakan satu konsep yang agak baru di kalangan komuniti

yang terlibat dalam industri pembinaan, lebih-lebih lagi konsep K-Constructions.

Page 4: Prinsip-prinsip Asas E-Construction, K-Constructions dan Groupware Technology

43

Namun, konsep E-Construction telah luas diaplikasikan di negara-negara maju yang

lain. Antara aplikasi yang diperkenalkan adalah Information and Communication

Technology (ICT), One Stop Submission Centre (OSSC) dan Construction Industry

Trading Electronically (CITE), Construction And Real Estate Network (CORENET)

dan Telepresence. Aplikasi-aplikasi ini boleh dijadikan sebagai pendekatan dan idea

untuk membentukkan satu model pembinaan berelektronik di negara kita. Misalnya,

OSSC merupakan satu kemudahan jaringan internet yang menyediakan perkhidmatan

penghantaran dokumen dan pelan elektronik kepada agensi atau pihak berkuasa

tempatan untuk diluluskan. Proses penghantaran dokumen ini dapat dipermudahkan

melalui OSSC. Oleh itu, aplikasi OSSC ini dapat dijadikan sebagai rujukan dalam

kajian ini untuk memudahkan proses penghantaran dokumen dan pelan antaar

komuniti industri pembinaan.

Portal E-Construction terbentuk daripada kemudahan-kemudahan seperti On-

line Tender / Electronic Tender dan informasi, penghantaran pelan dan dokumen

berelektronik kepada pihak berkuasa tempatan (Electronic Submission to Local

Authority), pengkongsian ruang kerja, data dan informasi (Shared Workspace),

elektronik dagangan (E-Commerce) antara kontraktor dengan pembekal, pengawasan

dan pengurusan tapak bina secara masa benar (Real-Time Site Monitoring),

mesyuarat siber secara masa benar (Real-Time Electronic Meeting), komunikasi

tanpa wayar (Wireless Communications), elektronik katalog dalam industri

pembinaan (E-Katalog), On-line Buletin dan iklan kerja dan lain-lain kemudahan

dan sistem yang membolehkan penggunanya nikmati. Portal ini dijelaskan secara

mendalam dalam sub-topik 3.5.

3.4 Aplikasi GroupWare Technology

Teknologi perisian berkumpulan (GroupWare Technology) direkabentuk

untuk memudahkan kerja berkumpulan. Teknologi ini diaplikasikan dalam aktiviti-

Page 5: Prinsip-prinsip Asas E-Construction, K-Constructions dan Groupware Technology

44

aktiviti komunikasi, kerjasama, penyelesaian masalah dan perundingan. Pada

pandangan Peter dan Trudy Johnson-Lenz yang memperkenalkan idea ini,

GroupWare Technology merupakan proses dan kerja berkumpulan yang dibantu

dengan perisian komputer (Coleman, D.,1997). Selain itu, Doug Englebart

menerangkan GroupWare Technology sebagai evolusi bersama manusia dengan

sistem peralatan. Secara ringkasnya, GroupWare Technology dapat didefinisikan

sebagai satu teknologi yang mengabungkan perisian komputer untuk kerjasama

aktiviti-aktiviti manusia. GroupWare Technology telah menjadi semakin luas untuk

digunakan dan banyak produk yang berasaskan rangkaian berelektronik

diperkenalkan dan dipasarkan dalam pasaran.

Secara umum, perisian berkumpulan terdiri daripada tiga elemen utama, iaitu

penggunaan dalam kerja umum, kerja pengkongsian persekitaran dan kerja yang

melibatkan elemen masa dan ruang masa (time and time space). GroupWare

Technology merupakan penggunaan komputer dan alat komunikasi untuk

menyokong kerjasama berkumpulan supaya ia berjalan dengan lebih berkesan. Pada

umumnya, GroupWare Technology terdiri daripada telefon, komputer dan bilik

konferensi. Penggabungan komponen-komponen ini merupakan sumber asas produk

perisian berkumpulan ini dalam pasaran.

Komponen-komponen dalam GroupWare Technology pada umumnya terdiri

daripada surat dan pesanan berelektronik (Electronic Mail And Messaging),

penjadualan berkumpulan (Group Calendaring And Scheduling), sistem mesyuarat

berelektronik (Electronic Meeting System), pengurusan dokumen berkumpulan

(Group Document Handling) serta perbincangan bukan secara masa benar (Non-real

Time Conferencing). Kemudahan yang dicadangkan dalam GroupWare Technology

ini adalah sesuai untuk diaplikasi dalam konsep K-Construction.

Page 6: Prinsip-prinsip Asas E-Construction, K-Constructions dan Groupware Technology

45

3.5 Portal E-Construction

Portal merupakan sesuatu rangka penghubung yang mutlak yang

membolehkan penggunanya melayari bidang-bidang yang dikehendaki. Salah satu

contoh yang paling ketara ialah www.yahoo.com yang luas penggunaannya di

seluruh dunia. Memandangkan kepentingan portal dan internet semakin ketara dan

berleluasa, maka adalah perlu untuk membentuk suatu portal dalam industri

pembinaan di negara kita agar komuniti yang terlibat dapat memajukan diri dalam

teknologi hari ini. Contoh portal yang dicadangkan adalah Construction Information

Technology Portal.

Construction Information Technology Portal ini bertujuan untuk

membekalkan satu rangka penghubung yang memberi pelbagai kemudahan kepada

penggunanya termasuk menghubungkan semua jaringan internet yang berkaitan

dengan industri pembinaan, menjadi satu pusat untuk pengumpulan semua maklumat

dalam industri pembinaan dan mewujudkan industri pembinaan berelektronik dan

tanpa penggunaan kertas. Portal ini menjadi milik CIDB Malaysia. Portal ini

menjadi tumpuan semua profesional dalam industri pembinaan dan pihak berkuasa

tempatan yang terlibat untuk penukaran maklumat dan perkongsian pengetahuan.

Pihak-pihak yang terlibat dalam industri pembinaan dapat menikmati kemudahan

yang dibekalkan dalam portal ini dengan hanya membayar wang langganan yang

ditetapkan. Syarikat-syarikat yang mendaftar sebagai ahli dalam portal ini dapat

menikmati faedah dan manfaat daripada pelbagai kemudahan yang disediakan seperti

E-Procurement, E-Tender, E-Submission dan lain-lain lagi.

Kemudahan-kemudahan yang dibekalkan dalam portal ini dapat dibahagi

kepada dua bahagian, iaitu satu bahagian untuk ahli dan bukan ahli manakala satu

bahagian lagi hanya untuk ahli yang mendaftar.

Page 7: Prinsip-prinsip Asas E-Construction, K-Constructions dan Groupware Technology

46

3.5.1 Kemudahan Untuk Ahli Dan Bukan Ahli

Kemudahan-kemudahan dalam portal ini yang disediakan untuk ahli dan

bukan ahli adalah seperti berikut:

a) Maklumat Profesional (Directories)

Maklumat Profesional mengandungi senarai maklumat yang berkaitan dengan

para profesional seperti nombor pendaftaran, cara untuk berhubung dan senarai

projek pembinaan yang pernah disertai.

b) Berita dan Pengumuman (News and Annoucements)

Berita dan Pengumuman menjadi suatu saluran antara majlis tempatan

dengan komuniti dalam industri pembinaan di mana sebarang panduan dan keperluan

yang terbaru daripada majlis tempatan akan dipamerkan. Selain itu, perkara-perkara

yang berkaitan dengan seminar dan ceramah yang disampaikan oleh badan

profesional juga akan disenaraikan dan pendaftaran (Electronic Registration) dan

pembayaran dapat dibuat melalui kemudahan ini. Ini dapat menyingkirkan keperluan

untuk menghasil dan mengirimkan bahan-bahan bercetak seperti katalog kepada

setiap professional dan seterusnya mengurangkan penggunaan kertas.

c) Artikel / Penyelidikan dan Pembangunan (Articles / Research and Development)

Artikel / Penyelidikan dan Pembangunan membolehkan ahli akademik dan

pelajar-pelajar membaca majalah, artikel dan ringkasan berita yang berkaitan dengan

pembinaan dan segala maklumat yang ingin dicari dapat diperolehi menerusi

kemudahan ini.

d) Projek (Projects)

Projek merupakan bahagian di mana pengguna dapat membaca perkara-

perkara yang berkaitan dengan sesuatu projek sama ada projek kerajaan ataupun

Page 8: Prinsip-prinsip Asas E-Construction, K-Constructions dan Groupware Technology

47

projek sektor swasta. Tambahan pula, perkara-perkara mengenai projek baru yang

akan dicadangkan atau dibina akan diumumkan melalui kemudahan ini. Ini secara

tidak langsung menghubungkan komuniti pembinaan dengan latar belakang

pembinaan setempat.

e) Pengelasan Iklan (Classified Advertisements)

Pengelasan Iklan membolehkan pembekal, kontraktor dan sub-kontraktor

mengiklankan produk dan perkhidmatan mereka. Ini dapat menghasilkan peluang

untuk komuniti pembinaan dalam bidang masing-masing dan sebarang peluang

pekerjaan dalam industri pembinaan dapat diiklankan.

3.5.2 Kemudahan Untuk Ahli Yang Berdaftar

Dengan mendaftar sebagai ahli dalam portal ini dan membayar yuran

keahlian, ahli-ahli dalam portal ini dapat menikmati banyak manfaat dan hak

istimewa yang bukan ahli tidak dapat menperoleh. Faedah-faedah ini termasuk:

a) On-line Tender / Electronic Tender Dan Informasi

Proses penenderan merupakan prosedur yang perlu diikuti oleh kontraktor

untuk mendapat tawaran daripada pihak pemaju swasta atau majlis tempatan jika

untuk projek kerajaan. Proses ini amat memakan masa dan kurang cekap. Pada

masa kini, proses ini akan dapat dilakukan secara berelektronik melalui portal ini.

Kemudahan yang dikenali sebagai On-line Tender ini berpotensi untuk

menggantikan langkah-langkah yang dikatakan membazir masa. Kemudahan ini

membenarkan pengiklanan tawaran dan penawaran tender secara on-line (Bala

Kumar P. dan Jagdev Singh Sidhu, 1997). Kontraktor boleh mencari maklumat

tender melalui portal ini dari semasa ke semasa untuk mengetahui peluang-peluang

kerja yang ada. Selain itu, kontraktor yang membuat tawaran projek dapat

Page 9: Prinsip-prinsip Asas E-Construction, K-Constructions dan Groupware Technology

48

mengetahui informasi dan status kontraktor lain yang turut menawarkan diri dalam

projek tertentu. Oleh itu, segala proses pemilihan ini adalah terbuka dan dapat dilihat

dengan jelas. Sistem yang transparen ini dapat memastikan keadilan dan

kesaksamaan dalam pemilihan kontraktor daripada pihak pemaju swasta atau majlis

tempatan.

b) Penghantaran Pelan Dan Dokumen Berelektronik Kepada Pihak Berkuasa

Tempatan (Electronic Submission To Local Authority)

E-Submission merupakan satu pusat penghantaran pelan dan dokumen yang

mutlak untuk memberi kemudahan penghantaran, pemprosesan dan kelulusan pelan

dan dokumen bila-bila masa sahaja dalam keadaan yang terjamin menerusi portal ini.

Pelan dan dokumen yang dihantar akan diterima oleh E-Submission Data Centre

untuk pengesahan lalu dihantar ke majlis tempatan yang berkaitan untuk

pemprosesan dan tindakan yang seterusnya. Integrated Submission System ini terdiri

daripada satu siri peralatan teknologi maklumat yang lengkap untuk memeriksa pelan

dan dokumen yang dihantar berdasarkan syarat-syarat dan keperluan majlis tempatan

yang berkaitan. Semua pelan dan dokumen dapat dihantar ke majlis tempatan yang

berkaitan secara berelektronik melalui satu pusat. E-Submission System ini terdiri

daripada tiga pihak iaitu: professional yang menghantar pelan dan dokumen, sistem

yang menerima pelan dan dokumen dan penghantaran pelan dan dokumen kepada

majlis tempatan yang berkaitan. Sistem ini akan dapat mempercepat dan

mempermudahkan proses penghantaran pelan dan dokumen kepada majlis tempatan.

Sistem ini dijangka dapat menguruskan semua dokumen pembinaan yang berkaitan

dalam keseluruhan aliran projek.

c) Pengkongsian Ruang Kerja, Data Dan Informasi (Shared Workspace)

Kajian untuk menggabungkan papan putih berelektronik (electronic shared

whiteboard) dan video telefon (videophone) merupakan sesuatu yang kritikal dalam

mempraktikkan sistem pengkongsian ruang kerja dalam portal ini. Perisian

komputer dan video telefon ini adalah komponen teknologi utama yang menyokong

kawalan kerjasama ini. Penggabungan dua komponen ini adalah satu cabaran yang

genting. Clear board merupakan salah satu contoh yang direkabentuk untuk

Page 10: Prinsip-prinsip Asas E-Construction, K-Constructions dan Groupware Technology

49

menyokong kerjasama masa benar (real-time collaboration) ini dalam projek

pembinaan. Sistem ini membekalkan kemudahan termasuk pengkongsian maklumat

untuk pemeriksaan dan penyuntingan secara masa benar.

d) Elektronik Dagangan (E-Commerce) Antara Kontraktor Dengan Pembekal

Skop konsep ini adalah untuk membina satu komuniti industri pembinaan

yang terdiri daripada dua pihak iaitu pembeli dan pembekal yang mengikat janji

dalam urusan perniagaan melalui jaringan elektronik komputer iaitu melalui portal

ini. Pembeli dan pembekal yang utama dalam projek pembianan ini adalah pihak

kontraktor dan pembekal bahan atau loji binaan. Konsep E-Commerce ini

merupakan satu proses perdagangan berelektronik yang dapat menguntungkan

pelbagai pihak dalam sesuatu projek pembinaan dari segi kos dan masa.

e) Pengawasan Dan Pengurusan Tapak Bina Secara Masa Benar (Real-Time Site

Monitoring)

Sistem pengawasan dan pengkoordinasi tapak secara masa benar (real-time)

yang dapat menyiarkan gambaran secara langsung tentang situasi di tapak bina dapat

diperkenalkan melalui portal ini. Gabungan alat kawalan jauh (remote distance

monitoring) dan sistem CCTV merupakan satu sistem penjagaan dan pengawasan

tapak bina secara masa benar. Sistem ini hanya perlu menggunakan talian telefon

piawai (PSTN) untuk menyambungkan peralatannya dengan komputer. Tambahan

pula, sistem ini membenarkan pemantauan, perekodan dan penyimpanan gambar

yang bermutu tinggi tanpa menggunakan VCR.

f) Mesyuarat Siber Secara Masa Benar (Real-Time Electronic Meeting)

Sistem mesyuarat berelektronik (Electronic Meeting System EMS) merupakan

sistem yang diperkenalkan untuk membenarkan komuniti industri pembinaan

berbincangkan sesuatu isu dalam projek melalui perisian komputer komunikasi

(Szerdy, J. dan McCall, M. R., 1997). Dalam portal ini, model konferensi videoatau

mesyuarat berelektronik akan menunjukkan corak dan cara mesyuarat siber ini

berjalan. Seorang pakar koordinasi (facilitator) diwajibkan untuk mengawal

Page 11: Prinsip-prinsip Asas E-Construction, K-Constructions dan Groupware Technology

50

perkembangan mesyuarat tertentu. Pakar ini bertugas untuk menyediakan agenda

mesyuarat, memastikan isu yang hendak dibincangkan, mengawal keseluruhan

mesyuarat dan mengkaji semula segala cadangan atau keputusan mesyuarat.

g) Komunikasi Tanpa Wayar (Wireless Communications)

Komunikasi tanpa wayar mengariskan cara komunikasi yang tidak berlaku

serentak atau dalam masa yang sama. Ini dapat dilakukan melalui surat berelektronik

(e-mail) dan pesanan berelektronik (pop-up messaging). Dalam industri pembinaan,

ia merupakan corak komunikasi yang dapat mengawal kebanyakan aktiviti projek.

Cara komunikasi ini adalah mudah dan berkesan untuk penghantaran pesanan atau

informasi dari semasa ke semasa antara ahli-ahli projek pembinaan. Penggunaannya

bukan sahaja melibuti penghantaran pesanan, aplikasi untuk penghantaran fax, data,

jadual perancangan dan pengkongsian dokumen juga adalah kurang pentingnya.

Selain kemudahan-kemudahan yang telah disenaraikan, Construction

Information Technology Portal ini juga dapat membekalkan kemudahan-kemudahan

seperti Plan Checking System, Electronic Buildable Design Appraisal System,

ElectronicAuction, Construction Productivity and Benchmarking Systems, Radio-

frequebcy Identification Systems (RFID), Buildable Design, Integrated Information

System, On-line Calendar System, Discussion Board, Tele-Conferencing, On-line

Library dan lain-lain lagi kemudahan.