building construction assessment 2

60
INSTITUT KEMAHIRAN MARA ALOR SETAR,KEDAH THEORY ASSIGNMENT BUILDING CONSTRUCTION 2 KOD/SUBJEK : KCB 2123-BULDING CONSTRUCTION 2 KURSUS : SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BANGUNAN ( SEMESTER 2 ) SESI/TAHUN : JULAI-DISEMBER 2014 NAMA PELAJAR : AZRIL HAZIQ BIN ZAINAL ABIDDIN NO IC/MATRIKS : 950422-08-5753/202533 NAMA : EN.SHUHADA BIN YAHYA PENGAJAR

Upload: ezencaoii

Post on 20-Nov-2015

262 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

proxy

TRANSCRIPT

INSTITUT KEMAHIRAN MARA ALOR SETAR,KEDAH

THEORY ASSIGNMENTBUILDING CONSTRUCTION 2

KOD/SUBJEK : KCB 2123-BULDING CONSTRUCTION 2KURSUS : SIJIL TEKNOLOGI KEJURUTERAAN BANGUNAN ( SEMESTER 2 )SESI/TAHUN : JULAI-DISEMBER 2014

NAMA PELAJAR : AZRIL HAZIQ BIN ZAINAL ABIDDINNO IC/MATRIKS : 950422-08-5753/202533NAMA : EN.SHUHADA BIN YAHYA PENGAJAR

ISI KANDUNGAN

BILTAJUK/PERKARAM/S

1Isi Kandungan

2Penghargaan

3Tajuk/Soalan Tugasan Kerja

4Pengenalan

5Definisi Melepa

6Langkah-Langkah Keselamatan

7Jenis-Jenis Peralatan Dan Kegunaannya Dalam Kerja-Kerja Melepa

8Jenis-Jenis Bahan Dan Kegunaannya Dalam Kerja-Kerja Melepa

9Jenis-Jenis Mesin Dan Kegunaannya Dalam Kerja-Kerja Melepa

10Jenis Dan Sifat-Sifat Mortar Yang Baik

11Kebaikan Dan Keburukan Alat/Bahan

12Jenis-Jenis Mortar Yang Bermutu Tinggi

13Penutup/Kesimpulan/Hasil Kajian

14Sumber/Rujukan

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera saya ucapkan.Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat ilahi kerana limpah dan kurnianya dapat lagi kita bersama-sama bertemu antara satu sama lain untuk menyiapkan tugasan ini.Sebagai pembuka bicara,saya berasa amat bersyukur kerana diberi kekuatan dan akhirnya dapat juga menyelesaikan tugasan yang telah diberikan dengan berhemat dan kondusif.Pertama sekali,saya ingin merakamkan jutaan penghargaan terutamanya kepada pensyarah saya iaitu Encik Shuhada Bin Yahya dalam mengendalikan kursus Binaan Bangunan 2 kerana telah memberikan tunjuk ajar dan kefahaman kepada saya sehinggalah saya dapat mengetahui serba sedikit mengenai definisi melepa,kegunaan,bahan dan peralatan dan mesin dalam kerja-kerja melepa.Saya juga dapat mengenali jenis dan sifat-sifat mortar yang merupakan perkara yang penting dalam kemasan dinding dan juga lantai serta dapat menerangkan jenis mortar yang bermutu tinggi dalam melaksanakan kerja-kerja kemasan.Alhamdullilah dengan penerangannya saya dapat menyelesaikan tugasan ini.Selain itu juga,saya ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan sekelas saya yang juga menjadi tunjang untuk bersama-sama membantu dalam menyiapkan tugasan ini.Dengan melalui perbincangan tersebut,saya dapat mencari idea dan mentafsirkan kajian dan maklumat mengenai kerja melepa yang terdapat dalam kerja bangunan.Akhir sekali,saya juga ingin merakamkan penghargaan kepada sesiapa yang turut terlibat dalam membantu menjayakan tugasan kerja ini.

TAJUK/SOALAN TUGASAN KERJA

NOMBOR 3 :

1.TERANGKAN KEGUNAAN ALAT,BAHAN,DAN MESIN DALAM KERJA-KERJA MELEPA.

2.JENIS DAN SIFAT-SIFAT MORTAR YANG BAIK.

3.JENIS-JENIS KEMASAN DINDING/LANTAI.

4.JENIS MORTAR YANG BERMUTU TINGGI DALAM MELAKSANAKAN KERJA-KERJA KEMASAN.

PENGENALAN

Sebagai sub-topik utama dalam kajian ini,pelajar-pelajar akan diberi soalan tugasan kerja yang telah diamanahkan.Untuk soalan ini,saya telah memilih soalan nombor 3 iaitu kajian yang membincangkan tentang kegunaan peralatan,bahan dan mesin khususnya dalam kerja melepa.Selain itu juga,pelajar-pelajar akan didedahkan mengenai soalan-soalan yang lain yang berteraskan bahan binaan.Untuk modul ini,saya akan mengkaji kerja-kerja melepa,jenis-jenis dan sifat-sifat mortar yang baik,kemasan dinding dan lantai,dan juga menerangkan jenis mortar yang bermutu tinggi dalam melaksanakan kerja-kerja kemasan sama ada syiling,dinding atau pun lantai.Sebagai ringkasan dalam topik ini,saya akan menceritakan serba sedikit mengenai kajian yang telah dijalankan oleh saya.Melepa ialah kerja-kerja untuk merawat,mencantikkan dan mendapatkan permukaan yang menarik dalam sesuatu struktur luar bangunan kecuali dalam struktur bangunan seperti lantai dan juga syiling.Terdapat pelbagai jenis kemasan dinding dan lantai yang diterapkan oleh seluruh warga Malaysia khususnya yang menceburkan diri dalam pekerja binaan.Jenis-jenis dan sifat-sifat mortar yang baik digunakan merupakan asas atau perkara yang penting dalam kemasan dinding dan lantai.Kegunaan peralatan,bahan dan juga mesin haruslah bersesuaian dan selamat digunakan untuk menjadikan sesuatu permukaan dinding atau tembok itu sentiasa kemas dan menarik.Akhir sekali,saya juga telah diberi tugasan untuk menerangkan jenis-jenis mortar yang bermutu tinggi dalam melaksanakan kerja-kerja kemasan.

DEFINISI MELEPA

TAJUK: KERJA-KERJA LEPAAN

TUJUAN:

Memberi pengetahuan dan kemahiran kepada pelatih supaya boleh melakukan kerja-kerja MELEPA mempelajari tentang lukisan kerja akitek, penggunaan peralatan kerja melepa serta bahan, kelengkapan dalam kerja melepa dan boleh membuat kemasan pada bahagian lepaan. Melepa ialah satu cara untuk menyaluti suatu permukaan dengan menggunakan mortar. Ianya dilakukan untuk menutup kecacatan pada muka tembok bata.Teknik kerja melepa memerlukan kecekapan dan kekuatan tangan serta pemikiran yang tenang untuk menghasilkan kerja yang bermutu.

KERJA-KERJA LEPAAN

Permukaan bata yang memerlukan kerja-kerja lepaan adalah dikhususkan pada dinding atau tembok yang menggunakan bata tanah, bata pasir, blok konkrit atau apa juga jenis bata yang sesuai untuk dilepa bagi menutup permukaannya. Ini bertujuan untuk menyerlahkan lagi kecantikan, memberikan perlindungan pada dinding atau tembok yang dibina itu sendiri.

Tujuan Lepaan

i. Melindungi atau menutup kerja-kerja bata atau konkrit yang kurang elok.

ii. Melindungi atau menutup bahan binaan yang rendah mutunya.

iii. Memberikan permukaan yang lebih cantik iaitu lurus, rata dan licin.

iv. Melindungi permukaan daripada tindakan cuaca supaya ia lebih tahan lama dan lasak.

v. Memberi alas yang sesuai untuk mengecat.

vi. Menghasilkan permukaan tembok atau siling yang bersih dari segi kesihatan.

Kerja lepaan Sesuatu permukaan perlu dijalankan berdasarkan alasan berikut :-

1)Mendapatkan permukaan yang sekata dari segi kelurusan dan kerataan

2)Melindungi, menutup serta memperbaiki kerja bata yang rosak atau tidak rata.

3)Meilindungi permukaan dari tindakan cuaca atau sebarang anasir supaya lebih tahan kerana dapat bertindak sebagai bahan kalis air.

4)Menyediakan alas yang sesuai untu kerja mengecat.

5)Memudahkan kerja mengecat dan membersih apabila kotor

6)Mengurangkan bunyi bising serta kalis haba

7) Menambah kekuatan dinding kerana lapisan lepa menambahkan ketebalan dinding

8)Boleh memberikan kemasan corak yang menarik pada lapisan akhir.

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

TUJUAN:

Kertas penerangan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih/pekerja tentang pentingnya keselamatan diamalkan di tempat kerja. Dengan maklumat dan pengetahuan yang diberikan akan membolehkan pelatih/pekerja menilai dan jenjangkakan akan kemalangan yang mungkin berlaku yang berkemungkinan akan melibatkan nyawa atau kecederaan.

PENERANGAN

1.UTAMAKAN KESELAMATAN. Inilah sikap yang mesti diamalkan setiap masa sebagai asas tindakan-tindakan yang akan diambil mengelakkan sebarang kemalangan di dalam bengkel dan tempat kerja seperti:a.Kecederaan pekerja yang berkenaan.b.Kecederaan kepada orang lain.c.Kerosakan mesin-mesin, alat-alat dan bahan-bahan di dalam bengkel yang boleh mengakibatkan kemalangan dan kerugian.

2.Kebanyakan kemalangan dalam bengkel boleh dielakkan sekiranya langkah-langkah pengawasan diambil terlebih dahulu untuk mengadakan suasana dan juga teknik atau cara-cara bekerja yang selamat.

3.Perkara-perkara penting yang mesti dipastikan bagi mengadakan suasana bekerja yang selamat adalah seperti berikut:

Keselamatan individuPakaian yang sesuai hendaklah dipakai semasa bekerja. Pakaian yang koyak dan serebeh adalah tidak selamat. Kasut atau but keselamatan yang bahagian hadapannya diperbuat dari keluli adalah sesuai bagi mengelakkan sebarang kecederaan kaki. Capal atau sandal tidak seharusnya digunakan.

Perlindungan mataApabila membuat kerja yang mungkin menyebabkan kecederaan kepada mata. Maka cermin mata, cermn mata keselamatan (goggle) atau pelindung muka hendaklahPakaian yang sesuai hendaklah dipakai semasa bekerja. Pakaian yang koyak dan serebeh adalah tidak selamat.

4.Perimustahaknya berpakaian sempurna.a.Pakaian yang paling sesuai ialah overall atau pakaian tukang dandang (boilers suit). Kenakan semua butang dan lengan baju panjang hendaklah di gulung ke paras atas siku.b.Jangan memakai jam tangan atau cincin.c.Pakai alat perlindungan mata (goggles) jika menggunakan mesin.d.Pakai kasut yang selamat.e.Pakai topi keselamatan (safety helmet)

JENIS-JENIS PERALATAN DAN KEGUNAANNYA DALAM KERJA-KERJA MELEPA

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SEMASA MENGGUNA ALAT KERJA MELEPA

Sebelum kerja melepa dijalankan,adalah perlu seseorang pekerja itu mahir dengan kaedah dan cara mengguna alat melepa dengan betul.Alat Hawk dan pemaras keluli perlu dimahirkan dengan lenggok pergerakan dan tekanannya.Perkara-perkara lain yang perlu dititikberatkan ialah :1.Pastikan tangan anda dan pemegang alat sentiasa bersih dan kering.Sekiranya kotor dan basah,maka cuci dan keringkan segera.

2.Jangan pegang alat kerja terlalukemassemasa menggunakannya.

3.Semasa mengambil mortar, jangan berdiri terlalu jauhdari mortar board dan semasa

mengambilnya, ambillah dari bahagian tepi, bukan daritengah.

4.Semasa mengambil mortar dari hawk gerakkan kedua-dua belah tangan.

5.Biarkan pemaras keluli bergerak supaya tangan boleh menukar posisi pada pemegang,kemudian barulah digenggam erat semasa kerja dijalankan.

6.Tekan mortar padadinding menggunakan tekanan seimbang dan seterusnya merapatkansteel float apabila mortar semakinkurang.7.Biarkan steel float sedikit menegak (bersudut tepat) sekiranya banyak mortar berada di hujung pemaras berkenaan.8.Sebelum menggunakan alat jenis kayu, pastikan lepaan berada dalamkeadaan sedikitkering. Jika terlalu cair / basah, mortar akan luruh dan jika terlalu kering mortar tidak dapatdi ratakan dengan sempurna.Jenis peralatan melepa

1. Pemaras keluli

Pemaras Keluli digunakan dalam kerja-kerja lepaan yang besar.Bagi kerja-kerja lepaan lurah,pemaras keluli sekadar digunakan untuk kerja-kerja melicinkan permukaan.

2.Pemaras Kayu

Diperbuat daripada kayu atau logam dan ianya digunakan dalam kerja-kerja kemasan untuk menghasilkan permukaan yang rata tetapi tidak licin kepada lepaan.

3. Pemegang mortar - hawk

Diperbuat daripada papan berukuran 230mm*230mm dengan satu pemegang dilekatkan bersudut tepat sama ada di bawah atau di tepinya dan digunakan untuk meletak mortar semasa membuat lepaan.

4.Comb Spreader

Digunakan pada lapisan akhir dalam kerja melepa untuk mendapatkan permukaan yang cantik dan menarik.

5. Pemaras kayu panjang ( darby float )

Merupakan sebatang kayu lurus ditandakan dengan ukuran lepaan dan digunakan khas untuk mendapatkan permukaan yang lurus dari kedua-dua belah tembok.

6. Aras spirit

Diperbuat daripada logam atau kayu yang lurus di kedua-dua belah muka dan digunakan untuk mendapatkan ukuran yang sama dari kedua-dua belah tembok melepa dan untuk menguji pugak dan kerataan.

JENIS-JENIS BAHAN DAN KEGUNAANNYA DALAM KERJA-KERJA MELEPA

Bahan untuk melepa

Antara bahan yang diperlukan untuk kerja melepa dalah sebagaimana berikut :-

Simen:

Terdapat berbagai jenis simen yang boleh digunakan untuk bancuhan mortar samada untuk penerapan bata, membuat lepaan atau sebagai perekat jubin. Terdapat simen khas yang dibuat untuk mortar lepaan iaituWallcretedimana ianya telah siap campuran simen portlan biasa dengan kapur.

Kapur :

Bahan mentahnya dibuat dari batu kapur yang dibakar sehingga 1000oc untuk menghasilkan kapor tohor. Bahan tersebut kemudiannya direndam kedalam air untuk mengeluarkan haba (slaking) dan menghasilkan hydrated lime yang sesuai untuk membuat mortar ikatan dan lepaan.Tujuan penggunaan kapur adalah untuk menambah keupayaan air memegang mortar serta mengurangkan kehilangan air dari bancuhan dan seterusnya menambah pegangan antara butir-butir pasir dalam bancuhan mortar.

Air :

Air yang digunakan mestilah bersih dan jernih, bebas dari bendasing yang boleh merosakkan bancuhan mortar. Air laut tidak sesuai untuk bancuhan mortar walaupun ianya jernih kerana kandungan garamnya akan menyebabkan lapisan lepaan mudah peroi dan mengaratkan besi tetulang.

Peranan air dalam bancuhan ialah untuk :-

a) Menyebarkan simen supaya lebih menyeluruh dan setiap butir pasir dapat disaluti dengan simen.

b)Memudahkan kerja bancuhan

c)Sebagai agen pemangkin tindakbalas kimia dalam bancuhan.

Bahan Tambahan

Merupakan bahan cecair kimia yang ditambah kedalam air semasa bancuhan bertujuan untuk menambah sifat kemudahkerjaan (workabality) mortar. Biasanya bahan tambahan sekitar 30% digunakan.Bahan jenis Waterproofing compounds ialah bahan kimia yang disediakan dalam bentuk serbuk dan juga cecair untuk menghasilkan lepaan yang tidak telap air. Bahan jenis serbuk halus dibancuh bersama simen dan digaul dalam keadaan kering.Bahan Plasticisers dapat menambah kemasukan udara kedalam mortar. Bila terdapat udara, ia memberikan kesan kejelekitan dan kemudahkerjaan ditingkatkan dimana 50% kandungan air dalam mortar dapat dikurangkan. Ini akan melambatkan proses pengeringan dan peningkatan kekuatan ikatan.Contoh bahan tambah ini seperti sodium silikat, sodium aluminat, kalsium format, triethanolamine, sodium glukonat dan kalsium lignosulphonat.Nisbah bancuhan mortar untuk lepaan bergantung kepada jenis lepaan yang hendak dibuat. Bagi lepaan asas atau lepaan kasar maka nisbah yang sering digunakan adalah 1:6(simen:pasir) ataupun ditambah dengan satu bahagian kapor untuk tujuan kemudahkerjaan (workability) dimana1 : 1 : 6(simen : kapor : pasir)

Jenis-jenis Lepaan

a. Lepa Kapurb. Lepa Gypsumc. Lepa Simen

a.Lepa Kapur

Lepa ini mengandungi kapur, pasir dan air yang dibancuh mengikut nisbah yang tertentu. Nisbah campuran/bancuhan yang lazimnya dibuat adalah 1:2 ( 1 bahagian kapur : 2 bahagian pasir) dan lepa ini dikemaskan lagi dengan dampul kapur.

b.Lepa Gypsum

Bahan-bahan untuk lepa jenis ini adalah terdiri daripada serbuk gypsum yang dibancuh dengan air. Bancuhan tersebut hendaklah pekat dan liat supaya mudah kerja-kerja lepaan dilakukan. Lepaan jenis ini tidak perlu tebal memadai 5 mm sahaja. Kerja-kerja lepaaan jenis ini hanya dilakukan pada permukaan siling sahaja. Lepa gypsum tidak tahan pada tindakan cuaca lembab, oleh itu lepaan hanyalah dibuat pada ruangan yang tertutup/berbumbung sahaja.

c.Lepa simen.

Lepa simen dibuat dengan menggunakan simen, kapur dan pasir halus. Nisbah bancuhan lepa simen adalah 1 : 1: 4 ( 1 bahagian simen : 1 bahagian kapur : 4 bahagian pasir halus) ataupun 1:3 jika kita menggunkan simen yang telah dimasukan kapur / simen penampal (Wallcrete / Masonry Portland Cement). Lepaan jenis ini boleh dibuat pada semua bahagian dinding samada bahagian dalam atau luar, siling dan lantai kerana ianya tahan pada tindakan cuaca.Kerja-kerja lepa boleh dibahagikan kepada 3 bahagian :

a. Lepaan bahagian dindingb. Lepaan bahagian lantaic. Lepaan bahagian atas / siling

Mortar untuk LepaanMortar ialah bahan utama untuk melakukan kerja-kerja lepaan. Terdapat beberapa nisbah bancuhan mortar untuk digunakan mengikut tempat yang dikehendaki. Ia terdiri daripada campuran simen dengan pasir yang dibancuhkan dengan air bersih.

a.Nisbah bancuhan 1:3 (1 bahagian simen : 3 bahagian pasir) dibuat pada tempat yang menanggung beban seperti kilang, bengkel berjentera dan lain-lain dengan ketebalan 25 mm.

b.Nisbah bancuhan 1:4 ( 1 bahagian simen : 4 bahagian pasir) dibuat pada bahagian dinding- dinding bangunan samada bahagian luar atau dalam dengan ketebalan 18.75mm ( 20mm)

Peralatan kerja Lepa

a. Sudip lepa (Plastering Trowel)b. Kayu perata (Wooden Float)c. Pemaras kayu panjang (Darby)d. Penatang Mortar (Hawk)e. Sudip Penjuru (Angle Iron)f. Baldi (Bucket)g. Alat aras Spirit (Spirit Level)h. Berus cati. Sponge Trowelj. Rough Cast Machinek. Penyembur air (Iron Spray)l. Kotak Penyukat (Gauge Box)

Perkakas dan peralatan Kerja Lepa

Penyediaan Pada Permukaan Yang Hendak Dilepa

Tempat yang akan dilepa mestilah bersih dari sebarang kekotoran seperti habuk, tanah, minyak, cat dan apa-apa yang menghalang mortar daripada melekat pada permukaan yang hendak dilepa.

a. Permukaan bataPermukaan ini kebiasaanya terdiri dari bata-bata yang ikatannya dari jenis bata tanah, bata pasir ataupun blok

b. Permukaan konkrit.Konkrit-konkrit juga memerlukan lepaan terutamanya pada bahagian lantai, dinding, rasuk, alang dan pada mana-mana permukaann yang terdedah pada cuaca. Selain untuk menutup permukaannya yang kasar, ianya juga dapat mencantikan bahagian luar agar kelihatan lebih kemas dan menarik kecuali permukaan yang tidak memerlukan lepaan iaitu hiasan asal konkrit yang diadakan dengan sengaja.

Kaedah Lepaan

Kerja-kerja lepaan yang dijalankan mempunyai kaedah yang tersendiri. Selain penggunaan mesinlepaan, ianya juga dilakukan secara manual iaitu lapisan demi lapisan. Lapisan untuk dilepa bolehdibahagikan kepada tiga lapisan.Bagi lapisan pertama, ia dikenali sebagai lapisan asas yang dilepa kasar setebal 10-12mm. Untuk lapisan kedua ianya lebih dikenali sebagai lapisan tengah atau pertengahan.Permukaan ini dilepa dan diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan diratakan dengan menggunakan kayu perata. Ketebalannya dibuat setebal 8-10 mm.Sementara lapisan ketiga iaitu lapisan penyudah atau lapisan kemasan. Lapisan ini boleh dibuat dengan kemasan licin, kemasan muka pasir, kemasan lapisan skim, kemasan shanghai

JENIS-JENIS MESIN DAN KEGUNAANNYA DALAM KERJA-KERJA MELEPA

Mesin yang digunakan dalam kerja melepa ialah :

READY MIXED MORTARReady mixed mortar yang dibancuh dari kilang yang dibekalkan oleh lori yang mempunyai drum berputar,mutu mortar ini adalah lebih baik kerana kawalan bancuhan yang rapi dilakukan kepada bahan-bahan mentah,nisbah bancuhan,nisbah air simen dan kaedah bancuhan.

ROUGH CAST MACHINE

Untuk menghasilkan tempekan yang bertompok-tompok mortar pada permukaan tembok sebagai satu seni hiasan dinding.

MORTAR

PENYEDIAAN MORTAR

OBJEKTIF PENCAPAIAN:Sedia mortar untuk kerja-kerja batu-bata, sebagai seorang pekerja binaan khasnya penerap batu bata dan pekerja batu amat penting bagi mengetahui cirri-ciri, jenis-jenis dan kadar bancuhannya bersesuaian dengan sesuatu kerja yang hendak dibuat

TUJUAN PENERANGANMortar adalah bahan yang penting dalam kerja-kerja pembinaan yang menggunakan batu bata ataupun blok. Ianya bertujuan bagi mengikat ataupun bahan pelekat yang mesti diketahui oleh seorang pekerja binaan. Oleh itu sebagai seorang pekerja binaan ianya amat penting bagi mengetahui cirri-ciri, sifat, jenis dan kadar bancuhan yang sesuai bagi sesuatu kerja yang hendak dibuat

PENERANGAN :Mortar adalah hasil campuran simen atau kapur atau kedua-duanya sekali dengan pasir pada kadar tertentu. Kegunaan utama mortar ialah untuk mengikat batu-bata atau blok dan kerja-kerja melepa pada dinding dan lain-lain kerja yang berkaitan.

Pelekat yang digunakan untuk mengikat bata dinamakan mortar. Mortar dihasilkan dengan mambancuh simen atau kapur, pasir dan air. Bahan-bahan yang digunakan dan cara membancuhnya akan mempengaruhi kekuatan dan kekekalan mortar.dan seterusnya menentukan kekuatan tembok yang dibinakan. Simen dan kapur merupakan dua jenis bahan pengikat yang lazim digunakan dalam bancuhan mortar. Bahan pengikat dan pasir (kadangkala serpihan halus batu juga digunakan) hendaklah dibancuh mengikut nisbah yang ditentukan bagi jenis kerja dan jenis bahan binaan yang tertentu. Nisbah bancuhan yang sesuai untuk mengikat kerja bata kejuruteraan ialah 1:3 (simen : pasir), manakala untuk mengikat bata biasa dan melepa, nisbah bancuhan yang sesuai ialah 1:4.Secara amnya, mortar yang pekat (lebih simen) hanya sesuai digunakan untuk bahan binaan yang cukup kuat seperti bata kejuruteraan. Jika mortar yang pekat digunakan untuk mengikat bata yang kurang keras, keretakan mungkin berlaku pada permukaan tembok kerana pengecutan dan pengembangan tidak sama pada kedua-dua jenis bahan ini. Sebaliknya jika bancuhan mortar yang kurang pekat digunakan untuk mengikat bata yang keras, akibatnya ialah sambungannya tidak akan kekal dan kekuatan tembok akan terjejas. Oleh sebab itu, nisbah bancuhan mortar bagi setiap jenis kerja binaan hendaklah mematuhi perincian yang telah ditetapkanKomponen MortarSecara umunya, mortar adalah dibezakan berdasarkan kepada jenis bahan pengikat yang digunakan atau komposisinya. Bahan-bahan campuran dalam sesuatu mortar ialah simen, batu baur halus dan bahan tambah disamping air:

I. SimenDua jenis simen yang biasa digunakan untuk bancuhan mortar iaitu simen yang biasa digunakan untuk bancuhan mortar iaitu simen Portland dan mansory cement yang mengandungi lebih kurang 75% kandungan simen Portland. Bagaimanapun, simen Portland mempunyai kekuatan lebih tinggi daripada mansory cement untuk digunakan dalam bancuhan mortar bagi bata.II. Batu baurBatu baur yang digunakan adalah pasir halus yang hampir semua melepasi ayak 4.75mm. jika pasir terlalu halus kadar simen mestilah tinggi dan ini mestilah dielakkan agar kos tidak terlalu tinggi.

II. Kegunaan pasir dalam mortar ialah untuk :-a) Mengurangkan kecutan mortar supaya retakan dapat dicegah.b) Mengurangkan perbelanjaan pembinaan, kerana pasir lebih murah daripada kapur dan simen.c) Membantu pegerasan kapur tulin.

Bahan tambah

Bahan mentah digunakan bertujuan manambahkan lagi kebolehan Menahan air bagi sesuatu mortar simen untuk mandapatkan kebolehkerjaan yang tinggi. Selalunya bahan tambah untuk tujuan ini adalah bahan bukaan organik seperti batu kapur dan tanah liat adalah bahan tambah paling baik kerana mortar yang dihasilkan adalah lebih senang untuk disebarkan, penahanan air yang baik dan penambahan kekuatan dan kelembutan. Bagaimanapun, batu kapur terhidrat lebih banyak digunakan kerana mudah didapati dan ekonomik.Seperti campuran konkrit, air digunakan sebagai ejen penghidrat simen dengan batu baur dan kandungannya adalah bergantung kepada keadaan atau kelas mortar yang dikehendaki. Air merupakan bahan pengikat yang wujud dalam bentuk cecair.Air yang digunakan untuk campuran mortar perlulah bersih dan bebas daripada asid, alkali dan bahan-bahan organik. Kehadiran bahan-bahan organik dalam air akan menyebabkan kelambatan proses pengerasan dan pemejalan bagi mortar dan seterusnya memberi kesan terhadap kelasakan mortar.

SIFAT-SIFAT MORTAR YANG BAIK

1.Mempunyai kekuatan yang cukup berpadan dengan kerja yang hendak dibuat.

2.Senang mengerjakannya (workability)

3.Memberi ikatan yang baik antara mortar dengan batu atau blok

4.Tahan dari sebarang cuaca dan sebarang tindakan kimia

Sifat-sifat mortar merupakan faktor yang amat penting yang perlu dipertimbangkan dalam menghasilkan kerja binaan yang baik. Di antara sifat-sifat tersebut ialah kekukuhan, kebolehkerjaan, kebolehan menahan air, kekuatan mampatan, ikat tegangan, kelasakan, perubahan isipadu dan keanjalan. Sebagai contoh, bahan-bahan bagi mortar yang mengikut spesifikasi piawaian apabila dinisbahkan akan menghasilkan mortar yang mempunyai ciri-ciri yang dikehendaki.

Kekukuhan

Kekukuhan bagi sesuatu mortar adalah merujuk kepada darjah kelembapannya juga berkait rapat dengan kesenangan di dalam pengendalian dan penggunaan mortar.Kebanyakkan daripada kegagalan mortar adalah disebabkan daripada penggaulan secara serentak, kasar dan tidak cermat ke atas kesemua bahan-bahan memberikan kebolehkerjaan yang baik dan lebih senang untuk dikendalikan. Penggunaan air yang mencukupi di dalam penghasilan mortar yang meliputi keseluruhan permukaan bermortar pada unit-unit struktur. Kekukuhan juga perlu pada bahagian kepala sambungan supaya mudah diratakan tanpa sebarang kesukaran dalam kerja-kerja pembinaan dinding bata.Kebolehkerjaan

Istilah kebolehkerjaan bermaksud kesenangan untuk membancuh, menuang dan memadat, darjah kebolehkerjaan dinilai berdasarkan kesenangan diratakan dengan mudah, kemampuannya untuk memegang kuat pada permukaan yang menegak dan ketahanan terhadapnya lelehan semasa unit kerja binaan sedang dijalankan.Kebolehkerjaan disifatkan suatu yang kompleks di mana melibatkan sifat kelekatan, kejelekitan, ketumpatan,kelelehan keplastikan dan kelikatan. Bagi kerja-kerja tersebut, seseorang yang berpengalaman mampu menentukan darjah kebolehkerjaan mortar tersebut. Semakin tinggi darjah kebolehkerjaan mortar itu, semakin rendah tenaga yang perlu digunakan bagi jumlah bahan yang sama.

Ketahanan Air

Ciri-ciri penahanan air bagi keplastikan mortar mencerminkan kemampuan bahan tersebut untuk menyimpan air campurannya apabila mengalami daya serapan. Ini adalah ciri penting bagi mortar kerana ciri ini memberikan kesan terhadap ciri-ciri mortar yang lain. Semakin tinggi sifat poros dan penyerapan air yang digunakan, semakin cepat mortar tersebut mengeras.Oleh itu, mortar yang mempunyai sifat penyimpanan air yang tinggi akan memberikan rintangan terhadap penyerapan air oleh bata dan seterusnya memperlahankan proses pengerasannya berbanding dengan mortar hendaklah tinggi supaya akan sentiasa berada dalam keadaan lembut dan plastik.

Kekuatan/mampatan

Faktor utama yang mempengaruhi kekuatan mampatan sesuatu mortar ialah Jenis kualiti simen yang digunakan. Ini menunjukkan kekuatan mortar mempunyai hubungan langsung dengan nisbah bancuhan mortar. Pada kandungan simen yang tinggi, kekuatannya adalah tinggi begitu juga sebaliknya. Jenis simen seperti yang telah diterangkan sebelum ini juga mempengaruhi kekuatan mortar.Bagi sesuatu mortar, kandungan air adalah agak tinggi kerana mortar diperlukan dalam kebolehkerjaan yang tinggi disamping mortar juga bersifat mampatan tersendiri. Namun begitu kandungan air yang terlalu tinggi akan mengurangkan kekuatan mampatan sesuatu mortar akibat lelehan yang terjadi. Oleh itu, untuk mendapatkan kebolehkerjaan yang tinggi disamping kekuatan yang mencukupi, nisbah bancuhan disesuaikan disamping penggunaan bahan tambah.Ujian terpenting bagi kekuatan mortar adalah kekuatannya terhadap beban mampatan dan kekuatan ikatan tegangan. Kekuatan mampatan boleh diukur dengan ujian ke atas kiub-kiub 75 X 75 X 75 mm3 untuk masa-masa pengawitan selama 7 dan 28 hari.Mortar juga mempunyai kekuatan tegangan. Dalam struktur bata, tegangan terjadi sejurus setelah unit-unit bata mortar bertemu dan ikatan ini terus meningkat bersama-sama penghidratan simen. Kepentingan kekuatan tegangan mortar ialah dari segi kekuatan bata di mana ia menahan pengembangan sisi bata apabila beban dikenakan. Kekuatan ricih dalam mortar boleh diabaikan kerana lekitan dalam mortar adalah mencukupi. Cuma yang perlu diperhatikan ialah tegasan ricih yang terjadi antara permukaan mortar dengan unit-unit bata yang bersentuhan.

Ikatan/tegangan

Kekuatan ikatan tegangan merupakan kekuatan lekatan yang berkembang di antara mortar dan bata. Mortar mestilah mempunyai kemampuan untuk meleleh dan bata tersebut mestilah mempunyai permukaan bata yang ingin diikat. Batu bata tersebut mestilah mempunyai permukaan tersebut.Walaupun sebahagian daripada kekuatan ikatan tegangan berkembang serta-merta selepas bata dan mortar bersentuhan dan ikatan tersebut terus selari dengan penghidratan simen. Ikatan tegangan adalah penting bukan sahaja dari segi kekuatan malah turut membantu dalam menahan daya yang terhasil daripada isipadu dan suhu. Di dalam makmal kekuatan tegangan diukur dengan menentukan daya tegangan yang diperlukan untuk memisahkan lapisan bata yang telah dipasang.

Kelasakan

Kelasakan bagi mortar diukur daripada kemampuannya untuk menahan keadaan dedahan yang telah ditetapkan seperti angin, suhu dan serangan kimia. Mortar mungkin akan berhadapan dengan kerosakan kecil sepanjang tempoh perkhidmatan dinding bata tersebut. Penghidratan simen akan menghasil mortar yang mempunyai ketumpatan yang lebih tinggi dengan ciri-ciri penyerapan yang rendah serta kaupayaan yang tinggi di dalam menahan daya pengembungan air yang membeku.Kandungan simen dan udara di dalam mortar memainkan peranan penting di dalam menentukan kelasakannya. Untuk menambah keupayaan lasaknya, udara yang terperangkap di dalam mortar akan digunakan untuk menghalang serangan-serangan hujan dan bahan-bahan kimia seperti sebatian-sebatian sulfat dan klorid. Oleh itu untuk menambah kelasakan sesuatu mortar, bahan tambah pemerangkap udara seperti plastex digunakan.Bahan-bahan tambah seperti kalsium klorid, kalsium karbonat selain mempunyai kebolehan Manahan air ia juga bertindak dengan simen dalam proses penghidratan dan menghasilkan ruang-ruang udara dalam mortar. Mortar yang lemah biasanya amat mudah diserang oleh tindakan kimia daripada mortar yang kuat..Perubahan/isipadu

Ciri-ciri pengecutan bebas bagi mortar adalah diukur di dalam makmal dengan menggunakan prisma berdimensi 25 mm x 25 mm x 282 mm. specimen tersebut diuji terhadap kekuatan dalam fungsi masa ke semasa bagi penyimpanan udara.Setelah specimen kehilangan lembapan melalui sejatan, maka pengecutan akan berlaku. Segala maklumat tentang perubahan isipadu diperolehi secara penandaan relarif terhadap ciri-ciri pengecutan mortar dalam kerja binaan dan ini amat berguna di dalam menganalisis pergerakan dinding dan taburan tegasan dalam kerja binaan.

Rupabentuk

Rupa bentuk keseluruhan bagi struktur kerja binaan adalah dipengaruhi oleh rupa sambungan mortar. Faktor-faktor yang menyumbang kepada rupa sambungan mortar teramasuklah keseragaman warna dan perubahannya, keseragaman tekstur dan ketebalannya.Warna dan perubahan bagi sambungan disebabkan oleh kandungan kelembapan mortar, bahan tambah mortar, keadaan atmosfera atau cuaca dan keseragaman nisbah campuran mortar. Keseragaman yang baik bagi tekstur adalah bergantung kepada pengukuran yang teliti semasa menisbahkan bahan-bahan binaan mortar semasa penggaulannya.

Keanjalan

Secara amnya, mortar lebih cenderung untuk berubah bentuk bila dikenakan beban paksi terhadapnya. Mampatan pugak mortar akan diikuti oleh pengembangan sisinya akan menjadi lebih besar dalam bata dari pengembangan yang terjadi pada bata. Bila kedua-duanya terikat bersama, bata dan mortar dipaksa untuk mengalami keterikan bersamanya menyebabkan bata bergerak di dalam keadaan tegangan yang mana pada keadaan tegangan yang tinggi, keretakan akan berlaku dan seterunya akan gagal.Hubungan tegasan terikan untuk mortar secara amnya menunujukkan ciri-ciri plastik yang berbeza. Ketiadaan hubungan lelurus antara tegasan dan keterikan, menimbulkan kesukaran untuk mendapatkan nilai modulus keanjalan yang tepat untuk sesuatu mortar. Misalnya untuk bancuhan mortar 1:1:6 (simen : batu kapur : pasir), nilai Em nya ialah diantara 2.8 ke 4.2 Kn/MM2 dan campuran 1:1/4:3 nilainya adalah antara 10.0 ke 14.0Kn/MM2.Satu cara yang mudah untuk mendapatkan modulus keanjalan mortar ialah dengan cara Ujian Elektrodinamik. Ujian ini dijalankan dengan meletakkan satu prisma mortar di antara dua terminal ke terminal satu lagi.Bagaimanapun, kelakuan keanjalan mortar melalui ujian dan di dalam keadaan sebenar adalah agak berlainan. Dalam keadaan sebenar, setiap permukaan mortar adalah terikat. Namun begitu kesan ini adalah kecil dan boleh diabaikan.

JENIS-JENIS KEMASAN LANTAIJenis Kemasan LantaiBerdasar kepada ciri-ciri yang dikehendaki, banyak jenis kemasan lantai boleh digunakan dalam pembinaan tempatan, antaranya ialah:Lepa SimenKemasan lepa simen Portland biasa ataupun simen berwarna pada dasar konkrit merupakan sejenis kemasan lantai yang biasa digunakan dalam pembinaan bangunan perusahaan dan rumah-rumah kediaman kos rendah. Jenis kemasan ini boleh dibuat secara monolithic iaitu dibuat sekaligus semasa lapisan konkrit ditempatkan ataupun sebagai lapisan kemasan yang berasingan. Permukaannya dilicinkan dengan menggunakan pemaras keluli sebelum simen mengeras.

Contoh kemasan lepaan simen

Contoh kemasan lepaan simenJalur KayuKemasan ini terdiri daripada papan jalur sama ada dipakukan pada beloti kayu yang ditanam di dalam lapisan konkrit ataupun pada gelegar lantai kayu. Papan jalur hendaklah bertanggam lidah dan lurah ataupun bertanggam lekap.Seboleh-bolehnya lebar papn jalur mestilah tidak melebihi 100 mm kerana papan yang lebih lebar akan mengecut berlebihan dalam proses pengeringannya. Papan jalur selebar 75 mm lazim dibekalkan dalam pasaran tempatan. Lantai jalur kayu boleh dikemaskan dengan sampan atau lekar. Jenis kayu keras seperti kayu jati, cengal dan kempas menghasilkan lantai kayu yang bermutu tinggi. Rajah 13.3 menunjukkan pembinaan lantai jalur kayu.

ParketKemasan parket dibuat dengan kepingan kayu beroti disusunkan seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah berikut . Kayu ini dilekatkan pada kertas selebar 300 mm x 300 mm supaya senang dilekatkan kepada dasar konkrit dengan menggunakan sejenis glu. Permukaan parket perlu diasah dengan mesin canai sehingga rata dan licin. Permukaan parket yang licin dan bersih boleh dikemaskan dengan sampan, lekar atau lilin. Jenis kayu yang biasa digunakan untuk membuat lantai parket ialah kayu jati dan kempas.

Jubin

Banyak jenis jubin boleh didapati daripada pasaran tempatan untuk berbagai-bagai kegunaan. Jubin-jubin ini diperbuat daripada tanah liat, pasir dan bahan-bahan tambahan melalui proses pembakaran. Ia adalah keras dan kalis air serta mempunyai sifat-sifat yang tertentu untuk kegunaan khas, contohnya ialah jubin rintangan gelincir, jubin tahan lasak dan sebagainya. Jubin ini dihasilkan dalam beberapa saiz dan warna secara homogeny ataupun bergris pada permukaannya sahaja.Saiz jubin yang dihasilkan ialah 110 mm x 110 mm, 150 mm x 150 mm, 200 mm x 200 mm, 200 mm x 100 mm, 200 mm x 300 mm, 300 mm x 300 mm. Pembinaan jubin ini dilakukan pada dasar konkrit dengan menggunakan adunan simen (bancuhan simen dan air sahaja). Di celah-celah sambungan di antara jubin-jubin ini diisikan dengan simen putih atau dimen berwarna.

contoh kemasan lantai : jubin

Batu MarmarKepingan batu marmar yang berupa papak sekata atau pun papak tak sebentuk dilekatkan di dasar konkrit dengan menggunakan adunan simen. Permukaan lantai perlu diasah dengan mesin canai menggunakan batu asah gred kasar (No 24) keg red halus (No 350) sehingga rata dan licin, kemudian dikemaskan dengan lilin.

contoh kemasan lantai : marmarMozekMozek diperbuat daripada tanah liat dan bahan-bahan tambahan melalui proses pembakaran. Ia merupakan kepingan jubin kecil disusun dengan berbagai-bagai rekabentuk. Mozek biasanya dilekatkan pada kertas dengan saiz sebesar 300 mm x 300 mm. Pembinaannya dilakukan dengan menggunakan adunan simen untuk melekatkan mozek di dasar konkrit. Di celah-celah sambungan di antara mozek-mozek ini diisikan dengan bancuhan simen dan pasir halus

contoh kemasan lantai : mozekTerazoTerazo diperbuat daripada serpihan batu marmar yang kecil, dibancuh dengan simen dan mukanya diasah sehingga licin dan berkilat. Terazo digunakan sebagai kemasan lantai ataupun tembok. Lantai terazo boleh dibuat dengan cara tuang-di-tempat ataupun tuang-dahulu. Dalam pembinaan lantai terazo, nisbah bancuhan batu-batu marmar dan simen adalah bergantung kepada saiz batu marmar:Saiz batu marmar sehingga 10 mm bancuhan 1:2,Saiz batu marmar sehingga 12 mm bancuhan 1:3.Bancuhan air tidak melebihi 25 liter bagi satu beg simen untuk menentukan nisbah air-simen dalam linkungan 0.50, dan penurunannya 25 mm. Seperti bancuhan konkrit yang lain, bancuhan terazo ini hendaklah digunakan dalam jangka masa setengah jam selepas air dibancuhkan.Selepas terazo ditempatkan dan dikemaskan dengan pemaras keluli, pengawetan hendaklah dilakukan sebaik sahaja terazo mengeras. Pencanaian boleh dilakukan 36 jam selepas lantai itu dibuat. Bermula dengan batu asah gred kasar (No 24) lantai itu dicanai pula dengan mesin canai sehingga rata dan kelihatan bentuk asal batu marmar pada keseluruhan permukaannya. Lantai tersebut dibersihkan dan lubang-lubang halus ditampal dengan turapan simen yang sama warnanya. Pencanaian kali kedua dengan menggunakan batu asah gred No 120/150 dilakukan selepas diawetkan selama 5-7 hari. Sekali lagi, lantai dibersihkan, ditampal lubang-lubang halus dan diawet selama 2-3 hari. Akhirnya lantai digosok dengan batu halus (gred No 350) bersama asid oksalik dan air sehingga bersih dan berkilat.Lantai terazo digunakan untuk bilik tamu, bilik tidur, bilik pejabat dan sebagainya, tetapi kurang sesuai untuk bilik air, dapur, dan tempat-tempat yang lembap, sebab muka terazo menjadi gelincir jika terkena air dan mudah diserang asid atau alkali.

contoh kemasan lantai : terazo

Selain lantai-lantai tersebut, kemasan-kemasan lantai yang lain seperti tikar getah, (linoneum), genting vinil, karpet dan permaidani juga digunakan untuk lantai bilik tidur, bilik pejabat dan sebagainya. Selain itu dengan perkembangan teknologi, terdapat beberapa penerokaan bahan untuk diguna sebagai kemasan lantai seperti kaca, syiling dan lain-lain.

contoh kemasan lantai : karpet

contoh kemasan lantai unik : lantai kaca

JENIS-JENIS KEMASAN DINDING

Jenis lepaanJenis kemasan lepaan bergantung kepada bentuk pandangdankeperluan kegunaan sesuatu dinding atau tembok. Antara jenis kemasan yang biasa dilakukan adalah seperti :-

1.Kemasan Biasa ( sand face)Lepaan biasa dibuat dengan nisbah bancuhan 1 : 6 (simen :Pasir). Lepaan jenis ini boleh dibuat dengan dua lapisan. Untuk dinding bata, tebal lepaan sekitar 16mmdanbagi tampang bawah, rasuk, tiang, dinding blok atau konkrit yang mana permukaannya sedia licin, lepaan dibuat setebal 12mm.Lapisan pertama: bagi lepaan berketebalan 16mm maka lepa kasar lapisan pertama dibuat setebal 10mm, manakala bagi lepaan 12mm maka lapisan pertama adalah setebal 6mm. Nisbah bancuhan adalah 1:3-4 atau 1:6 jika ditambahandenganbahanpemudah adun. Permukaan ini hendaklah dikasarkan bagi menerima lepaan lapisan kedua.Lapisan Kedua: Lepaan setebal 6mm hendaklah dikemaskan dengan pemaras keluli untuk permukaan diding dalamdangengan pemaras kayu bagi dinding luar. Lepaan ini hendaklah menggunakanpasiryang ditapisdandisudahi dengan gosokan pemaras kayu. Span basah boleh digunakan untuk mendapatkan permukaan yang seragam.Tiga kombinasi nisbah bancuhan yang paling sesuai untuk lepaan luar bangunan menggunakan simen Portland, kapordanpasirialah :-1: : 4 atau1 : 1 : 5-6 atau1 : 2 : 8-9

2. KEMASAN LICINMerupakan lapisan kemasan akhir yang dibuat keatas permukaan lepaan biasa menggunakan likatan air simen dengan cara melicinkannya dengan pemaras keluli. Untuk menambah kemudahkerjaan, campuran simen boleh ditambah dengan kapor. Permukaan dinding lepaan sedia ada hendaklah dalam keadaan lembab atau separuh kering untuk menerima likatan cairan simen lepaan licin ini agar ikatan lepaan licin dengan lepaan dinding menjadi sebati. Kemasan ini dibuat dengan menggunakan bancuhan simen yang pekat (Cement Slurry) kemudian di ratakan pada permukaan lepaan dengan menggunakan sudip lepa (Plastering Trowel) untuk mendapatkan permukaan yang licin. Lapisan simen yang ratakan hendaklah nipis sahaja dan tidak boleh ditebalkan, kerana jika ditebalkan permukaan tersebut berkemungkinan tidak rata pada keseluruhannya. Lapisan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering.

3. Kemasan Muka Pasir (Sponge Finishing)

Kemasan ini dibuat dengan menggunakan span (Sponge Trowel) yang diratakan pada permukaan lepaan untuk menampakkan permukaan pasir. Kemasan ini dibuat setelah permukaan lepaan hampir kering supaya muka pasir nampak lebih cantik serta jelas dan memudahkan kerja-kerja merata dengan span.

4.Kemasan Shanghai

Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5bahanterdiri dari simen berwarna :Pasir: serpihan batu bersaiz 3mm ayakan. Prosesnya sama dengan kemasan granolitik , Cuma hasil yang diperolehi adalah kemasan gerutu berwarna. Kemasan Shanghai dibuat dengan menggunakan campuran batu kelikir (shanghai / pebbles stone) dengan simen portland biasa atau simen warna. Nisbah bancuhan adalah 1:1 (1 simen : 1 bahagian batu Shanghai) atau 1:2 (1 bahagian Simen : 2 bahagian batu Shanghai). Campuran bahan tadi dilepa pada permukaan dinding/tembok bermula daripada bahagian bawah ke atas. Setelah dilepa, permukaan tersebut diratakan dengan menggunakan pemaras kayu panjang dan kayu perata untuk mendapatkan permukaan yang sama dan rata. Setelah permukaan tersebut rata dan hampir kering, permukaan tersebut disembur dengan air menggunakan penyembur air (Iron Spray) untuk menampakkan permukaan batu Shanghai / Pebbles. Kemudian permukaaan tersebut diberus dengan menggunakan berus kecil seperti berus kasut supaya menyerlahkan lagi permukaan batu tersebut. Selepas itu permukaan tersebut dilap dengan menggunakan span yang bersih. Setelah permukaan batu tersebut bersih dan kering bolehlah kita menyapukan permukaan tersebut dengan menggunakan pengilat batu supaya nampak berkilau dan tahan pada tindakan cuaca.

5.Kemasan Rough Cast atau WetdashCampurannya terdiri dari simen,pasirdanbatu baur yang dipilih mengikut pembahagian nisbah bancuhan 1 : 3 atau 1 : : 4 pada lapisan pertama, sementara lapisan kedua nisbahnya adalah1 : : 1 - 3 ( batu kerikil 6-13mm).Bahankalis air serta pewarna boleh digunakan untuk menambah kecantikan lepaan. Kemasan kasar ini dibuat dengan melemparkan bancuhan basah yang mengandungi nisbah campuran batu kasar pada permukaan tembok yang telah dilepa.Alat yang digunakan ialah rough casting machine atau mesin gerutu. Kemasan kerutu dibuat setelah sesuatu permukaan dilepa. Ianya dibuat dengan menggunakan bancuhan mortar yang di masukkan ke dalam mesin penyembur ( Rough Cast Machine). Kemudian di semburkan ke permukaan yang dilepa mengikut corak yang dikehendaki setebal 10 mm. Kemasan tersebut pada tembok / dinding hiasan sama di dalam atau di luar sesuatu binaan.

6.Kemasan Textured atau ScrapedKemasan dibuat pada permukaan lapisan akhir semasa lepaan mula mengeras. Biasanya penggunaan pemaras besi bergerigi seringkali digunakan. Penggunaan peralatan lain yang sesuai bergantung kepada kebolehandankemahiran seni seseorang pekerja.Cara membuat pada permukaan lapisan akhir ialah pada masa lepaan mula mengeras,dengan menggunakan beberapa peralatan yang sesuai.

7.Kemasan Skim Coat FinishingKemasan skim dibuat hampir sama dengan kemasan licin, cuma bahan yang digunakan adalah daripada campuran air dan serbuk skim (skim coat) yang dibancuh menjadi pekat. Seterusnya bancuhan tadi dilepa pada permukaan kering yang telah dilepa untuk menampakkan kerataan dan kecantikan.

8.Kemasantyrolean atau smooth cast

Menggunakan bancuhan 1:2 terdiri dari simen (Biasa atau warna)danpasir. Disembur pada lapisan asas dengan menggunakan mesin tyrolean (drough-casting) pada jarak 18-20 inci dari dinding. Kemasan jenis ini hendaklah dibuat dalam 3 lapisandanjumlah tebalnya tidak melebihi 6mm. Setiap lapisan perlu dibiarkan kering dahulu sebelum lapisan berikutnya di sembur.

9.Kemasan Granolitik

Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5bahanterdiri dari simen :Pasir: serpihan batu granit bersaiz 3-6mm lubang ayakan. Lepaan dibuat dalam dua lapisan dengan jumlah ketebalan 10mmdanpermukaannya diratakan menggunakan kayu pemaras. Setelah lapisan mula mengeras, maka permukaannya hendaklah diberus perlahan-lahan untuk menghasilkan kemasan gerutu.

10.Kemasan Barium

Menggunakan nisbah bancuhan 1:1:3 untuk pelepaan permukaan dalam dinding,terdiri daripada simen,barites(barium sulfat) yang halus dan pasir barites mengikut sukatan isipadu.Tujuan ini adalah untuk menghalang radiasi contohnya untuk lepaan bahagian dalam bilik x-ray.

11.Kemasan Pebble-dash atau drydash

Merupakan jenis lepaan kasar yang menampakkan batu-batu kerikil atau serpihan batu berukuran 10 20mm, dilempar atau ditampal pada permukaan yang dilepa sementara lapisan lepaan tersebut belum mengeras. Lapisan pertama menggunakan bancuhan 1 : 4 dengan campuran water prooferdannisbah bancuhan lapisan kedua adalah 1 : 1 : 5 dibuat setebal 12mm.

12.Kemasan Depeter

Merupakan satu bentuk kemasan rough cast.Lapisan lepaan dibuat setebal 12mm bancuhan 1:3 dan semasa lepaan masih lembab,batu-batu kelikir atau batu keras ditekan kepada permukaan lepaan dengan tangan.Kemasan ini boleh menunjukkan corak yang cantik dan rekaan seni pada permukaan lepaan dengan memilih bahan-bahan yang berlainan warna.

JENIS-JENIS MORTAR YANG BERMUTU TINGGI DALAM MELAKSANAKAN KERJA-KERJA KEMASAN

Jenis-jenis mortar yang biasa digunakan :

1.Mortar Simen

Mortar simen dihasilkan dengan mambancuh simen dan pasir dalam nisbah yang tertentu mengikut kegunaannya. Mortar simen adalah lebih kuat daripada mortar kapur, oleh sebab itu mortar ini banyak digunakan untuk pembinaan tiang, tembok yang mananggung beban dan juga tembok yang di bawah aras tanah. Nisbah 1:3 dan 1:6 adalah bancuhan yang biasa digunakan untuk mengikat bata dan melepa. Bancuhan yang pekat sangat tidak mendatangkan faedah atau kelebihan, dan mortar ini tidak sesuai untuk mengikat bata biasa. Adalah diingatkan bahawa kekuatan mortar itu mestilah seimbang dengan kekuatan bata untuk menghasilkan binaan yang kukuh. Hasil campuran antara simen dan pasir dengan kadar 1:3 atau 1:4. Kadar ca,puran ini boleh diubah mengikut jenis kerjayamh dikehendaki. Mortar simen hendaklah dibancuh berpadan dengan kerja yang hendak dibuat supaya tidak berlebih dan membazir kerana mortar yang keras tidak sesuai digunakan lagi.Simen dan pasir hendaklah digaul dalam keadaan kering, kemudian air ditiangkan perlahan-lahan dan digaul sehingga sebati. Banyak air diagak dengan melihat mortar iaitu tidak terlalu cair dan tidak terlalu keras.

2.Mortar Kapur

Mortar kapur terdiri daripada bancuhan kapur dengan pasir dan air mengikut nisbah yang tertentu. Mortar jenis ini merupakan bahan binaan yang penting pada masa dahulu untuk menyambung batu bata. Terdapat beberapa jenis mortar kapur yang digunakan dalan pembinaan. Antaranya ialah mortar kapur bukan hidrolik dan mortar kapur hidraulik yang biasa digunakan. Apabila batu kapur , gaumpalan kapur atau kapur tohor (quick lime) hendaklah digunakan untuk membuat mortar ia mestilah direndam didalam air sebelum digunakan supaya menjadi seperti susu pekat. Kapur yang cair ini dacampurkan terus dengan pasir bagi menghasilkan mortar. Adalah menjadi masalah untuk menyukat kandungan kapur yang akan digunakan, biasanya ia dilihat pada warna mortar tersebut. Mortar ini dibiarkan selama 7 hari-10 hari sebelum digunakan.

3.Mortar Kompo

Mortar compo adalah campuran simen, kapur dan pasir dengan nisbah bancuhan 1 bahagian simen, 1 bahagian kapur dan 6 bahagian pasir (1:1:6), atau 1 bahagian simen, 2 bahagian kapur dan 9 bahagian pasir (1:2:9), nisbah campuran ini boleh diubahkan mengikut kekuatan atau jenis kerja yang dikehendaki. Mortar ini dudah digunakan semasa melepa datau diratakan berbanding dengan hanya mortar simen sahaja. Ia juga cepat keras. Mortar kompo atau simen kapur dihasilkan dengan membancuh pasir kapur dan simen. Kapur bukan hidraulik dibancuh dengan pasir mengikut nisbah dikehendaki dan kemudian dicampurkan dengan simen sebelum mortar ini digunakan. Nisbah bancuhan mortar ini ialah 1:2-3:6-9 (simen:kapur:pasir). Kekuatannya.Mortar kompo paling sesuai digunakan untuk mengikat batu dan pembinaan tembok yang tebal di mana mortar biasa mungkin mengalami keretakan akibat pengecutan yang berlebihan.

4.Mortar Warna

Mortar warna boleh dibuat dengan cara mencampurkan bahan pewarna (pigment) kepada mortar simen. Bahan pewarna boleh didapati dalam bentuk tepung yang kering dan terdapat dalam berbagai-bagai warna. Pemilihan warna ini adalah bergantung pada tempat yang hendak digunakan. Contohnya warna yang terang untuk mendapatkan suasana yang cerah.

5.Mortar Kalis Air

Mortar kalis air ini ialah dari mortar jenis biasa juga tetapi ia dicampurkan dengan bahan-bahan kalis air yang mana dijual dalam keadaan tepung, keping dan cair. Tujuannya ialah untuk memenuhi lubang-lubang halus pada mortar bagi mengelakkan air meresap masuk kedalam dinding bangunan. Bahan kalis air sesuai juga digunakan dengan disapukan terus pada dinding.Mortar kalis air terdiri daripada beberapa jenis bahan kimia yang dinamakan pengalis air. Kegunaan bahan pengalis air ini ialah untuk dibancuh dengan mortar simen supaya ia menjadi kalis air. Kebanyakan bahan ini seperti cementone dan sika Cuma sesuai digunakan bersama dengan mortar simen.Pengalis air ini dihasilkan berupa cecair, serbuk dan adunan dengan tujuan mengisikan lompang-lompang yang berkalis air supaya mortar tidak diresapi air.

Kadar campuran bahan kalis air :

Keadaan tepungKadar campuran yang sesuai ialah 1 bahagian simen dan 2 @ 4 bahagian pasir bercampur dengan 2% hingga 5% bahan kalis air.

Keadaan keping:

Kadarnya ialah 1 bahagian kepingan bahan kalis air, 10 bahagian air dikacau sehingga sebati yang mana simen dan pasir dicampur dalam keadaan kering sebelum larutan tadi dicampur dan digaulkan

Keadaan cecair:

Kadar campuran yang biasa 1 litre bahan kalis air kepada setiap 15 litre air. Simen dan pasir dicampur dalam keadaan kering. Dicampur dengan larutan tadi dan digaulkan sehingga sebati dan sesuai digunakan.

6.Mortar Tahan Api

Digunakan untuk mengikat bata dalam relau pembakar bata,tempat dapur,relau simen,dandang(boiler) dan binaan memerlukan haba tinggi.Ia menggunakan satu bahagian simen alumina dan serbuk halus bata tahan api.

PENUTUP/KESIMPULAN/HASIL KAJIAN

Sebagai penutupnya,alhamdullilah akhirnya saya dapat menyiapkan tugasan kerja yang telah diberikan ini.Hasil kajian dan pembelajaran di akhir tugasan ini adalah saya dapat mengenal dan mengetahui definisi sebenar kerja-kerja melepa beserta komponen-komponen yang terdapat pada struktur bangunan.Selain itu juga,saya juga dapat menghuraikan dan mengenalpasti kegunaan peralatan,bahan.dan mesin dalam kerja-kerja melepa ..Seterusnya,melalui hasil yang telah dikaji dan dipelajari ini saya juga dapat mengetahui dan memahami jenis-jenis dan sifat-sifat mortar yang baik .Saya juga dapat mengenal dan mempelajari jenis-jenis kemasan dinding dan juga lantai .Jelaslah melepa dalam bangunan sangat penting tidak kira dalam pelbagai aspek kerana struktur lah yang dapat menstabilkan dan menjadikan sesuatu asas bangunan dari peringkat bawah tanah sehinggalah ke super-struktur menarik dan fleksibel.Bahan yang digunakan dalam sesebuah bangunan haruslah bersesuaian mengikut piawaian yang telah ditetapkan.Melepa memainkan peranan yang penting selepas kerja menerap bata dilakukan.Tanpa melepa,sesebuah struktur bangunan tidak lengkap dan tidak kukuh dari segi luarannya dan tambahan pula permukaan menjadi tidak menarik. .

RUJUKAN

1.Building Construction 2 Notes-Encik Shuhada Bin Yahya,2014

2.Bahan Binaan,Tan Boon Tong,Dewan Bahasa Dan Pustaka 2005

3.Teknologi Binaan,Tan Boon Tong,Dewan Bahasa Dan Pustaka 2001

4,Kerja Bangunan,Azizan Mohd Nor,1998

5.Modul Bangunan serta Kemahiran Teknikal,2010

6.Google Search : Alat-alat Melepa Bahan-bahan Melepa Mesin yang digunakan dalam kerja melepa Kerja melepa Jenis-jenis mortar Sifat-sifat mortar Kemasan Dinding dan Lantai Images for plastering