ppt sivik t3 2014

9
1. Mengapakah seseorang itu perlu mempunyai cita-cita ? A. Supaya dapat hidup dengan senang B. Supaya dapat mengatasi kebolehan orang lain C. Supaya akan memperoleh kejayaan dalam hidup D. Supaya mendapat sanjungan daripada orang lain 2. Seseorang individu boleh mendapatkan maklumat tentang kerjaya yang ingin diceburinya melalui A. keluarga B. televisyen C. rakan-rakan D. agensi pekerjaan 3. Zana menyimpan cita-cita untuk menjadi pakar perubatan. Oleh itu, dia perlu cemerlang dalam subjek-subjek yang berikut, kecuali A. Fizik B. Kimia C. Biologi D. Sejarah 4. Yang manakah antara penyataan berikut bukan langkah-langkah untuk memilih kerjaya ? A. Mengambil kira persekitaran tempat kerja B. Mempunyai kelayakan akademik yang diperlukan C. Mengetahui serba sedikit tentang kerjaya yang dipilih D. Mengadakan perbincangan dengan kaunselor tentang kerjaya 5. Mengapakah personaliti penting kepada seseorang individu semasa membuat keputusan memilih kerjaya ? A. Kerana personaliti akan dapat melahirkan kepuasan bekerja B. Kerana berjaya atau tidak kerjaya bergantung kepada

Upload: jmdsaid

Post on 18-Dec-2015

227 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

sivik

TRANSCRIPT

1. Mengapakah seseorang itu perlu mempunyai cita-cita ?

A. Supaya dapat hidup dengan senang

B. Supaya dapat mengatasi kebolehan orang lain

C. Supaya akan memperoleh kejayaan dalam hidup

D. Supaya mendapat sanjungan daripada orang lain

2. Seseorang individu boleh mendapatkan maklumat tentang kerjaya yang ingin diceburinya

melalui

A. keluarga

B. televisyen

C. rakan-rakan

D. agensi pekerjaan

3. Zana menyimpan cita-cita untuk menjadi pakar perubatan. Oleh itu, dia perlu cemerlang

dalam subjek-subjek yang berikut, kecuali

A. Fizik

B. Kimia

C. Biologi

D. Sejarah

4. Yang manakah antara penyataan berikut bukan langkah-langkah untuk memilih kerjaya ?

A. Mengambil kira persekitaran tempat kerja

B. Mempunyai kelayakan akademik yang diperlukan

C. Mengetahui serba sedikit tentang kerjaya yang dipilih

D. Mengadakan perbincangan dengan kaunselor tentang kerjaya

5. Mengapakah personaliti penting kepada seseorang individu semasa membuat keputusan

memilih kerjaya ?

A. Kerana personaliti akan dapat melahirkan kepuasan bekerja

B. Kerana berjaya atau tidak kerjaya bergantung kepada personaliti

C. Kerana setiap kerjaya yang ditawarkan memerlukan personaliti yang berberza

D. Kerana personaliti dapat mempengaruhi majikan dalam setiap keputusan yang dibuat

6. Adam ingin cuba mendapatkan peluang kerjaya di luar negara. Bagaimanakah cara Adam

dapat mengetahui peluang kerjaya tersebut ?

A. Melancong ke tempat tersebut

B. Melayari laman web di internet

C. Mendapatkan maklumat di lapangan terbang

D. Mendapatkan maklumat melalui akhbar berbahasa Inggeris

7. Anatar berikut merupakan kerjaya yang tergolong dalam bidang profesional, kecuali

A. pensyarah

B. komposer

C. peguam bela

D. doktor perubatan

8. Apakah kebaikan kepada individu yang memilih kerjaya yang sesuai dengan dirinya ?

A. Mendapat gaji yang lumayan

B. Memperoleh kepuasan ketika bekerja

C. Mengelakkan individu tersebut mendapat kerja orang lain

D. Memudahkan individu tersebut mendapat kenaikan pangkat

9. Pemilihan kerjaya yang tidak sesuai dengan kebolehan individu akan menyebabkan

A. individu itu akan mendapat gaji yang sedikit

B. individu itu tidak disukai oleh majikannya

C. inidvidu itu akan dipandang serong oleh rakan sekerja

D. individu itu akan mengalami tekanan ketika bekerja

10. Dato A bermula sebagai penjual burger sebelum menjadi usahawan berjaya.

Apakah nilai yang sesuai diamalkan oleh Dato A sehingga berjaya dalam kerjaya beliau ?

A. Baik hati

B. Sopan santun

C. Mementingkan diri

D. Tidak mudah berputus asa

11. Antara berikut merupakan kemahiran yang diperlukan oleh seseorang yang bercita-cita

menjadi juruterbang, kecuali

A. mempunyai minat yang mendalam

B. mempunyai rekod kesihatan yang baik

C. mengikuti latihan penerbangan di luar negara

D. menguasai bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dengan baik

12. Apakah tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak ?

A. Mengawal pergerakan anak-anak

B. Menyediakan wang yang banyak untuk anak-anak

C. Memberi pendidikan yang mencukupi kepada anak-anak

D. Memastikan anak-anak tidak mempunyai kawan di luar rumah

13. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya keruntuhan institusi kekeluargaan ?

A. Harta yang banyak

B. Kurang didikan agama

C. Ahli keluarga yang terlalu ramai

D. Tidak mempunyai ilmu pengetahuan

14. Mengapakah aspek keselamatan perlu diutamakan dalam sesebuah keluarga ?

A. Untuk memastikan ahli keluarga sentiasa gembira

B. Untuk memastikan ahli keluarga tidak berasa tersisih

C. Untuk membuktikan kasih sayang kepada ahli keluarga

D. Untuk mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan kepada ahli keluarga

15. Bagaimanakah seseorang itu dapat menjaga keselamatan diri ketika berada di luar rumah ?

A. Tidak keluar dari rumah terlalu lama

B. Sentiasa membawa senjata bersama-sama

C. Melemparkan senyuman kepada sesiapa sahaja

D. Tidak bercakap dengan orang yang tidak dikenali

16. Antara situasi berikut, yang manakah menunjukkan amalan menyayangi keluarga ?

A. Sarah membantu ibunya pada hari minggu

B. Sarah keluar dari rumah tanpa memberitahu ibu bapanya

C. Sarah memarahi adiknya kerana menggunakan begnya tanpa izin

D. Sarah memberi alasan hendak belajar apabila ibunya meminta bantuan

17. Apakah yang dilakukan untuk melahirkan kesihatan mental yang baik dalam keluarga ?

A. Mengamalkan sikap mementingkan diri

B. Menyediakan kemewahan kepada ahli keluarga

C. Tidak mempedulikan hal yang remeh dalam keluarga

D. Sentiasa meluangkan masa bersama-sama keluarga

18. Antara penyataan berikut, yang manakah bukan tindakan yang dapat mewujudkan

hubungan mesra antara keluarga ?

A. Membawa ahli keluarga pergi bercuti

B. Menyediakan makanan yang lazat untuk ahli keluarga

C. Membiarkan ahli keluarga menyelesaikan masalah sendirian

D. Membelikan hadiah untuk ahli keluarga yang menyambut hari lahir

19. Apakah yang perlu dilakukan oleh anggota keluarga untuk menjaga maruah keluarga ?

A. Tidak berkawan dengan orang lain

B. Tidak menceritakan tentang keluarga

C. Tidak mendedahkan rahsia anggota keluarga

D. Tidak membawa rakan-rakan pulang ke rumah

20. Antara berikut, yang manakah bukan keperluan asas yang diperlukan oleh anak-anak ?

A. Pakaian

B. Makanan

C. Kenderaan

D. Tempat tinggal

21. Apakah kesan penebangan hutan terhadap alam sekitar ?

A. Kepupusan flora dan fauna

B. Udara akan menjadi kotor

C. Cuaca akan menjadi tidak menentu

D. Manusia tidak dapat bernafas dengan selesa

22. Apakah peranan utama Sahabat Alam Malaysia (SAM) ?

A. Memastikan alam sekitar terjaga

B. Mengadakan kempen alam sekitar

C. Memastikan hutan dijaga dengan baik

D. Menangkap pihak yang mencemarkan alam sekitar

23. Kempen kitar semula diadakan bertujuan

A. menunjukkan masyarakat yang kreatif

B. melahirkan masyarakat yang pemurah

C. mengurangkan kuantiti sampah yang dibuang

D. memupuk masyarakat yang pentingkan kesihatan

24. Perbuatan yang manakah menunjukkan perbuatan menghargai alam sekitar ?

A. Puan Choi membuang sampah di belakang rumah

B. Johnny membuang sampah sarap ke dalam sungai

C. Pak Cik Jamal membakar sampah sarap di halaman rumah

D. Keluarga Encik Chan menghantar barang-barang yang tidak digunakan ke pusat kitar semula

25. Bagaimakah pihak sekolah memainkan peranan memupuk murid-murid mencintai alam

sekitar ?

A. Membina taman sains di sekolah

B. Selalu membawa murid-murid berkelah

C. Memaksa murid-murid membersihkan kelas

D. Menyuruh murid-murid mengumpul bahan kitar semula

26. Apakah kesan sekiranya sumber alam dapat diuruskan dengan baik ?

A. Dapat mengelakkan bencana alam

B. Dapat mengekalkan keseimbangan alam

C. Dapat menguntungkan pihak yang terlibat

D. Dapat menyumbang kepada ekonomi negara

27. Antara berikut, yang manakah bukan tujuan hutan simpan diwartakan ?

A. Menjaga petempatan orang asli

B. Mengelakkan kepupusan haiwan

C. Mencegah berlakunya bencana alam

D. Mengekalkan keindahan tumbuhan hutan

28. Antara berikut merupakan barang-barang yang boleh dikitar semula, kecuali

A. cermin

B. botol kaca

C. barang plastik

D. kertas surat khabar

29. Mengapakah kita perlu menjaga alam sekitar ?

A. Supaya kita dapat hidup senang

B. Supaya kita tidak dianggap sebagai pengotor

C. Supaya kesejahteraan rakyat terpelihara

D. Supaya kita dapat menambahkan pendapatan

30. Antara badan berikut, yang manakah bertanggungjawab memulihara alam sekitar ?

A. PERHILITAN

B. Jabatan Kerja Raya

C. Jabatan Alam Sekitar

D. Jabatan Parit dan Saliran