prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa...

24

Upload: letruc

Post on 26-Jul-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti
Page 2: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti
Page 3: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

Jilid 1, 2006 Januari – Mac

PrihatinPrihatinBERITA SPANCO

kandunganPERUTUSAN

4 Memanfaatkan Budi Bahasa di Jalan Raya

KORPORAT6 Statistik Kemalangan Fleet

2005: Jumlah Kemalangan Serius Meningkat

8 Berkenalan denganPeter Lim: Orang lamadi SPANCO

9 Standard Perkhidmatan: Pelanggan dijamin servis berkualiti

10 Kelebihan PengurusanFleet Profesional

12 e-Kerajaan dan SPANCO Fleet Online: Usaha Berterusan Tingkatkan Perkhidmatan

KESELAMATAN14 Asas Pengurusan Risiko

Untuk Pemilik Fleet

16 Statistik KemalanganKebangsaan: Jumlah Kenderaan Bertambah, Indeks Menurun

17 Ops Sikap X catat 226 kematian

18 Saman Polis Trafik:5 soalan sering ditanya

PENJAGAAN KERETA19 Sistem Stereng dan

Gantungan: Tip Penjagaan dan Mengenal pasti Masalah

KESIHATAN22 Adakah anda seorang

pemandu yang sihat?

10

14

17

12

PENAUNG

Dato’ Hamzah Mohd Salleh

SIDANG PENGARANG

Rozita Dawan

Mohd Wazir Ahmad Kassim

Rusman Bassri

Sharon Ng

PERUNDING PENERBITAN

Executive Mode Sdn Bhd (317453-P)

PENCETAK

Percetakan Lai Sdn. Bhd.

Sila alamatkan maklum balas,

komen dan sumbangan anda ke:

SIDANG REDAKSI

PRIHATIN-BERITA SPANCO

SPANCO Sdn Bhd (172957-U)

No. 2, Jalan Perusahaan 2

Kaw. Perusahaan Batu Caves

68100 Batu Caves, Selangor.

Tel : 03-6192 8909

Fax : 03-6192 8999

emel : [email protected]

Kami bersedia menerima sebarang bentuk

sumbangan karya untuk dipaparkan dalam

majalah PRIHATIN-Berita SPANCO.

Bahan penulisan hendaklah disertakan sekali

dengan nama, alamat dan nombor telefon

penulis. Sidang Redaksi berhak melakukan

penyuntingan sebelum karya diterbitkan.

Page 4: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

PERUTUSAN

4 PRIHATIN JILID 1 2006

PERUTUSAN

BUDI Bahasa Budaya Kita,begitulah kempen yang kinigiat dihidupkan semula oleh

pihak Kerajaan. Sememangnyabudi bahasa itu mencerminkanperadaban bangsa, maka wajarsekali kita menyambutnya denganbaik dan cuba melaksanakannyadalam segenap segi kehidupan kita.

Dalam menggunakan jalan rayamisalnya, kebanyakan pemandumengamalkan budaya yang ber-canggah dengan nilai murnimasyarakat kita. Sikap sukaberlumba-lumba, tidak bertimbangrasa, dan mementingkan diri sendirimerupakan faktor penyumbangkepada kemalangan.

Terdapat juga pemandu yangmematuhi peraturan lalu lintashanya apabila diawasi pihakberkuasa. Jika tidak ada polis,mereka bertindak sewenangnyaseperti melanggar lampu merah,tidak berhenti di persimpangandan memotong di garisan berkembar

tanpa sedikit pun rasa bersalah.Sekiranya budi bahasa diamalkan,pasti perkara seperti itu tidakberlaku dan jalan raya akan menjadilebih selamat untuk semua.

Di samping memanfaatkan budibahasa di jalan raya, kesedarankeselamatan di kalangan pemandujuga perlu dipertingkatkan bagimembendung kemalangan. Pe-nambahan jumlah kenderaan sabanhari menyebabkan lalu lintassemakin sesak dan seterusnyameningkatkan tekanan atau stressselain kejadian yang tak diingini.Kita semua perlu bijak me-nanganinya.

Aspek penyenggaraan turutperlu diutamakan oleh pemandu.Merekalah yang sebenarnya ber-peranan memastikan kenderaanyang dibawa dalam keadaansempurna, selamat dan tidakmembahayakan pengguna lain.Pemandu dan bukannya pusatservis SPANCO, bertanggungjawab

memastikan antaranya minyakhitam sentiasa diperiksa, tekananangin tayar mencukupi serta tahappenyenggaraan kenderaan secarakeseluruhan berada dalam keadaanterbaik sepanjang masa.

Dalam pada itu, laporan terkinimenunjukkan jumlah kemalanganserius dan teruk terus membelenggufleet Kerajaan Persekutuan. Puratakos pembaikan kemalangan me-nunjukkan angka yang sentiasabertambah, manakala jumlah samantertunggak terus meningkat darisetahun ke setahun. Andaboleh membacanya dengan lebihterperinci di muka surat 6 dan 7pada keluaran PRIHATIN kali ini.

Bagaimanapun kami mengakuibahawa kadar kemalangan jalanraya fleet SPANCO menurunseiring trend penurunan indekskemalangan Kebangsaan. Matlamatseterusnya ialah mengurangkankadar kemalangan fleet kepadatahap yang setara dengan kadaryang dicatatkan di peringkatKebangsaan.

Sebagai kesimpulan, jumlahkemalangan dan saman, serta tahapketersediaan kereta yang dibawamencerminkan budi bahasapemandunya. Amalan terpuji sepertipemanduan berhemah, bersopansantun di jalan raya dan penjagaankereta yang baik perlu dibudayakanserta dijadikan warisan kita. Sama-samalah kita berusaha untukmerealisasikannya.

Memanfaatkan Budi Bahasadi Jalan Raya

4 PRIHATIN JILID 1 2006

Dato’ Hamzah Mohd SallehKetua Pegawai Eksekutif

Page 5: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

BUKU Panduan Khidmat Bantuan danPusat-Pusat Servis SPANCO adalah sebuahrisalah yang diterbitkan untuk membantu

pelanggan mendapatkan perkhidmatan yang optimumdaripada SPANCO.

Buku bersaiz saku ini amat berguna terutama dalammenghadapi kecemasan, kemalangan atau kecurian.Ia sebagai rujukan mudah mengenai bantuan servis,nombor telefon yang boleh dihubungi, kemudahan danperalatan yang disediakan di Pusat Servis Wilayah(PSW) serta senarai terkini Pusat Servis Diiktiraf(PSD) seluruh Malaysia.

Buku panduan edisi 2006 kini mula diedarkan secarapercuma. Pelanggan akan diberi senaskhah apabilamenghantar kereta konsesi untuk diservis di PSW danPejabat Wilayah SPANCO berikut:

Buku Panduan SPANCO

PUSAT SERVISWILAYAH - BANGI

No. 33 Jalan P/21Taman Industri Selaman

Seksyen 1043650 Bandar Baru Bangi

Selangor Darul Ehsan

PEJABAT WILAYAHSABAHMiles 5.5

Jalan Tuaran Inanam88806 Kota Kinabalu

Sabah

PUSAT SERVISWILAYAH - BATU CAVESNo. 2, Jalan Perusahaan 2

Kaw. Perusahaan Batu Caves68100 Batu Caves

Selangor Darul Ehsan

PEJABAT WILAYAHSARAWAK

1039, Seksyen 66Jalan Kilang

Bintawa Industrial Estate93450 Kuching

Sarawak

Pelanggan disarankan untuk menyimpan senaskhah didalam kereta konsesi supaya boleh dirujuk oleh pemandusetiap kali memerlukan bantuan SPANCO.

Bantu Pelanggan dapatkan khidmat terbaik

Page 6: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

KORPORAT

6 PRIHATIN JILID 1 2006

Statistik Kemalangan

FLEET 2005Jumlah Kemalangan Serius Meningkat

TUJUH JENIS KEMALANGAN DENGAN JUMLAH TUNTUTAN TERTINGGI

BIL. JENIS KEMALANGAN JUMLAH TUNTUTAN JUMLAH KES

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

Kerosakan sendiri

Kerosakan harta benda pihak ketiga

Dilanggar

‘Knock for knock’

Kerosakan ketika meletak kereta

Kecurian

Kerugian menyeluruh

RM1.9 juta

RM799 ribu

RM438 ribu

RM418 ribu

RM328 ribu

RM151 ribu

RM110 ribu

1,018

194

120

130

161

4

18

(sumber: Sistem Pengurusan Fleet Berkomputer SIKOM)

BILANGAN kes kemalangan serius bagi fleetSPANCO yang membabitkan kerosakan terukdan sukar untuk dibaiki didapati semakin

meningkat. Ini berikutan perangkaan SIKOMmendedahkan purata hampir RM4 ribu dibelanjakanuntuk setiap kes kemalangan yang berlaku tahun lepas.

Bagaimanapun, seiring dengan penurunanindeks kemalangan Kebangsaan, statistik yangdicatatkan oleh Fleet Kerajaan Persekutuantersebut juga mengalami penurunan.

Jumlah kemalangan menurun daripada 2,311 kesbagi 2003, kepada 1,833 bagi 2004 dan 1,696 bagi2005. Penurunan berlaku walaupun jumlah fleet terusbertambah daripada 4,750 buah kepada 4,951 pada2004 dan 5,089 pada akhir 2005.

Penurunan kadar kemalangan itu adalah serupadengan corak yang dipamerkan di seluruh negara.Namun dengan kadar kemalangan fleet pada 33.33peratus, ia masih jauh lebih tinggi berbandingperingkat Kebangsaan iaitu pada 2.22 peratus.(Untuk mengetahui indeks kemalangan Kebangsaan,sila ke muka surat 16).

Selain itu, jumlah kos pembaikan kemalangan turutmenyaksikan penurunan. Sebanyak RM6,281,208dibelanjakan untuk kos pembaikan kemalangan pada

2005 berbanding RM6,555,345 pada 2004 dan RM7 jutabagi 2003.

Tetapi purata kos untuk membaiki setiapkemalangan meningkat kepada RM3,704 bagi 2005daripada RM3,576 bagi tahun sebelumnya. Sementarabagi 2003 pula, kos tersebut adalah yang terendahiaitu pada RM3,068 untuk setiap kes.

Bermakna walaupun bilangan menurun, puratakos pembaikan kemalangan terus menyaksikanpeningkatan sejak 2003. Purata kos yang lebih tinggimenunjukkan lebih banyak kes kemalangan seriusberlaku di kalangan fleet, yang memerlukan jumlahperbelanjaan besar untuk membaik pulihkannya.

Tuntutan InsuransSementara itu, bagi pembaikan melalui tuntutaninsurans, jenis kemalangan yang paling kerapdilakukan pelanggan SPANCO ialah kerosakan yangdisebabkan oleh kesilapan sendiri. Kemalangan ‘owndamaged’ itu mewakili 1,018 kes yang membabitkansejumlah RM1,912,500 tuntutan insurans atau purataRM1,879 setiap kes. Ini diikuti kerosakan hartapihak ketiga sebanyak 194 kes dengan RM799,400jumlah tuntutan dan kerosakan semasa meletakkereta sebanyak 161 kes dengan RM328,000.

Page 7: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

KORPORAT

JILID 1 2006 PRIHATIN 7

SamanBagi notis kesalahan trafik pula, purata hampir 3kesalahan dilakukan oleh setiap kenderaan fleetsepanjang 2005. Sebanyak 14,119 saman Polis DirajaMalaysia (PDRM) diterima berbanding 19,647 pada2004 dan 13,839 pada 2003.

Manakala 34,093 saman PDRM masih belumdijelaskan sehingga penghujung 2005 berbandinghanya 22,655 pada penghujung 2004. Dalam ertikata lain, lebih banyak kesalahan baru yangdilakukan berbanding saman yang dijelaskan olehpelanggan pada tahun lepas.

Dalam perkembangan yang berkaitan, PDRMmelancarkan Ops Warta V pada 20 Februari lalu dandijangka berakhir pada 20 April nanti. Lebih 20 ribuwaran tangkap telah dikeluarkan dan pesalah trafikyang tidak mahu ditahan perlu menyelesaikan samanmereka dengan segera.

Susulan itu, pihak pengurusan SPANCO memohonkerjasama daripada semua pelanggan di semuaperingkat jabatan dan kementerian untuk menjelaskansaman-saman yang tertunggak.

50.23%

36.89%

2.31% 2.25%2.36% 2.35% 2.32% 2.33% 2.37%

2.22%

44.19%

54.27%

48.65%

37.02%

33.33%

49.36%

60%

50%

40%

30%

20%

10%

1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005

0%

Fleet Kerajaan

Kebangsaan

1998 1999 2000 2001 2002 2003 2004 2005

RM5.74 juta

1,952 1,9701,560 1,925

RM6.03 juta

RM6.56 juta

RM7.56 juta

RM8.38 juta

RM7.12 juta

RM6.56 jutaRM6.28 juta

2,448 2,311

1,833 1,696

Jumlah kospembaikan

Jumlah keskemalangan

PERBANDINGAN KADAR KEMALANGAN KEBANGSAAN DAN FLEET KERAJAAN (1998 – 2005)

JUMLAH KOS PEMBAIKAN KEMALANGAN BERBANDING KES (1998 – 2005)

Page 8: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

KORPORAT

8 PRIHATIN JILID 1 2006

ENCIK Peter Lim, PengurusBesar, Operas i Serv i smenyertai SPANCO sejak

i a m u l a b e r o p e r a s i p a d atahun 1993. Pengalaman beliauyang luas menjawat pelbagaijawatan antaranya di bidangperolehan, insurans, pengurusanfleet dan pentadbiran mem-bolehkan beliau melihat operasiperniagaan dengan perspektifyang menyeluruh. Seperti katanyasendiri ‘To see the forest insteadof the tree in front of me’.

Walaupun mempunyai latarbelakang pendidikan dan latihandi bidang kewangan, minat beliaucenderung kepada bidang teknikaldan automotif. Encik Lim kinimengawasi operasi Pusat ServisWilayah (PSW) dan aspek lainyang berkaitan dengan isu sertadasar selepas jualan. Beliau ber-tanggungjawab terhadap prestasiPSW Batu Caves dan Bangi sertamemastikan operasi fleet SPANCOberjalan dengan lancar sebaiksahaja kenderaan diserahkankepada pelanggan.

Sebelum ini beliau adalahPengurus Perolehan dari 1994hingga 1995 yang menyaksikanfleet Kerajaan Persekutuan ketikaitu diganti dengan kenderaanSPANCO. Beliau juga adalah wakilpengurusan semasa SPANCOServices mencapai pengiktirafans i j i l ISO9001 :2000 se la inmerupakan Pengurus Pro jekpenubuhan kompleks servis danpejabat PSW di Batu Caves.

Anak jati Melaka ini telah punmendirikan rumah tangga danmempunyai seorang anak. Satu-satunya hobi beliau ialah bermaingolf dan segala yang berkaitandengan sukan kegemarannya itu.

Menurut Encik Lim, beliaumemegang kepada falsafah kerjabahawa seseorang perlu ikhlasdan bertanggungjawab dalam apajua yang d i lakukan ser tasent iasa menghormati oranglain sebelum d i r inya dapatd ihormat i . Bag i be l iau ,SPANCO wujud kerana pe-langgannya dan oleh itu setiapwarga kerja SPANCO harusberusaha memuaskan hati mereka.

Beliau yang gembira denganpeluang dapat berinteraksi denganpelbagai pihak sama ada dariluar dan dalam SPANCO, berkatacabaran beliau pada masa ini ialahmemastikan Syarikat mengekalkantahap kecemerlangan servismelalui peningkatan berterusan.Beliau seterusnya mahu membawaSPANCO ke tahap yang lebihtinggi dalam kecemerlanganperkhidmatan.

Matlamat 2006Selain itu, matlamat beliau buat2006 ialah untuk memenuhi semuaindeks prestasi utama (KPI) danbajet yang telah ditetapkan. Beliaujuga sedang berusaha mem-pertingkatkan tahap ketersediaankenderaan di jalan raya bagi fleetKerajaan Persekutuan kepada 99peratus berbanding 97 peratussekarang.

Sasaran peningkatan dua peratusitu walaupun nampak kecil, namunmemerlukan usaha gigih yangberterusan, di samping kerjasamadan sokongan yang padu daripadasetiap rakan sekerja SPANCO.

Dalam pada itu, Encik Limmenjangka arus perubahanindustri automobil tempatanmemerlukan sokongan selepasjualan yang cekap dan berkesan.Justeru, budaya perkhidmatanyang kukuh amat diperlukanoleh sesebuah organisasi untukberjaya dan beliau berharapdapat menjadi sebahagian daripadausaha ke arah kecemerlanganperkhidmatan tersebut.

Pesan beliau kepada rakan kerja,pembekal dan Pusat Servis Diiktirafialah supaya bersikap adil, ikhlasdan berhemah tinggi semasabekerja. Di samping itu sentiasamencari jalan untuk mencapaipenyelesaian ‘sama-sama menang’dan terus bergerak ke hadapanbersama SPANCO.

Encik Lim turut meluahkankebimbangan apabila menatapangka kematian di jalan raya yangmeningkat saban hari. Lantaranfleet sel iaan SPANCO tidakterkecuali, beliau menasihatkanp e l a n g g a n s u p a y a s e n t i a s amengamalkan sifat bersopansemasa memandu.

BERKENALAN dengan Peter LimOrang lama di SPANCO

PENGALAMAN LUAS...Encik Lim adalah wakil

pengurusan SPANCOServices semasa

mendapatkan sijilpengiktirafanISO9001:2000

antarabangsa itu.

Page 9: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

KORPORAT

JILID 1 2006 PRIHATIN 9

SEBAGAI syarikat pengurusan fleetbebas yang terulung di Malaysia,SPANCO menguruskan pembekalandan penyenggaraan fleet kenderaanuntuk 39 kementerian dengankenderaan yang berjumlah lebih5,000 buah di seluruh negara.

Di bawah Pengurusan FleetProfesional, kenderaan digantipada kitaran penggantian tetapdan diservis serta diperiksa dengankerap bagi menjamin prestasi danpengendalian jalan yang optimum.

Terdapat dua buah Pusat ServisWilayah (PSW) yang disokong olehrangkaian lebih 200 buah PusatServis Diiktiraf (PSD) di seluruhn e g a r a , y a n g m e m a s t i k a nkenderaan berada di jalan rayadengan masa rosak yang minimum.

Pengurus Besar, Operasi Servis,Encik Peter Lim berkata, beliauber tanggung jawab terhadapprestasi kedua-dua PSW iaitu PSWBatu Caves dan PSW Bangi. Initermasuk perkhidmatan yangdisediakan kepada pelanggansebaik sahaja mereka menerimakenderaan daripada SPANCO.

Menurut beliau, bagi memastikanoperasi yang cekap dan lancar,SPANCO mengamalkan hanyayang terbaik mengikut piawaiantertinggi yang diiktiraf di peringkatantarabangsa.

■ SERVIS BERJADUAL - DALAM TEMPOH DUA HARISetiap kenderaan yang dihantar

ke PSW untuk serv is laz im

dijamin siap untuk digunakan

semula dalam tempoh selewat-

lewatnya dua hari bekerja.

■ MASA TINDAK BALAS - DALAM TEMPOH SINGKATPe langgan d i j am in akan

menerima bantuan kecemasan

daripada pasukan ban tuan

se r v i s ke rosakan , khidmat

tunda atau PSD yang paling

hampir dalam tempoh yang

singkat.

■ TAHAP KESEDIAAN KENDERAAN 97 PERATUS Sejumlah 97 peratus daripada

keseluruhan f leet, atau 4,936

daripada 5,089 buah, di jamin

dalam keadaan baik dan sedia

untuk digunakan dalam satu-

satu masa. Usaha sedang

dilaksanakan untuk meningkatkan

tahap kepada 99 peratus.

■ JADUAL PENYENGGARAANCEGAHANDengan melakukan pembaikansebelum rosak seperti menukaralat ganti secara berjadual,pelanggan di jamin kenderaanyang sempurna dan bebasdaripada sebarang masalah.

■ ULASAN PRESTASI SECARAPROAKTIFPelanggan akan disyorkan untukpenggantian awal sekiranya keretabermasalah atau atas sebab teknikal.Selain itu mereka turut menerimalaporan mengenai prestasi PSD.

■ KHIDMAT BANTUAN 24 JAM

■ KERETA IHSAN/GANTIAN

SPANCO juga mempunyai akseskepada p iawa ian dan ama lanantarabangsa. Ia merupakan ahliPe r sa tuan Pengu rusan F l ee tAustralasia (AFMA) dan afiliasi sepertiitu memberi SPANCO peluang untukterus menyemak semula sistem,prosedur dan teknologinya.

Encik Lim berkata, pensijilan danafiliasi antarabangsa memanfaatkanpelanggan SPANCO melalui per-k h i d m a t a n p e n g u r u s a n f l e e tprofesional yang lebih bermutu dansentiasa dipertingkatkan.

24-JAM... PSW Batu Caves menyediakan perkhidmatan servis automotif yang memenuhi piawaian tertinggi yang ditetapkan oleh SPANCO.

Standard Perkhidmatan:Pelanggan dijamin servis berkualiti

Page 10: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

KORPORAT

10 PRIHATIN JILID 1 2006

KELEBIHANPengurusan Fleet Profesional

BAGI kebanyakan syarikatdi Malaysia, pengurusanfleet masih lagi dianggap

tidak penting dan hanyalahs e b a g a i t a m b a h a n k e p a d ap e n g u r u s a n k o r p o r a t a t a usumber manus ia . Syar ikat -syarikat itu mungkin tidakmenyedari bahawa pengangkutanadalah kos kedua terbesarselepas perbelanjaan terhadapkakitangan.

Hanya beberapa tahunkebe lakangan in i komuni t iperniagaan menyedari akankepentingan kenderaan korporatdan pengurusan fleet sebagaisebahagian daripada s t r a t e g ip e r n i a g a a n y a n g m e -merlukan perhatian khusus. Dis in i lah per lunya sesebuahsyarikat mendapatkan per-

khidmatan pakar dari luar.Pengurusan fleet bukan hanya

sekadar membeli dan menjualkereta syarikat. Sebagai per-mulaan , t e rdapat pe lbaga ipilihan jual beli dan pinjamankenderaan yang disediakan.

Sewa kontrak , sewa be l i ,pembelian kontrak atau pe-milikan sendiri mungkin pilihanyang tepat untuk sesebuahsyarikat tetapi bukan untuksyarikat yang lain. Oleh itusyar ikat per lu benar-benarmemahami aspek setiap opsyensebelum membuat pilihan.

Se lepas p i l ihan p in jamandibuat, terdapat pula pelbagai isulain seperti cukai, pengurusanbahan api dan penyenggaraanyang perlu ditangani. Jika tidakdiuruskan dengan baik, ia boleh

melibatkan kos yang tinggi.Dengan peralatan pengurusanyang betul, pengurusan fleetboleh mengawal kos dan men-jimatkan syarikat berjuta-jutaringgit.

Keberkesanan kos adalah kuncibukan sahaja dalam membuatkeputusan pinjaman yang tepattetapi juga mengawal kos operasiharian fleet.

Kos bahan api boleh dikawaldengan kad minyak manakalapenyenggaraan akan menjadi lebihberkesan daripada segi masa danwang dengan rangkaian penyeng-garaan berjadual. Khidmat ituhanya boleh disediakan dengancekap oleh pembekal perkhidmatanpihak ketiga.

Selain itu, sebagai pembekalperkhidmatan pakar, pengurus

MESRA... Pelanggan bolehmendapatkan khidmat nasihat

mengenai kenderaan merekadaripada penasihat yang pakar.

PROFESIONAL... Pengurusan fleetadalah sebahagian daripada strategiperniagaan yang memerlukanperhatian khusus dan ia mampudibekalkan oleh pihak ketiga.

Page 11: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

KORPORAT

JILID 1 2006 PRIHATIN 11

fleet boleh menganalisis datauntuk menentukan pemandumana yang paling selamat dancekap.

Keberkesanan pengurusan fleetbergantung kepada pengurusanmaklumat yang cekap. Kekuatanitu ada pada SPANCO melaluiplatform e-dagang (Fleet Online)yang disediakan melalui lamanweb korporat di mana pelangganboleh mengakses laporan peng-urusan yang menyed iakanmaklumat pent ing p i l ihanmereka.

Pengurusan penyenggaraan,kos bahan api dan analis isperbatuan adalah antara t igaelemen utama dalam pengawalankos. Untuk berjaya, sesebuahsyar ikat per lu bergantungp a d a p e m b e k a l f l e e t n y a . I amemerlukan pembekal yangmenyediakan maklumat apabiladiperlukan dan dalam formatyang diminta bagi meningkatkannilai serta memberikan pen-yelesaian yang sebenar.

Pe lbaga i faedah baka ld ipero leh i apab i la syar ikatmenyedari betapa pentingnyapengurusan fleet dalam survivalkorporat mereka. Di s ini lahSPANCO sebaga i pengurusfleet profesional mempamerkankelebihannya.

KENAPA MEMILIH KHIDMATPIHAK KETIGA?■ Membolehkan syarikat menumpu

kepada operasi teras■ Menyediakan pilihan yang lebih

baik dalam merealisasikannilai untuk aktiviti bukanteras

■ Pendekatan profesional dalampengurusan f l ee t –m e ningkatkan keupayaansyarikat d a l a m m e -n y e d i a k a n t a h a p per-khidmatan yang bermutukepada pelanggan

■ Tiada perbelanjaan modalpendahuluan – dana bolehdigunakan untuk aktivititeras

■ Penggantian kenderaan padakitaran yang telah ditentukan

■ Tidak dibebani oleh masalah

pengurusan dan sumber

manusia - menjimatkan kos

■ Kenderaan yang dijaga rapi,

tidak kerap rosak dan sentiasa

bersedia

■ Di l indung i dar ipada ke -

tidaktentuan pasaran kereta

terpakai apabila dijual

■ Tidak perlu menguruskan

kerosakan dan kemalangan -

semua diuruskan oleh pihak

ketiga

■ Caj sewa dan penyenggaraan

y a n g t e t a p y a n g t e l a h

ditentukan - tiada kos tambahan

■ Pengurusan insurans

■ Pengurusan kesalahan trafik

■ Perkhidmatan kerosakan 24-

jam 7-hari seminggu

■ Khidmat Bantuan 24- jam

7-hari seminggu

KENAPA MEMILIH SPANCO?

■ Menjimatkan■ Mutu perkhidmatan yang

dipertingkatkan■ Rekod perkhidmatan selama

12 tahun dalam pengurusanfleet

■ Pengalaman yang berkaitan■ Pendekatan rakan kongsi

untuk menghasilkan hanyayang terbaik

■ Keupayaan melaksanakannyaserta merta

CANGGIH... Penyenggaraan berjadual dan cegahan yang disediakan oleh pengurus fleetSPANCO memastikan tahap penggunaan kenderaan yang optimum untuk pelanggan.

Page 12: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

KORPORAT

12 PRIHATIN JILID 1 2006

KERAJAAN Elektron ikatau e-Kerajaan bermaksudpenggunaan teknolog i

maklumat dan komunikasi (ICT)dalam proses menyediakan produkserta perkhidmatan kepada awam.Ini termasuk khidmat sepertipencarian maklumat, pembayaranbil dan saman, permohonan danpembaharuan lesen serta lain-lain lagi.

Perkembangan teknologi yangpesat memberi cabaran kepadaagensi, pembekal dan rakankongsi kerajaan membangunkan

e-Kerajaan yang berkesan selainmengenal pasti peluang baru.Mereka perlu peka kepada inovasiteknologi yang pantas berubahuntuk memastikan perkhidmatanonline yang lancar.

Kejayaan e-Kerajaan sebenarnyabergantung kepada tahap kepekaanperkhidmatan di mana masyarakatdan komuniti peniaga dilayanseperti pelanggan. Mengutamakanpelanggan bermakna menghasilkanperkhidmatan yang memenuhikeperluan mereka dan bukannyakeperluan agensi yang men-yediakan perkhidmatan itu.

Pada masa yang sama, e-Kerajaan menambah aliran danproses maklumat di dalam kerajaanitu sendiri bagi meningkatkanpembangunan, koordinasi danpelaksanaan dasar.

Bagaimanapun, kajian me-nunjukkan majoriti penggunaankhidmat e -Kera jaan terd i r idaripada pencarian maklumatdalam talian dan bukannyatransaksi sebenar. Ia mungkindisebabkan oleh anggapan risikokeselamatan.

J ika penggunaan hendakdipertingkatkan, mesej tentang tahapkeselamatan perkhidmatan dalamtalian perlu disebarkan denganberkesan kepada masyarakat.

e-Kerajaan danSPANCO Fleet OnlineUsaha Berterusan Tingkatkan Perkhidmatan

MAKLUMAT DI HUJUNG JARI...Laman web rasmi SPANCO yangdikemaskini dan menyediakanpelbagai khidmat dalam talian yangmudah untuk pelanggan nikmati.

Perkembangan teknologi yang mempengaruhi permintaan dan prosesperniagaan mendorong perkhidmatan yang lebih cekap, mudah dan pantas

Page 13: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

JILID 1 2006 PRIHATIN 13

KORPORAT

CAPAIAN MUDAH... Pelanggan yangmahu menggunakan khidmat dalamtalian perlu mendapatkan ID penggunadan kata laluan daripada SPANCO.

Fleet Online menyediakanpelanggan SPANCOkemudahan dan fleksibilitimenguruskan fleetkenderaan mereka. Pelanggandijamin bahawa segalaurusan yang dilakukanmelalui perkhidmatan ituadalah selamat.

FLEET ONLINEMatlamat menyediakan FleetOnline melalui laman web SPANCOadalah untuk mempertingkatkantahap servis kepada KerajaanMalaysia melalui perkhidmatandalam talian yang lebih interaktif.In i s ia t i f i tu se laras usahamenghasilkan e-Kerajaan danmenggalakkan penggunaan ICTseperti yang disebutkan tadi.

Flee t Onl ine menyediakanpelanggan SPANCO kemudahandan fleksibiliti menguruskanfleet kenderaan mereka. Pelanggandijamin bahawa segala urusan yangdilakukan melalui perkhidmatanitu adalah selamat.

Sejak pelancarannya pada awaltahun lepas, Fleet Online menerimapelbagai respons dan maklum balasdaripada pelanggan yang inginkanlebih banyak perkhidmatan fleetsecara dalam talian disediakan.

SPANCO sedang melakukantak l imat dar i j abatan kejabatan bagi mempromosikannya.Pelanggan boleh menggunakan per-khidmatan itu secara percuma denganmelayari www.spanco.com.my.

Mereka yang ingin menggunakanperkhidmatan dalam talian FleetOnline diminta menghubungiSPANCO untuk mendapatkan IDpengguna dan kata laluan.

E-VEHICLE ORDERMenyedari cabaran dalammeningkatkan kepuasan pelanggan,SPANCO sentiasa mengemaskiniperkhidmatannya termasuk yangdisediakan secara dalam talian.

e-Vehicle Order (e-VO), yangdilancarkan di peringkat percubaanadalah antara perkhidmatanyang dimaksudkan.

Modul e-VO membolehkanPra-VO (pesanan kenderaan)dikeluarkan kepada Kementerianyang berkenaan dan Per-bendaharaan untuk kelulusan.

Proses aliran kerja adalah sepertiberikut:■ SPANCO menyediakan Pra-VO■ Pra-VO d ihantar kepada

Kementerian yang berkenaanuntuk verifikasi, pengesahandan kelulusan di peringkatKementerian.

■ Se lepas d i lu luskan o lehKementerian, Pra-VO akandihantar kepada p ihakberkuasa yang berkenaan diPerbendaharaan untuk verifikasi,pengesahan dan kelulusan.

■ Se lepas d i lu luskan o lehPerbendaharaan , Pra -VOkemudian akan dihantar kembalike SPANCO untuk diproses.

CIRI-CIRI:■ Pelanggan boleh mengetahui

di mana Pra-VO berada samaada di peringkat Kementerianatau Perbendaharaan.

■ Pelanggan juga dapat menyemakstatus pesanan atau pembeliankenderaan iaitu sama adamenunggu atau telah diverifikasi,menunggu pengesahan, disahkan,menunggu kelulusan atau telahdiluluskan.

■ Pelanggan d i per ingkatKementerian dan Perbendaharaanboleh mengedit butiran Pra-VO.

■ Modul boleh digunakan untukmenggantikan kenderaan lamadan membuat pesanan kenderaanbaru.

■ Untuk penggantian, Fleet Onlineakan menyenaraikan semuakenderaan yang perlu digantiberdasarkan tarikh luput.

Buat masa ini , modul e-VOdisediakan secara percubaan untukbeberapa kementerian terpilihsahaja. Perkhidmatan dalam talianinteraktif yang lain seperti maklumbalas (e-Issue management), per-bincangan (e-Forum) dan banyak lagisedang dalam perancangan.

Page 14: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

KESELAMATAN

14 PRIHATIN JILID 1 2006

Asas Pengurusan RisikoUntuk Pemilik Fleet

PELABURAN TINGGI...Pemandu diamanahkandengan aset syarikatbernilai puluhan ribu,justeru keselamatanmereka perlu diberikeutamaan.

FLEET kenderaan merupakan pelaburanyang sangat besar nilainya, maka syarikatatau organisasi perlu mengambil langkah

bijak untuk melindunginya. Ini termasukmengamalkan pengurusan risiko dalammengendalikan fleet mereka.

Sebagai contoh, purata lebih 30 peratuskenderaan di dalam fleet Kerajaan Persekutuanyang diselia SPANCO akan mengalamikemalangan setiap tahun. Pada 2005 sahaja,tiga kes kemalangan maut yang meragut enamnyawa dicatatkan selain pelbagai kes yangmembabitkan kecederaan.

Justeru, pemilik fleet perlu menguruskenderaan dan sumber tenaga pekerja merekadengan cekap kerana kedua-dua aset itusaling mempengaruhi. Dengan mengutamakankeselamatan pemandu, majikan dapatmelindungi fleet kenderaan yang dimilikinya,sekali gus hubungan yang baik diwujudkandengan pekerja.

PEMANDUMajikan dikehendaki memastikan tahapkesihatan, keselamatan dan kebajikan setiappekerja yang memandu semasa bertugas.

Majikan juga bertanggungjawab memastikansetiap aktiviti syarikat berkaitan pemanduantidak mendatangkan risiko kepada penggunajalan raya yang lain.

PROFIL PEMANDUMewujudkan profil untuk semua pemandusyar ikat bo leh membantu maj ikanmenentukan tahap kemahiran, pengalamandan pendedahan mereka. Ia sebagai rujukanpenting dalam pengawasan pemandu dankenderaan mereka.

Profil fleet perlu mengandungi butiran asastetapi penting seperti:■ Umur■ Tempoh bekerja dengan organisasi/syarikat■ Jumlah kilometer dipandu dalam setahun■ Tempoh lesen memandu diperolehi■ Fungsi tugas

Majikan perlu memeriksa lesen memandukakitangan mereka sekurang-kurangnyasetahun sekali.

TUNTUTAN LEPASSejarah tuntutan adalah asas bagi pengurusanrisiko fleet. Kebanyakan organisasi kinimenyimpan laporan tuntutan pada komputerdan ia memudahkan lagi pelaksanaananalisis kemalangan dan kos yang terlibat.

Maklumat tentang kemalangan sertatuntutan perlu direkodkan. Lazimnya, siasatanpunca kemalangan dapat membantu organisasimelaksanakan langkah pencegahan yangmudah tetapi amat berkesan.

Trend kemalangan kemudian boleh dianalisisbagi membantu mengenal pasti pemanduyang berisiko selain faktor risiko yanglain. Seterusnya tindakan susulan bolehdilaksanakan berpandukan trend itu.

Page 15: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

KESELAMATAN

JILID 1 2006 PRIHATIN 15

MENAPIS PEMANDU

Pemeriksaan kesihatan –pemandu terutama yang berusiaperlu menjalani pemeriksaankesihatan, termasuk pemeriksaanmata sekurang-kurangnya setiaplima tahun untuk memperbaharuilesen mereka.

Lesen memandu – perludiperiksa untuk mengesahkankelas kenderaan dan tempoh lesendiperolehi. Sejarah kemalangandan tuntutan perlu diperolehidaripada majikan sebelumnyasebagai rujukan.

Latihan – Sesi suai kenal memberipeluang mengenalkan falsafah,sistem dan prosedur organisasi, disamping memberitahu pemandubahawa organisasi mengambil berattentang kesihatan dan keselamatanmereka.

BUKU PANDUAN PEMANDUSalah satu cara paling berkesanuntuk berhubung dengan pemanduialah dengan menyediakan bukupanduan. Risalah kecil itu perlumengandungi panduan dan arahanjelas tentang cara kerja, sistem,prosedur, tugas pemandu danlangkah yang perlu diambil jikaberlaku kecemasan.

Untuk memastikan pemandumemahaminya, kandungan didalam buku panduan perluditerangkan semasa sesi suaikenal pemandu baru.

KENDERAANDalam pengurusan risiko, pemilikperlu mempertimbangkan jeniskenderaan yang akan digunakanbagi mengoptimumkan fleet.Kenderaan perlu dinilai antaranyamengikut:■ Kos■ Kapasiti muatan■ Kapasiti tempat duduk■ Jenis bahan api■ Saiz enjin

Pertimbangan lain termasuklah:■ Umur dan pengalaman individu

yang akan memandunya

■ Keperluan servis■ Ketersediaan pengedar dan

pusat servis

RISIKO PERJALANANKeletihan adalah masalah utama

semua pemandu. Apabila terlalu

letih, setiap orang berpotensi untuk

hilang tumpuan terutama sekali

jika mengendali jentera berat

seperti memandu kenderaan.

Terdapat beberapa garis panduan

yang perlu diberi perhatian untuk

mengurangkan risiko perjalanan.

Antaranya:

■ Laluan perjalanan hendaklah

dirancang terlebih dahulu

untuk memaksimumkan ke-

selamatan dan meminimumkan

masa memandu.

■ Jadual hendaklah realistikdan boleh dicapai.

■ Masa yang cukup perludiberikan untuk sampai kedestinasi dengan selamat.

■ Jarak memandu hendaklahtidak terlalu jauh dan masarehat perlu diambil kira untukmengurangkan keletihan.

Pelaksanaan garis panduankese lamatan asas mampumel indung i pemandu danorganisasi serta pemilik fleetbertanggungjawab untuk me-mastikan ia sentiasa dipatuhi.

CARI PUNCA... Siasatanpunca kemalangan dapat

membantu organisasimelaksanakan langkah

pencegahan yangmudah dan berkesan.

Page 16: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

KESELAMATAN

16 PRIHATIN JILID 1 2006

StatistikKEMALANGANKEBANGSAANJumlah KenderaanBertambah, IndeksMenurun

STATISTIK yang dikeluarkanoleh Kementerian Pen-gangkutan menunjukkan

sejumlah 14.8 juta kenderaandidaftarkan di negara ini tahunlepas berbanding hanya 7.7 juta10 tahun dahulu.

Walaupun dengan pertambahanbilangan kenderaan, terdapatpengurangan pada indekskemalangan dan indeks kematianbagi setiap 10,000 kenderaanberdaftar. Malaysia mencatatkanindeks kematian pada 4.18 bagi2005 berbanding 8.2 bagi 1996.

Sebagai perbandingan, purataindeks kematian di negara-negaramaju adalah dua bagi setiap 10,000buah kenderaan.

Menteri Pengangkutan, Dato’Sri Chan Kong Choy menyatakankementerian mensasarkan untukmengurangkan kadar di bawahempat kematian bagi set iap10,000 kenderaan pada tahun

ini. Beliau percaya angka itudapat dicapai melalui pelbagaioperasi yang dilaksanakan sepertiOps Sikap oleh Pol is DirajaMalaysia (PDRM) dan JabatanPengangkutan Jalan (JPJ).

PDRM dan JPJ akan melancarkanoperasi penguatkuasaan besar-besaran yang menumpu kepadapenunggang dan pemboncengmotos ika l . Operas i i tu bag imembendung kesalahan trafik yanglazim seperti tidak memakai topikeledar, melanggar lampu merahdan lumba haram.

In berikutan kajian mendapati 62peratus daripada kemalangan mautpada 2005 melibatkan penunggangdan pembonceng motos ika l .Justeru, operasi yang dilaksanakanbukan bertujuan menyusahkanmereka, tetapi sebenarnya bagimengurangkan kadar kemalangantinggi yang dicatatkan oleh golongantersebut.

MALANG BERBAU...Kajian mendapati

kemalangan umumnyaberpunca daripada

kesilapan manusia sepertisifat gopoh, berlumba-

lumba dan tidakmematuhi peraturan.

Indeks Kemalangan dan

Tahun BilanganKenderaanBerdaftar

K

1996

1997

1998

1999

2000

2001

2002

2003

2004

2005

7,686,684

8,550,469

9,141,357

9,929,951

10,589,804

11,302,545

12,068,144

12,868,934

13,764,837

14,816,407

(sumber: Kementerian Pengangkutan)

Page 17: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

KESELAMATAN

JILID 1 2006 PRIHATIN 17

an Kematian 1996-2005

JUMLAH mangsa yang terkorbansepanjang Ops Sikap X me-nunjukkan peningkatan sebanyak20.2 peratus dengan 226 kematianberbanding 188 pada tempoh yangsama dalam Ops Sikap VIII tahunsebelumnya.

Operasi yang diadakan sempenaTahun Baru Cina bermula 23Januari hingga 6 Februari lalu turutmenyaksikan peningkatan dalamjumlah kes kemalangan maut yangdilaporkan iaitu 27.3 peratusdengan 205 berbanding 161 kespada 2005.

Turut dilaporkan meningkat ialahjumlah kemalangan keseluruhaniaitu 13,153 kes atau peningkatan14.8 peratus berbanding 11,462kes yang dicatatkan tahun lepas.

Statistik Polis Diraja Malaysia(PDRM) menunjukkan penunggangmotosikal paling ramai yangterkorban iaitu sebanyak 139 orang.Penumpang kereta pula mencatat24 kematian, diikuti pemandukereta sebanyak 23, pejalan kaki(11), pembonceng motosikal (9),penunggang basikal (9), lain-lainkenderaan (4), jip (2), van (2), bas(2) dan lori (1).

Berdasarkan statistik keseluruhan,jalan persekutuan mencatatkanangka tertinggi iaitu sebanyak 83kes kemalangan maut yang meragut96 nyawa kesemuanya.

Kajian PDRM juga mendapatisikap degil serta cuai segelintirpengguna jalan raya adalah antarapenyumbang utama kenaikankadar kemalangan pada Ops Sikap

kali ini. Sikap suka melanggarperaturan lalu lintas menyebabkanobjektif utama Ops Sikap sukardicapai . PDRM mengeluarkansejumlah 159,870 saman di seluruhnegara sepanjang operasi.

S iasatan turut mendapat isebanyak 30.7 peratus atau 63 keskemalangan yang berlaku di seluruhnegara disebabkan terbabas sendiri.Ia disusuli dengan makan jalan17.5 peratus (36), cuba memotong17.5 peratus (36), tidak nampakkenderaan lain 6.3 peratus (13), cuaikeluar-masuk simpang 10.73peratus (22) dan mengekori terlalurapat 4.3 peratus (9).

Punca lain ialah cuai melintasjalan 3.4 peratus (7), melawan alirantrafik 1.9 peratus (4), membuatpusingan U atau menyeberang jalan2.4 peratus (5), letih 0.9 peratus(2) dan lain-lain 3.9 peratus (8).

Selain itu, faktor pertambahanbilangan kenderaan di atas jalanraya sempena cuti perayaanbesar-besaran mempengaruhi pe-ningkatan jumlah kemalangan.Orang ramai yang berpusu-pusupulang ke kampung pada musimcuti dikenal pasti antara puncajumlah kemalangan meningkat.

Secara purata 15 orang terkorbansetiap hari sepanjang 15 hari operasidijalankan. Namun walaupun lebihtinggi berbanding tahun-tahunsebelumnya, angka itu lebih rendahberbanding kemalangan pada haribiasa (bukan musim perayaan) iaitupurata 17 kematian setiap hari.

Ops Sikap X catat226 kematian15 terkorban setiap hari

berbanding 17 pada hari biasa

BilanganKemalangan/10,000

Kenderaan

BilanganKematian/10,000

Kenderaan

246

252.2

230.9

224.7

236.3

234.6

232.7

233

237.4

220.6

8.2

7.37

6.28

5.83

5.69

5.17

4.9

4.9

4.52

4.18

Page 18: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

KESELAMATAN

18 PRIHATIN JILID 1 2006

BERIKUT ialah beberapa soalanyang kerap dikemukakan olehpengguna jalan raya Malaysia

mengenai saman yang dikeluarkanPolis Trafik.

S: Bolehkah saya menyemak saman secara online?

J: Anda boleh menyemak samansecara dalam talian (online) dengan melayari laman web Polis DirajaMalaysia http://www.rmp.gov.mydi ruangan ‘Semakan Saman &Bayaran Kompaun Trafik’. Selainitu, pengguna TMTouch bolehmenyemak saman melalui sistemSMS. SMS ‘PDRM’ ke 21999.

S: Apabila menerima saman, apayang mesti saya lakukan?

J: Anda boleh melakukan perkaraberikut:■ Membayar kompaun mengikut

kadar yang ditawarkan■ Membuat rayuan pengurangan

kadar bayaran kompaun■ Hadir di mahkamah menurut

tarikh yang ditetapkan.

S: Di manakah saman bolehdijelaskan?

J: Saman boleh dijelaskan di mana-mana Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD).

S: Bagaimanakah caranya sayamemohon pengurangan kadarbayaran saman?

J: Permohonan untuk meng-urangkan kadar bayaran samanboleh dibuat kepada PegawaiKompaun di IPD di mana samanitu dikeluarkan. Jumlah yangperlu dibayar adalah bergantungkepada budi bicara pegawaikompaun dan alasan kukuh didalam rayuan pemohon. Untukmakluman kadar bayaran yangditawarkan sebenarnya memangtelah dikurangkan dari kadarasal (maksimum RM300.00).

S: Saya telah membuat laporanpolis tentang kehilangankenderaan saya. Selepas suatutempoh, saya telah membuatlaporan penemuan kenderaantersebut. Saya telah menerimakenderaan tersebut dari pihakpolis berserta surat penyerahan.Bolehkah saya memperbaharuicukai jalan kenderaan saya?

J: Ya. Anda boleh memperbaharuicukai jalan kenderaan anda.

Apabila laporan kehilangankenderaan dibuat:■ pihak polis akan memasukkan

butir kenderaan anda ke dalamsuatu sistem komputer secaraonline dengan pihak JPJ

■ kenderaan akan disenaraihitam-kan secara automatik dan cukaijalan tidak boleh diperbaharui.

Apabila penemuan dibuat:■ pihak polis atau pemilik sebenar

kenderaan akan membuatlaporan penemuan

■ surat penyerahan kenderaanakan dikeluarkan kepadapemilik dan kenderaan akandikeluarkan dari senarai hitam.

(Sumber: Cawangan PerhubunganAwam, Polis Diraja Malaysia, IbuPejabat Polis Bukit Aman)

SAMAN POLIS TRAFIK5 soalan sering ditanya

KENA SAMAN... Untuk mengurangkan kadar bayaran saman, pesalah trafik hanya bolehmemohon kepada Pegawai Kompaun IPD di mana beliau melakukan kesalahan itu.

Page 19: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

JILID 1 2006 PRIHATIN 19

Sistem Stereng danGantungan

PENJAGAAN KERETA

SISTEM stereng dan gantungan bukan sahajapenting dari segi keselamatan tetapi jugameningkatkan tahap keselesaan memandu.

Kedua-dua sistem itu saling berkait antara satusama lain.

Walaupun ia direka untuk tahan lasak namun jikakedua-duanya rosak akan menyebabkan kenderaansukar dikawal. Kesan yang paling kecil ialah tayarakan cepat haus manakala yang paling bahaya ialahboleh mengakibatkan kemalangan.

Jika dibiarkan, masalah yang kecil akan menjadibesar dan membahayakan pemandu serta penumpang.Berikut adalah beberapa panduan berguna untukmenjaga dan mengenal pasti masalah biasayang dihadapi oleh sistem stereng dan gantungan.

Masalah Biasa: ■ Penyerap hentakan dan sangga boleh menjadi haus

dan memberi kesan kepada pengendalian kereta.Jika kereta melantun dengan ketara semasamelalui bonggol dan menyendeng semasa membelok,

penyerap hentakan mungkin telah haus. Tandayang jelas menandakan penyerap hentakan dansangga yang haus ialah terdapat kesan minyakbocor di belakang tayar.

■ Sambungan bebola yang haus atau lusuh bolehmenyebabkan kereta tidak dapat dikawal semasadi jalan raya dan ia sangat membahayakan.

Langkah pencegahan:■ Kerap periksa kebocoran penyerap hentakan

dan sangga. Perhatikan bagaimana keadaanpengendalian kenderaan dan sekiranya didapatisemakin teruk, bawa kenderaan ke pusat servisuntuk diperiksa.

■ Sambungan bebola perlu diperiksa sekurang-kurangnya dua kali setahun. Ia biasanya diperiksasetiap kali kenderaan dihantar untuk diservis.

■ Setiap kali menukar minyak enjin, pastikan pusatservis anda melincirkan sambungan bebola dankomponen gantungan yang lain.

Tip Penjagaan dan Mengenal pasti Masalah

Kereta kuat melantun Ganti penyerap hentakan.

Baiki atau tukar.

1. Penyerap hentakan haus atau bocor.

2. Bingkai penyerap hentakan patah atau bengkok.

Stereng sukardipusingkan

Periksa dan laraskan tekanan.

Lakukan penjajaran.

Baiki atau ganti stereng kuasaatau pam jika perlu.

Tambah cecair.

Ganti tali pemacu sterengkuasa.

Lincir atau ganti alat gearstereng.

1. Tekanan tayar rendah.

2. Tayar tidak sejajar.

3. Kotak stereng kuasa, rak atau pam rosak.

4. Tahap cecair stereng kuasa rendah.

5. Tali pemacu stereng kuasa rosakatau putus.

6. Gear stereng perlu dilincirkanatau dibaiki.

Masalah dan Cadangan PenyelesaianBerikut adalah masalah sistem stereng dan gantungan biasa yang sering dihadapi dan juga punca sertapenyelesaian yang mungkin boleh diambil.

MASALAH KEMUNGKINAN PENYELESAIAN

Page 20: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

PENJAGAAN KERETA

20 PRIHATIN JILID 1 2006

Stereng longgar Ganti yang berkaitan.

Ketatkan atau ganti alat yanglonggar.

Laraskan kotak stereng.

1. Penghubung stereng haus dan perlu diganti.

2. Peralatan penghubung stereng longgar.

3. Kotak stereng perlu dilaraskan.

Kereta bergerak ke sisisemasa dipandu

Periksa dan laras tekanan tayar.

Lakukan penjajaran.

Periksa brek dan baiki jikaperlu.

Ketatkan atau ganti alat yanglonggar.

Ganti tayar jika perlu.

1. Tekanan tayar tak sama.

2. Tayar tidak sejajar.

3. Salah satu brek tersangkut atau melekat.

4. Bahagian penghubung stereng longgar dan perlu diketatkan.

5. Tayar haus secara tidak serata.

Stereng tersentak-sentak Ketatkan atau ganti tali pemacustereng kuasa.

Tambah cecair.

Laras kelajuan melahu.

Baiki atau gantikan pam.

Periksa stereng kuasa dan gantiyang rosak.

1. Tali pemacu stereng kuasa rosakatau longgar.

2. Tahap cecair stereng kuasa rendah.

3. Enjin melahu terlalu rendah.

4. Masalah pam stereng kuasa.

5. Penghubung stereng bergeseldengan sesuatu.

Stereng bergegar(pada kelajuan 80hingga 100 km/j)

Baiki atau ganti rotor dandram brek.

Ketatkan nat.

Imbangkan tayar.

Ketatkan atau ganti alatyang longgar.

Ganti rim.

Ganti tayar.

1. Rotor dan dram brek bengkokatau rosak.

2. Nat rim longgar.

3. Tayar tak seimbang.

4. Bahagian penghubung stereng longgar dan perlu diketatkan.

5. Rim bengkok atau rosak.

6. Tayar yang terlalu haus atau rosak.

Stereng terhuyunghayang apabila bergerakpada kelajuan biasa

Periksa dan laraskan tekanantayar.

Imbang tayar

Ganti tayar.

1. Tekanan tayar tak sama.

2. Tayar tak seimbang.

3. Tayar haus atau rosak.

MASALAH KEMUNGKINAN PENYELESAIAN

Page 21: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

PENJAGAAN KERETA

JILID 1 2006 PRIHATIN 21

Ketatkan atau ganti alat yanglonggar.

Ganti alat gantungan.

4. Bahagian penghubung stereng longgar dan perlu diketatkan.

5. Bahagian gantungan haus.

Bunyi semasamembelok

Lincirkan bahagian gear stereng.

Ketatkan atau ganti alatyang longgar.

Cari gangguan dan baiki.

Gantikan alat gantungan.

Cari gangguan dan baiki.

1. Gear stereng perlu dilincirkan.

2. Bahagian penghubung stereng longgar dan perlu diketatkan.

3. Tayar terkena atau bergeselsesuatu.

4. Bahagian gantungan haus.

5. Jajaran stereng terkena atau bergesel sesuatu.

Bunyi bisingdaripada unitstereng kuasa

Ketatkan atau ganti talipemacu stereng kuasa.

Keluarkan udara daripadasistem.

Tambah cecair ke tahap yangperlu.

Baiki atau ganti bingkai pamstereng kuasa.

1. Tali pemacu stereng kuasa rosak atau longgar.

2. Cecair dalam sistem mengandungiudara.

3. Tahap cecair simpanan sterengkuasa rendah.

4. Bingkai pam stereng kuasalonggar atau rosak.

Senarai di atas hanyalah sebahagian sahaja daripada masalah yang mungkin terdapat pada sistem stereng dangantungan. Ia sebenarnya satu subjek yang rumit dan perlu diserahkan kepada yang pakar. Justeru, sila bawakereta anda untuk diperiksa dengan segera jika terdapat gegaran atau masalah pengendalian yang luar biasa.

Mengapa perlu melakukan penjajaran tayar?Walaupun kereta dipandu dengan cermat, penjajaran rodahadapan akan berubah di bawah pemanduan biasa.Melakukan penjajaran secara kerap akan:

■ Mencegah kehausan atau kerosakan tayaryang cepat

■ Menjimatkan penggunaan minyak

■ Memperbaiki pengendalian memandu

TERMAJU... Alat penjajaran rodaberkomputer digunakan di PSW Batu

Caves untuk melaraskan sistemgeometri stereng dengan tepat.

MASALAH KEMUNGKINAN PENYELESAIAN

Page 22: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

22 PRIHATIN JILID 1 2006

KESIHATAN

Adakah anda seorangPEMANDU YANG SIHAT?Keberkesanan dan kecekapan memandu amatbergantung pada tahap kesihatan tubuhseseorang dan bagaimana menangani tekanan

MEMILIKI kenderaan yangd i jaga dengan ba iktidak membawa erti jika

kesihatan pemandu tidak sepadandengan tahap kemantapankenderaan yang dipandu.

Ada pemandu yang ber-tanggungjawab terhadap aset yangbernilai sehingga jutaan ringgit danmereka sering mengalami tekananapabila berhadapan dengan cabarandi jalan raya masa kini.

Justeru, aspek kesihatanpemandu tidak boleh sama sekalidiambil mudah oleh majikan danpemandu itu sendiri. Kesihatanyang terabai boleh mendatangkanpelbagai kesan buruk dari segikecekapan, mutu kerja dan jugatahap pemanduan.

Terdapat tabiat tidak sihat samaada semasa di jalan raya atau dalamkehidupan seharian yang bolehmendatangkan kesan burukterhadap pemanduan seseorang.

Antaranya ialah:■ Tidak cukup tidur■ Memandu lewat malam■ Kurang bersenam■ Memandu dalam keadaan emosi

yang terganggu, terlalu letihatau tertekan

■ Tidak minum air yang cukup –kekurangan air boleh meng-ganggu keupayaan berfikir

■ Memandu jauh tanpa rehatyang cukup

■ Tidak memakai cermin mataatau kanta lekap yang sesuai

■ Menyalahgunakan alkohol ataudadah

Selain itu, keadaan kesihatan jugaboleh mengganggu pemanduan. Initermasuk penyakit seperti:

■ Lemah jantung■ Angin ahmar■ Artritis atau sakit sendi■ Gangguan tidur■ Penyakit Alzheimer dan

demensia ■ Kencing manis ■ Masalah penglihatan termasuk

katarak dan glaukoma■ Cacat pendengaran■ Kecacatan kaki seperti bunion

yang menyakitkan■ Penyakit saraf seperti penyakit

Parkinson’s■ Asma dan penyakit paru-paru■ Epilepsi■ Kecederaan atau kecacatan

yang mengehadkan pergerakan

Di samping i tu , t e rdapatsesetengah jenis ubat yang bolehmengakibatkan seseorang itu tidakdapat memandu dengan berkesan.Ubat selesema ant ih is taminasebagai contoh, turut mengandungibahan yang terdapat pada ubattidur.

Pemandu yang cekap perlumengetahui ubat yang d i a m b i l

sebelum memulakan pemanduan.Antara ubat-ubatan biasa yang

boleh menjejaskan keupayaanmemandu adalah:

■ Antihistamina, bolehmenyebabkan rasa mengantuk

■ Ubat anti tekanan trikitar(tricyclic)

■ Ubat penenang perasaan■ Ubat penahan sakit yang

mengandungi kodeina (codeine)■ Ubat yang merehatkan otot■ Anti-psikotik■ Ubat tekanan darah tinggi■ Agen glaukoma ■ Ubat mabuk kenderaan■ Ubat jerawat (accutane)

Pemandu yang sihat adalah asetpaling berharga bagi syarikat.Oleh yang demikian majikan perlumengutamakan tahap kesihatanpemandu bagi faedah semua pihak.

Kesihatan yang

terabai boleh

mendatangkan

pelbagai kesan buruk

dari segi kecekapan,

mutu kerja dan juga

tahap pemanduan.

Page 23: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

Pelanggan NikmatiPerlindungan Penuh

■ INSURANS

Insurans perlindungan komprehensif

termasuk pemandu (yang dilantik

Kementerian/Jabatan) dan empat

penumpang.

■ PEMBAIKAN DAN SENGGARAAN

Dengan kos pembaikan dan senggaraan

yang tetap, semua kerja servis dan

pembaikan yang dilakukan di Pusat

Servis Wilayah dan Pusat Servis Diiktiraf

SPANCO tidak dikenakan sebarang

bayaran.

■ PERKHIDMATAN BANTUAN

SERVIS KEROSAKAN

Pelanggan yang mengalami kerosakan

kenderaan boleh mendapatkan khidmat

bantuan servis kerosakan, termasuk

khidmat tunda yang disediakan oleh

SPANCO melalui rangkaian pusat servis.

■ FREE PHONE SPANCO

1-800-88-6999

Pelanggan boleh menghubungi Pusat

Kawalan untuk mendapatkan bantuan

dan khidmat nasihat pada bila-bila

masa.

■ PUSAT SERVIS DIIKTIRAF

Lebih 200 rangkaian Pusat Servis

Diiktiraf di seluruh Malaysia disediakan

sebagai khidmat sokongan.

■ PROGRAM PENGGANTIAN

Kesemua kereta konsesi diganti melalui

program penggantian apabila tempoh

pajakan 4-5 tahun yang ditetapkan

berakhir.

■ SERVIS BERGERAK

Pelanggan boleh mendapatkan servis

penukaran minyak enjin dan servis lazim

yang lain di premis mereka tanpa perlu

pergi ke pusat servis.

■ KERETA IHSAN/GANTIAN

Khidmat kereta gantian dibekalkan

kepada kereta-kereta rasmi bagi kerja

servis atau pembaikan yang melebihi 24

jam bekerja.

■ PERKHIDMATAN 24 JAM

Pusat Servis Wilayah – Batu Caves

beroperasi 24 jam.

Pelanggan SPANCO dilindungi sepenuhnya melalui:

Pelanggan disarankan untuk memanfaatkan sepenuhnya segala kemudahan yang disediakan.

Page 24: Prihatin - spanco.com.my · tidak berhenti di persimpangan dan memotong di garisan berkembar tanpa sedikit pun rasa bersalah. Sekiranya budi bahasa diamalkan, pasti perkara seperti

Ikhlas daripada

Jadikan Keselamatan Amalan Hidup Kita

SEBAGAI PENGGUNA JALAN RAYA DI MALAYSIA,WAJARKAH KITA MEMPERLEKEHKAN

UNDANG-UNDANG PENGUATKUASAAN HAD LAJU DANPEMAKAIAN TALI PINGGANG KELEDAR?

TEPUK DADA TANYA SELERA