dsp khb(kt) ting.2

30
KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL 76 DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP) BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2 L LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Upload: intan-isahak

Post on 28-Jul-2015

735 views

Category:

Education


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: DSP KHB(KT) TING.2

KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU KEMAHIRAN TEKNIKAL 76

DOKUMEN STANDARD PRESTASI (DSP)

BAGI PENTAKSIRAN SEKOLAH TINGKATAN 2

L LEMBAGA PEPERIKSAAN, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Page 2: DSP KHB(KT) TING.2

Cetakan 2013

© Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pelajaran Malaysia 2013

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengubah mana-mana bahagian, artikel, ilustrasi, isi kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun tanpa mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah Peperiksaan, Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 3: DSP KHB(KT) TING.2

0

KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1 PENDAHULUAN 1

2

3

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN MATLAMAT MATA PELAJARAN

2

3

4 OBJEKTIF MATA PELAJARAN 3

5 OBJEKTIF PENTAKSIRAN 4

6 TAFSIRAN 5

7 KERANGKA STANDARD PRESTASI 6

8

9

10

PENYATAAN STANDARD STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL PEMETAAN EVIDENS

7

8

25

Page 4: DSP KHB(KT) TING.2

1

PENDAHULUAN Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal merangkumi komponen Reka Bentuk dan Teknologi, Kemahiran Teknikal serta Perniagaan dan Keusahawanan merupakan mata pelajaran wajib Tingkatan 1 hingga 3 di Sekolah Menengah Rendah. Mata pelajaran ini yang digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai usaha pendidikan ke arah mempertingkatkan pengetahuan dan kemahiran teknologi serta keusahawanan dalam usaha membangun modal insan melalui program pendidikan yang berkualiti dan holistik. Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini merupakan proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan penyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan oleh kurikulum mata pelajaran ini. Pentaksiran Sekolah dalam bentuk pentaksiran formatif dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif di akhir proses pembelajaran. Dokumen Standard Prestasi (DSP) bagi mata pelajaran ini dibina dengan komponen teras iaitu Reka Bentuk dan Teknologi dan komponen elektif iaitu Kemahiran Teknikal sebagai panduan untuk guru membimbing murid dan seterusnya mendapatkan maklumat tentang perkembangan individu serta keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam pembangunan dan pembentukan modal insan. Adalah diharapkan dokumen ini dapat memberi maklumat yang lengkap dan tepat kepada guru tentang Pentaksiran Rujukan Standard bagi mata pelajaran ini dalam memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan tentang pembinaan modal insan yang berteraskan kepada pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Page 5: DSP KHB(KT) TING.2

2

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan

kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,

bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran

keluarga, masyarakat dan negara.

Page 6: DSP KHB(KT) TING.2

3

MATLAMAT MATA PELAJARAN Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu adalah untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OBJEKTIF MATA PELAJARAN OM1 Mengamalkan kreativiti, inovasi dan berdaya usaha dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada pelbagai bahan seperti

kayu, papan lapis dan bahan komposit.

OM2 Mengamalkan sikap peka terhadap masalah sekeliling dan mendapatkan idea daripada pelbagai sumber untuk mereka bentuk dan

menghasilkan produk.

OM3 Menterjemahkan idea-idea kreatif dan inovatif melalui lukisan teknik.

OM4 Mengenal pasti hidangan dan mengurus sajian.

OM5 Memilih bahan, alatan dan perkakas serta menggunakannya dengan teknik yang betul.

OM6 Mengenal pasti cabaran dan kejayaan usahawan serta menilai potensi diri dalam bidang keusahawanan.

OM7 Mengumpul, memproses dan mendokumentasikan maklumat secara sistematik dan menggunakannya dengan bijak dalam membuat

keputusan rekaan dan penghasilan projek.

OM8 Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

(Dipetik daripada Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu Tingkatan 2.(2005). Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

Page 7: DSP KHB(KT) TING.2

4

OBJEKTIF PENTAKSIRAN

Berdasarkan matlamat dan objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, berikut ialah Objektif Pentaksiran (OP) mata pelajaran yang

dikenal pasti untuk mentaksir penguasaan murid dalam mempamerkan;

OP1 Kebolehan berdikari dalam menjalankan kerja buat sendiri.

OP2 Kenal faham terhadap teknologi yang sentiasa berubah untuk kehidupan harian.

OP3 Kenal faham terhadap ekonomi untuk kehidupan harian.

OP4 Kebolehan mengaplikasikan kemahiran bagi menghasilkan sesuatu projek / produk.

OP5 Kebolehan bagi mengaplikasikan kreativiti untuk mereka bentuk dan menghasilkan sesuatu produk / projek.

OP6 Mengamalkan cara bekerja yang sistematik, bijaksana dan dengan teknik yang betul dengan yakin diri.

OP7 Kebolehan mendokumentasikan maklumat secara bersistem.

(Dipetik daripada Dokumen Format Pentaksiran Kemahiran Hidup Bersepadu Kemahiran Teknikal.(2005). Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.)

Page 8: DSP KHB(KT) TING.2

5

TAFSIRAN

o Band ialah satu label yang digunakan untuk menunjukkan tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki digunakan bagi tujuan

pelaporan individu.

o Standard ialah satu penyataan tentang sesuatu domain merujuk kepada tanda aras tertentu dan bersifat generik bagi memberi

gambaran holistik tentang individu.

o Standard Prestasi ialah penyataan tentang tahap perkembangan pembelajaran murid yang diukur berdasarkan standard dan

menunjukkan di mana kedudukan murid dalam perkembangan pembelajarannya. Perkembangan dalam standard itu terbahagi kepada

dua iaitu perkembangan secara mendatar (konstruk) dan perkembangan menegak (band). Perkembangan murid dijelaskan dengan satu

atau lebih qualifier menggunakan perkataan atau rangkai kata yang betul menggambarkan standard dalam bentuk hasil pembelajaran.

o Deskriptor ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat berdasarkan standard di mana kualiti boleh ditaksir

dan dicapai.

o Evidens (murid) ialah penyataan yang menerangkan apa yang murid tahu dan boleh buat bagi sesuatu deskriptor.

o Evidens (bahan) ialah bahan atau apa-apa bentuk bukti yang dapat ditunjukkan oleh murid yang melaksanakan sesuatu tugasan dalam

bentuk produk atau proses seperti foto, grafik, artifak dan laporan.

o Instrumen ialah alat yang digunakan untuk menguji penguasaan atau pencapaian murid bagi sesuatu domain seperti ujian bertulis, ujian

secara lisan, demonstrasi, ujian amali dan lain-lain.

o Pentaksiran Sekolah merupakan pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah berdasarkan tugasan, instrumen pentaksiran,

peraturan dan penskoran yang dibangunkan oleh sekolah merujuk kepada Dokumen Standard Prestasi yang dikeluarkan oleh

Lembaga Peperiksaan.

Page 9: DSP KHB(KT) TING.2

6

KERANGKA STANDARD PRESTASI

1

2

3

4

5

6

Tahu Faham Boleh Buat dengan Beradab

Tahu

Faham Tahu

Boleh Buat Faham Tahu

Tahu Boleh Buat dengan Beradab Terpuji

Faham

Tahu Boleh Buat dengan Beradab Mithali

Faham

Page 10: DSP KHB(KT) TING.2

7

PENYATAAN STANDARD

BAND PENYATAAN STANDARD

6 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Mithali) Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

5 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab Terpuji) Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.

4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat

dengan Beradab) Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.

3 (Tahu, Faham dan Boleh Buat)

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

2 (Tahu dan Faham)

Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

1 (Tahu)

Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

Page 11: DSP KHB(KT) TING.2

8

STANDARD PRESTASI KHB KEMAHIRAN TEKNIKAL

TINGKATAN 2

Page 12: DSP KHB(KT) TING.2

9

BAND 1

Page 13: DSP KHB(KT) TING.2

10

BAND STANDARD

Penerangan generik tentang tahap perkembangan

pembelajaran

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA

murid tahu dan boleh buat”

1

Tahu

Mengetahui tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

Murid boleh: B1D1 Mengetahui tentang reka bentuk dan penghasilan projek. B1D2 Mengetahui tentang asas elektronik. B1D3 Mengetahui tentang asas lukisan teknik. B1D4 Mengetahui tentang masakan.

Murid boleh: B1D1E1 Menyatakan dua jenis bahan pembinaan projek. B1D1E2 Menyatakan dua cara mencantum bahagian projek. B1D2E1 Menyatakan empat simbol komponen elektronik. B1D3E1 Menyatakan empat alatan lukisan teknik. B1D4E1 Menyatakan lima faktor penting dalam merancang menu. B1D4E2 Menyatakan maksud hidangan sepinggan lengkap.

Page 14: DSP KHB(KT) TING.2

11

B1D5 Mengetahui tentang tanaman hiasan. B1D6 Mengetahui tentang elektronik. B1D7 Mengetahui tentang keusahawanan.

B1D4E3 Menyatakan tiga contoh hidangan sepinggan lengkap. B1D5E1 Menyatakan dua tujuan pemasuan semula tanaman hiasan. B1D5E2 Menyatakan dua ciri tanaman hiasan dalam bekas yang perlu pemasuan semula. B1D6E1 Menyatakan dua jenis diod. B1D6E2 Menyatakan simbol diod dan perintang peka cahaya. B1D7E1 Menyatakan lima agensi kerajaan yang membantu usahawan.

Menyatakan : Secara lisan atau bertulis.

Page 15: DSP KHB(KT) TING.2

12

BAND 2

Page 16: DSP KHB(KT) TING.2

13

BAND STANDARD

Penerangan generik tentang tahap perkembangan

pembelajaran

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA

murid tahu dan boleh buat”

2

Tahu dan Faham

Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

Murid boleh: B2D1 Mengetahui dan memahami tentang reka bentuk dan penghasilan projek. B2D2 Mengetahui dan memahami tentang asas elektronik. B2D3 Mengetahui dan memahami tentang asas lukisan teknik. B2D4 Mengetahui dan memahami tentang masakan. B2D5 Mengetahui dan memahami tentang elektronik. B2D6 Mengetahui dan memahami tentang keusahawanan.

Murid boleh: B2D1E1 Menerangkan dua bahan pembinaan projek dari segi sifatnya. B2D2E1 Menerangkan tiga komponen elektronik dari segi fungsinya. B2D3E1 Menerangkan empat alatan lukisan teknik dari segi fungsinya. B2D4E1 Menerangkan lima adab dan sopan semasa makan. B2D5E1 Menerangkan diod dan perintang peka cahaya dari segi fungsinya. B2D6E1 Menerangkan dua agensi kerajaan dari segi bantuan yang diberikan kepada usahawan.

Menerangkan : Secara lisan atau bertulis.

Page 17: DSP KHB(KT) TING.2

14

BAND 3

Page 18: DSP KHB(KT) TING.2

15

BAND STANDARD

Penerangan generik tentang tahap perkembangan

pembelajaran

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA

murid tahu dan boleh buat”

3

Tahu, Faham dan Boleh Buat

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan.

Murid boleh : B3D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek. B3D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik. B3D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik. B3D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik.

Murid boleh: B3D1E1 Menyediakan jadual kerja. B3D1E2 Menghasilkan projek reka bentuk. B3D2E1 Membaca nilai satu perintang tetap. B3D2E2 Menterjemah semua komponen1 dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar. B3D3E1 Melukis unjuran ortografik. B3D4E1 Melukis lukisan isometrik. B3D4E2 Melukis lukisan hamparan garis selari. B3D4E3 Melukis lukisan hamparan garis jejari.

Page 19: DSP KHB(KT) TING.2

16

B3D5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik.

B3D4E4 Melukis lukisan keratan penuh. B3D5E1 Menghasilkan projek elektronik.

komponen1 : Minimum 4 jenis. [Perintang, suis, LED, kapasitor, transistor atau pembaz (buzzer)] projek : Mesti mengandungi komponen diod dan perintang peka cahaya.

Page 20: DSP KHB(KT) TING.2

17

BAND 4

Page 21: DSP KHB(KT) TING.2

18

BAND STANDARD

Penerangan generik tentang tahap perkembangan

pembelajaran

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA

murid tahu dan boleh buat”

4

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara sistematik.

Murid boleh : B4D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara sistematik. B4D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas elektronik secara sistematik. B4D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara sistematik. B4D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik secara sistematik.

Murid boleh: B4D1E1 Menghasilkan projek reka bentuk mengikut prosedur¹. B4D2E1 Membaca nilai satu perintang tetap mengikut prosedur2. B4D2E2 Menterjemah semua komponen dalam lukisan skematik kepada lukisan bergambar mengikut prosedur3. B4D3E1 Melukis unjuran ortografik mengikut prosedur4. B4D4E1 Melukis lukisan isometrik mengikut prosedur4.

Page 22: DSP KHB(KT) TING.2

19

B4D5 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secara sistematik.

B4D4E2 Melukis lukisan hamparan garis selari mengikut prosedur4. B4D4E3 Melukis lukisan hamparan garis jejari mengikut prosedur4. B4D4E4 Melukis lukisan keratan penuh mengikut prosedur4. B4D5E1 Menghasilkan projek elektronik mengikut prosedur5.

prosedur1 : Melakukan kerja mengukur, menanda dan memotong mengikut urutan. Seterusnya membina, mencantum dan membuat kemasan. prosedur2 : Bacaan yang tepat. prosedur3 : Komponen dilukis mengikut kedudukan dan kekutuban yang betul. prosedur4 : Kaedah dan teknik yang betul. prosedur5 : Komponen berkutub dipasang mengikut kekutuban.

Page 23: DSP KHB(KT) TING.2

20

BAND 5

Page 24: DSP KHB(KT) TING.2

21

BAND STANDARD

Penerangan generik tentang tahap perkembangan

pembelajaran

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA

murid tahu dan boleh buat”

5

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Terpuji

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara berinisiatif.

Murid boleh : B5D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara berinisiatif. B5D2 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang asas lukisan teknik secara berinisiatif. B5D3 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang lukisan teknik secara berinisiatif.

Murid boleh: B5D1E1 Menghasilkan projek reka bentuk dengan daya usaha1. B5D2E1 Melukis unjuran ortografik dengan daya usaha2. B5D3E1 Melukis lukisan isometrik dengan daya usaha2. B5D3E2 Melukis lukisan hamparan garis selari dengan daya usaha2. B5D3E3 Melukis lukisan hamparan garis jejari dengan daya usaha2.

Page 25: DSP KHB(KT) TING.2

22

B5D4 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang elektronik secara berinisiatif.

B5D3E4 Melukis lukisan keratan penuh dengan daya usaha2. B5D4E1 Menghasilkan projek elektronik yang berfungsi dengan daya usaha3.

daya usaha¹ : i. Cantuman kukuh. ii. Kemasan sempurna.

daya usaha² : i. Ukuran dan penyambungan garisan objek tepat (had terima + 1 mm). ii. Garisan binaan dan garisan objek dilukis dengan betul. iii. Hasil lukisan betul dan bersih.

daya usaha3 : Kemas dari segi susun atur komponen.

Page 26: DSP KHB(KT) TING.2

23

BAND 6

Page 27: DSP KHB(KT) TING.2

24

BAND STANDARD

Penerangan generik tentang tahap perkembangan

pembelajaran

DESKRIPTOR APA murid tahu dan boleh buat

EVIDENS BAGAIMANA murid persembahkan “APA

murid tahu dan boleh buat”

6

Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab

Mithali

Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan teknologi, kemahiran teknikal serta perniagaan dan keusahawanan secara kreatif dan inovatif.

Murid boleh : B6D1 Mengaplikasikan pengetahuan dan kefahaman tentang reka bentuk dan penghasilan projek secara kreatif dan inovatif.

Murid boleh: B6D1E1 Menghasilkan projek reka bentuk dengan nilai tambah1.

nilai tambah¹ : Penambahan sesuatu bahan yang berfungsi dan mampu menggambarkan idea tersendiri murid.

Page 28: DSP KHB(KT) TING.2

25

PEMETAAN EVIDENS BERDASARKAN BAND DAN TAJUK TERAS

BERDASARKAN BAND TERAS BERDASARKAN TAJUK TERAS BAND DESKRIPTOR EVIDENS BIL.

EVIDENS TAJUK BAND DESKRIPTOR EVIDENS BIL.

EVIDENS

B1

D1 E1, E2 2

REKA BENTUK DAN PENGHASILAN PROJEK

B1 D1 E1, E2 2 D2 E1 1 B2 D1 E1 1 D3 E1 1 B3 D1 E1, E2 2 D4 E1, E2, E3 3 B4 D1 E1 1 D5 E1, E2 2 B5 D1 E1 1

B2

D1 E1 1 B6 D1 E1 1

D2 E1 1

ELEKTRONIK

B1 D2 E1 1 D3 E1 1 B2 D2 E1 1 D4 E1 1 B3 D2 E1, E2 2

B3 D1 E1, E2 2 B4 D2 E1, E2 2 D2 E1, E2 2

LUKISAN TEKNIK

B1 D3 E1 1 D3 E1 1 B2 D3 E1 1

B4 D1 E1 1 B3 D3 E1 1 D2 E1, E2 2 B4 D3 E1 1 D3 E1 1 B5 D2 E1 1

B5 D1 E1 1

MASAKAN B1 D4 E1, E2, E3 3

D2 E1 1 B2 D4 E1 1 B6 D1 E1 1 TANAMAN HIASAN B1 D5 E1, E2 2

JUMLAH 25 JUMLAH 25

Page 29: DSP KHB(KT) TING.2

26

PEMETAAN EVIDENS BERDASARKAN BAND DAN TAJUK ELEKTIF (KT) BERDASARKAN BAND ELEKTIF (KT) BERDASARKAN TAJUK ELEKTIF (KT)

BAND DESKRIPTOR EVIDENS BIL. EVIDENS

TAJUK BAND DESKRIPTOR EVIDENS BIL. EVIDENS

B1 D6 E1, E2 2

LUKISAN TEKNIK 3 D6 E1, E2, E3, E4 4

D7 E1 1 4 D5 E1, E2, E3, E4 4

B2 D5 E1 1 5 D3 E1, E2, E3, E4 4 D6 E1 1

ELEKTRONIK

1 D6 E1, E2 2

B3 D4 E1, E2, E3, E4 4 2 D5 E1 1 D5 E1 1 3 D5 E1 1

B4 D4 E1, E2, E3, E4 4 4 D5 E1 1 D5 E1 1 5 D4 E1 1

B5 D3 E1, E2,E3, E4 4 PERNIAGAAN DAN

KEUSAHAWANAN 1 D7 E1 1

D4 E1 1 2 D6 E1 1

JUMLAH 20 JUMLAH 20

Page 30: DSP KHB(KT) TING.2

27

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia

Aras 1, 2, 5 – 15, Blok E11, Kompleks Kerajaan Parcel E,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya

Tel. : 03-88843787

Faks : 03-88843783

Web : http://www.moe.gov.my/lp