praktikal 1 fizik sce

Upload: datz-leo

Post on 04-Apr-2018

262 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 praktikal 1 fizik sce

    1/10

    NAMA : DATO LIANG ANAK SERUJI

    UNIT : PISMP SAINS SEMESTER 3

    TARIKH : 11 JANUARI 2013

    PRKTIKAL 1 : Pengukuran dalam kehidupan seharian

    Tujuan : Eksperimen ini adalah bertujuan untuk mengambil ukuran yang

    menggunakan pelbagai jenis instrumen.

    Aktiviti 1 : Pengukuran panjang

    Bahan / peralatan :

    I. Pembaris meter

    II. Pita pengukur

    III. Angkup vernier

    IV. Tolok skru mikrometer

    V. Penimbang elektronik

    VI. PenselVII. Meja

    VIII. Bikar

    IX. Dawai Kuprum

    X. Batang loyang

    XI. Tabung didih

    XII. Kertas A4

    PROSEDUR :

    A) Mengukur panjang, lebar dan luas meja.

    1. Panjang dan lebar sebuah meja diukur dengan menggunakan pita pengukur.

    2. Ukuran bagi setiap panjang dan lebar diulang sebanyak tiga kali dengan

    menggnakan pita pengukur yang sama pada tempat yang berbeza.

    3. Keputusan direkodkan di dalam jadual.

    4. Luas meja dikira.

  • 7/29/2019 praktikal 1 fizik sce

    2/10

    B) Mengukur tinggi dan tebal bikar.

    1. Tinggi bikar diukur dengan menggunakan bilah pengukur dalam angkup varnier.

    2. Tebal bikar diukur dengan menggunakan angkup vernier.

    3. Ukuran bagi tinggi dan tebal bikar itu diulang sebanyak tiga kali dengan

    menggunakan alat pengukur yang sama pada tempat yang berbeza.

    4. Tebal bagi bikar dikira.

    5. Keputusan direkodkan di dalam jadual.

    C) Mengukur diameter, panjang dan ketumpatan dawai kuprum.

    1. Diameter bagi dawai kuprum diukur dengan menggunakan tolok skru mikrometer.

    2. Panjang dawai kuprum diukur menggunakan pembaris meter.

    3. Ukuran bagi diameter dan panjang dawai kuprum itu diulang sebanyak tiga kali

    dengan menggnakan alat pengukur yang sama pada tempat yang berbeza.

    4. Jisim bagi dawai kuprum diukur dengan menggunakan neraca elektronik.

    5. Ketumpatan bagi dawai kuprum dikira.

    6. Keputusan direkodkan di dalam jadual.

    D) Mengukur diameter, panjang dan ketumpatan batang loyang.

    1. Diameter batang loyang diukur dengan menggunakan tolok skru mikrometer.

    2. Panjang batang loyang diukur dengan menggunakan pembaris.

    3. Ukuran bagi diameter dan panjang batang loyang itu diulang sebanyak tiga kali

    dengan menggnakan alat pengukur yang sama pada yang berbeza.

    4. Jisim bagi dawai kuprum diukur dengan menggunakan neraca elektronik.

    5. Ketumpatang batang loyang dikira.

    6. Keputusan direkodkan di dalam jadual.

    E) Mengukur panjang dan tebal tabung didih.

    1. Panjang bagi tabung didih bilah pengukur dalam angkup vernier.

    2. Diameter dalam dan luar tabung didih diukur menggunakan angkup vernier.

    3. Ukuran panjang dan diameter dalam serta bagi tabung didih itu diulang sebanyak

    tiga kali dengan menggnakan alat pengukur yang sama pada tempat berbeza.

    4. Tebal tabung didih dikira.

    5. Keputusan direkodkan di dalam jadual.

  • 7/29/2019 praktikal 1 fizik sce

    3/10

    F) Mengukur diameter pensel.

    1. Diameter sebatang pensel diukur dengan menggunakan alat pengukur angkup

    vernier.

    2. Ukuran bagi diameter pensel itu diulangsebanyak tiga kali menggunakan alat

    pengukur yang sama pada tempat yang berbeza.

    3. Keputusan direkodkan di dalam jadual.

    G) Mengukur tebal sehelai kertas.

    1. Tebal bagi sepuluh helai kertas telah diukur dengan menggunakan tolok skru

    mikrometer.

    2. Ukuran bagi diameter sepuluh helai kertas itu diulang sebanyak tiga kali

    menggunakan alat pengukur yang sama.

    3. Ukuran diameter bagi sehelai kertas dikira.

  • 7/29/2019 praktikal 1 fizik sce

    4/10

    Pemerhatian / Keputusan :

    A) Mengukur panjang, lebar dan luas meja.

    Bil Aspek diukurUkuran

    Purata1 2 3

    1 Panjang (cm) 260.5 260.3 260.5 260.4

    2 Lebar (cm) 120.5 120.3 120.2 120.3

    3 Luas (cm2) 31326.1

    Ralat sifar :1. pita pengukur = 0.1 cm

    Perbincanagan :

    Dalam eksperimen ini, pita pengukur telah dipilih untuk mengukur

    panjang dan sebuah meja. Pita pengukur lebih senang digunakan untuk pengukuran

    berbanding dengan pembaris meter. Pembaris meter tidak sesuai digunakan

    memandangkan ia tidak cukup panjang di mana itu akan menyebabkan dua ralat

    sifar akan diperhatikan. Pengukuran bagi panjang dan lebar meja telah diulang

    sebanya tiga kali di tempat yang berbeza bagi mendapatkan nilai ukuran yang jitu.

    Luas meja : panjang x lebar

    = 260.4 x 120.3

    = 31326.1 cm2

    B) Mengukur tinggi dan tebal bikar.

    Bil Aspek diukurUkuran

    Purata1 2 3

    1 Tinggi (cm) 5.98 5.98 6.10 6.02

    2 Diameter luar (cm) 4.24 4.24 4.24 4.24

    3 Diameter dalam (cm) 3.980 3.880 3.874 3.91

    Ralat sifar :1. angkup vernier = 0.01 cm atau 0.1 mm

    Perbincangan :

    Dalam eksperimen ini, tinggi bikar telah diukur dengan menggunakan

    bilah pengukur dalam angkup varnier manakala diameter bikar pula diukur

    menggunakan angkup vernier. Pengukuran bagi tinggi, diameter dalam dan luar

  • 7/29/2019 praktikal 1 fizik sce

    5/10

    bikar telah diulang sebanya tiga kali di tempat yang berbeza bagi mendapatkan nilai

    ukuran yang jitu. Tebal bikar diperoleh dengan menolak nilai ukuran diameter luar

    dengan diameter dalam bikar.

    Tebal bikar : diameter luar diameter dalam

    = 4.24 3.91

    = 1.08 cm

    C) Mengukur diameter, panjang dan ketumpatan dawai kuprum.

    Bil Aspek diukurUkuran

    Purata1 2 3

    1 Diameter (mm) 0.06 0.06 0.07 0.06

    2 Panjang (cm) 54.5 54.5 54.5 54.5

    3 Jisim (g) 1.19

    4 Ketumpatan (g/cm3) 772.27

    Ralat sifar :1. tolok skru mikrometer = 0.01 mm2. pembaris meter = 0.1 cm

    Perbincangan :

    Dalam eksperimen ini, diameter dawai kuprum diukur dengan

    menggunakan tolok skru mikrometer.Panjang dawai kuprum diukur dengan

    menggunakan pembaris meter.Ukuran bagi diameter dan panjang dawai kuprum itu

    diulang sebanyak tiga kali dengan menggnakan alat pengukur yang sama pada yang

    berbeza. Seterusnya, dawai kuprum ditimbang dengan menggunakan neraca

    elektronik untuk mendapatkan jisimnya.

    Isipadu dawai kuprum : x r2

    x h

    = 22/7 x (0.003)2 x 54.6

    = 0.00154 cm3

    Ketumpatan dawai kuprum : ------------------------= -------------------------------

    = ------------------

    isipadu dawai kuprum

    jisim dawai kuprum

    .000154cm3

    1.19 g

  • 7/29/2019 praktikal 1 fizik sce

    6/10

    D) Mengukur diameter, panjang dan ketumpatan batang loyang.

    Bil Aspek diukurUkuran

    Purata1 2 3

    1 Diameter (mm) 4.45 4.43 4.43 4.442 Panjang (cm) 25.9 26.0 25.9 25.9

    3 Jisim (g) 28.83

    4 Ketumpatan (g/cm ) 7.189 /7.317

    Ralat sifar :1. tolok skru mikrometer = 0.01 mm2. pembaris meter = 0.1 cm

    Perbincangan :

    Dalam eksperimen ini, diameter batang loyang diukur dengan

    menggunakan tolok skru mikrometer.Panjang batang loyang diukur dengan

    menggunakan pembaris meter.Ukuran bagi diameter dan panjang batang loyang itu

    diulang sebanyak tiga kali dengan menggunakan alat pengukur yang sama pada

    yang berbeza. Seterusnya, batang loyang ditimbang dengan menggunakan neraca

    elektronik untuk mendapatkan jisimnya.

    Isipadu batang loyang : x r2 x h

    = 22/7 x (0.22)2 x 25.9

    = 3.94 cm3

    Ketumpatan batang loyang : -\----------------- = -------------------------------

    = -------------

    isipadu batang loyang

    jisim batang loyang

    3.94 cm3

    28.83 g

  • 7/29/2019 praktikal 1 fizik sce

    7/10

    E) Mengukur panjang dan tebal tabung didih.

    Bil Aspek diukurUkuran

    Purata1 2 3

    1 Panjang (cm) 14.9 15.1 15.0 15.0

    2 Diameter dalam (cm) 2.25 2.24 2.24 2.24

    3 Diameter luar (cm) 2.88 2.91 2.90 2.90

    4 Tebal (cm) 0.66

    Ralat sifar :1. angkup vernier = 0.01 cm atau 0.1 mm

    Perbincangan :Dalam eksperimen ini, panjang tabung didih telah diukur dengan

    menggunakan bilah pengukur dalam angkup varnier manakala diameter tabung didih

    pula diukur menggunakan angkup vernier. Pengukuran bagi panjang,diameter dalam

    dan luar bikar telah diulang sebanyak tiga kali di tempat yang berbeza bagi

    mendapatkan nilai ukuran yang jitu. Tebal tabung didih diperoleh dengan menolak

    nilai purata ukuran diameter luar dengan diameter dalam tabung didih.

    Tebal tabung didih : diameter luar

    diameter dalam= 2.90 2.24

    = 0.66 cm

    F) Mengukur diameter pensil.

    Bil Aspek diukurUkuran

    Purata

    1 2 3

    1 Diameter (cm) 0.71 0.71 0.71 0.71

    Ralat sifar :1. angkup vernier = 0.01 cm atau 0.1 mm

    Perbincangan :

    Dalam eksperimen ini, diameter sebatang pensel diukur dengan

    menggunakan alat pengukur angkup vernier. Ukuran bagi mendapatkan diameter

    pensel itu diulang sebanyak tiga kali menggunakan alat pengukur yang sama pada

    tempat yang berbeza untuk mendapatkan nilai purata yang lebih jitu.

  • 7/29/2019 praktikal 1 fizik sce

    8/10

    G) Mengukur tebal sehelai kertas.

    Bil Aspek diukurUkuran

    Purata1 2 3

    1 Tebal 10 helai (mm) 0.102 0.104 0.102 0.103

    2 Tebal sehelai (mm) 0.01

    Ralat sifar :1. tolok skru mikrometer = 0.01 mm

    Perbincangan :

    Kertas adalah terlalu nipis. Dalam eksperimen ini, alat yang telah

    digunakan untuk mengukur ketebalan sekeping kertas ialah tolok skru mikrometer

    kerana kepekaan tolok skru mikrometer ialah 0.01mm atau 0.001 cm. Ketebalan

    sekeping kertas boleh ditentukan dengan mengukur ketebalan 10 keping kertas yang

    sama terlebih dahulu. Kemudian, ukuran tersebut akan dibahagikan dengan 10 untuk

    mendapatkan ukuran bagi sekeping kertas.

    Kesimpulan.

    Setiap alat pengukur yang telah digunakan menunjukkan perbezaan dari segi

    ketepatan dan kepersisan dalam bacaan ukuran. Ketepatan sesebuah alat pengukur

    bergantung pada skala yang terdapat pada alat itu. Pembaris meter memberikan

    bacaan sehingga 1.0mm atau 0.1cm, angkup vernier memberikan bacaan sehingga

    0.1 mm atau 0.01cm, dan tolok skru mikrometer boleh memberikan bacaan sehingga

    0.01mm. kepersian berhubungkait dengan ketepatan. Tolok skru mikrometer adalah

    alat pengukuran bagi panjang yang paling tepat dan persis berbanding dengan

    angkup vernier dan pembaris meter. Setiap alat pengukur mempunyai fungsinya

    tersendiri dalam mengambil ukuran sesutu objek.

  • 7/29/2019 praktikal 1 fizik sce

    9/10

    Langkah-langkah berjaga :

    1. Mengelakkan ralat paralaks.

    2. Mengelakkan ralat sifar.

    3. Mengambil beberapa kali bacaan ulangan untuk mendapatkan bacaan terbaik.

    4. Mematikan kipas kerana tiupan angin boleh mempengaruhi bacaan neraca.

    Soalan dan jawapan.

    1.Diantara tiga alat pengukur yang digunakan untuk mengukur panjang ,yang

    manakah paling persis? Yang manakah yang paling jitu ?

    Nilai bacaan yang lebih rapat dapat menentukan kepersisan sesuatu ukuran. Alat

    pengukur tolok skru mikrometer mempunyai nilai bacaan yang lebih rapat berbanding

    pembaris meter dan angkup vernier. Maka, tolok skru mikrometer merupakan alat

    pengukur yang paling persis.

    Satu ukuran lebih jitu sekiranya nilai ukuran adalah lebih dekat dengan nilai sebenar.

    Alat pengukur tolok skru mikrometer mempunyai nilai ukuran yang lebih dekat

    dengan nilai sebenar. Maka, tolok skru mikrometer adalah alat penyukat yang paling

    jitu.

    2. Sekiranya seorang murid ingin menggunakan pembaris panjang untuk

    mengukur ketebalan sesuatu objek, adalah tidak realistik baginya untuk

    mencatat ukuran tersebut sebagai 4.32 cm. Jelaskan mengapa?

    Adalah tidak realistik bagi pelajar itu mencatat ukuran sebagai 4.32cm kerana

    kepekaan pembaris meter ialah 0.1cm. Bacaan yang mungkn diperolehi pelajar itu

    adalah 4.3 cm. Dengan itu, ukuran tersebut tidak jitu.

  • 7/29/2019 praktikal 1 fizik sce

    10/10

    3. Apakah alat yang digunakan untuk mengukur ketebalan sekeping kertas.

    Terangkan.

    Kertas adalah terlalu nipis. Alat yang sesuai digunakan untuk mengukur ketebalan

    sekeping kertas ialah tolok skru mikrometer kerana kepekaan tolok skru mikrometer

    ialah 0.01mm atau 0.001 cm. Ketebalan sekeping kertas boleh ditentukan dengan

    mengukur ketebalan 10 keping kertas yang sama terlebih dahulu. Kemudian, ukuran

    tersebut akan dibahagikan dengan 10 untuk mendapatkan ukuran bagi sekeping

    kertas.