pppm khb kt ting 3

Upload: yus

Post on 02-Mar-2016

30 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

khb

TRANSCRIPT

  • PPPM KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 3

    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

    PANDUAN PERKEMBANGAN

    PEMBELAJARAN MURID

    KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

    KEMAHIRAN TEKNIKAL

    TINGKATAN 3

  • Cetakan 2014

    Lembaga Peperiksaan

    Kementerian Pendidikan Malaysia 2014

    Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel,

    ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun

    tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga

    Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

  • 0

    KANDUNGAN

    BIL PERKARA MUKA SURAT

    1 PENDAHULUAN 1

    2

    3

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MATLAMAT MATA PELAJARAN

    2

    3

    4 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3

    5 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4

    6 TAFSIRAN 5

    7 KERANGKA STANDARD PRESTASI 6

    8 PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL 7

    9 PEMETAAN 8

    10 PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID 9

  • 1

    PENDAHULUAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi,Kemahiran Teknikal serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid (PPPM) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Kemahiran Teknikal sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

  • 2

    FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

    Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk

    melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

    Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

    bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

    keluarga, masyarakat dan negara.

  • 3

    MATLAMAT MATA PELAJARAN

    Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi

    serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

    OBJEKTIF MATA PELAJARAN

    OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti

    kayu, papan lapis dan bahan komposit.

    OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan

    menghasilkan produk.

    OM3 Menjalankan pemasangan dan baik pulih litar elektronik yang akan dinilai.

    OM4 Mengenal pasti bahagian asas, prinsip perjalanan dan penyenggaraan mudah enjin.

    OM5 Mengenal pasti dan menyenggara tempat kediaman.

    OM6 Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

    OM7 Mengenal pasti kepentingan konsumerisme kepada pengguna dan pengeluar.

    OM8 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat

    keputusan rekaan dan penghasilan projek.

    OM9 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

    (Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 3. (2005). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. )

  • 4

    OBJEKTIF PENTAKSIRAN

    Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang

    dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

    OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

    OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

    OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

    OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

    OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

    OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

    OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

    (Dipetik daripada dokumen format pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal. (2005). Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

  • 5

    TAFSIRAN

    o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan

    pelaporan individu.

    o Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi

    gambaran holistik tentang individu.

    o Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

    menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada

    dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu

    atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

    o Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir

    dan dicapai.

    o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian

    secara lisan, demonstrasi dan ujian amali.

    o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,

    peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang

    dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan.

  • 6

    KERANGKA STANDARD PRESTASI

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    Tahu Faham Boleh Buat dengan Beradab

    Tahu

    Faham Tahu

    Boleh Buat Faham Tahu

    Tahu Boleh Buat dengan Beradab

    Terpuji

    Faham

    Tahu Boleh Buat dengan Beradab

    Mithali

    Faham

  • 7

    PENYATAAN STANDARD KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL

    BAND PENYATAAN STANDARD

    6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

    dengan Beradab Mithali)

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

    5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

    dengan Beradab Terpuji)

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.

    4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

    dengan Beradab)

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.

    3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat)

    Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

    2 (Tahu dan Faham)

    Menerangkan tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

    1 (Tahu)

    Menyatakan tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

  • 8

    PEMETAAN BAND BERDASARKAN TAJUK

    BIL TAJUK BAND JUMLAH

    1 Reka Cipta

    B3 1

    B4 1

    B5 1

    B6 1

    2 Elektrik

    B1 1

    B2 1

    B3 1

    B4 1

    B5 1

    3 Elektronik

    B3 1

    B4 1

    B5 1

    4 Tempat Kediaman B1 1

    B2 1

    5 Elektronik (elektif)

    BI 1

    B2 1

    B3 1

    B4 1

    B5 1

    6 Enjin B1 1

    B2 1

    7 Konsumerisme B1 1

    B1 1

    JUMLAH 23

  • 9

    PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID

    KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL TINGKATAN 3

  • 10

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    1 Reka cipta B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta dengan menghasilkan projek reka cipta1.

    B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara sistematik dengan menghasilkan projek reka cipta mengikut prosedur1.

    B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara berinisiatif dengan menghasilkan projek reka cipta dengan daya usaha1.

    B6 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka cipta secara kreatif dan inovatif dengan menghasilkan projek reka cipta yang mempunyai nilai tambah1.

    reka cipta1 : Menghasilkan produk baharu atau inovasi daripada produk sedia ada. prosedur1 : Membuat projek berdasarkan lakaran. daya usaha1 : Menyelesaikan masalah. nilai tambah1 : Penambahan bahan atau idea yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.

  • 11

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    2 Elektrik B1 Menyatakan tentang asas elektrik dengan memberikan dua jenis motor dan arah pusingan motor DC.

    B2 Menerangkan tentang asas elektrik dengan menjelaskan mekanisme penghantaran kuasa motor DC.

    B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik dengan membaca meter kWj dan mengira1 kos penggunaan tenaga elektrik.

    B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara sistematik dengan mengira kos penggunaan tenaga elektrik mengikut prosedur2.

    B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektrik secara berinisiatif dengan mengira kos penggunaan tenaga elektrik dengan daya usaha2.

    mengira1 : Menggunakan dua kadar tarif. prosedur2 : Mengira mengikut kaedah yang betul. daya usaha2 : Pengiraan yang tepat.

  • 12

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    3 Elektronik B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik dengan membentuk semua kaki komponen, memasang semua komponen dan memateri semua kaki komponen berpandukan lukisan bergambar.

    B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik dengan memateri semua kaki dan tamatan komponen mengikut prosedur3.

    B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara berinisiatif dengan memateri semua kaki dan tamatan komponen elektronik dengan daya usaha3.

    prosedur3 : Komponen berkutub dipasang mengikut kekutuban yang betul. daya usaha3 : Sempurna;

    (i) Pematerian kemas (ii) Pematerian kukuh

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    4 Tempat kediaman B1 Menyatakan tentang tempat kediaman dengan memberikan tiga jenis ruang, dua faktor keselesaan dan dua jenis pembersihan.

    B2 Menerangkan tentang tempat kediaman dengan menjelaskan dua jenis ruang dan fungsinya, dua faktor keselesaan dan dua jenis pembersihan.

  • 13

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    5 Elektronik (elektif) B1 Menyatakan tentang elektronik dengan memberikan susunan nombor pin IC pemasa 555 dan tiga bahagian utama binaan geganti.

    B2 Menerangkan tentang elektronik dengan menjelaskan geganti dari segi fungsinya.

    B3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik dengan menghasilkan projek elektronik yang mengandungi komponen geganti dan IC 555.

    B4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secara sistematik dengan menghasilkan projek elektronik mengikut prosedur4.

    B5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secara berinisiatif dengan menghasilkan projek elektronik yang berfungsi dengan daya usaha4.

    prosedur4 : Betul (i) Alatan yang digunakan. (ii) Komponen dipasang mengikut kekutuban.

    daya usaha4 : Sempurna; (i) Susun atur dan kedudukan komponen. (ii) Pemotongan kaki komponen (iii) Tiada limpahan pateri.

  • 14

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    7 Konsumerisme B1 Menyatakan tentang konsumerisme dengan memberikan lima hak pengguna dan tiga tanggungjawab pengeluar kepada pengguna.

    B2 Menerangkan tentang konsumerisme dengan menjelaskan tiga hak pengguna.

    BIL TAJUK BAND DESKRIPTOR

    6 Enjin B1 Menyatakan tentang enjin dengan memberikan dua nama pengikat, enam bahagian utama luar enjin, lima bahagian dalam enjin, dua lejang enjin dan tiga sistem enjin.

    B2 Menerangkan tentang enjin dengan menjelaskan pengikat, enam bahagian utama luar enjin, lima bahagian dalam enjin dan dua sistem enjin dari segi fungsinya.

  • 15

    Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia

    Aras 1, 2, 5 15, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E,

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

    Tel. : 03-88843787

    Faks : 03-88843783

    Web : http://www.moe.gov.my/lp

    e-mel : [email protected]

    COVER_PPPM_KHBKT_ting3.pdfKHBKT_TING3 EDITTED