jilid 1 - spanco.com.my · jilid 1 jan - feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda....

24
MPV FAST LANE FAST LANE JILID 1 Jan - Feb 2017 BERITA SPANCO Pembaikan Pantas dengan ‘Fast Lane Service’ Kesan Pengabaian Servis: Nyawa Boleh Terancam Jika Lalai Lakukan Penyenggaraan Trend Teknologi Automotif 2017

Upload: vodieu

Post on 22-Mar-2019

242 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

MPV FAST LANE

FAST LANE

JILID 1Jan - Feb 2017

BERITA SPANCO

PembaikanPantas dengan ‘Fast Lane Service’

Kesan Pengabaian Servis: Nyawa Boleh Terancam Jika Lalai Lakukan Penyenggaraan

Trend Teknologi Automotif 2017

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

Cover Prihatin_JanFeb17.pdf 1 15/03/2017 2:58 PM

Page 2: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

1814

Pilihan Servis Anda22 Kelantan, Terengganu & Pahang

Taklimat SMART (Penyenggaraan Servis dan Risiko)

Libur Destinasi18 7 Ramalan Trend Percutian 2017

Bicara Sihat20 6 Cara Ringkas Menghilangkan Lemak

di Perut

JILID 1 | JAN - FEB 2017

Sekilas Minda03 Cipta 2017 Dengan Langkah Positif

Yang Perlu Anda Tahu04 Fleet Online Membantu Pelanggan Melalui Portal Maklumat dengan

Mudah dan Cepat

06 Pembaikan Pantas dengan ‘Fast Lane Service’

07 Servis Berjadual: 11,243 Kereta Gagal Diservis Lebih 3 Bulan Ke Atas

Menjejak Inspirasi08 Mengimbas Kejayaan 2016

Kata Mereka10 Pengalaman Positif Bersama SPANCO

Memudahkan Tugasan di Kementerian Belia dan Sukan

Servis itu Penting12 Kesan Pengabaian Servis: Nyawa

Boleh Terancam Jika Lalai Lakukan Penyenggaraan

Persada Inovasi14 Trend Teknologi Automotif 2017

Merakam Catatan16 Kunjung Hormat Program Lawatan dan Sesi Taklimat

bersama PDRM

17 Program Lawatan dan Sesi Taklimat bersama Doktor Pakar (JUSA)

12

Sila hantar komen, pandangan dan sumbangan karya anda kepada Sidang Pengarang seperti di alamat penerbit yang tertera di sebelah. Bahan penulisan hendaklah disertakan sekali dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang Pengarang berhak melakukan penyuntingan sebelum karya diterbitkan.

PenaungDato’ Hamzah Mohd Salleh

SiDang PengarangPeter LimShaheeran Jalalludinalwyn ahmad nazriaimi Diyana azuddinrusman Bassri

PencetakSky Press Sdn Bhdno. 15, Jalan PBS 14/3taman Perindustrian Bukit Serdang

43300 Seri kembangan.

Tel 03-8941 4013

Faks 03-8941 4014

PerunDing PenerBitanexecutive Mode Sdn Bhd (317453-P)

PenerBitSPancO Sdn Bhd (172957-u)no. 2, Jalan Perusahaan 2kawasan Perusahaan Batu caves68100 Batu caves.

Tel 03-6192 8888

Faks 03-6192 8999

emel [email protected]

web www.spanco.com.my

Talian bebas tol 1-800-88-6999

Page 3: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 2017 3

SEKILAS MINDA

SPANCO kini telah memasuki tahun ke-23 dalam menjalankan perniagaan pengurusan fleet kenderaan Kerajaan Persekutuan Malaysia. Alhamdulillah, 2017 kita mulakan dengan mencipta satu lagi sejarah menguruskan 12,321 fleet (setakat Februari 2017) untuk Kerajaan. Terima kasih tidak terhingga kepada semua rakan kerja di SPANCO atas kerja keras dan komitmen yang diberikan terhadap tugas masing-masing. Jutaan terima kasih juga kepada Kerajaan atas kepercayaan dan kerjasama yang diberikan kepada kami.

Seperti tahun-tahun terdahulu, 2016 meninggalkan banyak momen kejayaan indah buat kami di SPANCO dan 2017 kami buka lembarannya dengan langkah positif. Selain menguruskan lebih banyak fleet, SPANCO akan terus melebarkan sayapnya dengan mengungguli pelbagai cara dan teknologi seperti ‘service status board’, ‘job progress board’ dan yang terbaharu adalah Aplikasi Mobil SPANCO yang boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar dengan percuma. Aplikasi Mobil SPANCO membolehkan pengguna menikmati pelbagai faedah dan ini

adalah salah satu cara memastikan pelanggan dapat berhubung dengan kami dengan cepat dan mudah.

Kami juga telah mengadakan Anugerah Pusat Servis Diiktiraf (PSD) Cemerlang 2016 sebagai penghargaan kepada usaha keras PSD yang telah memberi komitmen yang tinggi kepada pelanggan kami. Anugerah tersebut adalah untuk memastikan semua pelanggan berpuas hati dengan servis kami, untuk memperbaiki servis kepada pelanggan dan untuk memastikan semua kereta kami disenggarakan dengan baik. Ianya akan diadakan di lima zon iaitu Wilayah Utara, Wilayah Selatan, Wilayah Pantai Timur, Sabah dan Sarawak.

Tidak lupa juga, kami akan menyajikan Prihatin dengan rencana-rencana yang lebih menarik dan berinformasi untuk anda.

2017, kami menjanjikan untuk terus memberikan khidmat yang lebih baik, hasil kerja yang lebih cemerlang dan program-program yang lebih menarik serta memperbaiki khidmat pelanggan agar anda dapat terus menikmati pengalaman selesa dan menarik bersama SPANCO.

Cipta 2017 Dengan Langkah positif

Selain menguruskan lebih banyak fleet, SPANCO akan terus melebarkan sayapnya dengan mengungguli pelbagai cara dan teknologi seperti ‘service status board’, ‘job progress board’ dan yang terbaharu adalah Aplikasi Mobil SPANCO yang boleh dimuat turun ke dalam telefon pintar dengan percuma.

DATo’ HAMzAH MoHD SALLeH

Ketua Pegawai Eksekutif

Page 4: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 20174

yANg pErLu ANDA tAhu

Fleet Online Membantu PelangganMelalui portal Maklumat dengan Mudah dan Cepat

pengguna boleh mengakses fleet online melalui laman web rasmi spanCo setelah memohon dan mendapatkan nama ‘Login’ serta kata laluan daripada pihak pentadbir laman web terlebih dahulu.

Hari ini, faktor lokasi dan jarak bukanlah halangan bagi mana-mana syarikat untuk menyedia dan mempertingkatkan perkhidmatan mereka kepada pelanggan.

Apatah lagi dengan perkembangan dunia teknologi telekomunikasi masa kini, sebuah sistem teknologi maklumat (IT) merupakan satu keperluan utama dalam menyokong perkhidmatan yang ditawarkan.

Sistem Maklumat Pengurusan Fleet Bersepadu adalah satu sistem yang dicipta oleh pasukan IT SPANCO untuk menguruskan penyenggaraan kereta-kereta fleet konsesi yang dibekalkan kepada Kerajaan Persekutuan.

Sistem ini merangkumi beberapa modul seperti pembelian kereta, penyenggaraan, servis dan pelupusan kereta.

Fleet OnlineSelain Sistem Pengurusan Fleet Bersepadu, Fleet Online adalah satu lagi sistem yang dicipta untuk pelanggan SPANCO melihat kereta fleet mereka berdasarkan Kementerian dan Jabatan.

Fleet Online telah beroperasi sejak 2008 dan telah mengalami beberapa fasa penambahbaikan sejak diperkenalkan.

Pengguna Fleet Online adalah pelanggan SPANCO dari Kementerian dan Jabatan yang menggunakan perkhidmatan dalam talian itu untuk memantau kereta fleet mereka sama ada dari segi servis, senggaraan atau pesanan kereta.

Ringkasnya, Fleet Online membolehkan

pengguna melihat maklumat berkaitan setiap kereta atau kumpulan kereta yang dipajak melalui perkhidmatan berasaskan web.

Pengguna boleh mengakses Fleet Online melalui laman web rasmi SPANCO setelah memohon dan mendapatkan nama ‘Login’ serta kata laluan daripada pihak pentadbir laman web terlebih dahulu.

Apabila pengguna melakukan log masuk ke Fleet Online, mereka boleh memasuki ‘Dashboard’ dan melayari sistem dengan sendiri. Semua informasi adalah berdasarkan kepada Kementerian dan hanya sesetengah pengguna tertentu sahaja yang boleh melihat maklumat tambahan.

Page 5: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 2017 5

1Profil Fleet Mengikut Model atau Usia

2Penggantian Kereta Yang Akan Tamat Pajakan

3Status Pesanan Kenderaan

4Jumlah Kes Kemalangan

5Kemalangan Terkini

6Tahap Kesediaan Fleet

7Notis Peringatan Servis

8Jumlah Saman PDRM dan Pihak Berkuasa Tempatan

1 2

6

8

7

3

4

5

Pengguna boleh melihat dan mencapai butiran kenderaan seperti status pembaikan, tarikh servis berikutnya, jumlah saman tertunggak, status pesanan kereta dan indeks tahap kesediaan fleet secara dalam talian dan dalam masa sebenar.

Terdapat beberapa pembaharuan yang dapat dilihat pada Fleet Online sejak ia mula diperkenalkan iaitu ‘Dashboard’ dan beberapa fungsi lain. Fleet Online penting kepada pelanggan SPANCO kerana mereka boleh memantau kereta fleet mereka sendiri dan boleh memuat turun semua maklumat yang mereka perlukan.

Pelaksanaan sistem IT yang berkesan lagi diyakini ini adalah selaras aspirasi SPANCO untuk menyediakan kemudahan terbaik kepada para pelanggan melalui penggunaan teknologi maklumat yang sentiasa dipertingkatkan.

Fungsi ‘Dashboard’ yang turut memaparkan statistik fleet secara grafik.

Mengurangkan beban pelanggan dalam menguruskan maklumat fleet melalui pencapaian yang cepat dan segera.

Pelanggan boleh menggunakan maklumat yang diperolehi untuk menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang diperlukan.

Konsep ‘do-it-yourself’ (DIY) yang mudah dan boleh disesuaikan mengikut keperluan individu.

Faedah Fleet online

Laporan saman jabatan juga boleh dimuat turun oleh pengguna.

Maklumat OTP atau peruntukan pembelian kereta selepas bersara.

Page 6: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 20176

Pembaikan Pantas dengan‘fast Lane service’

yANg pErLu ANDA tAhu

Menyedari betapa pentingnya setiap kenderaan mesti siap sedia dipandu di jalan raya dengan cepat, SPANCO telah menyediakan dua lagi perkhidmatan iaitu ‘Fast Lane Service’ dan satu lagi khusus untuk MPV iaitu ‘MPV Fast Lane Service’ yang dilancarkan pada 2 Januari 2017. Ia bertujuan memastikan kenderaan anda kembali di jalan raya secepat mungkin.

‘Fast Lane Service’ adalah bagi memastikan kenderaan yang dihantar akan siap diservis dalam tempoh 90 minit. Dikhususkan untuk yang tidak mempunyai aduan atau tidak memerlukan pembaikan serius, setiap kenderaan akan diservis, dibasuh dan divakum dalam tempoh itu. Sementara menunggu, pelanggan boleh berehat di ruang istirahat yang disediakan.

Pelanggan disyorkan untuk membuat tempahan servis melalui ‘SPANCo Mobile App’ atau secara dalam talian melalui laman sesawang SPANCO www.spanco.com.my atau terus menghubungi talian bebas tol 1-800-88-6999.

‘MPV Fast Lane Service’ pula disediakan khas untuk Kereta Peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia. Ini kerana

pasukan peronda polis adalah Balai Polis Bergerak yang perlu sentiasa bersiap sedia bagi memberikan bantuan pada setiap masa ketika diperlukan dan akan sentiasa bergerak di merata tempat termasuk ketika masyarakat sedang nyenyak tidur.

Kereta peronda polis di sisi masyarakat adalah rakan paling hampir untuk mencegah jenayah selain membantu

orang ramai dalam kes-kes kecemasan. Oleh yang demikian, ‘MPV Fast Lane Service’ menyediakan perkhidmatan dan pembaikan yang dijalankan dalam masa sesingkat mungkin.

Buat masa ini, kedua-dua perkhidmatan tersebut disediakan di Pusat Servis Wilayah Batu Caves dan Bangi dari hari Isnin hingga Jumaat, dari 8.00 pagi hingga 7.00 petang.

Page 7: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 2017 7

Jumlah kereta Peratus

1 2 3 4 5 6 7 8 9 100

500

1,000

1,500

2,000

2,500

3,000

3,500 30%

25%

20%

15%

10%

5%

0%

Jumlah Dan Peratus Kereta Terlepas Jadual Servis Mengikut Bulan Sehingga 31 Disember 2016

Berpandukan rekod notis peringatan servis berjadual yang dikeluarkan sepanjang tahun setakat 31 Disember 2016, sejumlah 11,243 kereta fleet Kerajaan Persekutuan yang diselia SPANCO, telah gagal dihantar oleh pengguna untuk menjalani servis berjadual bagi tempoh 3 bulan atau lebih.

Senarai mengikut jumlah bulan sesebuah kereta gagal diservis sehingga 31 Disember 2016 adalah seperti berikut:

1 bulan – 124 unit atau 1% 2 bulan – 1,500 atau 12%

3 bulan – 3,100 (24%) 4 bulan – 2,412 (19%)

5 bulan – 1,568 (12%) 6 bulan – 2,668 (21%)

7 bulan – 1,191 (9%) 8 bulan ke atas – 304 (2%)

Servis Berjadual11,243 kereta gagal Diservis Lebih 3 Bulan ke atas

Jumlah Kereta Yang Gagal Melaksanakan Servis Berjadual Lebih Dari 3 Bulan (Mengikut Model)

Proton Perdana 2.4 (4%)

MPV (8%)Proton Inspire 2.0CVT (8%)

Proton Saga (10%)Proton Waja (13%)Proton Perdana 2.0 (14%)Proton Prevé (39%)

Proton Persona (4%)

Sementara itu, Proton Prevé merupakan model kereta yang terbanyak yang gagal menjalani servis berjadual bagi tempoh 3 bulan dan ke atas iaitu sebanyak 4,387 atau 39% dari jumlah keseluruhan.

Ia diikuti oleh Perdana 2.0 sebanyak 1,546 unit atau 14%, Waja sebanyak 1,509 atau 13%, Saga (1,129 atau 10%) dan MPV (948 atau 8%).

Pelanggan dan pengguna diingatkan supaya mematuhi peringatan jadual servis yang diterima. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan akibat dari kegagalan menghantar kenderaan untuk diservis, segala kos kerosakan akan disurcaj kepada pengguna (seperti yang termaktub dalam perjanjian kereta konsesi).

Temu janji servis boleh dibuat menerusi talian bebas tol 1-800-88-6999 atau laman web rasmi www.spanco.com.my atau melalui aplikasi mobil SPANCo (untuk temu janji servis di Pusat Servis Wilayah Batu Caves dan Bangi).

Page 8: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 20178

MENJEJAK INSpIrASI

Mengimbas kejayaan 2016 Selain berjaya menjangkau sasaran syarikat, di 2016 SPANCO terus menempa pelbagai kejayaan menarik. Berikut adalah antara pencapaian yang dicipta sepanjang 2016.

Pertumbuhan FleetPada tahun 2016, saiz fleet terus meningkat kepada 12,318 unit, iaitu sebanyak 2.39% dari 12,030 unit pada 2015.

Model-model berikut telah berjaya diserahkan kepada pelanggan:• Proton Perdana 2.0 – 634 unit • Proton Perdana 2.4 – 3 unit• Proton Prevé – 1,496 unit• Proton Saga – 426 unit• Proton Persona - 207 unit

Pada tahun 2016 juga, model Proton Perdana 2.0L yang baharu telah menggantikan Perdana Standard 2.0 yang digunakan sebelum itu.

bersama PUSPAKOM yang dibuat untuk kenderaan Kerajaan berkenaan cat dan pembaikan kemalangan agar pelanggan yakin dengan prestasi kenderaan tersebut.

Penambahbaikan - Bahagian Servis turut mempertingkatkan lagi perkhidmatan melalui:• ‘Service Status Board’ dan

‘Job Progress Board’ Papan Pemberitahuan yang dilancarkan pada November 2016 berfungsi memaparkan maklumat dan status terkini kenderaan

ServiS Pertambahan PSD - bagi memenuhi permintaan servis yang kian meningkat, jumlah pusat servis diiktiraf (PSD) telah ditambah kepada 209 pada 2016 berbanding 192 pada 2015.

Program - pelbagai program turut dianjurkan oleh Bahagian Servis antaranya: • Servis audit dilaksanakan

di seluruh negara sepanjang tahun bagi menilai tahap keupayaan kenderaan fleet dan PSD.

• SMART (Taklimat Penyenggaraan Servis dan Risiko) dianjurkan bagi meningkatkan kesedaran pelanggan tentang risiko dan pengabaian penyenggaraan kenderaan.

• Program VIP ialah program pemeriksaan kenderaan

Page 9: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 2017 9

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Datuk Saravanan Murugan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dato’ Hamzah Mohd Salleh bersalaman dengan para peserta Kejohan Futsal SPANCO 2016.

Sebahagian dari pengurusan kanan SPANCO bergambar bersama-sama Pengarah Eksekutif AfMA sempena lawatan beliau pada 21 Oktober 2016.

pelanggan di Pusat Servis Wilayah Batu Caves dan Bangi.

• ‘SPANCo Mobile App’Aplikasi yang memudahkan pelanggan mendapatkan perkhidmatan dengan lebih cepat seperti membuat temu janji servis, memohon bantuan kecemasan dan sokongan yang diperlukan.

KemPen & iniSiatiFLatihan Sumber ManusiaPelbagai kursus dianjurkan sepanjang tahun bagi mempertingkatkan kemahiran kakitangan pengurusan dan teknikal. Antaranya kursus pengurusan fleet, kursus mempertingkatkan khidmat pelanggan, bagaimana mencapai ‘zero defect’ dan mempertingkatkan prestasi kerja.

Hari Sukan Negara Bersempena Hari Sukan Negara 2016, SPANCO telah menganjurkan kejohanan futsal sebagai tanda sokongan kepada Kementerian Belia dan Sukan ke arah membina warga yang aktif bersukan.

Lawatan AfMA Pengarah Eksekutif Persatuan Pengurusan Fleet Australasia (AfMA), Mace Hartley telah mengadakan lawatan kerja ke SPANCO untuk berkongsi pengalaman dalam mempertingkatkan lagi perkhidmatan pengurusan fleet.

Kempen Kad Touch ‘n GoUntuk menggalakkan pelanggan melakukan tempahan temu janji servis, promosi pemberian kad Touch ‘n Go serta tambah nilai percuma telah dianjurkan di Pusat Servis Wilayah Batu Caves dan Bangi.

Program Pemanduan Defensif SPANCo Salah satu inisiatif di bawah tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan mendidik, memberi kesedaran dan meningkatkan kemahiran pemanduan secara selamat serta berhemah di kalangan kakitangan sektor awam khususnya pemandu-pemandu kenderaan konsesi.

Perjanjian Konsesi antara Kerajaan Malaysia dan SPANCO ditandatangani pada 1993 di mana Kerajaan bersetuju untuk memajak sejumlah fleet daripada pihak SPANCO. Antara kandungan utama perjanjian adalah:

• Peruntukan kenderaan mengikut kos pajakan dan senggaraan tetap sepanjang tempoh pajakan

• Skop

- Semua Kementerian dan agensi di bawah Kerajaan Persekutuan

- Kereta saloon

• Fleet minimum – 2,500 unit

• Penggantian kenderaan pada kitaran yang ditetapkan

• Peruntukan kereta ganti bagi kerja pembaikan yang melebihi tunjuk-aras yang ditetapkan

• Pengurusan kemalangan dan saman

• Keistimewaan membeli kenderaan untuk pegawai-pegawai bersara yang layak

TAHuKAH ANDA?

Page 10: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 201710

Berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 23 tahun dan sepanjang tempoh tersebut Dato’ Lokman Hakim Ali pernah berkhidmat di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Beliau kemudian dipinjamkan ke Malaysian Biotechnology Corporation Sdn. Bhd., kemudian ditempatkan di pejabat YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan kini di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memegang jawatan sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan.

“Mungkin boleh dikatakan bahawa di KBS inilah di mana saya mula benar-benar terlibat dalam pengurusan fleet kenderaan Kerajaan dalam kapasiti saya pertamanya sebagai Timbalan Ketua Setiausaha Pengurusan dan kemudiannya mulai tahun lepas sehingga kini, selaku Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan,” ujar anak kelahiran Negeri Sembilan ini.

“Sebagai KSU, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menggerakkan serta menyelia keseluruhan operasi di KBS, termasuklah dari segi pengurusan kenderaan Kerajaan di Kementerian ini. Juga termasuklah pengurusan kereta konsesi iaitu kereta-kereta jenis saloon yang dipajak daripada syarikat konsesi yang dilantik oleh Kerajaan.” jelasnya lagi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Claremont Graduate University, California dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dari University of

Southern California, Amerika Syarikat.

Telah menggunakan perkhidmatan SPANCO sejak 2011 lagi, beliau merasai pengalaman menggunakan kereta SPANCO adalah sesuatu yang sangat positif. Baginya, perkhidmatan yang disediakan telah banyak membantu dari segi pengurusan keseluruhan kereta-kereta saloon yang turut diperuntukkan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Gred Utama C dan ke atas atau setaraf.

“Peace of mind. Itulah yang boleh saya katakan apabila menggunakan

KAtA MErEKA

pengalaman positif Bersama spanCoMemudahkan

Tugasan di Kementerian

Belia dan Sukan

Telah menggunakan perkhidmatan SPANCO sejak 2011 lagi, beliau merasai pengalaman menggunakan kereta SPANCO adalah sesuatu yang sangat positif. Baginya, perkhidmatan yang disediakan telah banyak membantu dari segi pengurusan keseluruhan kereta-kereta saloon yang turut diperuntukkan kepada Pegawai Perkhidmatan Awam Gred Utama C dan ke atas atau setaraf.

Page 11: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 2017 11

perkhidmatan SPANCO. Pengalaman saya selaku pengguna kenderaan rasmi tersebut sebelum ini mungkin hanya terhad kepada penghantaran kenderaan ke pusat servis SPANCO untuk sebarang kerja-kerja penyenggaraan dan baik pulih. Namun kini, seperti saya nyatakan tadi, saya bertanggungjawab untuk menyelia program pengurusan fleet kenderaan. Jadi saya juga perlu memastikan sebarang kereta baru yang diterima daripada SPANCO berada dalam keadaan sempurna serta mematuhi spesifikasi yang diluluskan. Setakat ini secara keseluruhannya pengalaman saya dengan pihak SPANCO adalah positif,” tegasnya.

Ditanya mengenai perbezaan apabila Kerajaan Malaysia menyewa kenderaan-kenderaan secara pajak berbanding membeli secara terus, Dato’ Lokman Hakim berpendapat penyewaan secara pajak amat memudahkan

urusan pengurusan dan pentadbiran kenderaan. Yang mana selain urusan penyenggaraan dan pembaikan, syarikat konsesi turut menguruskan pembaharuan cukai jalan dan insurans, urusan berkaitan apabila berlakunya kemalangan yang melibatkan kereta yang disewa serta sebarang urusan penggantian dan pelupusan.

“Perbezaan yang paling ketara bagi saya adalah dari segi aliran tunai, baik dari segi modal permulaan, mahupun bayaran bulanan. Melalui

termasuklah dari segi tempoh pajakan serta terma-terma perjanjian yang lain,” ujar Dato’ Lokman Hakim lagi.

Secara keseluruhannya, beliau berpuas hati dengan perkhidmatan yang disediakan. Namun, beliau berpendapat SPANCO mungkin boleh menambah baik urusan pembelian kenderaan oleh pegawai yang akan bersara yang diperuntukkan dengan kereta dipajak. Proses tersebut mungkin boleh dipercepatkan lagi, tertakluk kepada pegawai menyelesaikan semua saman tertunggak ke atas kereta tersebut. Ianya boleh dilakukan SPANCO bersama-sama Seksyen Pengurusan Kenderaan, Kementerian Kewangan bagi sama-sama melihat bagaimana untuk mempercepatkan bekalan kereta rasmi jawatan kepada Pegawai-pegawai yang baharu dinaikkan pangkat.

sistem pajak dengan syarikat konsesi ini, Kerajaan tidak perlu membayar penuh harga kereta yang digunakan. Kerajaan juga tidak perlu menanggung risiko kenderaan yang digunakan akan susut nilainya. Malah, risiko kos penyenggaraan dan pembaikan juga akan ditanggung oleh syarikat konsesi,” jelasnya.

“Saya turut berharap pada masa hadapan Kerajaan dapat mempertimbangkan untuk menyewa kenderaan penumpang seperti van dan bas dari pihak SPANCO, berbanding membeli sendiri kenderaan tersebut. Melihat kepada ‘track record’ serta kesediaan syarikat untuk sentiasa menambah baik dan meningkatkan perkhidmatan yang disediakan, saya berpendapat SPANCO mampu untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar di masa hadapan. Namun, perkara ini semestinya perlu dikaji dengan lebih teliti dari pelbagai sudut,

Perbezaan yang paling ketara bagi saya adalah dari segi aliran tunai, baik dari segi modal permulaan, mahupun bayaran bulanan. Melalui sistem pajak dengan syarikat konsesi ini, Kerajaan tidak perlu membayar penuh harga kereta yang digunakan. Kerajaan juga tidak perlu menanggung risiko kenderaan yang digunakan akan susut nilainya. Malah, risiko kos penyenggaraan dan pembaikan juga akan ditanggung oleh syarikat konsesi.

Dato’ Lokman Hakim Ali, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan

Page 12: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 201712

SErvIS Itu pENtINg

Paling mustahak, kegagalan mekanikal di jalan raya akibat pengabaian servis boleh menyebabkan nyawa tergadai jika melibatkan kerosakan kritikal pada bahagian brek, stereng atau suspensi. Justeru melakukan servis berjadual boleh mengenal pasti komponen dan mencegah sebelum rosak.

Berikut adalah beberapa penyenggaraan yang lazim dan kesan yang akan terjadi sekiranya diabaikan.

Penukaran minyak enjin

Menukar minyak pelincir mengikut jadual membantu membersih dan melancarkan pergerakan enjin. Salah satu risiko jika tidak melakukan servis berjadual adalah pengumpulan enapcemar atau kotoran minyak pada enjin kereta anda. Minyak pelincir perlu ditukar mengikut saranan pengeluar iaitu 10,000km atau 6 bulan, yang mana dahulu.

Akibat dari kelalaian: Potensi kegagalan enjin.

Putaran tayar, tekanan angin dan Penjajaran

Menukar posisi tayar dari hadapan ke belakang dan sebaliknya akan membantu menyamaratakan kelusuhan tayar. Penjajaran pula menyelaraskan stereng dan suspensi kereta supaya menepati spesifikasi pengeluar bagi pergerakan yang lurus dan seimbang.

Di samping melakukan putaran dan penjajaran tayar pada jarak perbatuan yang disarankan, tekanan angin tayar juga perlu diperiksa secara berkala dan ditambah secukupnya. Ini dapat

mengelakkan kelusuhan bunga tayar yang tidak sekata dan membantu memanjangkan hayat tayar selain menjimatkan penggunaan minyak.

Akibat dari kelalaian: Keupayaan brek untuk memberhentikan kenderaan akan berkurangan.

gantikan ‘timing belt’ mengikut temPoh

Kebanyakan enjin hari ini menggunakan sama ada tali sawat pemasaan atau rantai. Jika menggunakan tali sawat, ia perlu ditukar setiap 100,000-120,000km

Penyenggaraan berkala amat penting bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dan efisien sekali gus dapat mengoptimumkan hayat kereta. Kelalaian berbuat demikian akan mengakibatkan komponen-komponen terabai dan gagal untuk berfungsi pada tahap yang sepatutnya.

Kesan Pengabaian Servisnyawa Boleh terancam Jika Lalai Lakukan penyenggaraan

SErvIS Itu pENtINg

Page 13: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 2017 13

jarak perbatuan.

Sekiranya tidak dilakukan dan tali sawat gagal berfungsi, enjin akan berhenti dan kereta tidak boleh bergerak. Jika bernasib baik, hanya perlu menukar tali sawat yang rosak. Bagaimanapun kerosakan yang lebih serius selalunya berlaku dan enjin perlu dibaiki pada kos pembaikan yang tinggi.

Akibat dari kelalaian: Kerosakan mengambil masa lama untuk dibaiki dan pengguna tiada kenderaan sepanjang tempoh pembaikan.

Pemeriksaan brek tahunan

Pemeriksaan brek secara berkala bukan sahaja dapat memberitahu anda bila

pad brek harus ditukar tetapi juga mampu menghindar kerosakan seperti ketiadaan minyak brek atau terdapat kebocoran pada silinder utama.

Kelalaian melakukan pemeriksaan brek boleh membawa kepada kerosakan yang lebih teruk dan penggantian rotor atau dram yang lebih mahal. Lebih penting, keselamatan pemandu dan penumpang juga akan terancam sekiranya brek gagal berfungsi.

Akibat dari kelalaian: Keselamatan pengguna terancam.

menukar Palam Pencucuh dan PenaPis

Penyenggaraan asas seperti menukar palam pencucuh, penapis udara

dan bendalir (fluid) secara berjadual, bertujuan untuk memelihara prestasi kenderaan. Punca kegagalan ini boleh mengakibatkan tahap karbon yang lebih tinggi di dalam enjin serta kerosakan pada sensor oksigen dan penukar mangkin. Pelepasan karbon yang tinggi mencemarkan alam sekitar dan punca utama kepada pemanasan global.

Akibat dari kelalaian: Mengganggu prestasi kenderaan hingga boleh mengakibatkan kerosakan.

Ciri-Ciri Keselamatan Yang DimiliKi Proton Prevé

Prevé Premium mula diperkenalkan dalam fleet SPANCO pada 2013, merupakan kenderaan PROTON pertama dilengkapi transmisi ProTronicCVT 7-pecutan dengan pedal penganjak pada stereng untuk penukaran gear yang pantas. Selain menawarkan daya pecutan terbaik di dalam kategorinya, Prevé Premium turut dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang hebat seperti:

• Struktur keselamatan Bertetulang (RESS) - Prevé

menggunakan teknologi ‘Hot Press Forming’ (HPF) yang memberi perlindungan dan kerangka lebih kukuh serta stabil tetapi ringan.

• Kawalan Kestabilan Elektronik (ESC) – satu teknologi menghindar kemalangan dengan mengurangkan kegelinciran apabila sistem mengesan kehilangan kawalan.

• Pengagihan Kuasa Brek Elektronik (EBD) – menyeimbangkan daya pembrekan untuk memberhentikan kereta

dengan stabil.

• Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) – membantu menyelaraskan brek pada permukaan jalan yang licin.

• Tali pinggang keledar pra-regangan – mengurangkan pergerakan dan kuasa rempuhan pada anggota dada semasa impak.

• 6 beg udara – iaitu dua di depan, dua di sisi dan dua di tingkap.

• Pengiktirafan Keselamatan - mendapat markah penuh 5 bintang untuk Program Penilaian Kenderaan Malaysia (MyVAP) oleh MIROS dan dalam Program Penilaian Kereta Baharu Australasia (ANCAP).

Selalulah beringat

bahawa kelalaian atau melengahkan

mana-mana penyenggaraan

kereta berpotenSi membahayakan

nyawa anda dan penumpang.

Page 14: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 201714

pErSADA INovASI

TrenD TeknologiAutomotif 2017Arus pembangunan yang pesat menyaksikan teknologi automotif terus berkembang maju. Berikut dipaparkan beberapa teknologi popular yang semakin mendapat tempat di kalangan pengeluar-pengeluar kereta baharu pada 2017.

Banyak kereta kini menawarkan teknologi keselamatan ‘autonomous’ yang jauh lebih cekap pada kos yang lebih murah. Nissan contohnya, boleh mengesan dan memberi amaran tentang bahaya yang berlaku ke atas dua kereta di hadapan manakala Honda Civic akan membrek secara automatik sebaik sebelum perlanggaran. Hyundai Elantra pula akan kembali ke laluannya jika tersasar dan Mazda3 akan menyesuaikan kelajuan mengikut trafik. Bagaimanapun ciri-ciri ini masih belum terdapat di Malaysia.

Ciri Keselamatan Autonomi

Aplikasi Penjagaan KeretaPengeluar-pengeluar kereta berlumba-lumba untuk menyediakan aplikasi penjagaan kereta. Jika dahulu, anda perlu merujuk kepada pelekat di cermin bagi mengetahui tarikh dan perbatuan untuk servis yang berikutnya, tetapi kini, anda boleh dapatkan maklumat tersebut dan segala yang berkaitan kereta anda dari hanya satu aplikasi. Misalnya Hyundai yang menyediakan aplikasi yang akan memaklumkan tarikh servis akan datang selain menjadualkan temu janji servis yang baharu untuk anda.

Suspensi Boleh SuaiLazimnya digunakan untuk kereta-kereta ‘sport’ yang berkuasa tinggi, namun kini mula dipasang pada model-model saloon. Sistem ini begitu mengujakan kerana ia membenarkan anda memilih dan menyesuaikan suspensi kereta anda mengikut kehendak seperti ‘selesa’ atau ‘lasak’. Nah, kini anda boleh menukar pengalaman memandu dengan hanya menekan butang pada ‘dashboard’ anda.

Page 15: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 2017 15

Kuasa eletrik Kereta elektrik telah lama digunakan sejak 30 tahun lalu namun baru kini benar-benar digunakan secara meluas. Ini kerana syarikat-syarikat pengeluar kereta telah berjaya menemukan kaedah menerapkan kuasa elektrik untuk meningkatkan kelajuan dan jarak perjalanan. Ini membolehkan kenderaan dipandu dengan kuasa elektrik sepenuhnya. Dengan pertambahan kereta berkuasa elektrik di jalan raya, amat jelas pengguna kini lebih selesa dengan teknologi yang amat secocok dengan gaya hidup mereka.

Teknologi pemanduan sendiri menjadi trend baharu dan tidak sahaja berkesan di jalan-jalan raya yang mudah disusuri tetapi juga di bandar-bandar yang sering dilanda kesesakan trafik. Terbaru adalah Sistem Bantuan Pilot oleh Volvo dan ‘Tesla Autopilot’ yang membolehkan kereta dipandu sendiri secara automatik sepenuhnya dengan lebih cekap dan paling penting, selamat. Ia adalah bayangan pengangkutan di masa hadapan!

Pemanduan Automatik Sepenuhnya

Kawalan Isyarat Tangan

Kereta-kereta termaju kini dilengkapi skrin sesentuh besar tanpa perlu banyak butang atau meter pada ‘dashboard’. Skrin ini juga amat

responsif kepada sentuhan justeru mudah dikawal seperti sebuah telefon pintar. Malah tidak lagi memaparkan paparan yang statik,

rumit dan menjemukan seperti yang lazim terdapat sebelum ini. Anda juga boleh menyusun semula atau menambah maklumat serta fungsi

mengikut keperluan dan kesesuaian.

Paparan Skrin Yang Lebih Besar

Ia membenarkan anda mengawal pelbagai fungsi kereta dengan hanya melakukan isyarat pergerakan tangan. Bayangkan anda kini tidak perlu lagi bersusah payah mencari dan menekan butang sebaliknya hanya perlu mengimbas isyarat tertentu bagi menghidupkan fungsi seperti alat pengelap cermin. BMW satu-satunya yang menawarkan ciri ini tetapi dijangkakan lebih banyak pengeluar akan turut serta di masa hadapan.

Page 16: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 201716

MErAKAM CAtAtAN

YA Dato’ Hashim Hamzah,Hakim Mahkamah TinggiAlor Setar

YBhg Dato’ Hj Ibrahim Abdullah, Pengarah Negeri, unit Penyelarasan Pelaksanaan

Kunjung Hormat

Program Lawatan dan Sesi Taklimat bersama PDRM

Mahkamah tinggi alor setar, kedah

19 februari 2017

Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah

ipk kedah - alor setar, kedah

20 februari 2017Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perlis

ipk perlis - kangar, perlis21 februari 2017

Unit penyelarasan pelaksanaan, kedah

20 februari 2017

encik Mohd zaki Abdul Rahman, Pegawai

Pembangunan Negeri, unit Penyelarasan

PelaksanaanUnit penyelarasan pelaksanaan,

perlis21 februari 2017

Page 17: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 2017 17

Proton edar Langkawi

kedah15 februari 2017

Taklimat SMART (Penyenggaraan Servis dan Risiko)

Program Lawatan dan Sesi Taklimat bersama Doktor Pakar (JuSA)

Hospital Sultanah Bahiyah

alor setar, kedah19 februari 2017

Hospital Tuanku Fauziah

kangar, perlis21 februari 2017

Proton edar Alor Setarkedah19 februari 2017

Ibu Pejabat Kontinjen

(IPK) Perlis

kangar, perlis21 februari 2017

Page 18: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 201718

teKnologi mesra PelanCong

Percutian menggunakan penerbangan akan menjadi lebih

mudah lagi lancar dengan pelbagai teknologi canggih yang diterapkan. Teknologi kecerdasan buatan (AI),

robot, biometrik, mata wang digital, realiti maya dan ekosistem mesra

yang berintegrasi sepenuhnya bakal menjadikan penerbangan dan persinggahan di lapangan terbang satu pengalaman yang

tidak lagi membosankan sebaliknya menyeronokkan. Begitu juga program

hiburan dalam pesawat yang menyokong pelan percutian anda

dengan apa juga kemudahan atau maklumat yang anda perlukan.

tiKet Penerbangan Yang FleKsibel

Harga tiket penerbangan terus menurun dan adalah yang terendah dalam tempoh lima tahun pada 2016. Harga tiket menjadi agak mahal kerana syarikat penerbangan menyediakan pakej yang kadangkala tidak diperlukan oleh penumpang. Bagaimanapun dengan trend penjualan tiket penerbangan yang lebih fleksibel, penumpang boleh memilih perkhidmatan yang mereka kehendaki sahaja. Ini boleh menjimatkan dan akan menggalakkan lebih ramai menaiki kapal terbang untuk pergi bercuti.

PerCutian generiK semaKin berKurangan

Tahun ini dilihat lebih menjurus kepada percutian dengan tujuan yang lebih khusus, iaitu berbeza

dari pakej generik yang lazim ditawarkan sebelum ini. Pelancong lebih berhati-hati memilih destinasi

dan tempat penginapan. ‘Homestay’ menjadi pilihan utama. Selain lebih

menjimatkan, pelancong dapat menghayati kehidupan masyarakat tempatan, menikmati gaya hidup di bandar yang baharu atau bertukar kepada suasana perkampungan

untuk beberapa hari, minggu malah bulan. Ini pastinya memberikan

pengalaman yang lebih bermakna kepada percutian tersebut.

LIBur DEStINASI

Percutian 2017Ramalan TRend

Merancang percutian adalah sesuatu yang menyeronokkan namun anda juga harus melihat bajet dan keselesaan yang bersesuaian menepati cita rasa anda. Berikut antara ramalan trend percutian 2017 sebagai panduan anda.

JILID 1 | JAN - FEB 201718

Page 19: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 2017 19

PenCarian Perjalanan Yang lebih muDah

Dengan kepesatan teknologi maklumat melalui aplikasi telefon bimbit, memudahkan anda untuk melakukan pencarian destinasi percutian. Walau tanpa persediaan, pencarian melalui telefon bimbit dan komputer menjadi pilihan utama kebanyakan pelancong. Begitu cepat dan mudah tanpa perlu mengharapkan bantuan agensi pelancongan untuk merealisasikan percutian.

PelanCongan mesra alam

Rata-rata kini orang ramai lebih prihatin kepada perasaan cintakan alam semula jadi. Dengan keadaan pencemaran yang semakin meningkat serta kemusnahan alam akibat kepesatan pembangunan yang tidak terkawal, ramai yang memilih untuk bercuti sambil menikmati keindahan alam sementara ianya masih belum terpupus.

‘bleisure’

Satu trend menggabungkan percutian dan tugasan atau juga

disebut ‘bleisure’ di mana anda boleh bercuti sambil bekerja atau

bekerja sambil bercuti. Terima kasih kepada Internet, anda

bebas ke mana-mana sambil memanfaatkan masa dan peluang

yang tersedia dengan membawa tab atau komputer riba untuk

bekerja. Sambil bercuti menikmati keindahan destinasi yang dilawati,

anda juga boleh menyelesaikan tugasan.

Kehadiran pesawat tambang murah antarabangsa menggalakkan lagi percutian ke luar negara. Inilah masa paling sesuai untuk berehat sambil melancong. Syarikat-syarikat penerbangan turut membantu fenomena ini dengan mengatur

perjalanan baharu yang menghubungkan beberapa bandar utama. Contohnya MAS akan melancarkan penerbangan ke lapan destinasi dan 11 laluan baharu ke China bermula awal 2017.

tambang murah bagi Perjalanan antarabangsa

Page 20: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 201720

BICArA SIhAt

Perut buncit? Ia seakan satu trauma buat anda, apatah lagi bila usia meningkat. Perut buncit berpunca dari lemak yang terkumpul di bahagian perut dan faktor utama adalah kerana kurang bersenam. Apa kata anda cuba beberapa cara ringkas berikut untuk menghilangkan lemak berlebihan di perut.

CaRa RingkasMenghilangkan leMak di Perut

1 Makan Makanan yang kaya dengan serat

Terdapat kajian yang membuktikan bahawa serat tinggi boleh mengurangkan jumlah lemak pada perut serta dapat meningkatkan kadar metabolisme secara ketara. Serat larut menyerap air dan membentuk jel yang membantu memperlahankan makanan yang melalui sistem penghadaman. Kajian menunjukkan serat membantu mengurangkan berat badan dengan menjadikan anda merasa kenyang sekali gus mengurangkan selera makan. Ia juga boleh mengurangkan jumlah kalori yang diserap oleh tubuh dari makanan yang diambil. Sumber serat terbaik antaranya epal, beri, avokado, sayuran dan kekacang.

6Protein strategi jangka Panjang

kurangkan leMak

Tahukah anda bahawa mengambil protein yang cukup adalah salah satu cara untuk mengurangkan

berat badan? Malah, sesetengah kajian turut mengakui bahawa

protein amat berkesan mengurangkan lemak terkumpul

di perut. Pengambilan protein yang tinggi akan meningkatkan pengeluaran hormon PYY yang

mengurangkan selera makan dan membuatkan anda berasa kenyang.

Protein juga meningkatkan kadar metabolisme dan membantu

mengekalkan otot semasa berat badan menyusut turun. Antara

makanan yang kaya protein adalah telur, daging segar, ikan, keju, produk

tenusu dan kekacang.

2

Page 21: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 2017 21

Cara lain yang berkesan untuk mengurangkan perut buncit yang perlu dilakukan

Elakkan makanan yang mengandungi lemak tepu. Kurangkan tahap tekanan anda.

Ganti minyak masak berlemak dengan minyak kelapa.

Lakukan latihan angkat berat.

Dapatkan tidur dan rehat yang cukup.

Makan banyak lemak ikan setiap minggu.

Kurangkan minum jus buah yang mengandungi gula tambahan.

Campurkan cuka epal di dalam diet anda.

Ambil pemakanan tambahan probiotik.

Amalkan berpuasa berselang-seli.

Minum teh hijau.

Jauhi alkohol.

Ubah kepada gaya hidup sihat dan gabungkan pelbagai cara yang telah disarankan.

kurangkan karbohidrat dalaM diet anda Kajian menunjukkan diet rendah karbohidrat adalah sangat berkesan untuk membuang lemak di bahagian perut, di sekeliling organ dalaman dan hati.

Dengan mengambil makanan yang kurang karbohidrat dapat mengurangkan selera makan. Kajian turut mendapati, apabila seseorang tidak mengambil karbohidrat, nafsu makan akan berkurangan dan dia akan mengambil makanan yang rendah kalori tanpa disedari. Malah, ia turut mengurangkan risiko serangan jantung dan juga diabetes jenis kedua iaitu apabila tubuh tidak lagi mampu menghasilkan insulin yang mencukupi bagi memproses gula dalam darah.

elak MinuMan ManisGula berlebihan bukan hanya boleh menyebabkan perut buncit tetapi

juga akan mendatangkan pelbagai penyakit. Elakkan dari mengambil gula putih atau minuman bergula dan bergas. Ini kerana apabila anda mengambil terlalu banyak gula, fruktosa akan terkumpul di dalam hati dan akan menjadi lemak. Bagi menghilangkan perut buncit, jauhi dari minuman bergula seperti soda, minuman keras, minuman manis dan bergas. Gantikan dengan madu dan susu rendah lemak.

3

4

Pantau beraPa banyak yang anda MakanKunci utama mengurangkan berat badan adalah dengan mengurangkan pengambilan kalori yang diperlukan. Selalu awasi apa yang anda makan dan

buat diari pemakanan. Anda juga boleh menggunakan aplikasi makanan ‘online’ untuk memantau pengambilan kalori. Ia turut membantu anda melihat jumlah protein, karbohidrat, serat dan mikronutrien yang anda ambil. Antara contoh pemantau kalori dalam talian adalah MyFitnessPal, Lose It!, FatSecret, Cron-o-meter dan SparkPeople.

6

senaMan sangat berkesan untuk Mengurangkan Perut buncitSenaman sangat penting untuk menjaga

kesihatan tubuh dan juga sangat berkesan mengurangkan lemak pada perut. Senaman yang biasa dan paling mudah dilakukan adalah berjalan cepat, joging, senam aerobik, berbasikal dan

berenang. Aerobik dan berlari membantu jantung mempercepatkan proses membakar kalori

dan membantu menghilangkan lemak di seluruh tubuh termasuk perut. Senaman mampu mengurangkan radang, tahap

gula dalam darah dan penyakit berkaitan metabolisme yang boleh menyebabkan

kegemukan.

5

Page 22: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 201722

TayarBateri Hawa Dingin

Pembaikan Kemalangan

Khidmat Tunda

Tayar & Bateri

MekanikalCawangan Proton Edar atau Wakil Servis Sah Proton Edar

pILIhAN SErvIS ANDA

terengganu - PuSat SerViS taYar c. P. - kuaLa terengganu

PuSAT SeRVIS TAYAR C. P.

702 & 702 A Jalan Bukit Kechil21100 Kuala Terengganu, TerengganuTel 09 622 8833 / 624 7308Faks 09 622 1863Juruteknik | 7 Orang Hoist | 3 Unit

keLantan - Sri Baru FaSt autOMOBiLe SDn BHD - kOta BHaru

SRI BARu FAST AuToMoBILe SDN BHD

Lot No 1114 & 1115, Jalan Sultan Yahya Petra 15200 Kota Bharu, KelantanTel 09 748 5554 / 743 1559Faks 09 743 1557Juruteknik | 8 Orang Hoist | 4 Unit

keLantan - tM Hing MOtOr SDn BHD - tanaH MeraH

WAKIL SeRVIS SAH PRoToN eDARTM HING MoToR SDN BHD

Lot 3621, KM 2 Kawasan Perindustrian Jalan Pasir Mas 17500 Tanah Merah KelantanTel 09 950 2338 Faks 09 950 2339Juruteknik | 6 Orang Hoist | 6 Unit

Page 23: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 2017 23

PeLANTIKAN BAHARu

TayarBateri Hawa Dingin

Pembaikan Kemalangan

Khidmat Tunda

Tayar & Bateri

MekanikalCawangan Proton Edar atau Wakil Servis Sah Proton Edar

PaHang - YaMOtOr tYre SerVice SDn BHD - kuantan

YAMoToR TYRe SeRVICe SDN BHD

Lot 34 Seksyen 22, Jalan Teluk Sisek 25000 Kuantan, PahangTel 09 516 2914 / 515 0898Faks 09 513 4769Juruteknik | 3 Orang Hoist | 7 Unit

M-P 2 AuTo WoRKS SDN BHD

No. 8 Jalan PTP 1/2Taman Perindustrian Tasik Perdana47120 Puchong, SelangorTel 03 8066 0011Faks 03 8066 5757

WAKIL SeRVIS SAH PRoToN eDARDJeN eNTeRPRISe SDN BHD

No. 110 & 111 Pusat Bandar Barat06000 Jitra, KedahTel 04 917 4767Faks 04 917 9767

Page 24: JILID 1 - spanco.com.my · JILID 1 Jan - Feb 2017 ... dengan nama, alamat dan nombor telefon anda. Sidang ... menyediakan laporan jabatan mereka pada bila-bila masa yang

JILID 1 | JAN - FEB 201724

C

M

Y

CM

MY

CY

CMY

K

Suicide-HM_210x297mm.pdf 1 17/11/2016 9:09 AM