pqe hukum mengajar dan mengambil upah

Upload: syiraah

Post on 07-Oct-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

PQE Hukum Mengajar Dan Mengambil Upah

TRANSCRIPT

HUKUM MENGAJAR DAN MENGAMBIL UPAH MENGAJAR AL-QURAN

HUKUM MENGAJAR DAN MENGAMBIL UPAH MENGAJAR AL-QURAN

HUKUM MENGAJAR AL-QURANHUKUM MENGAJAR Hukum mengajar al-Quran fardhu kifayah. Jika dalam sebuah kampung tidak ada orang yang layak mengajar al-Quran kecuali seorang sahaja maka ketika itu fardhu ain ke atasnya mengajar al-Quran kepada orang lain.HUKUM MENGAJARTidak dibolehkan bagi orang yang berjunub untuk mengajar Al-Quran.

Hal itu berdasarkan hadits yang berbunyi: : Rasulullah Salallahualaihi wassalam bersabda:'Orang yang junub dan wanita yang haid tidakboleh membaca al-Qur`an."Terdapat juga sebagian ulama membolehkan bagi yang haid untuk membaca al-Qur`an bila ia takut lupa terhadap hafalan yang akan di ujikan dan ia boleh membaca sebagian ayat sebagaimana boleh berzikir dan berdoa dengan ayat-ayat yang disebutkan dalam wirid.

HUKUM MENGAMBIL UPAH MENGAJAR AL-QURAN

Golongan yang mengajar al-Quran semata-mata kerana Allah tanpa mengambil sebarang balasan atau keuntungan.

Mereka diberi pahala di sisi Allah dan amalannya disifatkan sebagai amalan para Nabi ' a.s.

Golongan yang mengajar al-Quran dengan mensyaratkan upahnya.

Sebahagian ulama mengatakan: Tidak boleh, dengan dalil sabda Rasulullah SAW: Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat. Sementara sebahagian ulama lain berkata: Boleh. Mereka berkata: yang paling utama bagi seorang pengajar adalah tidak menentukan bayaran untuk menghafaz dan mengajar, dan jikapun ia menentukan bayaran itu maka aku harapkan agar tidak dilarang, kerana ia memerlukanya [kemaslahatan].Golongan yang mengajar al-Quran tanpa mensyaratkan upahnya, jika diberi hadiah mereka akan menerimanya. Harus bagi mereka menerima hadiah.

dibolehkan oleh seluruh ulama kerana Nabi Saw adalah pengajar manusia, dan beliau menerima hadiah mereka.

Imam Abu Hanifah mengatakan tidak harus mengambil upah mengajar al-Quran secara mutlak.Imam Syafie, Imam Malik dan ' Ata ' al-Tabie mengatakan harus mengambil upah mengajar al-Quran jika mensyaratkan upahnya dengan upah yang sah.ImamHassan al-Basri, al-Sya'bi dan Ibnu Sirin mengatakan harus mengambil upah mengajar al-Quran jika tidak mensyaratkan upahnya.

Imam Ibnu Rushd al Hafid menjelaskan, Adapun meminta upah untuk mengajarkan al-Quran, sekelompok fuqaha berselisih pendapat dengan memakruhkannya , namun sebahagian yang lain mengharuskannya. Mereka yang mengharuskannya telah mengqiaskan pada amalan yang lain dan berhujah dengan apa yang diriwayatkan oleh Kharijah bin al-Somit dari bapa saudaranya beliau berkata :

Aku telah menerima Islam dari sisi Nabi saw. Setelah selesai aku pun pulang. Di perjalanan aku telah melalui sebuah perkampungan. Di situ terdapat seorang lelaki yang terkena penyakil gila dengan tubuh badannya telah dirantai. Lalu salah seorang dan keluarganya berkata: Sesungguhnya aku telah mendengar berita bahawa kamu ini telah datang dari lelaki (Nabi saw) yang membawa kebaikan. Jadi, adakah sesuatu yang telah anda dapati untuk merawat si malang ini ?. Maka aku katakan kepada mereka: YA Lalu aku pun menjampikannya dengan surah al-Fatihah selama 3 hari setiap pagi dan petang. Dengan izin Allah lelaki tersebut pulih seperti sediakala. Keluarga lelaki itu kemudiannya menghadiahkan kepada aku seratus ekor kambing. Aku berkata kepada mereka: Jangan sehinggalah aku bertanyakan hal ini kepada Nabi saw terlebih dahulu. Aku kemudiannya terus pergi berjumpa Rasulullah S.A.W. dan menceritakan segala yang telah berlaku. Rasulullah S.A.W. kemudiannya bersabda:Adakah engkau (telah menambah dengan apa-apa jampi lain) selain dari (surah al Fatihah) itu ?"Tidak! Jawabku. Seterusnya Rasulullah S.A.W. bersabda: Ambillah kambing-kambing tersebut, demi umurku, (adalah haram sama sekali barangsiapa yang memakan hasil dari) jampi yang batil (tidak betul). Sesungguhnya kamu telah memakan hasil jampi yang hak (benar).Al-Hakam bin Utaibah berkata :Tidak aku ketahui seseorang pun (dari kalangan sahabat dan tabiin) yang memakruhkan untuk mengupah seorang guru. Dan apa yang SAHIH dari Atho dan Abi Qilabah adalah HARUS mengupah guru untuk mengajar al-Quran. Hasan al-Basri dan Alqamah di dalam satu pendapat mereka turut mengHARUSkan memberi upah dalam kerja menyalin al-Quran. (Kitab al-Muhalla karya Ibn Hazm, juzuk 8 m/s 196).Akhir sekali kita ambil penjelasan dari kitab Tuhfatul Ahwazi karya Abd Rahman al-Mubarakfuri dalam juzuk 6 m/s 191 :Imam al-Syafie memberi izin bagi guru yang mengajarkan al-Quran diambil upahnya. Sependapat dengan al-Syafie beberapa Imam lain seperti Imam Malik, Ahmad, Ishaq (ibn Rahawaih), Abu Tsaur dan selain mereka dari kalangan ulama SALAF dan para ulama selepas mereka. Ulama yang menCEGAH perbuatan tersebut hanyalah Imam Abu Hanifah yang mengharuskannya hanya di dalam jampi sahaja (berpaksikan hadis di atas) sebagaimana dinyatakan oleh Imam al-Nawawi di dalam kitab syarah Muslimnya. Dan berkata pula Imam al-Hafiz (Ibn Hajar) sesungguhnya dinaqalkan daripada Iyadh (al-Qadhi Iyadh al-Maliki) diharuskan mengambil upah dari mengajarkan al-Quran dari SELURUH ULAMA kecuali ulama Hanafi sahaja.http://bahteraemass.blogspot.com/2012/04/hukum-mengambil-upah-mengajar-al-quran.html http://halaqah.net/v10/index.php?topic=7949.0 Abdul Karim Zaidan (1993). Ensiklopedia Hukum Wanita dan Keluarga. Robbani Press: JakartaSEKIAN