pres pmr 2013 - jpnkelantan.moe.gov.myjpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/perkhidmatan/pmr2013.pdf ·...

13
PENGUMUMAN KEPUTUSAN PENILAIAN MENENGAH RENDAH ( PMR) TAHUN 2013 19 DISEMBER 2013 1.O Pendahuluan Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat sejahtera, dan salam 1 Malaysia. Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan izinNya pada pagi ini, 19 Disember 2013 bersamaan 16 Safar 1435H sekali lagi saya diberi kesempatan untuk bersama-sama dengan tuan-tuan dan puan-puan dalam Majlis Pengumuman Keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2013. Untuk makluman semua, Peperiksaan PMR ini telah berlangsung pada 2, 3, 7, 8 dan 9 Oktober 2013. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah membuat persiapan untuk mengadakan majlis pada hari ini. Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih khusus kepada pihak media yang dapat bersama dan telah banyak memberi kerjasama dalam menghebahkan aktiviti atau program dan kejayaan yang dicapai oleh pelajar serta warga pendidik Jabatan Pendidikan Kelantan sama ada menerusi pelbagai akhbar atau saluran media elektronik tempatan. 1

Upload: tranthien

Post on 07-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pres PMR 2013 - jpnkelantan.moe.gov.myjpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/perkhidmatan/PMR2013.pdf · semua, Peperiksaan PMR ini telah berlangsung pada 2, 3, 7, 8 dan 9 Oktober 2013

PENGUMUMAN KEPUTUSAN

PENILAIAN MENENGAH RENDAH ( PMR) TAHUN 2013

19 DISEMBER 2013

1.O Pendahuluan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, selamat sejahtera,

dan salam 1 Malaysia.

Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah S.W.T kerana dengan

izinNya pada pagi ini, 19 Disember 2013 bersamaan 16 Safar 1435H sekali

lagi saya diberi kesempatan untuk bersama-sama dengan tuan-tuan dan

puan-puan dalam Majlis Pengumuman Keputusan Penilaian Menengah

Rendah (PMR) peringkat Negeri Kelantan bagi tahun 2013. Untuk makluman

semua, Peperiksaan PMR ini telah berlangsung pada 2, 3, 7, 8 dan 9

Oktober 2013.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan

terima kasih kepada semua pihak yang telah membuat persiapan untuk

mengadakan majlis pada hari ini. Pada kesempatan ini, saya ingin

merakamkan ucapan terima kasih khusus kepada pihak media yang dapat

bersama dan telah banyak memberi kerjasama dalam menghebahkan

aktiviti atau program dan kejayaan yang dicapai oleh pelajar serta warga

pendidik Jabatan Pendidikan Kelantan sama ada menerusi pelbagai akhbar

atau saluran media elektronik tempatan.

1

Page 2: Pres PMR 2013 - jpnkelantan.moe.gov.myjpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/perkhidmatan/PMR2013.pdf · semua, Peperiksaan PMR ini telah berlangsung pada 2, 3, 7, 8 dan 9 Oktober 2013

2

Saya sekali lagi bersyukur kepada Allah S.W.T kerana secara

keseluruhannya keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun

2013 yang diumumkan sebulan yang lalu merupakan pencapaian yang

terbaik bagi negeri Kelantan sama ada dari segi Gred Purata

Negeri (GPN), Peratus Lulus Minima C dan Peratus Kecemerlangan

semua A jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Malaysia.

Pada tahun ini Pencapaian prestasi PMR juga merupakan yang

terbaik bagi negeri Kelantan dalam tempoh 6 tahun terakhir sama ada

daripada segi GPN, Peratus Kelulusan Am, Gred Purata Mata pelajaran

(GPMP), Peratus Kelulusan Mata Pelajaran berbanding dengan tahun

sebelum dan peringkat nasional.

Pengumuman keputusan Penilaian Menengah Rendah pagi ini adalah

berdasarkan kepada pencapaian Gred Purata Negeri, peratus

kecemerlangan semua A, Pencapaian peratus lulus minimum D

semua mata pelajaran dan prestasi beberapa mata pelajaran.

Seperti juga tahun 2012, tumpuan pengumuman adalah berdasarkan

pencapaian murid dalam setiap mata pelajaran tanpa membandingkan

pencapaian antara sekolah, antara daerah dan antara negeri.

Pengumuman keputusan PMR tahun ini juga merupakan

pengumuman yang terakhir sebelum digantikan dengan

Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) mulai tahun 2014. Murid

akan ditaksir melibatkan 4 komponen iaitu komponen Pentaksiran Sekolah,

Pentaksiran Pusat, Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum serta

Pentaksiran Psikometrik. Bentuk pelaporan pula akan diselaraskan oleh

pihak Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Page 3: Pres PMR 2013 - jpnkelantan.moe.gov.myjpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/perkhidmatan/PMR2013.pdf · semua, Peperiksaan PMR ini telah berlangsung pada 2, 3, 7, 8 dan 9 Oktober 2013

3

2.0 Maklumat PMR Tahun 2013

Pengumuman keputusan PMR 2013 peringkat nasional juga

diumumkan pada hari ini 19 Disember 2013, di Putrajaya pada jam 10.00

pagi. Semua calon PMR boleh mengambil slip keputusan peperiksaan di

sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari ini. Calon juga

boleh menyemak keputusan melalui sistem pesanan ringkas (mySMS)

taipkan : PMR<jarak>No.Kad Pengenalan<jarak>Angka Giliran seterusnya

SMS ke 15888 dan juga dengan melayari portal Lembaga Peperiksaan di

alamat www.moe.gov.my/lp

Pelaporan Keputusan

Keputusan peperiksaan dilaporkan mengikut pencapaian dalam mata

pelajaran keseluruhan dan juga bagi Kerja Kursus untuk mata pelajaran

berkenaan. Pencapaian dalam mata pelajaran yang diambil akan dilaporkan

mengikut peringkat seperti berikut :

GRED TAFSIRAN

A (80%) Cemerlang

B (60%) Kepujian

C (50%) Baik

D (40%) Mencapai Tahap Penguasaan Minimum

E Tidak Mencapai Tahap Penguasaan Minimum

T Tidak Hadir

Page 4: Pres PMR 2013 - jpnkelantan.moe.gov.myjpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/perkhidmatan/PMR2013.pdf · semua, Peperiksaan PMR ini telah berlangsung pada 2, 3, 7, 8 dan 9 Oktober 2013

4

2.1 Maklumat Calon PMR Tahun 2013

Seramai 34,000 orang calon telah mendaftar untuk menduduki

PMR pada tahun 2013 berbanding dengan tahun 2012 iaitu seramai

35,540 calon. Keseluruhan jumlah calon ini terdiri daripada 27,760

orang (81.65%) adalah calon sekolah Kementerian Pendidikan

Malaysia (termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) yang

mendaftar. Selebihnya, seramai 522 orang calon (1.53%) adalah

calon dari MRSM, 82 orang calon (0.24%) adalah calon sekolah

swasta / persendirian dan 5,636 orang calon (16.57%) adalah calon

sekolah kerajaan negeri.

Terdapat juga 134 orang Calon Berkeperluan Khas (CBK) dari

pelbagai kategori yang menduduki PMR tahun ini di sekolah-sekolah

tertentu di negeri Kelantan.

2.2 Pusat Peperiksaan PMR Tahun 2013

Pada tahun 2013 terdapat 321 pusat peperiksaan PMR yang

terdiri daripada 243 pusat calon sekolah bantuan kerajaan termasuk

SABK (20 buah sekolah), 70 pusat calon sekolah kerajaan negeri, 4

pusat calon MRSM dan 4 pusat calon sekolah swasta/persendirian.

Pengendalian peperiksaan ini melibatkan 2,714 orang petugas

peperiksaan (termasuk pengemas bilik).

3.0 Analisis Keputusan PMR Tahun 2013

3.1 Gred Purata PMR Tahun 2013

Gred Purata Negeri (GPN) pada tahun 2013 ialah 2.58

berbanding 2.62 pada tahun 2012 iaitu meningkat sebanyak 0.04

Page 5: Pres PMR 2013 - jpnkelantan.moe.gov.myjpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/perkhidmatan/PMR2013.pdf · semua, Peperiksaan PMR ini telah berlangsung pada 2, 3, 7, 8 dan 9 Oktober 2013

5

mata). Terdapat 99 buah sekolah menunjukkan peningkatan melebihi

atau sekurang-kurangnya mengekalkan Gred Purata Sekolah (GPS).

Sukacita juga saya maklumkan bahawa sekolah-sekolah hendaklah akur dan hanya merujuk kepada rumusan Gred Purata Sekolah yang dikeluarkan atau dibekalkan oleh pihak Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia sahaja dan tidak membuat pindaan sendiri.

3.2 Peratus kelulusan PMR Tahun 2013

Peratus kelulusan keseluruhan calon sekolah Kementerian

Pendidikan Malaysia (termasuk Sekolah Agama Bantuan Kerajaan) di

negeri Kelantan dengan merujuk kepada pencapaian peratus lulus

minimum D bagi semua mata pelajaran ialah 67.98 peratus (18,449

orang calon) berbanding tahun 2012 kelulusannya 65.80 peratus

(18,807 orang calon). Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 2.18

peratus. Terdapat 111 buah sekolah mencapai peningkatan/kekal

peratus lulus semua mata pelajaran, 18 daripadanya peningkatan

lulus semua mata pelajaran melebihi 15%.

3.3 Kecemerlangan calon

Peratus calon yang memperoleh kecemerlangan semua A ialah

6.78 peratus atau seramai 1,839 orang calon bagi tahun 2013

berbanding tahun 2012 iaitu 5.79 peratus atau seramai 1,655 calon.

Ini menunjukkan peningkatan dari segi peratus kecemerlangan

sebanyak 0.99 peratus.

Saya merakamkan terima kasih dan tahniah kepada sekolah-

sekolah yang telah melahirkan pelajar yang lulus dengan cemerlang

dan memperolehi semua A dalam mata pelajaran yang diduduki.

Page 6: Pres PMR 2013 - jpnkelantan.moe.gov.myjpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/perkhidmatan/PMR2013.pdf · semua, Peperiksaan PMR ini telah berlangsung pada 2, 3, 7, 8 dan 9 Oktober 2013

6

Tahniah kepada pelajar ini kerana mereka merupakan aset penting

bagi sekolah, PPD, JPN dan negara untuk meningkatkan

kecemerlangan peperiksaan SPM tahun 2015 nanti.

Jadual 1: Perbandingan Keseluruhan PMR Dari Tahun 2008 – 2013

Tahun Perkara

2008

2009

2010

2011

2012

2013

Beza 2012 -

2013

Peratus Am

Negeri (Lulus

Minima A-D)

% 61.30 62.02 66.75 67.73 65.80 67.98 2.18

Bil 19,214 19,110 19,962 19,659 18,807 18,449 -358

Gred Purata Negeri 2.79 2.71 2.61 2.61 2.62 2.58 0.04

Peratus

Kecemerlangan

% 4.84 4.90 6.76 7.37 5.79 6.78 0.99

Bil 1517 1510 2023 2140 1655 1839 184

4.0 Analisis Kecemerlangan Mata Pelajaran

Bagi Sekolah Menengah Kebangsaan, calon mengambil 7 hingga 9

mata pelajaran daripada 14 mata pelajaran yang ditawarkan, antaranya

mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Geografi, Bahasa

Arab Komunikasi, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Pendidikan Islam, Matematik,

Sains dan 4 pilihan Kemahiran Hidup Bersepadu.

4.1 Peratus Kelulusan Mata Pelajaran Tahun 2013

Keseluruhannya, pencapaian calon dalam 12 mata pelajaran menunjukkan peningkatan yang ketara bagi tahun 2013 berbanding

Page 7: Pres PMR 2013 - jpnkelantan.moe.gov.myjpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/perkhidmatan/PMR2013.pdf · semua, Peperiksaan PMR ini telah berlangsung pada 2, 3, 7, 8 dan 9 Oktober 2013

7

tahun 2012. Perincian peningkatan tersebut sebagaimana jadual berikut:

Jadual 2 : Perbandingan Peratus Kelulusan Mata Pelajaran tahun 2012 - 2013

Bil Mata Pelajaran 2012 (%)

2013 (%)

BEZA (%)

1 Bahasa Arab (K) 83.21 87.21 4.00

2 Bahasa Cina 74.93 76.83 1.90

3 Bahasa Inggeris 70.95 72.43 1.48

4 Matematik 94.78 96.26 1.48

5 Bahasa Melayu 94.30 95.15 0.85

6 Pend. Islam 86.47 87.20 0.73

7 Sains 95.17 95.74 0.57

8 Sejarah 97.77 98.13 0.36

9 KHB – Kemahiran Teknikal

98.47 98.75 0.28

10 KHB - Perdagangan dan Keusahawanan

99.42 99.70 0.28

11 KHB – ERT 99.56 99.74 0.18

12 Geografi 95.12 95.28 0.16

13 Bahasa Tamil 0.0 100.0 -

14 KHB – Pertanian 98.35 97.18 - 1.17

Page 8: Pres PMR 2013 - jpnkelantan.moe.gov.myjpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/perkhidmatan/PMR2013.pdf · semua, Peperiksaan PMR ini telah berlangsung pada 2, 3, 7, 8 dan 9 Oktober 2013

8

4.2 Pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Tahun 2013

Prestasi keseluruhan pencapaian calon dalam 10 mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan GPMP berbanding dengan tahun 2012. Antara mata pelajaran tersebut adalah sebagaimana jadual di bawah:

Jadual 3 : Perbandingan Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) tahun 2012 - 2013

Bil Mata Pelajaran 2012 2013 BEZA

1 Bahasa Arab (K) 2.63 2.50 0.13

2 Sejarah 2.48 2.36 0.12

3 Bahasa Inggeris 3.50 3.40 0.10

4 KHB – Pertanian 2.31 2.23 0.08

5 Matematik 2.84 2.79 0.05

6 KHB – Kemahiran Teknikal 1.95 1.90 0.05

7 KHB - Perdagangan dan Keusahawanan

1.91 1.87 0.04

8 Pend. Islam 2.67 2.64 0.03

9 Sains 2.78 2.75 0.03

10 Geografi 2.48 2.49 0.01

11 Bahasa Cina 3.05 3.05 0

12 Bahasa Tamil - 3.25 -

13 Bahasa Melayu 2.23 2.25 - 0.02

14 KHB – ERT 1.83 1.90 - 0.07

Page 9: Pres PMR 2013 - jpnkelantan.moe.gov.myjpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/perkhidmatan/PMR2013.pdf · semua, Peperiksaan PMR ini telah berlangsung pada 2, 3, 7, 8 dan 9 Oktober 2013

9

4.3 Peratusan kelulusan Mata Pelajaran Berbanding Peringkat Nasional

Terdapat 10 daripada mata pelajaran yang ditawarkan

menunjukkan peningkatan dan mengatasi peratus kelulusan

mata pelajaran peringkat nasional tahun 2013. Mata pelajaran

tersebut ialah Bahasa Tamil, Geografi, Sejarah, KHB - Perdagangan

dan Keusahawanan, KHB – Kemahiran Teknikal, Sains, Matematik,

Bahasa Melayu, KHB – ERT dan KHB - Pertanian (rujuk jadual di

bawah):

Jadual 4: Perbandingan Peratus Kelulusan Mata Pelajaran Negeri – Nasional 2013

Bil Mata Pelajaran Negeri (%)

Nasional (%)

Beza (%)

1 Bahasa Tamil 100.0 78.8 21.2

2 Geografi 95.3 91.4 3.9

3 Sejarah 98.1 96.3 1.8

4 KHB - Perdagangan dan Keusahawanan

99.7 98.0 1.7

5 KHB – Kemahiran Teknikal

98.8 97.2 1.6

6 Sains 95.7 94.4 1.3

7 Matematik 96.3 95.1 1.2

8 Bahasa Melayu 95.1 94.2 0.9

9 KHB – ERT 99.7 98.8 0.9

10 KHB – Pertanian 97.2 96.5 0.7

11 Bahasa Inggeris 72.4 76.6 - 4.2

12 Bahasa Arab (K) 87.2 91.4 - 4.2

13 Pend. Islam 87.2 91.5 - 4.3

14 Bahasa Cina 76.8 84.0 - 7.2

Page 10: Pres PMR 2013 - jpnkelantan.moe.gov.myjpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/perkhidmatan/PMR2013.pdf · semua, Peperiksaan PMR ini telah berlangsung pada 2, 3, 7, 8 dan 9 Oktober 2013

10

4.4 Pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran (GPMP) Berbanding Peringkat Nasional

Terdapat 9 mata pelajaran yang menunjukkan GPMP negeri

Kelantan mengatasi atau menyamai peringkat nasional. Antaranya ialah

KHB - Perdagangan dan Keusahawanan, KHB - ERT, KHB – Kemahiran

Teknikal, KHB - Pertanian, Sejarah, Geografi, Bahasa Arab, Bahasa

Melayu dan Sains (rujuk jadual di bawah):

Jadual 5 : Perbandingan Pencapaian GPMP Negeri – Nasional 2013

Bil Mata Pelajaran Nasional (%)

Negeri (%)

Beza (%)

1 KHB - Perdagangan dan Keusahawanan

2.45 1.87 0.58

2 KHB - ERT 2.35 1.90 0.45

3 KHB – Kemahiran Teknikal

2.28 1.90 0.38

4 KHB - Pertanian 2.60 2.23 0.37

5 Sejarah 2.64 2.36 0.28

6 Geografi 2.75 2.49 0.26

7 Bahasa Arab 2.58 2.50 0.08

8 Bahasa Melayu 2.35 2.25 0.01

9 Sains 2.75 2.75 0.00

10 Matematik 2.75 2.79 -0.04

11 Pend. Islam 2.51 2.64 -0.13

12 Bahasa Cina 2.87 3.05 -0.18

13 Bahasa Inggeris 3.13 3.40 -0.27

14 Bahasa Tamil 2.92 3.25 -0.33

Page 11: Pres PMR 2013 - jpnkelantan.moe.gov.myjpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/perkhidmatan/PMR2013.pdf · semua, Peperiksaan PMR ini telah berlangsung pada 2, 3, 7, 8 dan 9 Oktober 2013

11

4.5 Peratus Pencapaian Kecemerlangan Mata Pelajaran (Gred A) Berbanding Peringkat Nasional

Peratus pencapaian kecemerlangan mata pelajaran (gred A)

berbanding peringkat nasional menunjukkan peningkatan. Antaranya

KHB - Perdagangan dan Keusahawanan, KHB ERT, KHB Kemahiran

Teknikal, KHB Pertanian, Bahasa Arab, Sejarah, Bahasa Melayu, dan

Geografi, (rujuk jadual di bawah):

Jadual 6 : Perbandingan Pencapaian Mata Pelajaran (Gred A) Negeri–Nasional 2013

Bil Mata Pelajaran Nasional (%)

Negeri (%)

Beza (%)

1 KHB - Perdagangan dan Keusahawanan 26.3 44.9 18.6

2 KHB - ERT 29.6 46.2 16.6

3 KHB – Kemahiran Teknikal 34.6 48.8 14.2

4 KHB - Pertanian 20.3 33.2 12.9

5 Bahasa Arab 30.1 36.7 6.6

6 Sejarah 21.6 27.6 6.0

7 Bahasa Melayu 27.0 32.5 5.5

8 Geografi 25.3 30.8 5.5

9 Bahasa Cina 19.5 18.4 -1.1

10 Bahasa Tamil 22.9 0 -22.9

11 Pend. Islam 23.8 22.5 -1.3

12 Matematik 29.3 26.6 -2.7

13 Sains 24.6 23.1 -1.5

14 Bahasa Inggeris 18.2 13.1 - 5.1

Page 12: Pres PMR 2013 - jpnkelantan.moe.gov.myjpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/perkhidmatan/PMR2013.pdf · semua, Peperiksaan PMR ini telah berlangsung pada 2, 3, 7, 8 dan 9 Oktober 2013

12

5.0 Senarai Sekolah Lulus 100 Peratus.

Berikut ialah senarai 16 buah sekolah yang mencapai keputusan 100

peratus kelulusan am berbanding 13 buah sekolah pada tahun 2012 (rujuk

jadual di bawah):

Jadual 7 : Sekolah Lulus 100 Peratus PMR 2013

BIL NAMA SEKOLAH

1 SM SAINS PASIR PUTEH, PASIR PUTEH

2 SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA, KOTA BHARU

3 SM SAINS MACHANG, MACHANG

4 SMK SULTAN YAHYA PETRA 2, KUALA KRAI

5 SMK DATO’ AHMAD MAHER, KOTA BHARU

6 SMKA LATI, PASIR MAS

7 SMK KUBANG BEMBAN, PASIR MAS

8 SMKA TOK BACHOK, BACHOK

9 SMKA MELOR, KOTA BHARU

10 SMKA WATANIAH, MACHANG

11 SMK DATO PERDANA, BACHOK

12 MAKTAB SULTAN ISMAIL, KOTA BHARU

13 SMK ZAINAB 1, KOTA BHARU

14 SMK KAMIL, PASIR PUTEH

15 SMK BACHOK, BACHOK

16 SABK AL KAUTHAR, KOTA BHARU

Page 13: Pres PMR 2013 - jpnkelantan.moe.gov.myjpnkelantan.moe.gov.my/v1/images/perkhidmatan/PMR2013.pdf · semua, Peperiksaan PMR ini telah berlangsung pada 2, 3, 7, 8 dan 9 Oktober 2013

13

6.0 Penghargaan

Saya mewakili warga pendidik dari seluruh negeri Kelantan mengucapkan

tahniah dan syabas kepada murid-murid yang telah berjaya dan mencapai

kecemerlangan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun 2013.

Saya juga merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua

pegawai dan kakitangan Jabatan Pendidikan Negeri dan Daerah, pemimpin

sekolah, guru, petugas peperiksaan, ibu bapa, PIBG, pemimpin-pemimpin

masyarakat, agensi-agensi kerajaan, badan NGO dan pihak media yang

banyak membantu pihak sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan

Pendidikan Negeri dalam melonjakkan kecemerlangan pendidikan di negeri

Kelantan.

Kepada semua agensi yang terlibat membantu Jabatan Pendidikan

Negeri Kelantan menguruskan peperiksaan sama ada sebelum, semasa dan

selepas peperiksaan, saya sekali lagi mengucapkan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

HAJI HUSSAIN BIN AWANG Pengarah Pendidikan Kelantan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan 19 Disember 2013