prinsip pengajaran pemulihan dan penggayaan untuk sekolah rendah

13
PRINSIP PENGAJARAN PEMULIHAN DAN PENGGAYAAN UNTUK SEKOLAH RENDAH PRINSIP PENGAJARAN PEMULIHAN DAN PENGGAYAAN DALAM BAHASA MELAYU UNTUK SEKOLAH RENDAH ABSTRAK Kertas kerja ini akan membincankan tentan !rinsi! !enajaran!em"#i$an %an !ena&aan %a#am 'a$asa Me#a&" %i Sek(#a$ Ren%a$) Masa#a$ !em"#i$an menja%i taj"k "tama %i %a%a ak$bar sebaik sa$aja ke!"t"san !e!eriksaan Ujian Pe Sek(#a$ Ren%a$ * UPSR + %i"m"mkan !a%a setia! ta$"n) Masa#a$ !em"#i$an berter"san a!abi#a m"ri%,m"ri% &an ti%ak men"asai kema$iran asas -M * Membaca. men"#is %an menira + ini me#anka$ mas"k ke Ke#as Pera#i$an ata" Tinkatan sat" sek(#a$ menena$) Pe#baai /akt(r &an men&ebabkan !e#ajar,!e#ajar ini ter"s ketina#an %an ti%ak %a!at menik"ti !r(ses !enajaran %an !embe#ajaran 'a$asa Me#a&" %enan baik %i Sek(#a$ Ren%a$ ) Masa#a$ ini ak$irn&a t"r"t men"n%an eja neati/ %an masa#a$ %isi!#in &an #ain) O#e$ it" baaimanaka$ masa#a$ !em"#i$an % sek(#a$ ren%a$ k$"s"sn&a %a#am ba$asa me#a&" ini %a!at %iatasi 0 A!aka$ tin%akan &an !er#" %iambi# (#e$ "r","r" # &an ber$a%a!an %enan !e#ajar,!e#ajar !em"#i ini 0 1)0 PENDAHULUAN Is" menenai masa#a$ !em"#i$an ini serinka#i timb"# setia! ka#i ke!"t" Penca!aian Sek(#a$ Ren%a$ *UPSR+ %ike#"arkan) Masa#a$ "tama &an %i$a%a!i (#e$ !e#ajar ia#a$ %ari sei 'a$asa Me#a&" %an Matematik) Menik"t ken&ataan Timba#an Menteri Pe#ajaran Dat"k N($ Omar !a%a ta$"n 2334 seramai 123.333 !e#ajar Sek(#a$ Ren%a$ ata" 2)2 !erat"s %ari!a%a j"m#a$ kese#"r"$an !e#ajar sek(#a$ ta$"n 2334 ti men"asai 2M iait" ti%ak ta$" membaca %an men"#is) 52.333 %ari!a%an&a ata" 3)6 !erat"s !"#a mer"!akan !e#ajar Sek(#a$ Menena$) Ket"a Penara$ Pen%i%ikan *Pe#ajaran+ t"r"t meman%an seri"s masa#a$ -M ini kerana masa %e!an m"ri% terbabit akan terjejas %an m"%a$ terjebak %enan !e#baai akti7iti ti%ak berm(ra#. seka#i "s t"r"t men&ebabkan remaja terbabit ter#ibat %e eja#a s(sia#) Kementerian Pe#ajaran j"a men&atakan &an akan memas"kkan m"ri% &an men%a!at re% D %an E %a#am UPSR ta$"n 2334 ke ke#as Pem"#i$an sebaik sa$aja !e#ajar terseb"t men%a/tar memas"ki ke tinkatan sat" !a%a Jan"ari 2338) 'erik"tan it" kementerian !e#ajaran t"r"t mem!erkena#kan Ke#as Inter7ensi A9 2M iait" mena%akan sat" "jian k$"s"s "nt"k kanak,kanak ta$"n sat" bai meneta$" ta$a! keb(#e$an membaca %an men"#is) Keratan ak$bar men&atakan ke#ema$an %a#am 'a$asa Me#a&". ter"taman&a kema$iran men&am!aikan i%ea mener"si !en"#isan akan

Upload: nurshaidatulafina

Post on 04-Oct-2015

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PRINSIP PENGAJARAN PEMULIHAN DAN PENGGAYAAN UNTUK SEKOLAH RENDAH

PRINSIP PENGAJARAN PEMULIHAN DAN PENGGAYAAN

DALAMBAHASA MELAYU UNTUK SEKOLAH RENDAH

ABSTRAK

Kertas kerja ini akan membincangkan tentang prinsip pengajaran pemulihan dan penggayaan dalam Bahasa Melayu di Sekolah Rendah. Masalah pemulihan menjadi tajuk utama di dada akhbar sebaik sahaja keputusan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah( UPSR ) diumumkan pada setiap tahun. Masalah pemulihan ini berterusan apabila murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M ( Membaca, menulis dan mengira )ini melangkah masuk ke Kelas Peralihan atau Tingkatan satu di sekolah menengah. Pelbagai faktor yang menyebabkan pelajar-pelajar ini terus ketinggalan dan tidak dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan baik di Sekolah Rendah . Masalah ini akhirnya turut mengundang gejala negatif dan masalah disiplin yang lain. Oleh itu bagaimanakah masalah pemulihan di sekolah rendah khususnya dalam bahasa melayuini dapat diatasi ? Apakah tindakan yang perlu diambil oleh guru-guru l yang berhadapan dengan pelajar-pelajar pemulihan ini ?1.0 PENDAHULUANIsu mengenai masalah pemulihan ini seringkali timbul setiap kali keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dikeluarkan. Masalah utama yang dihadapi oleh pelajar ialah dari segi Bahasa Melayu dan Matematik. Mengikut kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar pada tahun 2005 seramai 120,000 pelajar Sekolah Rendah atau 2.2 peratus daripada jumlah keseluruhan pelajar sekolah tahun 2005 tidak menguasai 2M iaitu tidak tahu membaca dan menulis. 42,000 daripadanya atau 0.8 peratus pula merupakan pelajar Sekolah Menengah.Ketua Pengarah Pendidikan (Pelajaran) turut memandang serius masalah 3M ini kerana masa depan murid terbabit akan terjejas dan mudah terjebak dengan pelbagai aktiviti tidak bermoral, sekali gus turut menyebabkan remaja terbabit terlibat dengan gejala sosial. Kementerian Pelajaran juga menyatakan yang akan memasukkan murid yang mendapat gred D dan E dalam UPSR tahun 2005 ke kelas Pemulihan sebaik sahaja pelajar tersebut mendaftar memasuki ke tingkatan satu pada Januari 2006.Berikutan itu kementerian pelajaran turut memperkenalkan Kelas Intervensi Awal 2M iaitu mengadakan satu ujian khusus untuk kanak-kanak tahun satu bagi mengetahui tahap kebolehan membaca dan menulis. Keratan akhbar menyatakan kelemahan dalam Bahasa Melayu, terutamanya kemahiran menyampaikan idea menerusi penulisan akan menjejaskan peluang pelajar tersebut untuk menjawab kertas lain pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Walaupun pelbagai usaha telah dijalankan oleh Kementerian Pelajaran, namun masalah ini masih wujud. Terdapat banyak punca yang menyebabkan pelajar ini tidak menguasai 3M di sekolah rendah. Masalah ini berterusan apabila pelajar melangkah masuk ke sekolah menengah.Selain daripada itu masalah juga timbul apabila guru yang mengajar mengatakan seseorang pelajar itu sebagai bermasalah, bodoh dan sebagainya. Akibatnya pelajar pemulihan ini terus ketinggalan. Ada juga guru yang mengatakan itu bukan kerja mereka. Ramai diantara guru seperti ini beranggapan bahawa tugas pemulihan hanya perlu dilakukan oleh guru khas pemulihan sahaja. Namun pihak pentadbir juga mengambil pelbagai usaha bagi membantu pelajar yang bermasalah ini.Oleh itu pendidikan pemulihan ini sangat penting selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara untuk melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta sekurang-kurangnya menguasai kemhairan 3M atau kemahiran asas berkomunikasi akan tercapai bagi mengatasi masalah-masalah ini.Sehubungan itu, rasionalnyaPendidikan Pemulihan di Malaysia ialah ingin mencapai objektif atau sasaran kerja utama (SKU ) Kementerian Pendidikan Malaysia (1995 ) agar tiada pelajar buta huruf dalam Sistem Pendidikan Negaramenjelang tahun 2000.Namun begitu, objektif tersebut tidak tercapai kerana masih terdapat pelajar yang keciciran terutama di sekolah rendah yang tidak boleh membaca dan menulis.2.0DEFINISI KONSEP2.1PemulihanProgram Pemulihan Khas ialah satu usaha mengatasi masalah murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira.Program Pemulihan Khas disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai dalam tempoh masa yang ditetapkan.Pemulihan adalah langkah-langkah khas untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Ia dilakukan dalam suatu jangka masa dan memerlukan teknik atau kaedah yang tersendiri bergantung kepada jenis masalah yang mereka hadapi.Menurut Jamilah (1999), berdasarkan kepada Kementerian Pendidikan (Pelajaran)masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid-murid yang lambat belajar dikategorikan kepada masalah pembelajaran ringan dan masalah pembelajaran yang berat. Murid-murid yang lambat menguasai kemahiran bahasa berbanding rakan sebaya yang lain merupakan murid yang bermasalah pembelajaran ringan. Manakala masalah pembelajaran berat merujuk kepada pelajar yang tidak dapat menguasai kemahiran asas membaca , menulis dan mengira.Kerajaan telah mengambil perhatian kepada masalah pemulihansejak awal lagi melalui Laporan Jawatankuasa Kabinet yang telah mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran.Terdapat beberapa perubahan yang dibuat ke atas Dasar pendidikan negara bagi memastikan sistem pendidikan berjalan lancar. Di bawah laporan ini penekanan diberikan kepada pendidikan asas 3M (membaca, menulis dan mengira) .(Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman ,2003).Buku Panduan KBSR 1982 mendefinisikan pemulihan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran yang khusus untuk murid-murid yang menghadapi masalah atau kesukaran belajar dalam menguasai satu-satu kemahiran membaca, menulis dan mengira. Pengajaran pemulihan merupakan aktiviti aktiviti yang dijalankan apabila mendapati seseorang murid itu gagal mempelajari sesuatu kemahiran selepas mengikuti aktiviti pembelajaran dalam program biasamaka disini program pemulihan ini adalah bertujuan sebagai menolong seseorang murid itu untuk menguasai kemahiran berkenaan.Berdasarkan definsi-definisi diatas dapatlah disimpulkan pendidikan pemulihan adalah sasaran kepada mana mana pelajar yang tidak menguasai kemahiran asas 3M tidak kira had umur mereka. Oleh itu, program pemulihan dan penggayaan dalam Bahasa Melayu dilaksanakan di Sekolah Rendah dan juga Sekolah Menengah yangmempunyai pelajar yang buta huruf.2.2PenggayaanPenggayaan ialah suatu konsep di mana seseorang guru akan menggunakan daya kreativiti membina bahan yang lebih mencabar kepada pelajar yang mempunyai darjah kecerdasan yang agak lebih daripada pelajar yang lain.Dalam konteks ini, pemilihan sumber atau aktiviti yang mencabar akan mendorong pelajar yang mempunyai keupayaan lebih baik daripada yang lain.Ia boleh dilaksanakan secara bersendirian atau kumpulan. Aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar bagi memberi peluang murid mengembangkan sifat dan potensiingin tahu, berdikari, berdaya cipta, dan bakat pemimpin Disediakan untuk semua murid selepas selesai menguasai sesuatu kemahiran asas3.0PRINSIP PENGAJARAN PEMULIHAN Guru mengajar berdasarkan kelompok dan tahap kemajuan murid. Guru mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, teratur, serta terancang. Guru mewujudkan hubungan mesra antara murid dengan murid di dalam bilik darjah.3.1 Prinsip Pendidikan Pemulihana.Mewujudkan hubungan mesra antara gurudengan murid.b.Mewujudkan hubungan mesra antara murid-murid dengan murid.c.Perhatian secara individud.Melibatkan mereka dalam aktiviti kelase.Mengkaji latar belakang murid-murid.f.Menunjukkan penghargaan terhadapsesuatu kejayaan yang dicapai olehkanak-kanak tersebut.g.Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, teratur serta terancang.h.Gunakan banyak latih tubi dan tunjuk cara3.2 Prinsip Pengajaran Pemulihan Yang Melibatkan Deria Rasa, Penglihatan, danPendengaran.a.Mendengar dan melatih tubi sesuatu huruf atau perkataan.b.Meneliti dan menganggar panjang pendek sesuatu perkataan sambilmenyebutnya.c.Menggunakan bahan maujud supayamereka berpeluang merasa atau menelitisendiri sesuatu bentuk.d.Menekap atau menyurih huruf atauperkataan sambil menyebutnya.e.Latihan yang direka secara terancang serta mempunyai daya unsur maju agarpelajar dapat meneliti serta memahaminya dengan lebih jelas.4.0PRINSIP PENGAJARAN PENGGAYAANMenggunakan kemahiran dari kelas biasa bagi memperluas pengalaman dan pengetahuan Melakukan aktiviti pembelajaran yang menarik Menggunakan masa lapang bagi memperkembang minat dan bakat Menyemai sifat berdikari dan minat belajar4.1 Prinsip Menjalankan Aktiviti Pengayaana.Lebih bercorak belajar sendiri sertamempunyai arahan yang jelasb.Menarik, mencabar, serta sejajar dengan kebolehan, minat, dan bakat murid.c.Berbentuk projekd.Ada kaitan dengan kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid.4.2 Teknik-Teknik Aktiviti Pengayaana.Bacaan tambahanb.Kerja projekc.Permainan dan rekreasid.Melukis atau mewarnae.Membuat padananf.Kerja rumah (latihan tambahan)g.Modul pembelajaran kendiri5.0KAEDAH KAEDAH PRINSIP PENGAJARAN PEMULIHAN DAN PENGGAYAAN YANG DIGUNAKAN

Beberapa prinsip perlu dipatuhi semasa merancang dan melaksanakan program pemulihan untuk mendapatkan hasil yang berkesan. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut:

5.1Menentukan objektif pengajaran pemulihan.

Guru harus pasti dengan objektif yang hendak dicapai semasa pengajaran pemulihan dijalankan :

(a)untuk membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran,

(b)untuk membimbing murid mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menghalang pembelajaran, dan

(c)untuk mewujudkan keyakinan din di kalangan murid. Guru juga harus memastikan aktiviti pengajarannya melibatkan deria rasa, penglihatan, pendengaran dan pertuturan.

5. 2 Menyusun strategi pengajaran pemulihan.

(a)Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan.(b)Mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid.(c)Mengenal pasti punca-punca yang menjadikan muridmurid itu bermasalah dalam pembelajaran.(d)Menjalinkan hubungan mesra di antara guru dengan murid dan murid dengan rakan sebayanya. Ini dapat dilakukan dengan cara seperti berikut;(i)memberi perhatian secara individu,

(ii)melibatkan murid secara kelas atau secara berkumpulan,

(iii)mengkaji latar belakang murid dan mencari punca masalahnya,

(iv)menunjukkan penghargaan terhadap sesuatu kejayaan yang dicapai oleh murid,

(v)mewujudkan situasi yang membolehkan murid itu mendapatkan

pelajarannya.

5.3Merancang dan menyusun aktiviti pengajaran pemulihan.

(a)Pemilihan dan aktiviti hendaklah berdasarkan kebolehan murid.

(b)Aktiviti hendaklah menekankan penggunaan bahan pelbagai bentuk untuk membolehkan murid menggunakan semua derianya.

(c)Makiumat hasil kerja daripada aktiviti hendaklah disampaikan seberapa segera yang boleh.

5.4 Memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai.

Ada banyak pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan untuk melaksanakan aktiviti pemulihan. Antaranya:(a)Pendekatan Deduktif

Dalam pendekatan ini, sesuatu pembelajaran dimulakan dengan mempelajari peraturan-peraturan tertentu dan kemudian menganalisis hukum atau peraturan-peraturan itu melalui contoh-contoh dan seterusnya mengaplikasi peraturan yang diberi. Contohnya, guru perlu mengajar aturan abjad terlebih dahulu sebelum mengajar murid mengeja suku kata dan perkataan, kemudian mengaplikasi aturan abjad dengan membina perkataan sebagai contoh.

(b)Pendekatan Induktif

Dalam pendekatan ini guru mengajar secara tidak langsung iaitu murid digalakkan mencari, meneliti dan mempelajari sendiri sesuatu hukum atau peraturan. Guru banyak memberi contoh sebagai panduan untuk muridmemahami sesuatu hukum. Contohnya, guru akan memulakan pelajaran dengan satu perkataan bermakna berdasarkan gambar. Murid diminta menamakan gambar dan mengeja perkataan tersebut. Guru boleh memberikan beberapa contoh sebagai panduan untuk murid memahami konsep yang sedang diajar.

(c)Pendekatan Eklektik

Pendekatan ini diwujudkan hash daripada gabungan beberapa pendekatan. Biasanyamenggabungkan ciri-ciri yang baik daripada pendekatan deduktif dan pendekatan induktif. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan lebih seimbang, berfaedah dan berkesan kepada murid kumpulan sasar.(d)Kaedah Komunikatif

Dalam kaedah ini pelajar berpeluang berinteraksi di antara satu dengan lain sama ada secara individu mahupun berkumpulan. Pelajar-pelajar dibahagikan ke dalam kumpulan-kumpulan kecil. Biasanya dengan cara ini, pelajar akan berasa lebih selesa bercakap atau berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka. Mereka mendapat lebih banyak peluang belajar sendiri walaupun tanpa bimbingan guru. Melalul aktiviti dan tugasan yang disediakan, pelajar mendapat peluang bertukar-tukar pendapat serta berpeluang menggunakan bahasa mereka sendiri dan menyelesaikan tugasan mengikut tahap kemampuan mereka.(e)Pendekatan Main Sambil Belajar

Murid-murid yang lemah lebih suka bermain daripada belajar. Guru boleh menggunakan kaedah bermain sambil belajar secara berkesan untuk membantu respons murid terhadap situasi pembelajaran. Main merupakan satu ciri yang boleh mempertingkatkan kebolehan empati, menambahkan kepekaan murid terhadap proses interaksi dan menggalakkan keupayaan untuk menganalisis secara objektif. Untuk menggunakan pendekatan ini, guru perlu menyediakan murid dalam situasi yang boleh memberi motivasi. Contohnya mengadakan permainan selepas murid menguasai sesuatu kemahiran asas.

Permainan yang dicadangkan seharusnya menimbulkan unsur-unsur penyelesaikan masalah. Murid berpeluang menggunakan beberapa cara untuk mewujudkan kebolehan menyelesaikan masalah. Cara ini memberi peluang kepada murid menentukan keperluannya untuk mempertingkatkan kefahaman konsep dan memperbaiki kemahiran dalam mengaplikasikan konsep.

(f)Teknik Bercerita

Satu teknik yang dapat menarik perhatian murid-murid terhadap pelajaran yang hendak disampaikan. Murid dapat belajar dalam suasana yang seronok. Melalui teknik bercerita guru dapat meningkatkan kemahiran mendengar dan daya kreativiti murid. Untuk menyampaikan cerita dengan lebih menarik, guru boleh menggunakan beneka. Semasa bercerita guru harus menggunakan suara, gerak badan dan mimik muka yang sesuai dengan cerita. Pada akhir cerita, akilviti susulan boleh dilakukan, misalnya melalui soalan-soalan yang diajukan kepada murid-murid.

(g)Teknik Latih Tubi

Teknik mi sesual digunakan dalam pengajaran lisan sebagai latih tubi komunikatif. Contohnya, guru menyebut perkataan dan meminta murid mengulanginya beberapa kali sehingga murid dapat menguasainya dengan balk. Ataupun guru boleh menyediakan rajah tukar ganti dan memandu murid-murid menyebutnya secar berulangulang.

(h)Teknik Bersoal Jawabdan lain-lain.

5.5 Memilih dan menggunakan bahan yang sesuai

Semasa memilih bahan pengajaran pembelajaran, aspek-aspek pendengaran, penglihatan dan psikomotor perlu diambil kira.

5.6 Menjalankan aktivti pengukuhan

Aktiviti pengukuhan dijalankan selepas murid menguasai kemahiran bahasa yang hendak diatasi. Aktiviti ini merupakan latihan yang ditambah untuk memberi peluang murid membiasakan diri dengan kemahiran tersebut supaya mereka benar-benar faham dan dapat meyakinkan diri untuk menguasainya.

5.7 Membuat penilaian dan tindakan susulan

Penilaian boleh dibuat semasa aktiviti dijalankan dan juga pada akhir pembelajaran untuk mengukur pencapaian dan kebolehan murid menguasal kemahiran yang diatasi.

Tindakan susulan dilakukan selepas mendapat keputusan atau hash penilalan. Berdasarkan makiumat tersebut, guru boleh menentukan kedudukan murid sama ada dimasukkan ke dalam kelas normal atau diulang pemulihan ataupun jika masalah tidak dapat di atasi, murid itu dirujuk kepada pakar tertentu.

Sebelum guru melaksanakan kelas pemulihan, guru haruslah memahami dengan mendalam prinsip-prinsip program pemulihan agar aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan nanti dapat mencapal objektifnya. Guru juga perlu menguasal beberapa kaedah pengajaran sebelurn merancang aktiviti.

6.0PENILAIAN DALAM PELAKSANAAN PRINSIP PENGAJARANPEMULIHAN DAN PENGGAYAANDalam menilai aktiviti Program Pemulihan Bahasa Melayu Sekolah Rendah beberapa pendekatan boleh diakukan antaranya ialah :6.1 .Penyediaan BilikKhasBagi melaksanakan aktiviti pemulihan, sekolah perlu ada sebuah bulk khas. Sekiranya tiada bulk khusus untuk pemulihan, guru boleh mewujudkan sebuah bulk khas untuk menjalankan aktiviti pemulihan. Contohnya, jika terdapat bulk stor yang tidak digunakan, bilik ini bolehlah dibersihkan dan disusun atur dengan kemas menjadi sebuah bulk pemulihan. Lengkapkan bilik mi dengan perabot yang perlu seperti kerusi dan meja, papan tulis, papan kenyataan/papan pamer, almari untuk menyimpan buku dan peralatan.Bilik ini juga seelok-eloknya dihiasi dengan kain langsir dan alas meja herwarna cerah disertai dengan sejambangan bunga kecil di atas meja guru.Susun meja dan kerusi murid supaya sesuai untuk pengajaran secara kumpulan kecil dan individu.Pastikan ada ruang yang cukup untuk laluan dan tidak menghalang pergerakan. Peralatan yang disebut di atas tidak semestinya dibeli oleh pihak sekolah, sebaliknya pihak pentadbir sekolah boleh mendapatkannya melalul sumbangan daripada PIBG, guru-guru, murid-murid mahupun masyarakat setempat.6.2Program Celik HurufAktiviti asas ke arah pemulihan ini ialah mengadakan program celik huruf. Melalui program celik huruf setiap guru diberikan seorang anak angkat yang terdiri daripada murid pemulihan. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap prestasi dan peningkatan pencapaian anak angkatnya. Guru juga bertindak sebagai kaunselor bagi murid berkenaan. Perjumpaan guru dengan anak angkatnya ditetapkan selama 30 minit setiap hari pada waktu yang dipilih seperti waktu rehat ataupun waktu makan tengah hari.Dalam perjumpaan ini guru boleh mengenal pasti masalah murid dengan cara berbual atau berbincang dan sama-sama mencari jalan menyelesaikan masalah itu. Selain daripada itu, waktu ini juga boleh digunakan untuk membimbing murid itu membaca atau lain-lain aktiviti kemahiran asas. Setiap perjumpaan haruslah direkodkan untuk mengkaji perkembangan murid tersebut.6.3Program Bacalah SayangPihak sekolah boleh melantik satu jawatankuasa khas untuk merancang dan mengendalikan program ini. Jawatankuasa program mi mewujudkan satu sudut bacaan umum untuk murid pemulihan.Petikan mudah ditulis dan murid-murid pemulihan dikehendaki menyalinnya dalam sebuah buku khas. Guru pemulihan dan guru mata pelajaran akan menyemak dan membaca petikan tersebut pada setiap minggu. Bahan bacaan tambahan seperti buku cerita yang ringkas dan menarik disediakan dengan kerjasama perpustakaan sekolah. Buku cerita mi dipenggalkan perkataan-perkataannya dengan menggunakan warna. Buku-buku mi disimpan di perpustakaan dan digunakan semasa aktiviti di dalam bilik darjah.6.4Kelas Khas Pendidikan PemulihanMatlamat kelas khas pemulihan ialah membolehkan murid menguasai 32 kemahiran asas dalam bahasa Melayu. Sebaik-baiknya kelas mi hendaklah dikendalikan oleh guru yang dilatih khas dalam bidang pendidikan pemulihan. Sekiranya terlalu ramai murid yang perlu dipulihkan, pihak sekolah bolehlah menetapkan hanya beberapa kelas seperti murid Tahun Dua dan Tiga sahaja diberikan pemulihan terlebih dahulu.Sebelum aktiviti kelas khas bermula, guru boleh menjalankan ujian saringan dan diagnostik kepada murid yang dicalonkan oleh guru kelas dan guru mata pelajaran masingmasing. Ujian mi dijalankan pada bulan Disember dan aktiviti pengajaran pembelajaran bermula pada bulan Januari tahun berikutnya. Bagi setiap sesi pemulihan, bilangan murid yang ditetapkan ialah seramai 7 hingga10 orang.Peruntukan waktu untuk kelas mi adalah sebanyak 20 jam seminggu termasuk dua jam seminggu untuk sesi panduan dan bimbingan kaunseling bertujuan untuk memotivasikan murid pemulihan. Peningkatan murid dinilai dan semasa ke semasa melalui borang prestasi murid yang ditailkan bersama makiumat peribadi murid. Bagi memberikan galakan kepada murid, carta prestasi dipamerkan supaya murid menyedari tahap pencapalan mereka. Bagi setiap kemahiran yang telah berjaya dikuasai oleh murid akan diberi ganjaran. Murid yang berjaya pada tahap cemerlang eloklah diberi hadiah tahunan pada majils penyampaian hadiah. Murid yang meningkat prestasinya, walaupun belum mencapai tahap cemerlang juga diberi hadiah sebagai ganjaran.Kelas pemulihan khas hendaklah dilengkapi dengan pelbagai keperluan pembelajaran seperti kerusi meja, alat tulis, barang permainan dan keceriaan kelas untuk menarik minat murid pemulihan. Papan-papan pamer juga perlu digantung pada dinding kelas untuk mempamerkan makiumat tentang latar belakang murid, prestasi kemahiran, prestasi sikap dan sosial serta prestasi akademik. Hasil kerja murid yang baik dan boleh dijadikan contoh juga eloklah dipamerkan sebagai bahan motivasi kepada murid lain.Pastikan juga kelas mendapat udara yang segar dan terhindar daripada bunyi bising dan juga bau yang kurang menyenangkan. Elakkan daripada meletak kelas mi di hujung bangunan sekolah atau di bawah tangga. Murid pemulihan juga perlu mendapat layanan yang sama seperti murid normal yang lain.7.0CADANGANMasalah pemulihan bahasa melayu ini perlu diatasi segera bagi membolehkan pelajar tidak ketinggalan dan berjaya dalam peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Rendah . Antara cadangan yang diharap dapat membantu pelajar ini ialah: Kementerian Pelajaran perlu mewujudkan perjawatan Guru Pemulihan Khas di sekolah rendah yang benar-benar mempunyai ramai pelajar pemulihan. Pihak pentadbir perlu memastikan guru-guru yang mengajar bersikap bertanggungjawab bagi membantu memulihkan pelajar pemulihan. Perlunya peruntukkan bagi kelas pemulihan untuk membeli bahan bantu mengajar agar pengajaran lebih berkesan. Menyeragamkan ujian diagnostik bagi mengenal pasti pelajar pemulihan yang melangkah masuk ke sekolah rendah dan menengah. Kementerian pelajaran perlu meganjurkan kursus kepada guru-guru yang tidak terlatih dalam bidang pemulihan.8.0KESIMPULANSecara kesuluruhannya didapati Pendidikan Pemulihan merupakan salah satu cara membantu pelajar yang gagal menguasai 3M. Kelas Pemulihan di sekolah rendah adalah sangat diperlukan bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk apabila pelajar dari sekolah rendah melangkah masuk ke sekolah menengah.Oleh itu, semua guru harus memikul tanggungjawab bagi membantu pelajar pemulihan. Guru perlu sentiasa mempelbagaikan kaeadah pengajaran dan pembelajaran bagi menarik minat pelajar. Aktiviti pemulihan yang dijalankan perlu menunjukkan perubahan positif dalam pencapaian Ini perlu kerana penguasaan kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira) adalah asas kepada penguasaan ilmu dan kemahiran yang lain.Tugas memulihkan pelajar memerlukan minat dan kesabaran seseorang guru bagi menjamin kejayaan seseorang pelajar selaras dengan falsafah pendidikan negara.Namun begitu kerjasama dan khidmat sokongan semua pihak termasuk ibu bapa, guru-guru, pihak pentadbir dan juga kementerian adalah sangat diperlukan bagi masalah ini dapat diatasi secarabersama.BIBLIOGRAFIAbu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2003).Falsafah pendidikan dan Kurikulum,Tanjong Malim: Quantum Books.Chua Tee Tee & Ko Boh Boon (1992).Pendidikan Khas Dan Pemulihan Khas BacaanAsas., Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan PustakaEee Ah Meng (1998).Pedagogi 111 Pengujian dan penilaian,pemulihan. Shah Alam:Fajar Bakti.Jamilah Ahmad (1999).Panduan Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu. Shah Alam :Fajar Bakti.Mohd Salleh Lebar (1996).Perkembangan dan Haluan Kurikulum Pendidikan Malaysia.Kuala Lumpur:Berita Publishing Sdn Bhd.Mok Soon Sang (1994).Penilaian, Pemulihan dan Pengayaan dalam Pendidikan. KualaLumpur: Kumpulan Budiman Sdn BhdOlive C. Sampson (1975).Remedial Education. London and Boston: Routledge & KeganPaul.www.pdf+ Kajian Bahasa Melayu Di Sekolah Rendah