pqe

9
PQE3101- TILAWAH & TAFSIR AL-QURAN TAJUK : TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH NAMA PENSYARAH : UST. MOHD.ARMY BIN YUSOP KUMPULAN 5: AMIZA BIN MOHAMED ZAHELAN ANWARUL HAQ BIN ABD RAHIM HAMZAH BIN ABD HAMID

Upload: racik

Post on 03-Oct-2015

14 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Slide 1

PQE3101- TILAWAH & TAFSIR AL-QURANTAJUK :TAFSIR AYAT-AYAT AKIDAH

NAMA PENSYARAH : UST. MOHD.ARMY BIN YUSOPKUMPULAN 5:AMIZA BIN MOHAMED ZAHELANANWARUL HAQ BIN ABD RAHIM HAMZAH BIN ABD HAMIDSurah AL-BAQARAH AYAT 1-5

1. Alif laam miim.2. Kitab Al Quran ini tidak ada keraguan padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya) menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa,3. Iaitu mereka yang beriman kepada perkara-perkara ghaib, dan mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka.4. Dan mereka yang beriman kepada Kitab (Al Quran) yang Telah diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka yakin akan adanya (kehidupan) akhirat.5. Mereka Itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang beoleh kejayaan.

HURAIAN AYAT 1Ahli-ahli tafsir berbeza pendapat mengenai huruf yang tercantum dalam permulaan surah.Golongan pertama mengembalikan tafsirannya kepada Allah swt, hanya Allah yang mengetahuinya. Ini adalah pendapat Abu Bakar ra, Umar ra, Uthman ra, Ali ra dan Ibnu Masud ra.Golongan kedua menyatakan ia adalah nama surah atau sebahagian dari nama Allah swt yang diletakkan dalam permulaan surah. Alif=Allah, Lam =Latif, Mim = Majid. Ibnu Abas ra mengatakan Alif, Lam dan Mim termasuk nama Allah yang maha agung.Golongan ketiga pula berpendapat tujuan huruf-huruf itu menujukkan Ijaz Al-Quran.Al-Razi, al-Qurtubi, al-Zamakhsyari dan Ibnu Taimiyah menyatakan, meskipun Al-Quran tersusun dari huruf dan kalimah yang biasa digunaka oleh makhluk, tetapi makhluk tidaj berupaya menyusun dan membuat seperti Al-Quran walaupun seperti surah yang paling pendek.

Huraian ayat 2Kitab Al-Quran ini tidak tidak ragu bahawa ia benar-benar diturunkan oleh Allah. Tidak ragu bahawa semua beritanya benar, tuntutannya benar, hukumnya adil dan bijaksana. Tidak ragu bahawa ia akan mencapai hajat atau tujuan hidup manusia dunia da akhirat.Petunjuk bererti nur (cahaya).Menurut Ibnu Abbas orang yang bertaqwa ialah mukmin yang berhati-hati daripada melakukan syirik, menjauhinya serta melakukan ketaatan.Hasan al-Basri menyatakn takwa itu ialah takut dan menghindari apa yang diharamkan oleh Allah swt., serta menunaikan apa-apa yang diwajibkan olehNya. Takwa ialah berwaspada, menjaga benar-benar perintah Allah swt dan menjauhi larangannya.HURAIAN AYAT 3Iman ialah percaya yang dilengkapi dengan rasa takut, lalu beramal, iman ialah sifat pertama orang yang bertaqwa.Beriman itu ialah percaya pada segala berita dan ajaran ghaib, percaya adanya Allah, Malaikat, Kitab dan Rasul, Hari Akhirat serta Qada dan Qadar.Menurut Ibnu Abbas mendirikan solat itu ialah dengan menjaga waktunya, wuduknya, rukuknya dan sujudnya.Menurut Qatadah pula, mendirikan solat ialah dengan menjaga waktunya, wuduknya, rukuknya dan sujudnya.Ibnu Abbas menyatakan membelanjakan sebahagian dari rezeki yang diberikan oleh Allah swt itu adalah mengeluarkan zakat harta.Allah swt selalu menggandingkan perintah solat dengan zakat, sebab solat ibadat yang meliputi tauhid, pujian dan doa serta menyerah diri kepada Allah. Sedangkan infaq berupa huluran tangan dan budi kepada sesama manusia.

HURAIAN AYAT 4Ibnu Abbas- mereka beriman apa yang diturunkan Allah kepadamu daripada wahyu, juga percaya pada apa yang diturunkan Allah pada Rasul-rasul sebelummu, da kepada hari akhirat mereka yakin, terhadap bangkit selepas mati, kiamat, syurga, neraka, hisab dan mizan timbangan amal.Ibn Jarir al-Tobari menerangkan tiga pendapat ulamak Tafsir mengenai tujuan ayat 3 dan ayat 4 ini :i. Kedua-dua ayat ini sama-sama ditujukan kepada semua orang mukmi dari bangsa Arab mahupun ahli kitab.ii. Keduanya sama ditujukan kepada orang mukmin dari ahli kitab.iii. Ayat ketiga untuk orang mukmindaripada bangsa Arab, sedang ayat keempat untuk orang mukmin ahli kitab.Firman Allah dalam ayat 199: Surah Ali Imran; maksudnyaSesunggunhnya ada orang ahli kitab orang yang percaya ( beriman) pada Allah dan apa yang diturunkan kepada mereka, mereka khusyuk, tunduk, taat pada Allah.HURAIAN AYAT 5Mereka yang bersifat sebagaimana tersebut dalam ayat kedua dan ayat ketiga, merekalah yang mendapat petunjuk hidayat, nur dan penerangan dari Allah dan merekalah yang akan bahagia dan untung di dunia dan akhirat.Ibnu Abbas berkata, ketika orang-orang mengeluh kepada Nabi saw Ya Rasulullah, kami membaca Al-Quran, maka timbul harapan. Tetapi ada kalanya kami membaca Al-Quran, lalu timbul rasa patah harapan. Jawab Nabi saw, Sukakah aku jawab sahabat, baiklah Ya Rasulullah. Lalu Nabi saw membaca Alif Laam miim.almuflihun, mereka ini ahli syurga. Sahabat berkata, kami mengharap semoga termasuk golongan mereka itu. Kemudian Nabi saw membaca ayat ke-enam dan ke-tujuh, mereka ini ahli neraka. Sahabat berkata, kami bukan golongan mereka ini, Ya Rasulullah, Jawab Nabi, benar.PENGAJARAN AYATAl-Quran adalah kitab hidayat yang memimpin manusia ke jalan yang selamat dunia dan akhiratRezeki atau harta yang dikurniakan Allah swt hendaklah digunakan ke jalan yang diredhaiNya.Solat fardhu wajib ditunaikan walau dalam keadaan apa sekalipun.Orang yang berjaya adalah mereka yang semtiasa menjalankan perintah Allah dan menjauhi larangannya.Kita wajib beriman dengan perkara-perkara ghaib seperti Allah, malaikat dan hari kiamat.