presentation: audit syariah dalam koperasi muslimin oleh datuk mohamad mapt 29

29
Audit Syariah adalah suatu mekanisme bagi memastikan keputusan Lujnah Syariah yang berasaskan Muamalah Islam dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya .

Upload: abdul-ghani

Post on 04-Jul-2015

704 views

Category:

Education


2 download

DESCRIPTION

Audit Syariah, koperasi Muslimin

TRANSCRIPT

Page 1: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

Audit Syariah adalah suatu mekanisme bagi memastikan keputusan Lujnah Syariah yang berasaskan Muamalah Islam dipatuhi dan dilaksanakan sepenuhnya.

Page 2: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

AUDIT SYARIAHBerfungsi sebagai mekanisme pemantauan

terhadap pelaksanaan kontrak-kontrak , syarat-syarat dan operasi yang dilaksanakan oleh pihak Koperasi Muslimin.

Berperanan memastikan setiap keputusan Lujnah Syariah dilaksanakan dengan tepat dan

betul.. Berperanan sebagai institusi hisbah.

Page 3: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

INSTITUSI HISBAHBerperanan menangani dan memastikan segala

suruhan dan larangan Ilahi dipatuhi dan dilaksanakan dalam perjalanan urusan kehidupan sehari-hari yang melibatkan hubungan sesama manusia berkaitan perniagaan, perdagangan, pentadbiran dll.

Institusi bertugas memerhati, meninjau dan mempastikan semua kerja berjalan di atas landasan menegakkan yang makruf dan mencegah mungkar.

Page 4: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

Kewajipan Hisbah Firman Allah Taala:ولتكن منكم أمة يدعون الى الخير ويأمرون بالمعروف 104وينهون عن المنكر وأولئك هم المفلحون (ال عمران :

Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersikap demikian ialah orang-orang yang berjaya.”

Page 5: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

Nas al-Quran berkaitan Hisbah: الذين ان مكنهم فى الضرض أقاموا الصلوة وءاتوا الزكوة وأمروا بالمعروف ونهوا عن المنكر ولله عقبة

الموضر ( 41سوضرة الحج : )Maksudnya: “Iaitu mereka (umat Islam) yang jika

Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumiNescaya mereka mendirikan sembahyang serta

memberi zakat dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan, dan perbuatan yang mungkar; dan ingatlah bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.”

Page 6: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

Nas Hadith Nabawi من ضرأى منكم منكر ا فليغيره بيده فان لم يستطع فبلسانه

فان لم يستطع وذلك أضعف اليمان - ضرواه مسلمفبقلبهMaksudnya: “Sesiapa di antara kamu

melihat suatu kemungkaran maka hendaklah dia mengubah dengan tangannya, jika tidak berupaya dengan lidahnya, jika tidak berupaya maka dengan hatinya, dan yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman.”

Page 7: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

TINDAKAN HISBAH OLEH RASULULLAH S.A.W.Imam Muslim meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w.

mengelilingi pasar Madinah untuk pengawasan. Baginda menjumpai seikat karung bahan makanan yang kering lalu baginda memasukkan tangannya dan jari-jari baginda mendapati sesuatu yang basah. Baginda bertanya: “Wahai pemilik makanan, apakah ini? “ Dia menjawab :”Terkena air hujan, wahai Rasulullah.” Nabi bersabda:”Mahukah engkau meletakkannya di atas makanan ini sehingga orang-orang mengetahuinya?” Kemudian baginda bersabda: “Siapa saja yang menipu maka dia bukan dari golongan kami.”

Page 8: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

Kata-kata Siddiq Fadzil dalam kata pengantar buku Hisbah dan Pentadbiran Negara, IKDAS, KL.“Dunia pengurusan hari ini sangat

mementingkan peningkatan berterusan (continuous improvement) yang dalam bahasa Jepun disebut kaizen. Orientasi tersebut cukup beralasan kerana memang di situlah letaknya salah satu faktor daya saing dalam perlumbaan di gelanggang terbuka desa buana (global village) masa kini. Dalam situasi sedemikian itu sistem penilaian dan pengawasan gaya hisbah itu mungkin dapat menyumbang ke arah peningkatan yang terus menerus dari segi kecekapan, produktiviti, kualiti dan sebagainya.”

Page 9: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

IMAM GHAZALI MENGEMUKAKAN GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN MELAKUKAN TRANSFORMASIMengenalpasti kemungkaran atau ketidak

akuran.Mencegah kemungkaran atau ketidak akuran

dengan cara memberi nasihat serta mengingatkan tentang impak atau balasan buruk.

Mengecam tindaktanduk manusia dengan kata-kata kesat.

Menggunakan tangan bagi muhtasib.Menakut-menakut dan memukul oleh muhtasib.

Page 10: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

Definisi Audit SyariahAudit - pemeriksaan dan pengesahan.Syariah – hukum Syarak atau hukum Islam.Pengauditan – proses mengumpul dan menilai

segala bukti mengenai maklumat yang berhubung rapat dengan entiti ekonomi yang spesifik bertujuan mengenal pasti dan seterusnya melaporkan tahap pertalian antara maklumat yang dikenalpasti dan kriteria yang telah ditetapkan.

Page 11: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

Audit SyariahPemeriksaan dan pengesahan urus tadbir

sesuatu organisasi bagi memastikan organisasi dikendalikan mengikut prinsip-prinsip yang digariskan oleh Islam.

Satu mekanisme yang dilaksanakan untuk memastikan sektor kewangan Islam mematuhi dan menjaga prinsip-prinsip syariah yajng telah digariskan oleh Islam.

Page 12: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

KEPENTINGAN AUDIT SYARIAHSheikh Saleh A.Kameel , Presiden Majlis Am bagi

Bank dan Institusi Kewangan Islam menyatakan: “berdasarkan pemantauan yang dibuat olehnya , terdapat 350 bank yang menawarkan skim perbankan Islam 75 negara di seluruh dunia menggunakan kaedah kerja yang tidak selaras dengan hukum Syarak. Lebih membimbangkan daripada 350 bank tersebut, 120 daripadanya beroperasi di Negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). ”

Page 13: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

Kepentingan audit syariahMemastikan urus tadbir organisasi mengikut garis panduan

yang ditetapkan oleh Hukum Syarak.Memastikan tiada sebarang pelanggaran terhadap illah maqasid

Al-Syariah dan illah-illah syarak yang menepati kaedah fiqh.Mengesyorkan langkah-langkah bagi memperbaiki kecekapan

dan keberkesanan proses pentadbiran serta mencadangkan penambahbaikan dalam bidang berkaitan selari dengan kehendak Islam.

Memastikan segala keputusan yang telah dibuat oleh Lujnah Syariah dipatuhi dan dilaksanakan oleh setiap warga organisasi sama ada menyentuh perkara-perkara teknikal, modus operandi atau perkara-perkara dasar organisasi.

Page 14: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

Kedudukan dan ciri-ciri Juru Audit SyariahJuru Audit Syariah merupakan ejen penghubung

antara Koperasi Muslimin dengan Lujnah Syariah.Ciri-ciri Juru Audit Syariah:Bersifat berhati-hati dan cermat. Sopan, beradab, berakhlak mulia dan berpersonaliti

positif serta sentiasa proaktif .Memahami dan berpengalaman dalam amalan

kewangan Islam.Menguasai prinsip Muamalat Islam.

Page 15: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

Ciri-ciri Juru Audit SyariahMempunyai kesungguhan untuk mengembangkan

kecekapan dan keberkesanan melaksanakan tugas.Tegas dalam memelihara beberapa prinsip dasar tanpa

berkompromi dengan pihak-pihak tertentu semata-mata kerana motif keuntungan.

Pastikan objektif iaitu memastikan setiap operasi institusi terbabit melaksanakan dan mematuhi setiap keputusan Lujnah Syariah.

Tugasan mestilah dilakukan secara menyeluruh, bukan sahaja menumpukan soal riba tetapi juga muamalat yang diharamkan termasuk urusan pelaburan, aktiviti, pemasaran dan seumpamanya.

Page 16: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

SKOP DAN BIDANG TUGAS AUDIT SYARIAHMenyediakan perancangan audit syariah tahunan

supaya tugasan mengauditan dapat dilaksanakan mengikut keutamaan, tersusun dan merangkumi keseluruhan ruang lingkup organisasi.

Memastikan bidang penilaian yang lebih luas tidak setakat fungsi-fungsi kewangan sahaja , malah merangkumi seluruh bahagian termasuk berkaitan perkara-perkara teknikal, operasi dan pengurusan.

Memberi bantuan dan nasihat kepada organisasi secara komprehensif dalam pelbagai isu berkaitan syariah.

Page 17: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

SKOP DAN BIDANG TUGAS AUDIT SYARIAHMemberi penilaian yang sewajarnya kepada aspek

yang berisiko tinggi, jaminan kawalan, melaporkan penemuan yang signifikan dan mengesyorkan cadangan yang memberi impak kepada organisasi dengan berpandukan kepada asas syariah.

Menilai keberkesanan, kekukuhan dan kecukupan struktur kawalan dalaman. Kualiti dan pembaikan berterusan ditekankan dalam proses kawalan organisasi.

Page 18: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

SKOP DAN BIDANG TUGAS AUDIT SYARIAHMengkaji kepatuhan terhadap polisi, perancangan, prosedur-

prosedur, undang-undang dan peraturan-peraturan yang telah diluluskan oleh Lujnah Syariah dan pihak terlibat.

Menyemak kebolehkepercayaan dan kesahihan maklumat kewangan dan data operasi dengan menilai keseluruhan kawalan dan prosedur keselamatan komputer dalam pemprosesan data.

Memastikan segala urus tadbir bebas daripada unsur-unsur yang bertentangan degan syariah seperti penipuan, pecah amanah, kecurian dan pembaziran serta mencadangkan kawalan-kawalan untuk menghalang dan mengesan sebarang kejadian tersebut.

Menentukan sejauh mana objektif dan sasaran yang ditetapkan untuk operasi atau program tercapai dengan cara yang efektif.

Page 19: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

PERANAN JURU AUDIT SYARIAHMempersiapkan diri dengan segala kepakaran yang

berkaitan dan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan tugasan.

Mencapai akauntabiliti dan integriti, menambah baik operasi dengan memberi cadangan mengenai pengurusan risiko organisasi, etika bekerja menurut Islam, tadbir urus organisasi dan menerap keyakinan di kalangan massa dan pemegang saham organisasi.

Mengetahui apa yang diperlukan oleh organisasi bagi menghasilkan perkhidmatan yang berkualiti dengan memasukkan elemen-elemen syariah di dalamnya.

Sentiasa kreatif dan inovasi dalam melaksanakan tugas.

Page 20: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

PENGALAMAN AUDIT SYARIAH DI SYARIKAT AL-RAJHI AL-Masrafiyyah li al-Isti’mar (الل ىحجرلا ةكرشركة الرجحى لل (ستعمارUnit Audit Syariah di institusi ini ditubuhkan pada 30

Mei 1993.Unit menjalankan audit syariah di ibu pejabat dan

cawangan berpandukan dokumen-dokumen dan prosedur tertentu yang menepati perinsip syariah.

Unit ini menyediakan laporan komentar serta cadangan ke atas hasil audit syariah tersebut.

Tugas utama unit ini:A) Memastikan setiap aktiviti, produk, perkhidmatan

kontrak dipatuhi seperti diluluskan oleh Lujnah Syariah.

Page 21: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

Tugas utama Syarikat al-Rajhi al-Masrafiyyah li al-Isti’marB) Menyemak contoh-contoh kontrak, perjanjian dan

prosedur manual (standard operating prosedure) sebelum pelaksanaannya bertujuan memastikan ianya selaras dengan keputusan Lujnah Syariah.

C) Memastikan Koperasi mematuhi dan melaksanakan keputusan Lujnah Syariah dan matlamat penubuhan berasaskan al-siasah al-syariyyah.

D) Melakukan audit syariah secara berkala.E)Menyediakan laporan audit syariah secara berkala.

Page 22: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

Kandungan Laporan Audit Syariah di Syarikat al-Rajhi al-Masrafiyyah lil al-Isti’marLaporan audit syariah mengandungi peringatan,

kritikan atau cadangan penambahbaikan berkaitan perkara-perkara berikut:

A) Hal-hal yang tidak dibenarkan oleh Lujnah Syariah.

B) Pengesahan sighah atau kontrak yang disediakan sebelum ia dilaksanakan.

C) Keadaan, hal atau perkara yang menyalahi fatwa atau keputusan Lujnah Syariah.

D) Manual-manual Koperasi.E) Polisi siasah syari’yyah Koperasi.

Page 23: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

Pengalaman Audit Syariah di Syarikat Takaful Malaysia Berhad.Syarikat Takaful Malaysia Berhad

telah menyediakan Manual Pematuhan Syariah dan menjalankan Audit Syariah Dalaman (Internal Shariah Audit) pada tahun 2007.

Audit ini dilakukan oleh Pegawai dari Jabatan Syariah.

Page 24: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

Pengalaman Audit Syariah di Takaful Ikhlas Sdn Bhd.Takaful Ikhlas telah mewujudkan Manual Syariah

sebagai panduan utama untuk memastikan syarikat beroperasi selaras dengan tuntutan syariah.

Syarikat juga menyediakan senarai semak syariah (Shariah Checklist) untuk audit syariah.

Pada 2006/2007, Takaful Ikhlas melantik Islamic Banking and Finance Institut (IBFIM) sebagai juruaudit syariah luar (External Shariah Audit).

Laporan audit syariah dibentangkan dalam Majlis Pengawasan Syariah dan Lembaga Pengarah.

Page 25: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

Pengalaman Audit Syariah di Bank Islam Malaysia BerhadBank Islam memulakan usaha memastikan

pematuhan prinsip Syariah dengan mewujudkan Internal Syariah Audit.

Unit ini bertindak mengaudit operasi bank bertujuan untuk memastikan selaras dengan garis panduan (guidelines), keputusan dan resolusi yang diluluskan oleh Majlis Pengawasan Syariah.

Page 26: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

Cadangan di Koperasi MusliminAudit Syariah dilaksanakan dan dikuatkuasakan

untuk menjamin kesucian muamalat Islam bagi tujuan memantau dan memastikan setiap keputusan Lujnah Syariah dipatuhi.

Pematuhan dan penguatkuasaan syariah hendaklah menjadi agenda utama dan fungsi Lujnah Syariah diperkasakan.

Ditubuhkan Jabatan Audit Syariah.Menyediakan garis panduan atau peraturan berkaitan

audit syariah.

Page 27: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

Cadangan rangkakerja Jabatan atau Unit Audit Syariah di KoperasiMenyediakan rangkakerja audit syariah secara

tahunan.Menjalankan kajian bebas dan objektif terhadap

operasi dan prosedur Jabatan dan Unit di Koperasi dengan analisa, penilaian, cadangan dan komen-komen yang berkaitan aktiviti Koperasi.

Memastikan setiap kontrak, prosedur, produk dan operasi selari dengan prinsip syariah yang diputuskan oleh Lujnah Syariah.

Menyatakan sebarang pelanggaran kepada prinsip syariah dan cadangan penambahbaikan.

Page 28: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

Cadangan rangkakerja Audit Syariah di KoperasiMemantau setiap operasi bagi memastikan

menepati syariah tanpa mendatangkan sebarang gangguan atau penangguhan kepada operasi Koperasi.

Menyediakan Laporan Audit Syariah kepada Lujnah Syariah secara berkala mengandungi ulasan (review), kesan (impact), cadangan penambahbaikan (recommendation) dan pelan tindakan pengurusan (managemant action plan).

Page 29: Presentation: Audit Syariah Dalam Koperasi Muslimin  Oleh  datuk mohamad mapt 29

KESIMPULAN :Audit Syariah mampu untuk mempertingkatkan

tadbir urus Koperasi terutama berkaitan aspek syariah.

Potensi memperbaiki urus tadbir Koperasi supaya selaras dengan prinsip syariah semakin menjadi kenyataan.

Dapat mengukur tahap pencapaian dan dapat menjadi asas penambahbaikan kepada Koperasi.

Memastikan tenaga kerja Koperasi mempunyai sikap dan tingkah laku yang selaras dengan kehendak syariah.